Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: make-up

Showing posts with label make-up. Show all posts
Showing posts with label make-up. Show all posts

DIY Kotak Makeup Dari Kotak Wet Food Peah

DIY Kotak Makeup Dari Kotak Wet Food Peah | Kelakar tak tajuk cik en ini.. Hahahha. Peah nak juga namanya disebut dalam entri ini. Sebagai komisyen cik en kena bagi di amakan wetfood setiap pagi. Demand ko peah ye! Mana yang tak tau, peah atau nama penuhnya Rafeah Bt Simpan adalah kucing cik en yang menemani cik en dekat 5 tahun ini. Kucing betina yang dah dimandulkan sendiri oleh cik en. Disebabkan barang makeup dah banyak dan kotak wet food peah banyak nak di bakar, cik en cuba buat DIY Kotak Makeup. Bukannlah proper tapi cukup untuk disimpan sementara nak masuk rumah baru cik en nanti. masa itu baru buat meja khas. Dan cik en bukan dalam golongan berseni. jadi penghasilan ini tidaklah sekemas mana. hahahha. Jom tengok macamana cik en DIY Kotak Makeup Dari Kotak Wet Food Peah ini. 

DIY Kotak Makeup Dari Kotak Wet Food Peah


DIY Kotak Makeup Dari Kotak Wet Food Peah


Cik en tak banyak guna barang. Sebabnya kotak wet food peah ini dah de partition dalamnya, cuma cik en balut dan tampal beberapa sticker je. Tapi susah gak menampal wallapaper ini. Senget benget. nampak sangat cik en tak berseni kan


Rupanya baru cik en tahu, wallpaper ini tak leh tampak double, sebabnya ianya takkan lekat. Hahhaha. pakai gam apa pun tak lekat. hahahha. Barang cik en guna wallapaper beli kat kaison, sticker comel comel dan gunting. Cik en ambik masa 10 minit nak menampal. Susah tau lagi lagi tang celah celah bedah tu. hahhaha. 




Disebabkan ianya kotak biasa, cik en nak beli lock kecik tak bagi ianya terbuka. ok la kan? orang tak berseni membalut. Hahhahaha..kalau nak tengok yang lebih cantik boleh rujuk Tutorial Cara Membuat Rak Make Up (Make Up Organizer) Dari Kardus. Nak tengok rakyat Kenya DIY kasut dorang? Boleh baca DIY Kasut Lama Rakyat Kenya 
18

Ramai Yang Pilih Mengundi Make-Up Yang Ini


Ramai Yang Pilih Mengundi Make-Up Yang Ini | Pagi tadi cik en ada la compare 3 jenis makeup yang cik en pernah apply. So far tidak la makeup yang tebal cuma makeup yang simple seperti makeup base, eyeliner, blusher dan lipstick. Sesuai untuk dipakai setiap masa. Jadi cik en cuba bertanya kepada rakan sosial cik en di Instagram Personal dan Facebook Personal cik en. Tak sangka ianya mendapat responsen ( ala ala undian gitu) yang memberansangkan. So cik en akaan buat dalam bentuk percent okey. Responden sebanyak 45 orang dan masa undian bermula 1.00 petang hingga 9 malam. 

2 %
.
.
.
.
.
.


71 %
.
.
.
.
.
.


16 %
.
.
.
.
.
.


11 % 
.
.
.
.
.
.

 memilih lebih dari 1 jawapan.

Jadi ramai yang memilih no 2 yang mana makeup lebih Beauty Look. Yang ini cik en menggunakan Essence Pure Nude Make-Up code 10 pure beige, Blusher Daiso ,  Moisture Boost Lipcolor Balm Code 01 Latte Silkygirl,  Essence Waterproof multi-effect mascara, Masterliner Maybelline. Simple Make-up tapi sesuai untuk semua keadaan. 
1

3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs Buat Kulit Sihat Dan Berseri


3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs Buat Kulit Sihat Dan Berseri | Kulit sihat tapi kusam dan tak berseri selalu jadi masalah kepada wanita yang bekerjaya di luar pejabat. Sinaran UV yang berlebihan buat kulit jadi pudar. Dan itulah masalah cik en. Muka bebas jerawat, bersih tapi gelap, kusam dan tak bermaya. Sedangkan kulit asal cik en sawo matang. Kebetulan dah mula berganjak umur 30 an ini. Banyak sel sel sihat dah mula hilang. Kalau semata mata menggunakan krim siang, foundation atau mekap, semua itu tak mampu merawat. Jadi korang perlukan serum yang terbaik untuk merawat kulit korang dari dalam. 

Cik en nak kongsi sikit penggunaan satu serum ini. Hampir 2 minggu cik en gunakan. Rasa kulit muka glowing dan bersih. Muka pun nampak seri. Meh nak tunjuk bukti dulu. Kalau tak korang tak percaya kan? 


Perbezaan muka atas dan bawah nampak ketara kan. Atas nampak kusam walaupun menggunakan sedikit bedak compact kan? Bawah nampak lebih berseri dan cerah walaupun memakai sedikit bedak compact sama seperti diatas


Gambar kiri memang tak memakai sebarang make-up sebab sakit gigi. Jadi mood memang tak ada untuk bersiap. Sebelah kanan pula masa team building kursus baru baru ini. Memang tak memakai sebarang makeup juga sebabnya aktiviti kecergasan. Gambar itu juga diambil petang selepas selesai team building. Mungkin ada yang tak nampak jelas kan? Meh cik en belanja lagi gambar terbaru lagi


Nampaknya 3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs buat kulit cik en sihat dan berseri walaupun baru 2 minggu penggunaanya. Kalau cik en amalkan sentiasa dan lebih lama semestinya kulit cik en akan lebih berseri seri kan? 


Mesti korang nak tahu, apa yang ada dalam 3D Gold Stemcell Serum ini sampai boleh buat kulit wajah gebu, muda dan berseri seri serta akan membuat perubahan konsisten dari hari ke hari. 3D Gold Stemcell Serum menggunakan 4 bahan utama :

  1. Pure Argania Stemcell - Fungsinya mengekalkan dan melindungi "stem cell" kulit, mengurangkan sampai 50% kedutan muka, Menganjalkan dan meperbaiki kulit, memberi revijunasi kepada kulit secara mendalam
  2. Hydrolyzed Wheat Protein - Berfungsi memberi nutrisi yang baik sambil melicinkan kulit, mengelakkan kulit terlalu kering dan berminyak.
  3. Lepitiu, Sativum Sprout Extract - Yang ini best sikit dan sesuai untuk yang berkulit putih. Mengilangkan pigmentasi dan menghalangkan pembentukan jeragat
  4. Dermcom - Membantu hasilkan kolagen dan elastisiti yang hilang pada kulit, Meningkatkan pertumbuhan semulajadi sel kulit, Menghasilkan kulit yang segar, ceria dan anjal. Meningkatkan rejuvinasi tekstur kulit dan mengetatkan liang liang pori. 
  5. Selain itu diperkaya dengan Sodium Hyaluronic, Arginine, Squalane, Olea Europaea(Olive) Fruit Oil, Aloe Barbadensis Extract, Vitamin C dan E, Malus Extract, Solar Vitis dan Gold Dusk. 
Fuh banyak kan bahan bahan yang ada dalam 3D Gold Stemcell Serum ini. Kira lengkap semua. dari treatment dalaman dan luaran. Sesuai untuk semua kulit. Selain apa yang cik en nyatakan di atas, 3D Gold Stemcell Serum ini juga boleh

  • Cara hilangkan parut hitam
  • Cara nak hilangkan jeragat
  • Kecutkan jerawat
  • Nak kulit flawless
  • Dapatkan kulit tona sekata
  • Kecilkan liang pori
  • Petua kulit flawless
  • Cara melembapkan kulit muka
  • Anjalkan kulit muka
  • Kawal minyak muka
  • Cerahkan kulit wajah
  • Tegangkan kulit muka yang menggeleber
  • Hilangkan gelap bawah mata
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Cara hilangkan garis halus dan kedutan muka
Banyakkan kegunaannya. Tekstur dia pun lembut dan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Bila apply ianya meresap terus tanpa perlu nak tunggu lama. Aturan pemakaiannya selepas apply toner, bolehlah apply serum dan seterusnya korang boleh pakai foundation atau bedak. Mudah sangat kan? Cik en pakai waktu pagi untuk ke kerja dan malam sebelum apply krim malam. Berminat? Ini detailnya

Harga 
RM 150 (SM) | RM 159 (SS)
Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai RM 69.90

Untuk Pembelian boleh hubungi 
+6011 28090446
Facebook : My Beauty Herbs HQ
Instagram : My Beauty Herbs HQ

Korang boleh juga rujuk sini untuk penerangan lebih lanjut mengenai 3D Gold Stemcell Serum ini

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS



Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs :  Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




7

Pertama Kali Mencuba Lipstick Bewarna Ungu


Pertama Kali Mencuba Lipstick Bewarna Ungu | Lipstick ungu?? Warna yang tak pernah cik en cuba semenjak dahulu lagi. Warna yang agak naughty ini sememangnya bukan warna pilihan cik en. Tapi kenapa cik en memilih warna ini sekarang ini? Semuanya kerana aplikasi Snow di Play Store yang mana ada pilihan aplikasi yang ini 


Nampak gothic kan? Hahaha. Macam terbekenan pula dengan lipstick begitu. Jadi petang itu cik en ke Watson Sitiawan dan cari warna seakan akan warna itu tapi tak ada. Ada satu lipstick dari Maybelline Colorshow Madly Magenta Creamy Matte Lipcolor code M402 yang menarik perhatian cik en . Harga RM 18.97 . Murah kan? Tetiba jadi obses dengan warna camni. Jenuh la.. hahahah.. Cuba kongsi warna warna lipstick yang korang pakai lani. Lengkap dengan code dan jenama. Boleh cik en mencari nanti. Kalau berkenan boleh lah beli. Hahahaha
1

Cara Buat Coconut Butter


Cara Buat Coconut Butter | Cik en cuba cari Coconut Butter di pasar raya berhampiran dan nampaknya masih tidak berjaya nak jumpa. Mungkin in Malaysia jarang menggunakan coconut butter ini, Dan korang nak tahu sebenarnya Coconut Butter ini banyak di gunakan dalam kosmestik dan masker muka. Semua sedia maklum khasiat kelapa dan seluruh pokok kelapa mempunyai kegunaan tertentu. Entri ini related dengan entri Cara Buat Homemade Eyeliner sebab ada yang bertanya apa itu Coconut Butter. Disebabkan cik en tak berjaya nak cari ready made jadi cik en kongsi cara mudah membuat coconut butter ini yang korang boleh buat sendiri di rumah. Chekedot.... 

Bahan Bahan
  1. Kelapa parut kering
  2. Mixer khas untuk blend bahan kering (Contoh : Vitamix)

Cara - Cara
  1. Hanya blend kelapa parut kering sehingga halus.
  2. Masukkan dalam botol dan gunakan bila diperlukan. 

Mudah sahaja kan? So kalau korang nak cuba buat eyeliner sendiri dah boleh dah!.

Sumber : google
2