Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: lumut

Showing posts with label lumut. Show all posts
Showing posts with label lumut. Show all posts

Review Marina Island Pangkor Resort & Hotel


Review Marina Island Pangkor Resort And Hotel | Kebetulan Kelab Sukan dan Kebajikan Veterinar Jabatan cik en memilih Marina Island Pangkor Resort And Hotel sebagai tempat berlangsungnya Family Day DVS Perak dan Anugerah Pekerja Cemerlang bagi tahun ini dan alang alang cik en nak review sedikit mengenai Marina Island Pangkor Resort And Hotel ini. Marina Island Pangkor Resort And Hotel terletak di Marina Island berhampiran dengan TLDM Lumut. Marina Island Pangkor Resort And Hotel sangat sesuai dijadikan tempat Ghatering, Family Day, percutian bersama kawan kawan atau keluargaMarina Island juga merupakan terminal kedua feri untuk pelancong dan pengunjung ke Pulau Pangkor. Jarak Marina Island Pangkor Resort And Hotel dari Teluk Batik 4.3km, Lumut 6km, Seri Manjung lebih kurang 7.8km, Sitiawan lebih kurang 12km dan Ipoh 84 km. 

Marina Island Pangkor Resort And Hotel ini berbeza dengan hotel yang lain dan ianya sangat selesa macam korang duduk di rumah.Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini mempunyai lebih kurang 360 bilik. Korang boleh memilih 1 bilik tidur, 2 bilik tidur atau 3 bilik tidur dalam satu suites. Jadi sangat sesuai untuk percutian keluarga kecil atau besar. Facilities yang ada pada setiap bilik adalah 
  • LED TV
  • Keycard Lock System
  • Minibar atau peti ais mini
  • Long Bath
  • Hairdryer
  • Free WIFI
  • Tea & Coffee Making
  • Selected Hypp TV

Ini bahagian ruang tamu





Ini pula bahagian bilik. Cik en dan kawan cik en duduk di suites 1 room.





Ini pula ruang bilik air 





Berapa harga untuk bilik cik en ini? Yang itu korang kena baca sehingga habis entri ini ye. Next, kita tengok sedikit kawasan persekitaran  Marina Island Pangkor Resort & Hotel.  Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini mempunyai 2 bangunan yang mana ianya bersebelahan saja. Dan harganya pun berbeza juga la ye. Selain itu ada beberapa lagi yang menarik disekitar  Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini.


Restaurant & Dining


  • Terumbu Cafe
  • Bistro
  • Jetty Complex



Convention, Meeting And Exhibition


  • Marina Convention And Exhibition hall (up to 1800 persons)
  • 7 Hotel meeting And Seminar Room (20 to 200 person)
  • Organize Theme Dinner di Pantai


Water Park (Frenzy Water Park)



Hotel And Around The Island


  • Gym
  • Pool Table
  • Beach Foot Ball
  • Table Tennis
  • Swimming Pool
  • Island Hopping
  • Diving
  • Fishing
  • Team Building
  • Diving Course
  • Bicycle
  • Beach Volley Ball
  • Board Games
  • Dart/Carrom
  • Kayak
  • Pangkor Tour
  • Land Tour
  • Garoupa Feeding
  • Telematch
  • Mahjong
Jom kita tengok kawasan sekitar dan apa yang menarik di sekitar  Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini. 






Mesti korang tertanya kan berapa harga setiap bilik kan? Meh tengok sini. 

Harga Marina Island Pangkor Resort & Hotel 2017


Promosi Sempena Tahun Melawat Perak 2017



Tambahan Luxury Sailing Cruises Marina Island Pangkor Resort & Hotel




Cik en perhatikan Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini sangat sesuai dibuat Family Day atau perjumpaan keluarga. Disini terdapat pantai sendiri, kolam renang, bilik yang sangat selesa, harga yang berpatutan dan mendamaikan. Kalau berminat, korang boleh contact detail di bawah ini
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
KM1, Jalan Utama Marina Island, Teluk Muroh, 32200 Lumut
Perak 
016 - 5598100 / 5597400 / 
Telefon : 05 -6832881/3881/4881
Faks : 05 -5597400
Email : reservations@bwpangkor.com
6

Bukit 300 Teluk Batik Perak


Bukit 300 Teluk Batik Perak | Teluk Batik terkenal dengan kunjungan pelancongan dalam dan luar negara untuk aktiviti pantai. Sebenarnya di berhampiran kawasan laut ini ada 3 bukit yang selalu dinaiki oleh orang tempatan dan pelancong untuk aktiviti hiking. Setelah menaiki 2 bukit iaitu Bukit Engku Busu dan Bukit Vale, kali ini cik en menaiki Bukit 300. Bukit ini dipanggil 300 mungkin kerana kami perlu mendaki sambil memusing bukit ini. Perjalanan dalam 1.5km - 2 km. Tempat ini sebenarnya lagi awesome dari 2 bukit yang lain. Sebabnya kena baca penuh entri ini ok?


Sepatutnya kami menaiki jam 8 pagi tapi terlewat kerana tidur lambat sebelum nya. Selesai sarapan kami menuju ke teluk batik dan bukit ini sebelah kiri dan berhadapan dengan pantai teluk batik. Kawasan parking kerata adalah tapak perkemahan Pengakap Peringkat Dunia yang pernah di rasmikan oleh Permaisuri Perak, Tuanku Zara dahulu


Perjalanan kami mendaki dan seakan akan melalui kawasan pembalakan sedikit. Ini kerana permulaan jalannya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda.


Disini ada checkpoint dan chekcpoint diatas ini kalau tidak silap checkpoint 3/9. Ada 9 Checkpoint yang kita boleh perhatikan sepanjang perjalanan.


Sebenarnya pendakian ini bukanlah seperti Engku Busu yang mendaki permulaan sehingga akhir. Bukit 300 ini lebih kepada mendaki - jalan mendatar - mendaki - menurun - jalan mendatar - mendaki dan seterusnya, 



Tadi nampak mendatar kan, kali ini mendaki semula dan ada tali kapal yang akan membantu kita memaut jika perlu.


Berpeluh juga lah sebabnya sudah 2 minggu cik en berehat kerana tidak sihat. Tapi stamina masih ada dan masih boleh bertahan walaupun lambat



Suasana sepanjang perjalanan dibawah pokok ini memang menenangkan. Bersahabat dengan pokok dan haiwan seperti semut dan nyamuk . hihi


Sepanjang perjalanan ini, cik en sentiasa snap gambar sendiri yang tidak bermake up . Hendak lihat kesan penggunanan Ephyra Skin Nano Repair Serum yang cik en amalkan sebulan lepas. Lihat sahaja masih kekal berseri dan ada yang memuji tau! siapa? kena paksa baca entri ini sampai habis. 


Inilah checkpoint yang cik en katakan.. sempat mengambil dari 3/9 kerana telepas yang no 1 dan 2. dan yang akhir sampai sudah 9/9. Diakui perjalanan naik 2 jam tersebut agak perlahan kerana ada Uncle Indian yang sama medaki pada awalnya dan apabila kami sampai 6/9, uncle tersebut sudah turun.. hahaha. nampak kan kami lambat


Ini laluan terakhir sebelum sampai Gerai ABC diatas. ABC? ada ke di atas bukit ada gerai ABC? Kita tengok sekejap lagi


Sementara sejukkan badan selfie sekali lagi dan perhatikan kulit muka cik en. No filter ! Memang produk serum Ephyra sangat sangat berkesan. Boleh rujuk entri ini --- Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Terbaik Untuk Wajah


Sebenarnya tiada gerai ABC cuma ada beberapa pondok untuk perkemahan. Ada bangku dan kerusi macam perkemahan pengakap itu. Ungkapan Gerai ABC dan Cendol adalah semangat bagi yang baru pertama kali naik bukit. Jadi saja dikatakan ada ABC supaya mereka tidak berhenti separuh jalan. Ini antara teknik psikologi yang baik kan?



Terjumpa kawan badminton yang menaiki melalui laluan berbeza. Rasanya dekat bertahun tidak berjumpa di tanah besar. Jumpa di tanah bukit. hahaha.. Sebenarnya budak berbaju kucing itu memuji muka cik en makin berseri. Mungkin sebelum ini tidak berseri. Tapi nampakan kesan Ephyra Serum itu.


Ini antara memo dan info untuk bacaan semua yang mendaki. Jika perhatikan ada 3 laluan sebenarnya Peak 300 itu. 


Ini lah keadaan sebenar diatas Bukit 300 Teluk Batik Perak. Boleh berkelah selepas penat mendaki. 

Bukit ini bukan sahaja melayu, cina dan indian yang daki tetapi ramai pelancong yang membawa anak mereka mendaki. Dan rasa sedih sedikit, bangsa lain beramah mesra dengan kami. Tapi bangsa Melayu terutama gadis muda tidak langsung menegur atau senyum. Mungkin kerana sifat lazim gadis melayu yang pemalu kot. Hahaha. 

Setelah menawan 3 bukit iaitu 

  1. Engku Busu boleh klik link -- Bukit Engku Busu Lumut Perak
  2. Bukit Vale klik sini -- Pusat EKOLOGI VALE Teluk Batik Perak
  3. Bukit 300 Teluk Batik
Cik en boleh katakan Bukit 300 the best !!. Kenapa? Ianya kerana jika Engku Busu, lutut kena dalam keadaan yang sihat dan kuat kerana pendakian yang 80 darjah . Kalau Vale tempatnya masih baru dan boleh dinaiki bermula jam 9 pagi. Bukit 300 tidak la sunyi, santai dan tidak rasa push diri sehingga memberi kesan pada lutut dan badan.

Jika ada yang hendak mencuba boleh terus ke Teluk Batik Perak. Berhadapan dengan tempat rekeasi Teluk Batik. 
10

Pusat Ekologi VALE, Lumut Perak


Pusat Ekologi VALE, Lumut Perak | Terletak di Teluk Batik, Perak, tempat yang baru dibuka pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 31 Oktober 2015. Nama singkatan Pusat Ekologi Vale ( VEC) merupakan salah satu tarikan baharu buat para pengunjung di Teluk Batik apabila pusat itu secara rasminya dilancarkan.Lokasi Teluk Rubiah di Lumut merupakan hab logistik bagi syarikat VALE yang menjadi pusat pengedaran bijih besi yang dibina serta dilengkapi dengan jeti laut dalam dan tempat penyimpanan bijih besi.

Hasil ekspedisi yang dijalankan, MNS mendapati terdapat lebih daripada 100 jenis tumbuhan, 125 spesis burung, 28 spesis pepatung dan beberapa spesis yang lain. VALE memperuntukkan 715 ekar daripada 1,196 ekar tanah yang dimilikinya untuk dipelihara.Pusat ekologi tersebut dijangka akan dibuka kepada orang awam dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang ini setiap hari tanpa sebarang bayaran dikenakan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti merentas hutan, perkhemahan alam sekitar, memerhati burung dan serangga, aktiviti ekologi dan eksperimen dan pengalaman secara langsung. Maklumat Perasmian selebihnya di SINI

Segala gambar yang ada di dalam entri ini diambil pada 6 Februari 2015 sebelum tempat ini dirasmikan. Pada masa ini, pengunjung masih belum ramai dan semasa cik en dan rakan rakan pergi, lebih kurang 2 atau 3 kumpulan kecil sahaja kelihatan. Dan juga, tiada "guide" cuma berpandu kepada penunjuk arah yang ada di sepanjang perjalanan kami. 



VEC mempunyai 3 laluan (semasa cik en datang pada Februari 2015, mungkin ada penambahan kini)

Laluan Utama : Main Trail 550 meter
Laluan Persisiran Pantai : 830 meter
Laluan Air Terjun :1150 meter


Ini jalan permulaan kami, Laluan Utama, jalannya agak mendatar dan dipertengahan jalan nanti dibahagikan 2 lorong, Satu lorong kiri ke bahagian Laluan Air Terjun (Waterfall) dan lorong kanan ke bahagian Laluan ke Persisiran Pantai. Oleh kerana kami bergerak pagi, jadi kami melalui ke dua- dua lorong. 


Laluan Air Terjun paling jauh tapi pada Februari 2015, laluan masih dalam pembinaan dan kami hanya sampai di bahagian air terjun mini seperti gambar di atas. 


Selesai laluan air terjun kami berpatah balik kepada Laluan utama dan meneruskan perjalanan ke penghujung laluan utama. Pemandangan di gambar diatas gunung ini, tiada dalam peta dan kami hanya mendaki tanpa arah pada masa ini. Dan sangat mengagumkan dengan Ciptaan Ilahi, tempat ini nampak lebih cantik dengan pemandangan bukit bukau. 



Selesai snap gambar, kami melalui jalan utama dan menuju balik dan mencari lorong ke Laluan Persisiran Pantai. Laluan awal ke Persisiran Pantai, bukit dalam keadaan 80 darjah dan kami hanya berpaut pada tali di sediakan. Sampai ke puncak, kami disajikan dengan kawasan kem untuk permainan tali seperti di bawah ini

Selesai sahaja menjadi kanak kanak riang, kami menuruni bukit terus ke persisiran pantai. Jumpa saja pantai masa untuk mandi pantai pula.


Untuk pengetahuan semua, pantai ini adalah pantai Teluk Batik. Pintu utama VALE bersebelahan dengan resort di pantai teluk batik. Kalau ingin merasakan Air terjun, gunung ganang dan pantai di tempat yang sama, bolehlah korang ke VALE. Sudah setahun cik en tidak menjejak kaki kesana dan mungkin ada pembaharuan yang lebih menarik. Sepanjang perjalanan, terdapat pokok pokok dan haiwan yang jarang di lihat. Tapi kami kurang bernasib baik, kerana tidak banyak haiwan yang mencari makan pada masa itu. Dan jangan risau, segala cabaran di VALE ini tidaklah sesusah mana, boleh bawa kanak kanak untuk meneroka alam flora dan fauna di sana. 

Jika sesiapa berminat, disini cik en sertakan maklumat VALE

Vale Eco Centre / Pusat Ekologi Vale
Persiaran Teluk Batik, Teluk Batik
32200 Manjung, Perak

T: +605 690 9502
M: +6012 284 2881
E: information.vale.malaysia@vale.com

Mondays to Sundays including public holidays: 8.30am – 6.00pm
Isnin hingga Ahad termasuk cuti umum: 8.30 pagi – 6.00 petang

Admission is free / Kemasukan adalah percuma









3