Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: klinik veterinar

Showing posts with label klinik veterinar. Show all posts
Showing posts with label klinik veterinar. Show all posts

Klinik Veterinar dan Petshop Buka Ke Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid 2020?

Klinik Veterinar dan Petshop Buka Ke Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid 2020 | Hai korang, ada yang tanya cik en Klinik Veterinar dan Petshop Buka Ke Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid19 2020? Untuk makluman semua, info ini cik en dapat dalam SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN BILANGAN 3. Jadi ianya bergantung kepada klinik atau kedai haiwan / petshop untuk buka atau tutup. Harap ianya dapat membantu korang yang ada masalah mengenai haiwan sepanjang PKP ini. | Klinik Veterinar dan Petshop Buka Ke Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid 2020


Klinik Veterinar dan Petshop Buka Ke Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid 2020


Untuk klinik veterinar terdapat 2 jenis iaitu klinik veterinar kerajaan dan klinik veterinar swasta. Jadi untuk memudahkan korang, cik en screen shoot soalan lazim itu. 


Apa apa pun, korang boleh call dahulu klinik veterinar atau petshop yang berhampiran dengan korang untuk memastikan mereka buka atau tidak. Untuk tempat cik en, klinik kerajan tidak menerima sebarang kes sepanjang PKP ini. Senarai klinik yang cik en boleh bantu korang adalah 


Untuk negeri lain, maaf la, cik en sebenarnya tak sempat nak menyiap semua klinik veterinar yang ada. Jika ada klinik veterinar yang membaca artikel ini, sila komen nama klinik dan detail, nanti cik en akan approved na.. Ini untuk panduan pembaca artikel ini. Kebetulan senarai klinik ini update beberapa tahun lepas dan cik en tahu, klinik veterinar semakin banyak dibuka dalam setahun dua ini. 


1

Cik En Tak Takut Anjing Eh?

Cik En Tak Takut Anjing Eh? | Seringkali cik en akan diaju soalan ini bila upload gambar bersama dengan anjing. Cik En Tak Takut Anjing Eh? Beraninya cik en? dan macam macam lagi tapi cik en faham kita dah difahamkan anjing memang garang suka mengigit. Lagipun mentaliti kita rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu yang anjing ini bukan haiwan yang penyayang seperti kucing. Sebab itu cik en pernah keluarkan artikel Ubah Persepsi Anda Terhadap Anjing pada 2016. Sesiapa yang belum membaca cik en harap korang boleh baca artikel itu untuk korang boleh kenal haiwan bernama anjing ini. 


Cik En Tak Takut Anjing Eh?


Berbalik kepada Cik En Tak Takut Anjing Eh? cik en pun macam korang semua juga. Ada juga perasaan takut dan was was. Lagi lagi cik en berdepan dengan mereka dalam pelbagai keadaan seperti sakit, marah dan agresif. Walau haiwan apa pun even kucing, korang bukannya boleh main terkam je. Jumpa kucing comel terus kejar. Confirm kucing pun akan lari atau bertindak agresif. 

Tips yang cik en akan amalkan bila berhadapan dengan mana mana haiwan yang datang ke klinik atau dimana mana tempat adalah 

  1. Perhatikan matanya, mata takkan menipu. Saiz mata hitam membawa maksud yang tertentu. Jika mata hitam besar maknanya mereka takut. Kalau ditambah dengan kemerahan (bukan masalah sakit mata) kemungkinan mereka tengah marah
  2. Perhatikan gerak badan mereka. Mereka menyinga atau menikus
  3. Jangan terus terkam, peluk, sentuh atau apa apa pun. Mulakan dengan sentuh bahagian yang dia nampak seperti dahi atau kepala. Jika tak ada tindakan agresif, baru perlahan lahan gosok bahagian batang hidung. Pastikan alert bahagian mana yang sakit dan sentuh perlahan lahan di kawasan itu. 
  4. Kalau dah nampak agresif, better jauhkan diri dulu dan mula pujuk guna mulut. 
  5. Kalau kucing cik en akan guna tuala dan tutup mata dulu dan mula perlahan lahan sentuh bahagian badan. 



Untuk kes Fillo dan kawan kawan dia yang mana tinggal di sebelah rumah cik en ini. Cik en ambil masa hampir setengah tahun untuk berkawan dengan mereka. Fillo jenis baka Great Dane. Anjing paling besar. Nampak menakutkan sebab tinggi dia separuh badan cik en tapi paling manja sebenarnya. Anyway anjing yang kecil ini yang paling berbahaya. Sebab mereka suka mengigit bila rasa terancam.

Cik en pernah kena gigit dengan anjing?


Image result for shih tzu

Of Course. Anjing jenis Shi Tzu. Anjing kecil nampak comel sangat tapi kalau terancam atau marah suka mengigit. Anyway tak teruk tapi sakit juga la. Tapi tak terlawan kesan gigit dan luka dari kucing. Sampai 2 3 kali tersembur darah dari kesan gigitan kucing. Hahahhaha

2

Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak

Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak  | Lamanya cik en tak kongsi story story semasa kerja kan? Kerap sangat keluarkan niche beauty dan travel lately ini. So hari ini cik en nak kongsi dengan korang 2 kes pagi tadi. Seawal 8.30 pagi klinik veterinar dah dibuka. Kes pertama adalah kes kucing tak boleh kencing dan semestinya cik en dah boleh agak ianya kes batu karang. Belum selesai kes pertama masuk kes kedua, kes yang sama tapi condition kucingnya agak lemah


Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak


Mana yang tak tahu lagi, kucing jantan selalunya akan kena Batu Karang atau FLUTD berbanding kucing betina. Macam mana nak tahu kucing kita kena batu karang? korang boleh baca artikel Kenapa Kucing Kencing Berdarah , Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang atau entri Penyakit Sistem Urinari Kucing. Untuk kes pagi tadi seperti cik en story di awal tadi ini merupakan kes pertama yang cik en buat serentak disebabkan kalau cik en tunggu takut masalah lagi kronik. 

Kucing 1 - Kucing datang 8.30 pagi dan ianya refer 3 hari sebelum ini yang cik en dah beri injection dan ubat urinary. Owner datang harini katanya kucing itu dah tak boleh kencing dan bising setiap kali nak kencing tapi kucing masih aktif dan manja. Cik en terus buat disebabkan tak ramai orang lagi. Selesai bius, cik en buat proses flushing dan drip 

Kucing 2 - kes datang 9.30 pagi, keadaan kucing agak lemah dan cik en terus buat tapi tak biuskan kerana ada risiko kalau dibiuskan. Selesai flushing kucing boleh mula akan muka dan mula berjalan

Anyway kedua dua kes ini alhamdulilah berjaya dan diharap mereka akan sihat. Apa yang penting, kedua dua owner kucing ini perlu cari makanan kucing jenis Urinary S/O jenama Royal Canin
2

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar | Cik en keluarkan entri ini secara spontan selepas membaca komen pending untuk entri Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus) . Ada yang bertanya macamana nak hilangkan air liur berlendir. Kalau Air Liur Kucing Meleleh Keluar kerana virus ini cik en nak kongsi sikit realiti sekarang.  Sebenarnya virus ini semakin lama semakin bijak. Jika dulu bermusim sekarang anytime boleh kena. So cik en nasihatkan untuk mana yang ada anak kucing baru putus susu atau anak kucing ketiadaan ibu, bawalah ke klinik veterinar untuk dapatkan suntikan vaksin. Better bawalah ke klinik veterinar daripada kedai haiwan kerana disitu ada doktor veterinar bertauliah yang akan buat pemeriksaan sebelum suntikan vaksin dibuat. Berbalik kepada tajuk cik en tadi Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar cik en akan terangkan dibawah

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar


Air Liur Kucing Meleleh Keluar ada beberapa faktor tak semestinya virus. Kadang kadang kerana 

  1. Ada benda asing dalam mulut seperti Kemuncup atau Tulang
  2. Masalah gigi
  3. Masalah pernafasan
  4. Virus
  5. Ketakutan
  6. Kucing rasa terlalu "bahagia" (Selalunya kalau cik en suka garu peah bahagian belakang dia akan feel sampai meleleh air liur. ahhahaha)
  7. Keracunan 
  8. Kanser

Selain itu kalau nampak Air Liur Kucing Meleleh Keluar korang kena tengok dalam mulut kucing.  Buka mulut kucing dan perhatikan lidah, gusi dan lelangit. Pendek kata kesemua bahagian dalam mulut kucing. Ini rupa mulut kucing yang normal dan sihat


Dan ini pula gambar mulut yang tidak normal atau sakit



Tak banyak yang boleh cik en tolong untuk rawatan di rumah tapi kalau ada kes Air Liur Kucing Meleleh Keluar kerana 
  • Kemuncup atau tulang, korang kena keluarkan. Kalau nampak luka, kena bawa ke klinik veterinar untuk dapatkan antibiotik dan anti radangan.
  • Kalau sebab ketakutan dan terlalu feeling (ahahahahha) yang itu tak ada masalah biasa la. Cuma kena bagi mereka calm down saja. 
  • Kalau keracunan boleh rujuk entri Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan
  • Masalah gigi perlu buat scalling gigi di klinik veterinar
  • Kalau kerana virus korang kena bawa ke klinik veterinar berdekatan untuk dapatkan rawatan seperti ubat ulser, antibiotik, radangan dan sebagainya. 

Nasihat cik en, kalau kes melibatkan kesihatan kucing, please refer klinik veterinar atau kedai haiwan yanga da DOKTOR VETERINAR. Banyak kes pemberian ubat tanpa doktor ini bawa kesan yang lebih teruk pada kucing. 

Sumber gambar : 
  1. https://www.healthypawspetinsurance.com/blog/wp-content/uploads/catmouth.jpg
  2. http://www.kongyuensing.com/cgi/20120433young-cat-oral-ulcers-eosinophilia-granuloma-complex-toayohvets-singapore.jpg
  3. http://www.kongyuensing.com/cgi/20120440young-cat-oral-ulcers-eosinophilia-granuloma-complex-toayohvets-singapore.jpg
  4. https://i.ytimg.com/vi/-n29oZLffU0/maxresdefault.jpg
10

Datang Klinik Veterinar Tapi Kena Marah Pulak

Datang Klinik Veterinar Tapi Kena Marah Pulak | Pernah tak terjadi pada korang bawa kucing ke klinik veterinar tapi vet marah korang. Apa la vet ini, marah kita pula. Kita bayar kan? Tak boleh cakap elok elok ke? Cik en akui kalau ini pernah terlintas di fikiran korang atau dijadikan bahan membawang, cik en la salah seorang dari mereka yang marah marah itu. Hahaha. Tapi cik en dan yang lain marah buka suka suki tapi untuk nyatakan apa yang korang buat ini tu salah, silap dan boleh bawa maut pada kucing korang.


Kalau siapa pernah menerima perkhidmatan rawatan cik en, mesti ada kata cik en ni garang, suka marah marah dan bla bla bla. Cik en akui bukan senang bekerja di bahagian klinik yang mana cik en kena banyak fikir. 

Dari pendaftaran, konsultan, rawatan, pemberian ubat, dose ubat, ubat yang sesuai, pembayaran, rekod, resit, pertanyaan, kebersihan klinik dan sebagainya. Lagi lagi bila orang bersusun untuk menunggu rawatan. 

Waktu kerja cik en bermula buka klinik 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Itu pun kalau kes banyak (kerap berlaku) akan teruskan sampai waktu makan tengah hari. 2.15 petang sehingga 4.30 petang tapi jarang la habis pukul 4.30 petang itu. Paling busuk la, pukul 5.30 baru settle kerja. Kadang kadang ada sampai pukul 7 malam. Kalau dulu pukul 9.00 malam pun belum tentu balik lagi. 

Tapi kerana minat, kerana sayang dengan haiwan kesayangan cik en happy buat semua itu walaupun kerja cik en fisabililah sebabkan tiada OT yang boleh cik en dapat. 

Disebabkan sayang dengan haiwan yang datang la cik en jadi garang dan suka marah marah. Cik en dan vet lain takkan marah jika owner terima nasihat kami, ikut nasihat kami dan berusaha untuk ikut arahan yang kami beritahu. Ini ada yang memandai ubah dose ubat, tambah ubat ubat yang di cadangkan oleh golongan "bijak pandai" dna macam macam lagi


Contoh nya kes atas ini yang cik en pernah story di SINI. Kisah kucing dan wound spray. Luka sikit tapi spray luka sampai boleh tersiat kulitnya. Macamana boleh jadi camtu? Cik en syak, spray terlalu banyak di bahagian bulu sampai bulu jadi keras dan bila nak bersihkan tersiat kulitnya.

Kes ini cik en pass pada staf lain sebab cik en risau terlebih membebel nanti. Tapi nasibnya sampai sekarang cik en tak tahu. Adakah perlu potong kaki atau boleh diselamatkan.

Jadi kalau korang Datang Klinik Veterinar Tapi Kena Marah, cik en harap korang faham kenapa kami jadi macamtu. Tapi jangan pula ada marah tanpa sebab. Yang itu korang patut marah balik ye. Hahahahha

3

Keadaan CLEO Kucing Kemalangan Selepas Setahun

Keadaan CLEO Kucing Kemalangan Selepas Setahun | Cleo kucing kemalangan yang cik en pernah share di Cleo Kucing Kemalangan. Keadaan Cleo agak kritikal dengan lelangit terbelah, rahang patah, mata terkeluar dan darah yang non stop. Siapa sangka dia masih hidup dan menjadi seekor kucing yang kacak sekarang ini. hahaha. Cik en sebenarnya tak kenal sebabnya mukanya totally berbeza. Cuma tanya pada owner kenapa mata dia tertutup. Barulah owner cerita pasal kemalangan dan cik tiba tiba teringat Cleo. Ha.. nampak sangat la dia dah yensem dan lain. (hakikatnya cik en yang dah pelupa) hahahha. Ini gambar Cleo selepas kemalangan tahun lepas


Dari gambar diatas korang boleh agak yang Cleo takkan boleh hidup. Betullah kata orang, Kucing ada 9 nyawa. Walau nampak macam dah teruk tapi Cleo mampu hidup sampai sekarang. Ini rupa lelangit Cleo


Nampak kan berbelah dalam tu. Dan sampai sekarang lelangit masih terbelah. Kata orang kalau lelangit berlubang, manusia akan jadi sengau. Tapi tadi cik en dengar meow Cleo macam ada tune sedap je. Kalau dia pandai menyanyi rasa boleh kalah Siti Nurhalijah. hahahhaa..

Keadaan CLEO Kucing Kemalangan Selepas Setahun


Korang mesti tertunggu camne keadaan Cleo selepas setahun kan? Ni cik en nak kongsi.. Taraaaaa




Nampakkan keyenseman Cleo. Anyway semangat Cleo sangat kuat sebabnya boleh bertahan sampai sekarang. Keadaan mata Cleo tadi tak ok la. Sebabnya mata hitam dia tak ada respon dengan lampu. Ownernya kata Cleo tak berapa nampak. Kabur kabur. Dia banyak gunakan deria bau dan telinga untuk tahu keadaan sekeliling dia. Ok la, jumpa next entri!
9

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan | Masuk hujung hujung tahun ini, mulalah sampai musim hujan. Bila musim hujan penyakit kucing yang selalu cik en terima adalah selsema dan demam. Kebanyakan pelanggan klinik cik en mempunyai kucing berpuluh puluh ekor. Dan semestinya kalau seekor selsema mesti semuanya berjangkit. Bila semua berjangkit, penuhlah klinik cik en dengan seorang tuan dengan berpuluh puluh kucing. Disebabkan masalah ini, cik en nak bagi satu Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan ini. 

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan
Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan



  • Sediakan Multivitamin dan berikan sekali sehari untuk kuatkan antibodi kucing.


Sebenarnya kucing yang ada di Malaysia seperti kucing kampung dan kucing kacuk ini suka berjemur dibawah cahaya matahari. Cahaya matahari ini macam recharge bagi dorang untuk sihat. Cahaya matahari pagi mempunyai banyak kebaikan pada tubuh badan manusia seperti menghasilkan Vitamin D yang baik untuk tubuh badan dan kesihatan. Begitu juga pada haiwan. Bila musim hujan, kucing akan mula kekurangan Vitamin D yang mana ketiadaan cahaya matahari yang mana mereka tak dapat memanaskan badan. Kucing bukan seperti manusia yang boleh pakai baju sejuk berlapis lapis dan mereka bergantung dengan bulu mereka untuk control kesejukan. Hahaha


  • Jangan mandikan kucing bila sampai musim hujan


Tak salah nak mandikan kucing tapi tengok juga waktu tu. Janganlah time hujan korang nak mandikan. Kalau busuk sangat atau perlu mandi ambil air suam dan lap di kawasan yang perlu. Lepas tu cepat cepat kering menggunakan hair dryer atau letak di kawasan yang ada haba macam lampu garam.


  • Berikan Makanan Suam atau Susu Suam
Ini antara tips mak cik en sendiri gunakan. Makanan yang hangat mampu memanaskan tubuh. Cuma jangan la bagi yang panas sangat. Cukup suam suam je. Mampu memanaskan tubuh badan kucing.

  • Sediakan tempat panas 
Kalau kucing korang banyak, ianya tak jadi masalah sangat sebabnya mereka akan berkumpul dan berpeluk sesama sendiri untuk dapatkan haba panas. Tapi kalau seekor, korang boleh cuba ajak tidur sekali dalam selimut atau korang rajin bermain dan memeluk mereka. Ataupun sediakan kotak yang disediakan carikan kertas surat khabar. Karbon tulisan pada surat khabar mampu memanaskan kucing. 

Ini tips sebelum kucing korang dapat selesema. Tapi kalau dah kena selsema, korang boleh rujuk entri Cara Mudah Merawat Selesema Kucing (Cat Flu)
2

Masukkan Microchip Untuk Iguana

Masukkan Microchip Untuk Iguana | Lama cik en tak kongsi haiwan haiwan rare yang datang ke klinik cik en. Yela, cik en pun bertukar bahagian untuk 3 bulan kan, jadi rawatan di klinik diserahkan kepada staf yang lain buat sementara waktu. Walaupun cik en bertukar bahagian tapi ada juga yang nak cik en buat rawatan kucing mereka. Ada permintaan yang cik en turutkan dan ada cik en serahkan pada staf yang lain sebab kekangan masa cik en. Kalau ada rawatan atau perkhidmatan yang lain dari yang lain, cik en selalunya di panggil untuk cover. Dan ada satu kes ini, cik en perlu Masukkan Microchip Untuk Iguana. Namanya Toby, Si Iguana Yang Kacak. 

Masukkan Microchip Untuk Iguana
Masukkan Microchip Untuk Iguana

Sebenarnya cik en tak pernah masukkan microchip pada haiwan reptilia. Selalunya pada anjing, kucing dan lembu saja sepanjang 6 tahun cik en berkhidmat sebagai pembantu veterinar. Itu pun diajar oleh En Amir dan En Rizal senior cik en di daerah cik en ini. Tetiba datanglah pasangan owner pada Toby ini untuk minta kami masukkan microchip yang diberi oleh Jabatan Perhilitan pada Toby. Cik en terkebil kebil juga kat mana nak nak masukkan microchip ini. Sebabnya keadaan reptilia ini lain dari 3 jenis haiwan yang pernah cik en masukkan microchip. 

Masukkan Microchip Untuk Iguana


Kalau kucing dan anjing, microchip di masukkan dibawah kulit dibahagian atas leher. Lembu pula sama juga di bahagian leher, ekor dan beberapa tempat lagi. Dan jarum microchip ini besar tau. Meh cik en nak tunjuk perbezaan jarum biasa dan jarum untuk microchip.

Jarum Microchip (sumber google image)

Perbezaan jarum biasa dan jarum microchip (sumber google image)

Cuba tengok perbezaannya. Besar kan. Kalau microchip ini saiz dia 12G berbanding cik en guna 25G untuk injection ubat biasa. Dalam penentuan saiz jarum ini, semakin besar G semakin kecil kebesaran jarum itu. Kalau untuk manusia selalunya misi dan doktor akan guna dalam 25G. Ini pula rupa microchip di dalam jarum itu.

Rupa microchip (sumber google image)

Ok, back balik cerita si Toby tadi ini, proses nak masukkan sama juga cuma tempatnya agak lain sikit. Di sebelah belakang kaki kiri antara kaki dan pangkal ekor. Senang nak faham tengok gambar kat bawah ini (yang ada tanda bulatan di kaki kiri belakang, gambar ini dihantar oleh kawan cik en, Cik Anis. Cik Anis ini dulu satu tempat kerja tapi dia dah tukar ke Ipoh.


Kalau besar macam buaya ok la nak cucuk jarum besar itu, tapi si Toby ini halus sangat, lepas itu mengelupur saja. So takut terpegang kuat sangat, cik en suruh owner sendiri pegang dan cik en masukkan microchip. Dan akhirnya berjaya juga cik en buat tanpa ada masalah apa apa. Haahha. Satu kejayaan peribadi la buat cik en. Ini namanya pengalaman. Belajar dari pengalaman lebih puas dari semata mata teori saja. 

Disebabkan cik en dapat 100 like untuk gambar cik en dan Toby di facebook, cik en tunaikan janji nak tunjuk kesemua gambar Toby yang cik en tangkap. Ala ala photoshot gitewww.. Dan tengok muka Toby, sangat comel dan fotogenik.






Cik en dah tunaikan janji popularkan Toby dan kalau tuan Toby (cik en pun lupa nak tanya nama) boleh la komen ye, cik en akan berikan kredit pada tuan asalnya. Sedikit info pasal Toby ini yang diceritakan oleh tuan Toby, Toby ini dibeli pada usia 4 bulan dengan harga RM100++ . Berjantina jantan dan katanya bersal dari Afrika (ingat ingat lupa) dan yang penting, air dia Bio Aura dan hanya makan sayuran segar yang ditanam sendiri saja. Hahaha. Demanddddd kau.. ahhaha. Apa apa pun, cik en suka dengan Toby walaupun bercalar tangan cik en pegang dia. Kuku dia kena potong dan trim untuk mengelakkan luka pada kita yang bela. Tuan nya pun bela dala akuarium yang siap dengan suasana habitat asal. Lesen untk iguana di Jabatan Perhilitan adalah RM5.00 setahun. 

Ok la, cik en review free je si Toby ini kat www.nurfuzie.com dan harap akan jumpa dia lagi nanti. Jumpa next entri ye! Xoxo!!

5

Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet

Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet | Pernah tak tengok kucing korang yang suka seretkan atau sagat punggung atau bontot mereka di lantai yang kasar atau karpet di rumah korang? Rasa rasa Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet ye? Walaupun cik en tak jaga klinik untuk 3 bulan ini, tapi ada yang bertanya Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet? Meh baca sampai habis artikel ini ye. 



Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet


Sebenarnya ada 3 faktor yang menyebabkan Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet . Kita pergi satu satu ye. 

1. Cacing / tapeworms


Kalau nampak Kucing Korang Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet, kebanyakkan kerana cacing. So kena rujuk dan ingat balik, bila last korang bagi ubat cacing.  Atau korang boleh rujuk entri Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing untuk panduan. Kalau rasa dah lebih hadnya, wajiblah korang bawak ke vet atau belikan cacing. Ubat cacing ini ada jenis tablet dan syrup. Baca arahan pada label sebelum gunakannya. Sebabnya lain jenis ubat, lain cara pemberiannya 

2. Fecal Matter Stuck in Fur / Poo keras melekat pada bulu sekitar punggung 


Kes sebegini selalunya berlaku pada kucing yang mempunyai bulu tebal seperti Persian. So cik en selalu pesan pada owner yang mempunyai kucing berbulu tebal ini selalu groming di bahagian punggung kucing ini. Trim selalu dan kemaskan. Macam di bawah ini



Kemas kan? Tak ada la kotor sangat sebabnya ada kucing ini jenis pemalas nak menjilat ataupun obesiti sampai tak sampai nak jilat. Hahahhaha. So rajin rajin trim atau grooming kucing atau anjing korang. 

3. Anal Glands / Kelenjar punggung


Anal Glands / Kelenjar punggung adalah satu kelenjar kecil yang ada di tepi kiri kanan punggung. Senang cerita yang dalam bulatan atas ini. Antara faktor Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet kerana ada bau kurang menyenangkan keluar atau rasa gatal gatal di kawasan tersebut. Kadang kadang tanpa sedar ada luka sehingga bernanah. Ini pun faktor dari kebersihan juga la. Gromming itu penting. Selalu check kawasan itu ye. 


Kalau korang rasa was was korang boleh refer veterinar yang berhampiran. Minta konsultan dari mereka untuk gromming kucing atau anjing korang. Jangan berkira la pasal duit ini sebabnya dah bela kucing ini kena bekorban dari segi wang ringgit dan masa. Jangan sampai jadi luka sebegini. Takut nanti ada ulat pulak. Udah nak kena buat cara rawatan luka 


So kalau korang nak apa apa pertanyaan lain mengenai masalah kucing korang, boleh aje tanya di mana mana media sosial cik en ye. Kalau lambat tu kiranya cik en tengah sibuk seikit. Insyallah cik en akan balas bila dah free. OK, jumpe next entri ye!
sumber gambar dari google
13

10 Tips Penjagaan Anak Kucing

10 Tips Penjagaan Anak Kucing | Dah lama cik en tak kongsi info info veterinar dan tips kucing di blog ini. Di sebabkan cik en sibuk menjaga bahagian permit dan industri. So hari ini cik en curi curi menaip semula untuk tips penjagaan anak kucing lebih lebih lagi korang baru jumpa atau beli anak kucing baru. Di harap ianya dapat membantu korang yang mungkin tiada pengalaman menjaga anak kucing ini.

10 Tips Penjagaan Anak Kucing
10 Tips Penjagaan Anak Kucing

10 Tips Penjagaan Anak Kucing


Seperti manusia juga, kita boleh bentuk seekor kucing dari kecil lagi. Kalau dari kecil kita belai dan sayang, Insyallah kucing itu akan manja dengan kita walaupun bila bedar dah jadi abam kawasan. Hahaha. Kalau dari kecil, kita selalu pukul dan marah marah, kucing itu akan membesar dalam keadaan ketakutan dan mungkin menjadi agresif dan penakut. So bimbingan awal itu penting. Bak kata orang, kitalah yang mewarnai mereka dengan warna warna kebaikan. So tengok cara penjagaan anak kucing ini dan compare dengan apa korang buat. Mungkin boleh diperbaiki dan juga mungkin korang ada pendapat yang lain. Bolehlah share di bahagian komen



  • Tempat Tidur Yang Selesa dan Selamat


Anak kucing ini perlu berasa selamat dan terjamin lagi lagi kalau baru sampai ke rumah yang baru. Ianya memberi kesan yang mendalam pada anak kucing ini. Mungkin korang boleh carikan bed cat yang ada di pasaran. Kalau tak sediakan kotak kadbod atau bakul yang tidak terlalu kecil dan dilapik selimut, tuala lama atau carikan kertas surat khabar. Pastikan ianya hangat selesa dan mudah dibersihkan. Kertas surat khabar mempunya carbon yang mampu memanaskan anak kucing. Lepas itu jangan letak jauh, tinggi atau dalam lubang. Mungkun korang boleh letak di penjuru dinding.

  • 2 Mangkuk Yang Tidak Mudah Pecah


Yang ini untuk bekas makanan dan minuman anak kucing. Cari yang tidak terlalu tinggi dan dalam yang bersesuaian dengan saiz anak kucing. Di sarankan untuk beli jenis seramik. Ianya berat dan tak la bergerak gerak dan susah untuk pecah. Selain itu pastikan ianya bersih dan mudah dicapai.

  • Bekalan Makanan dan Waktu Makan Yang bersesuaian


Anak kucing ini ada beberapa peringkat dan cik en akan kecilkan skop dengan bahagikan kepada umur.

  1. Kurang dari 2 bulan – Disuggestkan beri makanan wet food yang dicairkan. Perut masih kecil dan perlu makan sedikit dan kerap bersama susu. Lebih memudahkan berikan wet food kitten yang ada di pasaran tapi cairkan sedikit lagi. Kuantitinya lebih kurang 45 gram ke 50 gram setiap hari
  2. 2-4 bulan – Masa ini masa anak kucing mula explore, bermain dan membesar jadi banyak pakai tenaga yang banyak so kenalah bagi yang lengkap nutrisi seperti,mineral, kalsium dan phosphorus untuk tulang dan gigi, anti-oksida (taurine, Vitamin A dan E) untuk memperkuatkan system imunisasi serta protein untuk kuatkan otot. So masa ini boleh bagi wet food dalam 50gram ke 90 gram sehari. Masih juga berikan susu tau untuk kalsium. Baik untuk tulang.

Susu yang sebaiknya asalah susu ibu kucing. Boleh cari ibu tumpang atau carilah susu formula di mana mana pet shop. Tidak digalakkan bagi susu lembu kerana susu lembu ada laktosa yang sangat tidak sesuai untuk perut kucing. Kalau TERDESAK bolehlah beri tapi tambah dengan air supaya cair. Kalau cik en susah sangat nak cari di pet shop cik en suggest beri susu kambing yang dicairkan sedikit.

Waktu makan yang bersesuaian pula adalah 3 jam sekali untuk bawah 2 bulan. Bagi makan sedikit tapi kerap ye.

  • Tempat Poo dan Pee


Ini penting, untuk peringkat 3 bulan pertama, korang perlukan tempat najis dan pasir. Masa ini anak kucing masih belum biasakan diri dengan tempat baru.So sediakan tempat poo dan pee dia diempat tersorak (kucing pun tahu malu wei) dan letakkan lapisan surat khabar sebabnya anak kucing baru nak belajar ini selalu termiss. Hahahha. Dan yang penting masa kecil itu jangan marah marah kalau dorang poo and pee diluar bekasnya. Alert keadaan dorang. Kalau Nampak nak mempoo n mempee tu, cepat cepat bawa masuk dalam bekas. Lepas itu korang pelan pelan buat latihan ke tandas. Dah dewasa mereka lebih suka poo dan pee di luar rumah.

  • Pakai Colar bersaiz kecil


Yang ini penting, mereka selalu hilang kan? So dengan colar berbunyi ini, kita senang cam pergerakan dan tempat persembunyian mereka. Ianya untuk keselamatan. Jangan pakaikan colar bersaiz besar dan loceng besar gedabak. Kesian anak kucing itu membawa bebanan. Cer korang pakai rantai besi kat leher yang berkilo kilo beratnya. Mesti leher korang boleh terkehel kan? Macam itu juga aak kucing ini. Hahahhah

  • Bagi nama yang berseuaian


Mesti korang excited bila ada anak kucing baru kan? Benda pertama nak dibuat adalah nama. Macma cik en, nama kucing cik en peah, buruk dan gemok. So mereka akan alert dengan nama masing masing. Lagipun mudah untuk korang berikan makan, ajar ke tandas, bermain dan sebagainya. Nama itu penting oooo.. Sebab dari nama dorang akan lebih cepat mesra dengan korang.

  • Alatan Permainan


Tak perlu nak gi shopping di petshop untuk alatan permainanan mereka. Cukup gunakan apa yang ada disekeliling korang untuk jadikan alat permainana. Seperti kertas yang direnyukkan jadi bola, penyapu lidi dan sebagainya

  • Berdandan


Ingat manusia je ke pandai berdandan, anak kucing juga tau. Lagi lagi anak kucing yang masih tidak pandai grooming bulu sendiri. So korang kenalah jaga kebersihan mereka. Selalu sikat bulu, bersihkan poo and pee di yang melekat, bersihkan tahi mata dan hidung, potong bulu bulu panjang di bahagian bontot dan tapak kaki mereka. Dan yang mana mana korang rasa bersesuaian.

  • Displinkan Anak Kucing


Jangan sesekali nak memukul atau mengejar mereka (cik en pon ada buat juga sebelum ini. Hihihi) sebabnya ianya tidak mendatangkan apa apa kecuali ianya aka nada effect buruk pada kucing itu sendiri. Cukup dengan meenggunakan suara. Panggil nama, marah dengan suara sedikit tinggi dan kasar. Itu dah cukup sebenarnya untuk melatih anak kucing. Tapi jangan lupa kalau mereka berkelakuan baik, berikan pujian dan cium pada mereka. Sweet kan? Hihihi

  • Bawa Ke Veterinar Untuk Dapatkan Khidmat Nasihat


Penting bagi kucing yang baru dibawa balik ini untuk berjumpa vet. Antara rawatan awal yang diberi adalah vaksinasi, parasit, gigi dan lain lain. Yang itu tugas vet pula nak terangkan pada korang ye. Disarankan untuk bawa ke veterinar yang mempunyai doktor bertauliah ye.



Walaupun cik en hanya pembantu veterinary, cik en mempunyai pengalaman selama 5 tahun di bahagian klinik dan banyak berlajar melalui pengalaman dan bantuan doctor veterinary di DVS Perak. Selain itu, cik en banyak buat research sendiri melalui internet, nota nota dan buku veterinar yang diiktiraf. Kebetulan cik en mempunyai minat mendalam dalam bidang ini, tapi cik en tak pergi sambung belajar di UPM untuk kedoktoran kerana salah pilih kos kot. Hahaha. Anak sulung kan? Tak de yang nak membimbing masa pilih kos di IPTA dulu. Apa apa pun, perkongsian cik en di blog ini berdasarkan pengalaman cik en untuk kucing jenis mix breed. Dan untuk pure breed, cik en lebih berhati hati untuk buat rawatan kerana pure breed yang tinggal di Malaysia agak sedikit lemah berbanding mix breed kerana Malaysia bukan tempat asal mereka. Anyway cik en rindu nak bertugas di klinik. 3 bulan terasa 3 tahun kot. Cepat cepatlah kawan kawan cik en habis cuti bersalin mereka. Hahaahhaha
3

Kenapa Kucing Kencing Berdarah

Kenapa Kucing Kencing Berdarah | Pernah tak  kucing korang masuk ke dalam bilik air atas ke pasir buangan dan korang nampak kucing korang ambil masa yang lama untuk kencing. Ada yang tidak keluar air kencing langsung atau ada setitik dua saja atau juga kencing mereka bewarna merah atau coklat? Dan selalunya kes ini berlaku pada kucing jantan. Kenapa Kucing Kencing Berdarah yek? Meh cik en nak kongsi.


Kebiasaannya kucing yang kencing berdarah ini kucing jantan. Tapi ada juga berlaku pada kucing betina. Sepanjang cik en menjadi pembantu veterinar, cik en tak jumpa lagi kes betina ini. So sebelum itu, macam biasalah, cik en akan kongsi Kenapa Kucing Kencing Berdarah

Kenapa Kucing Kencing Berdarah


FLUTD 


FLUTD adalah Feline Lower Urinary Disease. Untuk entri ini cik en tumpu pada FLUTD yang berlaku pada kucing jantan je ye. FLUTD ini berlaku kerana ada pasir seperti kristal yang block saluran kencing. Apabila kucing cuba untuk kencing, akan menyebabkan luka di saluran kencing. Dan berlakulah jangkitan atau infection. Dan bila air kencing lama terkumpul akan juga menyebabkan jangkitan pada buah pinggang. So simple word, sakit batu karang. Antara faktor utama adalah :

  • Pemakanan atau diet yang tidak seimbang - elakkan makanan bewarna warni dan pilih makanan seperti dalam entri Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul
  • Habit - Cth : Kurang minum air - Ada juga tau kucing yang tak suka minum air. So korang kenalah cuba campur campur makanan antara dry food dan wet food ye.. 
  • Kucing tahan kencing - selalunya sebab stress, cerewet pasir yang kotor, kehadiran kucing baru atau juga baru pindah rumah baru. Jadi korang kena alert setiap perubahan kucing korang ye. 10 sebab kucing stress
Tanda tanda
  • Kucing akan kerap ke bilik air tapi tak kencing pun (tidak lawas)
  • Ada kencing tapi setitik dua je
  • Kencing bewarna coklat atau merah. itu dah jadi kencing berdarah
  • Setiap kali kencing, kucing akan menjerit sebab rasa sakit. 
  • Kucing mula muntah dan pasif
Rawatan

Ada 3 rawatan yang boleh dibuat
  • Antibiotic dan inflamantory injection - ini rawatan awal. tapi jika dah injection, kucing masih ada masalah yang sama juga, perlulah ke rawatan seterusnya
  • Flusing - yang ini cik en nak kongsi video sedikit dengan korang untuk flusing menggunakan cateter
  • Pembedahan - yang ini korang kena rujuk vet la. sebabnya cik en sendiri belum buat lagi. hahahah.

Keracunan


Untuk keracunan ini pun boleh akibatkan kucing kencing berdarah juga, Cuma untuk kes ini, korang kena berikan air yang banyak pada kucing korang untuk neutralkan balik. Kalau tak boleh cuba bagi air kelapa. Boleh Ke Air Kelapa Diberi Pada Kucing

Lain Lain (Tumor, Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi, Interstitial Cystitis dll)


Yang ini kes yang jarang berlaku tapi ada. Kes sebegini kena rujuk vet untuk rawatan yang lebih lengkap seperti check darah dan xray. Penyakit Sistem Urinary Kucing

Entri ini more kepada perkongsian cik en mengenai pengalaman cik en. Jadi tidak semua punca kucing kencing berdarah ini ada dalam entri ini. Ini merupakan basic kepada masalah ini. Korang perlu rujuk pada vet untuk didiagnosis/pemeriksaan lebih lanjut. Jumpa untuk next entri 

sumber : youtube dan gambar dari google
19

Kenapa Kucing Kurus

Kenapa Kucing Kurus | Lama juga cik en tak menaip blog ini berkaitan dengan kucing dan haiwan, mungkin kesibukan di klinik dan kerja hakiki yang lain, terabai juga blog cik en ini. So kali ini, topik cik en nak kongsi adalah Kenapa Kucing Kurus? Dan semestinya pertanyaan Kenapa Kucing Kurus ini cik en dapat dari pelanggan setiap hari. Jika sebelum ini cik en kongsi Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan dan kali ini kucing kurus walaupun makan banyak. 

Kenapa Kucing Kurus
Kenapa Kucing Kurus 

Cik en sendiri akan tanya adakah kucing selera makan atau tidak. Kalau kucing tak mahu makan, sememangnya wajar untuk korang risau. Sebabnya kucing ini tak makan sehari, dorang boleh kurus dan dehydrate. Kalau berlarutan sampai 2 3 hari ada risiko untuk kucing lemah dan akhirnya mati. Tak macam manusia, diet la korang berbulan pun, badan korang tak susut juga kan? macam cik en ni la. Hahahha. 

Ok, ok back pada topik kita tadi. Cik en seperti biasa akan listkan secara point untuk memudahkan korang memahami ye. 

Kenapa Kucing Kurus 


  1. Jika kucing korang selera makannya memang kuat tapi badan kurus, kemungkinan masalah cacing. Rujuk balik bila last korang bagi ubat cacing? Rujuk sini Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing
  2. Selain dari itu, kemungkinan kucing korang kekurangan darah atau ion dalam badan. Kira macam kes anemia la. Bila kekurangan ion juga berpotensi kucing korang akan jadi terbantut. So makan la macam mana pun, kalau dah terbantut, kucing korang takkan membesar. 
  3. Jika kucing korang kucing betina yang ibu muda. Maksudnya bunting dalam usia yang muda pun boleh jadi kucing korang jadi kurus. Sebabnya kucing ini masih belum dapat zat yang sepenuhnya sehingga 1 tahun. So bila jadi ibu muda, khasiat dan zat yang dimakan perlu dibahagi antara anak anak dalam kandungan atau menyusu anak anak. So badan ibu muda ini akan jadi terbantut. Kecuali korang bagi makanan kitten sepanjang ibu muda ini bunting dan menyusu. Itu pun kalau cukup. kalau tak, kucing korang akan kurus je sampai besar.
  4. Makanan tidak berkhasiat. Yang ini macam korang juga la kalau asyik makan cekedi atau junk food, badan korang tidak menerima sebarang khasiat seperti kalsium untuk tulang dan karbohidrat. So nak bagi makanan kucing ini korang kena alert pasal pemilihan makanan yang baik. Yang itu boleh rujuk Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul
  5. Korang tukar makan tetiba. Macam manusia juga. Dah biasa makan nasi, tetiba ke luar negara, kena makan roti. mesti selera korang akan berkurangan. So boleh rujuk sini Cara Memperkenalkan Makanan Baru Pada Kucing
  6. Stress. Kes ini dah biasa sangat dah, kalau sebelum ini, kucing korang tu seekor saja dalam rumah tu macam putera atau puteri keluarga korang, tetiba korang bawa kucing baru. So kucing korang yang dah terbiasa dimanjai akan rasa stress dan akhirnya akan mogok tak mahu makan akhirnya kurus. 
  7. Sakit. Ini pun salah satu juga kenapa kucing kurus. Sebab sakit seperti demam, jaundice, luka, virus atau apa apa melibatkan kesihatan
  8. Kucing Tua. Yang ini korang sendiri tau kan, kalau kucing tua ini, dah banyak kekurangan gizi dan khasiat. Jadi ini pun faktor kenapa kucing kurus
  9. Jika tiada list di atas ini, cik en suggestkan korang bawa la ke vet berhampiran untuk pemeriksaan lebih lanjut. Mungkin ada faktor faktor lain juga. 
Dan juga, please jangan bagi alasan klinik vet jauh atau melibatkan kewangan. Sebabnya apabila korang dah ambil tanggungjawab menjaga kucing, korang kena tahu apa risiko yang akan korang dapat. Macam juga beli kereta, risiko kalau tak bayar kereta, kereta akan ditarik atau nama akan disenaraihitamkan. So membela haiwan ini juga perlu ada tanggungjawab. Cuba mencari vet yang berhampiran. Dan juga please rujuk pada yang pakar sebelum beri sebarang ubatan ubatan dijual secara online dan pet shop. Kecuali korang ada pengalaman. Ini nasihat seorang vet. Jangan mengahbiskan duit pada produk produk yang korang sendiri tak yakin. OK? Jumpa next entry!

6

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet | Ingat tak kisah Atan sikucing yang luka di bahagian muka dan yang paling parah dipenuhi dengan beratus ratus ulat dan nanah. Hanya orang ada pengalaman kendalikan haiwan kucing bernanah ini akan tahu "feel" wangian nanah dan ke"geraman" melihat ulat keluar masuk dalam luka. Hahaha. Kucing itu dah sembuh tau? Alhamdullilah.. Selain daripada rawatan biasa dibuat,ada cara mudah rawat luka berulat kucing dengan membekalkan satu spray ajaib untuk merawat kulit dan luka. Semestinya ianya lebih baik daripada manggot spray yang bertoksik ada di pasaran. Spray ini dibuat daripada bahan semulajadi dan bebas toksik. Nak tahu cik en berikan spray ajaib apa? Cik en berikan My Pet Vet keluaran Furley Bioextracts untuk kak Shimah owner si Atan ini. My Pet Vet 100% dari bahan semulajadi untuk merawat luka dan kulit. Bayangkan My Pet Vet ini mampu untuk merawat luka si Atan yang ada kata tak ada peluang untuk Atan sembuh. 

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing


Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet


Sebelum itu, sesiapa yang terlepas cerita Si Atan ini di Kisah Kucing Luka Berulat Di Muka  penghujung bulan Februari yang lepas, meh cik en story balik, Kucing tersebut nama Atan dan Atan ini tak balik balik rumah. Balik balik je, muka dah berulat dan separuh muka tak ada. Cik en buat treatment dan bekalkan My Pet Vet ini sebabnya luka di muka ini merangkumi mulut, hidung dan mata. Bukannya cik en tak boleh suggestkan wound spray seperti magtox, tapi memikirkan peluang matanya untuk sembuh tinggi, cik en memilih memberi My Pet Vet ini. Kenapa cik en memilih My Pet Vet? 


Sebabnya ianya Natural, No Chemicals. Painless dan Odorless. Selamat bukan untuk haiwan tapi manusia juga. Bahan asasnya adalah extract kulit manggis yang mana dapat mengurangkan sakit dan jangkitan. Sebabnya ianya dapat menghapuskan harmful bacteria dan kalau haiwan terutama kucing (yang suka menjilat) menjilat ianya tidak memberi keracunan pada kucing tersebut. 

Nak tengok muka Atan yang terbaru? 







Kiranya dalam 1 bulan, Atan dah jadi handsome semula. Hahaha. Abaikan gambar last, dia kenyitkan mata pulak. Dan yang best, matanya sihat dan normal semula. Yang tinggal hanya parut saja. Insyallah, lama lam bulu akan tumbuh sepenuhnya. 


My Pet Vet bukan saja effective pada luka berulat saja, ianya boleh untuk :
  • Fungas
  • Kulit mengelupas (Scaly skin)
  • Kutu (Mites)
  • Luka Pembedahan
  • Small Wound
My Pet Vet sangat sesuai untuk
  • Kucing
  • Anjing
  • Burung
  • Mamalia
  • Antiseptik barangan rumah 

Korang berminat untuk mendapatkannya? ini details nya. 

My Pet Vet
For Skin And Wounds
Natural botanical Remedy
Harga : RM 48.00
Details lanjut di My Vet Pet

Kalau rasa susah nak singup, boleh je beli melalui cik en.

Korang boleh rujuk entri Cara Merawat Kucing Luka


18