Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: isu semasa

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Isu Kucing Savannah Dato' Aliff Syukri

Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri | Panas sekejap kat media social apabila Dato Aliff Syukri nak melepaskan 2 ekor kucing berbaka Savannah kerana tidak mampu untuk menjinakkan walaupun dah cuba selama beberapa tahun (rasanya la). Dan cik en sendiri ada tengok kawan sekerja cik en di Putrajaya dan dikhabarkan Jabatan Perhilitan juga ke rumah Dato Aliff Syukri untuk memberi khidmat nasihat. So sebagai blogger yang mempunyai niche veterinary dan kucing ini, cik en terpanggil nak beri sedikit pendapat peribadi dari pengalaman cik en sendiri. Ini tiada kaitan dengan Jabatan cik en tau. Dan entri ini bukanya mengecam sesiapa termasuklah Dato sendiri. Ini sebabnya Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri perlu jadi pengajaran kepada sesiapa yang tidak pernah ada pengalaman membela kucing tapi nak bela kucing pure breed dan sesiapa yang demand untuk membela kucing berbaka sahaja dan tolak tawaran untuk menbela kucing jalanan.



Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri 


Cik en pegang konsep wild is wild and tame is tame. Bukan saja kucing berbaka Savannah, kucing hutan juga adalah kucing liar yang mana habitat asal mereka adalah liar. Walaupun ada yang kata, kalau dibela dari kecil yang liar boleh jadi jinak. Ianya bukan senang tau? Walaupun korang nampak di luar negara, ada penjaga singa boleh berpeluk peluk dengan singa ianya bukan mudah bagi penjaga singa itu nak sampai tahap sebegitu. Dan ianya tetap liar dan mereka akhirnya melepaskan singa itu di habitat asal singa itu balik bersama singa singa yang lain. Sesekali saja pun penjaga singa itu datang semula selepas itu. Dan semestinya macam kita menerima tetamu, semestinya ianya excited dan rindu. Apa yang divideokan hanya beberapa minit saja tapi kalau korang tengok dari awal semestinya macam macam penjaga singa itu tempuhi. 

Back balik pada Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri tu, cik en sendiri mengikuti kisah Dodi melalui Instagram. Dan cik en sendiri tak nak komen apa apa pun video dalam instagram itu. Cuma cik en nak kongsi sedikit ye, kucing ini ada 2 jenis. Ada yang manja dan sesuai dibela dan ada yang liar dan sangat tak sesuai dibela. Dan kucing yang manja pun, kalau diperlakukan teruk seperti memukul, mengejar, atau yang lain lain, semestinya kucing yang manja pun akan bertukar jadi agresif dan garang (ini bukan mention pad Dato tau, just contoh je). Kucing tidak mempunyai akal tapi mereka mempunyai perasaan. Perasaan terancam dan takut akan buat mereka bertindak di luar habit dorang. Seperti manusia juga, mereka perlu di belai, kalau nak angkat kucing pun perlulah dengan cara yang betul untuk elakkan mereka rasa sakit, memakai kolar pun perlulah longgar dan ringan dan lain lain la. Kalau korang sendiri, orang rentap tangan korang, mesti korang marah kan? Begitu juga dengan kucing atau haiwan lain. 

Kalau betul betul nak jinakkan kucing atau haiwan liar ini, perlulah bela dari kecil lagi dan tahu macamana untuk menjinakkan atau pendek kata pengalaman. Tapi macam mana pun, bila kucing itu besar, ianya akan back balik pada habit dia. Contoh ye pure kucing hutan. Kehidupannya liar dan makan daging. Kita bela dan bagi makan dry food seperti whiskes, friskies dan lain lain. Mungkin sebulan dua kucing akan ok, tapi lama lama kucing akan lemah sebabnya habit mereka makan daging mentah. Dan sampai satu tahap mereka akan mati. Selain itu, bila mereka sampai masa biang atau mengawan, mereka bukan boleh control control nafsu macam manusia. Mereka tetap nak mengawan dan masa ini mereka akan bertindak agresif. Mungkin kita pemilik mereka yang mereka dah peluk dan bermain pun mereka boleh terkam. Ada juga yang cuba kurungkan untuk elakkan mereka mengawan tapi lama lama mereka akan mati. “mati merangan” kata orang lama. Nak mandulkan? Tak boleh tau, sebabnya pure breed tidak boleh dimandulkan. Dan juga satu lagi fakta, TIADA LESEN BAGI KUCING HUTAN. Kalau ditangkap, kucing dirampas ye.. 

Selain itu, cik en nak kongsi sedikit pengalaman mengenai kucing jenis Persian yang banyak dibela di Malaysia. Tempat asal Persian adalah di tempat yang sejuk. Sesuai dengan bulu yang tebal untuk elakkan kesejukan. Tapi bila di bawa ke Malaysia yang suhunya ada musim tengkujuh dan kemarau, agak tidak sesuai. Lagi lagi musim kemarau, kesian kucing itu kepanasan kan? Kalau nak pun, korang kena sediakan bilik ber aircond pada dia. Begitu juga kucing Sphynx yang tidak berbulu hidup di Mesir. Dibawa ke Malaysia, masa musim kemarau kucing itu ok la, kalau tengkujuh, kesian kucing itu kesejukan. Perlu pula korang carikan baju tebal saiz kucing. Semua nya melibatkan kos. Sedangkan kita nak kucing ini temani dan sayang kita. Kalau kos baju dan aircond itu dibeli makanan yang berkualiti kan lagi bagus. Ataupun diberi pada stray cat di luar.

So bagi cik en la, hargailah kucing kucing yang ada disekeliling kita ini. Kalau korang nampak la pahala yang keluar selepas beri makanan dan bantuan pada kucing jalanan atau stray cat ini, confirm korang berebut nak buat. Kesimpulan kes Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri ini, cik en rasa, biarlah dato sendiri buat keputusan yang tepat setelah diberi nasihat dan pandangan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perhilitan. Sebabnya pengalaman itu penting untuk buat kita berjaya. Mungkin cik en tak ada pengalaman berniaga macam Dato dan susah untuk cik en sekrang ini nak berjaya dalam perniagaan. Begitu juga Dato mungkin tiada pengalaman mengenai kucing Savannah ini. Sebab itu sekarang ini Dato tak boleh jinakkan Dodi dan isterinya. Tapi dengan khidmat nasihat yang ada mungkin Dato boleh buat sesuatu yang lebih baik untuk diri Dato dengan kucing Dato

Ha, tiada kecaman kan dalam entri ini kan? Just pendapat cik en sahaja melalui pengalaman cik en. Ok la. Jumpe next entri semua.
10

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu


#PrayForHSA | Terkejut juga cik en baca pagi tadi mengenai kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu. Banyak khabar angin yang ada yang meninggal dunia. Mangsa terdiri daripada pesakit di wad Kecemasan dan ICU dan kakitangan hospital. Dikatakan berlaku litar pintas sehingga terjadi kebakaran. Bomba mendapat panggilan pada jam lebih kurang 8.45 pagi. Apa apa pun kita doakan yang terbaik dan semuanya selamat. Jangan percaya sangat khabar angin. Tunggu kenyataan rasmi. Elakkan daripada menyebarkan berita tidak sahih. Alfatihah

5

Pinggiran Syurga Nyanyian Wan Imir Buat Arwah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar


Lagu dan Lirik Pinggiran Syurga Nyanyian Wan Imir Buat Arwah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar | Masih terasa kehilangan arwah Dato Wan. Masih ramai yang terasa kehilangannya. Jika sebelum ini cik en pernah kongsi entri mengenai Kisah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar Diabadikan, kali ini cik en kongsikan lagu yang dinyanyikan oleh Wan Imir iaitu anak kedua arwah Dato Wan khas dibuat oleh Edry KRU untuk meluahkan perasaan keluarga arwah atas kehilangan arwah. Cik en yang memang dekat dengan arwah dan keluarganya terasa sebak dan dapat merasakan kesedihan keluarga Dato Wan. Lagu yang diberi tajuk Pinggiran Syurga ini adalah single pertama Wan Imir dan dibuat bersempena Hari Bapa. Jom kita dengar lagu ini


Ooo. Tuhan 
Berikan aku kekuatan
Mendengar rintihan ibuku berdoa
Sejahtera memanggil ayahku tuk pulang kembali
Berkecai hati ku menerima takdir

Aku rindu kan 
Setiap sentuhan
Setiap saat belaian kasihnya 
Tuhan janjikan kami ditemukan  
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga

Setiap tidur malamku takkan lena
Terkenang detik indah manja bersama
Namun aku redha 
Malah diapernah berkata
Sudah tertulis pasti ada hikmahnya

Aku rindu kan 
Setiap sentuhan
Setiap saat belaian kasihnya 
Tuhan janjikan kami ditemukan  
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga
Sudah tertulis pasti ada hikmah 

Aku rindu kan 
Setiap sentuhan
Setiap saat belaian kasihnya 
Tuhan janjikan kami ditemukan  
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga
Jumpa di pinggiran syurga
Jumpa di pinggiran syurga

Dan menurut Wan Imir, 2 bulan sebelum kejadian yang meragut nyawa arwah, arwah ada menelefon pihak KRU dan selepas kejadian tersebut, pihak KRU telah menghubungi Wan Imir dan mencipta lagu tersebut khas untuk arwah Dato Wan. Disini cik en kongsi juga disebalik tabir rakaman vokal lagu ini


Apa apa pun, cik en berharap keluarga arwah Dato Wan meredhai pemergian arwah. Apa yang terjadi sudah tertulis sebelum lahir lagi. Diharap keluarga arwah tabah dan sekali lagi cik en beritahui, kami sayang arwah bukan kerana politik dan pangkat tapi kerana sifat peribadi arwah. Al-Fatihah...

1

Kisah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar Diabadikan


Kisah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar Diabadikan | Mungkin di luar sana tidak mengenali rapat dengan arwah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar atau mesra di panggil Dato Wan. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang sangat rapat dengan penduduk di sekitar Kuala Kangsar. Arwah sangat meminati politik dan telah berada di dalam dunia politik sudah lama. Berita helikopter terhempas di Sarawak adalah berita yang mengejutkan ramai orang terutama sekali memberi kesan mendalam pada keluarga, rakan seperjuangan dan penduduk Kuala Kangsar sendiri. Arwah tidak lokek dengan senyuman dan sentiasa bertegur sapa dengan sesiapa dia berjumpa. Pemergian arwah sangat dirasai sahabat cik en,  Ramachandran yang dianggap adik sendiri oleh arwah. Boleh baca artikel ini Ramachandran Masih Menangisi Pemergian Wan Khair-il

Dan cik en sendiri pernah keluarkan artikel berkaitan dengan arwah sebab ada pihak yang bersifat keperipolitikan dan keperimanusian . Dan terbaru ini, anak arwah Wan Emir Astar mengeluarkan video di youtube mengenai perjalanan arwah dari kecil hingga ke hembusan terakhir. 


Menitis air mata cik en melihat youtube diatas. Alfatihah buat arwah.. Jasamu akan di kenang dan namamu akan terselit indah di hati ahli keluarga, rakan rakan dan rakyat Kuala Kangsar. 
3

Bila Manusia Memilih Keperi'politik'an Dari Keperimanusiaan


Bila Manusia Memilih Keperi'politik'an Dari Keperimanusiaan | Tajuk entri cik en kali ini mungkin ada perkataan yang tidak wujud di Dewan Bahasa dan Pustaka tapi cik en cuba untuk menyampaikan pendapat terhadap sikap dan tindakan mereka dalam melahirkan sesuatu ayat dalam media sosial. Semua sedia maklum, Malaysia digemparkan dengan helikopter hilang di Sarawak yang membawa 5 penumpang dan seorang juruterbang. Penerbangan dari Betong Ke Kuching dinaiki oleh ahli parlimen dan yang mana salah seorang ahli parlimen di kawasan kampung cik en, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan disenangi oleh rakyat terutama di Kuala Kangsar kerana sifatnya yang ramah dan mudah tersenyum. 

Apa yang cik en kesalkan adalah satu, penerimaan orang ramai yang dikongsi di bahagian komen dan status di media sosial terutama di Facebook. Banyak komen dan status yang nampaknya lari daripada sifat keperimanusiaan. Rasanya jika seseorang ditimba bencana, kita seharusnya mendoakan yang baik baik atau lahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa tapi kebanyakan yang cik en lihat rata rata akan kaitan beberapa perkataan seperti "najib" "BN" dan sebagainya. Kenapa?? Bagaimana kalau yang ditimba musibah itu saudara mara kita dan orang lain berkata begitu? Dimana sensitiviti seorang manusia?? Lemah lembutnya budaya kita?? Belum ditambah menyebarkan berita yang belum sahih atau fitnah. Untuk apa jadi wartawan tidak berbayar? Dimana bukti sahih jika ada yang selamat? ada yang mati? Kehidupan di dunia realiti bukan di dalam drama atau novel yang pengakhirannya indah. Ini dunia sebenar. 

Cik en bukanlah kaki politik. Janganlah kerana ada perkataan Najib dan BN di dalam entri ini, dicopnya cik en ni kipas Najib, orang Najib. Cik en tidak menggunakan keperi'politik'an apabila berhadapan kes kes musibah seperti ini. Jadi cik en ingin menegur, apabila komen, buat status atau share sesuatu baca sekali lagi apa yang ditulis dan fikir baik buruk kesan dari komen komen tersebut. Jangan jadi batu api dan Jangan jadi orang suruhan Dajjal (sebarkan fitnah) tanpa kita sedar. 

Al Fatihah untuk kesemua mangsa. Bagi keluarga Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, cik en anak jati kuala kangsar merngucapkan takziah dan berharap Allah akan mempermudahkan segala urusan yang kita kehendaki. Amin..
3

Duit Yang Dipenuhi Dengan Dakwat Adalah Duit Rompakan


Duit Yang Dipenuhi Dengan Dakwat Adalah Duit Rompakan | Untuk pengetahuan semua, jika kita menerima duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti dalam gambar ini tak kiralah di kedai atau dmana-mana harap kita jangan menerimanya, kerana duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM. Semua ATM diseluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat ink kesemua duit wang tunai yang ada dalam mesin tersebut, apabila mesin ATM terkena impak kuat, letupan atau sebagainya ia akan secara automatik akan mengeluarkan dakwat ink wang tunai yang ada dalam mesin supaya perompak tidak boleh menggunakannya. Harap semua lebih peka dan ambil tahu hal ini terutama peniaga-peniaga kecil.

5

Komen Cik EN Dipilih Menjadi Komen Pilihan Awani


Komen Cik EN Dipilih Menjadi Komen Pilihan Awani | Astro AWANI telah memilih eberapa komen di laman media sosial Facebook Astro AWANI yang telah memberikan komen membina untuk menambahbaik kualiti berita yang telah disiarkan. Siapa sangka, komen cik en telah terpilih daripada komen yang ada. Komen yang mana? komen di bawah ini 


Entri apa yang cik en selitkan di dalam komen itu adalah mengenai VHM. apa iti VHM boleh klik entry Daging Kita Makan Boleh Membunuh Kita. Dan disempatan ini, cik en ucapkan terima kasih kepada Blogger Ben Ashaari kerana dia telah komen entry tersebut dan cik en sendiri pernah keluarkan artikel mengenainya dalam entry Dikomen Pedas Oleh Ben Ashaari. Siapa sangka, teguran dia untuk cik en perbetulkan entri telah membuat entri tersebut lebih baik darri sudut tatabahasa dan penggunaan ayat yang baik. Walaupun tidaklah terbaik tapi ianya dapat memberi info kepada masyarakat dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
17

Kenapa Perlu Memandulkan Kucing?


Kenapa Perlu Memandulkan Kucing? | Kucing adalah haiwan kesayangan nabi dan menjadi belaan kesayangan bagi manusia. Pelbagai baka kucing dan ada yang dibela dan ada yang liar. Berbalik kepada tajuk kali ini mengenai PEMANDULAN. Cik en kerap kali ditanya oleh pelanggan klinik mengenai PEMANDULAN / NEUTAR / KASI / SPAYING / SUNAT dan pelbagai nama lain. Boleh rujuk entry INI.

Kenapa perlu dimandulkan
Bayangkan seekor kucing boleh melahirkan 4 ekor anak betina dalam satu satu masa. Dan anak tersebut bila dah dewasa bunting dan melahirkan 4 ekor setiap anak. Rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas

Oleh kerana hal tersebut, dari pendapat peribadi cik en sebagai seorang pembantu veterinar dan pemilik kucing, cik en menyokong pemandulan kucing kerana :

  1. Ini untuk menjaga kebajikan haiwan tersebut. 
  2. Membantu mengawal populasi kucing daripada dilanggar, dipukul atau dibuang
  3. Lebih baik memandulkan dari kita melihat anak yang dilahirkan menjadi mangsa kekejaman manusia atau haiwan.
  4. Merancang kewangan jika tuan kucing berpendapatan sederhana
  5. Merancang kerana faktor kediaman. (Apartment, Pangsapuri, Flat, Rumah teres yang mempunyai ruang terhad)
Tapi bagi cik en, biarlah kucing tu pernah biang dan mendapatkan pasangan sekali atau beranak sekali. Ini untuk tidak menafikan hak mereka. 

Tapi cik en tidak menyokong kalau :
  1. Berkepentingan sendiri
  2. Untuk menyeksa kucing tersebut

Hukum Pemandulan Menurut Islam 

Merujuk laman web e-FATWA hukum memandulkan adalah


atau boleh rujuk sini http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-mengembirikan-kucing-betina.

Ada seorang blogger yang menyokong pemandulan ini dan boleh lihat semua artikel pemandulan kucing beliau di SINI

Sebagai seorang pembantu veterinar, cik en menerima pendapat setiap orang mengenai pemandulan. Selain pemandulan ada jua sesetengah menggunakan pil atau suntikan perancang. Tapi ada keburukanya jika penggunaan yang berterusan, Boleh rujuk artikel Info Veterinar | Ubat Perancang Kucing. Kita manusia dikurniakan akal, jadi buatlah pilihan yang betul apabila berdepan masalah masalah populasi kucing atau anjing sekarang ini.


9

Amalan Menghadapi Cuaca Panas


Amalan Menghadapi Cuaca Panas  | Tekak cik en sudah mula perit. El-Nino kini menyerang dunia dan kita di Malaysia mula merasainya. Cik en mula demam demam manja semenjak 2 hari yang lepas. Harap kita dapat menghadapi musim ini. 

5

Punca Penceraian Paling Rare


Punca Penceraian Paling Rare | Sumber dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan penyelidikan kosmo!. Nampaknya hal remeh menjadi isu yang besar sehingga berlaku penceraian. Lupa pam tandas dan isteri basuh baju waktu malam menjadi salah satu penceraian yang paling rare!

4

KELDAI AKAUN: Elakkan dari menjadi mangsa!


KELDAI AKAUN: Elakkan dari menjadi mangsa | PDRM menasihati orang ramai supaya berhati-hati memilih kawan baru menerusi media sosial. Ini kerana, wujudnya sindiket yang menjadikan mangsa sebagai ‘keldai akaun’ bagi tujuan menggunakan akaun peribadi milik mereka untuk dimasukkan wang hasil curi/penipuan bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa. Sesudah wang dimasukkan ke dalam akaun mangsa, sindiket akan meminta mangsa memindahkan wang tersebut ke dalam akaun lain di luar negeri. Elakkan dari menjadi mangsa sindiket ini dengan:
  • Jangan sesekali membenarkan mana-mana individu lain menggunakan akaun anda termasuk mereka yang anda kenali.
  • Jangan sesekali membantu mana-mana individu yang tidak dikenali membuat penerimaan atau pemindahan wang dari sesuatu akaun lain. 
  • Sentiasa berwaspada terhadap mana-mana individu yang tidak dikenali dalam membuat pemindahan wang, kerana anda boleh didakwa bersubahat melakukan jenayah kewangan bersama suspek.
  • Laporkan segera kepada pihak polis atau bank sekiranya mendapati wang di dalam akaun anda bukan milik peribadi.






4

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016


CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016 TERKINI YANG TELAH DITETAPKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 
  1. Cuti Tahun Baru Cina 6/2 hingga 13/2 (9 hari) 
  2. Cuti Pertengahan Semester 1 12/3 hingga 20/3 (9hari) 
  3. Cuti Pertengahan Tahun 28/5 hingga 12/6 (16 hari) 
  4. Cuti Aidil Fitri 2/7 hingga 10/7 (9 hari) 
  5. Cuti Pertengahan Semester 2 10/9 hingga 18/9 (9 hari) 
  6. Cuti Deepavali 28/10 hingga 1/11 (5 hari) 
  7. Cuti Akhir Tahun 26/11 hingga 1/1 (37 hari) 
** kawan kawan boleh merancang atau mahu mengadakan majlis pernikahan dlm cuti sekolah 2016, jadual di atas boleh membantu. Bagi Negeri Johor, Kelantan, Kedah dan Terengganu, awalkan sehari dari tarikh di atas.
2

HARGA MINYAK JANUARI 2016

Jadual Harga Minyak Malaysia Terkini 2016

HARGA MINYAK JANUARI 2016 | Bermula 1 Januari 2016, harga runcit bagi petrol RON 95 dijual dengan harga baharu iaitu RM1.85 seliter menyaksikan penurunan sebanyak 10 sen berbanding Disember 2015 Manakala harga RON97 pula turun 20 sen kepada RM2.25 Sementara harga Diesel pula turun sebanyak 30 sen kepada RM1.60 Penurunan itu berikutan harga minyak mentah di pasaran dunia yang terus menjunam

RON95 (Seliter) 
RM1.85 

RON97 (Seliter) 
RM2.25  

Diesel (Seliter) 
RM1.60 
3

Trend Pemasaran Digital Pada Tahun 2016

Tren Pemasaran Digital Pada Tahun 2016 | Menjadi trend sekarang penjualan produk di dalam talian. Jika dulu, medium pengiklanan tertumpu kepada radio, iklan televisyen, pamplet, pengiklanan di dalam surat khabar dan majalah, kemudian ianya berkembang seiring teknologi maklumat dan massa, pengiklanan melalui facebook, Wechat, blog dan sebagainya. Kini Pemasaran Digital akan menjadi trend pada tahun 2016 nanti.

Trend Pemasaran Digital Pada Tahun 2016

Pemasaran Digital atau video ini menggunakan medium sosial Facebook. Ini kerana button like, comment dan share akan membuat video korang akan menjadi viral seterusnya menjadi medium pengiklanan yang murah dan terbaik. Penghasilan video haruslah asli atau natural untuk menyakinkan pelanggan. Gunakan konsep personal in action. mungkin yang boleh dibuat dirumah, semasa bercuti atau di mana mana sahaja. Tapi penghasilan video mestilah yang ringkas, padat dan berdurasi pendek.

1

Salam Takziah Buat Keluarga Diraja Johor


Salam Takziah Buat Keluarga Diraja Johor | Sumber dari IG Tunku Tun Aminah mengenai pemergian Tuanku Jalil. Al Fatihah.

*update
Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015. Ucapan tulus ikhlas dari pasukan Johor Darul Ta'zim, pengurusan dan kakitangan Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Southern Tigers Sdn Bhd dan para penyokong Harimau Selatan. Al-Fatihah. sumber
5

Genap 38 Tahun Tragedi Penerbangan 653 Malaysia Airlines Dirampas Dan Jatuh


38 Tahun Tragedi Penerbangan 653 Malaysia Airlines dirampas dan jatuh | Hari ini genap 38 tahun tragedi yang mengorbankan 93 penumpang dan 7 anak kapal. Pesawat Boeing 737-2H6 ini dirampas dan terhempas di Tanjung Kupang Johor. 

Penumpang termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Ali Haji Ahmad;Pengarah Jabatan Kerja Raya Dato' Mahfuz Khalid; dan Duta Besar Cuba ke Malaysia. Juruterbang pesawat tersebut ialah Kapten G.K. Ganjoor. Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (sekarang dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah). Pada altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang dan menurun menuju landasan 33, Kapten G.K. Ganjoor melaporkan kehadiran "Perampas yang tidak dikenali" ke Menara Subang. Pihak Lapangan Terbang menerima laporan tersebut dan seterusnya membuat persiapan kecemasan di Lapangan Terbang Subang. Beberapa minit kemudian, Kapten Ganjoor berkata melalui radio:

 "We're now proceeding to Singapore..." ("Kami kini menuju ke Singapura..."). 

Namun Pesawat MH653 tidak mendarat di Singapura. Pada jam 8.15 malam, Kesemua hubungan komunikasi dengan Penerbangan MH653 telah terputus.

Pada Jam 8:36 malam , Penduduk Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Johor melaporkan bahawa mereka terdengar bunyi letupan dan melihat bangkai pesawat yang terbakar di kawasan paya. Bangkai pesawat tersebut akhirnya dikenalpasti sebagai pesawat MH653. Pesawat tersebut melanggar bumi pada kelajuan yang tinggi pada sudut hampir menegak. Tiada seorang pun daripada kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal yang berada di dalam pesawat tersebut terselamat.

Tapak Peringatan Nahas tersebut terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Ianya dikenali sebagai Taman Peringatan Tanjung Kupang dan didirikan oleh Kerajaan Negeri Johor pada 8 Disember 1977, 4 hari selepas nahas. Sebuah novel bahasa Melayu dalam sekolah menengah di Malaysia berjudul Tragedi Empat Disember, dikarang oleh Dzul Karnain Ithnin, adalah suatu cerita tentang suatu kejatuhan terhempas kapal terbang di Tanjung Kupang, dengan rujukan ketara pada bencana benar.

Alfatihah kita bacakan untuk kesemua penumpang yang terkorban. Ini antara kes yang mengemparkan dan sedih bagi rakyat Malaysia. Cuma kini kita masih menunggu nasib MH370 yang sepatutnya mendarat di China 8 Mac 2014 yang lepas

sumber wikipedia
6

Pertandingan Menamakan Anak Gaint Panda 2015

Pertandingan Menamakan Anak Gaint Panda 2015

Pada 18 Ogos 2015, panda betina Liang-Liang telah selamat melahirkan seekor anak panda betina pada jam 1.45 petang seberat 175 gram. Kelahiran anak panda pertama ini menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang berjaya melahirkan anak panda secara semulajadi dalam kurungan hanya dalam tempoh 15 bulan ia dipinjam dari Republik Rakyat China.

Bagi meraikan kejayaan tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dengan kerjasama Malaysia Zoological Society (MZS) akan mengadakan pertandingan bagi menamakan anak giant panda sebagai usaha mempromosi aktiviti konservasi hidupan liar yang dilaksanakan ini disamping menarik minat masyarakat mencintai hidupan liar.
syarat syarat Pertandingan Menamakan Anak Gaint Panda 2015

Jika yang berminat boleh isi borang di SINI

3

Live Bajet 2016

bajet2016, bajet 2016, bajet malaysia 2016, najib

Live Bajet 2016 | di page Facebook Bajet 2016. Antaranya
2

Harga Minyak September 2015

minyak september 2015 harga
2

Anak Liang Liang - Panda Malaysia

Assalamualaikum

Anak Liang Liang - Panda Malaysia


Anak panda Liang Liang yang dilahirkan di Zoo Negara adalah betina dengan berat 175 gram dan panjang badan, 15 sentimeter.

4 Gambar Anak Liang Liang 

dibawah
4