Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: kwapcap

Showing posts with label kwapcap. Show all posts
Showing posts with label kwapcap. Show all posts

Kwaycap Rantau Panjang

Kwaycap Rantau Panjang | Kiranya entri ini entri throwback sebabnya nak story menu baru yang cik en cuba masa di Kelantan masa sukan veterinar 2018 bulan lepas. Korang pernah dengar tak Kwaycap? Mungkin ore kelate tau menu ni tapi cik en yang berasal dari Perak baru tau pasal menu ini. Menu ini cik en cuba masa shopping di Rantau Panjang. Itupun staf pejabat yang bawakkan. Bukan kedai tapi lorong lorong rumah kampung di Rantau Panjang. Korang nak tau tak rasa Kwaycap Rantau Panjang ini? 

Kwaycap Rantau Panjang
Kwaycap Rantau Panjang

Kwaycap Rantau Panjang



Kwaycap ini gabungan kuey teow buatan sendiri, kuah kicap, kaki ayam, telur dan sayur. Cik perasan juga, kalau sebelah Pantai Timur ke Thailand, mereka banyak gunakan kaki ayam untuk masakan dorang. Di sebelah Perak ini memang ada tapi tak banyak kedai makan tengah hari dijadikan kaki ayam sebagai salah satu menu utama. Rasanya tak terlalu masin walaupun kuahnya kicap, ala makan sup tapi ada rasa ummp tu. Kaki ayam tu lembut, tak liat, cik en makan sampai tulang tulang kecik pun cik en leh hancurkan. Telur pula adalah telur rebus. Dapat 1/2 lagi. Harga RM 3.50. Murah kan? So kalau korang yang tak pernah rasa boleh la try kalau mai ke Kelantan na?
4