Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: klinik haiwan

Showing posts with label klinik haiwan. Show all posts
Showing posts with label klinik haiwan. Show all posts

4 Sebab Bulu Kucing Berubah Warna


4 Sebab Kenapa Bulu Kucing Berubah Warna  | Kalau korang mempunyai kucing berbulu hitam, kemungkinan korang pernah melihat bulu kucing korang akan berubah daripada hitam kepada hitam lusuh. Apakah faktor atau penyebab bulu kucing berubah? Ada 4 sebab yang selalu digunakan dan mungkin ianya mungkin berlaku pada kucing korang.

4 Sebab Bulu Kucing Berubah Warna

  • Suhu /Temperature
Selalunya berlaku pada negara yang mempunyai 4 musim

  • Cahaya Matahari
Ini kerap berlaku di Malaysia. Kucing yang selalu berjalan atau bermain di bawah cahaya matahari yang terik.

  • Nutrisi
Diet yang tidak seimbang. Kekurangan Amino Aacid Tyrosine dalam badan kucing boleh menyebabkan kes bulu berubah warna. Selain itu kekurangan Copper atau Zinc yang berlebihan

  • Usia / Umur Kucing
Kucing tua akan mengalami masalah ini sama seperti manusia yang beruban apabila sudah tua. 

Jadi apa apa pun pertanyaan mengenai boleh rujuk pada veterinarian yang berhampiran. Dan jika kucing berbulu hitam korang berubah warna menjadi putih, ianya bukan 4 sebab di atas tetapi ianya merupakan penyakit genetik. Dan cik en akan terangkan untuk entri akan datang. Dan kebetulan cik en sendiri menerima kes tersebut beberapa hari lepas.
6

Cleo Kucing Kemalangan


Cleo Kucing Kemalangan  | Sebelum membaca entri ini, sesiapa yang tidak berani untuk melihat kesan kemalangan terutama pada kucing, bolehlah klik button pangkah di atas. Bukannya menolak pembaca untuk membaca, takut juga ada yang tidak sampai hati untuk melihat keadaan cleo selepas kemalangan. 

Sebelum bercerita lebih lanjut, cik en akan kenalkan serba sedikit kucing diatas ini. Namanya Cleo kepunyaan pelanggan cik en  yang bernama Dekna. Mulanya Dekna membawa Cleo ke klinik cik en bekerja. Dan kebetulan pada masa tersebut, dia merupakan pelanggan cik en. Semua sedia maklum, klinik kerajaan memang kekurangan fasiliti dan cik en hanya mampu memberi suntikan antibiotik dan radangan serta dressing luka biasa. Cleo kemalangan dan bahagian muka Cleo agak teruk. Lelangit Cleo terbelah, rahang patah, mata terkeluar dan darah keluar melalui hidung. Ini keadaan Cleo 





Darah tidak berhenti henti keluar dan cik en memberi suntikan Vitamin K untuk stop pendarahan. Cuma cik en menyuruh Dekna untuk refer private clinic untuk membuat surgeri seperti pembungan mata dan memperbetulkan rahang. Dan semestinya kos rawatan akan mahal. Cik en sendiri tidak dapat banyak membantu disebabkan kekurangan yang cik en katakan di awal entri tadi.

Dengan inisiatif Dekna google blog doktor Veterinar, Dekna terjumpa blog cik en dan private massage di Page Blog Nurfuzie.com dan mana masing masing belum mengenali. Apabila Dekna hantar gambar Cleo baru cik en teringat yang cik en pernah jumpa Cleo. Rupanya pelanggan cik en sendiri. Tidak banyak juga cik en dapat bantu dan terfikir Malaysia mempunyai ramai pencinta kucing yang perhatin, Dekna dapatkan dana di beberapa group kucing di facebook. Alhamdullilah, ramai yang prihatin dan Cleo selamat jalani surgery. Ini keadaan Cleo terkini


Diharap Cleo sembuh sepenuhnya ye... Sebelum cik en keluarkan story Cleo, cik en sendiri telah meminta izin daripada Dekna.
6

Kisah Kucing Malang Di Klinik


Kisah Kucing Malang Di Klinik | Tanggungjawab senang di ucap tapi bukan semua boleh memikulnya. Nampak remeh sebab seekor kucing tapi ianya makhluk Allah, mempunyai nyawa dan rasa kesakitan, kasih sayang dan ketakutan. Walaupun tidak berakal tapi sebagai manusia yang Allah turunkan akal ambik mudah pada makhluk yang tidak berdaya ini. 

Ok lah, entri ini lebih kepada luahan hati seorang vet dan seorang manusia yang mempunyai perasaan belas kasihan yang tinggi. Pengalaman hari hari berdepan dengan pelbagai kes haiwan buat hati ini sedikit cekal untuk menerima kematian haiwan yang dirawat. Diakui sebelum bekerja di vet, cik en seorang yang jiwanya lembut. Kucing mati pun siap menangis berminggu disamping menyedekahkan Al-Fatihah. Lawak kan? tapi itulah cik en. Nampak ganas tapi lembut kalau melibatkan haiwan. Masa cik en sekolah rendah, sampah seperti pen yang habis dakwat cik en simpan dalam kotak. Mungkin pengaruh karangan zaman sekolah rendah "Aku sebatang pen" yang pengakhiranya dibuang memberi kesan mendalam kehidupan cik en masa itu. Meningkat dewasa, perasaan itu mula berkurang dan beralih kepada haiwan dan tumbuhan. Nak patahkan ranting bunga pun tak sanggup. Bayangkanlah kehidupan cik en pada masa itu

Mula berkerja di vet terutama rawatan, terasa sedih giler.. apabila kes kematian dan hingga kini, cik en tak buat lagi Put To Sleep. Mungkin kerana itu, cik en akan berusaha akan merawati dengan ubat dan peralatan yang terhad di klinik veterinar kerajaan. Cik en akan sentiasa bertanya dan mencari sumber lain untuk membantu setiap pelanggan yang datang. Kiranya hati dah mula sado sedikit. 

Tapi kes seekor kucing malang jumaat lepas buat cik en terasa sedih. Bukannya sedih apa, seorang manusia yang dianugerahkan akal mungkin pada awalnya ingin membantu kucing (kiranya sifat bertanggungjawab) akhirnya sewenang wenangnya menyerahkan tanggungjawab pada orang lain. Datang ke klinik untuk membuat rawatan dan berjanji akan ambil semula dengan ALASAN ada kerja sekejap dan akan ambil semula pukul 6 petang dan juga kebetulan hari tersebut hari jumaat. Cik en dan kawan cik en menunggu sehingga jam 6.30 petang tapi masih tak muncul. Oleh kerana dah mula malam, kami hanya beri pada pakcik guard ubatan dan cara pemberian ubat untuk diberi pada tuan kucing itu jika dia datang malam.

2 hari berlalu kerana sabtu ahad bercuti dan hari isnin cik en datang bekerja, kucing itu masih ada di dalam sangkar. Maknanya? tuan dia tak datang walaupun berjanji nak datang. Kebetulan isnin tu, cik en bertugas di luar jadi hanya mampu beri makanan yang ada. Cik en usaha telefon tuannya tapi tak berangkat. Selesai kerja diluar, cik en terus balik dan terus cik en drip kan air serta berikan sedikit ubatan. Semasa cik en tinggalkan dia petang isnin, kucing tu masih mampu berjalan. Datang kerja selasa pagi, kucing tersebut dah mati. Apa boleh buat kan? Tiba tiba kawan cik en beritahu, tuan dia berjanji sekali lagi hari isnin tersebut(selepas beberapa kali telefon tak berjawab, akhirnya dia menelefon staf peralihan yang ditugaskan di bahagian kaunter pendaftaran) untuk datang hari selasa untuk ambil kucing tersebut. Kebetulan cik en bekerja seorang hari selasa tersebut, cik en menunggu dan menunggu rupanya hampa. Kami ditipu buat kali ke2.

Sedih juga la. Manusia pegang pada janji.. Tapi bila dan memungkiri janji, biarlah Allah membalasnya. Kucing tersebut pun dah mati dan berharap sangat tiada kes sebegini lagi selepas ini. Hati ni masih rasa sakit dengan sikap tuan kucing itu. 
8

Cara Rawatan Kucing Muntah


Cara Rawatan Kucing Muntah | Sudah seminggu cik en tidak keluarkan entri mengenai rawatan kucing ini. Kebetulan ada yang bertanya, memberikan idea untuk cik en keluarkan entri ini. Cara rawatan kucing yang muntah. Seperti biasa, rawatan ini yang boleh didapati di sekeliling dan sedikit panduan dalam handling kucing yang muntah. 

Sebelum itu, kenali dulu muntah yang biasa dan muntah yang perlu dapatkan rawatan. 

  • Muntah yang biasa
    • Muntah sekali sahaja dan tidak berterusan
    • Kemungkinan untuk keluarkan hairball (gumpulan bulu)
    • Kemungkinan juga sistem pencernaan yang sentitif akibat pemakanan dan tidaklah muntah berterusan.
    • Jadi tidak perlu risau kerana ianya tidak memudaratkan 
  • Muntah yang perlu dapatkan rawatan
    • Muntah tanpa henti
    • Lemah
    • Darah berserta muntah dan cirit
    • Dan tanda yang abnormal

Punca muntah yang biasa berlaku

  1. Strok haba
  2. Masalah hati
  3. Gastroenteritis (gastrik)
  4. Pertukaran makanan (diet)
  5. Salah makan (makan makanan yang bukan untuk kucing)
  6. Makan atau minum gelojoh 
  7. Alahan makanan
  8. Kecacingan
  9. Kegagalan buah pinggang
  10. Jangkitan Virus
  11. Tumor
  12. Dan beberapa kes kritikal (rujuk klinik veterinar)

Cara yang boleh dilakukan di rumah

  1. Selalunya kucing pandai mencari rumput yang berseuaian untuk mengatasi masalah muntah. Dan dalam sehari dua, kucing akan sihat semula. 
  2. Jika masih tidak berkesan boleh cuba cara ini
    • Puasakan kucing dari makan dan minum untuk jangka masa 2 jam.
    • Selepas 2 jam, jika tidak muntah boleh berikan air sedikit-sedikit untuk jangka masa 1 jam
    • Boleh juga berikan air glukose, air kelapa, madu untuk menambah balik air di dalam badan yang terheydrate
    • Jika dalam masa 1 jam berikan air dan tiada muntah boleh berikan makanan yang lembut atau ayam rebus yang dicarik kecil secara perlahan lahan.
    • Jika tiada muntah, kemungkinan besar, kucing korang dah sembuh tapi boleh rujuk ke klinik veterinar untuk pengesahan lebih lanjut.
  3. Jika tidak berjaya, korang perlu dapatkan rawatan secepat mungkin di klinik veterinar berdekatan
Jadi nasihat cik en, jika bawa kucing yang sakit ke klinik veterinar, pastikan ceritakan history kepada vet bagi memudahkan rawatan selanjutnya. Dan janganlah jika ditanya, semuanya tak pasti dan tak tahu kerana kucing tersebut jenis bebas.
11

Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus)


Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus) | Cik en ditugaskan di klinik veterinar lebih kurang 3 atau 4 tahun. Dan sepanjang itu, satu keadaan atau musim yang cik en panggil musim hawar kucing. Ingat lagi tahun pertama cik en kendalikan musim hawar ini bermula bulan 8 sehingga 12 tahun tersebut. Tahun selepas itu musim hawar bermula awal bulan 7 hingga 11 dan tahun ini, musim ini bermula dari bulan 6 lagi. Ini dari pengalaman cik en tau. Tak ada tertulis di mana mana buku atau blog. Sesiapa yang pernah mengalami situasi kucing mati dalam kuantiti yang banyak dalam masa satu hingga tiga hari, itu tandanya kawasan korang memang dalam kawasan wabak tersebut. Dan ianya merebak dalam masa yang cepat. Sampaikan korang sendiri tak sempat nak bawa ke klinik veterinar. 

Tapi cik en nak kongsi serba sedikit daripada pengalaman dan pengetahuan mengenai virus ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pemilik kucing berhadapan dengan masalah ini.

Tanda Tanda Kucing Yang Berkemungkinan Terkena Hawar Kucing
  1. Muntah kekuningan atau putih (berbiuh)
  2. Cirit birit
  3. Mulut berbau busuk (selalunya sebab tak makan)
  4. Demam (Boleh pegang kulit dibahagian dalam telinga yang tidak berbulu. Jika panas kemungkinan demam, atau boleh gunakan termometer di letakkan di dalam rektum (dinding dalam punggung kucing) dan semak suhu normal di SINI
  5. Dehydarate (kekurangan air dalam badan) . Boleh cuba cubit atau pulas kulit di bahagian tengkuk atau badan. Kalau kulit tidak kembali ke keadaan asal selepas dilepaskan atau lambat kembali ke keadaan asal itu tanda kekurangan air)
  6. Lemah, murung, tidak aktif dan kurang selera makan
  7. Mati tiba tiba ( jika satu kandang, selalunya satu kandang akan mati)
Punca- Punca 
  1. Kucing yang bercampur dengan stray cat
  2. Manusia sebagai pembawa ( kasut, pakaian, sentuhan dll)
  3. Melalui parasite (kutu)
Rawatan awal yang boleh dibuat
  1. Apabila nampak tanda tanda di atas, perkara pertama adalah ASING kan. Kuarantinkan yang sakit. Jangan pula yang sakit dilepaskan dan yang sihat di kurung. Sebab ada kes camtu tau.
  2. Boleh dapatkan sebarang supplemen seperti multivitamin, "immume booster", pemberian glukose, pemberian air kelapa, madu, garam bukit, transfer factor (TF), telur mentah, susu kambing dan apa apa yang berkaitan dengan tenaga.
  3. Cuba beri makanan basah (wet food). Kalau boleh beli kitten wet food.
  4. Cuba dapatkan akar catnip atau akar pokok galak kucing. Basuh dan beri pada kucing.
  5. Rujuk entri ini Perkara LARANGAN Jika Kucing Anda Sakit
  6. Segala carrier, sangkar yang terkena muntah, najis dan air kencing kucing yang sakit, dicuci dengan bersih menggunakan dettol atau clorox (pastikan kering baru dimasukkan kucing)
  7. Sila bawa ke klinik veterinar dengan kadar segera
Rawatan selanjutnya
  1. Pemberian antibiotik
  2. Drip air
Dan perlu diingatkan TIADA UBAT sebenarnya untuk haiwan yang terkena virus. Rawatan yang diterangkan diatas adalah antara ikhtiar yang terbaik untuk mengelakkan ianya lebih serius dan merebak. Jadi dinasihatkan untuk memberi vaksin mengikut nasihat yang disarankn oleh vet. 

Boleh ke beri kucing kita vaksin sedangkan ada dalam gerompok yang sama disahkan terkena virus ini.?
Disarankan untuk menjalani ujian darah. Selalunya seekor kucing sakit, yang lain lain berpontensi untuk dijangkiti. Jika vaksin diberi, kemungkinan kucing korang boleh mati. Boleh rujuk entri Betul Ke Vaksin Boleh Menyebabkan Kucing Mati

Jadi satu benda yang wajib ada di rumah bagi pemilik kucing adalah First Kit Untuk Kucing. Dan sentiasa update ubatan dan supplemen. Diharap entri ini dapat membantu korang semua. 
32

Cara Potong Kuku Kucing


Cara Potong Kuku Kucing | Kali ini cik en nak kongsikan cara memotong kuku kucing yang betul. Jika kucing yang dibela jenis duduk di dalam sangkar 24 jam, sepatutnya kita perlu memotong kuku kucing. Ini baik untuk kita kendalikan semasa mandi atau grooming mengelakkan kecedaran kepada kita atau kucing itu sendiri. 


Sebelum memotong, pastikan menggunakan penyepit kuku yang diatas sahaja, jangan guna gunting atau alat yang lain. Gunting boleh dibeli di kedai haiwan dan banyak jenis yang bersesuaian dengan kucing atau anjing. 


Rujuk gambar diatas dan harap dapat membayangkan keadaan kuku kucing, Jangan terlalu rapat sebabnya terdapat daging bawah kuku yang boleh menyebabkan pendarahan. Masih tidak jelas? Rujuk gambar di bawah ini



Jika tak berani untuk memotong atau kucing sememangnya jenis yang bebas dan susah untuk memotong kuku, tak perlulah risau sebabnya mereka akan mencari kayu atau pokok untuk trim kuku mereka sendiri. Ada juga dijual di petshop alat untuk kucing mencakar atau boleh letakkan kayu di dalam sangkar mereka. 


Tapi cik en tidak sokong sekali penggunaan sarung kuku kucing macam diatas ini. Banyak keburukan dari kebaikan. Cuba bayangkan kalau kucing yang pakai sarung kuku diserang oleh kucing lain semasa kita tiada di rumah, semestinya kucing kita akan kalah malah boleh dapat luka yang teruk sebab kucing itu, tak boleh melawan atau mempertahankan diri. Begitu juga kalau kucing kita hendak memanjat atau terjatuh, kuku mereka yang boleh mencengkam tidak dapat digunakan. Disebabkan kita sayangkan sofa, kucing kita menjadi mangsa. Jadi belajar untuk memotong kuku kucing atau biarkan mereka trim kuku mereka sendiri.
13

Burung Pungguk atau Burung Hantu


Burung Pungguk atau Burung Hantu | Sekali tengok, cik en ingatkan burung hantu, tetapi salah rupanya, burung ini di panggil burung pungguk. Jarang kami menerima kes burung lagi lagi burung sebegini. Dipercayai dijumpai di kawasan rumah pemilik tersebut. Burung pungguk ini seliuh dibahagian bahu dan cik en kongsi videonya di bawah ini


Kuku kaki dia melukakan sedikit kepak dia dan kami telah memberi rawatan. Diharap burung comel ini akan sihat dan boleh terbang semula. Burung pungguk ini adalah disenaraikan di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar dan diistihar haiwan liar yang dilindungi sepenuhnya.

Apakah perbezaan burung pungguk dan burung hantu?


Daripada gambar di atas, burung hantu bermuka bulat dan tiada telinga seperti burung pungguk. Dan saiz Burung Pungguk lebih kecil dari Burung Hantu.
10

Kes Busung Air Pada Kucing (FIP)


Kes Busung Air Pada Kucing (FIP) | Kes busung air terhadap kucing atau nama saintifiknya adalah Feline Infectious Peritonitis (FIP) bermula dengan dijangkiti coronavirus (tandanya kerap selsema). Tanda klinikalnya perut membuncit dan bila ditepuk seperti ada air di bahagian tersebut. Dalam kucing terjejas, virus ini merebak ke seluruh badan dan boleh menyebabkan pelbagai tanda-tanda yang berbeza (termasuk peritonitis dengan pengumpulan cecair di dalam abdomen, tetapi dalam kucing lain cecair boleh berkumpul di dalam rongga dada dan yang boleh menyebabkan keradangan yang menjejaskan otak, mata, hati, buah pinggang atau di tempat lain). 


Dibawah ini adalah rawatan yang telah dilakukan oleh cik en dan rawatan ini adalah salah satu alternatif dan tidaklah dijamin akan sembuh. Dibawah adalah rawatan yang dijalankan sendiri oleh cik en. Kes ini berlaku pada 8 Mei 2016


Dan kucing ini bertahan sehingga 8 April 2016 tetapi keadaan fizikal kucing ini semakin lemah dan tidak sihat



Bermula dengan Caronovirus tersebut dan akan menyebabkan mutasi spontan di dalam usus yang mana akan mengaktifkan virus yang lain terutama FIP ini. Tanda tandanya masih belum diketahui tetapi kucing yang menghidapi busung air ini akan bermula dengan demam dan kurang selera makan. 

FIP terbahagi kepada dua iaitu 'Dry' atau bukan effusive FIP dan 'Wet' atau effusive FIP

'Dry' atau bukan effusive FIP
Berlaku keradangan yang memberi kesan terhadap mana-mana tisu dalam badan termasuk hati, buah pinggang, paru-paru dan kulit. Oleh itu, pelbagai tanda-tanda boleh diperhatikan termasuk penyakit neurologi (contohnya, gaya berjalan goyah dan tidak mantap), pendarahan dalam mata dan tanda-tanda ketara yang lain penyakit yang mungkin berlaku dengan luka-luka di dalam hati atau organ-organ dalaman yang lain. Dan penyakit selalunya adalah Sakit Kuning atau Jaudice

'Wet' atau effusive FIP (Busung Air)
Seperti kes di atas, pengumpulan cecair dalam ruang abdomen. 

Jika di bawa ke klinik veterinar, vet akan menguji dengan mencucuk picagari berjarum dan cuba menarik keluar. Jika ada air, kemungkinan kucing tersebut busung air. Selain itu Kucing menunjukkan tanda-tanda klinikal yang serasi serasi dengan FIP atau Kucing adalah dalam kategori risiko yang lebih tinggi (contohnya, kucing muda, kucing tanah jajahan, dan lain-lain). Ujian darah sebenarnya susah dibuat pengesahan kecuali ada beberapa ujian seperti bilirubin yang tinggi (kuning)

Sebenarnya tiada rawatan dan ubat yang khusus, Iyalah, virus kan? hanya boleh mencegah tetapi boleh menggunaan ubat radangan, pemberian cuka epal dan air akar pokok mempelas (sumber group kucing). Dan seperti diatas, menarik air keluar semampu yang boleh. Jadi untuk memastikan kucing anda sihat, dinasihatkan untuk mengambil vaksin mengikut jadual yang ditetapkan.
sumber

Update : Full Video

13

Jangan Bela Kucing Jika Anda Malas


Jangan Bela Kucing Jika Anda Malas | Lagi lagi kalau anda jenis agak malas hendak mengadun atau membersihkan kucing terutama kalau membela kucing jenis "muka kemik" dan berbulu panjang. Kes diatas berlaku terhadap kucing persian berbulu panjang yang datang ke klinik cik en hari ini. Bermula dengan ulat di celah jari kucing dan jari membengkak. Setelah di periksa dengan lebih teliti, ada sesuatu yang mengejutkan berlaku. 


Kuku kucing ini dan menekan daging dan menembus


Apabila di bawa keluar, Ya Allah panjangnya kuku kucing ini sehingga menembus daging jarinya.

Dalam kes ini, cik en kena trim kuku kucing ini dan kerana itu, barulah cik en tahu kenapa jari jari kucing ini membengkak. Ada yang sudah berulat kerana luka dan jangkitan kuman. Jadi, cik en hendaklah berpesan, jika membela kucing yang berbulu panjang seperti persian, ataupun kucing yang memerlukan penjagaan rapi, tolonglah bersihkan mereka setiap hari. Mereka terkenal dengan sifat pemalas dan senang dapat penyakit. Jika tidak tahu cara untuk bersihkan, youtube dan google ada untuk kita tengok. Dan jangan abaikan kewajipan kepada mereka seperti potong kuku, sikat rambut, bersihkan tahi mata atau semua ini di panggil grooming. Boleh rujuk entry Grooming For Cat



10

Betul ke Vaksin Menyebabkan Kucing Mati?


Betul ke Vaksin Menyebabkan Kucing Mati? | Vaksinasi kucing adalah pemberian vaksin kepada kucing dengan tujuan  mendapatkan kekebalan tubuh yang tinggi dan dilindungi dari pelbagai serangan penyakit. Selalunya kucing boleh divaksinasi pada umur sekitar 8-9 minggu. Kekebalan kucing yang diterima dari ibunya melalui susu akan mulai berkurang ketika berumur 8-9 minggu, sehingga kucing perlu divaksinasi. Selain itu, kucing juga perlu diulang vaksin, agar kekebalan tubuh yang dimiliki oleh kucing tetap tinggi dan kucing tidak akan mudah terserang penyakit. Jika tidak, hal ianya dapat menyebabkan kekebalan kucing menurun dan kucing jadi mudah terserang penyakit. Rujuk entri Kenapa Vaksin Perlu Diberi 3 kali Pertama Untuk Anak Kucing

Tapi ada beberapa kes berlaku kematian selepas di vaksin. Termasuklah kerisauan blogger Tengkubutang Miaw untuk memvaksinkan kucing mereka kerana ada kucing mati selepas di vaksin. Jadi untuk mengelakkan salah faham cik en menerangkan secara ringkas untuk senang di fahami oleh pemilik kucing dan anjing. 

Syarat sebelum pemberian vaksin adalah sihat walfiat dan aktif. Dan selepas pemberian vaksin, elakkan untuk memandikan, membawa mereka 'travel' atau perjalanan jauh dan groming. Ini untuk mengelakkan kucing stress dan akhirnya memberi kesan kepada kucing tersebut. Sebelum vaksin diberi, pastikan anak kucing benar benar sihat iaitu tiada demam, tidak selsema, tidak cirit birit, tidak muntah, tidak kelesuan atau perkara yang melibatkan kesihatan. Sebab itu setiap kali bawa ke klinik veterinar, sila pastikan history diceritakan sepenuhnya kepada vet yang bertugas. Kegagalan pemilik kucing atau anjing menceritakan history ianya sebenarnya menjadi PUNCA utama kucing mati selepas di vaksin.

Penerangan di bawah cik en gunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh masyarakat kita. 

Vaksin ini wujud dari virus itu sendiri, ianya dijinakkan dan dimasukkan kedalam tubuh kucing atau anjing untuk memberi perlindungan apabila virus tersebut menyerang satu hari nanti. Jika kucing tidak sihat, ianya memberi kesan kepada kucing dan akhirnya kucing tersebut boleh mati. Tidak boleh salahkan vet yang memberi rawatan kerana kucing tersebut adalah dibawah pemantauan pemilik dan bukanlah vet. sebab itu history sangat penting untuk vet. 



Jika anda tiada history kucing yang hendak di vaksin kerana baru jumpa kucing, diberi oleh orang atau baru dibeli boleh baca entri ini Panduan Untuk Kucing Yang Baru Jumpa. Diharap dengan entri ini, pemilik haiwan yang rasa risau mengenai vaksin akan boleh fahami kenapa ada kucing mati selepas divaksin. Kalau dirasakan penerangan ini kurang menyakinkan boleh rujuk vet yang berhampiran. 
4

Ada Masalah Mengenai Kucing?

Ada Masalah Mengenai Kucing? | Setiap orang yang membaca entri cik en mengenai kucing, rawatan dan tips akan ada sebarang pertanyaan dan ada yang mempunyai link ke blog, mungkin cik en boleh jejak semula pertanyaan mereka. Jadi disini cik en memberi link untuk memudahkan pembaca bertanya kepada cik en mengenai sebarang pertanyaan dibawah bidang veterinar seperti rawatan dan tips untuk haiwan kesayangan dan ternakan.

Diharap link link ini dapat membantu pembaca cik en mendapat lebih penerangan lebih cepat dan tepat. 
4

Kucing Obesiti Di Klinik Cik EN


Kucing Obesiti Di Klinik Cik EN | Semua mengimpikan kucing yang gemuk, gebu dan manja. Ada sesetengah pelanggan cik en akan merungut "kenapa kucing saya kurus? kucing orang lain gemok gemok". Banyak sebenarnya faktor kenapa sesetengah kucing gemuk dan obesiti tapi kebanyakkan kerana telah dimandulkan. Ada juga kucing yang tidak dimandulkan mempunyai berat lebih dari 6 kg. Faktor pemakanan dan menjaga jadual ubat cacing memainkan peranan utama kenapa kucing boleh gemuk. Untuk kali ini, cik en tidak akan terangkan pemakanan atau diet yang terbaik untuk kucing cuma hendak kongsikan kucing yang obesiti yang selalu datang ke klinik cik en. Kucing dibawah ini adalah kucing betina kepunyaan pelanggan cina. 



Kucing ini dimiliki oleh pak cik dan makcik Melayu dan cik en terima kunjungan kucing ini hampir 3 tahun lepas.




Gemuk kan? berat kucing kucing ini 6 kilogram ke atas, Mereka datang selalunya untuk rutin vaksin dan ubat cacing.
10

Demam Kuning (Jaudice) Kucing

Assalamualaikum Entry kali ini untuk pencinta kucing sekalian. ini pun antara idea cik en yang cik en dapat bila banyak merawat kes ini untuk bulan lepas Demam Kuning 

Apa Itu Demam Kuning 


Deman kuning adalah perubahan warna kuning pada gusi dan tisu disebabkan oleh kepekatan bilirubin, pigmen hempedu terbentuk hasil penguraian normal hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin biasanya dijumpai di dalam sel darah merah dan menghidangkan fungsi yang sangat penting dalam membawa oksigen ke tisu. Dalam kes-kes kemusnahan peningkatan sel darah merah , suatu amaun yang berlebihan bilirubin yang terkumpul di dalam tisses yang yang tidak boleh dihapuskan pada kadar biasa. Kepekatan yang lebih tinggi bilirubin juga boleh didapati dalam kes-kes di mana perkumuhan biasa bilirubin disekat kerana beberapa penyakit. Semua baka kucing boleh terjejas oleh penyakit kuning. 


Simpton Demam Kuning 

Muntah 
Cirit Birit 
Kelesuan 
Demam 
Sakit Perut 
Hilang selera makan (anoreksia) 
Pucat dan perubahan warna kulit, air kencing dan najis kepada warna KUNING 
Kerap minum air 
Berat Badan menurun tiba tiba 
Pendarahan (kronik) 

Punca Demam Kuning 

Penyakit, Toksin dan Dadah 
Pemindahan Darah 
Radang Hati (Hepatitis) 
Lemak di dalam hati 
Kerosakan tisu hati 
Ganguan rembesan bilirubin 

Diagnosis Demam Kuning 

  • Merujuk kepada sejarah kucing dan pemeriksaan fizikal 
  • Ujian Makmal 

Rawatan Demam Kuning 

Rawatan sebahagian besarnya bergantung kepada penyebab dan sangat individu. Kucing dengan penyakit serius atau lanjutan mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan rapi awal dan rawatan. Diet yang seimbang pemakanan diberikan mengikut keperluan tenaga harian dan status penyakit. Vitamin suplemen juga disyorkan pada pesakit yang terlibat. Sesetengah kes memerlukan pembedahan , seperti mereka yang mempunyai halangan pada saluran hempedu , dan pemindahan darah mungkin diperlukan jika anemia teruk hadir. 
  • Pemberian ubat hati 
  • Pemberian susu kambing yang baik 

Pengurusan Demam Kuning 

  • Diet yang seimbang 
  • Makan ubat ubatan tepat pada waktunya 
  • Jangan diberi sebarang ubat tanpa kelulusan dari veterinar kerana ia boleh menjadi racun kepada hati 
  • Lebih perhatian kepada kucing anda 


3