Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: kesihatan

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Jangan Mandi Air Terjun Jika Cuaca Sejuk


Jangan Mandi Air Terjun Jika Cuaca Sejuk | Leptospirosis bukan sahaja berlaku kepada manusia tapi pada haiwan juga. Cik en kerap kali hantar sampel serum darah ke makmal untuk buat ujian leptospirosis ini. Kalau di kalangan kita, leptospirosis atau lepto ini dipanggil kencing tikus. Jika diperhatikan ianya bukannya muncul setiap masa hanya berlaku pada waktu waktu tertentu sahaja. Terutama cuaca lembab memang bakteria akan cergas secergasnya. 

Kenapa cik en kata jangan mandi dikawasan air terjun, ini sebabnya bakteria ini hidup dalam air dan tanah dalam masa bermingu minggu dan boleh sampai berbulan bulan tau!. Dan tempat yang paling mudah didapati di kawasan air terjun. Dan sebenarnya kawasan paling senang terkena dalah di kawasan bertakung atau lebih senang cik en katakan di kawasan yang tidak mendapat terus cahaya matahari. Contoh air di sebalik batu batu, dibawah rimbunan pohon atau kawasan takungan. 


Banyak lagi cara lain yang boleh berjangkit. Cuma cik en hanya nasihatkan bagi sesiapa yang ingin mandi di kawasan terjun sekarang ini. Cuaca dah mula sejuk jadi lebih baik ambik langkah berjaga jaga dalam menjaga diri. 


p/s : Jangan lupa alert dengan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Elakkan jadi mangsa kencing tikus yang boleh bawa maut ini. Kena kencing dengan kawan boleh lagi hidup. Hahahah

sumber
8

Sabun Taharah Untuk Samak Najis Berat


Sabun Taharah Untuk Samak Najis Berat | Sabun Taharah yang mempunyai 90% tanah liat merupakan satu satunya cara moden yang memudahkan menyamak untuk najis berat (mughallazah). Dengan menggunakan kaedah samak yang biasa, 1 kali air tanah dan 6 kali air biasa. 1 kali menggunakan sabun taharah dan dibilas air biasa sebanyak 6 kali. 

Kenapa cik en keluarkan entri sabun Taharah ini kerana sabun ini wajib dimiliki oleh kesemua veterinar atau pekerja melibatkan bidang veterinar tidak kira dari seorang pekerja bawahan sehingga peringkat doktor veterinar. Veterinar bidang mengenai haiwan termasukklah haiwan yang haram disentuh seperti babi dan anjing. Tiada berkecuali. 

Seperti sedia maklum, cik en seorang pembantu veterinar dan setiap hari akan berhadapan dengan anjing di klinik. Ada anjing yang tidak banyak kerenah tetapi jika yang datang anjing yang bermsalah seperti cirit, air kencing, air liur, pembedahan dan lain lain, memakai sarung tangan kadang kadang tidak dapat mengelak di sentuh oleh bulu, air liur, darah atau sebagainya. Selalunya keadaan anjing yang sakit ini bulunya basah, air liur yang sememangnya basah. 


Program Ladang Khinzir 




Video dibawah adalah dari Ustaz Don mengenai hukum penggunaan Sabun Taharah



Selain itu terdapat banyak lagi kelebihan sabun ini

  1. Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi. 
  2. Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering 
  3. Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit. 
  4. Memperbaiki sel-sel kulit yang mati 
  5. Menghilangkan bau badan 
  6. Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan. 
  7. Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki. 
  8. Untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah (kaedah samak seperti biasa 1 kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.) 
  9. Sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga. 
  10. Sebagai basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain. 
  11. Menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.  
Sabun Taharah ini juga disahkan dan disokong oleh
  1. Majlis Fatwa Kedah
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia 
  3. Pejabat Mufti Negeri Sembilan 
  4. Pejabat Mufti Terengganu 
  5. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 
Harga sabun ini antara RM8.00 sehingga RM10.00. Jadi sesiapa yang masih kurang yakin kerana tersentuh anjing yang berlainan keadaan (basah kering) boleh menyamak menggunakan sabun Taharah atau mencari tanah yang bersih dan suci. 

Sumber 

update : 28/7/2017 : Sesiapa yang nak mencari sabun taharah dalam bentuk cecair boleh hubungi talian ini melalui whatsap atau call 016-3549384 .


10

Kesan Minum Isagenix e+ Beverage


Kesan Minum Isagenix e+ Beverage | Sesiapa yang setia dengan blog cik en ini, mesti ada terbaca satu artikel mengenai produk ini di entry sebelum ini. Ada yang menunggu feedback daripada cik en mengenai minuman ini. Minuman ini bukan untuk jadikan badan sado atau berketak ketak ye, minuman ini seperti 100plus iaitu isotonik. Jadi ianya untuk beri tenaga semasa kita lakukan senanam atau beriadah. 

Cik en minum 2 jam lebih awal sebelum masuk ke gym, baunya seakan akan ubat batuk, air dia cair dan ada rasa masam rasberry. Sedap? Tidak sama sekali. No Sugar memang pasti kerana ianya tawar sangat. Selepas minum, cik en shopping barang rumah sekejap dan balik sebelum bersiap ke gym. Sepanjang shopping dan bersiap, cik en rasa tidak letih langsung. Nampak dah sedikit kesan dia kan? 

Sampai di gym, seperti kebiasaan, cik en akan running dalam 2 km. Itu wajib!. Selalunya cik en akan ambik masa 25 minit hingga 30 minit ( berlari, berjalan cepat dan bercitcat dengan kawan) tapi semalam, cik en berlari non stop untuk 1 km dengan speed 7 . Dan cik en boleh habiskan 2km dalam masa 15-20 minit. Terasa badan ada stamina yang tinggi. Selesai sahaja running, cik en akan main alatan untuk Leg Press, Seated Row dan beberapa lagi. Tapi yang bestnya rasa sangat bertenaga. Peluh? Terasa macam kena simbah air. Memang paling banyak keluar peluh. Tidak ada rasa malas. Selalunya akan bermalasan main handphone , sampaikan abam traineer sado perli, "sini bukan main itu telefon, sini untuk gym" hahaha. Disebabkan nampak bersungguh sungguh semalam excercise, terus traineer yang nama Masud ajar beberapa senaman. Lewat juga la habis malam itu, dekat pukul 12.00 tengah malam. Tapi badan mantain bertenaga.

Hendak dapatkan minuman ini, maaf cik en pun tak tahu, sebabnya cik en diberi oleh kawan cik en untuk cuba. Tapi ada la perjumpaan yang akan diadakan di Manjung 27 Mac ini mengenai produk ini. So kalau cik en ada pergi perjumpaan itu, cik en akan kongsikan lagi ye.  Kesimpulan nya, minuman ini beri kesan positif pada badan cik en. 

Perhatian : Untuk Blogger http://missinspirit.blogspot.my/ , cik en tak dapat tolong banyak, boleh call no yang tertera di bawah ini, mungkin boleh bantu di mana boleh dapatkan 



5

Isagenix e+ Beverage Hasilkan Natural Energy?


Isagenix e+ Beverage Hasilkan Natural Energy? Produk ini diperkenalkan oleh kawan cik en selepas cik en bertanya kenapa dia lebih nampak bertenaga masa di gym. Nampak dia tak penat macam selalu. Peluh dia pun keluar macam over pulak di lengan dia. Esoknya dia perkenalkan Isagenix e+ Beverage ni, mulanya takut juga hendak minum tapi bila diberi penerangan yang minuman in ibagus untuk diet, cik en mula tertarik. Cik en ada baca artikel yang minum minuman berisotonik sebelum bersukan atau bergym ini tidak elok jika berhasrat hendak kurus, sebabnya kandungan gula di minuman isotonik ini tinggi. Tapi berbeza dengan minuman ini. Ini hasil carian google produk ini dan di Malaysia masih belum ada review minuman ini.


Natural Energy Shot
  • Cepat merangsangan tenaga untuk masa yang panjang .
  • Kick- bermula senaman.
  • Meningkatkan tumpuan dan prestasi fizikal.
  • Membantu anda sentiasa berwaspada dan berfikir dengan jelas. 
  • Membantu dalam pemulihan.
  • Sesuai untuk diet

Dan cik en akan mencuba malam ini kerana malam ini Gym Time . Cik en perlu minum sejam sebelum memulakan aktiviti di Gym. Hasilnya cik en akan kongsi nanti. Dan ada sesiapa yang pernah mengamalkan minuman ini? kongsi di bahagian komen ye!


4

Gym Hanya Untuk Berbadan Sado?


Gym Hanya Untuk Berbadan Sado? Sebut sahaja Gym orang yang tidak pernah datang ke tempat sebegini akan beranggapan tempat ini adalah khas untuk orang yang ingin nampak sado. Dulu pun cik en berfikiran macamtu, tapi semalam masuk kali ke 4 cik en datang ke gym untuk mengeluarkan peluh persepsi dah bertukar. Gym ini bukannya semua barangannya untuk bina bina tapi ada untuk basikal, larian dan alatan untuk mengatasi kegemukan dan lemak di bahagian bahagian tempat. Mula mula cik en datang, cik en akan buat larian dalam 2 km dahulu. Awal awal ambik masa dalam 35 minit untuk 2 km kemudian berkurang 30 minit, seterusnya 25 minit dan semalam cik en berjaya menurunkan masa larian 20 minit sahaja. Kemudian baru cik en akan cuba alatan alatan lain. Disebabkan cik en pun masih baru, banyak alatan cik en belum tahu nama, dan ada juga salah penggunaanya. anyway abang gym di tempat cik en itu sangat ramah dan mereka ajar penggunaan alatan yang betul. Jadi tunggu entri Gym ini minggu depan pula sebab cik en akan ke gym pada selasa malam jika ada kelapangan. 
4

Anda Terkena Sporo?


Anda Terkena Sporo? | Anda mempunyai kucing yang luka dan tidak baik baik? Kemungkinan kucing anda terkena sporo. Boleh semak tanda tanda sporo di entry ini Rawatan Kes Sporo Kucing dan Sporotrichosis. Dan paling menakutkan, anda sendiri boleh terkena sporo ini dan akan menjadi parut yang tidak akan hilang. Jadi perhatikan kucing anda dan pastikan tanda tanda sporo tiada pada mereka. Jika ada, anda mungkin boleh berjangkit dan sila ambil langkah langkah untuk mengelakkan daripada menjadi kronik.

Jika kucing anda ada tanda sporo, sila bawa ke klinik veterinar yang berdekatan dan dapatkan nasihat vet. Atau ikuti langkah langkah di bawah ini
  1. Jika kucing positif sporo, elakkan bersentuh dengan luka kucing secara terus /direct. Gunakan sarung tangan atau glove setiap kali membuat rawatan
  2. Asingkan kucing yag sporo di dalam sangkar dan selalu bersihkan sangkar. Sekurang kurangnya sehari sekali.
  3. Jika dicakar atau tersentuh luka, cari iodin, dettol atau antiseptik dan cuci di tempat terkena
  4. Jika ada tanda gatal gatal, bengkak atau tidak normal, silalah ke klinik secepat mungkin.
  5. Jika lambat ianya tidak membawa kematian tapi kulit anda akan mempunyai parut yang memburukkan.
Jangan ambil mudah sakit sporo ini. Walaupun bukan wabak atau virus, penyakit fungas ini boleh buat kucing anda mati dan berjangkit serta anda akan berparut. Harap, dengan penerangan ini, jangan ambil mudah kebersihan diri selepas bermain dengan kucing anda. 
6

Punca Tidur Berdengkur dan Cara Mencegah


Punca Tidur Berdengkur dan Cara Mencegah  | Tidur berdengkur kadangkala boleh menjadikan sebuah hubungan suami isteri bergaduh. Antara kawan kawan pula akan menjadi renggang. Jika pergi kursus bersama sama mesti ianya menjadikan kawan terasa kurang senang atau menyebabkan kawan kurang tidur. Jadi disini cik en terangkan punca tidur berdengkur dan cara mencegahnya

Punca Tidur Berdengkur

  1. Alahan
  2. Tulang hidung yang bengkok
  3. Tisu berelebihan di anak tekak
  4. Kedudukan tidur yang terlentang
  5. Tonsil yang bengkak
  6. Kegemukan danterlalu letih
  7. Malsah saluran pernafasan
  8. Kesan pengambilan ubat
Cara Atasi Tidur Berdengkur
  1. Kurangkan berat badan
  2. Elak minuman alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk
  3. Pilih posisi tidur secara mengiring
  4. Amalkan jadual tidur yang tetao
  5. Dapatkan rawatan hisung tersumbat atau ruang keorngkong yang sempit
  6. Kurangkan atau berhenti terus dari merokok.
10

Cara Tradisional Mengubati Telinga Pekak Tiba Tiba


Cara Tradisional Mengubati Telinga Pekak Tiba Tiba | Tiba tiba telinga menjadi kurang pendengaran. Sedangkan tidak rasa sedikit pun sakit didalam telinga. Abah cik en mengalami masalah pendengaran. Ke klinik pun doktor katakan tiada masalah dalam gegendang telinga. Hampir 2 minggu dan kali ini abah cik en gunaka cara tradisional dengan menggunakan batang daun betik. Caranya seperti dibawah 


Ambil batang betik dan potongkan dalam sejengkal dan layorkan di atas api


Layorkan sekejap sekejap dalam 2 minit


Cuba tiubkan di atas tangan, panas atau tidak. Jika panas biarkan ia jadi suam


Tiup perlahan lahan di lubang telinga dan ulang beberapa kali kiri dan kanan


Pastikan di dalam lubang telinga betul betul ye.

Lakukan sekerap yang boleh dan lihat hasilnya. Jika tiada perubahan perlulah ke klinik dan buat rawatan rapi. 
7

Kategori Pendaftaran Produk Farmaseutikal


Kategori Pendaftaran Produk Farmaseutikal | Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan panduan kepada orang awam mengenai pengkelasan ubat ubat yang ada di Malaysia. 

Ubat Terkawal  
Ditanda huruf "A" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : Antibiotik
MAL 20022544A

Ubat Bukan Racun (OTC)
Ditanda huruf "X" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : Ubat Demam
MAL 20022544X

Ubat Tradisional 
Ditanda huruf "T" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : Jamu, Herba
MAL 20022544T

Suplemen Kesihatan 
Ditanda huruf "N" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : vitamin
MAL 20022544N

Atau boleh semak status pendaftaran produk di laman web www.pharmacy.gov.my sebelum membeli produk kesihatan
3

Badan Ber"Elektrik"

Badan Ber"Elektrik"


Badan Ber"Elektrik" | Kisah ini bermula apabila kawan cik en , Puan Ila mengalami masalah apabila kawan kawan beliau mengadu yang disengat oleh arus elektrik apabila bergesel atau bersentuhan dengan beliau. Oleh kerana itu, cik en mendapat idea untuk mencari kenapa badan beliau mempunyai arus elektrik sehingakan orang sekeliling merasa arus tersebut.

Didalam badan manusia, semestinya kita mempunyai sistem elektrik yang sangat maju canggih dan kompleks berbanding apa yang ada di dunia ini. Hebat ciptaan Allah. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Tapi jika sampai memberi kesan kepada orang sekeliling, ianya mungkin anda berpenyakit! Penjelasan cik en di dalam entri ini merujuk entri dari Kosmo Online. Ada 2 penyebab iaitu suhu dan tabiat atau penyakit.

Suhu atau tabiat
Tabiat suka mengesel di tempat yang sama ada ketika berjalan atau duduk menghasilkan cas negatif. Suhu yang lembab dan sejuk pun boleh dijadikan faktor

“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” 

Penyakit

Terdapat beberapa penyakit
  1. sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.
  2. sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.
  3. Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.
Jadi diharap artikel ini dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah sebegini. Untuk penyakt bolehlah terus ke klinik atau hospital untuk dibuat pemeriksaan lanjut.
13

Kimchi Ubat Barah?


Kimchi Ubat Barah? | Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.

Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae(Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."

Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain. Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.

Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.

Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.

Di Korea dikenal peti ais khusus untuk kimchi. Sebahagian besar orang Korea membuat kimchi dalam jumlah yang banyak ketika penuaian sawi putih ketika musim sejuksehingga memerlukan peti ais khas untuk menyimpan kimchi selama setahun.Orang Korea sering mengucapkan "kimchi" sewaktu bergambar agar kelihatan sedang tersenyum sebagai pengganti perkataan "cheese" yang sering diucapkan penutur bahasa Inggeris.

Untuk resepi boleh rujuk SINI
6

Antibiotik Kini Sudah Tidak Berkesan?


Antibiotik Kini Sudah Tidak Berkesan? | Antibiotik atau antibacterials adalah sejenis antimikrob digunakan dalam rawatan dan pencegahan jangkitan bakteria. Ianya boleh sama ada membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria. Ianya penting untuk manusia atau haiwan yang sakit atau mempunyai jangkitan untuk sembuh. Tapi kini, mengikut kajian, antibiotik semakin immune dengan tubuh badan manusia dan haiwan. 


Krisis ini bukan sahaja terjadi di Malaysia tapi di seluruh dunia. Seperti di Europe, India, Thailand dan US. Kerana sudah imum terhadap antibiotik, ramai pesakit meninggal dunia dan semakin meningkat setiap tahun. 


Antibiotik ini sudah immune pada manusia kerana pengambilan antibiotik yang berlebihan, tidak mengikut arahan, penggunaan antibiotik terhadap ternakan yang dimakan oleh manusia, kawalan kebersihan yang di ambil lewa oleh manusia dan kekurangan pakar dalam RND untuk antibiotik.


Jadi apa yang perlu kita buat sebagai orang biasa? Makanlah antibiotik mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Untuk kanak kanak, jika baru mula sakit, janganlah terus diberi antibiotik, beri masa kepada immune badan kanak kanak untuk bertindak balas terlebih dahulu. Itu pendapat cik en. Dulu semasa kanak kanak bermain pasir, tanah air lumpur, mereka lebih kuat berbanding kanak kanak sekarang yang mudah jatuh sakit. 

Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada manusia tapi juga kepada haiwan. Pengambilan antibiotik kepada haiwan perlulah berpada pada. Jika tidak, mereka pun akan jadi sama dengan keadaan manusia yang sudah immune terhadap antibiotik sekarang.




5

Resepi Jus Ajaib


Resepi Jus Ajaib | Resepi Jus Ajaib ini adalah dari bahan asas semulajadi yang mana ianya lebih selamat dari ubat ubatan atau supplemen yang kita sendiri tidak tahu kandungannya. 

Tekanan Darah Tinggi 
timun yang besar
Seleri
Buah Pear
Lemon

Ubat Tahan Sakit 
Nenas
Seleri
Daun Ketumbar
Halia

Kulit Halus
Lobak Merah
Salad
Timun
Tomato

Varicose Vein ( Salur Darah Vena menjadi besar)
Ubi Bit (Ubi Merah)
Nenas
Seleri
Lad Benggala
Lemon
Halia

Stress (Tekanan)
Epal
Bayam 
Seleri 
Lemon
Halia

Selulit
Anggur
Oren
Limau Nipis
Halia

Resepi jus ini seperti rawatan tradisional melalui bahan semulajadi yang baik untuk diri. Diharap dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah ini dan bergantung kepada ubatan klinik atau hospital. Selamat Berjaya!
9

Sedu Tanda Membesar?



Sedu Tanda Membesar? | Selalu ke tidak korang sedu? Haaak Haaak Haaak bunyinya. Dan mesti korang rasa rungsing kan. Menganggu korang bersembang atau membuat kerja. Kata orang dulu dulu, itu tanda korang hendak membesar, tapi kalau dah umur 30 an ke atas takkan mahu membesar lagi? Kalau membesarkan badan mungkin la. Menjadi gemuk.
Ada penerangan melalui sains

Sedu selalu dianggap sebagai tanda anak-anak mahu membesar. Benarkah begitu? Menurut ilmu perubatan, sedu atau hiccups merupakan satu kontraksi diafragma (pengecutan otot antara abdomen dengan dada yang bertanggungjawab memaksa udara keluar dan masuk ke dalam paru-paru). Bunyinya berdegung-dengung dan berlaku selama beberapa minit dan kadang-kadang menyebabkan kita terganggu.

Sedu berpunca dari iritasi saraf yang mengawal diafragma akibat makan atau minum dengan terlalu cepat, memakan makanan yang pedas dan berempah, tertelan terlalu banyak udara sehingga perut menjadi kembung, penyakit ulser dan esofagitis

Kaedah tradisional yang boleh digunakan untuk merawat sedu adalah dengan menyedut air perlahan-lahan, menahan nafas beberapa kali dan meletakkan sesuatu yang sejuk di belakang leher.

Ilmu perubatan juga telah mengenal pasti bahawa karbon dioksida mampu menghentikan sedu dengan cara merangsang diafragma untuk berkontraksi secara biasa berbanding secara spasmodik (dipaksa). Semasa sedu, tarik dan tahan nafas anda. Karbon dioksida yang meningkat di tubuh anda boleh melegakan sedu.

Anda boleh melakukan kedah lain untuk meningkatkan aras karbon dioksida dengan cara menyedut dan mengeluarkan udara ke dalam beg sampul kertas yang didekatkan ke hidung beberapa kali. Elakkan menggunakan beg plastik kerana boleh menyebabkan anda lemas kerananya.

Rujukan: Nik Khartina Nik Man, Dewan Kosmik

3

Kebaikan Cuka Epal ( Apple Cider Vinegar)

cuka epal

Kebaikan Cuka Epal ( Apple Cider Vinegar) | Cuka Epal terbahagi kepada 2 iaitu cuka epal untuk masakan dan untuk rawatan. Sebenarnya cuka epal ini mempunyai banyak kebaikan dan cik en sendiri mengaplikasikan dalam bidang veterinar iaitu rawatan.
2

Perbezaan Demam Campak (Rubeola) dan Cacar Air (Chicken Pox)

Assalamualaikum 

Entry kali ini cik en keluarkan selepas 2 orang staf di pejabat cik en mendapat Cacar Air (Chicken Pox) secara serentak.Ini menjadikan cik en mengeluarkan entry ini.


Apa Itu Demam Campak atau Rubeola


Merupakan sakit akut yang terjadi kepada kanak kanak disebabkan oleh virus measles. Mengalami jangkitan pernafsan dan disertai ruam di kulit. Merebak melalui titisan cecair dari mulut atau hidung seperti air liur, batuk dan sebagainya. Boleh dicegah melalui vaksin MMR (Measles, Mumps and Rubella).

Tanda tanda demam campak
  1. Demam 
  2. Batuk,selsema 
  3. Mata Berair 
  4. Sakit Otot 
  5. Kesan Demam Campak
  6. Jangkitan Kepada Telinga 
  7. Jangkitan Paru Paru (Pnuemonia) 
  8. Jangkitan Pada otak 
  9. Cirit Birit 
  10. Keguguran pada ibu mengandung 
  11. Rawatan Demam Campak
Tiada rawatan khusus. Cuma
  1. Panadol 
  2. Hindari cahaya terang 
  3. Rehat dan minum air secukupnya 

Apa Itu Cacar Air atau Chicken Pox

Merupakan sakit disebabkan virus varicella. Virus yang sama seperti kayap. Biasa berlaku kepada kanak kanak dan senang berjangkit. Berlaku dengan datangnya demam dan ruam yang melepuh. Dan boleh berlaku lebih daripada sekali mengikut tahap imun seseorang

Tanda Tanda Cacar air
  1. Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul. 
  2. Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki. 
  3. Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari). 
  4. Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. 
Kesan Demam Campak
  1. Jangkitan kuman pada kulit. 
  2. Jangkitan pada darah (blood stream infection). 
  3. Radang paru-paru. 
  4. Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”). 
Rawatan Cacar Air

Diberi vaksin semasa bayi. Jika terkena bolehlah
  1. Elakkan berjumpa dengan orang lain 
  2. Paracetomol untuk kurangkan demam 
  3. Pengambilan air putih secukupnya 
  4. Amalakan makanan seimbang 
  5. Sentiasa basuh tangan 
  6. Kalau gatal boleh sapukan losyen Kalamine 
  7. Rawatan Tradisional Cacar Air 
  8. Menyapu baking soda yang dicampur air 
  9. Madu untuk sembuhkan cacar di bahagian gatal 
  10. Mandian oatmeal untuk melegakan kegatalan 
  11. Garam Epsom untuk elak kegatalan 
  12. Bunga Jasmine 
  13. Mandian Halia 

  1. Minum Air kelapa 
  2. Mandian daun semambu 
  3. Asingkan pakaian dan tempat tidur. pakaian direndam dengan air suam/ panas 
  4. Elakkan makanan bergoreng. Makan ikan keli bakar 
  5. Mandi sekerap yang boleh 
  6. Pantang Makan 
  7. Jangan kena hujan 


7

Emergency Period / Moody Kit

chocalate period women stress moody
5

Cantik Sempurna Pada Usia 31 Tahun

Assalamualaikum
Ini kira pemberia semangat pagi untuk cik en
Walaupun masih belum mencecah 31 tahun tapi kenyataan  itu menyatakan lewat 20 an dan awal 30 an
Semangat hendak menghadap anak bulus dan blog hari ini. 

8

Meroyan

Assalamualaikum semua ceria di pagi isnin hari ini cik en nak kupas satu isu iaitu "MEROYAN" 

Sebelum cik en share hasil google cik en. Cik En akan terangkan apa yang cik en faham na... apa yang Cik En faham, meroyan ini berlaku pada wanita yang baru melahirkan anak yang mana tak menjalani waktu pantang yang sepatutnya. Dan ini berlaku kerana ada ruang ruang di dalam tubuh badan wanita tersebut iaitu rahim dimana syaitan atau iblis menetap disitu lalu mengawal emosi dan tingkah laku si wanita. Tapi itu pendapat Cik En. Yang ini yang Cik En google (sumber dipercayai) 
Maksud Meroyan 

Meroyan ni terbahagi kepada 2 kategori. Pertama, disebabkan tekanan perasaan dan gangguan emosi pesakit semasa dalam pantang. Mungkin disebabkan oleh sikap suami sendiri atau masalah rumahtangga jugak masalah kewangan, keluarga dan sebagainya. Kedua, yang disebabkan oleh gangguan jin. sumber

Meroyan - adalah akibat gangguan dan dampingan jin, bunian, dan syaitanlalu timbullah, kelakuan yang menjadi jadi seperti cemburu buta, gaduh minta cerai, antar aku balik dan sebagainya sumber

MEROYAN atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin. Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang. Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.  Ramai yang beranggapan masalah ini banyak terjadi kepada wanita Melayu, tetapi hakikatnya meroyan atau turut dikenali ‘pos-natal blues’ lebih banyak menyerang wanita di Barat. Masalah ini juga dilihat sering kali dihidapi oleh wanita biasa tetapi sebenarnya ia turut menimpa wanita profesional. Pakar mendapati masyarakat Malaysia khusus orang Melayu lebih prihatin dengan penjagaan selepas bersalin, wanita selepas bersalin selalunya akan mendapat lebih perhatian daripada ahli keluarga, sedangkan perkara seperti itu kurang berlaku di Barat. sumber



Ini pula pertanyaan cik en kepada MR MZM mengenai apa yang dia tahu mengenai MEROYAN dari prespektif seorang lelaki. 

"Meroyan sebenarnya cuma istilah. Ada orang dulu dulu ada nama Batu Meroyan". Apa itu Batu Meroyan? 


APA ITU BATU MEROYAN??

Kejadian meroyan adalah disebabkan - oleh KEKOSONGAN tempat anak tersebut tinggal sebelum dilahirkan DIPENUHI dengan ANGIN yang bercampur dengan GAS DARAH, yang akhirnya MENJADI KERAS di tempat tersebut, dan ianya dinamakan BATU MEROYAN.

Sedikit perkongsian lagi, berdasarkan kaedah tradisional - Batu meroyan boleh dikeluarkan atau dihancurkan dengan cara BERTUNGKU dengan menggunakan DAUN MENGKUDU DAUN GELENGGANG KECIL, yang dilakukan selama SATU ATAU DUA MINGGU DISAMPING BERURUT. sumber



merujuk kepada gambar di atas, bahagian serviks/cervix adalah dinamakan batu meroyan

Dan hasil google juga ada banyak jenis meroyan.

Jenis Meroyan

Meroyan Api 
Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit-jerit dan lupa. Kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis). 

Meroyan Kentung (Kertung) 
Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal. 

Meroyan Urat 
Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan". 

Meroyan Lendir 
Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut. 

Meroyan Tinggal 
Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri. 

Meroyan Bulu 
Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi. Adakalanya mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk. 

Meroyan Kulit- 
Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit. 

Kaedah Rawatan 

Bagi pendapat peribadi cik en 
Jalani masa berpantang dengan sebetulnya. seperti urutan, mandian dan sebagainya ini antara hasil google cik en pula 

Para ibu disyorkan mengamalkan perubatan herba dan rempah ratus khusus bagi rawatan semasa dalam pantang. Satu kajian yang dijalankan mendapati kandungan cekur dalam ubat herba bersalin mempunyai potensi untuk menghindari penyakit murung. Manakala satu kajian lagi tentang kunyit, mendapati herba tersebut mempunyai ciri antioksidan dan antibengkak. Secara tradisional halia, serai, jerangau dan rempah ratus diyakini mampu mengeluarkan sisa racun akibat pemakanan agar darah kembali bersih. Sesungguhnya gabungan bahan-bahan tersebut dapat membantu ibu-ibu mengelak daripada dihinggapi penyakit meroyan. Selain itu, ramuan ini dapat membantu membersihkan rahim daripada pengumpulan angin, lendir dan darah beracun daripada darah bantal yang tertinggal sekali gus dapat mempercepatkan pengecutan rahim, mengimbangi hormon, melegakan sakit urat saraf dan membantu melangsingkan badan sumber

Kebiasaannya masalah pos-natal blues ini tidak perlu dirawat kerana ia boleh pulih dengan sendiri selepas dua ke tiga minggu. Namun, jika didapati berada dalam keadaan tidak terkawal rawatan berbentuk ubat-ubatan diperlukan bagi mengimbangi hormon pesakit.Jika didapati keadaan semakin serius pesakit juga akan dirujuk kepada pakar psikiatri.

sumber apa apa rawatan tradisonal lebih baik bagi pendapat cik en. Herba herba asli lebih baik dari ubat ubatan 
p/s: walaupun cik en belum berumah tangga, tapi ini sebagai rujukan cik en bila sampai masanya 
6

Bacaan Wanita Sahaja : Gatal Di celah peha



(Entry Berulang)

salam sahabat cik en?

nampaknya makin banyak yang cik en nak update semenjak 2 menjak ni

masih dengan berkonsepkan masalah wanita

cik en nak share sedikit masalah wanita


Gatak di celah peha
1