Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: isu semasa

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Hakim Facebook


Biar gambar berbicara
Realiti kini
2

Hentikan Fitnah Terhadap Kucing

Itulah tajuk utama yang cik en tengok taktala mengscrool fb cik en pagi ini


sekarang ini, bukan manusia sahaja di fitnah, tapi kucing yang comel itu pun di fitnah.. untuk mendapatkan keuntungan. Tajuk yang menarik menyebabkan berlaku salah faham dan akhirnya mengakibatkan FITNAH
Sebagai seorang vet yang mana sentiasa akan dicakar dan digigit oleh haiwan haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing, tak dinafikan yang cakaran kucing boleh membawa maut jika kucing itu sebesar harimau yang mencakar cakar dan merobek robek badan kita.
Dari Psikologi selama 4 tahun dalam bidang veterinar, haiwan agresif selalunya terasa diri dia terancam dan mahu melindungi diri sendiri.
Cik en yang seorang vet, selalu dicakar dan digigit oleh kucing sampai demam teruk. 
Bak kata orang, takutkan kucing dengan cakarnya, takutkan anjing dengan gigitannya
sebenarnya bukan kata orang, ini kata cik en sendiri.
Berhati hati dengan gigitan anjing kerana air liur mereka mempunyai bakteria yang mana telah disedia maklum oleh masyarakat beragama Islam.
Kucing pula suka mengali lubang, memanjat dan banyak menggunakan tangan dan kuku. Mungkin ada jangkitan bakteria di kuku dan boleh terkena kita apabila kucing bermain main atau bahasa mudah "bergurau kasar" dengan kita.
Berbalik kepada artikel Berita Metro Online itu, sebenarnya adik berusia 5 tahun dicakar oleh kucing dan masuk ke bilik air untuk membersihkan luka, tapi adik itu TERJATUH. Jadi, disebabkan cakar kucing, adik itu terjatuh.
Jadi.. STOP la, tajuk yang boleh mengundang Fitnah  ni.
DUNIA AKHIR ZAMAN ADALAH DUNIA FITNAH
walaupun ia sebenarnya strategi pemasaran.

p/s: AL fatihah untuk arwah adik Nur Damia Amani Mohd Azam
3

Confirm MH370

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Mengumumkan perkara itu kira-kira jam 2 pagi ini, Najib menyatakan siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya. "Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit.
3

Dunia Penuh Dengan Fitnah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua
kali ini cik en rasa terpanggil dengan isu isu sekarang ni.
pelbagai fitnah dan salah faham..
buat cik en teringat antara salah satu tanda kiamat adalah Fitnah di Mana mana
Allahuakbar!
itu sahaja yang cik en boleh ucapkan..
Benda yang belum dasahkan dan diviralkan di laman sosial.. seperti facebook, blog, whatsup dan wechat
Apa nak jadi pada kita?
Sesuatu yang telah diviralkan menjadikan satu medan cacian, makian sumpah seranah dll di bahagian komen
menjadi keyboard worrier bak kata orang
sedangkan siapa kita nak menghukum, memaki dan mencaci. Adakah yang diviralkan benar atau agenda dalam merealisasikan ketidakpuasan.
Cik en mengambil contoh kes yang terhangat.
kes myvi yang menyebabkan kematian 3 sekeluarga. dan b
paling sedih bayi yang masih kecil.. bila hangat di media sosial, rata rata komen yang diberi agak memalukan dan tak manis dibaca. inikah budi bahasa kita.
tak kiralah lelaki, perempuan, tua dan muda masing masing meluahkan kemarahan dengan makian.. 
Nahuzubillah.. 
satu lagi kes yang menimpa sahabat cik en 
3

Good Job DS Hishammudin Hussein


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
gambar diatas adalah gambar dari page FB Frinds Of Barisan Nasional
Disini bukan cik en nak bercerita mengenai politik atau yang berkaitan dengannya
tapi kesungguhan DS Hishamuddin Hussein dalam menangani kehilangan MH370
antara menteri paling sibuk untuk 2 tahun berturut-turut
tahun lepas kes di Lahad Dato dan tahun ini perihal MH370 ini
walaupun pelbagai komen positif dan NEGATIF mengenai statement ini, cik en memang tabik spring kepada DS. Disaat orang lain mencemuh kerajaan, menyalahkan kerajaan, menjadikan kes MH370 agenda politik masing masing, DS tetap tidak putus asa dalam menyelesaikan kes ini
kata kata yang cik en dapat berikan ialah

kepada DS,
 saya cik en merupakan rakyat malaysia berbangsa melayu dan beragama Islam amat berbangga dengan krebiliti DS dalam menangani isu MH370
Persetankan cakap cakap mereka
yang penting tanggungjawab dan amanat yang telah diberi DS jalankan dengan ikhlas dan tabah
Kes yang paling rumit dalam sejarah Malaysia dan x salah cik en katakan sejarah dunia dalam jangka masa yang agak panjang
Pada saat ini, tanggungjawab kepada keluarga dijadikan kepentingan ke 2 bagi DS.
Diharap keluarga DS terutama isteri DS tabah dan memahami situasi DS dan dapat memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dan cik en sebagai rakyat yang mempunyai perasaan kemanusian akan menyokong penuh DS
diharap segala misteri dapat diungkai dengan izin-NYA
Ya Allah, Kau permudahkan segala usaha hamba hambamu ini... AMIINN

p/s : MengenangMH370
Photobucket
3

Adab Di Masjid


Salam semua
entry ini antara draf dalam list cik en
hanya menaipkan tajuk dan hari ini masa sesuai untuk cik en membahas adab di Masjid
entry ini bukan lah menghina atau mengutuk sesiapa hanyalah teguran dari hamba Allah yang mempunyai pengalaman sebelum ini
entry ini dapat idea dari salah satu pengalaman cik en menghadiri majlis agama sempena Maulidurrasul
Semenjak kecil cik en dah didedahkan dengan suasana masjid.
Ibu dan Ayah Saudara cik en yang banyak memngajar cik en
semenjak cik en berusia 7 tahun bersamaan tahun 1, cik e ditempatkan di sekolah kebangsaan Bintong Perlis
pada masa ini, universiti yang pemes di sana belum wujud lagi, Ibu saudara cik en yang cik en panggil mak we` adalah pengajar Al-Quran dan Mukaddam di masjid di Kampung Wang Ulu
Setiap hari kami akan berjemaah maghrib, membaca Al-Quran dan isyak.
jadi cik en belajar dari pengalaman
Bila dan meninggalkan Perlis dan berpindah, amalam cik en ke Masjid mulai berkurang dan seterusnya tidak bertandang ke rumah Allah
Penghijrahan cik en telah membawa cik en kembali bertandang ke Rumah Allah
Cik en bukannya nak berlagak pandai tapi ini antara yang cik pelajari dulu
Majlis Agama cik en hadiri tidak lama dulu telah menyebabkan hati cik en sedih.
kerana ada yang tidak menghormati majlis agama yang di anjurkan
Ada yang bercakap semasa penceramah bercerita, ada yang menluahkan perasaan BOSAN dan MENGANTUK sambil menGUAP dengan kuat, Ada yang tidur, ada yang bergosip, ada yang bermain telefon dan majlis tersebut macam majlis biasa biasa
ASTAFIRUALLAH sahaja yang mampu cik en ungkapkan
Ada juga penceramah yang mencampur adukkan masalah politik dalam ceramahnya
itu satu bab, ada satu bab yang cik en kesalkan
semasa solat berjemaah, saf tidak diisi dengan rapat dengan alasan nanti bersempit sempit.
Anda tahu tak, dalam kubur lagi sempit. ini semasa solat pun itu adalah satu masalah






Cik en masih dalam proses belajar dan diharap entry ini dapat cik en luahkan kekecewaan cik en, nak ditegur orang tua, tak ditegur rasa bersalah
apa perlu cik en lakukan dan ini antara pilihan yang cik en dapat lakukan

p/s : peringatan untuk diri sendiri juga


Photobucket
4

Bila Aku Kata " Aku Nak Berubah"

facebook

assalamualaikum semua!
semenjak 2 menjak dan 3 menjak ni, cik en menjadi kaki like yang tegar di facebook
ikut kepada masa yang terluang cik en akan like mana mana post dan pic yang menarik bagi cik en
tapi cik en amat tertarik dengan pic atas tu
korang dah baca? atau penah tengok pic tu?
korang hayati dan apa yang di katakan memang benar,
bila kita kata kita nak berubah
tak semestinya diri kita perfect..
kadang kdang kita still terlupa, terleka..
tapi orang sekarang akan judge yang bukan bukan
sepatutnya bila berlaku hal hal yang tak sepatutnya kita lakukan
orang sekeliling kita, kawan kawan, famili dan adik beradik harus nasihatkan, tunjuk ajarkan dan menegur dengan cara yang sepatutnya,
bukan di kecam, dikata dan di umpat
korang setuju tak apa yang cik en nak sampaikan ni?
8

Siapa Lee Min Hu, Pengadil Berat Sebelah Malaysia vs Thailand


Fadhli Shas dibuang padang, Malaysia melawan 12 orang termasuk pengadil. Inilah orangnya (gambar atas) yang menjadi punca kekalahan Malaysia. Namanya adalah Lee Min Hu, pengadil dari Korea yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2
005.

Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 game dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap game. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.

Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa, mengapa masih biarkan pengadil tersebut adili kejohanan AFF Suzuki pula?
4

Bulan November Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia



Mulai tahun 2012, bulan November akan diisytiharkan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia untuk memberi keutamaan kepada perspektif keluarga dalam pembangunan sosio-ekonomi negara. Bagi syarikat swasta yang menganjurkan Hari Keluarga untuk pekerja-pekerja mereka, rebat atau potongan 100% dibenarkan bagi semua perbelanjaan keraian.

sumber

Photobucket
1

Tragedi darah manis di Kuala Kangsar Perak


salam semua follower cik en
saper saper yang d ebaca akhbar harini..terutama sinar..
korang mesti de baca artikel ini...
cik en x braper kenal...tp arwah merupakan kawan abah cik en..sama sama kita sedekahkan alfatihah terhadap arwah...
4

Duit RM20 akan dikeluarkan balik oleh BNM

salam semua follower cik en...
pasni boleh la korang pakai balik duit RM20..
ingat dulu masa kecik kecik, cik en sempat la nak tengok duit RM20 ni..
warna coklat lagi...
sekarang dah ditukar kaler jadi kuning
huhu..
ni pic duit lama
0

Sekolah Memandu Di Taliban



0

DR ROHANI - tertangkapnya 4 suspek


salam semua follower cik en
kali ini cik en nak kongsi mengenai pembunuhan timbalan pengarah cik en iaitu dr rohani kasim..
seperti sedia maklum, sebelum ini di entry ini cik en dah menceritakan mengenai pembunuhan arwah.. rakan sejawat cik en anis pun ada post enty yang berkaitan dengan arwah..dimana anis telah berjumpa dengan adik arwah di HQ semasa pergi mengikuti mesyuarat yang mana arwah perlu hadir dalam mesyuarat itu...entry itu disini
pertama sekali kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah semoga aman dia di sana
hari ini cik en mengikuti perkembangan pembunuhan arwah, dan dikhabarkan 4 suspek dah ditangkap untuk disoal siasat..laporan disini 
1

14 TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5

setem upin ipin


Koleksi setem khas Upin dan Ipin 'Traditional past time games with Upin & Ipin and friends' keluaran Pos Malaysia diiktiraf sebagai antara koleksi setem terbaik dunia bagi tahun 2010.Pihak yang bertanggungjawab membuat pengiktirafan tersebut ialah stampnews.com, sebuah gerbang web bebas yang mengemaskini koleksi setem dari seluruh pelusuk dunia.Koleksi setem Upin & Ipin tersebut berada di tangga kedua dalam kategori 'Most touching stamps' setelah seri dengan setem 'Teddy Bear' terbitan German Post.Pengiktirafan ini secara tidak langsung turut menaikkan martabat negara dan Pos Malaysia di mata dunia dengan usaha-usaha mencipta dan menerbitkan koleksi setem yang unik dan luar biasa yang mewakili imej dan jati diri Malaysia
0

perbezaan budak dulu dan sekarang..anda stuju?

Masa berlalu, sekarang dah 2011, tak lama lagi 2012 pula tanpa kita sedari..Macam-macam dah berubah termasuk la remaja dari semua segi. Cuba korang bayang apa korang buat masa umur 15 tahun dulu. Ingat cuba korang fikir apa bezanya dengan mereka yang berumur 15 tahun sekarang...dapat? Kalo x dapat, mari kita tengok bawah ni..Ada benar juga lukisan orang ni...:-)
1

Kesian, Wanita Ini Terpaksa Kecilkan Payudara Kerana Bosan Diraba

Seorang wanita di Britain, Gemma Westmoreland menjalani pembedahan untuk mengecilkan payu dara besarnya bersaiz 34J kerana bosan diraba oleh lelaki dan wanita nakal.


Wanita berusia 26 tahun setinggi 1.5 meter itu berkata, dia bukan sahaja menjadi tumpuan ketika berada di tempat awam malah, ada lelaki dan wanita meraba dadanya kerana menyangka payu daranya tidak asli.

"Orang ramai menyangka hanya kerana payu dara saya amat besar, mereka bebas untuk merabanya," tambah wanita itu.

Gemma sebelum dibedah

Selepas menjalani pembedahan mengecilkan payu dara selama tiga jam di sebuah hospital kerajaan di sini beberapa bulan lalu, saiz payu dara Westmoreland kini berkurangan separuh daripada saiz asalnya.

"Pakar-pakar bedah saya hebat, saya lega kerana menjalani pembedahan ini," ujarnya.

Photobucket
0

Kucing Menjadi Ibu Kepada 30 Anak Ayam!!


HEILONGJIANG - Seekor kucing bernama Niu niu menjadi ibu angkat kepada 30 anak ayam yang baru lahir. Kelakuan kucing itu amat mengejutkan pemiliknya.

Lao, seorang petani berasal dari Heilongjiang, China, pada  awalnya khuatir ketika pertama kali melihat kucingnya, Niu Niu, selalu berdekatan dengan ayam-ayamnya.

"Saya datang ke rumah dan menemui Niu Niu berada di kandang anak ayam. Pada saat itu saya khauatir Niu Niu akan memakannya," katanya,
0

kisah lebuhraya karak


KISAH KARAK.....   Sebenarnya Karak ada dua jalan,satu jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak(baru) Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu,pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu…Mana tidaknya seingat aku hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak.. Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak. Langsuir Budak Sekolah (merayau-rayau) Wanita Tua Bas Lama Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada) Perempuan Bawa Anak (batu nisan) Pontianak Hantu Pocong Hantu yang Makan orang (Paling popular) Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).     MAKA TERSEBUTLAH KISAH…. Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni…dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..
8

Belanda haram sembelih ikut cara Islam





THE HAGUE 23 Jun – Ahli-ahli Parlimen Belanda sudah bersiap sedia
untuk meluluskan rang undang-undang bagi mengharamkan penyembelihan
haiwan cara Islam dan Yahudi.

Bagaimanapun dalam kompromi saat-saat akhir semalam, anggota dewan
bersetuju membuat pindaan bagi mengecualikan pertubuhan-pertubuhan
agama daripada pengharaman itu, jika mereka dapat membuktikan kaedah
penyembelihan mereka tanpa menggunakan kejutan elektrik, tidak
menyebabkan kesakitan tambahan.
0