Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: lombok

Showing posts with label lombok. Show all posts
Showing posts with label lombok. Show all posts

Selamat Tinggal Bumi Lombok | Trip Lombok Indonesia

Selamat Tinggal Bumi Lombok | Trip Lombok Indonesia | Sampai sudah entri terakhir. Bukan kami saja rasa sedih tapi Buyung dan Jarjit juga dan entri ini cik en hanya buat ringkas saja. apa yang boleh dikatakan, percutian kami 4 hari 3 malam disini sangat  awesome. Dan kami merupakan trip pertama selepas gempa dan pengunjung luar agak kurang selepas gempa.


Kami berharap industri perlancongan disini kembali sedia kala. Terima kasih pada Buyung dan Jarjit serta pak Shukor diatas layanan yang sempurna. Cik en memohon maaf jika ada terguris hati mungkind ari segi percakapan dan perbuatan. Insyallah cik en akan datang lagi ke Lombok dan masa itu ada misi cik en nak buat. Misi apa nantilah cik en story bila datang ke Lombok lagi. 

Selamat Tinggal Bumi Lombok
I Love Lombok


p/s : kalau ada sesiapa nak dapatkan khidmat supir korang boleh hubungi


CV. GAPURA LOMBOK
Tour & Travel
Jl. Praya - Sweta KM 19 Jonggat Lombok Tengah NTB 83561
FB : Vion Lombok
cvgapuralomboktour@gmail.com

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

2

Mencuba Pakaian Perkahwinan di Dharma Setya Hand Woven Village | Trip Lombok Indonesia

Mencuba Pakaian Perkahwinan di Dharma Setya Hand Woven Village | Trip Lombok Indonesia | Ini merupakan checkpoint terakhir kami dan kami dah mula rasa sedih untuk tinggalkan bumi Lombok ini. Di Dharma Setya Hand Woven Village ini adalah tempat jualnya kain tenunan dan disini semua pengunjung boleh mencuba pakaian tradisional Lombok. Simple rupanya pakaian tradisional untuk perkahwinan ini cuma kerna perlu pandai melilitkanya. Mencuba Pakaian Perkahwinan di Dharma Setya Hand Woven Village | Trip Lombok Indonesia


Mencuba Pakaian Perkahwinan di Dharma Setya Hand Woven Village

Susah juga nak menenun dan semestinya hasilnya memang cantik. Apa apa pun cik en dah beli kain tenunan semasa di Dusun Sasak pada hari pertama. Disini kami diberi peluang memakai pakaian tradisional Lombok dan bergambar di sekitarnya








Cantik kan? Apa apa pun cik en memang salute la dengan mereka yang buat tenunan ini. Kemas dan duduk berjam jam untuk buat. Tapi itulah lambang Lombok.

Next entri Selamat Tinggal Bumi Lombok

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

2

Lunch Makanan Asli Lombok Rumah Buyung | Trip Lombok Indonesia

Lunch Makanan Asli Lombok Rumah Buyung | Trip Lombok Indonesia | Sebenarnya checkpoint ini tak termasuk dalam initery kami tapi dipelawa oleh Buyung sendiri untuk merasa makanan asli Lombok yang dibuat oleh ibunya. Kami yang memang suka makanan Lombok tak kan lepaskan peluang untuk merasa makanan asli Lombok yang selalunya lebih sedap berbanding di kedai dan hotel. Kemungkinan kalau datang lagi ke Lombok, memang nak merasa lagi air tangan ibu Lombok ini. | Lunch Makanan Asli Lombok Rumah Buyung | Trip Lombok Indonesia 


Lunch Makanan Asli Lombok Rumah Buyung


Ada 4 menu iaitu Ayam pelecing, Ikan bakar, Beberok ( kacang panjang), Sayur Bening Dari Kelor serta sambal kicap.

Ayam Pelecing 

Beberok

Sayur Bening Dari Kelor


Ibu Buyung
Apa yang menarik mereka ini, kesemua nya aktif sukan bola baling. Dan dibelakang rumah ini ada gelanggang bola baling. Kiranya mereka ini aktif bersukan. Cik en memang kenyang sangat dengan menu tengah hari ini. Beberok itu sedap sangat macam ala ala kerabu kacang panjang. Pedas tapis sedap!

Next entri adalah checkpoint terakhir kami sebelum ke airport. Stay tuned

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

4

Labu Sayong Versi Lombok di Banyumulek | Trip Lombok Indonesia

Labu Sayong Versi Lombok di Banyumulek | Trip Lombok Indonesia | Pertama kali datang sini cik en nampak macam tengah masuk tempat perbuatan Labu Sayong. Dan seperti dikatakan pemilik kedai. Tempat ini seperti Labu Sayong. Ada tempat perbuatan replika di bahagian belakang kedai ini. Dan kami diberi peluang untuk mencuba. | Labu Sayong Versi Lombok di Banyumulek


Labu Sayong Versi Lombok di Banyumulek


Dari tempat shopping ke Banyumulek ini ambil masa lebih kurang 30 minit. Di bawah ini maps


Kami tak lama disini. Lebih kurang 30 minit. Tapi sempat la buat replika sendiri.







Bonde pula mencari tempat giling cabai dan akhirnya berjaya juga beli disini dan cik en lupa untuk tangkap gambar. Entah la kenapa, dah hari last ini, cik en asyik lupa snap gambar gambar. Sampai gambar replika sendiri pun lupa. Hahahha. Dan yang menyedihkan lagi, semua replika tertinggal di Lombok sebabnya terlupa nak dibawa balik. Hahhahah. Itu suruh pergi lagi la tu untuk ambil balik. Hahhahah

So untuk next entri kami lunch makanan asli Lombok di rumah Buyung Supir kami.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

4

Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan Makanan di Wisata Halal Lombok | Trip Lombok Indonesia

Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan Makanan di Wisata Halal Lombok | Trip Lombok Indonesia | Wow panjangnya tajuk entri ini. Hope entri ini dapat jadi panduan untuk korang yang nak shopping di Lombok. Ada 6 tempat kami pergi dan hanya 5 tempat ini saja kami shopping. | Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan Makanan di Wisata Halal Lombok | Trip Lombok Indonesia 


Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan Makanan di Wisata Halal Lombok 

Disebabkan banyak tempat kami pergi cik en masukkan semua sekali dalam maps dan ianya berdekatan satu sama lain


Tempat pertama kami pergi semestinya Kedai Beg Rotan. Permintaan pertama dari bonde.


Dalam banyak banyak kedai kami shopping di UD Bale Bambu. Cik en borong 5 beg untuk mak, adik dan kawan di office. Tips nak membeli beg rotan ini korang beli yang bewarna coklat. Kenapa? Sebab beg itu fully diperbuat dari rotan. Kalau korang pilih warna putih, oren dan sebagainya ianya ada plastik jadi ianya lebih murah. Ini beg rotan yang cik en beli. Harga around RM40 


Seterusnya kami ke Lombok Exotic. Kat sini kebanyakan kami beli baju 


Next kami ke Sinar Abadi. Disini cik en beli mutiara untuk geng Samudera Vet


Next kami ke Wisata Halal untuk beli makanan khas Lombok. 


Di sasake cik en ada beli baju lagi tapi lupa nak snap gambar. 

Kami ambil masa tak lama untuk shopping sebabnya trip kami bukan trip shopping setakat beli cenderamata untuk kenangan,

Untuk next entri kami mencuba membuat replika sendiri dan misi Bonde tercapai juga di sana. Stay tuned.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

4

Sunset di Senggigi | Trip Lombok Indonesia

Sunset di Senggigi | Trip Lombok Indonesia | Last update pasal Trip Lombok Indonesia ini bulan lepas. Agak slow sebab sibuk dan ada entri yang patut di publishkan dulu. Sehingga ini ada 2 trip masih tak dapat nak story lagi sebab Trip Lombok Indonesia ini masih tak selesai. Ok la, jom baca checkpoint seterusnya iaitu Senggigi. Disini tempat popular untuk tengok Sunset. Dan cik en ada beritahu entri sebelum ini ada menu makanan sampingan yang pelik. So cik en akan share di entri ini | Sunset di Senggigi | Trip Lombok Indonesia


Sunset di Senggigi

Perjalanan dari Pura Suranadi ke Senggiri kurang dari 1 jam. Dibawah maps perjalanannya


Menu yang cik en kata pelik sikit tu adalah jagung bakar pedas. Seperti korang tahu, semua makanan di Lombok pedas pedas belaka dan cik en tak sangka jagung bakar pun diletakkan bumbu pedas. Tapi cik en memilih yang tidak pedas tapi bila bercampur dalam plastik terasa juga la pedasnya.


Selesai beli jagung bakar, matahari hampir terbenam. Sempat la snap beberapa gambar. Video yang cik en cuba buat pun tak menjadi sebabnya memory phone dah nazak. hahahha.. 





Selesai tengok sunset kami menuju balik ke hotel dan malam tersebut kami request untuk makan gorengan. Gorengan ala ala macam pisang goreng dan ubi goreng. Dan malam itu kami karaoke di hotel dan habis karaoke kami bersiap barang sebab esok petang kami akan naik flight balik ke Malaysia. So stay tuned untuk last day untuk Trip Lombok Indonesia

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

4

Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk | Trip Lombok Indonesia


Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk | Trip Lombok Indonesia | Yeah! Makan lagi dan lagi. Hahahhaa. Sampai sudah tempat yang dikatakan sate sedap itu. Kalau taks ilap cik en Pura Suranadi. Tempat terletaknya port makan Sate Bulayak yang asli dan sedap. Hurm. Kita teengok sedap ke tak. Sate bulayak adalah sate khas Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, yang terbuat dari daging sapi berlumur bumbu khas Lombok dan disajikan bersama lontong (bulayak). Bumbu sate tersebut terbuat dari kacang tanah sangrai tumbuk yang direbus bersama santan serta beberapa bumbu dapur lainnya sehingga rasanya mirip bumbu kari. | Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk | Trip Lombok Indonesia

Sate Bulayak
Sate Bulayak


Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk


Dari Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Waterfall ke Pura Suranadi ambil masa lebih kurang 35 minit. Dibawah ini maps untuk panduan korang


Sampai saja kami terus tukar baju basah. Selesai tukar, buyung dan jarjit dah siap order sate bulayat. Sate bulayat ini kecil je. Dimakan dengan kuah kacang macam di Malaysia tapi lebih halus. Bulayat itu adalah nasi macam lontong camtu. Dan semestinya pedas meletops dalam mulut cik en. Tapi cik en akui sangat sedap. Ya Allah, kalau ke Lombok confirm nak datang sini lagi. 





Walaupun pedas dan cik en sejenis orang tak makan pedas, cik en tak sakit perut pun. Tak cerry berry juga. Cuma pedih ulu hati. Walaupun pedas tapi cik en boleh habiskan. Tak macam sebelum ini, kalau pedas confirm stop dna tak lalu dah makan. Kat sini dari hari pertama sampai hari ke3 ini. Cik en akan habiskan semua makanan walaupun pedas. Ini lah kelebihan makanan di Lombok.  Dan saat entri ini ditaip cik en dah mula merindui sate Bulayat ini. hahahha.. 

Next tempat adalah melihat matahari terbenam dan kali ini ada menu makan sampingan yang agak pelik bagi cik en. Tunggu next entri ya!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

2

Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah | Trip Lombok Indonesia

Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah | Trip Lombok Indonesia | Sepatutnya kami ke Sendang Gili Waterfall dan Tiu Waterfall tapi disebabkan gempa ada laluan yang tak boleh dilalui jadi Buyung suggest kami ke Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah . Walaupun rasa kecewa tapi kami kena akur keadaan masa itu. Tapi macam biasa Buyung dan Jarjit akan cuba cari tempat yang best pada kami dan kami percaya. So kita tengok adakah Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah cantik atau tidak?


Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah

Kat sini cik en rasa gambar paling banyak. Bayangkan kami dah ada 3 phone, ditambah dengan dengan Buyung dan Jarjit. Total 5 phone snap gambar kami. Dekat 1000 gambar dan cik en akan masukkan separuh.. eh, suku, eh 0.1 % je kot di entri ini. Hahahah. Sebelum itu cik en nak share maps dari hotel ke Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah ini. Anyway kedua dua waterfall ini pada pintu masuk yang sama. 


Sebelum sampai, Buyung dan Jarjit belanja kami makan kuih muih Lombok. Asalnya kami nak melalui jalan shortcut tapi jalan itu ditutup sebab tanah runtuh. Dah alang alang masuk kawasan kampung, mereka belanja kami kuih Serabi, Keludan dan Lupis. 


Rasanya macam acar manis dan diperbuat dari tepung beras. Manis dan sedap. Insyallah kalau kesana nak makan lagi kuih ini. Nak original kampung sebabnya rasa bakar dia tu kuat dan sedap. Selesai makan kami terus ke Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah . Ini pintu masuk dan cik en cuma nak korang layan gambar saja okey?


Seperti cik en cakap sebelum ini Benang kelambu Waterfall dan Benang Stokel ini berdekatan dan melalui pintu masuk yang sama. Disarankan untuk kek Benang Kelambu Waterfall dulu sebabnya perjalanannya jauh dan bila sampai kena menuruni tangga. 


ini gambar masa balik sebab masa pergi terlupa terus nak snap gambar tangga
















Selesai di Benang Kelambu Waterfall seterusnya ke Benang Stokel. Disni Tak perlu naik motosikal tapi berjalan kaki saja. Bonde dan banana dah surrender dan cik en dan buyung saja ke Benang Stokel. Sepanjang perjalanan entah la kenapa rasa macam orang asing pula kami. Senyap membisu. Tak macam masa ramai ramai. hahahah. Nampak tak sebenarnya cik en seorang pemalu. Cuma berani bila ramai ramai saja. hahahaha. Anyway tak lama pun kami di Benang Stokel sebab waterfall ini sunyi dan tak ada orang langsung. 



Dalam masa 30 minit camtu mungkin kurang kami dah sampai balik ke tempat awal kami. Disebabkan dah mula hujan kami teruskan perjalanan untuk menikmati sate yang dikatakan lebih sedap dari sate rembiga. Disana nanti baru kami akan salin baju. Cuma banana saja sempat tukar baju. 

Dalam perjalanan balik, baru Bonde story, malam sebelum kami sampai, ada berlaku gempa bumi tapi tak teruk. Dan kami tengok tak ada kemusnahan atau kerosakan. Dan kunjungan pelancong memang kurang sebab gempa bumi 2 3 bulan sebelum kami sampai. Apa apa pun kami berharap Lombok akan menjadi maju seperti dulu kembali. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

1