Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: klinik veterinar kerajaan

Showing posts with label klinik veterinar kerajaan. Show all posts
Showing posts with label klinik veterinar kerajaan. Show all posts

Panadol Toxicity Pada Kucing Dan Anjing Serta Cara Rawatan


Panadol Toxicity Pada Kucing Dan Anjing Serta Cara Rawatan | Pernah dengar kes kematian kepada haiwan terutama kucing dan anjing seleps diberi panadol atau paracetamol atau acetaminophen . Ataupun korang sendiri ada pengalaman sebegini. Ha.. kalau korang sendiri pernah alami atau sesiapa yang ingin tahu kenapa Panadol ini boleh sampai membunuh kucing, cik en akan sharing sedikit sebanyak untuk pengetahuan masing masing

Bagaimana Panadol ini memberi toksik pada kucing? 

Panadol ini adalah ubatan manusia dan berfungsi sebagai ubat tahan sakit dan ubat sakit kepala. Dan bagi kucing, hati mereka tidak mempunyai enzim (glucoronly transferase) untuk mencernakan paracetamol ini. Jadi ianya menjadi toksik pada hati kucing. Dos toksik pada kucing adalah 25-30mg/perkg manakala anjing 200mg/perkg. 

Macamana nak tahu kucing atau anjing Panadol Toxicity?

  1. Membran mulkosa (gusi dll) biru dan pucat
  2. Muntah
  3. Mulut berbuih
  4. Kejang
  5. Bengkak pada muka dan kaki
Rawatan awal yang boelh dilakukan di rumah

  1. Jika tidak muntah, cuba cari Actived Charcoal dan berikan 
  2. Air kelapa
  3. Berikan air yang banyak tapi hati hati jangan sampai tersedak
  4. Drip
  5. Atau bawa terus ke klinik veterinar berdekatan.
Jadi, cik en nak pesan, NO PANADOL FOR ANIMAL atau PANADOL BOLEH MEMBUNUH KUCING DAN ANJING. 


5

Harga Rawatan Di Klinik Veterinar



Harga Rawatan Di Klinik Veterinar | Ramai yang bertanya harga rawatan di klinik veterinar dan ianya sebenarnya berbeza mengikut negeri, swasta dan kerajaan. Dan juga rawatan akan dibuat selesai selesai didiagnosis oleh vet. Jadi kalau dinyatakan secara kasar melalui media sosial atau panggilan telefon kemungkinan harga rawatan yang diberikan tidak tepat.

Untuk Harga Rawatan di Klinik Veterinar Sekitar Negeri Perak 2016 ( tempat cik en bekerja), rawatan akan diberikan kepada jenis penyakit dan harga seperti di bawah :




  1. Pemandulan : Jantan RM 40.00++ Betina RM80.00++
  2. Vaksin : RM30.00++ (kucing dan anjing)
  3. Deworming Inj : RM 5.00++ (Kucing) RM10.00++ (Anjing)
  4. Suntikan Perancang : Tiada 
  5. Suntikan Antibiotik (selsema, demam, luka, bengkak dll) : RM5.00++ (mengikut umur, jika kecil kadang kadang cas RM3.00++ sahaja)
  6. Small Surgery dan Suturing (jahit) beserta Perlalian : RM 30.00++ (kucing) RM50.00++ (Anjing)
  7. Smal Surgery dan Suturing Tanpa Perlalian : RM15.00 (kucing) RM30.00 (Anjing)
  8. Ubatan (tablet/sepapan) RM3.00
  9. Vitamin syrup : RM5.00 (30 ml)
  10. Ubat Mandi Kutu (Anjing) : RM5.00 (30 ml)
  11. Segala ubat syrup yang menggunakan botol 30ml selalunya kami cas rm5.00
  12. Segala ubat syrup yang menggunakan botol 60ml selalunya RM10.00
  13. Ubat ubat lain : bergantung kepada rawatan dan stok semasa.

So, harga di atas ini harga yang tidak tetap dan akan berubah bergantung kepada stok ubat terkini juga. Sebabnya ubat ini akan berubah ubah dalam jangka masa tertentu. Kalau ubat yang sama sahaja berpuluh tahun, ianya dah tak releven dan takut ianya dah imun dengan haiwan. 

Jadi, dinasihatkan untuk bawa haiwan ke klinik veterinar untuk pemeriksaan dahulu. Dan juga, di Klinik Veterinar Sekitar Negeri Perak terutama di daerah daerah, ubatan dan peralatan agak terhad, jadi untuk kes kes berat perlu mendapat rawatan di klinik swasta . Untuk perkhidmatan X-Ray, cuma ada di Klinik Veterinar Ipoh sahaja. 

Bagi Klinik Veterinar Kerajaan di negeri lain, cik en sendiri tidak dapat untuk mencari dan hanya ada harga rawatan Klinik Veterinar di seluruh Selangor. Gambar di bawah cik en ambil dari blog kujie2


Kalau nak tahu lebih banyak mengenai harga rawatan di Selangor boleh rujuk blog kujie2.

So diharap entri ini dapat membantu serba sedikit pemilik haiwan kesayangan dan dapatkan anggaran kos rawatan. List di atas hanya klinik haiwan kerajaan sahaja tau. Swasta berbeza ye.
22

Kisah Kucing Disimbah Cat


Kisah Kucing Disimbah Cat | Pagi tadi cik en de kongsi gambar di atas. Ramai yang bertanya kenapa. So ambil masa sedikit untuk cik en cerita sebabnya hari ini ada lawatan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak Dr. Shahrul datang ke daerah cik en. Saja melawat anak buah dan kebetulan beliau sampai masa waktu lunch. So tak sempat nak menaip. 

Sebenarnya kes ini 2 hari lepas, cuma baru kesempatan nk publish hari ini. Kucing ini dibawa oleh pelanggan lelaki dan dia menceritakan yang kucing ini baru 2 minggu dibela sebabnya owner asal dia berpindah. Tapi kucing ni memang manja dengan owner baru ini cuma sehari sebelum itu, ia tak balik rumah. Esoknya baru dia balik dan owner baru ini terkejut keadaan kucing yang hilang bulu dan dipenuhi cat. Gambar diatas adalah gambar awal masa kucing datang ke klinik.

Bila di perhati, ianya macam cat minyak. Mungkin tertumpah atau disimbah sebabnya hampir 80% bulu dia bewarna hitam dan tercabut. Sampai saja, cik en buat pemeriksaan fizikal. Luka tiada tapi ada bengkak di bahagian peha kaki belakang. So lepas je tak ada apa masalah yang lain, cik en terus buang bulu dan terpaksa menarik bulu kucing tu. 



Mengiau juga bila kami buat operasi membuang bulu ini. Ada bahagian yang boleh digunting bulunya dan ada yang terpaksa dicabut. Kalau dicukur pun tak boleh. Hampir 1 jam juga kami mengoperasikan dan hasilnya seperti di bawah ini




Selesai cik en berikan sedikit rawatan untuk bengkak dan luka luka kecil. Sebelum balik, cik en sempat berpesan untuk belikan baju untuk kucing ini sebabnya takut sejuk. Iyelah kan musim hujan ini. Kesian dia nanti kesejukan. Diharap kucing ini akan sihat kembali dan bulunya akan tumbuh lebih cantik dari sebelum ini. 
5

Kenapa Owner Sendiri Perlu Bawa Kucing Ke Klinik Veterinar?


Kenapa Owner Sendiri Perlu Bawa Kucing Ke Klinik Veterinar? | Kerap kali juga cik en menerima pelanggan yang bawa kucing yang BUKAN kucing mereka. Kucing jiran la.. kucing adik la.. kucing anak la.. Tahu tak yang korang sebenarnya akan buat doktor veterinar atau pengawai yang membuat rawatan tidak boleh diagnosis dengan lebih tepat kerana tiada history

Untuk pengetahuan semua pemilik haiwan kesayangan atau ternakan, korang perlu tahu keadaan haiwan sebelum datang ke klinik. Iyela.. kalau kucing atau haiwan lain boleh bercakap, mungkin senang nak bertanya kan? ahhaha. Jadi, vet akan bertanya banyak soalan kepada owner mengenai keadaan kucing seperti keadaan najis, aktif atau tidak, muntah dan sebagainya. Kalau yang bawa bukan owner atau yang tidak tahu langsung apa apa keadaan kucing tersebut, susah untuk kami diagnosis penyakit kucing dengan tepat walaupun kami boleh memeriksa secara fizikal seperti suhu badan, keadaan kucing, bulu, mulut dan sebagainya. 

Jadi nasihat cik en, kalau kucing korang tak sihat, kalau boleh, pastikan korang sendiri yang bawa ke klinik veterinar. Memudahkan vet untuk diagnosis dengan lebih tepat penyakit kucing korang. Jangan anggap, semua ini hal remeh kerana ianya berkait rapat dengan kesihatan kucing korang sendiri. 
8

Surgery Potong Kaki Kucing


Surgery Potong Kaki Kucing | Kucing kemalangan! Mungkin menjadi musim, sebabnya kalau seekor kemalangan, lepas itu akan ada kucing kemalangan selepas itu. Kucing ini adalah salah satu kucing yang mendapatkan rawatan di sebabkan di langgar oleh kereta. Kucing ini berusia lebih kurang 5 bulan. 


Tulang di bahagian atas sendi sepenuhnya. Yang tinggal hanya kulit dan isi sahaja. jadi kami ambik kes ini kerana surgery yang mudah. 



Kami potong dan tiada berlaku pendarahan (bleeding) yang serius. Tulang yang tajam kami kikir kan menjadi tumpul untuk mengelakkan luka dalaman. 


Ambil masa tak lama. Dalam 15 minit dan alhamdullilah semuanya selamat. Cuma penjagaan oleh tuan meow ini sahaja. Harap meow ada selera makan untuk cepat baik. Selesai je surgery, terus meow ini tido nyenyak. Harap tuan dia dapat jaga di baik baik. 
3

7 Fakta Mengenai Lidah Kucing


7 Fakta Mengenai Lidah Kucing | Kalau korang nak tahu, lidah kucing ini sangat sangat unik. Kalau kucing korang luka di tempat kucing boleh jilat, korang akan perhatikan luka di kawasan itu cepat baik. Jadi sekian lama cik en tidak mengeluarkan artikel berkaitan dengan kucing, hari ini cik en rajinkan diri untuk kongsi keunikan lidah kucing ini. 

  1. Lidah kucing tidak seperti lidah manusia. Lidah kucing sedikit kasar seperti duri duri halus yang dipanggil filiform papillae yang dibuat daripada keratin. Keratin ini sama seperti kuku kita. Dan duri halus inilah yang membantu kucing mengasingkan isi ikan dengan tulang ikan
  2. Alat grooming yang terbaik. Seperti cik en selalu beritahu pelanggan cik en, kucing yang menjilat bulu tandanya kucing korang sedang mandi. Tapi, jika bulu kucing korang semakin buruk atau tidak seperti biasa, kemungkinan kucing korang sakit. Selalunya kucing yang sakit ulser di dalam mulut, akan menyebabkan bulu kucing berwarna putih bersih menjadi kekuning-kuningan. Jadi bawak ke vet yang berdekatan untuk pemeriksaan. So, jika kucing selalu gromming, sedikit sebanyak bulu akan tercabut dan akan masuk ke dalam perut. Ini dinamakan hairball. Jadi penjagaan hairball sangat penting bagi mengelakkan masalah kesihatan kucing korang.
  3. Lidah kucing ini bukannya boleh sense of taste semuanya. Dan ada yang menyatakan lidah mereka tidak terlalu sentitif pada masin dan manis. Lidah mereka akan tertarik pada tekstur makanan bukannya pada rasanya.
  4. Lidah kucing ini juga berfungsi untuk check suhu makanan mereka ye.. Mereka tak seperti manusia yangmenggunakan tangan untuk check panas atau sejuk.
  5. Jika time panas melanda Malaysia, kita akan menggunakan kipas angin, mandi dan sebagainya untuk menyejukkan diri kita, tapi bagi kucing, air liur mereka itulah yang akan menyejukkan badan mereka. Ala ala beri losyen pada kita. Itulah kelebihan Allah beri kepada haiwan ini. Mereka menyesuaikan diri mereka dengan apa yang ada. 
  6. Dan semestinya, lidah kucing ini digunakan semasa mereka minum air. Kalau korang nak tahu, kucing boleh jilat air 4 kali dalam masa 1 saat. kalau korang rasa nak tengok sendiri. Apa kata korang rakam kucing korang minum dan play dalam masa perlahan. Korang boleh kira berapa kali. Seperti cik en katakan tadi, lidah kucing kasar dan ianya mampu menarik air yang mereka jilat ke dalam mulut.  
  7. Dan yang terakhir, fakta yang paling istimewa, dengan menjilat kucing lain, mereka menunjukkan kasih sayang mereka. Dan jika, kalau kucing korang suka menjilat korang, tandanya mereka sangat sangat sangat sayangkan korang tau!
Korang peminat kucing? Boleh la join group Facebook Tips dan Rawatan Kucing di SINI . 
6

4 Sebab Bulu Kucing Berubah Warna


4 Sebab Kenapa Bulu Kucing Berubah Warna  | Kalau korang mempunyai kucing berbulu hitam, kemungkinan korang pernah melihat bulu kucing korang akan berubah daripada hitam kepada hitam lusuh. Apakah faktor atau penyebab bulu kucing berubah? Ada 4 sebab yang selalu digunakan dan mungkin ianya mungkin berlaku pada kucing korang.

4 Sebab Bulu Kucing Berubah Warna

  • Suhu /Temperature
Selalunya berlaku pada negara yang mempunyai 4 musim

  • Cahaya Matahari
Ini kerap berlaku di Malaysia. Kucing yang selalu berjalan atau bermain di bawah cahaya matahari yang terik.

  • Nutrisi
Diet yang tidak seimbang. Kekurangan Amino Aacid Tyrosine dalam badan kucing boleh menyebabkan kes bulu berubah warna. Selain itu kekurangan Copper atau Zinc yang berlebihan

  • Usia / Umur Kucing
Kucing tua akan mengalami masalah ini sama seperti manusia yang beruban apabila sudah tua. 

Jadi apa apa pun pertanyaan mengenai boleh rujuk pada veterinarian yang berhampiran. Dan jika kucing berbulu hitam korang berubah warna menjadi putih, ianya bukan 4 sebab di atas tetapi ianya merupakan penyakit genetik. Dan cik en akan terangkan untuk entri akan datang. Dan kebetulan cik en sendiri menerima kes tersebut beberapa hari lepas.
6

Cleo Kucing Kemalangan


Cleo Kucing Kemalangan  | Sebelum membaca entri ini, sesiapa yang tidak berani untuk melihat kesan kemalangan terutama pada kucing, bolehlah klik button pangkah di atas. Bukannya menolak pembaca untuk membaca, takut juga ada yang tidak sampai hati untuk melihat keadaan cleo selepas kemalangan. 

Sebelum bercerita lebih lanjut, cik en akan kenalkan serba sedikit kucing diatas ini. Namanya Cleo kepunyaan pelanggan cik en  yang bernama Dekna. Mulanya Dekna membawa Cleo ke klinik cik en bekerja. Dan kebetulan pada masa tersebut, dia merupakan pelanggan cik en. Semua sedia maklum, klinik kerajaan memang kekurangan fasiliti dan cik en hanya mampu memberi suntikan antibiotik dan radangan serta dressing luka biasa. Cleo kemalangan dan bahagian muka Cleo agak teruk. Lelangit Cleo terbelah, rahang patah, mata terkeluar dan darah keluar melalui hidung. Ini keadaan Cleo 





Darah tidak berhenti henti keluar dan cik en memberi suntikan Vitamin K untuk stop pendarahan. Cuma cik en menyuruh Dekna untuk refer private clinic untuk membuat surgeri seperti pembungan mata dan memperbetulkan rahang. Dan semestinya kos rawatan akan mahal. Cik en sendiri tidak dapat banyak membantu disebabkan kekurangan yang cik en katakan di awal entri tadi.

Dengan inisiatif Dekna google blog doktor Veterinar, Dekna terjumpa blog cik en dan private massage di Page Blog Nurfuzie.com dan mana masing masing belum mengenali. Apabila Dekna hantar gambar Cleo baru cik en teringat yang cik en pernah jumpa Cleo. Rupanya pelanggan cik en sendiri. Tidak banyak juga cik en dapat bantu dan terfikir Malaysia mempunyai ramai pencinta kucing yang perhatin, Dekna dapatkan dana di beberapa group kucing di facebook. Alhamdullilah, ramai yang prihatin dan Cleo selamat jalani surgery. Ini keadaan Cleo terkini


Diharap Cleo sembuh sepenuhnya ye... Sebelum cik en keluarkan story Cleo, cik en sendiri telah meminta izin daripada Dekna.
6

Kisah Kucing Malang Di Klinik


Kisah Kucing Malang Di Klinik | Tanggungjawab senang di ucap tapi bukan semua boleh memikulnya. Nampak remeh sebab seekor kucing tapi ianya makhluk Allah, mempunyai nyawa dan rasa kesakitan, kasih sayang dan ketakutan. Walaupun tidak berakal tapi sebagai manusia yang Allah turunkan akal ambik mudah pada makhluk yang tidak berdaya ini. 

Ok lah, entri ini lebih kepada luahan hati seorang vet dan seorang manusia yang mempunyai perasaan belas kasihan yang tinggi. Pengalaman hari hari berdepan dengan pelbagai kes haiwan buat hati ini sedikit cekal untuk menerima kematian haiwan yang dirawat. Diakui sebelum bekerja di vet, cik en seorang yang jiwanya lembut. Kucing mati pun siap menangis berminggu disamping menyedekahkan Al-Fatihah. Lawak kan? tapi itulah cik en. Nampak ganas tapi lembut kalau melibatkan haiwan. Masa cik en sekolah rendah, sampah seperti pen yang habis dakwat cik en simpan dalam kotak. Mungkin pengaruh karangan zaman sekolah rendah "Aku sebatang pen" yang pengakhiranya dibuang memberi kesan mendalam kehidupan cik en masa itu. Meningkat dewasa, perasaan itu mula berkurang dan beralih kepada haiwan dan tumbuhan. Nak patahkan ranting bunga pun tak sanggup. Bayangkanlah kehidupan cik en pada masa itu

Mula berkerja di vet terutama rawatan, terasa sedih giler.. apabila kes kematian dan hingga kini, cik en tak buat lagi Put To Sleep. Mungkin kerana itu, cik en akan berusaha akan merawati dengan ubat dan peralatan yang terhad di klinik veterinar kerajaan. Cik en akan sentiasa bertanya dan mencari sumber lain untuk membantu setiap pelanggan yang datang. Kiranya hati dah mula sado sedikit. 

Tapi kes seekor kucing malang jumaat lepas buat cik en terasa sedih. Bukannya sedih apa, seorang manusia yang dianugerahkan akal mungkin pada awalnya ingin membantu kucing (kiranya sifat bertanggungjawab) akhirnya sewenang wenangnya menyerahkan tanggungjawab pada orang lain. Datang ke klinik untuk membuat rawatan dan berjanji akan ambil semula dengan ALASAN ada kerja sekejap dan akan ambil semula pukul 6 petang dan juga kebetulan hari tersebut hari jumaat. Cik en dan kawan cik en menunggu sehingga jam 6.30 petang tapi masih tak muncul. Oleh kerana dah mula malam, kami hanya beri pada pakcik guard ubatan dan cara pemberian ubat untuk diberi pada tuan kucing itu jika dia datang malam.

2 hari berlalu kerana sabtu ahad bercuti dan hari isnin cik en datang bekerja, kucing itu masih ada di dalam sangkar. Maknanya? tuan dia tak datang walaupun berjanji nak datang. Kebetulan isnin tu, cik en bertugas di luar jadi hanya mampu beri makanan yang ada. Cik en usaha telefon tuannya tapi tak berangkat. Selesai kerja diluar, cik en terus balik dan terus cik en drip kan air serta berikan sedikit ubatan. Semasa cik en tinggalkan dia petang isnin, kucing tu masih mampu berjalan. Datang kerja selasa pagi, kucing tersebut dah mati. Apa boleh buat kan? Tiba tiba kawan cik en beritahu, tuan dia berjanji sekali lagi hari isnin tersebut(selepas beberapa kali telefon tak berjawab, akhirnya dia menelefon staf peralihan yang ditugaskan di bahagian kaunter pendaftaran) untuk datang hari selasa untuk ambil kucing tersebut. Kebetulan cik en bekerja seorang hari selasa tersebut, cik en menunggu dan menunggu rupanya hampa. Kami ditipu buat kali ke2.

Sedih juga la. Manusia pegang pada janji.. Tapi bila dan memungkiri janji, biarlah Allah membalasnya. Kucing tersebut pun dah mati dan berharap sangat tiada kes sebegini lagi selepas ini. Hati ni masih rasa sakit dengan sikap tuan kucing itu. 
8

Carian Mudah Rawatan Penyakit Di Nurfuzie.Com


Carian Mudah Rawatan Penyakit Di Nurfuzie.Com | Hampir seminggu cik en tak sempat update entry baru di blog. Tapi masih ada carian mengenai rawatan dan penyakit kucing yang ada dalam blog ini. Dan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, semestinya carian penyakit kucing akan meningkat kerana kebanyakkan klinik veterinar akan tutup sempena raya. So, cik en nak kasi sedikit panduan kepada sesiapa silent reader yang sentiasa mencari sumber maklumat mengenai kucing di blog ini . Ada 2 cara yang selalu cik en gunakan jika ada bertanya mengenai rawatan dan cik en dah keluarkan entry tersebut. Selalunya yang bertanya semasa cik en tengah drive, sibuk buat rawatan di klinik, dating, dan masa masa yang kurang sesuai, jadi takkan cik en nak godek satu satu kan entry cik en. Jadi jom tengok 2 step cik en guna. 

  • Carian melalui blog
Carian ini memerlukan korang masuk ke laman blog cik en ini www.nurfuzie.com dan search di kotak search. Taip sahaja apa korang nak cari. Contoh : Muntah . Jadi kesemua artikel mengenai muntah yang ada dalam blog ini akan terpampang. Dimana search tu cik en? boleh tengok bawah ini untuk paparan web


Kalau melalui paparan telefon, korang scrool ke bawah sehingga jumpe widget search

  • Carian melalui google
Diakui, blog cik en ini tidaklah mempunyai SEO yang baik dan ada beberapa entri masih belum keluar di carian google. Jadi paling simple korang boleh taip : HAWAR KUCING NURFUZIE . Lepas itu akan terus blog cik en untuk keyword tersebut. 


Memudahkan bukan? Ini jika korang rasa pernah terbaca entri berkaitan so boleh gunakan 2 kaedah ini. Lebih memudahkan kerana entri yang dikeluarkan oleh cik en lebih kepada rawatan awal sementara menunggu klinik veterinar dibuka. Belum lagi mempromosi barangan atau kaedah rawatan yang mahal.
2

Cara Rawatan Kucing Muntah


Cara Rawatan Kucing Muntah | Sudah seminggu cik en tidak keluarkan entri mengenai rawatan kucing ini. Kebetulan ada yang bertanya, memberikan idea untuk cik en keluarkan entri ini. Cara rawatan kucing yang muntah. Seperti biasa, rawatan ini yang boleh didapati di sekeliling dan sedikit panduan dalam handling kucing yang muntah. 

Sebelum itu, kenali dulu muntah yang biasa dan muntah yang perlu dapatkan rawatan. 

  • Muntah yang biasa
    • Muntah sekali sahaja dan tidak berterusan
    • Kemungkinan untuk keluarkan hairball (gumpulan bulu)
    • Kemungkinan juga sistem pencernaan yang sentitif akibat pemakanan dan tidaklah muntah berterusan.
    • Jadi tidak perlu risau kerana ianya tidak memudaratkan 
  • Muntah yang perlu dapatkan rawatan
    • Muntah tanpa henti
    • Lemah
    • Darah berserta muntah dan cirit
    • Dan tanda yang abnormal

Punca muntah yang biasa berlaku

  1. Strok haba
  2. Masalah hati
  3. Gastroenteritis (gastrik)
  4. Pertukaran makanan (diet)
  5. Salah makan (makan makanan yang bukan untuk kucing)
  6. Makan atau minum gelojoh 
  7. Alahan makanan
  8. Kecacingan
  9. Kegagalan buah pinggang
  10. Jangkitan Virus
  11. Tumor
  12. Dan beberapa kes kritikal (rujuk klinik veterinar)

Cara yang boleh dilakukan di rumah

  1. Selalunya kucing pandai mencari rumput yang berseuaian untuk mengatasi masalah muntah. Dan dalam sehari dua, kucing akan sihat semula. 
  2. Jika masih tidak berkesan boleh cuba cara ini
    • Puasakan kucing dari makan dan minum untuk jangka masa 2 jam.
    • Selepas 2 jam, jika tidak muntah boleh berikan air sedikit-sedikit untuk jangka masa 1 jam
    • Boleh juga berikan air glukose, air kelapa, madu untuk menambah balik air di dalam badan yang terheydrate
    • Jika dalam masa 1 jam berikan air dan tiada muntah boleh berikan makanan yang lembut atau ayam rebus yang dicarik kecil secara perlahan lahan.
    • Jika tiada muntah, kemungkinan besar, kucing korang dah sembuh tapi boleh rujuk ke klinik veterinar untuk pengesahan lebih lanjut.
  3. Jika tidak berjaya, korang perlu dapatkan rawatan secepat mungkin di klinik veterinar berdekatan
Jadi nasihat cik en, jika bawa kucing yang sakit ke klinik veterinar, pastikan ceritakan history kepada vet bagi memudahkan rawatan selanjutnya. Dan janganlah jika ditanya, semuanya tak pasti dan tak tahu kerana kucing tersebut jenis bebas.
11

Boleh Ke Vaksin Kucing Semasa Musim Hawar Kucing?


Boleh Ke Vaksin Kucing Semasa Musim Hawar Kucing? | Seperti entri sebelum ini, musim sakit kucing atau dipanggil hawar kucing di kalangan pemilik kucing melanda dan cik en rasa bukan sahaja di tempat cik en sahaja, tapi kebanyakkan tempat. Sebelum ini cik en ada keluarkan entri Cara Merawat Hawar Kucing (Parvo Virus) dan ramai juga yang bertanya dan ada pelanggan cik en sendiri nak vaksinkan kucing mereka. Sebab kucing lain dah banyak yang mati mengejut. Jika ada yang mengikuti setiap entri yang dikeluarkan oleh cik en, cik en dah membincangkan mengenai vaksin ini. Boleh rujuk entri entri dibawah ini

  1. Kenapa vaksin perlu diberi 3 kali pertama untuk anak kucing
  2. Jenis jenis vaksin untuk kucing
  3. Betul ke vaksin menyebabkan kucing mati?
Jadi apa yang cik en boleh kongsikan, jika dalam satu kelompok kucing ada yang kes kes kematian mengejut (selain racun dan langgar) kerana wabak atau virus, cik en nasihatkan unuk menjalankan ujian darah (blood test) . Mungkin luaran nampak sihat dan cergas, tapi kemungkinan kucing dalam kelompok ini sedikit sebanyak ada yang dijangkitan. Sedangkan syarat untuk vaksin adalah sihat sepenuh. Tapi, jika yakin, kucing korang tak dijangkiti iaitu diasingkan di kawasan lain, tiada masalah untuk vaksin. Cuma monitoring kucing tersebut sekurang kurangnya 3 hari selepas pemberian vaksin. Tak mahu nanti, akan timbul cerita " bagi vaksin kat kucing aku, kucing aku mati, vaksin itu tak perlu " atau " vet tu buat kucing saya mati lepas vaksin". Jika ada pertanyaan lanjut, boleh rujuk vet berdekatan. 

p/s : Jika kelompok kucing tiada yang mati atau yakin tidak dijangkiti, digalakkan vaksin untuk beri imunisasi pada kucing
7

Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus)


Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus) | Cik en ditugaskan di klinik veterinar lebih kurang 3 atau 4 tahun. Dan sepanjang itu, satu keadaan atau musim yang cik en panggil musim hawar kucing. Ingat lagi tahun pertama cik en kendalikan musim hawar ini bermula bulan 8 sehingga 12 tahun tersebut. Tahun selepas itu musim hawar bermula awal bulan 7 hingga 11 dan tahun ini, musim ini bermula dari bulan 6 lagi. Ini dari pengalaman cik en tau. Tak ada tertulis di mana mana buku atau blog. Sesiapa yang pernah mengalami situasi kucing mati dalam kuantiti yang banyak dalam masa satu hingga tiga hari, itu tandanya kawasan korang memang dalam kawasan wabak tersebut. Dan ianya merebak dalam masa yang cepat. Sampaikan korang sendiri tak sempat nak bawa ke klinik veterinar. 

Tapi cik en nak kongsi serba sedikit daripada pengalaman dan pengetahuan mengenai virus ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pemilik kucing berhadapan dengan masalah ini.

Tanda Tanda Kucing Yang Berkemungkinan Terkena Hawar Kucing
  1. Muntah kekuningan atau putih (berbiuh)
  2. Cirit birit
  3. Mulut berbau busuk (selalunya sebab tak makan)
  4. Demam (Boleh pegang kulit dibahagian dalam telinga yang tidak berbulu. Jika panas kemungkinan demam, atau boleh gunakan termometer di letakkan di dalam rektum (dinding dalam punggung kucing) dan semak suhu normal di SINI
  5. Dehydarate (kekurangan air dalam badan) . Boleh cuba cubit atau pulas kulit di bahagian tengkuk atau badan. Kalau kulit tidak kembali ke keadaan asal selepas dilepaskan atau lambat kembali ke keadaan asal itu tanda kekurangan air)
  6. Lemah, murung, tidak aktif dan kurang selera makan
  7. Mati tiba tiba ( jika satu kandang, selalunya satu kandang akan mati)
Punca- Punca 
  1. Kucing yang bercampur dengan stray cat
  2. Manusia sebagai pembawa ( kasut, pakaian, sentuhan dll)
  3. Melalui parasite (kutu)
Rawatan awal yang boleh dibuat
  1. Apabila nampak tanda tanda di atas, perkara pertama adalah ASING kan. Kuarantinkan yang sakit. Jangan pula yang sakit dilepaskan dan yang sihat di kurung. Sebab ada kes camtu tau.
  2. Boleh dapatkan sebarang supplemen seperti multivitamin, "immume booster", pemberian glukose, pemberian air kelapa, madu, garam bukit, transfer factor (TF), telur mentah, susu kambing dan apa apa yang berkaitan dengan tenaga.
  3. Cuba beri makanan basah (wet food). Kalau boleh beli kitten wet food.
  4. Cuba dapatkan akar catnip atau akar pokok galak kucing. Basuh dan beri pada kucing.
  5. Rujuk entri ini Perkara LARANGAN Jika Kucing Anda Sakit
  6. Segala carrier, sangkar yang terkena muntah, najis dan air kencing kucing yang sakit, dicuci dengan bersih menggunakan dettol atau clorox (pastikan kering baru dimasukkan kucing)
  7. Sila bawa ke klinik veterinar dengan kadar segera
Rawatan selanjutnya
  1. Pemberian antibiotik
  2. Drip air
Dan perlu diingatkan TIADA UBAT sebenarnya untuk haiwan yang terkena virus. Rawatan yang diterangkan diatas adalah antara ikhtiar yang terbaik untuk mengelakkan ianya lebih serius dan merebak. Jadi dinasihatkan untuk memberi vaksin mengikut nasihat yang disarankn oleh vet. 

Boleh ke beri kucing kita vaksin sedangkan ada dalam gerompok yang sama disahkan terkena virus ini.?
Disarankan untuk menjalani ujian darah. Selalunya seekor kucing sakit, yang lain lain berpontensi untuk dijangkiti. Jika vaksin diberi, kemungkinan kucing korang boleh mati. Boleh rujuk entri Betul Ke Vaksin Boleh Menyebabkan Kucing Mati

Jadi satu benda yang wajib ada di rumah bagi pemilik kucing adalah First Kit Untuk Kucing. Dan sentiasa update ubatan dan supplemen. Diharap entri ini dapat membantu korang semua. 
32

Maine Coon Baka Kucing Paling Terbesar Di Dunia


Maine Coon Adalah Baka Kucing Paling Terbesar Di Dunia | Maine Coon merupakan kucing yang paling terbesar yang pernah di catatkan. Sedikit fakta menarik mengenai baka ini ialah baka jantan boleh mencapai berat 6-9 kg dan betina 4-6kg. Ketinggiannya boleh mencapai 1 meter atau 100cm. Memiliki bulu yang lebat dan bulunya boleh memanjang sehingga 7cm. Bulu di bahagian leher dan ekor selalunya lebih panjang dan bahagian lain lebih pendek. Sekali pandang, muka baka ini macam singa tau. Dan satu fakta menarik lagi, muka kucing baka ini besar dan kalau disukat hampir satu tapak tangan cik en. Mengikut sejarah, Maine Coon ini adalah kacukan daripada kucing Anggora (Turki) dan Norweign Forest (Norway) yang dibawa oleh pendagang pendagang dahulu. Tapi mengikut mitos, ada yang menyatakan kacukan dari kucing liar dan Rakun (Racoon) dan disebab itu namanya dipanggil Maine "coon" yang diambil dari nama hujung Racoon

Berkas:NorwegianForest.jpg
Norweign Forest
Berkas:AnggoraTurki.jpg
Anggora

Di Malaysia, ramai juga yang membela kucing berbaka ini. Kerana sifatnya yang serasi dengan kehidupan manusia. Dan harganya dalam lingkungan RM4,000 sehingga RM10,000 bergantung pada umur, jantina dan sebagainya. Selalunya kucing berbaka ini banyak di pekan pekan besar dan tidak banyak ada di daerah daerah kecil jadi kedatangan kucing berbaka original di klinik cik en boleh dikira dengan jari. Yang cik en tahu, untuk baka Pure Persian ada di kawasan cik en siap dengan certification. Untuk Maine Coon, hanya seorang pelanggan cik en ini. 



Cik en ada keluarkan gambar diatas di dalam facebook peribadi cik en dan cik en bagi semua tertanya tanya nama kucing ini yang didaftarkan. Memang panjang. 4 patah perkataan tau dan namanya memang sweet sangat. Nak tahu? Kena tarik nafas panjang sikit ye..

IMAKATZ BULGARI DREAM FOREVER

Dan nama ibu bapa Imakatz Bulgari Dream Forever atau dipanggil Grey ini adalah IMAKATZ KENJI KITARO dan IMAKATZ DEABBY ICE CAREMAL. Panjang kan? Dan inilah nama yang tertulis di sijil Grey


Dan sudah jadi kebiasaannya, kalau kita nak snap gambar haiwan ini, memang susah sebabnya asyik nak bergerak kiri kanan Ditambah berat dan dalam 10 kali snap hanya 2 sahaja gambar yang tidak bergerak dan tidak banyak gambar yang cik en boleh kongsi disini. Apa apa pun, pesanan cik en, jika kita nak membela kucing yang pure breed tidak kisahlah Maine Coon atau Persian, pastikan kita tahu habitat dan sifat semulajadi kucing tersebut. Itu bagi memudahkan kita jaga jenis kucing berbaka ini. Sebabnya kadang kadang kucing yang dibawa masuk dari luar negara yang mempunyai musim tertentu tidak sesuai dengan cuaca kita di Malaysia. Jadi penuhi dengan ilmu dan maklumat sebelum membela ye.. 
Sumber : Wikipedia
10

Beratus Ulat Keluar Daripada Mata


Beratus Ulat Keluar Daripada Mata | Ulat atau dipanggil maggot adalah sejenis parasit yang memerlukan sumber makanan yang terdapat pada perumahnya. Maggot yang terjadi pada haiwan atau manusia akan menggunakan daging segar untuk terus hidup. Dan jangan terkejut, dalam masa 24 jam sahaja, maggot ini akan membesar 2 kali ganda. Sebabnya ada kes cik en handle , hari ini maggot dia kecil saja tapi esoknya ulatnya dan jadi besar dan boleh menyebabkan daging segar ini mati (rupanya kehitaman). 

Sesiapa yang mengikuti IG cik en, mesti ada melihat gambar dan video mengenai kes yang cik en hendak kongsi dalam entry kali ini. 



Anjing diatas adalah jenis Shih Zhu, dan kes seumpama ini biasa terjadi. Sebabnya bulunya yang panjang dan ada yang tidak menjaga kebersihan, menyebabkan kawasan mata akan luka. Bila luka, bau darah akan dapat dihidu oleh lalat yang membawa telur lalat. Luka anjing ini dibahagian kelopak mata dam alis mata. Nampak membengkak dan wound size dalam 1 cm lebih kurang. Jadi operasinya yang pertama, bulu bulu dipotong dan dicukur seterusnya ulat gemuk yang enak diulit daging segar akan ditarik keluar satu persatu








Yang mana Beratus Ulat Keluar Daripada Mata? Sebenarnya tidaklah di daripada mata betul betul tapi dalam kelopak mata dan kiralah sendiri kalau nak tahu berapa ekor di bawah ini. Ini hanyalah sebahagian sahaja, sebabnya semalam cik en dan menarik beberapa ekor ulat. Cuma apabila melibatkan mata, banyak ubatan dressing yang tidak dapat digunakan jadi hanya menggunakan normal saline sahaja untuk mencuci.



Kalau hendak ceritakan mengenai bau, memang tidak boleh diceritakan. Tapi tadi cik en berjaya juga selesaikan kes ini. Diharap pemilik anjing ini akan jaga lebih baik untuk mengelakkan kes ini berulang. Penat oooo.. 
7

Burung Pungguk atau Burung Hantu


Burung Pungguk atau Burung Hantu | Sekali tengok, cik en ingatkan burung hantu, tetapi salah rupanya, burung ini di panggil burung pungguk. Jarang kami menerima kes burung lagi lagi burung sebegini. Dipercayai dijumpai di kawasan rumah pemilik tersebut. Burung pungguk ini seliuh dibahagian bahu dan cik en kongsi videonya di bawah ini


Kuku kaki dia melukakan sedikit kepak dia dan kami telah memberi rawatan. Diharap burung comel ini akan sihat dan boleh terbang semula. Burung pungguk ini adalah disenaraikan di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar dan diistihar haiwan liar yang dilindungi sepenuhnya.

Apakah perbezaan burung pungguk dan burung hantu?


Daripada gambar di atas, burung hantu bermuka bulat dan tiada telinga seperti burung pungguk. Dan saiz Burung Pungguk lebih kecil dari Burung Hantu.
10

Jenis Jenis Vaksin Untuk Kucing


Jenis Jenis Vaksin Untuk Kucing | Semua sedia maklum yang pemberian vaksin kepada kucing amat digalakkan untuk mencegah penyakit penyakit yang kebiasaan berlaku. Sebelum ini cik en ada menerangkan beberapa isu vaksin. Kali ini cik en hendak berkongsi vaksin yang diberi untuk apa? Penyakit apa yang di"cover". Ini sebagai panduan dan info kepada pemilik kucing dan memahami jenis jenis vaksin yang ada di Malaysia.

Terdapat beberapa vaksin yang boleh mengabungkan beberapa vaksin penyakit di dalam satu suntikan dan ada yang bersifat tunggal iaitu satu vaksin untuk satu penyakit. Disini cik en menerangkan 3 jenis vaksin iaitu Vaksinasi 4 in 1 (FVRPC), Vaksinasi 5 in 1 (FVRCPC + FeLV) dan Vaksin Rabies

Vaksinasi 4 in 1 (FVRPC)

Vaksin jenis ini terdapat 4 jenis vaksin didalamnya iaitu vaksin untuk penyakit FVR, Calivirus, Distemper dan Pneumonitis.

Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) - Tanda tanda awalnya adalah selsema(flu), dan boleh menjadi serius, mudah berjangkit dan menyerang sisitem pernafasan dan boleh membawa maut terutama anak anak kucing. Tanda serius pula kerap bersin, hilang selera makan, demam, keluar lendiran dari mata dan hidung kucing yang dijangkiti (selsema bertukar kekuningan)

Feline Calicivirus  - Virus ini menyerang sistem pernafasan yang menyebabkan ulser di dalam mulut. Jarang berlaku kematian tapi jika tidak dirawat boleh mengakibatkan pneumionia (sistem pernafasan) dan akhirnya maut. 

ulser pada lidah kucing
Feline Panleukopenia (Distemper) - Tandanya hilang selera makan, muntah, cirit birit, murung dan kekurangan air dalam badan. Sangat mudah merebak. Kebanyakan yang boleh membawa kepada kematian adalah anak anak kucing yang tidak dijaga dengan baik. Bagi kucing dewasa, mereka boleh bertahan dan akhirnya imun dengan virus ini.

Feline Chlamydia ( pneumonitis) - Bakteria yang akan menyerang sistem pernafasan dan sangat mudah berjangkit. Tanda klinikal adalah jangkitan pada mata, mata berair, bersin, air liur meleleh dan batuk. Jika tidak dirawat ianya akan merebak pada peparu. 

Vaksinasi 5 in 1 (FVRCPC + FeLV)

Vaksin jenis ini terdapat 5 jenis vaksin di dalam satu suntikan untuk penyakit FVR, Calivirus, Distemper dan Pneumonitis serta tambahan FeLV

Feline Leukemia (FeLV) - Virus ini boleh membawa kematian. TIADA RAWATAN. Hanya rawatan sokongan untuk meringankan simpton yang dialami. Virus ini akan menyebabkan kanser. Yang ini hanya boleh dipastikan dengan snap test(boleh rujuk vet) dan juga digalakkan untuk snap test sebelum di vaksin. Ini kerana jika virus ada di dalam badan kucing, kemungkinan kucing tersebut boleh mati. Mungkin ada kes yang katakan kucing selepas di vaksin mati. Boleh rujuk artikel ini Betul ke Vaksin Menyebabkan Kucing Mati

Vaksin Rabies
Apabila sebut mengenai rabies, mesti ada yang berfikir ianya hanya untuk anjing tetapi sebenarnya da vaksin rabies untuk kucing tapi di Malaysia jarang berlaku. Vaksin ini bersifat tunggal dan ianya tidak dapat dikenalpasti kecuali dengan pengambilan sampel otak untuk dianalisis.

Dan ada juga klinik veterinar menawarkan vaksin yang lebih daripada itu tapi jarang diambil disebabkan di Malaysia masih belum ada penyakit penyakit selain daripada cik en terang di atas itu. 
11