Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: islamic

Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Tumpang Kubur

Tumpang Kubur | Anyway cik en baru tahu mengenai tumpang kubur di Tiktok. Cik en tak pernah tahu ada tumpang kubur ini. Cik en cuba mencari di google tapi tak banyak info kecuali info mengenai tumpang kubur untuk jenazah yang positif Covid-19 di Jakarta kerana kekurangan tanah perkuburan. Jadi entri ini hanyalah entri mengikut kefahaman cik en tapi tak ada sumber sahih yang cik en boleh rujuk. Tapi jika korang tahu mengenai topik ini. Cik en suka sangat kalau korang dapat kongsikan mengenai Tumpang Kubur di ruangan komen entri ini

Tumpang Kubur
0

Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin

Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin | Entri ini cik en pernah buat di Peringatan Kepada Bakal Pengantin pada tahun 2013. Tapi masa itu view tak banyak dan tajuk pun tak berapa menarik, jadi cik en cuba variasikan kepada yang lebih mudah difahami. Lagipun masa itu, banyak betul perkataan singkat dan pelik pelik. Entah kenapa, cik en teringin nak keluarkan semula topik ini. Mungkinkah cik en bakal berkahwin? Hurmmmm.. Doakan yang baik baik. Ok, jom cik en nak kongsi lebih lanjut Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin ini. 


2

Uruskan Hutang Sendiri Sebelum Mati

Uruskan Hutang Sendiri Sebelum Mati | Artikel ini sambungan daripada artikel sebelum ini. Disebabkan kita sendiri tak tahu bila kita akan berhenti bernafas, jadi bagaimana kita nak uruskan hutang sendiri untuk mengelakkan berlaku masalah kepada waris kita nanti? Mungkin ianya juga dapat membantu mengurangkan bebanan waris yang sedia maklum down kehilangan kita. Cik en hanya kongsi pendapat cik en yang dirasanya sesuai dengan kes ini. Harap mana yang ada buah fikiran lain boleh komen di ruangan komen. Menambah info untuk semua. 

0

Wajib Tak Waris Bayar Hutang Arwah ?

Wajib Tak Waris Bayar Hutang Arwah ? | Artikel ini cik en tulis dari pengalaman cik en sendiri. Ramai yang tahu, tanggal 1 Mac 2021, abah cik en pergi meninggalkan kami sekeluarga. Diakui, cik en tak pernah kehilangan orang terdekat. Jadi ilmu cik en mengenai selepas arwah tiada sangatlah nipis. Jadi, cik en banyak habiskan masa dengan mencari info dan ilmu sahih mengenai banyak perkara seperti apa tanggungjawab waris, bab menguruskan kubur arwah dan lain lain lagi. Pembacaan dan ilmu ini, cik en simpan dalam blog ini untuk rujukan cik en nanti dan berkongsi dengan pembaca cik en. Kali ini cik en nak berkongsi mengenai HUTANG. Perkara yang boleh menyebabkan roh simati tersangkut diantara langit dan bumi. Masih merujuk kepada pejabat mufti untuk cik en siapkan artikel ini. 


1

Apa Itu Dabbah

Apa Itu Dabbah | Alhamdulillah, masuk sudah Bulan Ramadan 2021. Pertama kali cik en berpuasa tanpa Abah kali ini. Tapi cik en tetap redha. Ajal, jodoh, maut dan rezeki semuanya rahsia Allah kan? Tapi Allah tak berahsia mengenai tanda tanda Hari Kiamat. Dabbah adalah salah satu haiwan yang akan muncul di akhir zaman dan merupakan tanda tanda besar hari kiamat. Dabbah juga dipanggil Jassasah bagi sebilangan manusia. Tapi haiwan apakah Dabbah ini? Bagaimana rupanya dan dari mana pula datangnya? Merbahayakah dia pada manusia dan katanya Dabbah ini akan melawat setiap manusia di bumi nanti. Jom cik en kongsikan mengenai Dabbah. Info ini adalah sahih yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti


1

Hukum Menyiram Air Atas Kubur

Hukum Menyiram Air Atas Kubur | Tengah scrool TikTok, cik en tertengok satu video mengenai Hukum Menyiram Air Atas Kubur. Sebelum ini cik en tak pernah ambil tahu memandangkan tiada orang terdekat yang 'pergi'. Tapi bila abah cik en pergi, cik en rajin mencari ilmu ilmu agama dan sampailah video Hukum Menyiram Air Atas Kubur ini. Cik en pun nak simpan di blog ini untuk panduan cik en dan semua pembaca cik en. Harap ianya dapat memberi manfaat kepada semua.

0

Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?

Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud? | Semenjak blogger menukarkan dashboard, cik en masih lagi mengambil mood untuk menggunakan interface yang baru ini. Malam ini cik en ada sedikit mood mengadap pembaharuan blogger so cik en nk kongsi satu topik yang mungkin korang tahu ataupun tak pernah tahu. Cerita ini bermula Sabtu lepas, cik en buat rawatan spa di favourite spa cik en di Manjung ini iaitu D'Wafa Care. Ownernya yang bernama Ida mennimbulkan topik Penyakit Ain ini dan cik en rasa ianya topik yang sesuai untuk cik en sharing dengan korang. Apakah Penyakit Ain ini? Adakah Penyakit Ain ini Sihir dan relevenkah kita terutama orang Islam mempercayai Penyakit Ain ini. Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?


Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?
Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?


Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?

0

Mati Dalam Api dan Air Adalah Salah Satu Mati Syahid

Mati Dalam Api dan Air Adalah Salah Satu Mati Syahid | Terkejut dengan kejadian Pusat tahfiz di Kuala Lumpur terbakar. Dianggarkan lebih 20 orang pelajar dan tenaga pengajar meninggal dunia. Alfatihah dan takziah kepada keluarga mangsa. Jodoh ajal dan maut rahsia Allah S.W.T. Kita sendiri tak tahu bahagian kita nanti. Adakah sakit tua atau lebih awal dari itu. Sedih juga bila anak anak tahfiz ini pergi dulu. Benarlah kata orang orang alim, dipenghujung zaman, manusia yang beragama Islam akan berkurangan dan sebelum kiamat tiada lagi orang orang Islam. Berbalik kepada tajuk entri cik en Mati Dalam Api dan Air Adalah Salah Satu Mati Syahid ianya satu pengetahuan cik en dapat hasil pembacaan cik en.

Mati Dalam Api dan Air Adalah Salah Satu Mati Syahid
Mati Dalam Api dan Air Adalah Salah Satu Mati Syahid

Mati Dalam Api dan Air Adalah Salah Satu Mati Syahid


Setiap orang impikan mati syahid sebabnya lepas seksa kubur dan di hadiahkan syurga. Tapi kita perlu ingat, walaupun kita mati syahid, dosa dosa kita sebelum itu tetap dihitung di akhirat kelak. Mungkin ada yang tidak tahu, mati dalam air iaitu lemas dan api iaitu terbakar adalah salah satu mati syahid selain mati di medan perang. Untung siapa yang meninggal dalam kebakaran dan lemas walaupun kita yang masih tinggal rasa kehilangan mereka. 

Antara yang mati syahid adalah

  • Al Mabthun, orang yang meninggal karena penyakit di perutnya
  • Al Ghariq (orang yang mati tenggelam)
  • Al Hariq (orang yang mati terbakar)
  • Orang yang sakit dzatul janbi (semacam penyakit paru-paru)
  • Wanita yang meninggal ketika nifas
  • Al Gharib, orang yang meninggal jauh di luar daerah tempatnya tinggal sehingga ia asing di sana
Sumber: https://muslim.or.id/26616-beberapa-jenis-mati-syahid-di-jalan-allah.html

Diharap mana mana yang lebih tahu dan cik en beri info yang salah, boleh diperbetulkan ye. Cik en pun dah lama tahu tapi baru kali ini cik en keluarkan entri ini. Cik en pun masih belajar sebab ilmu Allah ini luas. Apa pun, marilah kita sedekah Al fatihah kepada meraka dan diharap mereka di kalangan golongan orang beriman. Al- Fatihah..
7

Sepotong Ayat Al Quran 10 : Surat Al-Kahf Ayat 10



إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
0

Sepotong Ayat Al Quran 9 : Surat Al-Kahf Ayat 9



أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan?
0

Sepotong Ayat Al Quran 8 : Surat Al-Kahf Ayat 8



وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.
0

Sepotong Ayat Al Quran 7 : Surat Al-Kahf Ayat 7


إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.
0

Sepotong Ayat Al Quran 5 : Surat Al-Kahf Ayat 5


مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.
2

Sepotong Ayat Al Quran 6 : Surat Al-Kahf Ayat 6



فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).
2

Sepotong Ayat Al Quran 4 : Surat Al-Kahf Ayat 4



وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا


Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak".
1

Bergurau Ada Batasnya


Bergurau Ada Batasnya | Dalam sehari dua ini, viral di media sosial mengenai seorang imam muda yang membahaskan isu vaksin, Malaikat Maut, Dosa, Pahala dan sebagainya. Entri ini cik en taip bukanlah untuk menambahkan apa yang tengah panas tapi pendapat dari seorang "bukan ustazah" yang mungkin ilmu agamanya baru 1%. 

Trend rancangan dakwah sememangnya bagus dan sangat digalakkan kerana kekurangan masa untuk ibu bapa, anak anak dan remaja untuk ke Majlis Ilmu. Dan semestinya rancangan dakwah ini akan memilih ustaz atau ustazah yang berlatar belakang agama yang tinggi . Iyelah, nak bagi ilmu pada yang kurang tahu, semestinya ilmu sangat penting. Jika zaman cik en dulu, pembelajaran agak membosankan sebabnya jika di panggil ustaz dan ustazah semestinya garang dan pegang rotan. Tapi, zaman kami tetap pergi ke sekolah agama rakyat sebelah petang dan jarang ponteng kelas. 

Zaman moden ini, pendekatan ilmu sebegitu sememangnya tidak memainkan peranan yang baik untuk menarik minat kanak kanak mahupun orang dewasa. Jadi ramai pendakwah di luar sana menggunakan teknik humor atau lawak serta santai. Alhamdulillah ramai juga yang meminati humor dari Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Bollywood dan ramai lagi dan seterusnya menjadi idola orang ramai. Bagus kan idola kan pendakwah dari retis retis. Satu perkembangan yang sangat positif.

Tapi..... bila humor berlebih lebihan sehingga menyinggung hati dan perasaan orang lain, ianya boleh menjadi kesan yang negatif kepada masyarakat malah agama ISLAM itu sendiri. Selain kes Imam Muda dan Vaksin yang tengah viral, cik en perhatikan seorang lagi Imam Muda yang menjadi pengacara satu rancangan di Astro tidak menjaga adab berkata kata apabila beliau diundang ke satu rancangan hiburan untuk memperkenalkan rancangan beliau. Dengan mudahnya, dia mengeluarkan kata kata yang sentitif terhadap seorang pengacara rancanagn hiburab sehinggakan pengacara tersebut berubah sedikit muka (muka terasa hati). Dan cik en salute juga kepada pengacara hiburan itu, boleh mengawal suasana tanpa disedari oleh orang lain. 

Jadi, teguran dari seorang "bukan ustazah" ini kepada pendakwah di luar sana, bergurau ada batasnya, berkata kata itu, fikir- fikirkanlah sentitiviti orang lain dan sebagai public figure atau berpengaruh, sebelum menaip status atau apa jua kenyataan, fikir kesan dari status itu. Walaupun niat kita betul, tapi penggunaan perkataan yang salah pun boleh menjadi maksud yang berbeza. Cik en pernah terdengar seorang ustaz lama, sebab terlalu banyak humor dalam ceramah menjadikan ceramah tersebut penuh dengan gelak ketawa sehinggakan point yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pendengar. Golongan pendakwah adalah golongan yang dilihat banyak membawa identiti Islam itu sendiri. Apa pula pandangan orang bukan islam terhadap agama Islam nanti banyak isu yang tidak baik. 

p/s : maaf kalau entri ini menyinggung perasaan ustaz, ustazah atau pendakwah di luar sana. Bukan semua sebegini cuma ada segelintir sahaja. 
3

Sepotong Ayat Al Quran 3 : Surat Al-Kahf Ayat 3


مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.
1

Sepotong Ayat Al Quran 2 : Surat Al-Kahf Ayat 2


قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,
2

Sepotong Ayat Al Quran 1 : Surat Al-Kahf Ayat 1



الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya;
2

Solat Terawih Di Perak 20 Rakaat


Solat Terawih Di Perak 20 Rakaat | Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menitahkan kesemua masjid yang berada di dalam negeri Perak Darul Ridzuan perlu mengadakan Solat Terawih sebanyak 20 rakaat tetapi jika makmum yang mempunyai urusan atau masalah kesihatan bolehlah membuat solat Terawih kurang daripada itu. Dan juga program Tazkirah di larang diantara solat terawih ini. Sultan Nazrin turut menitahkan supaya solat Tarawih diutamakan dan dilaksanakan selepas solat sunat Rawatib, iaitu solat sunat yang mengiringi solat Isyak.

Bagi cik en, menyelaraskan adalah lebih baik daripada ada yang membuat lebih banyak rakaat sehingga menyebabkan ada keletihan sehinggakan balik dari terawih terus tidur. Sampaikan kemesraan antara keluarga pun terganggu seperti rungutan rungutan yang pernah cik en dnegar sebelum ini. 


4