Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: kucing

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing

Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing | Pernah korang nampak punggung kucing macam ada keluar sesuatu bewarna kemerahan dan tergantung gantung. Itu adalah tanda kucing itu ada masalah buasir. Cik en nak kongsi dengan korang rawatan awal yang boleh korang buat dirumah. Tapi kalau dah terlalu lama kena bawa ke klinik veterinar. Sebab akan ada proses yang korang tak boleh buat sendiri. | Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing

Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing
Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing


Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing

Jika korang baru nampak buasir kucing dengan tanda buasir yang keluar belum membengkak korang boleh masukkan balik ke dalam dubur. Tindakan ini dapat membantu otot dubur tidak loose. Jika nampak otot dubur loose boleh tuam dengan ais untuk kecutkannya. 

Jika buasir kucing dah membengkak pula, korang boleh tuam buasir dengan ais untuk kecutkan dan masukkan balik. Dan tuam ais pada otot untuk kecutkan balik. Untuk peringkat ini kemungkinan kucing akan jadi agresif sebab sejuk dan sakit. 

Jika korang tak mampu lakukan, better rujuk vet terdekat. Di vet akan buat proses yang sama tapi otot dubur akan dijahit secara jerut tapi ada tekniknya. Bukan main jahit saja. Kalau beberapa hari buasir kucing masih keluar disebabkan kucing putuskan benang, kemungkinan vet akan buat pembedahan. 

Jangan korang pm cik en mana nak dapatkan benang untuk jahit. Ini tugas vet. Jangan memandai nak buatkan. Kang dah buat kucing tak boleh poo sebab korang jahit sekali dengan saluran dubur jadi masalah pada vet pula nanti. Ini rawatan awal untuk buasir kucing maksudnya di peringkat awal dalam 1 hari atau kurang dari itu. Jika lama better bawa ke vet. 

Buasir kucing mungkin berlaku disebabkan masalah cirit birit. Jadi korang boleh baca entri Cara Rawatan Kucing Cirit Birit

Gambar kredit pada google image. Selama ini banyak kes buasir cik en sekali pun tak pernah snap gambar rupanya. 
14

Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing

Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing | Lamanya cik en tak share tips dan info mengenai kucing kan? Sebabnya nak dapatkan idea itu selalunya hasil dari rawatan cik en hari hari. Topik yang cik en nak marah ini adalah "Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing " . Nampaknya kes penderaan kucing sakit dengan menggunakan spray biru ini makin banyak dari masa ke semasa. Dan selalunya cik en akan mula marah dengan owner bila kes kes sebegini berlaku. Dah la kucing itu sakit, ditambah lagi sakitnya. Tak kesian ke? 


Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing 

Fungsi spray biru atau dipanggil wound spray atau manggot spray ini adalah untuk menghalau lalat yang menghurung luka disebabkan bau darah dan nanah. Lalat yang berjaga hinggap di kawasan ini akan bagi ole ole telur ulat dan apabila ianya menetas maka terjadilah luka berulat. Luka berulat akan menjadikan kulit mati, daging mati dan kalau kronik organ dalaman juga. Disebabkan luka berulat bakal ada surgery atau pembedahan potong kaki, tangan ekor dan sebagainya. Spray biru ini juga membantu mematikan ulat ulat yang ada dalam luka. Ulat mati dan daging boleh tumbuh semula. Itu cara untuk kucing sembuh bila menggunakan spray luka. 

Tapi bukannya korang memandai mandai spray sampai habis satu botol di kawasan luka dan kawasan sekitar luka terutama pada bulu kucing. Itu tak membantu langsung penyembuhan kucing malah membantu menderitakan lagi. Cukup la spray sikit didalam luka yang berulat. Itu mampu membunuh ulat dan baunya mampu mengelakkan lalat datang. 

Apabila spray terlalu banyak pada bulu kucing, bulu akan melekat pada kulit dan bila kita buat dressing/cuci luka dengan bulu bulu kucing tercabut. Kadang kadang cik en sampai kena tarik bulu yang keirng dengan spray biru disebabkan kebersihan kucing. Andai kata kucing jilat, ianya boleh membawa mati. Spray yang berlebihan sehingga bulu keras boleh mengakibatkan kucing tak mampu berjalan, membengkok tangan disebabkan sakit. 

Dan lagi satu, luka perlu dibersihkan terlebih dulu, jika luka bernanah, pastikan nanah dibuang sepenuhnya dan dibersihkan, jika luka berulat, pastikan ulat totally mati dan bersihkan. Jangan skip part "bersihkan" . Itu yang buat luka boleh baik. Dan jangan lupa baca Cara Merawat Luka Kucing.

5

Cik En Tak Takut Anjing Eh?

Cik En Tak Takut Anjing Eh? | Seringkali cik en akan diaju soalan ini bila upload gambar bersama dengan anjing. Cik En Tak Takut Anjing Eh? Beraninya cik en? dan macam macam lagi tapi cik en faham kita dah difahamkan anjing memang garang suka mengigit. Lagipun mentaliti kita rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu yang anjing ini bukan haiwan yang penyayang seperti kucing. Sebab itu cik en pernah keluarkan artikel Ubah Persepsi Anda Terhadap Anjing pada 2016. Sesiapa yang belum membaca cik en harap korang boleh baca artikel itu untuk korang boleh kenal haiwan bernama anjing ini. 


Cik En Tak Takut Anjing Eh?


Berbalik kepada Cik En Tak Takut Anjing Eh? cik en pun macam korang semua juga. Ada juga perasaan takut dan was was. Lagi lagi cik en berdepan dengan mereka dalam pelbagai keadaan seperti sakit, marah dan agresif. Walau haiwan apa pun even kucing, korang bukannya boleh main terkam je. Jumpa kucing comel terus kejar. Confirm kucing pun akan lari atau bertindak agresif. 

Tips yang cik en akan amalkan bila berhadapan dengan mana mana haiwan yang datang ke klinik atau dimana mana tempat adalah 

  1. Perhatikan matanya, mata takkan menipu. Saiz mata hitam membawa maksud yang tertentu. Jika mata hitam besar maknanya mereka takut. Kalau ditambah dengan kemerahan (bukan masalah sakit mata) kemungkinan mereka tengah marah
  2. Perhatikan gerak badan mereka. Mereka menyinga atau menikus
  3. Jangan terus terkam, peluk, sentuh atau apa apa pun. Mulakan dengan sentuh bahagian yang dia nampak seperti dahi atau kepala. Jika tak ada tindakan agresif, baru perlahan lahan gosok bahagian batang hidung. Pastikan alert bahagian mana yang sakit dan sentuh perlahan lahan di kawasan itu. 
  4. Kalau dah nampak agresif, better jauhkan diri dulu dan mula pujuk guna mulut. 
  5. Kalau kucing cik en akan guna tuala dan tutup mata dulu dan mula perlahan lahan sentuh bahagian badan. 



Untuk kes Fillo dan kawan kawan dia yang mana tinggal di sebelah rumah cik en ini. Cik en ambil masa hampir setengah tahun untuk berkawan dengan mereka. Fillo jenis baka Great Dane. Anjing paling besar. Nampak menakutkan sebab tinggi dia separuh badan cik en tapi paling manja sebenarnya. Anyway anjing yang kecil ini yang paling berbahaya. Sebab mereka suka mengigit bila rasa terancam.

Cik en pernah kena gigit dengan anjing?


Image result for shih tzu

Of Course. Anjing jenis Shi Tzu. Anjing kecil nampak comel sangat tapi kalau terancam atau marah suka mengigit. Anyway tak teruk tapi sakit juga la. Tapi tak terlawan kesan gigit dan luka dari kucing. Sampai 2 3 kali tersembur darah dari kesan gigitan kucing. Hahahhaha

2

Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak

Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak  | Lamanya cik en tak kongsi story story semasa kerja kan? Kerap sangat keluarkan niche beauty dan travel lately ini. So hari ini cik en nak kongsi dengan korang 2 kes pagi tadi. Seawal 8.30 pagi klinik veterinar dah dibuka. Kes pertama adalah kes kucing tak boleh kencing dan semestinya cik en dah boleh agak ianya kes batu karang. Belum selesai kes pertama masuk kes kedua, kes yang sama tapi condition kucingnya agak lemah


Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak


Mana yang tak tahu lagi, kucing jantan selalunya akan kena Batu Karang atau FLUTD berbanding kucing betina. Macam mana nak tahu kucing kita kena batu karang? korang boleh baca artikel Kenapa Kucing Kencing Berdarah , Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang atau entri Penyakit Sistem Urinari Kucing. Untuk kes pagi tadi seperti cik en story di awal tadi ini merupakan kes pertama yang cik en buat serentak disebabkan kalau cik en tunggu takut masalah lagi kronik. 

Kucing 1 - Kucing datang 8.30 pagi dan ianya refer 3 hari sebelum ini yang cik en dah beri injection dan ubat urinary. Owner datang harini katanya kucing itu dah tak boleh kencing dan bising setiap kali nak kencing tapi kucing masih aktif dan manja. Cik en terus buat disebabkan tak ramai orang lagi. Selesai bius, cik en buat proses flushing dan drip 

Kucing 2 - kes datang 9.30 pagi, keadaan kucing agak lemah dan cik en terus buat tapi tak biuskan kerana ada risiko kalau dibiuskan. Selesai flushing kucing boleh mula akan muka dan mula berjalan

Anyway kedua dua kes ini alhamdulilah berjaya dan diharap mereka akan sihat. Apa yang penting, kedua dua owner kucing ini perlu cari makanan kucing jenis Urinary S/O jenama Royal Canin
2

Umur Kucing Betina Boleh Mengawan

Umur Kucing Betina Boleh Mengawan | Rajin pula cik en tengok keyword untuk hari ini. Dalam banyak banyak cik en tertarik nak kongsi Umur Kucing Betina Boleh Mengawan. Kebetulan hari ini ramai yag bertanya Umur Kucing Betina Boleh Mengawan di klinik. Alang alang tengah ada mood menaip niche veterinar (rasanya dah lama tak kongsi niche ini) cik en nak beritahu Umur Kucing Betina Boleh Mengawan

Umur Kucing Betina Boleh Mengawan
Umur Kucing Betina Boleh Mengawan

Umur Kucing Betina Boleh Mengawan


Anyway cik en sendiri ada pengalaman dengan kucing pelanggan klinik. Boleh dikategorikan masih anak kucing. Anak kucing itu nama Suci. Tapi dah ternoda. Hahahha. Owner kurung sekali dengan kucing jantan lebih kurang 1 tahun. Owner sendiri tak sangka harapkan pegar, pegar makan padi. ahahhaha. Suci beranak sulung berumur 6 atau 7 bulan. Kucing bunting around 2 bulan atau 58 hingga 67 hari. Jadi kemungkinan Suci mula mengandung umur 4 atau 5 bulan. 

So Umur Kucing Betina Boleh Mengawan bermula 4 bulan ke atas. Tapi.. cik en tak galakkan kucing ini jadi ibu muda. Sebab akan berlaku banyak masalah seperti 

  1. Si ibu kemungkinan terbantut pertumbuhbesaran
  2. Si ibu susah untuk gemuk selepas itu
  3. Anak kemungkinan tak cukup gizi sebab si ibu pun belum cukup gizi dalam badan sebab masih muda
  4. Anak mungkin tidak sihat dan kerap sakit (kurang antibodi)
Tapi ada saja yang ok, cuma elakkan jadikan anak kucing sebagai ibu muda. Biarlah dia cukup besar around 10 bulan ke atas. Kalau pendapat cik en biarlah umur setahun ke atas. Bagi kucing betina ini selesai develope badan semaksima yang boleh sebelum berkongsi dengan anak anak. Ibu yang sihat dan baik serta penjantan yang berkualiti akan hasilkan anak anak kucing yang terbaik. 

2

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar | Cik en keluarkan entri ini secara spontan selepas membaca komen pending untuk entri Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus) . Ada yang bertanya macamana nak hilangkan air liur berlendir. Kalau Air Liur Kucing Meleleh Keluar kerana virus ini cik en nak kongsi sikit realiti sekarang.  Sebenarnya virus ini semakin lama semakin bijak. Jika dulu bermusim sekarang anytime boleh kena. So cik en nasihatkan untuk mana yang ada anak kucing baru putus susu atau anak kucing ketiadaan ibu, bawalah ke klinik veterinar untuk dapatkan suntikan vaksin. Better bawalah ke klinik veterinar daripada kedai haiwan kerana disitu ada doktor veterinar bertauliah yang akan buat pemeriksaan sebelum suntikan vaksin dibuat. Berbalik kepada tajuk cik en tadi Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar cik en akan terangkan dibawah

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar


Air Liur Kucing Meleleh Keluar ada beberapa faktor tak semestinya virus. Kadang kadang kerana 

  1. Ada benda asing dalam mulut seperti Kemuncup atau Tulang
  2. Masalah gigi
  3. Masalah pernafasan
  4. Virus
  5. Ketakutan
  6. Kucing rasa terlalu "bahagia" (Selalunya kalau cik en suka garu peah bahagian belakang dia akan feel sampai meleleh air liur. ahhahaha)
  7. Keracunan 
  8. Kanser

Selain itu kalau nampak Air Liur Kucing Meleleh Keluar korang kena tengok dalam mulut kucing.  Buka mulut kucing dan perhatikan lidah, gusi dan lelangit. Pendek kata kesemua bahagian dalam mulut kucing. Ini rupa mulut kucing yang normal dan sihat


Dan ini pula gambar mulut yang tidak normal atau sakit



Tak banyak yang boleh cik en tolong untuk rawatan di rumah tapi kalau ada kes Air Liur Kucing Meleleh Keluar kerana 
  • Kemuncup atau tulang, korang kena keluarkan. Kalau nampak luka, kena bawa ke klinik veterinar untuk dapatkan antibiotik dan anti radangan.
  • Kalau sebab ketakutan dan terlalu feeling (ahahahahha) yang itu tak ada masalah biasa la. Cuma kena bagi mereka calm down saja. 
  • Kalau keracunan boleh rujuk entri Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan
  • Masalah gigi perlu buat scalling gigi di klinik veterinar
  • Kalau kerana virus korang kena bawa ke klinik veterinar berdekatan untuk dapatkan rawatan seperti ubat ulser, antibiotik, radangan dan sebagainya. 

Nasihat cik en, kalau kes melibatkan kesihatan kucing, please refer klinik veterinar atau kedai haiwan yanga da DOKTOR VETERINAR. Banyak kes pemberian ubat tanpa doktor ini bawa kesan yang lebih teruk pada kucing. 

Sumber gambar : 
  1. https://www.healthypawspetinsurance.com/blog/wp-content/uploads/catmouth.jpg
  2. http://www.kongyuensing.com/cgi/20120433young-cat-oral-ulcers-eosinophilia-granuloma-complex-toayohvets-singapore.jpg
  3. http://www.kongyuensing.com/cgi/20120440young-cat-oral-ulcers-eosinophilia-granuloma-complex-toayohvets-singapore.jpg
  4. https://i.ytimg.com/vi/-n29oZLffU0/maxresdefault.jpg
10

Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju

Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju | Pemilik kucing dan Pekerja atau Doktor Veterinar mesti ada masalah nak buang bulu kucing melekat pada baju kan? Sama la dengan cik en ini. Hari hari baju mesti penuh dengan bulu kucing. Sampai satu tahap dah nampak cik en yang berbulu. Hahahha. Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju menggunakan Clothes Sticky Lint Roller, Lint Roller, Roller, Roller Sticker,  atau macam macam lagi gelarannya yang lain mesti adalah pilihan pertama oleh pemilik kucing atau di klinik veterinar. 

Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju
Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju

Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju

Roller buang bulu kucing atau Clothes Sticky Lint Roller ini korang boleh dapatkan di mana mana Petshop atau cik en beli yang ini di Mr DIY . Di Mr DIY mereka akan jual 1 roller dan 2 sticky lint dengan harga RM6.50 je. Yang Mr DIY ini memang kuat gam dia rasanya bukan bulu kucing melekat, bulu baju pun melekat juga. Hahahahah

Kalau tak ada sangat korang cari je Sellotape dan buat bulat bulat (belah ada gam di luar) dan dap dap pada baju penuh bulu. 
5

Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia

Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia | Sudah lama cik en nak buat entri ini. Tapi tak berkesempatan nak mencari info info yang berkaitan. So setelah sekian lama, cik en buat juga entri Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia untuk panduan pemilik kucing. Diharap Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia dapat membantu korang memilih makanan kucing yang bersesuaian dengan baka kucing korang bela. Kalau rasanya ianya bermanfaat, jangan lupa share entri Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia untuk sebarkan dan juga korang boleh komen untuk penambahbaikan entri Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia ini.

Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia
Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia

Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia

Cik en pernah kongsi entri Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul tapi masih ada yang bertanya Apa Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia. Kat sini cik en listkan makanan yang ada di pasaran Malaysia dan mungkin ada yang cik en terlepas pandang dan korang dialu alukan untuk komen makanan kucing apa yang korang rasa ianya bersesuaian dengan kucing korang.

Senarai Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia

  1. Royal Canin
  2. Whiskas
  3. Pro Diet
  4. Equilibrio
  5. Hills
  6. Taste Of The Wild
  7. Gold
  8. Friskies
  9. Greens
  10. Starasia Catz-Kat
  11. Love Cat
  12. Blackwood
  13. Smart Heart
  14. Brit
  15. PowerCat
  16. OldFisherman
  17. Happy Cat
  18. Vital Plus
  19. Fancy Feast
  20. Britcare
  21. Sheba
  22. NekkoBow Bow
  23. Fussie Cat
  24. Snappy Tom
  25. Buttons And Bows
  26. Special Cat
Yang cik en highlight itu adalah Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia yang popular dan berkualiti. Yang lain cik en masih tak familiar lagi. Dan untuk kes kes tertentu seperti kucing masalah FLUTD atau batu karang, masalah sembelit yang kronik, masalah kulit dan beberapa masalah, korang perlu refer vet untuk dapatkan konsultan makanan apa yang sesuai. 

Untuk cik en produk Royal Canin adalah produk yang mempunyai kesemua jenis makanan kucing dari kucing jenis berbaka seperti persian, kucing sakit, kucing ada masalah sensitivity dan lain lain lagi. Jadi penting untuk korang refer vet yang bertauliah untuk dapatkan info makanan apa yang sesuai untuk kucing korang. 

Kalau korang nak buat pertukaran makanan pun korang tak leh nak tukar macm itu aje tau. Korang kena tau step step untuk mengelakkan kucing cirit dan ada masalah lain. Yang itu korang boleh refer entri Cara Memperkenalkan Makanan Baru Kepada Kucing
5

Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang

Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang  | Lama juga cik en tak kongsi artikel mengenai kucing kan?Cuma malam ini cik en rasa nak kongsi dengan korang masalah kucing kencing sikit sikit ini. Tahu tak korang Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang? Masih tak tahu atau korang sendiri pernah melihat kucing korang ada masalah kencing sikit sikit ini? Mungkin artikel Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang dapat membantu korang yang tengah mencari info waktu korang baca artikel ini atau sebagai ilmu bila Kucing Kencing Sikit Sikit nanti. 

Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang
Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang 

Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang 

Macam biasa cik en akan share dengan korang menggunakan point point dan bahasa yang ringkas untuk memudahkan korang memahami masalah Kucing Kencing Sikit Sikit ini. Kalau korang depan mata, senang cik en nak kongsi dengan korang menggunakan gambarajah. Tapi dah dalam blog ini mungkin penerangan ini korang kena faham melalui tulisan cik en. Kalau menggunakan bahasa veterinar pula ini adalah masalah Feline Lower Urinary Disease (FLUTD)

1. Kenapa Kucing Kencing Sikit Sikit?

Ini berlaku kerana saluran kencing kucing jantan (betina jarang berlaku tapi tetap pernah berlaku) di 'block' oleh kristal /batu/pasir/ yang halus. 

2. Sebab apa ada kristal /batu/pasir/ yang halus dalam salur kencing kucing?

Selalunya berlaku kerana mungkin 
  1. Makanan dan diet tak seimbang - makanan yang terlalu murah, bewarna warni dan kandungan tak seimbang. Boleh rujuk entri Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul
  2. Habit/Kebiasaan - Selalunya kucing jenis kurang minum air. 
  3. Kucing Tahan Kencing - Selalunya stress kerana pindah rumah baru, pasir berkongsi dengan kucing lain, kehadiran kucing baru dalam rumah dan musim mengawan. Stress yang lain korang boleh baca di entri 10 Tanda Mungkin Kucing Stress

3. Apa tanda lain batu karang selain kucing kencing sikit sikit



  1. Kucing akan kerap ke bilik air tapi tak kencing pun (tidak lawas)
  2. Ada kencing tapi setitik dua je
  3. Kencing bewarna coklat atau merah (kencing berdarah)
  4. Setiap kali kencing, kucing akan menjerit sebab rasa sakit. 
  5. Kucing mula muntah dan pasif

4. Kesan jika Kucing Kencing Sikit Sikit di biarkan tanpa rawatan?

  1. Kucing akan rasa sakit teramat sangat sehingga buat kucing tak lalu makan dan minum. Kucing akan mulai lemah
  2. Jika lambat dapat rawatan, kemungkinan kucing akan ada masalah buah pinggang (kidney problem)
  3. Jika dibiarkan, kucing akan mati
5. Rawatan Kucing Kencing Sikit Sikit


Ada beberapa rawatan yang boleh dibuat tapi ianya bergantung kepada tahap sakit ini. Rawatan fizikal sangat perlu untuk menentu tahap kronik Kucing Kencing Sikit Sikit ini. Pundi kencing atau bladder akan di ramas/press/gengam/uji untuk menentukan kucing masih boleh kencing atau tidak. Kuantiti yang keluar juga akan diambil kira seperti sikit sikit, banyak atau tak keluar langsung. 

  1. Jika kencing di press dan air kencing yang keluar masih banyak dan berdarah berada di tahap 1. Selalunya akan diberi antibiotik dan anti inflamantory. Selain itu akan diberi suplemen seperti Uty-Oxi, Nefrotec (himalaya brand). Makanan kena tukar kepada makanan khas untuk urinary problem. Recommended brand Hills dan Royal Canan
  2. Jika kencing keluar tapi sikit sikit pula ianya di tahap ke 2. Tapi ada peluang ianya tak menganggu teruk buah pinggang. Masih menggunakan kaedah tahap pertama dan kalau perlu proses memasukkan cateter pula dijalankan untuk proses flushing
  3. Jika kucing tak boleh kencing langsung adalah tahap ke 3, dinasihatkan untuk masuk wad sekurang kurangnya 3 hari 2 malam untuk proses flusing dan drip setiap hari. Jika perlu akan ada ubat tambahan yang bersesuaian. Jika kucing tak nak makan kena beri wet food khas untuk urinary problem. Tapi masa ini, kesihatan kucing 50 - 50. Ditahap ini kemungkinan kidney kucing akan ada masalah. 

6. Perlu ke buat ujian darah?

Pendapat cik en dan juga pendapat dari doktor veterinar yang cik en kenal, semasa masalah FLUTD, sememangnya kidney akan positif. Jadi untuk dapatkan keputusan yang lebih jelas adalah darah diambil seminggu atau 2 minggu selepas kucing sihat. Jika negetif, supplemen dan ubat yang berkaitan akan diberi. 

7. Berapa kos?

Anggaran kos adalah dari RM200 hingga RM700 mengikut tahap, ubatan, warded, ujian darah dan sebagainya. 

Kalau nak tahu macamana proses flushing boleh rujuk entri Kenapa Kucing Kencing Berdarah

p/s : sumber gambar : google image
3

Tamtam dalam Kenangan

TamTam dalam Kenangan | Siapa tamtam atau Atam ini? Tamtam adalah sekor kucing bewarna hitam yang dijumpai oleh rescue di pasar. Tamtam seekor kucing kurang upaya (KKU). Tangan depan tamtam bengkok dari lengan. Dibawa ke klinik dan akhirnya menjadi kucing angkat di klinik. Tamtam tak banyak songeh atau nakal. Baik sangat. Kawan Tamtam namanya Debab. Apa Debab buat, mesti Tamtam ikut. Curi makanan budak budak boarding. Melawat budak budak di ward. Kedua dua ekor ini memang sahabat baik. Cik en gelarkan Debab Warden dan Tamtam penolong Warden. Cik en pun tak la lama kenal Tamtam ini dalam 3 bulan camtu. Tapi biasalah dah hari hari jumpa, dah jatuh sayang. Sampailah 2 minggu lepas.. Tamtam sakit...


Mulanya Tamtam selsema teruk. Kami bagi la ubat selsema dan antibiotik dan 2 hari lepas itu, cik en tengok telinga dia dan jadi kuning. Kami suspek jaundice. Asalnya Tamtam masih lalu makan. Tengok keadaan nampak teruk, kami kurungkan Tamtam. Dari situ kami nampak kuning Tamtam makin teruk.Kami dah mula suspek FIP tapi jenis kering.Masa tu, perut Tamtam masih tak besar lagi. Lama lama perut dia mula membusung. Try sedut dan memang ada air. Jadi kami suspek FIP kering dan basah. Tapi Tamtam masih semangat cuma tak mahu makan. Ekor Tamtam masih gerak gerak cuma dah jadi pasif dalam sangkar. Kencing dia jangan dikatalah, kuning sangat. Kami bagi ubat paling terbaik untuk Tamtam dan drip setiap hari. Makanan kami kena suap dan macam biasalah cik en memang akan marah Tamtam bila dia menolak makanan. Staf lain yang bagi dan bila bergantung pada makan disuap dan drip saja, susah untuk Tamtam sembuh. 


Sampai la 13 April 2018, Tamtam pergi buat selamanya. Cik en sedih sangat tapi tak la tunjuk kat orang. Nampak je tak kisah tapi kepala ini ligat memikirkan pasal Tamtam. Lepas ini dah tak ada Tamtam. Dan tak nampak kelibat dia dah.


Klinik jadi sunyi dah lepas ini. Debab main sorang sorang. Tak ada kawan dah dia tu. Walaupun tak lama cik en kenal Tamtam tapi keletah dia masih terbayang bayang dalam kepala cik en ini. Ntah macam mana peah nanti tinggalkan cik en kan? Mesti cik en tak leh nak terima. Hurm.. walaupun dorang hanya kucing yang hanya mampu mengeow minta makanan tapi mereka dekat dengan hati seorang pencinta kucing. Sedangkan yang cik en rawat 2 3 kali pun sedih bila tau mati inikan dah berbulan bulan atau bertahun tahun cik en jaga dan kenal. Hurm.. pergilah ye Tamtam. maafkan sebab selalu marah Tamtam sebab Tamtam tak mahu makan. Nak Tamtam baik balik. tapi Tamtam tak mau makan. jadi Intan marah la. hurmmm...


3

Nak Keluar Sangat Kan? Keluar La Lagi, Kena Gigit Anjing Baru Tau!

Nak Keluar Sangat Kan? Keluar La Lagi, Kena Gigit Anjing Baru Tau! | Ini la salah satu leteran 52 harkat cik en pada si peah kucing kesayangan cik en ini. Cik en lagi suruh je dia keluar, dah kena baru dia tau dan takut. Hahaha. Mesti ingat cik en ini tak sayang peah ke? Bukan tak sayang tapi peah ini sejenis kucing yang degil sikit. Bila dah kena baru dia beringat. Hahaha


Kisahnya bergini, cik en jarang tidur dirumah baru sebabnya teman kawan cik en. Setiap petang cik en akan balik cuma ahad lepas cik en tak sempat nak balik sebab sibuk buat part time. Jadi isnin itu cik en balik la sebab nak tengok si peah ini. Masuk rumah cik en bagi la salam dan peah tak keluar keluar. Cari satu rumah dia tak ada. Kelam kabut jugalah cik en cari keliling rumah. Rumah sebelah cik en ada anjing garang. Cik en tau peah memang takut dengan anjing. Kebetulan depan rumah cik en ada lori parking banyak banyak. Cik en pun dok panggil "peah! peah! meowwww!~ . Tapi peah tak keluar juga. Tanya juga jiran jiran dorang pun tak nampak dan tak tahu pun dalam rumah tu ada kucing. Hahahah.

Tiba tiba anjing sebelah dok kejar something. Mungkin peah keluar lepas dengar cik en panggil dia. Cik en pun agak mesti peah. Peah naik pokok ( nasib ada pokok). Cik en pun tengok memang peah. Meremang bulu dia. Cik en pun dok cakap la "Ha.. tau pun takut. Nak Keluar Sangat Kan? Keluar La Lagi, Kena Gigit Anjing Baru Tau! ". Dengan ada kerengga gigit dia. Cik en pujuk dan bawa masuk rumah. Dalam rumah terus dia makan dan minum (dahaga la kot~). Selesai semuanya , cik en cakap lagi "Nak Keluar Sangat Kan? Keluar La Lagi, Kena Gigit Anjing Baru Tau!" Sambil gelak gelak. Di adok pujuk sendel kat kaki dan badan cik en. Nak minta maaf la tu!

Entri pasal peah sebelum ini : Astaghfirullah Peah Oi Apa Yang Hang Buat Ini??

3

Cara Mudah Ketahui Umur Kucing

Cara Mudah Ketahui Umur Kucing | Entri ini cik en dibuat atas janji cik en di live facebook #sembangsembangkucingciken minggu lepas. Masa itu cik en tak dapat nak jelaskan dengan baik sebabnya cik en letih dan tak boleh nak recall. Hihihi. So kali ini cik en nak kongsi dengan korang Cara Mudah Ketahui Umur Kucing korang tu melalui fizikal kucing korang. Panduan ini juga yang cik en kongsi dengan pelanggan klinik cik en. Cik en ambil dari pembacaan dan research cik en. Hope dengan entri Cara Mudah Ketahui Umur Kucing dapat membantu korang yang ada kucing lagi lagi kucing yang korang baru jumpa.


Cara Mudah Ketahui Umur Kucing

Ada 4 cara mudah untuk ketahui umur kucing ini yang mana korang boleh buat pemeriksaan keatas kucing itu. Tapi pastikan kucing tu friendly, jangan la garang korang nak check, takut nanti tangan korang kena ngap. Hihihi. 

Bulu dan Badan Kucing

Selalunya kucing tua bulunya agak kasar dan sedikit nipis. Kalau muda, bulunya lebih lembut, bersinar dan lebat. Tapi kalau kucing itu ada masalah kulit, susah la untuk korang check kecuali selepas mendapatkan rawatan di klinik veterinar. Bulu kucing tua selalunya bertukar warna seperti warna hitam berubah menjadi keperangan.

Dari bentuk badan pula, kucing muda lebih nampak tough (berotot) gitew. Ala ala main gym. haahhaha. ini disebabkan aktiviti harian kucing. Kucing dewasa pula lebih berisi dan bulat bulat. Kucing tua pula akan nampak tulang dan kulit lebih berkedut. Kalau korang perhatikan sama juga dengan manusia kan? Kalau cik en buat injection secara subcut (bawah kulit), ianya agak liat nak tembus. Tapi ada juga kes disebabkan dehydrate. 

Behavior atau Tingkah Laku

Selalunya kucing tua ini sangat sentitif dari segi emosi seperti agresif, takut berlebihan dan stress ( 10 Tanda Mungkin Kucing Stress / Tertekan )  Tuk kes camni korang kena bagi mereka tempat dan suasana yang baik. Contohnya yang cik en pernah cerita di 10 Cara Mewujudkan Persekitaran Yang Baik Pada Kucing . Dorang juga akan mula cerewet dengan litter box, pemakanan, dan lain lain lagi. Selain itu kucing tua ini akan banyak tidur berbanding bermainan. Kalau kucing muda banyak habiskan aktiviti bersosial, dating (hahaha) dan bermain main.

Mata



Kebanyakan mata kucing muda lebih cerah, clear, irisnya lebih smooth, bersih tapi kalau yang tua ini akan mula ada katarak,iris mula menipis, mata berair seperti menangis dan masa itu tepi mata akan ada comot comot.

Gigi



Andai yang semua atas itu korang tak leh nak check mungkin sebab confius korang boleh check melalui gigi dia. Yang ini senang sikit korang nak check on the spot.

  • 2 hingga 4 minggu - tumbuh gigi incisors
  • 3 hingga 4 minggu - tumbuh gigi Canine
  • 4 hingga 6 minggu - tumbuh gigi Premolars
  • 4 bulan keatas - tumbuh gigi Molars
  • 6 bulan ke 1 tahun - gigi akan tumbuh sepenuhnya dan bewarna putih
  • 2 tahun - gigi ada kuning kuning ( karang gigi / plaque )
  • 3 hingga 5 tahun - Plaque akan mula banyak
  • 5 ke atas - Plaque mula ada di semua gigi.

Selain itu boleh check gigi kucing itu haus atau mula melusuh start umur 5 tahun.  Lagi tua kucing itu kemungkinan gigi akan mula patah dan tercabut.

Tapiii korang kena tengok juga tau, kucing yang muda pun ada yang luruh gigi disebabkan bergaduh. Gigi kuning sebab makan wet food berlebihan. So nak dapatkan kepastian betul betul usia kucing ini agak susah la kalau melalui gigi saja. Hanya anggaran saja yang boleh kita tengok. Kalau korang rasa tak yakin dengan penerangan cik en ini, korang boleh rujuk vet yang berdekatan dan tanya pada doktor atau pengawai yang bertugas na..

11

Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat Atau Biang

Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat Atau Biang | Mesti korang yang ada kucing betina atau jantan dewasa mengalami masalah untuk tenangkan kucing yang on heat kan? Kalau tak dikawal dengan macam macam akan berlaku seperti bergaduh, bunting, tak balik rumah berhari hari, bunyi bising setiap masa, memancut dan sebagainya. Cik en memahaminya dan cik en ada buat research serba sedikit untuk membantu korang menenangkan kucing korang yang on heat ini. So kalau rasa ianya bermanfaat dan berjaya pada korang, jangan lupa share entri Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat Atau Biang ini okey?

Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat
Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat 

Fakta Kucing Yang On Heat Atau Biang


Sebelum cik en teruskan dengan Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat Atau Biang ini, cik en nak share dengan korang fakta fakta kucing yang on heat ini. 

  1. Kucing boleh mula mengawan umur 4 bulan. Ini kes cik en sendiri, ada seekor kucing betina 4 bulan bunting dan beranak pada umur 6 bulan. Ianya dipanggil ibu muda. Tak digalakkan untuk jadikan kucing korang ibu muda sebabnya umur setahun ke bawah masih makan dan minum untuk diri sendiri membesar dan imunisasi diri dan tak sesuai berkongsi dengan yang lain seperti anak anak. Apabila jadi ibu muda, kebanyakkan si ibu akan terbantut body dan kurang zat dan badan serta anak anak akan kurang nutrisi. 
  2. Kucing jantan yang on heat akan mula memancut untuk menanda kawasan mereka
  3. Kucing jantan akan mula bergaduh untuk merebutkan pasangan dan masa ini akan berlaku masalah luka berulat, FLUTD, kurus dan sebagainya. 

Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat Atau Biang



Cara ini terbahagi kepada 2 method iaitu cara short term dan long term. Ianya adalah untuk panduan korang yang nak memilih. Nanti cik en akan ulas lebih lanjut ya. 

Cara Short Term Korang boleh apply di rumah

1. Kenalpasti kucing korang on heat atau bukan

Yang ini sangatlah penting dan mana yang tak ada pengalaman menjaga kucing akan tertanya tanya macam mana kucing jantan on heat dan macamana pula keadaan kucing betina yang on heat. Antara yang korang boleh korang tengok adalah 
  • Kucing korang akan mengeow tanpa henti dan suara meow akan mula meneran seakan geram gitew. Hihihi
  • Gelisah
  • Menyendeng nyendeng atau gosok badan pada manusia dan objek seperti meja, kerusi dan akan mula berguling guling buat aksi tarian baring gitew. Hahahahha
  • Kalau korang garu garu area tulang belakang kucing betina, dorang akan mula menonggek nonggek bontot dan ekor akan ke tepi
  • Atau korang baca Tanda Tanda Kucing Korang On Heat
So ada juga kucing yang gelisah tapi tak ada tanda tanda lain diatas ini. Itu bukannya on heat tapi mungkin sakit. Kena la pandai pandai korang tengok kucing korang tu. Jangan tersalah tafsir sudah na..

2. Asingkan Kucing Jantan dan Betina

Yang ini antara langkah pertama korang boleh buat. Asingkan seperti kurung dalam sangkar atau rumah. Kemungkinan kucing betina lari rumah memang tinggi kalau ada menantu jantan yang tak diundang memanggil dengan nada mengoda dari luar. So pastikan kucing korang dikurung didalam rumah

Kalau memang korang ada membela kucing jantan dan betina sekali, better bagi kucing jantan korang sekejap kat rumah kawan atau saudara mara dalam masa 2 3 minggu. 

3. Bagi Suasana Panas Pada Kucing

Mungkin ini tak berapa berkesan tapi tak salah kan mencuba? Ini antara cara mudah tenangkan kucing yang on heat ini. Cuma bagi pelapik hangat atau bantal hangat yang korang oleh dapatkan di pasaran. Cari yang boleh refill atau hangatkan semula. Boleh try kot kot berkesan pada kucing korang.

4. Pokok Galak Kucing/Catnip

Pokok Galak Kucing banyak memantu kucing releasekan stress dan gelisah. Apa itu Pokok Galak Kucing? Korang boleh baca di Apa Itu Pokok Galak Kucing Atau Catnip . Walaupun tak la lama sangat kesan dia tapi kira ok la dalam sejam dua kucing korang releks. 

5. Gunakan Herbal Remedies 

Selain dari pokok galak kucing, ada juga alternatif tradisional lain yang korang oleh cuba. Yang ini korang boleh baca di 5 Jenis Tumbuhan Untuk Tenangkan Kucing Anda . Selalunya ada yang gunakan pati aromaterapi tapi tak digalakkan berikan terus pada kucing. Korang boleh gunakan lilin aromaterapi atau titiskan dalam air. 

6. Gunakan Feliway di rumah

Ini cara yang memerlukan korang keluarkan duit sikit la nak membeli. Cik en pun tak pernah lagi guna tapi dikatakan ianya berkesan untuk tenangkan kucing korang itu. Di Malaysia yang cik en survey, ada jual online di ezbuy.com lazada.com dan ubuy.com.my dengan harga paling murah RM150.00.

7. Pastikan Litter Box Sentiasa Bersih 

Yang ini benda asas la. Kalau litter box dia korang tak bersihkan kemungkinan ianya menambah stress kucing korang itu

8. Luangkan Masa Dengan Kucing Korang

Yang ini gunakan kaedah psikologi. Kena spend time dengan kucing korang. Bila kucing korang sibuk, kucing korang akan lebih tenang dan dapat mengurangkan stress nak mengawan tapi tak dapat mengawan tu. 

Cara Long Term Yang Kena Bawa Ke Veterinar 

9. Spaying/Castration/Pemandulan

Yang ini jenis long term action. Dengan spay dan castration, ianya dapat mengawal kucing betina korang bunting dan kucing jantan keluar rumah berhari hari dan bergaduh sebab rebut pasangan. Tapi kalau kucing korang on heat (terutama betina) kalau dibuat spaying kemungkinan akan berlaku kehilangan darah sebabnya masa on heat salur darah di kawasan tiub fallopian akan membengkak. Tapi korang boleh dapatkan consultant dari vet. 

10. Pemberian Ubat Perancang

Walaupun ianya adalah cara untuk elakkan kucing bunting dan mengawan, cik en tak mengalakkannya. Sebabnya ianya memberi kesan untuk jangka masa panjang. Ini cik en pernah story di entri Pil Perancang Kucing

Untuk cara ke 9 dan ke 10, cik en syorkan korang gunakan cara ke 9. Walaupun sedikit mahal, tapi ianya long term solution untuk korang. Kenapa perlu di mandulkan? Korang boleh baca di Kenapa Perlu Memandulkan Kucing


sumber rujukan : 

https://www.wikihow.com/Calm-a-Cat-in-Heat
https://www.feliway.com/uk#redirected
20

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan | Anyway cik en sebenarnya dah keluarkan Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan ini tapi mungkin tak perasaan sebabnya tajuk yang panjang. So cik en nak taipkan sekali lagi dengan sedikit tambahan ilmu untuk korang. Sebabnya keracunan ini takkan sampai 24 jam kucing akan mati. Korang takkan sempat buat apa apa kalau korang tak tahu cara merawat keracunanan ini. So kali ini cik en nak share Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan dan pastikan korang simpan entri ini di mana mana untuk korang rujuk masa kecemasan. 

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan
Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan


Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan

Kenapa Kucing Keracunan

  1. Makan makanan yang tercemar
  2. Bermain dengan haiwan perosak seperti lipas atau tikus yang baru lepas disembur ridscet atau makan ubat racun
  3. Badan terkena rumput beracun dan kucing menjilat bulu untuk grooming
  4. Sengaja diracun
  5. Termakan ubat manusia
  6. Pokok yang beracun bagi kucing. Boleh baca Top Cat Poisons

Tanda Tanda Kucing Keracunan

  1. Air liur meleleh pekat dan taida ulser dalam mulut
  2. Pasif tiba tiba
  3. Lemah
  4. Mulut dan hidung berdarah
  5. Poo dan Pee berdarah

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan


Sebelum cik en nak teruskan Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan ini, cik en nak korang faham konsep rawatan ini. Bila keracunan, racun akan masuk ke bahagian perut. Racun ini akan membakar perut kucing secara perlahan lahan mengikut kuantiti racun yang termakan. Jadi untuk membantu mereka, korang kena pastikan dorang minum dan kencing. Sebabnya racun akan keluar melalui air kencing. Walaupun cara ini tidak dapat membantu kucing 100% tapi chance untuk kucing hidup masih ada.  Ok la jom kita tengok Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan

  1. Bagi air yang banyak untuk minum tapi jangan sampai kucing lemas pula
  2. Bagi air kelapa dan diikuti putih telur
  3. Air asam jawa 
  4. Minyak masak
  5. Charcoal Active ( kalau manusia, doktor bagi sebab cirit birit, kat farmasi ada jual)
  6. Bawa ke vet secepat mungkin
Ini antara Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan UNTUK RAWATAN AWAL tau! Kalau lewat semua ini tak banyak dapat membantu. Entri asal di Veterinar : Rawatan Haiwan Kesayangan Yang Termakan Racun
17

Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing

Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing | Ini antara rawatan yang selalu cik en buat di klinik veterinar cik en. Kebanyakan kucing yang datang ke klinik kerajaan ini kucing kampung atau mix breed. Ada juga yang berbaka tulen tapi bukan masalah kurap ini. Masalah kurap ini selalunya kucing yang bebas atau kucing yang ada kawan kawan berkurap juga. Selain itu berjangkit dari ibu ke anak anak yang masih menyusu. Untuk pengetahuan semua, cik en takkan injection anak anak kucing ini dengan ubat anti parasite. So cik en akan konsultan Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing pada owner. 

Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing
Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing


Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing


Kurap ini adalah salah satu penyakit kulit yang mana korang boleh baca di Penyakit Kulit Haiwan dan 4 Penyakit Yang Biasa Berlaku Pada Kucing . Sebelum cik en nak teruskan Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing ini, meh cik en nak kongsi faktor faktor kenapa kurap ada pada kucing

Kenapa Kucing Berkurap

  1. Persekitaran yang tidak bersih
  2. Berjangkit dengan kucing liar atau kawan kawan yang ada kurap
  3. Makan makanan bergoreng seperti ikan goreng
  4. Faktor cuaca

Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing

  1. Gunakan minyak ikan goreng - Sapu setiap hari di tempat kurap
  2. Gunakan air gamat - sapu setiap hari di tempat kurap
  3. Gunakan garam kasar - Larutkan garam kasar dan air dan mandikan atau spray di kawasan kurap
  4. Cuka Epal - Banyak kegunaan Cuka Epal ini, korang boleh baca di Kebaikan Cuka Epal (Apple Cider)
  5. Air Laut - Ini cik en baru apply pada anjing yang memang kurap dan kutu yang teruk. 
Tapi apa pun cik en nak korang rujuk vet juga ye. Sebabnya kalau korang tak ada pengalaman atau tak boleh bezakan kurap dengan penyakit kulit lain rawatan rawatan ini akan memburukkan lagi keadaan kucing korang. Sebabnya ianya perlu diagnosis dulu sebelum decide apa penyakit kulit ini. Lagi satu kalau ada luka, cara diatas akan menyakitkan kucing korang. So apa apa refer vet na.

Cik en buka peluang kepada korang yang ada kucing yang lain dari yang lain nak dikongsi kepada pembaca blog ini. Korang boleh buat sedikit cerita yang akan cik en copy paste untuk masukkan dalam blog ini dengan menghantar email kepada eintannurfuzie@gmail.com. Permohoan yang cik en rasa lucu atau menarik cik en akan inform kepada owner yang email. 

8

7 Cara Ketahui Kucing Deman Atau Tidak

7 Cara Ketahui Kucing Deman Atau Tidak | Cik en selalu dikunjungi owner kucing yang anak bulus dorang demam. Bila cik en check suhu tak ada pulak demam. Bagaimana owner ini tahu yang kucing ini demam? Cik en pernah bertanya kepada beberapa owner yang selalu datang ke klinik cik en. Macamana akak tau kucing akak demam? Badan kucing akak ini panas dik. Adakah cara dengan pegang badan badan berbulu kucing korang dapat tahu kucing korang tu demam atau tak? Meh sini cik en nak kongsi 7 Cara Ketahui Kucing Deman Atau Tidak dirumah tanpa perlu menunggu diagnosis dari klinik veterinar

7 Cara Ketahui Kucing Deman Atau Tidak
7 Cara Ketahui Kucing Deman Atau Tidak


7 Cara Ketahui Kucing Deman Atau Tidak


Cara ini korang boleh check sendiri di rumah. Sebenarnya cara korang check melalui badan kucing berbulu tu kurang tepat. Sebabnya suhu bulu dan suhu badan berbeza. Macam kita pegang terus ke kulit manusia dan pegang baju pada manusia. Lain kan rasa suhunya. Jom kita tengok apa yang korang boleh pastikan kucing demam atau tidak di rumah

1. Kucing pasif 
Yang ini benda pertama korang akan nampak. Kalau sebelum ini kucing korang sangat aktif lompat sana sini tiba tiba dia diam, monyok atau tidur. Kemungkinan dia demam

2.Pegang kulit kucing 
Ha, yang ini cik en nak jar korang. Kalau nak tahu badan kucing panas atau sejuk, jangan dipegang bulunya tapi kulitnya. Tempat yang senang korang check adalah sebelah dalam telinga yang tak berbulu atau tapak kaki. Tapak kaki ini sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran. So untuk ini cik en lebih suka owner pegang telinga. Cik en pun akan pegang telinga kucing dulu sebelum start diagnosis yang lain

3. Bulu Berserabut 
Selalunya kucing demam, dorang takkan ada mood nak grooming atau menjilat bulu. Dorang akan biarkan bulu dorang dalam keadaan tak terurus. Macam manusia juga la, bila demam, muka sememeh je kan?

4. Tahi Mata 
Yang ini antara korang boleh tengok. Kucing korang bertaik mata. Standard la kucing kuat tidur kan? Sebabnya dorang tidur 12 hingga 16 jam dalam satu hari. Dan kucing akan grooming dan bersihkan badan selepas bangun tidur. Tapi kalau dah korang tengok berlambak lambak tahi mata itu, mesti kucing tak grooming. Ini adalah salah satu faktor kucing demam atau kurang sihat. Sebabnya tak ada mood nak bersihkan muka

5. Hidung Kering 
Bila demam, kucing akan banyak tidur, jadi hidung dorang pun akan kering. Ini pun salah satu cara nak ketahui demam atau tidak

6. Mulut Berbau 
Bila kucing asyik tidur je, dorang akan mula kurang makan dan minum. Kalau dorang tak ada maslah ulser, kemungkinan ini juga tanda kucing korang demam

7. Check suhu kat montot guna termometer 
Kalau korang jenis nak result lebih klinikal, korang boleh gunakan termometer yang korang boleh beli di farmasi, gaurdian atau watson. dan masukkan dalam punggung. Pastikan diletakkan di dinding anus/dubur kucing. Korang boleh rujuk Suhu Normal Kucing dan Anjing untuk tengok bacaan melebihi atau tidak suhu normal tu.

Ok la, sampai sini saja cik en mengajo kali ni erk? ahahaha. Insyallah nanti kita jumpa lagi untuk next entry. Cik alu alukan nak buat pertanyaan, request topik atau nak kongsi kucing korang yang special dari kucing lain yang mungkin cik en boleh kongsi di blog ini. Kalau ada, korang boleh emailkan ke eintannurfuzie@gmail.com.


20

Keadaan CLEO Kucing Kemalangan Selepas Setahun

Keadaan CLEO Kucing Kemalangan Selepas Setahun | Cleo kucing kemalangan yang cik en pernah share di Cleo Kucing Kemalangan. Keadaan Cleo agak kritikal dengan lelangit terbelah, rahang patah, mata terkeluar dan darah yang non stop. Siapa sangka dia masih hidup dan menjadi seekor kucing yang kacak sekarang ini. hahaha. Cik en sebenarnya tak kenal sebabnya mukanya totally berbeza. Cuma tanya pada owner kenapa mata dia tertutup. Barulah owner cerita pasal kemalangan dan cik tiba tiba teringat Cleo. Ha.. nampak sangat la dia dah yensem dan lain. (hakikatnya cik en yang dah pelupa) hahahha. Ini gambar Cleo selepas kemalangan tahun lepas


Dari gambar diatas korang boleh agak yang Cleo takkan boleh hidup. Betullah kata orang, Kucing ada 9 nyawa. Walau nampak macam dah teruk tapi Cleo mampu hidup sampai sekarang. Ini rupa lelangit Cleo


Nampak kan berbelah dalam tu. Dan sampai sekarang lelangit masih terbelah. Kata orang kalau lelangit berlubang, manusia akan jadi sengau. Tapi tadi cik en dengar meow Cleo macam ada tune sedap je. Kalau dia pandai menyanyi rasa boleh kalah Siti Nurhalijah. hahahhaa..

Keadaan CLEO Kucing Kemalangan Selepas Setahun


Korang mesti tertunggu camne keadaan Cleo selepas setahun kan? Ni cik en nak kongsi.. Taraaaaa




Nampakkan keyenseman Cleo. Anyway semangat Cleo sangat kuat sebabnya boleh bertahan sampai sekarang. Keadaan mata Cleo tadi tak ok la. Sebabnya mata hitam dia tak ada respon dengan lampu. Ownernya kata Cleo tak berapa nampak. Kabur kabur. Dia banyak gunakan deria bau dan telinga untuk tahu keadaan sekeliling dia. Ok la, jumpa next entri!
9

Vulva Kucing Betina Ini Tertutup Sampai Tak Boleh Kencing

Vulva Kucing Betina Ini Tertutup Sampai Tak Boleh Kencing | Kes flushing pada kucing jantan proses yang cik en selalu buat. Itupun hasil tunjuk ajar bos dan senior cik en. Iyelah, cik en kan pembantu veterinar je, kursus pun tak pergi jadi untuk terus bertahan di klinik cik en kena belajar pada senior dan yang lebih berpengalaman. Kalau kucing betina cik en memang tak ada pengalaman buatnya. Dan kes Vulva Kucing Betina Ini Tertutup Sampai Tak Boleh Kencing ini merupakan kes pertama bagi cik en. Belajar jugalah dari senior yang ada masa itu.


Vulva Kucing Betina Ini Tertutup Sampai Tak Boleh Kencing


Kes Vulva Kucing Betina Ini Tertutup Sampai Tak Boleh Kencing ini cik en accept pada awalnya sebab owner kata kucing ini kalau kencing akan menjerit dan tak nampak keluar air pun. Cik en pun check la bladder atau pundi kencing dan terasa besar. Diagnosis awal, mungkin dah mula kencing tak lawas. Masa itu owner kata kucing ini jantan dan dah dimandulkan. Cik en pun tak la check area montot dia sebabnya kucing ini mula agresif. So cik en decide untuk pelalikan untuk buat proses flushing.

Selesai pelalikan dan kucing dah mula tidur, cik en ambil la peralatan flusing dan mula nak buat. Check, check dan check.. Eh? Mana dia punya penis? Eh, mana lubang dia? Jantan ke Betina ni? Jantan kot, mugkin dah dimandulkan so pisbol dia dah takde. Tapi asal keronsong pisbol pun tak ada ini? Kalau betina, mana lubang vulva dia? Tak ada la? Ada lubang montot je. Cacat ke pe kucing ini? Kalau cacat dari kecil camna boleh jadi sebesar ini. Takkan bertahun dia tak kencing. Macam macam persoalan dah ada dalam otak cik en. Bila tengok camni, teringat kisah kambing baru lahir yang tak ada lubang montot. Tapi cik en tak ada pengalaman untuk alter buat lubang jadi cik en pass pada yang lebih pakar. Berbalik pada kucing tadi, cik en mula la tak senang duduk dan check lebih teliti. Memang ada lubang tapi tersangatlah kecik dan macam luka yang dah bersambung. Mungkin dia pernah luka bahagian vulva dan dah baik luka dan menutup saluran vulva yang mana satunya laluan air kencing dan peranakan. 


Dibawah ini cik en terangkan melalui gambar perbezaan kucing jantan dan kucig betina. Kalau jantan chateter masuk ikut penis dah boleh terus ke bladder. Tapi betina kena orang yang dah expert buat sebab dalam vulva ada 2 lubang yang kita kena bezakan. 

Anatomi Kucing Betina

Anatomi Kucing Jantan

Kes ini cik en panggil senior cik en En Amir untuk buat bersama. Dia pun sependapat dengan cik en sebab jumpa kesan luka diseiktar lubang vulva. Mula la terfikir, kucing ini dirogol ke pe? Hahahha. Sampai lubang vulva dia terkoyak. En Amir cuba gunakan chateter untuk bukakan lubang, mungkin tersumbat tapi tak boleh, terpaksalah zaaappp.. buat lubang kecil. Barulah air kencing boleh keluar. Fuh.. selamat walaupun kelam kabut juga pada awalnya. 

Tapi.... kalau luka yang kami buat ini bercantum semula, kes ini akan jadi balik. Jadi disebabkan klinik veterinar kerajaan kekurangan kepakaran dan peralatan, kami mintak owner bawa ke swasta untuk rawatan lanjut. Tapi berjaya la kami selesaikan masalah lubang vulva yang tersumbat tu dan keluarkan air kencing yang dah penuh di bladder. 

Kekadang kami ini terpaksa jadi doktor bila kes kes mendesak seperti ini. Tolak kang, faham fahamlah customer akan salahkan itu ini. Jadi kami buat sebaik boleh. Lagi lagi kes makcik pakcik susah tak berduit. Bila suruh refer klinik swasta, dorang bagi macam macam alasan, lastlast akan keluar ayat "biarlah kucing itu mati, klinik kerajaan pun semuanya tak ada, nak hantar swasta duit takda" Jadi nak tak nak kesiankan kucing, kebanyakkan kami buat juga tapi dengan apa yang ada je. Kesiankan kucing yang memandang kami dengan mata berkaca kaca. Hurm.. 



3

Tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang

Tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang | Nak menjaga kucing yang mempunyai bulu panjang atau long hair ini bukanlah satu benda yang enteng. Eh, tetiba bebahasa indonesia pula. Hahahha. Bukan benda yang mudah. Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang ini memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit. Nampak cantik kan kucing berbulu panjang ini tapi kalau korang yang tak pernah membela, cik en nasihatkan belajar dulu cara Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang ini sebelum korang membelinya. Tak mau nanti, beli cantik menawan, tak sampai sebulan korang jaga, bulu dah serabai dan kurus. Satu penganiayaan tau. Kesian kucing itu nanti. Disebabkan itulah cik en keluarkan entri Tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang ini untuk menjadi sedikit panduan untuk korang. Dan juga ianya menjawab pertanyaan Dayang Nurrul Huda di email. 


Baka berbulu panjang yang ada di Malaysia ini selalunya berbaka Persian (Parsi), Maine Coon dan lain lain lagi. Ada juga mixed breed yang berbulu panjang. Itu bonus la bagi owner kucing jika ada 1 ekor berbulu panjang dari 5 ekor berbulu pendek. Kerap kali cik en dengar owner yang luck sebegini. Selalunya kucing berbulu panjang ini menjadi kesayangan. Kesian kan yang berbulu pendek. Hahaha. Pada pendapat cik en ini, kucing berbulu panjang ini agak tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia yang terletak di Garisan Khatulistiwa. Mungkin masa tengkujuh, kucing berbulu panjang ini selesa tapi bila sampai musim kemarau, meleleh air mata dorang. Hahahh. sebab apa? sebab panas. Macam manusia pakai baju sejuk di musim panas. Tak ke dah jadi sauna. Setiap kucing yang Allah ciptakan ini dah sesuai dengan tempat mereka sendiri. Di Mesir, kucing tak berbulu sebabkan panas tapi di di UK, kucing berbulu lebat kerana sejuk. Eh, panjang pula cik en membebel. Back balik pada tajuk asal kita tadi. Cik en nak kongsi sedikit tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang ini. 

Tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang


  1. Setiap hari wajib untuk korang sikat bulu dorang. Gunakan peralatan yang betul. Selalunya peralatan sebegini di jual di petshop, kalau nak murah sikit di Daiso pon ada jual. Ini untuk memastikan bulu kucing korang sentiasa kemas dan bersih. 
  2. Potong bulu yang panjang di kawasan montot dan tapak kaki kucing. Ini memastikan najis kucing melekat di bulu sekitar montot dorang. Ada kucing yang rajin menjilat, kalau tak rajin korang la kena rajin mencuci setiap kali dorang poo dan pee. Kalau rasa masa korang terhad, potong sikit bulu area situ. Ha.. satu lagi tapak kaki tu. Yang ini kucing selalu pijak dan mengais pasir untuk menutup najis dorang. Jadi kalau pendek ini, senang sikit penjagaannya
  3. Gunakan sikat bergigi besar. Kalau rapat dah macam sikat kutu pulak. Kalau kucing bukan saja kutu disikit, dengan bulu bulunya tercabut. Hahaha. Kalau rasa tersangkut sangkut cuba taburkan degan tepung jagung atau bedak talcum. Itu untuk senang korang sikat tanpa terhenti di skala 4.. ahahhahahah..
  4. Bila dah berbulu panjang ini, semestinya kes hairball mesti ada. Bila hairball banyak akan jadi sembelit pada kucing. So pilih makanan yang khusus untuk hairball atau dapatkan supplemen seperti hairball-control gel atau treats. Yang ini korang carilah kat petshop. Banyak je. Kalau kucing korang dah mula ada tanda sembelit, korang boleh baca Cara Rawatan Kucing Sembelit di Rumah 
  5. Pilih makanan kucing yang ada Omega 3 dan Omega 6 Fatty Acid untuk kekalkan shinning pada bulu kucing. Kalau tak, korang boleh dapatkan supplemen sebegini di pet shop 
  6. Untuk bekas najis, digalakkan guna jenis kristal atau pallet. Elakkan pasir sebabnya bulu dorang yang panjang itu. Kena belanja lebih sikit la ye. Hahhaa
  7. Selalunya kucing berbulu panjang jenis baka Parsi, mukanya kemek dan selalu berair mata bila ada di Malaysia. Jadi selalulah lap guna air suam atau beli wet tissue khas untuk mata di pet shop. Kucing Parsi ini jenis pemalas sikit, so korang kena jaga kucing berbaka ini macam anak. Sentiasa bersihkan bahagian najis, mata dan bulu dorang. Kalau tak, kucing korang akan nampak comot dan berbau. 
  8. Jangan lupa mandi ok? Hahaha. Kucing camni kena rajin mandi sikit. Nak tau camna nak mandikan kucing dengan betul? Baca entri Cara Memandikan Kucing

Ini antara Tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang yang boleh cik en kongsikan. Ini dari pengalaman dan nasihat cik en pada owner kucing yang berbulu panjang. Tapi bagi cik en sendiri, cik en tak suka bela kucing sebegini. Cik en suka yang short hair atau berbulu pendek. Senang jaga sebabnya cik en seorang yang sibuk. Sebab cik en mempunyai ramai pesakit berbulu ini di tempat kerja. Hahahahha.. Sebab itu cik en pilih Peah masa dibagi dulu. Sebab dia sejenis pembersih dan berbulu pendek. Ok la, jumpa di next entry.. 
3