Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: lelaki

Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

DASHING Deo + Perfume Body Spray Pertama Untuk Lelaki

DASHING Deo + Perfume Body Spray Pertama Untuk Lelaki | Lelaki sukakan yang ringkas, mudah dan cepat. Lagi lagi lelaki yang sibuk dengan tugasan harian tapi nak sentiasa segar dan nyah dari bau badan. Bau yang harum dapat membantu jejaka tampil berkenyakinan semasa bekerja dan temujanji dengan kekasih hati. Disebabkan memahami keadaan ini, DASHING telah memperkenalkan semburan deodoran dan wangian badan untuk lelaki dalam satu yang pertama. So tak perlu nak beli dua jenis ini dan hanya cari DASHING Deo + Perfume Body Spray dapat deodaran dan wangian dalam satu semburan. 



DASHING Deo + Perfume Body Spray Pertama Untuk Lelaki


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka. 

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! 

Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja. 

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. 

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki. 

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari. 

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! 

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. 

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. 

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! 

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN! 

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi 

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai: 



HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber. 



ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky. 



SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky. 



HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif. 


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/

p/s : DASHING DEO + BODY SPRAY ini Boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang 
1

Kebaikan Buah Buahan

Kebaikan Buah Buahan untuk Peringkat Umur





Kanak Kanak dan Remaja 
2

Suntikan Untuk Hapuskan Nafsu Perogol


Suntikan Untuk Hapuskan Nafsu Perogol |
2

Malaika Oil - Produk Semulajadi Terbaik Untuk Kulit Anda

Assalamualaikum dan hai buat pembaca cik en
Kali ini cik en nak story sedikit satu produk bumiputera semestinya buatan Malaysia yang HALAL dan semulajadi untuk kulit asia seperti kita. Anda semua ada masalah JJP? Apa itu JJP? 1st J adalah jerawat, 2nd J adalah Jeragat dan P adalah Parut jerawat di pipi dan kawasan muka anda. Ada? Dah cuba pelbagai produk dan tiada kesannya? Atau kos yang sangat tinggi ? akan menjadi kulit mengelupas sedangkan nak pergi dating ni? atau pun tidak yakin terhadap kandungannya? Halal ke? Kandungan dia itu berchemical ke? Sesuai ke dengan kulit kita di Asia ini? So korang wajib baca entri ini sampai habis untuk membuka mata korang terhadap satu produk bumiputera, halal dan bersih serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom!

malaika oil, produk jerawat, hilangkan parut, kecantikan, rawatan muka, serum

6

Selamatkan Nyawa Ibu atau Anak. Apa Pilihan Anda?



Assalamualaikum sahabat cik EN. Sekadar renungan bersama


Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya. 

"Bagaimana keadaannya doktor?" 
tanyanya penuh harap. 
"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu 
sudah tak sedarkan diri!" 
jawab doktor itu. 
"Jadi bagaimana doktor ..?" 
"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!" 
Lelaki tersebut 
kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ...... 
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" 
desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati 
lelaki itupun berkata dengan nada sayu, 
"Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. 
Tolong lakukan yang terbaik!" 
pintanya. 

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya. Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi. 

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus. 

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat. 

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. 

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan. 

1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh? 

2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu? 

3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu? 

4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja? 

5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu? 

6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia? 

7. Dan banyak lagi..... 

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Tambahkan diri dengan ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin. 

Wallahu'alam. 

P/S : Antara note cik en di FB 
3

Pemakaian Samping Bagi Lelaki

Sila patuhi etika pemakaian ye..

0

Lelaki Umpama Gelang Getah dan Perempuan Ibarat Ombak



Assalamualaikum dan salam sejahtera
kembali cik en menulis entry hasil pembacaan cik en. kali ini cik en membaca dari buku motivasi bertajuk Bintang Timur, Bintang Barat. Hasil pengalihan kepada buku bahasa melayu daripada buku bahasa inggeris iaitu "Men Are From Mars, Women Are From Venus". Penulis asal JOHN GRAY dan edisi bahasa melayu dari PTS Profesional. Hasil penulisan agak panjang dan dalam entry ini cik en cuba mengarabkan dengan cara penulisan cik en. Buku ini khas untuk panduan praktikal bagi memperbaiki komunikasi dan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Pemilihan tajuk ini adalah salah satu motivasi yang penting untuk setiap pasangan yang am nya melibatkan lelaki dan perempuan. untuk pasangan kekasih, suami isteri, sahabat dan lain lain
Lelaki Umpama Gelang Getah dan Perempuan Ibarat Ombak
Cik en akna terangkan satu persatu dan kita akan ambik untuk 2 kenyataan itu :-



LELAKI UMPAMA GELANG GETAH
4

Ketinggian Normal Penduduk Asia


Photobucket
6

Bulu Bulu dan Bulu

lagi sekali cik en malas nak taip panjang-panjang...kita tengok pulak bulu...opss.....bulu apa cik en?
bulu la...hehehe...bulu la...bulu apa cik en?
bulu.............
hhahhaha...xla...bulu manusia la...bulu badan...heheheh...
cik en suka...auw!sbb en.botak ada..nampak jantan gitu...
heheheh...tp kalu en botak buat cam yang bawah ni..ops....cik en akan clash dengan dia...cik en  tak nak publisiti cam dorang bawah ini..hehheheh
checkup!



5

entry khas untuk lelaki

Ini apa sesetengah lelaki akan fikir dalam hidup mereka. Setuju????
0

Fakta Tentang Buah Dada Lelaki!!

Photobucket
0

Kajian Buktikan Ramai Lelaki Tak Pandai Beli-Belah/ Shopping

Lelaki bergantung kepada isteri atau pasangan untuk membeli separuh daripada pakaian masing-masing, manakala mereka hanya membeli 30 peratus pakaian sendiri.



Kajian oleh jenama fesyen Joe Browns menyatakan, wanita menghabiskan purata dua jam setiap bulan atau 24 jam setahun bersamaan dengan 40 hari sepanjang hayat mereka membeli pakaian untuk suami dan kekasih.

Sebagai perbandingan, lelaki menghabiskan yang jauh lebih sedikit untuk membeli pakaian iaitu kira-kira 50 minit sebulan atau 16.6 hari sepanjang hayat mereka.



Tinjauan membabitkan 1,984 orang dewasa berusia 18 hingga 50 tahun mendedahkan bahawa baki peratus dipenuhi dengan hadiah daripada rakan dan keluarga. 

Bagaimanapun, lelaki didapati mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk membeli sehelai pakaian ‘must buy’ berbanding wanita. 


“Amat jelas bahawa wanita di Britain mementingkan gaya tetapi menghabiskan banyak masa untuk membentuk penampilan pasangan atau teman lelaki mereka,” kata jurucakap Joe Browns, Simon Brown.

1

Kelebihan Lelaki Pada Akalnya



Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, 
bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, 
matahari dan bulan, begitulah seterusnya.
3

Siapa Lelaki Pilih Wanita Sempurna Dan Siapa Wanita Pilih Lelaki Yang Hebat


Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah.
9

kenali 7 jenis lelaki



hye semua!!!!luv u al...
rini aku nk share hal lelaki plak asyk hal2 wanita jer macam entry aku yg 3 ni
mengenali wanita melalui cara berjalan
kehebatan wanita
W.A.N.I.T.A
so kali ini kita kenal jenis2 lelaki laks...
klu yg x puas hati n menyokong..sila komen...ehheh

KENALI 7 JENIS LELAKI  
1