Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: loghat perak

Showing posts with label loghat perak. Show all posts
Showing posts with label loghat perak. Show all posts

Inilah Rupa Pencebak


Inilah Rupa Pencebak | Rentetan dari status yang cik en muat turun di facebook terjadilah entri ini. Sebenarnya pertanyaan ini timbul bila cik en tengok rancangan Check In Check Out dan kebetulan episod tersebut di buat di kuala kangsar. Sampai part pembuatan keris, ada disebut perkataan penchebok. Kalau korang nak rasa feel perkataan kena diloghatkan menjadi loghat perak iaitu loghat Kuala Kangsar. Selain itu ada yang panggil pencebak, penchebok, cebak, pencebhok dan de panggil cok. Kalau nak sebutkan C itu kena dari tekak. Gituuu.. Hahah. Seperti mana bahasa perak ye




Hai, tak ada sorang pun boleh jawab dengan betul tapi ada beberapa orang yang faham rupa pencebak itu. Lastnya kena la nanye orhang perhok pior (pure) barulah cik en dapat kata akar nya, iaitu Cebak. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke - 4 ( http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cebak )

Alat yang digunakan mungkin dinamakan pencebak sesuai dengan maksudk cebak : mencebak menggali (tanah, barang galian): ~ tanah; ~ timah; cebakan 1. galian; 2. barang apa yg dicebak, barang galian.

Kata asal : Cebak
Perbuatan : Mencebak
Alatan : Pencebak (kemungkinan orang dulu panggil sebabnya tak ada dalam kamus bahasa melayu)

Penchebok dicakap dengan menggunakan loghat orang kuale. sebabnya dari rhenek (kecil), teman dah dengor bunyinye roper gitu. Mungkin apabila dibaca oleh orang luar (bukan orang kuala kangsar) ianya lebih nampak seperti cebok. Kalau la Facebook ada selitkan suara, boleh le nak cakap penchebok atau pencebak ini dalam teloo kuale. 

Gambar di bawah ini bukanlah gambar yang sebetulnya macam yang cik en dan keluarga selalu guna. Lengkok nya lebih ke dalam dan gambar dibawah ini nampak lebih terbuka. Tapi bolehlah nak beri gambaran pada orang lain. Mungkin di negeri lain, ada loghat korang sendiri. 


Bab ini cik en selalu fail bila disuruh ambil oleh mak cik en. Selalunya cik en bawa cangkul dan biasalah, bila dah salah, dok membebel la mak cik en. Penchebok! Penchebok! Penchebok! bukan cangkul. Hahahha. Selalunya digunakan untuk nk menanam anak pokok pada tanah. Kalau guna cangkul, tanah takkan nampak bulat dan nanti melambatkan untuk menimbus balik. So tempat korang panggil apa ye pencebak tu?
3

Haram Di Negeri Perak


Haram Di Negeri Perak | Harammmmm... Mesti korang tertanya apa yang haram di negeri Perak kan? Sebenarnya, cik en saja belek belek on this day di facebook, cik en terbaca kisah ini yang cik en pernah share sebelum ini. Kalau korang anak jati perak, semestinya tajuk ini boleh buat korang agak kan?



HARAM DI PERAK .
Kita orang Perak bab haram ni dah biasa sangat sangat .
Kalau setakat haramkan vape memang tak terkejut pun.
Kalau korang duk Perak mau terkejut dengar banyak lagi benda kena HARAM .
-
" Yob,udoh ke cuci longkang depan tu? Harammmmm! "
" Yong,udoh masak ke ? Harammmmm! "
"Kojer semalam yang awok suh buat tu udoh siap ke chor ? Harammmm! "
Haa..hampir semua benda kena haram .
Kekekekeke!
P/S... Haram = Tak/Blom buat

Hahhaha, harammmm, harooommm bemaksud, tak dibuat atau belom di buat. Cuba korang bina ayat dari perkataan haram ini dan comment di entrry ini? Hahhaha. 
6