Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: mata

Showing posts with label mata. Show all posts
Showing posts with label mata. Show all posts

Produk Terbaru Untuk Pengguna Contact Lens


Produk Terbaru Untuk Pengguna Contact Lens | Cik en pengguna kanta lekap semenjak di bangku sekolah lagi. Jadi cik en memang kena care lebih dan kalau ada produk yang baik buat mata terutama pengguna kanta lekap seperti cik en, semestinya cik en kena ambil tahu. Alcon sekali lagi mengeluarkan 2 produk terbaru iaitu Lubricant Eye Drops dan Moisturising Lens Drops. Fungsi nya berbeza dan cik en cuma nak terangkan secara ringkas sahaja

Lubricant Eye Drops : Dipakai sebelum memakai kanta lekap atau selepas membuka kanta lekap. Fungsinya memberi 2 lapisan baru di bahagian mata yang hilang semasa kita memakai kanta lekap.

Moisturising Lens Drops : Dipakai semasa memakai kanta lekap. Fungsinya melembabkan kanta lekap yang kita pakai. 

Simple untuk korang faham kan? Dan kedua dua ini tak di jual di farmasi atau Watson dan lain lain. Hanya boleh didapati di Kedai Cermin Mata sahaja. Cik en semestinya beli di Hoo Optical Optometrist di Kuala Kangsar. Servis yang tip top!
0

Juling Boleh Membawa Maut?


Juling Boleh Membawa Maut? | Apa? Juling boleh membawa maut? Biar betul? Apa itu juling? Juling atau strabismus adalah keadaan kedua dua bola mata yang tidak sejajar dan lurus. Berlaku apabila ganguan terhadap perlarasan mata dalam otak. Boleh berlaku selepas lahir, kanak kanak atau orang dewasa. Tapi untuk dewasa berlaku pada sesiap ayang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik. Pada kanak kanak pula disebabkan kerabunan atau kanser mata. Ada 4 jenis tau juling ini. 


Kanak kanak yang juling perlu mendapatkan pemeriksaan doktor pakar memilih rawatan yang bersesuaian untuk mengelakkan amblyopia atau mata malas. Jika retinoblastoma adalah penyebab juling, ia boleh membawa MAUT sekiranya tidak dirawat 

Jadi kalau ada bayi yang juling cepat cepat bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan. Jika dah besar baru nak rawat, kemungkinan ianya dah jadi kekal dan peluang untuk normal rendah.

Tapi gambar cik en di atas itu, cik en bukan seorang yang juling. Tapi sesekali cik en akan menjulingkan mata untuk senaman saraf mata cik en yang memakai tegar contact lens dan menghadap PC dan gadjet. Jangan buat kerap pulak kang lain jadinya. Hahaha

6