Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: kelas makeup

Showing posts with label kelas makeup. Show all posts
Showing posts with label kelas makeup. Show all posts

kelas ke lapan(terakhir) - shading hidung-mancungkan hidung


Tips Shading Hidung

  1. Untuk memberi ilusi hidung tampak lebih kecil, sapu highlight yang berwarna cerah atau putih pada tengah2 tulang hidung. Ratakan sepanjang tulang hidung dengan kemas.
  2. Gunakan bedak asas yang lebih gelap drpd biasa untuk shading bahagian kanan yang menggapit warna cerah highlight. Ini akan memberi ilusi hidung lebih kecil
  3. Jika tiada highlight atau bedak asas berwarna gelap , gunakan sahaja pembayang mata yang berwarna cerah dan keputih-putihan sebagai highlight dan pembayang mata warna coklat untuk shading dan jangan terlalu gelap.
  4. Sapuan hendaklah diratakan dengan kemas sehingga ke pangkal kening.
  5. Lukis shading dengan berus dan ratakan dengan jari
  6. Di tengah batang hidung sapukan highlight.


p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni
4

kelas ke tujuh - celak,mascara dan gincu


Celak
  1. Pemakaian celak atas mata adalah penting bagi menampakkan mata yang lebih galak. 
  2. Apabila memakai celak dibawah mata, adalah digalakkan menyapu sedikit pembayang mata dengan menggunakan berus alis bagi mengelakkan celak tersebut bersememeh apabila berpeluh. 
  3. Celak putih bawah mata memang jarang digunakan, Jangan takut mencuba, celak putih ini jika dipakai akan menjadikan mata lebih galak.

Maskara

  1. Jangan teragak-agak menyapu maskara. Tangan yang tidak tetap hanya membuatkan sapuan maskara menjadi comot.
  2. Selepas mengoles maskara pada bulu mata atas jangan abaikan bulu mata bawah.
  3. Sapuan maskara pada bulu mata bawah akan menjadikan mata tampak galak dan terbuka.
  4. Apabila mahu memakai maskara pastikan berus maskara tidak bergumpal pekat .
  5. Lebih berkesan apabila sapuan maskara dilakukan dalam bentuk zig zag.

Gincu

Tip bergincu sempurna:

  1. Pastikan bibir tidak kering bersisik
  2. Jgn lupa lembabkan bibir dengan lip balm
  3. Jgn memakai lip balm terlalu tebal
  4. Lukis bibir menggunakan pensil bibir yang warnanya lebih terang daripada warna gincu
  5. Paling bagus gunakan berus untuk menyapu gincu pada bibir
  6. Sapuan menggunakan berus gincu menjamin gincu lebih tahan lama
  7. Jangan lupa sapuan gincu pada hujung bibir hendaklah lebih tebal. Bahagian ini amat mudah hilang gincunya.
  8. Penggunaan pengilat bibir (lip gloss) jadikan bibir tampak lebih segar dan menggairahkan.

Selain daripada bedak debu, penyamar noda atau cencealer juga boleh disapu pada bibir agar mendapat base yang sekata sebelum menyapu gincu.

p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni  
1

kelas ke enam - pembayang mata/eye shadow dan brush

Pembayang mata / Eye Shadow
Sebelum memakai pembayang mata, sapukan warna putih atau cream terlebih dahulu bagi mendapatkan warna yang lebih menyerlah dan cantik

Terdapat pelbagai cara dan teknik pemakaian pembayang mata seperti teknik smokey eyes dan socket.
Pakai pembayang mata mengikut bentuk kelopak mata. Teknik ini lebih tampak natural dan tidak berlebihan.
Rona cerah seperti hijau atau biru amat sesuai untuk wanita berkulit cerah manakala bagi yang berkulit gelap, jangan sesekali memilih rona berkenaan. Ia lebih menarik jika digantikan dengan warna oren atau keemasan
Bagi memastikan penampilan tidak kelihatan kekok di depan khalayak, solekan pada mata tidak perlu keterlaluan seperti menggunakan teknik smokey dan penggunaan satu warna pembayang mata saja sudah mencukupi

* Tips : Bagi anak mata yang besar dan sedikit menonjol, elakkan warna yang lebih menggalakkan mata.. pemakaian warna lebih creamy type spt pink, pastel, baby blue, soft purple digalakkan.. Selepas itu warna tadi  diblendkan dengan warna brown atau silver black.. eyeliner jgn berlebihan.. nnt nmpk garang

p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni

Photobucket
2

kelas ke lima - kening

Kening
Bagi membentuk kening yang cantik, kening mestilah di berus terlebih dahulu supaya kening kelihatan kemas dan teratur terutama sekali bagi yang mempunyai kening yang lebat. 
Bentukkan kening mengikut bentuk asalnya (jika mahu kelihatan natural). Gunakan berus kening (seperti berus mascara tetapi sedikit bengkok). Setelah kening disikat barulah dilukis menggunakan celak kening berwarna coklat. Jangan menggunakan warna hitam kerana muka anda akan nampak garang.
Tips :
A) Permulaan kening.

B) Puncak kening.
C) Hujung kening.
Puncak kening jgn terlalu bersegi, muka akan nampak     garang. Hujung kening perlu nipis. gunakan pensil kening coklat & grey jangan guna hitam. sapukan eyeshadow putih shimmer di tulang kening.
5

kelas ke empat-blusher

BLUSHER

Jenis dan warna kulit merupakan faktor penting yang perlu dilihat sebelum memilih pemerah pipi yang bersesuaian. Bagi wanita berkulit putih, penggunaan warna merah jambu atau warna senada akan menjadikan wajah lebih segar. Manakala warna seperti coklat muda, oren atau perang, sesuai untuk wanita berkulit sawo matang agar penampilan tampak lebih eksotik dan menarik.

Pemakaian blusher mestilah betul supaya blusher berknenaan tidak nampak seperti di cop atau setompok di muka. Blusher mestilah di blend dengan sekata utk nmpk letih serata dgn pipi.

Memilih warna blusher
Cerah : Merah jambu, coklat keemasan dan beige
Kuning langsat : Coklat dan tembaga
Hitam manis : Jingga lembut, apricot, pic, rona tanah
Gelap : Plum, coklat lembut, gangsa.
Teknik:
Mendatar – Memberikan kesan lebar pada wajah
Naik – Memeberikan kesan panjang pada wajah
Turun – Memberikan kesan tajam/runcing pada wajah
Kesilapan :
- Pemakaian foundation yang tidak sesuai dengan warna kulit.
- Blusher yang tidak diblend/disekatakan dengan betul.
- Eyeshadow yang tidak sekata.

p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni


Photobucket
2

kelas ketiga -penggunaan bedak



BEDAK : Sapuan Bedak

Pemakaian bedak merupakan aplikasi ajaib yang boleh merubah kondisi kulit wajah anda. Bedak haruslah disapu pada kulit wajah selepas pemakaian foundation. Bedak mampu menyerlahkan solekan anda dengan hasil yang lembut serta halus. Solekan pastinya akan melekap pada kulit muka untuk jangka masa yang lama jika bedak yang disapu pada wajah sesuai dangan kondisi kulit anda sendiri. Terdapat pelbagai jenis bedak (powder) dalam pasaran. Bedak terbahagi kepada beberapa jenis iaitu: Bedak Padat (Compact Powder) , Bedak Tabur ( Loose Powder) ,Bedak Muka (Pressed Powder). Pada kebiasaannya bedak compact dipilih sebagai penyudah selepas sapuan foundation. Bedak compact dianggap bedak yang padat serta mampu menahan solekan supaya ia kekal lama pada kulit wajah mereka. Penggunaan bedak tabur atau loose powder juga boleh digunakan selepas sapuan foundation bagi mencipta kesan liputan (coverage) yang lebih menyeluruh. Loose powder biasa datang dengan dua ciri iaitu matte dan sheer. Bedak muka atau Pressed powder pula lebih sesuai digunakan sebagai alat touch-up.

Memilih warna bedak adalah penting tetapi amat mudah. Warna yang dipilih haruslah menepati serta match dengan warna faoundation sebelumnya. Warna bedak yang menjurus pada tone Light yakni warna seperti porcelain, ivory dan beige sesuai pada mereka berkulit cerah manakala tona kulit yang cenderung kepada gelap harus memilih warna seperti warna almond dan golden. Pada kulit sawo matang, pilih sahaja warna medium seperti natural dan honey. mengeksperimentasikan penggunaan bedak ini secara personal bagi mendapatkan warna yang benar-benar tepat dengan solekan anda.

Bedak Padat/Debu/Dwi Cara
Selepas memakai bedak asas, sapukan pula muka dengan bedak jenis padat, debu atau dwi cara. Pilih mana2 yang sesuai dengan anda.
Bedak padat atau compact powder sesuai digunakan spjg hari bagi mengembalikan kesegaran wajah.
Bedak debu digunakan untuk menyempurnakan solekan asas. Menyerlahkan kelembutan pada wajah. Gunakan span debu bagi mendapatkan sapuan tipis dan rata.
Bedak dwi cara boleh digunakan dengan span kering dan lembab. Sapuan dengan span lembab lebih menyeluruh dan solekan lebih tahan lama berbanding sapuan kering.

p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni 
2

kelas kedua - penggunaan foundation


* Tempat2 utama utk disapukan foundation pada wajah dan tempat2 yg harus ditekankan


5

Jenis Jenis Kulit




Kenal pasti kulit

Lain orang lain kulitnya. Ada yang berminyak, ada yang kering, pori terbuka, kombinasi, sensitif juga yang normal.

Kulit Normal
Sangat beruntung! Kulit seperti ni biasanya lembut dan dengan lubang pori2 yang kecil. Kawasan yang kering sedikit biasanya daerah pipi tapi tak keterlaluan, Kadang-kadang mereka ada liang roma yang terbuka di kawasan T-zone (dahi, hidung, atas mulut) tapi biasanya, taklah ketara sangat. Muka biasanya tidak berminyak.

Kulit Kering
Kulit lebih terasa tegang selepas cuci. Kebiasaannya seluruh muka ada daerah yang mengelupas, kasar dan dehydrated. Liang roma tak nampak, kalau ketawa mmg senang nmpk garisan tepi bibir..

Kulit Berminyak
Kulit nampak berminyak lebih-lebih lagi kat kawasan T zone. Minyak yang sangat ketara dan kena selalu wipe.. Liang roma terbuka dan mudah berjerawat. Makeup akan hilang selepas 3 jam pakai! Aduh...

Kulit Kombinasi
Biasanya berminyak dan kadang-kadang kering. Biasanya berminyak di dahi, hidung dan dagu.. Kering di pipi.

Kulit Sensitif
Ada banyak jenis skin yang sensitif. Ada sensitif normal, sensitif kering, kombinasi atau pun sesitif berminyak. Kalau salah pilih produk, muka gatal, kemerah merahan atau pun naik jerawat. Ini biasanya berpunca dari beberapa faktor, contohnya cuaca, persekitaran yang kotor, pengambilan ubatan, diet yang kurang seimbang, hormon tak seimbang, allergi pada chemical dalam produk dan sebagainya.

p/s: Info Ini adalah dari jurumekap terbaik di Kuala Kangsar. Sesiapa yang berminat mendapatkan perkhidmatan makeup dan pelamin boleh klik fb dan Kerja Kahwin Kuala Kangsar
2