Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: kisah kucing

Showing posts with label kisah kucing. Show all posts
Showing posts with label kisah kucing. Show all posts

Kisah Kucing Makan Jarum Jahit Baju

Kisah Kucing Makan Jarum Jahit Baju | Lamanya cik en tak kongsi kisah anak bulus kan? Asyik dengan entri review sampai bosan korang. So malam ini, cik en free dan free dari task entri so cik en nak kongsi dengan korang kisah pagi tadi Kisah Kucing Makan Jarum Jahit Baju. Nampak tajuk gempak kan? tapi sebenarnya cik en sendiri buntu nak letak tajuk apa. Nak kata makan pun tak, tak makan pun tak tapi yang pasti ianya tersekat dalam mulut kucing. Nak tau ke Kisah Kucing Makan Jarum Jahit Baju?


Kisah Kucing Makan Jarum Jahit Baju


Kucing tersebut namanya Kitty dan dijadualkan datang hari ini untuk pemberian vaksin kali kedua bersama kawan dia yang lain. Owner dia beritahu yang dia senyap dari semalam. Rutin pertama cik en akan check ialah dalam mulut. Masa tengok itu, cik en terkejut sampai terdiam. Kenapa boleh jadi camni. Macam tak logik akal je. Awat hang makan benda itu. 


Owner masa itu terkejut bila tengok jarum panjang dalam mulut Kitty. Masing masing macam terdiam. Cik en cuba keluarkan tapi susah sebab jarumnya yang panjang. Terpaksa la bius. Berat kitty 1.7kg dan cik en terus buat injection bius. 


Dalm amsa 5 minit Kitty pengsan mungkin kerana tak makan dari semalam. Cik en cuba keluarkan. Tapi panjangnya jarum ini. Ingat nak potong aje tapi bila cuba lagi sekali ok. Tapi malangnya dalam matanya berdarah. Kesiannya awak. Apa apa pun selesai dah keluarkan jarum itu. Mulanya cik en ingat jarum peniti yang pendek bila tarik jarum jahit baju yang panjang tu. Aduh.. kesiannya awak.. Harap awak ok. Isnin ni Kitty akan datang balik. Harap dia ok dan akan jumpa cik en Isnin ini

So korang yang ada anak bulus atau pun anak kecil, make sure simpan betul betul benda tajam camni tau!
4

Grumpy Cat, Instafamous Kucing Mati Kerana Jangkitan Urinary

Grumpy Cat, Instafamous Kucing Mati Kerana Jangkitan Urinary | Siapa tak kenal kucing yang mempunyai muka yang marah dan cemburu yang dikenali juga di Malaysia. Dikhabarkan kucing yang diberi nama Tardar Sauce atau dikenali oleh media sosial Grumpy Cat mati pada Selasa 14 Mei 2019 kerana masalah Urinary Tract infection. | Grumpy Cat, Instafamous Kucing Mati Kerana Jangkitan Urinary 

Grumpy Cat, Instafamous Kucing Mati Kerana Jangkitan Urinary
Grumpy Cat, Instafamous Kucing Mati Kerana Jangkitan Urinary 

Grumpy Cat, Instafamous Kucing Mati Kerana Jangkitan Urinary

Grumpy Cat lahir pada 4 April 2012 adalah kucing betina yang mempunyai pengikut instagram sebanyak 2.4 juta mempunyai masalah feline dwarfisme yang menjadikan raut mukanya seperti marah dan cemburu. Walaupun ianya tidak normal seperti kucing lain, Grumpy Cat terkenal dan hidup selama 7 tahun dengan gembira walaupun mukanya sentiasa marah. Hahahaha. Grumpy Cat juga mempunyai buku sendiri yang bertajuk Grumpy Cat:A Grumpy Book dan The Grumpy Guide to Life: Observations from Grumpy Cat. Selain itu menjadi model beberapa jenama dan dijemput ke stesen televisyen. Pencapaian terbesar adalah menjadi kucing terpengaruh pada tahun 2012 oleh Stesen televisyen MSNBC

Menurut Instagram Grumpy Cat yang diuruskan oleh tuannya Tabatha Bundesen, meluahkan perasaan sedih kehilangan kucing kesayangan ramai ini. 


Apakah itu masalah urinary? korang boleh baca di entri Penyakit Sistem Urinari Kucing
3

Tamtam dalam Kenangan

TamTam dalam Kenangan | Siapa tamtam atau Atam ini? Tamtam adalah sekor kucing bewarna hitam yang dijumpai oleh rescue di pasar. Tamtam seekor kucing kurang upaya (KKU). Tangan depan tamtam bengkok dari lengan. Dibawa ke klinik dan akhirnya menjadi kucing angkat di klinik. Tamtam tak banyak songeh atau nakal. Baik sangat. Kawan Tamtam namanya Debab. Apa Debab buat, mesti Tamtam ikut. Curi makanan budak budak boarding. Melawat budak budak di ward. Kedua dua ekor ini memang sahabat baik. Cik en gelarkan Debab Warden dan Tamtam penolong Warden. Cik en pun tak la lama kenal Tamtam ini dalam 3 bulan camtu. Tapi biasalah dah hari hari jumpa, dah jatuh sayang. Sampailah 2 minggu lepas.. Tamtam sakit...


Mulanya Tamtam selsema teruk. Kami bagi la ubat selsema dan antibiotik dan 2 hari lepas itu, cik en tengok telinga dia dan jadi kuning. Kami suspek jaundice. Asalnya Tamtam masih lalu makan. Tengok keadaan nampak teruk, kami kurungkan Tamtam. Dari situ kami nampak kuning Tamtam makin teruk.Kami dah mula suspek FIP tapi jenis kering.Masa tu, perut Tamtam masih tak besar lagi. Lama lama perut dia mula membusung. Try sedut dan memang ada air. Jadi kami suspek FIP kering dan basah. Tapi Tamtam masih semangat cuma tak mahu makan. Ekor Tamtam masih gerak gerak cuma dah jadi pasif dalam sangkar. Kencing dia jangan dikatalah, kuning sangat. Kami bagi ubat paling terbaik untuk Tamtam dan drip setiap hari. Makanan kami kena suap dan macam biasalah cik en memang akan marah Tamtam bila dia menolak makanan. Staf lain yang bagi dan bila bergantung pada makan disuap dan drip saja, susah untuk Tamtam sembuh. 


Sampai la 13 April 2018, Tamtam pergi buat selamanya. Cik en sedih sangat tapi tak la tunjuk kat orang. Nampak je tak kisah tapi kepala ini ligat memikirkan pasal Tamtam. Lepas ini dah tak ada Tamtam. Dan tak nampak kelibat dia dah.


Klinik jadi sunyi dah lepas ini. Debab main sorang sorang. Tak ada kawan dah dia tu. Walaupun tak lama cik en kenal Tamtam tapi keletah dia masih terbayang bayang dalam kepala cik en ini. Ntah macam mana peah nanti tinggalkan cik en kan? Mesti cik en tak leh nak terima. Hurm.. walaupun dorang hanya kucing yang hanya mampu mengeow minta makanan tapi mereka dekat dengan hati seorang pencinta kucing. Sedangkan yang cik en rawat 2 3 kali pun sedih bila tau mati inikan dah berbulan bulan atau bertahun tahun cik en jaga dan kenal. Hurm.. pergilah ye Tamtam. maafkan sebab selalu marah Tamtam sebab Tamtam tak mahu makan. Nak Tamtam baik balik. tapi Tamtam tak mau makan. jadi Intan marah la. hurmmm...


3