Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: lifestyle

Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K

Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K | Mudahnya nak memiliki salah satu atau salah dua atau kesembilan sembilan kereta Honda dalam Campaign Terima Kasih 900K. Dengan hanya join 4 cara mudah melalui Honda, Tealive, Unifi dan Syok, korang berpeluang mendapatkan kereta Honda ini. Tapi sebelum itu, cik en nak kongsi dengan korang pengalaman dan kelebihan kereta kereta Honda yang sempat cik en test drive dalam Honda Blogger Test Drive yang lepas. Kalau korang tahu, mesti korang akan join semua campaign yang ada untuk memenangi kereta kereta ini. | Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K

Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K
Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K

Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K


Anyway cik en terpilih menjadi blogger untuk Honda Blogger Test Drive Penang dan rasa happy sangat sebab memang dalam angan angan nak ambil Honda. So dah ada ini, boleh la cik en test drive kereta terbaru Honda dengan macam macam kelebihan keselamatan, kelajuan dan sporty. So ada 3 kereta yang cik en berpeluang untuk test drive iaitu Honda Civic, CR-V dan HR-V. So jom kita tengok apa kelebihan setiap kereta ini. 

Honda Civic Vtec Turbocharged

Honda Civic Campaign Terima Kasih 900K
Honda Civic 


Honda Civic kalau sebut memang jadi idaman semua terutama anak anak muda atau golongan belia macam cik en. Memang itu target cik en masa nak survey Honda ini. Honda Civic ini generasi yang ke 10 dalam Civic. Honda 1.5L Vtec Turbocahrged ini developed under Honda's Earth Dream Technology able to provide performance equal to a 2.4L engine. 

Kuasa turbo dia yang wow! Lebih sporty, pickup dan throttle respond dia best giler. Honda Civic yang cik en drive ini ada eco button iaitu penjimatan minyak yang mana boleh jimat sehingga 10% dari penggunaan biasa bila speed tinggi. 

Kalau korang yang malas nak keluar nak panaskan enjin atau nak sejukkan kereta masa sebelum drive, Honda civic ini ada Remote Engin Start. So tak perlu nak keluar untuk hidupakan enjin manual dengan hanya on melalui remote saja kereta dah stanby untuk berjalan dan kereta dalam keadaan sejuk dan selesa. 

Ada 5 variasi warna menarik dan cik en sukakan warna Dark Ruby Red Pearl. 

Tealive X Honda 

Tealive X Honda
Tealive X Honda

Sebelum nak teruskan lagi pengalaman cik en, cik en nak share sikit, kalau korang peminat setia boba Tealive atau any product, korang boleh berpeluang untuk mendapatkan Honda Jazz dengan hanya beli Tealive saja. Hanya 3 simple step ini je

  1. Buy Any Tealive drink
  2. Snap gambar bersama standee
  3. Complete Caption
  4. Send WhatsApp di hotline number 017-6194750

Untuk maklumat lanjut boleh ke Tealive X Honda

CR-V with Honda SENSING

CR-V With HONDA SENSING
CR-V With HONDA SENSING

Cik en cuma nak share kelebihan CR-V ini je kalau yang lain lebih kurang sama dengan kenderaan baru yang lain. Kelebihannya adalah Honda Sensing. Apa itu Honda Sensing? Simple word la cik en terangkan pada korang. Sensing ini adalah satu function keselamatan terbaru pada keluaran baru Honda. Kalau drive dan kita masuk ke line putih putus putus, akan ada simbol appear di cluster. Kalau line putih terus, akan de vibrate pada sterring. Lagi satu kalau kereta terlalu rapat dengan kereta depan pun akan ada function sensing ini. So bila de function ini, kita akan jadi lebih alert dan akan mengelak berlakunya kemalangan. 

Ada 5 variasi warna seerti Obsidian Blue Pearl, Dark Olive Metallic, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic dan White Orchid Pearl. 

UNIFI X Honda

Unifi X Honda
Unifi X Honda

Berita baik untuk pengguna UNIFI macam cik en, kornag boleh juga join campaign Terima Kasih 900K ini dengan hanya  myuniffi apps, korang bukan saja boleh manage services, bayar payment, track usage tapi boleh berpeluang memenangi Honda HRV Hybrid terbaru dari Honda. Hanya dengan 3 simple steps dibawah ini 

Unifi X Honda
Unifi X Honda

  1. Download Myuniffi Aps
  2. Update personal 
  3. Jawab simple questions about campaign dan submit.

Maklumat lanjut boleh layari Unifi X Honda

HR-V Hybrid Sporty Hybrid i-DCD Intelligent Dual Cluth Drive

HR-V Hybrid
HR-V Hybrid 

Kelebihan HR-V Hybrid ini semestinya pada teknologi hybrid. Cik en akui , cik en bukan pengguna Honda dan juga bukan pengguna kereta Hybrid so apa yang cik en faham, kereta Hybrid seperti HR-V Hybrid ini menggunakan teknologi 2 kuasa iaitu bateri dan petrol. Bukan bateri kereta yang cik en bayangkan pada awalnya tapi bateri hybrid yang mana ianya ada waranty seumur hidup kereta itu. So naif la sikit masa itu. So bila ada 2 penggunaa, ianya sangat ekonomik pada penggunaan petrol Untuk petrol 4.4L boleh pergi sejauh 100km . Bateri Hybrid menggunakan high power lithium-ion battery yang powerful yet durable, its high capacity in a compact package. 

Kelainan dalam ini adalah Gear stick dia Shift By Wire, 3D Illuminated Meter Cluster  dengan pilihan 7 warna yang sesuai dengan mood korang. Selain itu ada Sport Mode. 1.5 DOHC I Vtec Engine with direct Injection, Fully Electric Driven Compressor, 7 Speed Dual Clutch transmission with high power electric motor dan Electric Servo Brake System. 

Yang ini ada 8 variasi yang mana korang tengok akan jadi macam nak semua je warna, So far cik en yang peminat merah ini akan pilih Passion Red Pearl sebagai warna idaman cik en.

SYOK X Honda

Syok X Honda
Syok X Honda


Tadi cik en dah share, korang boleh dapatkan Honda Jazz dengan Tealive, Honda HRV Hybrid dengan UNIFI dan kali ini satu lagi Honda Hybrid dengan SYOK. SYOK adalah platform gaya hidup dan hiburan tempatan yang mana korang boleh jumpa di Facebook, Instgaram, Youtube dan apps mereka sendiri. Syok juga ada 1 biji Honda untuk korang jika korang join Terima Kasih 900K. Syaratnya sangat mudah 

  1. Hanya masuk ke Link ---> Syok X Honda
  2. Isi detail dan kenapa nak memenangi Honda 
  3. Submit


Campaign Terima Kasih 900K


Baru ada 3 kereta bukan dari Tealive, UNIFI dan SYOK? Mana lagi cara untuk dapatkan 5 peluang lagi? Semestinya di Honda sendiri. So ada 5 entri lagi korang boleh dapat di 


Kesemua ini korang kena ke branch Honda yang terdekat untuk dapatkan entry e-ticket ini. So di branch Honda saja ada 5 chance untuk korang boleh sertai. So settle semua ini korang submit dengan cara dibawah ini. 


Lagi banyak korang kutip entri, lagi besar peluang korang untuk menang. Dan jangan lupa beritahu cik en kalau korang berjaya nanti okey! 

Comparison Boot Capacity

Anwyay sepanjang test drive ini kami, kami ada tugasan tugasan yang mana menguji boot capacity Honda Civic, HR-V dan CR-V. Memang tak boleh nak compare dengan kenderaan lain seperti Pr****, TO**** atau model yang lain. Comparision yang dijalankan dengan jenis kenderaan dan nampaknya Honda juga the best dalam Boot Capacity. 




Anyway banyak lagi la kelemahan model kereta lain. Ada yang terlalu tinggi untuk angkat barang dan ada yang mempunyai ruangan yang sempit. Selain itu ada mystery space ahhahha. 


Untuk maklumat lanjut yang lain, korang boleh ke detail dibawah ini

Laman web : Honda Malaysia
Facebook : Honda Malaysia
Instagram : Honda Malaysia
Branch Honda di seluruh Malaysia
10

Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa

Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa | Dah masuk umur 30 an ini, memang akan ada masalah kulit muka dan ditambah dengan stress di tempat kerja, pemakanan dan kawasan persekitaran akan buat kulit muka sedikit banyak masalah. Selalunya cik en akan buat rawatan di spa biasa tapi kali ini cik en nak cuba buat di medispa yang diyakini orang ramai iaitu MBH Medispa. Disebabkan MBH Medispa mempunyai cawangan di Manjung yang pernah cik en story di artikel MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka, cik en pun buatlah appoitment di Manjung. Anyway kalau nak pergi kek spa atau medispa better book dulu. Untuk elakkan masalah masalah masa dan boleh delaykan rawatan korang. | Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa  


Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa  


Rawatan Glossy facial ini sebenarnya adalah hasil tebus voucher masa Grand Opening MBH Medispa. So sebagai seorang yang tak pernah buat treatment di medispa, ianya sebenarnya memberi kelebihan pada cik en untuk mencuba sesuatu yang lain yang pernha cik en buat. So hasil tebus voucher itu cik en boleh beri jawapan yang positif yang mana medispa ini adalah rawatan yang menggunakan teknologi terkini iatu banyak mesin mesin pelik bagi cik en dan selamat untuk dicuba. So korang nak tau Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa dan komen cik en dengan rawatan ini. 


Sebelum rawatan dijalankan, korang memang kena buat skin analisis dulu. Ini penting sangat sebab dari situ barulah korang tau, korang ada kulit jenis apa secara official. Selalunya pakai agak je kan? So cik en mempunyai masalah T Zone yang berminyak dan blackhead dan white head di hidung. Its normal kot untuk cik en yang bekerja teknikal ini. Huhuhu


Selesai analisis, cik en terus ke bilik rawatan dan cik en  diberi tahu glossy facial ini ambil mas alebih kurang sejam. Rawatan pertama adalah mencuci muka. selepas itu wap pada muka untuk buka liang pori dan seterusnya guna Diamond Microdermabrasion untuk menanggal sel kulit mati. Selesai, muka cik en diletak Dermaklair Hyaluronic Acid Mask dan menggunakan LED Photon Treatment yang mana ianya adalah teknologi baru yang menggunakan kekuatan foton untuk merawat kulit, memindahkan tenaga kepada sel dan mempercepat penjanaan protein kolagen di peringkat sel. Selesai rawatan ini, diletakkan sedikit sunblock sebelum cik en habiskan Glossy Facial ini. 

So inilah hasilnya selepas buat  Glossy Facial di MBH Medispa 


Kalau korang nak buat rawatan atau mencuba rawatan medispa korang boleh tengok detail di MBH Medispa
1

Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil

Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil | Mesti ramai yang tahu, cik en adalah rider RS dan cik en pernah story pasal RS sebelum ini di RS150r . Honda RS ini sebenarnya masih baru. Launched di Malaysia pada tahun 2016 dan tahun 2019 adalah tahun ke 3. Setiap tahun akan ada Mega Gathering RS150r dan cik en pernah join Mega Gathering RS150r 2.0 tahun lepas Masa itu baru 2 atau 3 bulan keluar RS. Tapi masa itu cik en sibuk sampai lupa nak update Mega Gathering RS150r 2.0 di blog. So tahun ini Mega Gathering RS150r 3.0 akan berlangsung di tapak event yang sama di Bukit Jalil pada 3 Ogos 2019. | Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil


Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil


Insyallah tahun ini cik en akan join dan masih dengan jentera yang sama, masih standard dan masih warna yang sama. Anyway dah plan nak tukar coverset tapi macam sayang je lagi masih ok coverseat original ini. Kalau sebelum ini join sebagai ahli biasa. Kali ini cik en pergi dengan misi. Disebabkan cik en kaki media sosial, AJK melantik cik en AJK Multimedia kononnnnnn. So jadilah cik en reporter tak bertauliah untuk kelab. Memang tugas seorang blogger kan? Kena cover event. Huhuhu. Di harap cik en selamat pergi dan balik. Boleh nanti cik en share dengan korang kehangatan Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil. 

Kehangatan Mega Gathering RS150R 3.0 2019 kian terasa!
Semua riders dah sedia ke?! 
Jemput hadir kepada semua Rider HONDA RS150R ke event MEGA GATHERING HONDA RS150R 3.0
TARIKH : 3 OGOS 2019
TEMPAT : PARKING B STADIUM BUKIT JALIL
MASA : 9 PAGI - 5 PETANG
0

Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling

Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling | Ride kali ke 5 cik en kali ini ke sebelah utara selepas ride Cameron Highlands yang pernah cik en story sebelum ini. Ride kali ini sponsar by Hiffny dan kami akan ke Penang, Sungai Petani dan Baling selama 2 hari. Kali ini cik en tak berseorang ladies so ada la geng bermalam di sana kali ini. Ride ini 2 hingga 3 Februari 2019 yang lepas. | Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling


Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling


Port biasa kami berkumpul di Restoran Biriyani sebelah Aeon Seri Manjung. Janjinya pukul 9 untuk tayar golek tapi pukul 9 baru la depa ini mai. Hahahha. Cik en mulanya sorang perempuan dan bila Eppy mai kata bawa geng kak long. Rupanya dia bawa kakak ipar dia Ifa. Disebabkan ifa dan husband dia bawa Nouvo LC, Ifa tumpang dengan cik en. So berkawanlah cik en dengan Ifa sepanjang perjalanan. Yang bestnya Ifa ini ada bagi massage free sepanjang ride. Hahahhaa. 



Sampai Hentian Taiping kami tunggu sorang team RTCKK atau RS Kuala Kangsar Lan Sayong. Dia sampai lebih awal lagi tapi di Hentian Bukit Gantang. Dia inform cik en masa itu pukul 9 yang mana kami masing masing masih di Manjung.


Sampai saja, terus kami bergerak dan kebetulan jumpa sekali team RSM yang nak balik ke Kedah. Sekali jalan dan kami berpisah di persimpangan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 



Selalunya cik en gi Penang naik kereta dan tak pernah nak ambil tahu laluan motosikal dan kali ini merasa juga la melalui laluan ini sampai merasa sendiri angin laut area sini. Selalunya naik kereta pasang aircord. hihihi. 

Sampai seberang kami terus ke kedai Ekonomi Tomyam di Jalan Perak Georgtown. So far handle cik en dah ketat sikit sebelum ride ke sini dan agak gayat awalnya nak mencelok celok tapi so far semua ok walaupun jalan sibuk. Kebiasanya kalau cik en ride, memang kurang makan. Order nasi ayam makan suku dan adik adik yang lain habiskan. Hihi Mekasih la Faris dan Ihsan habiskan. 





Settle makan kami terus ke Padang Kota untuk tangkap gambar. Mak aihhhh lit lit panaih sungguh. Sempat la merakam dalam 15 minit lebih kurang sebelum kami bergerak ke Jeti. Kita bawa RS naik feri. 





Nasiblah tak banyak kenderaan so tak perlu tunggu lama. Tunggu feri sampai terus kami naik feri.




Sampai je ke tanah besar, kami terus menuju ke Sungai Petani. Sampai memang masing masing penat. Cik en pun berehat sampai la tertidur dalam bilik. Bangun dan mandi je dan terus kelaur tengok satey dah siap bakar. Pe lagi teruslah makan sebelum tunggu geng lain untuk datang malam. Team Ladies Kedah tak dapat datang sebab masa itu hujan lebat sangat. So ada team RS Sungai Petani yang datang. 






Asalnya pukul 10 malam nak gerak ke Kolam Air Panas Ulu Legong Baling tapi tunggu menunggu kami gerak ke sana pukul 2.30 pagi dan sampai lebih kurang dekat pukul 4 pagi juga la. Orang dah mula tak ramai so memang kami conquer la tempat tu. Dalam pukul 5.30 macam itu kami gerak balik. 




Biasala, dah mandi air panas ini, lepas mandi mesti rasa mengantuk. Sebab sebelum ini cik en biasa pergi ke sini naik kereta. Lepas mandi memang kami terus balik Kuala Kangsar, sepanjang jalan memang tersengguk sengguk. Hiffny kata nanti nak singgah pekan Baling minum dulu. Cik en kalau dah ngantuk memang muka dah macam orang meroyan. hahahah. Cik en order kopi o kaw suam kosong. Terus cerah biji mata.




Sampai rumah dalam pukul 8 terus semua terbongkang tidur dan cik en pukul 12 dah bangun dan bersiap. Terima kasih banyak pada family Hiffny sediakan makanan. Nak tolong memang cik en dah tak larat. Last masa makan tengah hari je cik en tolong membasuh. Segan pula bila orang perempuan tak tolong memasak ini. Tapi tula ride ini tak sama dengan drive. Penat dia lain macam. Mungkin cik en masih baru kan, itu yang rasa penat itu. 

Selesai semuanya cik en request untuk snap gambar kat mercu Sungai Petani. Nama pun ride to Sungai Petani tapi tak ada simbolik Sungai Petani itu.



So complete ride kali ini. Kami sampai Manjung dalam pukul 8 malam dan cik en balik rumah dah masuk pukul 9.30 malam. Sampai sampai cik en tengok Peyah dah hilang. Dah masuk hari ke3 entri ini di taip, peyah masih belum balik lagi. Macam macam cara cik en cuba untuk jejak peyah tapi dia masih tak balik lagi. Cik en cuma berharap dia akan balik tak lama lagi. Harap dia balik sebelum cik en naik flight untuk travel minggu depan. So, jumpa next entri. Bye!
3

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150 | Diakui bila aktif moto, masa cik en untuk update blog sangat terhad. tapi cik en tetap juga update seperti biasa cuma terlambat sikit. Kali ni cik en nak share dengan korang aktiviti cik en dengan team RSM dan RTCKK minggu lepas. Ride ke Cameron Highlands adalah ride yang cik en tak sangka akan terjadi. Cik en masih newbie dengan ride dan awalnya rasa was was juga untuk join. Tapi disebabkan nak meraikan ride terakhir bersama team RSM iaitu Jack yang nak kembali ke Sabah cik en cuba beranikan diri. Apa apa pun cik en selamt pergi dan balik dan rasanya satu pencapaian peribadi terbaik pada cik en. | Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150
Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150


Port pertama kami berkumpul di Restoran Biriyani sebelahan dengan AEON Manjung. Cik en sampai dah terus bersarapan ala kadar. Selesai semua, kami start " tayar golek " dan sampai ke RV ke 2 iaitu Ayer Tawar. Team Ayer Tawar dah siap semua kami terus ke RV seterusnya Petronas Simpang Simpang Pulai. Kat sini kami tunggu team RS Kuala Kangsar dan bila dah selesai kami terus memulakan perjalanan naik ke Cameron Highlands. 



RV seterusnya adalah lagi suku nak sampai ke atas. Patutla masa cik en naik Cameron Highlands, port disini ramai rider yang singgah. Kalau tak silap ianya RNR dan ada kawasan untuk rider berehat atau menunggu rider yang lain yang masih tak sampai. Sampai je kawasan ini, kepala cik en dah pening. Mungkin tak biasa tekanan. Selalunya pakai aircord kalau naik mr barney cuma kali ini ianya live. So korang layan la gambar di kawasan RNR ini. 






Dalam 30 minit camtu, semuanya dah sampai dan kami teruskan ke Cameron Highlands. Sampai di Cameron Highlands kami menuju ke Food Court di Tanah Rata. Betul betul bersebelahan dengan Avillion Hotel yang pernah cik en review. Yang Review korang boleh baca di Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Bonding Bersama Firman. Tak sangka selepas sebulan cik en naik lagi ke Cameron Highlands tapi dengan motosikal. Gambar masa makan memang cik en tak ambil sebab terlupa. Kelaparan masing masing. 

Selesai makan tengah hari, kami menuju ke signboard Cameron Highlands untuk sesi bergambar. 


Selesai kami terus ke Kea Farm tapi singgah solat di Brinchang



Selesai semuanya kami terus ke Kea Farm. Cik en ak shopping apa apa sebab baru sangat datang kan. So misi cik en cari madu. Dan berjaya juga makan dan lupa nak bawa balik. Hahahha. Sampai Kea Farm kami masuk Garden Kea Farm dengan harga RM 1 seorang.









Selesai KEA Farm kami menuju Avant Chocolate Cameron Highlands untuk makan aiskrim dan bergambar. 




Anyway banyak lagi gamabr disini cuma cik en tak tahu pada siapa. Kat sini korang boleh bersantai dan tiada bayaran. Sambil itu ada cafe dan kedia menjual barangan Cameron Highlands

Masa untuk turun dan kebetulan kami turun selepas hujan dan jalan agak licin. Nak di jadikan dukanya ride ini, salah seorang kecundang dan tiada kecederaan yang serius. 


Kebetulan ada sepasang suami isteri naik hilux dan kebetulan mereka ke Lumut, kami naikkan motosikal dan dibawa ke Lumut dan mangsa kecundang ini namanya Faris ambulans bawa ke Hospital Ipoh. Cik en pun ikut bersama rider yang lain dan semuanya baik baik aja. 

Cik en sampai ke Manjung pun hampir 12.00 tengah malam juga dan sebelum tidur itu fikir juga, berjaya juga Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150 hari ini kan? hihihi
3