Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: kambing

Showing posts with label kambing. Show all posts
Showing posts with label kambing. Show all posts

Kambing Kena Puru Sehingga Luka Berulat


Kambing Kena Puru Sehingga Luka Berulat | Hari ini cik en nak kongsi satu lagi masalah yang selalu terjadi pada kambing. Baca entri ini dengan santai yerk. Janganlah serius macam nak ambil exam. Hahaha. Jika sebelum ini cik en kongsi masalah kembung pada kambing dan kongsi juga cara rawatannya. Kali ini, topik masalah puru atau Contagious ecthyma atau soremouth, pustular dermatitis, orf atau scabby mouth dan ianya kerap berlaku pada kambing. Ianya penyakit zoonotik (boleh berjangkit dengan manusia dan haiwan) yang mana ianya berpunca dari virus POX. Selalunya anak kambing yang kerap kena. 



Tanda tandanya dalam gambar ini tidak jelas sangat sebab kambing ini tak duduk diam. So cik en bagi gambaran sedikit. Tanda-tanda penyakit

  1. Terdapat gelembung yang mengandungi air pada bahagian mulut, gusi, bibir dan kulit kambing.
  2. Apabila gelembung ini pecah ianya akan menjadi keruping dan kadang kala merekah dan berdarah
  3. Selain itu terjadi juga di bahagian kaki terutama di celah-celah jari dan juga pada bahagian tetek ibu kambing



Ada 2 rawatan yang boleh dipraktikkan. Satu menggunakan ubatan veterinar dan satu lagi cara tradisional. Untuk menggunakan ubatan veterinar, sebaiknya panggillah pengawai veterinar daerah di tempat masing. Cuma cik en nak kongsi rawatan secara tradisional. Rawatannya seperti berikut :

  1. Asingkan kambing yang sihat dengan yang ada puru
  2. Puru perlu dipotong/dikikis sehingga tercabut. Kalau berdarah tiada masalah, lagi bagus.
  3. Boleh sapukan dengan iodin / kapur sireh /belerang / kabait atau minyak tanah. Untuk mulut disarankan letak iodin atau kapur sireh je tau. Kang letak belerang keracunan pula
  4. Buat sekerap yang boleh. 
  5. Kalau kering, boleh sapunya minyak masak tuk bagi pelembab gitu. 
  6. Kalau rasa tak baik baik, baiklah hubungi pengawai veterinar daerah berhampiran ye. 
Sebenarnya ada vaksin untuk puru ini. Namanya Vaksin CONTAGIOUS ECTHYMA . Cuma sepanjang cik en bekerja, cik en tak pernah jumpa atau gunakan lagi vaksin ini. Yang selalu guna pun ivermectin atau anthimoline. 



Untuk kes cik en yang ini, ada 2 kes sebenarnya. Satu masalah puru dan satu lagi luka berulat. Mungkin keadaan luka berdarah yang lama menarik minat lalat untuk menderma telur ulat. So untuk kes ini, cik en tengok, dibahagian tepi mulut kambing dipenuhi ulat dan daging mula membusuk. Mungkin faktor kebersihan juga menjadi punca luka berulat ini. 



So, apa lagi singsingkan lengan baju, ambil forsep terus cik en cabut satu persatu ulat. Bau? hurm.. cik en dah cukup lali. Ulatnya memang dah gemok gemok. So operasi dressing di jalankan. Selesai buang ulat, sapukan iodin dan ubat antibiotik. Pesan pada peternak, kena jaga luka kambing ini. Sambil itu, cik en ajar juga bagaimana nak rawat puru di peringkat awal dan langkah pertama kalau dah mula ada ulat. Jadi cik en minta peternak inform balik pada cik en dari masa ke semasa kalau keadaan semakin teruk. 

Berpeluh juga kes hari ini. Sebabnya buat di tengah panas dan biasalah kandang peternak. Kena lebih bersedia dalam apa jua keadaan kandang. Kalau nampak perlukan nasihat kebersihan, sememangnya cik en akan mula mengomel tanpa henti dengan peternak. Hahahah. Ok la. jumpa untuk next entry esok. 

p/s : entri ini untuk bacaan santai, kalau ada yang ingi bertanya lebih lanjut, bolehlah tanya cik en di facebook cik en ye. Insyallah cik en akan membantu
3

Kambing Itu Bukan Bunting Tapi…


Kambing Itu Bukan Bunting Tapi… | Ingat tak gambar yang cik en keluarkan di instagram dan facebook personal cik en? Kalau sesiapa yang tak pernah tahu instgram dan facebook cik en bolehlah add cik en ye di Facebook Eintan Nurfuzie dan Instagram Eintan Nurfuzie. Gambar yang cik en maksudkan adalah gambar di atas itu. Nampak macam bunting kan? Tapi malangnya bukan. Ramai kawan kawan FB dan IG cik en menjawab dengan jawapan yang lawak lawak aje. Tergelak gelak cik en baca. Antara jawapanya adalah 


Tapi itu bukan jawapan yag tepat. Rasanya ada 3 4 orang jawab betul. Kambing itu sebenarnya KEMBUNG. Bagi ternakan kambing, masalah kembung sememangnya menjadi salah satu punca kematian yang tinggi. Sebenarnya ada 1 faktor yang utama kenapa kambing tersebut kembung. Faktornya adalah MAKANAN. Makanan yang terlebih protein menyebabkan perut ruminan akan kembung. 

Tanda fizikalnya, perut akan membesar sebelah. Selalunya sebelah kiri. Kalau korang ada di tempat kejadian, boleh tepuk tepuk perut yang membesar itu, korang akan rasa macam angin. Kes akan menjadi teruk apabila, kambing tak boleh bangun langsung. Kalau tak dirawat cepat, kemungkinan besar kambing akan mati kerana lemas. So jangan main main tau kalau kembung ini. Boleh buat kematian. Rugi saja nanti.

Nak tahu, apa cik en buat untuk kes sebegini? Ada beberapa step mengikut keadaan kembung. Cik en akan listkan ye sebagai info baru kepada semua

Cara Pertama

Untuk cara awal, kita boleh gunakan ubat jenis cecair untuk diminum. Antara yang boleh digunakan adalah

a. Air Halia
b. Lemuju
c. D-Bloat 
d. Asam Jawa
e. Minyak Kelapa
f. Eno Halia
g. Air Bergas

Cara kedua

Stomach Tube. Korang boleh gunakan getah paip air yang kecil yang telah ditebuk sedikit dibahagian pangkal getah paip air tersebut. Kemudian dimasukkan melalui mulut secara perlahan lahan. Korang akan dengar bunyi angin keluar. Cuba masuk dan keluarkan berulang kali sehingga kambing mula selesa. TAPI pastikan kalau kambing terbatuk, cepat cepat keluarkan getah paip tersebut. Kemungkinan, getah paip tu termasuk di saluran peparu kambing.

Cik en dan rakan sekerja cik en menggunakan cara ini untuk kambing tersebut



Cara Ketiga

yang ni korang kena guna Trocha and Canulla untuk menebuk dibahagian perut yang kembung untuk dikeluarkan angin. Tapi jangan buat sebarang, kena dapatkan khidmat daripada veterinary di daerah masing masing.

Cara Keempat dan terakhir

Pisaumycin. Hahahah.. maknanya disembelih.

So, harap bila korang baca entri ini, korang akan tahu apabila berhadapan dengan kes sebegini. Ada la sedikit ilmu kan?
6

Mustakimah Kambing Berbaju dan Headband Pink


Mustakimah Kambing Berbaju dan Headband Pink | Haiwan kesayangan berbeza dengan haiwan ternakan. Haiwan kesayangan membawa maksud haiwan yang dipelihara di dalam rumah kediaman dengan penuh kasih sayang. Selalunya haiwan yang paling banyak menjadi haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing. Ada juga haiwan lain seperti arnab, hamster, sugar glider tapi selalunya jarang boleh dipeluk dan dicium ganas ganas. Hahaha. Haiwan ternakan pula adalah haiwan yang dipelihara untuk mendapatkan hasil seperti kambing, lembu, bebiri, kerbau, ayam, burung putuh dan haiwan lain lain yang mendatangkan hasil. 

Tapi kes cik en pagi tadi, haiwan ternakan dijadikan haiwan kesayangan. Dimandi, dipeluk, dicium, diajak tidur skali, dipakaibaju dan juga reben di kepala. Inilah dibuat oleh makcik Halijah. Menjadikan kambing sebagai haiwan kesayangan yang dijaga macam anak dia sendiri. Sempat la cik en berselfie dan rakam video tadi.  


Mustakimah ini memang tak duduk diam. Nak selfie je dia kelam kabut nak terkam telefon. Jadi banyak gambar bergoyang goyang





Cik en cuma berikan suntikan multivitamin saja untuk naikkan selera makan Mustakimah ini. Selesai suntikan dia marah sangat. Mengembek kuat. Dibawah ini muka merajuk dia. 


Tuan dia rajin  pulak memujuk. Hahaha.  


Hahaha. Ini antara ragam pelanggan yang datang ke klinik cik en. Memang senang terhibur kalau dapat pelanggan yang gila gila macam makcik ini. And last cik en nak kongsi sikit gelagat mustakimah .

12