Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: kesihatan

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Dehydarated or not? Check your PEE

Assalamualaikum semua
lagi seminggu lebih sikit untuk kita menyambut
Aldilfitri tahun ini.
tak x terlambat bagi cik en nak share ini.
Ini antara cara untuk kita tengok kita ini di golongan yang sihat atau tak.
Diharap dapat memberi info kepada kawan kawan 


p/s : tak sangka ada pelbagai warna 'pee' kita kan?
8

Pencuci kawasan intim wanita yang merbahaya


Pencuci kawasan intim wanita yang merbahaya | entry ini pun antara entry jawapan untuk pertanyaan kawan kawan blogger cikcik yui kita untuk kita memberi jenama produk pembersihan intim wanita akan menjadikan ia topik hangat



ada yang kata di sabotaj, ada yang kata letak pasir atas periuk nasi orang, cuma dari apa cik en pernah baca produk - produk yang menggunakan SLS atau nama penuhnya Sodium Lauryl Sulfate . Untuk sesiapa yang tidak pernah tahu ianya adalah salah satu penyebab kanser untuk jangka masa lama. SLS ini diletakkan dalam bahan kosmetik dan barangan harian kita adalah untuk menjadikan kosmetik terutama pencuci muka, pembersih vagina berbiuh..

Disebabkan sekarang kita kerap menggunakan pembersih wanita, kita dapat lihat penyakit serviks mesti ada dalam 1/10 wanita sekarang
memang ada bahan dalam pemberih vagina adalah manjakani dan sireh. memang baik tapi bila dicampurkan dengan SLS, benda ni menjadi bahaya, alhamdullah sekarang cik en akan tengok isi kandungan bahan kosmetik dan jika ada SLS cik en tidak akan membeli. Kalau terpaksa selalunya cik en akan jarang menggunakannya. Satu produk asli yang cik en pernah pakai dulu adalah FADARAJ yang original tiada SLS. sekarang tidak pasti sebab dah lama cik en tidak memakai
Allah menjadikan kita sebaik baiknya.

Difaraj dan vagina kita mempunyai bakteria baik yang akan membunuh bakteria jahat. cuma selalu menjaga kebersihan dan kering selalu, Penjagaan seluar dalam pun sama jangan nak pakai 2 3 kali. cukup sekali dan basuh tanpa membilasnya dengan pelembut kain. Itu aset seorang wanita, so pandai pandai lah menjaganyaitu pengetahuan korang, SLS ini digunakan dalam produk syampu, sabun dan bahan bahan yang terhasilnya buih. so be careful dalam pemilihan ye...

untuk menyakin korang yang SLS ni merbahaya boleh rujuk entry entry ini


p/s : pesan kepada semua wanita wanita yang kita kenal. diharap info ini dapat membantu .

6

Adakah saya Menopause


salam semua
apa khabar?
harap semua sihat sihat
entry ini dipostkan untuk menjawab soalan seorang blogger kita Nancy Dar yang mana pertanyaan nya melalui entry 



Dilema Wanita : Menopause atau Putus Haid



seperti biasa pertanyaan yang diajukan perlulah jawapan yang berfakta
dan cik en perlu research dan ada jawapan cik en merujuk kepada entry blog tertentu yang mana cik en akan sumberkan

bila dicerita mengenai menopause sebenarnya semua wanita akan mengalami dan dari hasil  pembacaan cik en wanita seawal 50 an akan mengalami. Mengikut keawalan kita datang haid
pada saudari Nancy Dar dia katakan dia berumur 36 tahun dan haid berkurangan
amat jarang la sebab 36 tahun adalah umur yang masih muda
antara faktor faktor mempengaruhi kedatangan haid adalah


  1. Tekanan/stress
  2. pemakanan
  3. Masalah berat badan (berlebihan dan kekurangan)
  4. Hormon prolaktine yang berlebihan yang menyebabkan haid tidak dapat keluar
  5. Penyusuan
  6. Masalah kelenjar Tiroid
  7. Perubatan
  8. Ubat pencegah hamilan
  9. Senaman yang berat
dan selalunya kita di Malaysia masalah utama adalah tekanan dan masalah berat badan

antara cara mengatasinya adalah seperti berikut

  1. Amalkan EPO . Boleh rujuk entry ini
  2. Amalkan pemakanan yang sihat. Ikutlah piramid pemakanan
  3. Kurangkan stress dengan memanjakan diri. Jika masa terlalu suntuk, lebihkan semasa mandi dan belilah sabun beraromaterapi atau sebelum tido nyalakan lilin aromaterapi.
  4. Elakkan ubatan yang anda rasa kurang sesuai untuk anda. Diingatkan bahawa ubat ubatan lelaki dan perempuan yang semakin menggila kadang kala kita tidak pasti keaslian dan mungkin juga membawa kesan buruk kepada kita
  5. Carilah pencuci vagina yang tiada LSL -LSL akan menyebabkan kanser untuk jangka masa yang lama.
  6. Gunalah pad atau tuala wanita yang beherba untuk membersihkan bahagian rahim kita 
  7. Buatlah temujanji dengan doktor untuk lebih lanjut.

p/s : ini khas untuk wanita yang bukan pregny ok? :)

Photobucket
8

Kepentingan Evening Primrose Oil (EPO)


 Kepentingan Evening Primrose Oil (EPO) 
salam semua
apa khabar?
sihat? ya cik en pun sihat.. masa yang terluang cik en update blog ini..
kalau dah bisa berhari hari tak log in
entry kali ini untuk info kesihatan 
kesihatan kali ini untuk wanita sahaja.. cik abg yang membaca boleh la diteruskan untuk ilmu, info dan pengetahuan untuk ibu, isteri atau anak perempuan abg2 ye

Kepentingan Evening Primrose Oil (EPO)





Evening Primrose Oil atau dipendekkan EPO ini mula cik en kenal bila cik en pergi ke watson dan tengok list suplement yang ada di situ. cik en sebenarnya teringin gak menambah suplement untuk badan cik en ni yang dah mencecah 26 tahun.
dah mula start amalkan pemakanan yang sihat dan makanan tambahan untuk hari tua.
oleh kerana masa itu tiada pembantu farmasi untuk cik en tanya cik en just ambik nama EPO dan search di internet untuk tahu kebaikannya.
walaupun di botol botol suplement ini ada diterangkan. tapi penerangan yang ringkas sahaja.
"baik untuk wanita"
hasil carian cik en, ya.. banyak kelebihan EPO ini
pengambilan pada umur 25 hingga ke atas amat baik untuk wanita
antara nya 
  1. Membantu mengawal atur kitaran haid. 
  2. Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut. 
  3. Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj. 
  4. Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit. 
  5. Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal. 
  6. Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah. 

ini adalah ringkasan kalau sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan EPO ini boleh rujuk disini
dan ada yang bertanyakan adakah EPO yang menggunakan softgel oil halal dan boleh dimakan
hampir setengah softgel menggunakan gelatin babi
dan setengah lagi kulit lembu dan tulang
jadi sebelum memberli tengok duluisi kandungannya
kalau ada yang menggunakan nama porcine. ia adalah babi.. kalau bovine adalah lembu.. porcine dan bovine adalah nama saintik dalam veterinar
10 produk yang dah sah sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah seperti berikut

1. EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL
JENAMA: HALAGEL
PENGILANG -HALAGEL PLANT (M) SDN BHD

2.EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL
JENAMA: DR. AISHAH SOLUTION
PENGILANG -AFDHAL SDN BHD

3. EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL
JENAMA: HPA
PENGILANG -HPA INDUSTRIES SDN. BHD.

4. GYNITA NATURECARE EVENING PRIMROSE OIL 500MG
JENAMA: GYNITA
PENGILANG -LONNIX (M) SDN BHD

5. GYNITA NATURECARE ORGANIC EVENING PRIMROSE OIL 1000MG
JENAMA: GYNITA
PENGILANG -LONNIX (M) SDN BHD

6. HOVID EVENING PRIMROSE OIL + VITAMIN E SOFT GELATIN CAPSULE
JENAMA: HOVID
PENGILANG -HOVID BERHAD

7. HOVID EVENING PRIMROSE OIL 1000MG SOFTGEL
JENAMA: HOVID
PENGILANG -HOVID BERHAD

8. HOVID EVENING PRIMROSE OIL 500MG SOFT GELATIN CAPSULE
JENAMA: HOVID
PENGILANG -HOVID BERHAD

9. NATURALLE EVENING PRIMROSE OIL PLUS OMEGA 3 FISH OIL SOFTGEL CAPSULE
JENAMA: NATURALLE
PENGILANG -CCM PHARMACEUTICALS SDN BHD

10. NATURALLE EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL CAPSULE
JENAMA: NATURALLE
PENGILANG -CCM PHARMACEUTICALS SDN BHD

so harap ini boleh dijadikan info untuk semua pembaca blog cik en
p/s : baru lepas beli NATURALLE Evening Primrose Oil 1000mg untuk adik di WATSON AEON Sri Manjung Perak berharga 5
RM50++ untuk 2 kotak. Dia ada masalah kedatangan haid tidak menentu. Harap ia dapat menyelesaikan masalahya. 
amin...


10

Boleh Tak Ubah Tabiat Korang tu?


Tajuk gempak je kan?
pe la cik en ni..
siapa cik en nak ubah kami ni..
uiks.. terpaksa la cik en pandang ke bawah
cik en cuma nak semua rakyat malaysia ini berubah mengenai satu benda.
PEMAKANAN


kita tengok sekarang pelbagai masalah bermula dari pemakanan
pagi pagi celik je mata
breakfast nasi LEMAK
tengah hari time lunch
nasi putih dengan ayam atau ikan masak LEMAK
Petang  time Tea Break
8

Dilema Wanita : Menopause atau Putus Haid

Dilema Wanita : Menopause atau Putus Haid | hari ini cik en terpanggil untuk buat entry ini sebab cik en tertengok cerita dilema wanita di OAS di Astro.. Jujur cik en cakap..cik en tak tahu mengenai Monopos ini dengan lebih mendalam.. Cukup saja cik en tahu sampai satu tahap semua wanita yang normal akan mengalami keadaan ini. disebabkan keadaan membuak buak(hehe) cik en nak kongsi sedikit mengenai proses monopos ini. hasil research cik en ni.. kita mengenali dulu apa erti monopos




Dalam bahasa melayu di panggil Monopos atau Putus Haid. Kalau dalam English dipanggil Menapause.

Monopos atau Putus haid adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita itu di mana dia berhenti mengeluarkan haidnya. Ia terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan telur. Selalunya ia terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes dimana ia berlaku secara tiba-tiba dan cepat.
Jangka waktu yang diambil untuk mengalami putus haid secara terus dipanggil perimenopause. Ia akan mempengaruhi hormon, tubuh badan dan perasaan. Satu lagi istilah yang diberi kepada jangka waktu yang diambil oleh seorang wanita semasa perubahan dari tahap kesuburan tinggi kepada ketidaksuburan ialah 'climateric'.
Semasa perimenopause, pengeluaran estrogen dari ovari semakin berkurangan dan perlahan. Ini menyebabkan paras hormon tidak stabil. Ketakstabilan paras hormon inilah yang menyebabkan beberapa perubahan tertentu dalam wanita yang putus haid. Masa selepas putus haid pula dipanggil postmenopause.
Terdapat juga kes dimana terdapatnya 'artificial menopause' iaitu putus haid yang berlaku secara bukan semulajadi.
Misalnya di dalam kes pembedahan pembuangan ovari yang rosak ataupun terpaksa dibuang oleh sebab terdapatnya ketumbuhan. Dalam kes seperti ini, putus haid berlaku dengan cepat dan tiba-tiba tanpa melalui proses perimenopause sumber


Tanda dan Simptom Putus Haid

Apabila seorang wanita menghampiri putus haid, kitar haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ianya terjadi terlalu kerap atau terlalu jarang. Selain itu, terdapat simptom-simptom lain yang akan turut berlaku iaitu:
  • Kesakitan sendi 
  • Susah untuk memfokus mengenai sesuatu perkara 
  • Sakit kepala 
  • ‘Hot flushes’ 
  • Tidak boleh tidur 
  • Perubahan mood 
  • Kekeringan bahagian vagina 
  • Peluh di waktu malam 
  • Simptom yang dikaitkan dengan simptom sebelum kedatangan haid 
  • Perpeluhan yang teruk 
  • Kencing yang kerap 
Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut.

Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut. Pengalaman seorang wanita yang mengalami menopause juga boleh dipengaruhi oleh perubahan persekitaran seperti:
  • Anak-anak meninggalkan rumah 
  • Perubahan domestik, sosial dan perhubungan personel 
  • Perceraian atau kematian suami 
  • Perubahan identiti dan imej badan 
  • Persaraan 
  • Peningkatan kerisauan mengenai penuaan dan kematian 
  • Kehilangan kawan, orang yang disayangi dan keselamatan kewangan 
  • Peningkatan tanggungjawab kepada ibubapa yang telah berumur 
  • Risau mengenai keperluan untuk berdikari, ketidakupayaan atau kesunyian 
  • Mempunyai cucu yang perlu dijaga 
Walauapapun penyebabnya, pengalaman-pengalaman seorang wanita sebelum dan selepas putus haid akan menjadi satu pengalaman yang pahit dalam hidupnya kerana kadang-kadang simptom-simptom yang hadir adalah agak serius. Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak pernah mengalami apa-apa simptom semasa dia putus haid.

Simptom-simptom yang berlaku untuk kes putus haid yang diakibatkan dari pembedahan adalah lebih cepat dan berlaku secara tiba-tiba. Ini kerana paras estrogen akan menurun dengan tiba-tiba dan cepat semasa putus haid yang diakibatkan dari pembedahan terutamanya simptom ‘hot flushes’ yang selalunya berlaku selama 30 saat sehingga 5 minit.

‘Hot flushes’ selalunya bermula dengan sensasi ‘tingling’ pada jari. Ini diikuti dengan peningkatan suhu yang cepat bermula dari darah ke muka dan jantung berdebar. ‘Hot flushes’ selalunya termasuk perpeluhan yang teruk sehingga boleh membasahkan katil di waktu malam.

Beberapa tips untuk mengurangkan ‘hot flushes’:
  • Cuba bersenam lebih kerap, mandi menggunakan air sejuk, mengurangkan tekanan dari persekitaran. 
  • Mengurangkan pengambilan teh, alkohol dan makanan yang pedas. 
  • Pakai pakaian yang nipis dan senang dibuka. 
  • Menyimpan diari mengenai kejadian ‘hot flushes’ dan faktor penyebab. 
Wanita yang mempunyai ‘hot flushes’ selalunya mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada wanita yang tidak mengalami ‘hot flushes’.

Kesan Jangkamasa Panjang Putus Haid

Selain kesan jangka pendek yang ditunjukkan oleh tanda tanda dan simptom,terdapat juga kesan jangka panjang yang disebabkan penurangan penghasilan estrogen ini seperti
  • Penyakit jantung koronari 
  • Osteoporosis 
  • Kegagalan dalam pembungan air kecil 
  • selain itu perubahan kulit, buah dada dan rambut. 

Rawatan dan Penyelesaian (selain suntikan estrogen)

Kebanyakan wanita menggunakan rawatan sampingan seperti rawatan tradisional untuk masalah putus haid mereka. Sesetengah rawatan ini memberikan kebaikan namun ada juga yang merbahaya. Sekiranya anda ingin menggunakan cara rawatan tradisional, pastikan orang yang menawarkan rawatan ini adalah seorang yang bertauliah. Beberapa kaedah rawatan lain yang boleh digunakan ialah :

a ) Rawatan Herba 
Teh herba atau ekstrak sediaan herba boleh digunakan untuk merawat simptom putus haid. Ia biasanya diberikan dengan mengambil kira nutrisi yang diambil. Sebagai contoh, pati rhizome daripada Black Cohosh iaitu sejenis pohon bunga kecil yang dijumpai di Amerika Utara dan didagangkan dengan nama produk Remifemin. Ianya boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan.

b ) Neuropati 
Pakar neuropati percaya kepada kebolehan badan untuk sembuh dengan sendiri. Perhatian diberikan kepada diet dan penurunan tabiat buruk yang boleh mengurangkan keharmonian semulajadi badan. Kadang-kala nutrisi tambahan akan mereka cadangkan.

c ) Akupuntur 
Prinsip asas akupuntur juga adalah berdasarkan keupayaan tubuh badan untuk sembuh dengan sendiri. Terdapat beberapa laluan tenaga di dalam tubuh badan yang juga diganggu dengan cara tertentu boleh mempengaruhi keseimbangan semulajadi badan. Pakar akupuntur menggunakan jarum untuk merawat proses terjadinya sesuatu penyakit.

d ) Homeopati 
Ramuan homeopati turut mementingkan keharmonian tubuh badan. Ramuan diberikan untuk menghasilkan simptom yang hampir sama seperti yang sedang berlaku pada tubuh badan. Ini adalah untuk mempengaruhi tubuh badan supaya menyimpan keharmonian semulajadinya dan menghalang terjadinya sesuatu penyakit.

e ) Refleksologi 
Pakar refleksologi percaya bahawa terdapat daya kehidupan yang mengalir menerusi sepuluh saluran di dalam badan bermula daripada ibu jari kaki. Tekanan yang dikenakan kepada kaki pada tempat-tempat yang berbeza akan meransang reflek yang mempengaruhi organ tertentu badan.

f ) Hipnoterapi 
Pakar hipnoterapi membantu mengurangkan tekanan dan kemurungan, membantu mengurangkan kebergantungan kepada alkohol dan merokok serta membantu mengawal simptom fizikal yang tidak mempunyai penyebab.

g ) Urut Urutan adalah satu rehat yang terbaik untuk tubuh badan anda. Ia mengurangkan tekanan serta menghilangkan kesakitan. Urutan juga meransang peredaran darah. 

sumber
11

Cara mandi yang lebih menyihatkan tubuh badan.


Kenapa ya kita perlu mandi setiap hari. Kalau anak kecil, tentu jawapannya. ”Mak suruh mandi. kalau tak nanti kena marah” . atau pun “Nanti pergi sekolah, cikgu tanya dah mandi belum…. malunya kalau cakap belum”. ha.ha.ha. Namun pernahkah anda terfikir manfaatnya kepada kesihatan anda. Di dalam Islam pun kita diwajibkan mandi wajib terutamnya bagi suami isteri selepas bersama. Tentunya ada manfaat disebaliknya

Salah satu manfaatnya ialah mengeluarkan haba dari tubuh kita. Haba ini, jika tidak dikeluarkan boleh merosakkan organ di dalam tubuh kita terutama otak. Haba ini boleh naik ke atas kebahagian kepala dan menjejaskan fungsi otak anda. Jika anda sukar tidur malam. Inilah salah satu sebabnya. Oleh itu, jangan lupa untuk mandi pada awal pagi dan sebelum maghrib. Kalau dapat mandi 3 kali sehari lagi baik.
5

petua kesihatan jangka panjang


PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

                                                                                        Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
0

FAKTA PASAL COCA COLA


0

2 TAHUN X CUCI MEKUP..KORG LEH UAT???

Namanya, Bae-Dal-mi. Seorang gadis berusia 20 tahun asal korea. "Saya ingin tampil
2

14 TANDA SESEORANG PANAJNG UMUR


Usia memang urusahan yang maha Menciptakan, tidak bisa ditebak kapan manusia akan mati. Akan tetapi ikhtiar agar bisa panjang usia tidak ada salahnya. Di abad 21 ini, perkiraan rata-rata manusia hidup paling lama adalah di kisaran usia 80 tahun. Sangat berbeda di masa lampau dimana rata-rata orang dapat bertahan hidup jauh lebih lama.

Bagaimana memperkirakan perhitungan dramatis ini? Pertumbuhan dalam bidang kesehatan, pendidikan, dan pencegahan serta perawatan sakit-penyakit padahal berada di urutan tertinggi.

Tetapi mungkin Anda tidak tahu bahwa apa yang tampaknya kebiasaan setiap hari yang tampaknya tidak penting, atau keadaan sekitar di masa lalu Anda, bisa mempengaruhi seberapa lama dan seberapa baik Anda hidup. Berikut, riset terbaru mengenai tanda-tanda Anda berusia panjang berdasarkan sains, ditambah tips bagaimana untuk tetap berada dalam jalur sehat yang benar. Berikut ringkasan seseorang memiliki harapan hidup yang tinggi:
0

MENCEGAH BAU BADAN

 
ni kali ini cik en kongsi 1 rahsia cik en wangi...hahahah...boleh percaya ker???hehehe.anywway ni y gcik en search kt tenet...jom kita ramai baca
Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan karena banyak hal.

4

air kencing diminum untuk........



salam 1 malaysia semua..
dh lama aku xpost entry ni smenjak last ari jumaat ri2..dh bpe hari yek???erm..jap aku kira yek4 hari kan...huhu
klu ni aku bawak lagi cete besh tapi yeks....x lalu kau nk uat...
korg tgk tajuk atas..
ni kisah btul..bukan aku nk propaganda jer..ni aku baca dlm buku INFINITI la...pe lagi...
korg tau nape dorg ni suka minum air kencing???
4

korang pernah minum arang?


gempak x tajuknya...mmg aku nk cete bab arang pun..bukan skdr gempak jer
Kalau cete bab arang ni.msti korg ingat cete nujum pak belalang.yg adegan belalang uat kopi dari arang…korg mesti kuar pakatan eyek! Kan?heheh…tp kt sni aku nk ceter mklumat yg mungkin ramai xtau yg arang paling baik untuk kesihatan disebbkan sumber mineralnya yg tinggi.Seawall tahun 1500 masihi lagi,masyarakat mesir menggunakan arang secara meluas..untuk penyembuh luka dan bersihkan usus.bersihkan usus????macamne 2…xkn kena minum…ya..mmg arang boleh diminum.pe rasanya???sbnrnya arang ni tidak punyai rasa, bau dan faktanya boleh mnyerap 60 prts gas beracun dlam tubuh kita…bila kita minum arang dlm bberapa jam dh leh tgk keberkesanaannya
Andai spe yg pernah pergi jepun, kt sne, arang telah dijadikan bahan minuman dan ada yg uat kek..selain 2 diproses gak untuk dijadikan bahan komestik.selain itu de gak uat perhiasan…
So manfaatkan lah arang..bukan hanya setakat bahan pembakaran sje..tp 2 la…klu aku Tanya soalan ni kt korg 
Sanggup x korg minum arang daripada makan ubat?
Pe jawapan korg..nk mkn ubat atau minum arang…walaupun arang 2 lagi baik dri ubat
kt bawah ni senarai kegunaan arang



KegunaanI-Arang


Sektor
Tujuan
Nisbah air
Cara aplikasi
Tanaman
Mencegah penyakit
1:200
Disembur/ disiram pada pokok

Menyuburkan tanah dan mengimbangi pH tanah
1:100
Disiram pada tanah sebelum mula menanam pokok
Lembu/ kambing
Menghindari  keracunan makanan dan sakit perut
1:200
Diberi sebagai air minum/ digaulkan dengan  makanan

Mengurangkan bau najis
1:50
Disemburkan kepada najis

Membasmi kuman
1:100
Disemburkan di sekitar kandang

Penyakit kurap/ kutu
1:50
Disapu pada kulit
Ayam pedaging
Membasmi kuman
1:100
Disemburkan di sekitar kandang

Mengurangkan bau najis
1:50
Disemburkan kepada najis
Ikan / udang
Memperbaiki mutu air/ menghindarkan penyakit
1:500
Dicampurkan kedalam kolam




Photobucket
3