Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: klinik veterinar kerajaan

Showing posts with label klinik veterinar kerajaan. Show all posts
Showing posts with label klinik veterinar kerajaan. Show all posts

Keadaan CLEO Kucing Kemalangan Selepas Setahun

Keadaan CLEO Kucing Kemalangan Selepas Setahun | Cleo kucing kemalangan yang cik en pernah share di Cleo Kucing Kemalangan. Keadaan Cleo agak kritikal dengan lelangit terbelah, rahang patah, mata terkeluar dan darah yang non stop. Siapa sangka dia masih hidup dan menjadi seekor kucing yang kacak sekarang ini. hahaha. Cik en sebenarnya tak kenal sebabnya mukanya totally berbeza. Cuma tanya pada owner kenapa mata dia tertutup. Barulah owner cerita pasal kemalangan dan cik tiba tiba teringat Cleo. Ha.. nampak sangat la dia dah yensem dan lain. (hakikatnya cik en yang dah pelupa) hahahha. Ini gambar Cleo selepas kemalangan tahun lepas


Dari gambar diatas korang boleh agak yang Cleo takkan boleh hidup. Betullah kata orang, Kucing ada 9 nyawa. Walau nampak macam dah teruk tapi Cleo mampu hidup sampai sekarang. Ini rupa lelangit Cleo


Nampak kan berbelah dalam tu. Dan sampai sekarang lelangit masih terbelah. Kata orang kalau lelangit berlubang, manusia akan jadi sengau. Tapi tadi cik en dengar meow Cleo macam ada tune sedap je. Kalau dia pandai menyanyi rasa boleh kalah Siti Nurhalijah. hahahhaa..

Keadaan CLEO Kucing Kemalangan Selepas Setahun


Korang mesti tertunggu camne keadaan Cleo selepas setahun kan? Ni cik en nak kongsi.. Taraaaaa




Nampakkan keyenseman Cleo. Anyway semangat Cleo sangat kuat sebabnya boleh bertahan sampai sekarang. Keadaan mata Cleo tadi tak ok la. Sebabnya mata hitam dia tak ada respon dengan lampu. Ownernya kata Cleo tak berapa nampak. Kabur kabur. Dia banyak gunakan deria bau dan telinga untuk tahu keadaan sekeliling dia. Ok la, jumpa next entri!
9

Kisah Kucing Berulat Di Bahagian Muka


Kisah Kucing Berulat Di Bahagian Muka | Omaigod, kesiannya.. , hidup ke lagi kucing ini?, kenapa ini? dan banyak lagi komen yang cik en dapat apabila cik en keluarkan di Instagram dan facebook peribadi cik en. Sengaja cik en tak jawab sebab malam ini cik en nak story kisah kucing malang ini. Kucing ini kucing betina dan hilangkan diri hampir seminggu. Bak kata kawan cik en, bila rasa dah tak tahan dan rasa menyesal, baru nak balik. Hahaha. Kembali ke pangkal jalan katanya. Keadaan kucing yang luka di bahagian muka dan semestinya berulat penuh la. 

Cik en sebenar tak suka kalau dressing luka berulat di bahagian muka. Ialah kan.. bahagian yang sangat hampir dengan mata, hidung dan mulut. Kawasan sensitif, jadi cik en tak suka gunakan chloroform di kawasan ini. Jadi cik en semburan wound spray sikit sikit untuk elakkan poisoning atau keracunan sebabnya spray ini akan kena bahagian lidah dan mulut kucing ini. Dan cik en akan menunggu ulat keluar dari gua gua di dalam itu secara berjemaah. Hahaha. Nampak macam lama kan kes ini tapi apa boleh buat sebabnya cik en tak nak kucing berasa sakit atau mengelupur kalau buat ganas ganas.


Cik en ambil masa dalam sejam juga sebabnya cik en tanpa biuskan kucing ini. Kebetulan pula cik en buat seorang diri masa ini? Eh.. boleh ke? Semestinya boleh tapi cik en biarkan kucing didalam kotak yang dibawa oleh tuan dia. So dia akan rasa lebih selamat sebabnya kucing sangat obses dengan kotak. Dan menjadi kebiasaan cik en untuk bersembang sembang dengan kucing atau anjing kalau berlaku treatment camni. Jangan lah katakan cik en ini gila, sebenarnya kucing atau haiwan ini faham tau kalau kita bersembang sembang ini. Kalau tak faham, tak ada la selalu cik en dengar dari customer " cik en, kucing saya semalam bagitau la nak bawa ke klinik veterinar, hari ini dia boleh pulak hilang ". Hahah. Apa boleh cik en jawap lagi kan? Kucing ini bukannya tak dengar atau faham tapi mereka memang dilahirkan dengan muka eksyen (berlagak) mereka. Hahaha

Bahagian mata kucing ini rasanya dah rosak tapi retina masih ada lagi. Itu kes ini, cik en berikan ivermectin injection. Untuk apa? disebabkan ada ulat di ruang dalam yang cik en tak leh nak tarik, inilah salah satu cara untuk bagi ulat keluar sendiri dan mati tanpa gunakan chloroform, negasunt powder, hydrogen peroxide atau lain lain. Apa kesan ivermectin itu pada tubuh badan kucing? yang itu biarlah orang dalam bidang bidang ini saja tahu erk. 


Inilah hasilnya selepas sejam merawat dia. Macam Kapten Jack kan? Diharap ianya cepat sembuh dan cik en minta untuk buat rawatan susulan seminggu selepas ini. Insyallah kalau datang masa cik en bertugas, cik en akan update di ig cik en. So follow la ig cik en @eintan_nurfuzie . Korang boleh baca entri Cara Merawat Luka Kucing
8

Cara Rawatan Kucing Cirit Birit

Cara Rawatan Kucing Yang Cirit Birit

Cara Rawatan Kucing Cirit Birit | Dah sampai musim kucing cirit birit di klinik cik en. Cirit birit atau panggilan cik en cerry berry ini tak terhad pada kucing dewasa tapi juga pada anak kucing. Disebabkan setiap hari cik en menerangkan benda yang sama, cik en nak kongsi sedikit rawatan cirit birit pada kucing dewasa dan anak kucing. Sebelum itu, korang boleh rujuk Kenapa Kucing Cirit Birit. Yang penting korang kena tahu history kucing korang itu. Seperti jadual pemberian ubat cacing, pemakanan, aktiviti dan sebagainya. 

gambar kucing cirit

Korang juga boleh rujuk gambar diatas untuk ketahui tahap keadaan najis kucing korang. Selalunya Type 6 dan Type 7 ini akan buat kucing korang jadi lemah sebab kekurangan air dalam badan dan jika tak dirawat kucing boleh mati. Ini antara rawatan asas yang korang boleh buat mengikut punca punca cirit birit ini. 

  1. Cacing / Parasit ( bulu tak cantik, gugur, makan banyak tapi badan tak gemuk) - dapatkan ubat cacing di klinik veterinar atau kedai haiwan. Rujuk entri Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing
  2. Tukar Makanan Baru - Korang boleh rujuk Cara Memperkenalkan Makanan Baru Pada Kucing
  3. Susu ( selalunya terjadi pada anak kucing yang kehilangan ibu dan diberi susu lembu) - tukarkan kepada susu kucing yang boleh didapati di kedai haiwan atau klinik haiwan. Jika korang gunakan susu yang dibeli dari kedai haiwan, cuba cairkan kepekatan susu tersebut. 
  4. Keracunan - Boleh dapatkan rawatan awal dengan menggunakan air kelapa segar atau bawa ke klinik veterinar dalam keadaan segera
  5. Jangkitan (gangguan usus) dan Virus - Perlu rujuk klinik veterinar
Jika, korang tak pasti punca cirit birit, korang boleh gunakan kaedah di bawah ini.

  1. Puasakan kucing dari makan selama 12 hingga 24 jam. 
  2. Pastikan berikan banyak minum fresh water untuk elakkan dehydrated. 
  3. Jika kucing nampak lemah, boleh berikan air glukose, madu atau air gula. 
  4. Selepas 24 jam, korang boleh berikan ayam rebus atau ada juga vet yang suggest blend nasi putih bersama ayam rebus. 
  5. Kalau kucing korang dah tak cirit, selesai dah masalah itu
  6. Jika kucing masih cirit selepas di beri makanan boleh rujuk klinik veterinar berhampiran ye untuk dapatkan consultant.
Ini antara yang kerap cik en kongsikan bersama pelanggan dan pembaca cik en yang private massange cik en. Diharap ianya dapat membantu korang sementara ada masa untuk ke klinik. Tapi janganlah dah teruk baru bawa ke klinik, masa itu, cas rawatan yang murah akan jadi mahal sebabkan banyak komplikasi yang berlaku. Macam drip, admir ward dan sebagainya. 
16

Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Putih Antara Mata


Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Mata Yang Ketiga | Sindrom mata abnormal ini dipanggil Haws Syndrome. Dan ianya kerap berlaku pada kucing dan anjing. Korang akan perasaan di kelopak mata kucing korang akan ketengah mata sehingga ada menutup 3/4 mata kucing korang. Ianya akan terjadi tiba tiba. Adakah ianya merbahaya? Untuk memastikannya, korang kena diagnosis sendiri dirumah mengikut panduan yang cik en akan kongsi dalam entri ini.

Diagnosis mata kucing atau anjing korang

  1. Mata kucing korang akan ada kelopak putih atau membrane yang keluar menutup separuh daripada mata kucing
  2. Cuba tengok, ada kesan kesan luka atau kemerahan tak? Kalau ADA korang boleh rujuk jawapan A di bawah ini
  3. Kalau kucing korang tiada masalah kemerahan atau luka boleh rujuk jawapan B dibawah ini
Jawapan A

Jika ada kemerahan atau bengkak, kemungkinanan mata kucing korang ada jangkitan atau luka di bahagia mata, Untuk kes sebegini korang boleh bagi eye drop bagi kurangkan radangan dan antibiotik untuk jangkitan. Jadi jika korang dah bagi eye drop tapi masih tak baik baik, better rujuk pada vet berhampiran

Jawapan B

Jika TIADA kemerahan atau radang, kemungkinan kes 
  1. Cirit birit yang teruk sehingga kekurangan air dalam badan - Berikan ubat cirit birit dan bagi kucing korang minum secukupnya bagi topup balik air yang dah hilang akibat cirit
  2. Kecacingan - semak balik jadual deworming kucing korang. Kalau rasa dah lama tak bagi, better la bagi ye.
  3. Virus - Yang ini korang tak boleh nak rawat atau didiagnosis sendiri. Kena bawa ke vet untuk ujian darah
Selain daripada kes diatas ini, masalah masalah yang kerap menyerang mata kucing korang adalah 

  • Konjunktivitis: Satu atau kedua-dua mata kucing korang akan kelihatan merah dan bengkak


  • Keratitis: Jika kornea kucing anda menjadi radang, mata akan kelihatan sayu dan berair.

  • Katarak: Selaput ini pada mata sering berlaku pada kucing tua dan kencing manis.

  • Glaucoma: Kornea menjadi pudar dan mata membesar disebabkan oleh tekanan dalam biji mata.

  • Bulging eye : boleh berlaku kerana kemalangan atau trauma atau tumor mata.

  • Penyakit Retina: kehilangan penglihatan separa atau sepenuhnya boleh berlaku apabila sel-sel peka cahaya di belakang merosot mata.

  • Mata berair: Bulu di sekitar mata kucing anda boleh berlumuran dengan air mata disebabkan saluran air tersumbat atau kelebihan pengeluaran air mata.

Ini adalah info asas, korang perlu rujuk pada vet untuk maklumat lanjut juga tau. Janganlah bagi alasan kewangan tak stabil atau vet yang jauh. Sebabnya kalau korang sayang kucing korang, better mencegah dari merawat. Kalau nampak kucing tidak sihat atau berubah prilaku, cepat cepat ke vet ye..

info dan gambar : google 
8

Kenapa Kucing Berbau Busuk


Kenapa Kucing Berbau Busuk | Kerap kali pelanggan cik en bertanya, kucing saya baunya busuk doc. Nak mandikan doc kata kalau sakit tak boleh mandi. Abaikan penggunaan panggilan doc itu sebabnya walaupun diterang banyak kali cik en bukan doc, tapi mereka selesa dengan panggilan itu. Selain dari bau yang busuk, kucing yang berbulu putih akan menjadi kekuningan. Apakah faktor dan cara mengatasinya. Cik en ada juga bertanya pendapat rakan facebook cik en. Bukannya tak tahu cuma cik en nak bertanya cara yang dibuat oleh pencinta kucing di luar sana. 


Kebanyakan yang menjawab memang betul. Tapi meh cik en nak kongsi sikit apa yang cik en tau kenapa kucing berbau busuk ni. 

Faktor Kucing Berbau busuk
  1. Kucing jatuh dalam longkang. Hahaha. Kalau bergaduh atau dikejar kucing atau anjing lain selalunya mereka dah tak nampak ada longkang atau tak
  2. Lidah kucing ulser. Ini korang boleh nampak tanda awal, kucing mula kurang makan. Kalau nampak kucing mula kurang makan, cuba buka mulutnya dan lihat lidah atau gusi. Kalau lidah kucing melepuh, itu tanda ulser. Kalau gusi dia kemerah merahan itu tanda gigivitis. Jadi disebabkan lidahnya ulser tapi masih lagi grooming bulu mereka, itu yang sebabkan bulu menjadi kekuningan dan busuk. Macam manusia jugalah kan. kalau dah ulser, makan pun tak mahu. 
  3. Kucing tidak mahu makan sememangnya mulut mereka busuk 
  4. Kucing luka berulat. Kes ini cik en bau pun dah tau. Tak perlu tunggu untuk buat pemeriksaan. Nak story pun susah. Cuma yang berpengalaman yang boleh membezakan
  5. Kucing terkencing  . Mungkin terlalu takut atau terkejut. 
Cara kurangkan bau busuk kucing
  1. Mandikan jika kucing sihat
  2. Boleh cuci badan kucing gunakan air suam kalau kucing tidak sihat. Tapi pastikan kucing dikeringkan secepat yang mungkin
  3. Bersihkan kandang atau kurungan kucing
  4. Bersihkan pasir kucing
  5. Kalau mulut kucing ulser, boleh dapatkan glycerin yang dilute dengan air dan calit di bahagian ulser kucing
  6. Kalau kucing luka berulat, pastikan ulatnya di buang. Ulat akan buat daging membusuk. Boleh rujuk entry Cara Merawat Kucing Luka
  7. Kalau rasa masih belum baik, silalah bawa vet yang berhampiran ye.. 
Ini antara perkongsian yang cik en nak kongsi. Mungkin ada sesiapa yang nak menambah, boleh komen di bahagian komen ye. 
3

Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan


Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan | Satu keadaan yang boleh merisaukan owner kucing ini apabila kucing korang tiada selera makan. Makanan yang korang letakkan dalam bekas makanan, tidak luak ataupun tidak habis seperti selalu. Selalunya kalau cik en bertugas di klinik, kebanyakkan owner kucing akan nyatakan tanda tanda kucing kurang selera makan. Selalunya satu bekas akan licin, tapi dalam beberapa hari ini, bekas makanan masih terisi dengan makanan mereka lagi. 

Disini cik en nak kongsikan sedikit Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan. Mungkin kerana makanan itu sendiri atau keadaan mereka yang kurang sihat.

Jika kucing korang masih aktif dan lincah, cuma makan makanan saja yang kurang, kemungkinan faktor pemakanan. 

  1. Makanan rosak atau masuk angin
  2. Ada serengga atau semut dalam makanan (hurung makanan mereka)
  3. Makanan yang baru
  4. Perisa atau bahan perasa yang tidak disukai
  5. Berkongsi bekas makanan ( selalunya apabila ada kucing baru )
  6. Bekas makanan bukan di tempat asalnya
  7. Kucing kenyang mungkin baru makan di rumah orang lain atau makan hasil buruannya
Kalau kesemua atas ini, korag check ok saja dan kucing korang pula TIDAK aktif dan lincah seperti sebelum ini, mungkin kucing korang 

  1. Selsema sehingga kucing tidak boleh menghidu
  2. Demam sehingga hilang selera makan
  3. Gigivitis yang teruk (masalah gusi atau ulser yang teruk)
  4. Muntah yang teruk
  5. Terlalu lemah untuk makan
  6. Tiada selera kerana serangan virus
Cara Memaksa Kucing Tidak Selera Makan

  1. Pilih makanan wet food atau makanan basah
  2. Panaskan menggunakan microwave
  3. Kalau kucing sakit dan terlelau lemah, pilihlah makanan anak kucing/ kitten wetfood
  4. Suapkan menggunakan picagari, sudu atau pun menggunakan tangan korang
  5. Air pula boleh beri air glukose, madu, air gula atau air kosong. Boleh gunakan picagari.
  6. Pujuklah dengan lembut kucing korang untuk makan dan minum ye..
  7. Kalau masih tidak berjaya, bawa ke Vet berhampiran ye..
Ini antara tips yang boleh cik en berikan. Korang boleh komen kalau korang ada cara yang lain.
10

Kambing Kena Puru Sehingga Luka Berulat


Kambing Kena Puru Sehingga Luka Berulat | Hari ini cik en nak kongsi satu lagi masalah yang selalu terjadi pada kambing. Baca entri ini dengan santai yerk. Janganlah serius macam nak ambil exam. Hahaha. Jika sebelum ini cik en kongsi masalah kembung pada kambing dan kongsi juga cara rawatannya. Kali ini, topik masalah puru atau Contagious ecthyma atau soremouth, pustular dermatitis, orf atau scabby mouth dan ianya kerap berlaku pada kambing. Ianya penyakit zoonotik (boleh berjangkit dengan manusia dan haiwan) yang mana ianya berpunca dari virus POX. Selalunya anak kambing yang kerap kena. 



Tanda tandanya dalam gambar ini tidak jelas sangat sebab kambing ini tak duduk diam. So cik en bagi gambaran sedikit. Tanda-tanda penyakit

  1. Terdapat gelembung yang mengandungi air pada bahagian mulut, gusi, bibir dan kulit kambing.
  2. Apabila gelembung ini pecah ianya akan menjadi keruping dan kadang kala merekah dan berdarah
  3. Selain itu terjadi juga di bahagian kaki terutama di celah-celah jari dan juga pada bahagian tetek ibu kambing



Ada 2 rawatan yang boleh dipraktikkan. Satu menggunakan ubatan veterinar dan satu lagi cara tradisional. Untuk menggunakan ubatan veterinar, sebaiknya panggillah pengawai veterinar daerah di tempat masing. Cuma cik en nak kongsi rawatan secara tradisional. Rawatannya seperti berikut :

  1. Asingkan kambing yang sihat dengan yang ada puru
  2. Puru perlu dipotong/dikikis sehingga tercabut. Kalau berdarah tiada masalah, lagi bagus.
  3. Boleh sapukan dengan iodin / kapur sireh /belerang / kabait atau minyak tanah. Untuk mulut disarankan letak iodin atau kapur sireh je tau. Kang letak belerang keracunan pula
  4. Buat sekerap yang boleh. 
  5. Kalau kering, boleh sapunya minyak masak tuk bagi pelembab gitu. 
  6. Kalau rasa tak baik baik, baiklah hubungi pengawai veterinar daerah berhampiran ye. 
Sebenarnya ada vaksin untuk puru ini. Namanya Vaksin CONTAGIOUS ECTHYMA . Cuma sepanjang cik en bekerja, cik en tak pernah jumpa atau gunakan lagi vaksin ini. Yang selalu guna pun ivermectin atau anthimoline. 



Untuk kes cik en yang ini, ada 2 kes sebenarnya. Satu masalah puru dan satu lagi luka berulat. Mungkin keadaan luka berdarah yang lama menarik minat lalat untuk menderma telur ulat. So untuk kes ini, cik en tengok, dibahagian tepi mulut kambing dipenuhi ulat dan daging mula membusuk. Mungkin faktor kebersihan juga menjadi punca luka berulat ini. 



So, apa lagi singsingkan lengan baju, ambil forsep terus cik en cabut satu persatu ulat. Bau? hurm.. cik en dah cukup lali. Ulatnya memang dah gemok gemok. So operasi dressing di jalankan. Selesai buang ulat, sapukan iodin dan ubat antibiotik. Pesan pada peternak, kena jaga luka kambing ini. Sambil itu, cik en ajar juga bagaimana nak rawat puru di peringkat awal dan langkah pertama kalau dah mula ada ulat. Jadi cik en minta peternak inform balik pada cik en dari masa ke semasa kalau keadaan semakin teruk. 

Berpeluh juga kes hari ini. Sebabnya buat di tengah panas dan biasalah kandang peternak. Kena lebih bersedia dalam apa jua keadaan kandang. Kalau nampak perlukan nasihat kebersihan, sememangnya cik en akan mula mengomel tanpa henti dengan peternak. Hahahah. Ok la. jumpa untuk next entry esok. 

p/s : entri ini untuk bacaan santai, kalau ada yang ingi bertanya lebih lanjut, bolehlah tanya cik en di facebook cik en ye. Insyallah cik en akan membantu
3

Mentaliti Orang Kita Atau Penyampaian Kami Yang Tak Berkesan?


Mentaliti Orang Kita Atau Penyampaian Kami Yang Tak Berkesan? | Apabila kita kemana mana pejabat lagi lagi jabatan atau pejabat yang memberikan perkhidmatan, semestinya akan ada ditampal arahan atau info bagi memudahkan pelanggan dan pihak yang memberikan perkhidmatan. Begitu juga lah dengan tempat cik en. Kami memahami kekangan kekangan dari pihak kami dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik tapi kami cuba membantu memudahkan semua . 

Semestinya bekerja yang melibatkan perkhidmatan atau berhadapan dengan pelanggan merupakan pekerjaan yang enjoy tapi kalau tak kena dengan gayanya kami pula yang stress sampai ke malam. Hahaha. Sememangnya tempat kerja cik en ini banyak kekurangannya dan kami akuinya. Nak minta peruntukan pun faham faham la, bukannya senang sebabnya banyak lagi tempat lain yang lebih memerlukan. Jadi sebagai kakitangan yang berwibawa (ewah ewah), cik en dan kawan cik en, anis menggunakan apa yang ada di pejabat ini untuk menambahbaikkan dalam perkhidmatan kami. 

Di sini, klinik kami hanya ada seorang staf yang menguruskan pendaftaran, rawatan, pembayaran dan khidmat nasihat. Kerap kali berlaku, apabila rawatan sedang dibuat, meja pendaftaran akan kosong dan akan berlaku masalah kepada pelanggan. Perlukah menunggu atau mencari cari staf yang ada. Jadi kami mengambil inisiatif untuk meletakkan info info yang mana pelanggan tahu kemana hilangnya staf terbabit. Bila nampak info diatas, kira pelanggan tahu, staf tengah buat rawatan, jadi bolehlah pelanggan duduk dan tunggu sebentar. Seperti dibawah ini.


Rasanya korang yang baca ini, faham ke tak apa yang kami nak sampaikan. Sila tekan loceng, tapi sekarang ada rawatan yang sedang dijalankan dan sila letakkan kad pendaftaran atau kad klinik di sini. Adakah sebab arahan "SILA TEKAN LOCENG" buat korang tekan loceng tanpa henti???


Kenapa tidak dibaca dan dihadapan arahan yang lain seperti



Rasanya kami menggunakan BAHASA MELAYU yang mana bahasa kebangsaan kita. Kalau warga emas atau kanak kanak, cik en dan kawan cik en tak la stress sangat, tapi majoritinya menggunakan smartphone yang boleh berwhatsapp dan berfacebook. Takkan tak boleh memahaminya? Dan ada 1 lagi


Kami dah beritahu, haiwan kesayangan diletak diluar tapi masih ada yang bawa masuk juga. Begitu juga dengan larangan mengambil gambar. Masih ada pelanggan yang ambil gambar semasa rawatan sedang dijalankan. 

Masih tak cukup ke arahan yang kami lekatkan? Atau korang ada cadangan penambahbaikan yang lebih berkesan. Jangan dicadang pula letakkan nombor giliran ting tong ting tong pakai speaker pulak. Semua itu, memerlukan peruntukan yang tinggi. Cadangkan yang jimat dan mudah didapati di sebuah pejabat ye. Ok, cik en nak sambung stress balik. 
2

5 Cara Tunjukkan Sayang Kepada Kucing Korang




5 Cara Tunjukkan Sayang Kepada Kucing Korang | Pernah tak korang tunjukkan sayang korang pada kucing kesayangan korang? Macam manusia juga, kucing memerlukan kasih sayang kita untuk memastikan kesihatan yang baik. Kalau penuh dengan kasih sayang, semestinya perhubungan antara korang dan kucing korang ibarat kekasih sehati sejiwa. Hahaha. Ok.. Ok, back pada tajuknya. cik en nak kongsi 5 cara yang boleh korang tunjukkan kasih sayang korang kepada kucing korang. Dengan kasih sayang ini, ianya akan menjadikan kucing korang seekor kucing yang mendengar kata dan sentiasa menjadi peneman korang yang setia. 

1. Selalulah Mengusap

5 Cara Tunjukkan Sayang Kepada Kucing Korang

Korang rajin rajinlah mengusap gusap kepala kucing korang. yang terbaik Nose-To-Tail Rubs. Dari hidung sampailah ke ekor. Ini tanda korang sayang sangat pada mereka. Mereka akan memahami tau!

2. Slow Blinks And Head Bonks

5 Cara Tunjukkan Sayang Kepada Kucing Korang

Yang ini, korang suakan muka korang pada muka atau kepala kucing. Main main menggunakan raut muka. Yang ini kalau manusia kira kiss kiss la.. Hahaha. Ini berikan aura yang baik pada kucing korang

3. Tidur Bersama



Yang ini semestinya kerap berlaku kan. Kalau korang tidur malam, mesti kucing korang pun tidur sekali. Kalau macam cik en, cik en akan baring di tempat kucing cik en baring. Contoh atas sofa, cik en pun menyelitkan badan tidur tepinya. Hahahha

4. Bermain Bersama


Yang ini, kalau kucing masih kecil atau remaja, memang sesuai. Kalau tua ini, malas sikit. Hahahha. Korang boleh bermain dengan apa yang ada di sekeliling korang. Kreatif sedikit. Boleh ambilkan kertas dan ramas ramas jadikan bola, atau ambil lidi dari penyapu lidi korang atau juga boleh ambilkan kotak kosong. Tak perlu keluarkan duit untuk belikan barangan di petshop kan?

5. Belajar menggunakan bahasa kucing



Ah.. sudah cik en ini, mana la faham. Hahhaha. Maksud cik en selalulah gunakan bahasa " meow" apabila bersembang dengan mereka. Atau sesiapa yang berikan nama kucing. Panggil la nama kucing korang dengan lembut. Sebab itu, kalau orang lain yang panggil nama kucing korang, kucing korang buat derk! je. Sebab kucing ini sangat sentitif dengan suara/voice tuan dia. 

So, ada korang buat pada kucing korang? Atau korang ada skill yang lebih menarik. Nak kongsi, tinggalkan sahaja komen atau jejak korang dan skill korang tu. Manatau lebih unik dan menarik. Ok, da semua.. Dan lastly XOXO pada kucing korang. 
Sumber : http://cattime.com/cat-facts/how-to/18459-5-ways-to-show-your-cats-love-that-they-can-understand
1

Kucing Yang Sesuai Dibela Jika Korang Ada Anak


Kucing Yang Sesuai Dibela Jika Korang Ada Anak | Pencinta kucing? Tapi ada masalah nak membela sebabnya ada ramai yang bercerita kucing penyebab bayi atau kanak kanak asma atau anak dicakar dan digigir kucing? Ini sedikit panduan untuk korang mengenai Kid Friendly and Least Kid Friendly Cats. Pengkelasan mengenai kucing ini dibuat berdasarkan kepada ciri ciri atau characteristics pada satu satu baka kucing tersebut. Untuk pengetahuan korang, kucing yang friendly dengan kanak kanak ini semestinya kucing yang boleh dipeluk dan dibuat ganas oleh kanak kanak serta juga kucing ini tidak bertindak balas agresif. Selain itu, faktor bulu pun menjadi point utama dalam pemilihan ini. Jom kita tengok kucing yang korang bela sekarang ini sesuai tak dengan kanak kanak. 


Baka Kucing Yang Sesuai Dibela Jika Ada Anak


  1. Havana Brown
  2. Japanese Bobtail
  3. Javanese
  4. La Perm
  5. Maine Coon
  6. Norwegian Forest
  7. Ocicat
  8. Ragamuffin
  9. Ragdoll Cats
  10. British Shorthair
  11. Burmese
  12. Burmila
  13. Chinese Li Hua
  14. Colorprint Shorthair
  15. Cornish Rex
  16. Doven Rex
  17. Egyptian Mau
  18. European Burmee
  19. Abyssian
  20. American Bobtail
  21. American Curl
  22. American Shorthair
  23. American Wirehair
  24. Balinese
  25. Bengal Cats
  26. Birman
  27. Bombay
  28. Savannah
  29. Scottish Fold
  30. Selkirk Rex
  31. Siamese Cat
  32. Siberian
  33. Singapura
  34. Snowshoe
  35. Somali
  36. Sphynx
  37. Tonkinese








Baka Kucing Yang Kurang Sesuai Dibela Jika Ada Anak


  1. Himalayan
  2. manx
  3. Nebelung
  4. Persian



Ha.. ada ke korang bela yang 4 tu? ini hanyalah kajian dan jika ianya tidak memberi kesan kepada anak anak korang. Its ok.. Sebabnya akan ramai pemilik kucing persian akan argue / membangkang entri ini. Terpulang pada keluarga masing masing menerima kucing di dalam rumah sendiri. Tapi jangan sesekali abaikan kebajikan kucing korang. Kalau tak korang boleh di dakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 atau rujuk sini --- > http://www.nurfuzie.com/2016/04/maksud-penganiayaan-haiwan-mengikut.html
Habis da... jumpa untuk entri seterusnya. Xoxo
http://cattime.com/cat-breeds/characteristics/cat-breeds-that-are-compatible-with-kids
4

Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite


Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite | "Doktor, saya mau cucuk anjing saya satu tahun satu kali punya cucuk " . " Doktor saya mau cucuk kucing saya vaksin" . Itu antara respon pertama dari pelanggan tak kira dari kaum melayu atau kaum lain lain. Selepas di vaksin sampai kepada pembayaran, akan ada respon " Apasal manyak mahal? Haritu cucuk baru RM15 kenapa hari ini sudah naik? " . Apabila ditanya, rupanya mereka hanya nak bagi suntikan Anti Parasite sahaja. Haiya... apa boleh buat? Kena bayar sajalah.

Ini antara reaksi dan perbualan yang kerap berlaku di klinik cik en. Kadang kadang komunikasi dengan kaum lain lain sangat terbatas sebabnya mereka tak memahami apa penerangan yang cik en dan kawan cik en terangkan. Diakui, inilah penyebab cik en dan sesiapa yang jaga klinik menjadi stress sehingga jadi moody sepanjang melayan pelanggan tersebut. Nak tak nak, cik en kena keluarkan bahasa pasar bagi memudahkan komunikasi. Kalau tak dah serupa itik bersembang dengan ayam.. Cluck cluck cluck sebelah quack quack quack. Hahaha. 

Disebabkan itu, cik en nak kongsi sikit apa Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite ini. 

Suntikan Vaksin : Vaksinasi adalah pemberian vaksin kepada kucing dengan tujuan mendapatkan kekebalan tubuh yang tinggi dan dilindungi dari pelbagai serangan penyakit. Selalunya kucing boleh divaksinasi pada umur sekitar 8-9 minggu. Kekebalan kucing yang diterima dari ibunya melalui susu akan mulai berkurang ketika berumur 8-9 minggu, sehingga kucing perlu divaksinasi
Entri yang korang boleh rujuk

  1. http://www.nurfuzie.com/2016/04/jenis-jenis-vaksin-untuk-kucing.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2016/06/boleh-ke-vaksin-kucing-semasa-musim.html
  3. http://www.nurfuzie.com/2016/02/betul-ke-vaksin-menyebabkan-kucing-mati.html
  4. http://www.nurfuzie.com/2015/06/kenapa-vaksin-perlu-diberi-3-kali.html
Suntikan Anti Parasite : Ubat Anti-Parasite adalah kelasan ubat untuk rawatan penyakit parasit seperti kulat, kurap, kutu, cacing, fungas atau pendek kata masalah kulit . Untuk maklumat lanjut boleh rujuk entri Penyakit Kulit Haiwan  . Selain itu, anti parasite juga untuk deworm atau kecacingan. Ada ubat Anti-Parasite ini 3 dalam 1 dan ada juga yang satu satu. Kalau 3 in 1 kalau bahasa pasar 3 serangkai bagi haiwan. Kutu, kurap dan cacing. Tapi yang asing asingkan tu seperti ubat cacing, ubat kurap, ubat mandi kutu,  dan sebagainya. Kira satu ubat untuk satu jenis parasit.

Jadi jangan pula tertukar pula apabila datang ke klinik veterinar mengenai Vaksin dan Anti Parasite ini. Sebab kedua dua ini mempunyai fungsi yang berbeza ye. Jadi minta mendapat vet sebelum korang buat keputusan. Tapi kedua dua suntikan ini perlulah dipastikan kucing atau anjing korang itu sihat walfiat ye. 
9

Veterinar Merupakan Pekerjaan Yang Membahayakan Kesihatan


Veterinar Merupakan Pekerjaan Yang Membahayakan Kesihatan | Berminat dengan haiwan? berminat untuk jadi seperti kami, pembantu veterinar, pengawai veterinar atau doktor veterinar atau senang di sebut Vet? Selepas baca tajuk di atas, masihkah korang berminat dalam kerjaya ini? 

Apa yang korang nampak di klinik haiwan sangat berbeza dengan dunia realiti kehidupan seorang Vet. Senario di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar merangkumi kesihatan dan kesejahteraan haiwan ternakan dan haiwan kesayangan. Bagi klinik veterinar swasta kebanyakan menumpukan rawatan pada small animal atau haiwan kecil seperti kucing, anjing, dan sebagainya. Dimana pun kami, kami mempunyai risiko yang tersendiri. Lagi lagi yang bekerja di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, tak kisahlah di negeri, makmal atau loji pemprosesan makanan.

Kami sebagai benteng utama apabila berlaku wabak. Contohnya wabak JE atau HPAI, bila outbreak atau kawasan confirm dijangkiti, pasukan yang pertama sampai adalah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Masa ini, akan wujud team taskforce dan pusat kawalan. Cuba bayangkan, wabak yang boleh meragut nyawa manusia dan kami sebagai team pertama yang hadapi untuk mengawal. 

Rutin tahunan kami di pejabat perkhidmatan veterinar daerah, melaksanakan program kesihatan ternakan yang mana perlu mengambil sampel darah (sampel serum) dan pemberian vaksin. Semasa Program Kesihatan Ternakan ini, terlalu banyak risiko kesihatan dan keselamatan. Korang boleh tonton video dari ig yang pernah cik en kongsikan 



Video dan cerita penuh di Apabila Kerbau Bergimnastik

Di bahagian makmal veterinar pula, semestinya lagi banyak risiko sebab disinilah tempat berkumpul semua sampel haiwan yang mati dan sakit. Walaupun ada skop kebersihan tapi ianya masih terdedah dengan risiko kesihatan. Walaupun nampak mereka smart berbaju kurung dan berkemaja, peranan mereka banyak membantu manusia sejagat dalam mencipta vaksin dan ujikaji penyakit. 


Di klinik veterinar pun ada juga. Cara handling (kekangan) haiwan bukan mudah okey... Tipulah kalau yang kerja di klinik veterinar, tak pernah dicakar atau digigit. Tahu tak korang, ada penyakit yang boleh merebak melalui cakaran dan gigitan. Penyakit zoonotik yang mana berjangkit dengan manusia. Contoh bagi kucing, penyakit sporo dan anjing penyakit rabies. Kucing dan anjing bila di rumah, mereka sangat-sangat manja dan baik, tapi.. bila di bawa ke klinik veterinar, semestinya perangai dorang akan berubah menjadi lebih agresif. Walaupun vet layan sebaik dan selembut yang boleh, tapi naluri haiwan ini kita tak boleh nak nafikan. 


Sebenarnya kalau nak disenaraikan tugas veterinar di dalam atau luar negara, memang banyak. Cukup cik en simpulkan, Veterinar , veterinary , veterinario , veeartsenykundige , hewan , veterinaire , vétérinaire dan banyak lagi nama di seluruh dunia yang membawa maksud sama merupakan satu team atau kumpulan yang bekerja untuk kedua dua spesis yang terbesar di dunia iaitu haiwan (kesihatan dan kebajikan) dan manusia ( sumber pemakanan seperti daging, susu, telur dan sebagainya) . 

So.. tak hairanlah, kerjaya veterinar ini mendapat tempat ke 4 dalam The 27 jobs that are most damaging to your health 2015 yang dikeluarkan oleh Occupational Information Network (O*NET) . So bila dah baca pengalaman cik en dan tugas tugas veterinar ini, korang masih berminat dengan kerjaya veterinar ini tak?? Tepuk dada tanyalah selera.  Mampu kah korang kotor, busuk, comot, masuk ladang babi, kena tanduk dengan kerbau, kena tendang dengan lembu, kena cakar dengan kucing, kena gigit dengan anjing, kena atasi aduan lalat yang mana tak habis habis walaupun dah pelbagai cara digunakan. hahahahaha.. Yang lalat itu hanya joke saja ye. hahaha.. 


p/s : Cik en selalu kongsikan rutin pekerjaan cik en sebagai pembantu veterinar di IG Personal cik en. Kalau nak tengok, bolehlah follow https://www.instagram.com/eintan_nurfuzie/ dan kalau macam dah banyak sangat gambar selfie cik en, hahaha, boleh terus ke hastag #eintannurfuzieisveterinarian
7

Mustakimah Kambing Berbaju dan Headband Pink


Mustakimah Kambing Berbaju dan Headband Pink | Haiwan kesayangan berbeza dengan haiwan ternakan. Haiwan kesayangan membawa maksud haiwan yang dipelihara di dalam rumah kediaman dengan penuh kasih sayang. Selalunya haiwan yang paling banyak menjadi haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing. Ada juga haiwan lain seperti arnab, hamster, sugar glider tapi selalunya jarang boleh dipeluk dan dicium ganas ganas. Hahaha. Haiwan ternakan pula adalah haiwan yang dipelihara untuk mendapatkan hasil seperti kambing, lembu, bebiri, kerbau, ayam, burung putuh dan haiwan lain lain yang mendatangkan hasil. 

Tapi kes cik en pagi tadi, haiwan ternakan dijadikan haiwan kesayangan. Dimandi, dipeluk, dicium, diajak tidur skali, dipakaibaju dan juga reben di kepala. Inilah dibuat oleh makcik Halijah. Menjadikan kambing sebagai haiwan kesayangan yang dijaga macam anak dia sendiri. Sempat la cik en berselfie dan rakam video tadi.  


Mustakimah ini memang tak duduk diam. Nak selfie je dia kelam kabut nak terkam telefon. Jadi banyak gambar bergoyang goyang





Cik en cuma berikan suntikan multivitamin saja untuk naikkan selera makan Mustakimah ini. Selesai suntikan dia marah sangat. Mengembek kuat. Dibawah ini muka merajuk dia. 


Tuan dia rajin  pulak memujuk. Hahaha.  


Hahaha. Ini antara ragam pelanggan yang datang ke klinik cik en. Memang senang terhibur kalau dapat pelanggan yang gila gila macam makcik ini. And last cik en nak kongsi sikit gelagat mustakimah .

12