Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: islamic

Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Pakai Tudung Pun Masih Dapat Dosa


salam
dah lama cik en nak kuarkan entry ini yang mana telah ditanya oleh seorang pengomen tanpa nama di entry 
Cantik Terhormat VS Cantik Tontonan
si tanpa nama meminta cik en 

Mohon share tentang pemakaian tudung yang betul mengikut garis panduan Islam

cik en perlulah merujuk kepada fact dan info info yang sebenar untuk menyediakan entry ini
jikalau ada yang nak tokok tambah atau membetulkan sebarang ayat dalam entry in silalah komen
sebab cik en lebih berminat berinteraksi antara yang lain, sebab setiap orang ada ilmu tersendiri yang dibacanya atau diketahui nya
sebelum itu jom saksikan kartun ini yang cik en ambik dari sumber ini dan pure original di sini
4

Peringatan Untuk Bakal Pengantin!!




Asslamualaikum 
apa khabar semua..
rajin pulak cik en mengupdate blog..
Alhamdullah diberi kesempatan untuk mengupdate. walaupun tak lama dapatlah kongsi satu info untuk bakal bakal pengantin. tidak kira lelaki atau perempuan.
Kisah ini diberitahu oleh rakan serumah cik en yang bakal berkahwin tak lama lagi
dan cik en pun reserach di Google untuk mengetahui secara fakta.. dan yup! cik en temui
Disini cik en menasihati yang mana bakal berkahwin dan pernah mempunyai ex ytang ramai sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan menebus kafarrah / melanggar sumpah.
kenapa cik en nasihati camtu, sebab masa kita dok bercinta awal awal dengan ex lama kita, pernah tak kita bersumpah dan berjanji apa -apa seperti kes adik yang upload video "saya janji dengan awak"
2

Najis MUGHALLAZAH Mengapa dengan Tanah


salam sahabat cik en semua!
sihat? di pagi jumaat ini cik en nak sharing lagi ilmu atau info yang cik en ambik dari majalah Solusi isu 56
Kita di ajar dari kecil yang kita mempunyai 3 jenis najis

  1. Najis Mukhaffafah - najis ringan
  2. Najis Mutawassitah - najis pertengahan
  3. Najis Mughallazah - najis berat
perlu ke cik en nak terangkan najis najis ini?
tak perlu kot sebab ini merupakan asas dalam pelajaran pendidikan agama dari sekolah rendah lagi tapi kalau ada sesiapa yang dah lupa boleh rujuk di SINI
Sekarang tumpukan fikiran anda kepada najis berat iaitu MUGHALLAZAH
najis berat melibatkan anjing, khinzir serta keturunan kedua duanya
Macam mana kita nak mengucikan najis ini?
semua kena ingat balik, sebab ia nya perlu ada dalam fikiran kita sentiasa..
ok2 cik en akan beritahu untuk memudahkan entry cik en ini
Cara menyucikan adalah 
7 kali basuhan = 1 air bercampur tanah + Air mutlak
Dan persoalan yang cik en nak tanya disini, mengapa digunakan air tanah, kenapa tidak tepung?kapur atau sabun sahaja?
kenapa dalam Islam perlu guna TANAH?
dan hasil bacaan cik en di majalah SOLUSI ni

Tanpa kita sedar, tanah merupakan bahan yang berguna kepada manusia
Komposisi tanah adalah 45% mineral, 25% udara, 25% air dan 5% bahan organik
kalau korang nak tahu, antibiotik yang ada dipasaran terhasil daripada TANAH
dan ada kajian mengatakan tanah mempunyai bakteria IVERMECTIN iaitu membunuh cacing dalam manusia dan ternakan
Jangan terkejut TANAH juga merupakan bahan ANTIKANSER (bakteria tertentu dalam tanah)
seperti kita tahu ANJING dan KHINZIR merupakan haiwan yang mempunyai bakteria yang mana tidak dapat dimatikan walaupun dengan memasakkannya sehingga 100 darjah celcius
dan hanya dengan tanah yang mempunyai komposisi yang sedia ada mampu membunuh bakteria bakteria "degil" ini
tapi bukan tanah yang ada tepi tepi jalan ini, dalam ISLAM sendiri diberitahu tanah tanah yang sesuai di ambil untuk dijadikan cucian najis ini


Photobucket
6

Cantik Terhormat VS Cantik Tontonan

salam semua pembaca cik en
apa khabar? sihat?
entry kali ini cik en ambil dari majalah Anis bil 190
cik en suka membaca dan bila cik en membaca artikel itu membawa manfaat kepada semua cik  en cuma terjemahkan sinopsis versi cik en dalam blog cik en ini.
sesiapa yang tiada masa nak membeli buku, boleh la selalu melawat blog cik en ni ye..
Artikel yang cik en rasa menarik untuk dikongsi adalah dari kolum imej muslimah

Cantik? satu benda yang semua orang suka.
Bunga cantik, pemandangan cantik, lautan cantik dan juga WANITA cantik.
apa maksud WANITA cantik kepada korang?
bagi cik en cantik bukan hanya pada zahir atau lahiriah tapi termasuk cantik batin atau dinamakan dalaman
bak kata orang kalau dalaman kita cantik, tidak sakit hati, iri hati, dengki otomatik zahir kita pun cantik kan?
tapi cik en bukan nak tekankan kes dalaman atau luaran tapi kepada 
PAKAIAN
maaf dihulurkan dahulu kalau apa yang cik en ber pendapat di dalam entry menguris hati sesiapa.
Kalau kita tengok sekarang pelbagai fesyen dan baju yang diciptakan khas untuk kaum muslimin yang berhijab/bertudung.
Cik en ambik satu contoh fesyen Peplum


adakah ia sesuai untuk golongan yang bertudung ini?
berbalik kepada etika berpakaian dalam islam.
dan korang boleh jawab persoalan itu sendiri
tak perlu cik en kata boleh atau tidak sebab dalam islam dah dijelaskan 
dan perkara yang di larangkan dalam islam membawa banyak kebaikan.
setelah bersuami harus kita nampak cantik depan suami.. hanya di depan suami bukan untuk tonton umum

Walau bagaimanapun wanita perlu faham dan memilih antara cantik terhormat atau cantik  tontonan
kedua-duanya menjadikan wanita lebih yakin dan 'cantik' sewaktu berdepan dengan orang ramai. Namun persepsi pandangan umum terhadap kita yang lebih penting. adakah memberi kesan buruk atau kesan baik

TEMA CANTIK TONTONAN
(KEBURUKAN)


  • Pakaian yang tidak menutup aurat, bersolek dengan gaya glamor
  • Mempromosilan maruah diri
  • Kecantikan diri sengaja dipertontonkan
  • Menyerlah kecantikan untuk dipuji dan disanjung
  • Untuk memanipulasikan bagi tujuan tertentu seperti melariskan produk
  • Sibuk melawa akibatnya diri dipandang remeh dan kurang daya berfikir
  • Jika bersuami, membebankan suami dengan dosa
  • Jika belum bersuami, ibu bapa dilihat tidak pandai mendidik anak
  • Pencarian jodoh selalu keliru dan sering putus cinta kerana lelaki hanya memandang pada kecantikan luaran semata mata
  • Kalau mempunyai anak, akan memberi role model yang tidak menepati syariat
TEMA CANTIK TERHORMAT
(KEBAIKAN)

  • Pakaian menepati syariah, solek dengan cara yang dibenarkan
  • Cantik yang melindungi maruah diri
  • Kecantikan ditutup daripada pandangan umum 
  • Kecantikan yang mendapat keredhaan Allah dan membahagiakan suami
  • Pakaian yang sopan dan berakhlak menaikkan maruah agama
  • Tampil profesional di tempat kerja
  • Mendukung maruah suami jika sudah berkahwin
  • Jika belum menaikan maruah ibu bapa
  • Jodoh lebih mudah keran didampingi lelaki yang soleh
  • Anak anak akan menjadikan kita sebagai idola yang baik dunia dan akhirat
Perbandingan ini harap dijadikan muhasabah untuk wanita agar tidak salah berhias hingga mendapat kemurkaan Allah. 
Pakailah fesyen apa pun asalkan korang bijak memilih TEMA CANTIK di atas tu. 
dan pastikan mengikut lindungan syariat yang ditetapkan dalam agama.

p/s : semenjak menemui Hidayah Allah, alhamdullah cik en semakin menitik beratkan cara berpakaian. dan "abg" cik en yang sekarang pun menitik beratkan semua itu. dia ada berpesan " biar tak cantik di hadapan orang tapi cantik disisi Allah" <3 class="more" hr="">

Photobucket
9

Nasabkan Nama Suami Pada Nama Isteri


salam semua sahabat cik en, apa khabar? sihat? entry kali ini adalah salah satu kolum soal jawab di majalah ANIS edisi 190 faham kah korang dengan tajuk cik en tu?tak faham? ok cik en bagi contoh ye.korang kenal tak AIDA RADZWILL




ia, nama aida adalah nama beliau dan Radzwill nama suami beliau pada masa itu. itulah namanya nasab nama suami kepada nama isteri untuk makluman sekarang nama beliau adalah AIDA KHALIDA tahukah korang apa hukum nasabkan nama suami pada nama isteri ini?

jawapanya:

menasabkan maknanya mendakwakan isteri itu anak kepada suami, iaitu meletakkan binti yang bermaksud anak perempuan. contohnya Qaseh nama isteri dan Mikhail nama suami dan dinasabkan menjadi Qaseh Binti Mikhail. Ini adalah haram begitu jugak meletakkan nama anak angkat berbinti atau berbinkan nama ayah angkatnya. 

Tapi kalau untuk menerangkan suami kepada isteri itu seperti Qasih Mikhail tidak salah. Hal ini berlaku bila orang lebih kenal suami daripada ayahnya ( Rizal).. 

Qaseh Rizal orang tidak kenal tapi disebut Qaseh Mikhail orang kenal tapi dengan syarat orang tahu Mikhail adalah suami kepada Qaseh




4

Hebatnya manfaat solat berjemaah yang kita tidak tahu




SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.
Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.
Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.
10

Siapa Paling Power?


FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !
TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .
GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .
MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .
IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang
jer boleh akses pada diaorang tadi ! !


INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau
aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai
di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!


YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde,
mana boleh buat email !


GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org
ingat kami ni kayu ?


TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . .baru korang tau siapa paling power !

tak payah nak berlagak siapa paling power.
Alam ini ALLAH yang punya!!



kredit : facebook
Photobucket
17

'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'




RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

19

Para Suami WAJIB baca



Photobucket
7

Penzina harus berkahwin dengan anak zinanya ??


Penzina harus berkahwin dengan anak zinanya ?? 
tiba tiba cik en teringat satu kisah yang dilakonkan oleh lisdawati atau sekarang nisdawati mengenai kisah anak luar nikah ni
cik en baca sinopsis dibelakang cd tu.. dan ada ayat ini(lebih kurang la ayatnya)
" anak luar nikah HARUS lah berkahwin dengan penzina yang berzina dengan ibunya"
mula mula macam fikir.. boleh ke...
kita anak luar nikah kahwin dengan bapa kita (BF mak kita tu la)
so cik en search la kat google.. so cik en dapat satu penjelesan mengenai nya..


Hukum asal anak luar nikah hendaklah dibinkan kepada ibunya. Iniberdasarkan kepada maksud sabda Rasulullah SAW:"Anak (luar nikah) itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalahbatu sahaja"(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Walau bagaimanapun mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa FatwaKebangsaan pada 28-29 Januari 1981 adalah seperti berikut: "Anak zina ataua nak di luar nikah (anak tak sah taraf)sama ada diikuti dengan perkahwinankedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikankepada Abdullah ".Penzina harus berkahwin dengan anak zinanya dengan syarat dia tidak mengahwini ibu kepada anak zina itu. Sekiranya penzina berkahwin dengan ibu anak zina tersebut dan melakukan persetubuhan maka haramlah penzinaberkahwin dengan anak zinanya.Apabila berlaku perkahwinan antara penzina dan ibu kepada anak zina, maka anak tersebut menjadi mahram (haram berkahwin) dan anak tiri kepada suami ibunya (penzina).

jadi betul la.. anak luar nikah boleh kahwin dengan penzina ibunya...

p/s: mybe ramai yang tahu.. tapi cik en baru tau..



12

Siapa YangCantik??



Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
7

Perspektif JODOH



pe komen korang?
Photobucket
5

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?



Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
5

Qadak dan Qadar



salam semua follower cik en...
sihat semua?
kali ini cik en akan menaip dan menaip...
semalam cik en ada membaca majalah Al -Islam.
cik en tertarik kepada artikel yang bertajuk 
Adakah Allah tidak adil kepada manusia.
bagi korang la, Allah adil tak kepada kita?
mungkin ada yang kata adil dan ada yang kata tak adil.
pernah tak korang terfikir seseorang yang dilahirkan dalam keadaan bukan islam...contohnya yang beragama lain.
dan seseorang yang dilahirkan dalam beragama islam?
tak adil kan kalau kita lihat seseorang yang memang dilahirkan dalam keluarga bukan islam...dan akhirnya menjalani kehidupan bukan islam dan mati dalam keadaan bukan islam...
kenapa Allah tidak lahirkan semua orang dalam islam kan lebih baik..baru lah adil...
korang pendapat cam tu tak?
1

Negara China Larang Umat Islam Berpuasa



URUMQI 7 Ogos - Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.
 
Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian.
2

syaitan bermesyuarat

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) ... 



Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta." 

3

22 dan 1


artikel kali ini agk panjang..tp berbaloi untuk korang semua baca..mengenai agama kita dan kunci syurga..ini cik en copy dri email cik en...n cik en pernah membacanya di blog ini dan ini. ia agak ilmiah dan islamic...tp try la baca...korang akan nmpak pe yg slama ni yg kita x nmpak...kedua2 blog tersebut cik en paling suka...sbb dia membuka minda kita..so ambik masa panjang skit untuk baca artikel di bwah ye

1

agama islam bukan agama rasmi kerajaan

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.
Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.
1

sembahyang atau solat



Wallahualam….



Assalamualaikum saudaraku?



Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."
1

PE KORANG RASA PENUBUHAN IFC INI..-UMAT ISLAM WAJIB BACA

Suruhanjaya Antara Agama(IFC) tuntut 14 perkara

kali ini entry agak panjang..tp aku just copy paste dri blog kt ats2..so..klu korg la de hak tuk meluluskan suruhanjaya ni..pe komen korg
2