Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: informasi

Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Permohonan UPU Online 2016/2017


Permohonan UPU Online 2016/2017 | PERHATIAN ; IKLAN PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2016/2017 BAGI LEPASAN SPM/SETARAF DAN LEPASAN STPM/SETARAF Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dihttp://upu.mohe.gov.my/

1

PENJARA SEUMUR HIDUP VS PENJARA SEUMUR HAYAT



PENJARA SEUMUR HIDUP VS PENJARA SEUMUR HAYAT | Ramai orang keliru antara PENJARA SEUMUR HIDUP dan PENJARA SEUMUR HAYAT. Penjara seumur hidup ni bukanlah penjara sampai mati. Ia cuma 30 tahunsaja. Selalunya akan kurang lagi daripada tempoh tersebut jika si banduan ni berkelakuan baik dan sebagainya.

Penjara seumur hayat itu yang kita boleh anggap dia duduk dalam tu selagi bernyawa. Actually istilah paling tepat penjara seumur hayat ini adalah banduan yang TIADA TARIKH BEBAS. So pepaham sendirilah.

Tapi ada satu lagi yang orang tak tahu atau jarang dengar - TAHANAN LIMPAH SULTAN/GABENOR/YANG DI-PERTUAN AGONG. Banduan dalam kategori ini ialah mereka yang dijatuhkan hukuman mati, tetapi masih di bawah umur (juvana). Ataupun mereka yang dijatuhkan hukuman mati tetapi ditakrifkan tidak siuman oleh pihak perubatan. So mereka ini juga tidak mempunyai tarikh bebas dan pembebasannya hanya melalui pengampunan oleh Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong termasuk banduan gila yang ditahan di rumah sakit jiwa atas limpah Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong.

Masa aku jadi wartawan dulu, banduan yang kena penjara seumur hayat ini tak silap aku seluruh Malaysia ada kira-kira 80 orang. Pun begitu mereka masih ada peluang merayu. Setiap empat tahun Jabatan Penjara akan buat laporan pasal diaorang.Banduan tu pun sendiri boleh buat rayuan dekat Lembaga Pengampunan Negeri.

Tapi kata orang yang paling 'seksa' adalah penjara cinta. Senang masuk, susah nak keluar. Kata oranglah.

SUMBER sepenuhnya. Cik en bukan wartawan ye :). Ada berlaku salah faham pulak.
11

Kadar Dividen dan Bonus ASB 2015


Kadar Dividen dan Bonus ASB 2015 | Kadar Dividen dan Bonus ASB yang berakhir 31 Disember 2015 akan diumumkan minggu ke 2 bulan Disember 2015. Dijangka seawal pada 17 Disember 2015 dan selewatnya 24 Disember 2015. Jadi penangguhan urusniaga ASB dan ASN bermula 24 Disember 2015 sehingga 3 Januari 2016. Tujuan penangguhan kerana pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pembukaan semula urus niaga pada 4 Januari 2015 dan boleh disemak oleh pemegang Amanah pada 5 Januari 2015 . Dibawah adalah kadar pendapatan dividen dan bonus ASB sbelum ini

akan dikemas kini 

update



3

Loghat atau Dialek Rakyat Perak


Loghat atau Dialek Rakyat Perak | Sumber ini di ambik di facebook melalui akaun Ryann Helmy. Kebetulan cik en merupakan rakyat Negeri Perak, rasanya penerangan ini bagus untuk rakyat negeri lain mengetahui loghat atau dialek yang ada di dalam negeri perak.

Perak mempunyai 5 loghat atau dialek.
  1. Utara Perak seperti Parit Buntar dan Bagai Serai, loghatnya lebih kepada loghat utara seperti kedah dan pulau pinang.
  2. Hulu Perak pula seperti Kroh, Grik dan Lenggong lebih kedengaran bunyi orang kelantan dan Patani
  3. Daerah Kinta, longhat berbeza kerana disini kebanyakan kawasan merantau dan majoritinya dari kepulauan Indonesia
  4. Perak Tengah seperti Kuala Kangsar, Bota, Parit, yang ini merupakan loghat asli Negeri Perak. Menggunakan bahasa ate, kome, pasior, mike, teman dan sebagainya. Kuala Kangsar kampung cik en ye.
  5. Perak selatan seperti Tapah, Teluk Intan, loghat lebih ekpada selangor dan johor.
Jadi inilah keistimewaan Negeri Perak. Dalam satu negeri pu, loghat mereka berbeza-beza. 

11

Instagram Boleh Access 2 Account Dalam Satu Masa


Instagram Boleh Access 2 Account Dalam Satu Masa | Merujuk kepada berita di Astro Awani 7.45 telah menyatakan Applicaton Instagram kini boleh mengakses 2 account (akaun) dalam satu satu masa. Tetapi terhad kepada pengguna Android sahaja. Tetapi cik en masih menunggu update dari Google Play untuk application Instagram. Dikatakan akan ada button Add Account untuk memasukkan lebih dari 1 akaun instagram. Kalau begitu, ianya harus disambut baik oleh pengguna yang menjalankan akaun atas talian ( Perniagaan online)

10

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak | Selalu sahaja kita mendapat duit kertas yang terkoyak, terbakar dan cacat. Kebanyakan peniaga kedai akan menolak duit tersebut dengan alasan tidak laku. Tapi pernah tidak kita ketahui yang kita boleh tukarkan duit tersebut dengan duit kertas yang baru! Tapi sebelum itu kena tahu tahap penilaian wang cacat dan rosak

Terdapat beberapa Garis Panduan kerosakan dan cacat yang telah digaris panduan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ianya adalah :-

WANG KERTAS CACAT 
Wang kertas yang keadaan fizikalnya telah berubah, sama ada secara tidak sengaja dicemari dengan air, minyak, cat, dakwat atau bahan yang serupa atau kehilangan sebahagian atau beberapa bahagian daripadanya. Ini tertakluk kepada bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu adalah pada asalnya sebahagian atau beberapa bahagian daripada satu helai wang kertas yang tunggal.
  1. Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau; 
  2. Nilai separuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau; 
  3. Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal. 
WANG KERTAS ROSAK
Wang kertas yang terdapat padanya perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan, karikatur sama ada ditulis atau ditanda di atas permukaannya secara sengaja. 
  1. Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang mempunyai kerosakan kecil. 
  2. Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis). 
KES-KES YANG MERAGUKAN 
  1. Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada Bank Negara Malaysia untuk penilaian. 

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Credit to http://dabeldeya.blogspot.my/

  1. Pergi ke cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran bersama duit yang rosak
  2. Pengawai yang berkenanan akan menyemak duit berkenakan rosak di peringkat mana. Yang ada nilai atau tidak
  3. Jika boleh ditukar, kemungkinan perlu menampal kertas tersebut dengan kertas bagi memudahkan proses penilaian wang tersebut.
  4. Jika selesai, pelanggan perlu mengisi borang dan menunggu untuk dipanggil.
credit to http://menderas.blogspot.my/
Credit to http://dabeldeya.blogspot.my/
Kredit di SINI dan SINI
13

Akhirnya Misteri Ayam Atau Telur Terjawab


Akhirnya Misteri Ayam Atau Telur Terjawab | Selama ini kita mendengar soalan 'antara ayam dan telur, yang mana wujud dahulu', dan selalunya akan ada pelbagai pendapat dan akhirnya tidak terjawab Mungkin dengan kata sepakat dari saintis ini akan menjawab soalan ini mengikut Sains

6

Salasilah Kesultanan Negeri Perak

Salasilah Kesultanan Negeri Perak | Bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak 2015 , cik en ingin berkongsi salasilah Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan terkini. 

klik untuk paparan lebih jelas
Ini pula senarai sultan sultan perak dari bilangan yang pertama (1528) sehingga yang ke 35 (kini). Setiap Sultan mempunyai sejarah yang tersendiri. Diharap Tuanku dipanjangkan umur dan akan menjaga Negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan Saksama.

klik untuk paparan lebih jelas
sumber wikepedia
3

Hari Keputeraan Sultan Negeri Perak 2015

Hari Keputeraan Sultan Negeri Perak 2015 sultan perak 35, sultan nazrin sultan perak

Hari Keputeraan Sultan Negeri Perak 2015 | Pada 6 Mei 2015, Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah menangkat sumpah mnejadi Sultan Perak Yang ke 35. Jika sebelum ini Hari Keputeraan Sultan Perak iaitu Almarhum Sultan Azlan pada bulan April tetapi tahun 2015 menyaksikan Hari Keputeraan Sultan Perak disambut pada 27 November 2015. Sebagai anak Perak lagi lagi anak jati Kuala Kangsar, cik en amat berbangga dengan pencapaian Baginda dalam kehidupan sebelum dan selepas menjadi Sultan. Disini cik en terangkan serba ringkas Profail Sultan Perak Ke 35 ini untuk pengetahuan semua yang diambil dari Wikepedia 

Nama : Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah 
Tarikh Lahir : 27 November 1956
Tempat Lahir : George Town Pulau Pinang
Anak ke : Pertama (Sulung)
Pendidikan :
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. 
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.
Perkahwinan :
  • Isteri : Zara Salim Davidson (22 Mac 1973 di Ipoh)
  • Anakanda : 
    - Raja Azlan Muzzaffar Shah (dilahirkan pada 14 Mac 2008 (7 tahun) di Damansara Specialist Hospital, Damansara Jaya, Selangor.
    - Raja Nazira Safya (dilahirkan pada 2 Ogos 2011 (4 tahun) di Damansara Specialist Hospital, Damasara Jaya, Selangor.
Kurniaan Darjah Kebesaran :
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.)
  • Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati (D.K.S.A.)
  • Darjah Kerabat Azlanii (D.K.A.)
  • Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Selangor
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Kelantan
  • Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.)
  • Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S)
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) Perlis
  • Ph.D (Harvard)
  • MPA (Harvard)
Raja Yang penuh dengan ilmu pengetahuan duniawi dan agama. Baginda juga mewajibkan pembacaan Al Quran di setiap Majlis Majlis Rasmi Kerajaan dan juga telah menitahkan kepada semua rakyat Perak untuk TIDAK menyediakan sebarang hadiah atau cenderahati jika baginda menghadiri satu satu majlis.
Dirgahayu Tuanku Sultan Perak

Antara aktiviti yang akan di adakan sempena Keputeraan Baginda adalah ( Diambil dari FB rakan Cik EN yang merupakan pengawai penerangan di Kuala Kangsar)
  1. Istiadat kawalan kehormatan sempena hari keputeraan dymm sultan perak
  2. Larian Hari Keputeraan Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak
  3. 9 disember -  perasmian bangunan baru galeri sultan azlan shah
  4. Tambahan (Kenyataan Rasmi akan dikeluarkan oleh pihak kerajaan): Mulai Tahun depan, HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK pada 6 Mei 2015 (mengikut tarikh pertabalan)
  5. Jangan lupa esok jam 10 pagi waktu Malaysia di saluran Discovery Channel. First and exclusive “Revealed: The Throne of Perak, Malaysia”. Dokumentari Khas Istiadat Pertabalan Sultan Perak.
P/S : 27/11/2015 adalah hari cuti bagi rakyat negeri perak bermula tahun 2015.
4

Volunteers Sukan SEA 2017


Volunteers Sukan SEA 2017 | YB Khairy Jamaluddin yang merupakan Menteri Belia dan Sukan merangkap Chairman of the Malaysian SEA Games Organising Comittee telah mencadangkan penyertaann sukarelawan untuk Sukan SEA yang ke 29 pada tahun 2017. Selepas penganjuran Komenwel pada tahun 1998, Malaysia terpilih untuk penganjuran sukan SEA. Sebagai rakyat Malaysia, cik en amat berbangga dengan pencapaian ini. 

Jadi dengan tanda sokongan, cik en telah mendaftar sebagai sukarelawan. Dan rasanya penyertaan cik en adalah yang ke 24,372. Nampaknya sudah ramai yang menyertai. Walaupun lama lagi dan mungkin pada masa itu, cik en tidak dapat sertai, tapi cik en menyahut cabaran sekarang. Insyallah jika tiada halangan mungkin cik en akan bersama sama menjayakan Sukan SEA kali ini.


Korang berminat ke? Jom lah join cik en dan sukarelawan yang lain di SINI,
8

Jangan Nak Bergetar Tulang Rusuk Sangat la




Jangan Nak Bergetar Tulang Rusuk Sangat la | Jangan sibuk nak "bergetar tulang rusuk", kalau subuh pun nak kena kejut sampai "bergegar tiang rumah"  Kata kata ini dipetik di dalam satu buku dakwah dan motivasi untuk golongan muda yang ditulis oleh Najmi Nawawi keluaran Komrad Buku.

Head With Serban adalah tajuk bukunya. Menggunakan warna merah putih dan hitam sebagai warna kulitnya memberi satu perasaan membuak kerana merah melambangkan keghairahan. Ops bukan ghairah yang tuuttt, tapi keghairahan cik en membaca dan menilai best ke buku ini? Ini kerana cik en agak cerewat dalam pemilihan buku terutama buku jenis indie, dakwah dan motivasi. Sebabnya jiwa dan minat cik en  dalam pembacaan tidak terlalu formal tapi lebih kepada santai.

Mempunyai 34 tajuk kecil, cik en memilih untuk review beberapa tajuk tajuk yang menarik minat cik en yang mana cik en dah tandakan semasa membacanya. Antaranya ialah : 

Sabar 
Sabar yang sebenar ialah melepaskan, melupakan dan memaafkan

Istiqomah 
Hidup ini macam main piano, ada key hitam iaitu duka, ada juga key putih iaitu gembira. Kita memerlukan kedua-duanya untuk mengahsilkan sebuah lagu yang awesome!

Cinta 
"Budak zaman sekarang, darjah 6 dah risau putus dengan awek. Kita dulu risau nak tarik bendera , takut lagu habis dulu, bendera tak sampai atas lagi"
"Kita akhiri hubungan couple kita dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr"



Itu hanyalah separuh daripada bait bait ayat yang menarik perhatian cik en, tapi sebenarnya banyak lagi. Dan rugi kalau korang tak baca page 73, 92 dan 132 dalam buku ini. Kalau cik en cerita, tak menariklah, baik korang order sendiri dan baca sendiri. Bagaimana nak order. Boleh klik SINI dan pm. Harganya mampu miliki iaitu RM20 dan cik en dalam promosi penghantaran percuma semasa pre-order dan jangan tak tahu, cik en pembeli yang ke 3. siap dapat gift terhad lagi. Dan dibawah Komrad Buku ini, ada satu lagi buku yang bertajuk GPS Cinta Aussie. Tapi yang ini cik en tidaklah order lagi. Tapi korang boleh mencubanya dengan harga RM 25 sahaja




13

Undang-Undang Pelik Di Seluruh Dunia

15

Nasi Basi Untuk Buat Nasi Goreng Sedap

Nasi Basi Untuk Buat Nasi Goreng Sedap

Nasi Basi Untuk Buat Nasi Goreng Sedap | Nasi Goreng yang sedap adalah nasi goreng yang cukup dengan rasanya walaupun ianya nampak ringkas. Tahu tak korang yang Nasi Basi kalau di buat nasi goreng adalah lebih sedap dari nasi yang baru dimasak?

Nasi basi disini adalah nasi yang telah disejukkan di dalam peti ais dan bukanlah nasi yang berbau dan dibiar di luar sehingga menjadi rosak. Tapi berbalik kepada entri Nasi Lembik VS Nasi Kering sebelum ini, nasi yang terbaik untuk di jadikan nasi basi adalah nasi kering. Ianya lebih sedap dan lebih cantik rupanya apabila dimasak. Sesiapa yang belum pernah mencuba, bolehlah mencuba dengan memasak nasi menjadi kering dan setelah dibiarkan dalam suhu bilik, masukkan kedalam peti ais semalam sebelum mengoreng. Bagaimana hendak mendapatkan nasi kering yang terbaik dengan membuat sukatan jari. Jika sukatan beras satu takuk jari, air pun perlulah setakut jari.
9

Nasi Lembik VS Nasi Kering

Nasi

Nasi Lembik VS Nasi Kering | Nasi nerupakan makanan utama bagi rakyat Malaysia. Nasi merupakan sumber Karbohidrat bagi badan kita. Kebaikan memakan nasi adalah sumber tenaga, pertumbuhan pembesaraan, mengawal emosi, mencegah kanser, kaya dengan vitamin, baik untuk tulang dan gigi tapi mempunyai kalori yang tinggi yang mana boleh mengakibatkan kegemukan dan diabetis. Tapi nasi tetap juga menjadi pilihan kita.

Nasi Lembik VS Nasi Kering adalah satu perkara penting bagi cik en apabila membeli nasi berlauk di kedai. Diakui cik en lebih sukakan nasi yang lebih kering atau ada yang memanggilnya "relui". Jika nasinya nasi lembik, ianya memotong selera cik en untuk makan. Akhirnya cik en meratah lauk. Ada yang kata, nasi lembik ini lebih cepat kenyang berbanding yang kering. Tapi bagi cik en, kalau nasi yang lembik tidak sesuai untuk makan dengan lauk yang berkuah. Dan jadi macam banjir dan kembang pula tengok. Tapi terpulang pada individu masing masing. Cik en tetap sukakan Nasi yang lebih kering.
11

Tempoh Tarikh Luput Produk Kecantikan

Tempoh Tarikh Luput Produk Kecantikan Expiration date for cosmectic

Tempoh Tarikh Luput Produk Kecantikan | Khas untuk wanita yang sinonim dengan penggunaan tegar Produk Kecantikan seperti, Mascara, Lip Gloss, Lipstick dan yang lain lain lagi. Mungkin ada yang tidak mengetahui Expiration Dates atau Tamat Tempoh sesuatu produk dan kadang kala ada juga tiada maklumat di Produk Kecantikan yang korang beli. Disini ada satu guide untuk korang .
19

Khitan Untuk Anak Perempuan


Khitan Untuk Anak Perempuan | Khitan ialah sunat bagi bayi atau kanak kanak perempuan. Kalau lelaki dipanggil sebagai Khatan. Khitan adalah salah satu daripada 5 sunnah fitrah. Sunnah Fitrah adalah berkhatan/khitan, mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak. Bagaimanapun terdapat pendapat dan hukum yang berbeza bagi Mazhab yang ada di dunia. Mengikut Mazhab Shafie menganggap khitan bagi anak perempuan dan khatan bagi anak lelaki adalah wajib. Ianya ada hikmah yang tersendiri iaitu menjaga kebersihan diri, kesihatan dan kehormatan bagi wanita. Mazhab Hanafi pula menganggap khitan hanyalah sunat. Manakala Mazhab Hambali adalah wajib.

Khitan untuk anak perempuan mempunyai kaitan gejala gedik yang pernah cik en ceritakan di SINI. Gejala gedik adalah permulaan berlakunya, sumbang mahram, pergaulan seks bebas, berzina, pembuangan anak dan sebagainya. Khitan adalah pembuangan hujung kelentit anak perempuan yang berada di pangkal faraj. Ini kerana kelentit memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatannya melebihi 7 kali ganda dari zakar lelaki. Jadi, sesiapa yang belum mengetahui.

Hukum Khitan menurut Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
Muzakarah Jawatankuasa memutuskan amalan khitan adalah sebagai daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walaubagimanapun Islam amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberi kelonggaran jika ianya mendatangkan kemhudaratan pada diri. 
9