Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: kad raya

Showing posts with label kad raya. Show all posts
Showing posts with label kad raya. Show all posts

Koleksi Poskad Raya Animasi Pos Laju dan Kad Raya Eintan Nurfuzie 2017

Koleksi Poskad Raya Animasi Pos Laju dan Kad Raya Eintan Nurfuzie 2017 | Sepatutnya cik en update awal Koleksi Poskad Raya Animasi Pos Laju dan Kad Raya cik en tahun ini. Tapi kekangan masa buat cik en tak sempat nak keluarkan sebelum raya. Istimewanya tahun ini cik en teruja gila dapat Poskad Raya Animasi dari Pos Laju oleh kawan kawan blogger cik en. Jakun la sekajap sebabnya cik en suka animasi ini. 


Cik en teruja nak story pasal poskad animasi ini. Poskad Raya Animasi ini dikatakan ada 4 animasi berbeza tapi cik en dapat 3 dari 4 tu. Kira dah jadi koleksi la kan? So korang guna aplikasi AR Postcard yang boleh download dari Play Store atau Apple Store. Mesti korang yang nak tau sangat apa animasi tu kan? Ianya ada animasi kartun bergerak dan suara serta lagu. Cik en ada buat satu video yang mana korang boleh tengok di Koleksi Poskad Raya Animasi Pos Laju. Lani cik en nak tunjuk la kesemua koleksi poskad ini. 

Dari Lyana Ishak

Dari Haida Eyda

Dari Bonde Zaidalifah

Comel comel kan? Jadi budak budak la kejap main animasi ini. Terima kasih pada kawan kawan cik en. Memahami keterujaan cik en untuk dapatkan poskad animasi ini. Tapi cik en takkan lupakan pada kad raya yang kawan blogger cik en bagi ini. 

Dari Shida Radzuan
Dari Ex Partner Smule
Lyana Ishak bagi Poskad Animasi dan Kad Raya
Bagi cik en pula cik en buat juga kad raya untuk semua kawan kawan cik en tahun ini. Tapi ada sedikit perbezaan sebabnya tahun ini cik en tak buat sendiri tapi tempah pada Shida Radzuan. Sebabnya cik en sedikit sibuk dna ink printer tak ok lagi. So nak tengok kad raya cik en?


Comel tak? hahahah. Anyway bulat muka cik en. Terima kasih yang bagi alamat untuk cik en pos. Kali ini cik en hantar lebih kurang 52 keping kad raya di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Ntah sampai ntah tidak. Harap semuanya selamat sampai. Koleksi Kad Raya Eintan Nurfuzie 2016
8

Koleksi Kad Raya 2016 Untuk Eintan Nurfuzie


Koleksi Kad Raya 2016 Untuk Eintan Nurfuzie  | Berakhirnya Ramadan dan cik en mula rindukan Ramadan walaupun baru 6 hari di bulan Syawal. Mood berblog pun masih ke "laut". Jadi warming up dengan koleksi kad raya untuk tahun 2016. Alhamdullilah, cik en sendiri dah pos hampir 30 keping kad raya kepada rakan blogger, rakan facebook dan saudara mara cik en. Sebenarnya ini tahun ke 4 cik en bagi kad raya. Setiap tahun cik en akan beri kad raya untuk sesiapa yang sudi menerima. Dan tahun ini ada yang tidak dapat sebabnya komputer di hantar ke wad untuk dibaiki.

Terima kasih yang sudi memberi kad raya pada cik en dan cik en akan buat koleksi peribadi nanti. Nak beli buku album dan buat sebagai kenangan. Dah siap cik en akan share album itu ye. Dibawah ini semua koleksi cik en dan boleh klik kad untuk terjah blog/instagram 







Terima kasih daun keladi pada semua. Tahun depan bagi lagi ye.. Cukup untuk entri kali ini. Harap cik en dah mula semangat untuk menaip entri entri selepas ini. 
6