Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: informasi

Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Pembantu Makmal Veterinar

Pembantu Makmal Veterinar | Ramai yang DM, PM dan email cik en mengenai jawatan ini. Katanya mereka google jawatan Pembantu Makmal Veterinar ini tiada dan kebanyakan Pembantu Makmal Sekolah. Macam mana melekat ke blog cik en ini, semestinya entri Kerjaya Pembantu Veterinar . Jadi, cik en rasa terpanggil nak kongsi dengan korang skop kerja Pembantu Makmal Veterinar yang cik en tahu dan yang cik en cari di internet. Harap dengan perkongsian entri Pembantu Makmal Veterinar ini dapat bantu korang yang buntu untuk dapatkan info mengenai jawatan Pembantu Makmal Veterinar okey?


7

Maksud Warna Penutup Botol Air Mineral

Maksud Warna Penutup Botol Air Mineral | Pernah tak korang perasan, air mineral yang korang beli itu ada warna hijau, biru dan sebagainya. Terutama warna penutup botol air mineral itu sendiri. Tahukah korang yang warna warna itu ada maknanya sendiri? Mungkin ada yang tahu tapi mana yang tak tahu itu, cik en nak kongsi dengan korang Maksud Warna Penutup Botol Air Mineral ini untuk panduan korang juga

Maksud Warna Penutup Botol Air Mineral
Maksud Warna Penutup Botol Air Mineral

Maksud Warna Penutup Botol Air Mineral

Untuk pengetahuan korang ada 3 warna yang diguna pakai dalam menentukan jenis air mineral. Dan kalau korang perasan juga ianya akan berbeza harga. Ada yang murah dan ada yang mahal. 3 warna tersebut adalah Putih, Biru dan Hijau . Jom kita baca apa Maksud Warna Penutup Botol Air Mineral ini.

1. Penutup Putih

Ia merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan serta ditambah bahan kimia. keaslian air semulajadi itu dah takde.

Sebab tu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water.

Harga lebih murah dari yang kaler biru atau hijau.

2. Penutup Biru 

Diperolehi dari sumber air bawah tanah dan dipam naik untuk menjalani proses penyulingan sebelom dibotolkan. Haa baru boleh dilabelkan sebagai air mineral,original gitu. Harga pon takde mahal sangat. Sedang-sedang je.

3. Penutup Hijau 

Yang penutup hijau tu Air mineral semulajadi. Air ni diambil khas dari dalam tanah di kawasan tertentu yang diperakui mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi. Kira gred A+ lah senang citer. Harga dia pon paling mahal antara ketiga-tiga ni.


6

Kucing Yang Sesuai Dibela Jika Korang Ada Anak


Kucing Yang Sesuai Dibela Jika Korang Ada Anak | Pencinta kucing? Tapi ada masalah nak membela sebabnya ada ramai yang bercerita kucing penyebab bayi atau kanak kanak asma atau anak dicakar dan digigir kucing? Ini sedikit panduan untuk korang mengenai Kid Friendly and Least Kid Friendly Cats. Pengkelasan mengenai kucing ini dibuat berdasarkan kepada ciri ciri atau characteristics pada satu satu baka kucing tersebut. Untuk pengetahuan korang, kucing yang friendly dengan kanak kanak ini semestinya kucing yang boleh dipeluk dan dibuat ganas oleh kanak kanak serta juga kucing ini tidak bertindak balas agresif. Selain itu, faktor bulu pun menjadi point utama dalam pemilihan ini. Jom kita tengok kucing yang korang bela sekarang ini sesuai tak dengan kanak kanak. 


Baka Kucing Yang Sesuai Dibela Jika Ada Anak


  1. Havana Brown
  2. Japanese Bobtail
  3. Javanese
  4. La Perm
  5. Maine Coon
  6. Norwegian Forest
  7. Ocicat
  8. Ragamuffin
  9. Ragdoll Cats
  10. British Shorthair
  11. Burmese
  12. Burmila
  13. Chinese Li Hua
  14. Colorprint Shorthair
  15. Cornish Rex
  16. Doven Rex
  17. Egyptian Mau
  18. European Burmee
  19. Abyssian
  20. American Bobtail
  21. American Curl
  22. American Shorthair
  23. American Wirehair
  24. Balinese
  25. Bengal Cats
  26. Birman
  27. Bombay
  28. Savannah
  29. Scottish Fold
  30. Selkirk Rex
  31. Siamese Cat
  32. Siberian
  33. Singapura
  34. Snowshoe
  35. Somali
  36. Sphynx
  37. Tonkinese








Baka Kucing Yang Kurang Sesuai Dibela Jika Ada Anak


  1. Himalayan
  2. manx
  3. Nebelung
  4. Persian



Ha.. ada ke korang bela yang 4 tu? ini hanyalah kajian dan jika ianya tidak memberi kesan kepada anak anak korang. Its ok.. Sebabnya akan ramai pemilik kucing persian akan argue / membangkang entri ini. Terpulang pada keluarga masing masing menerima kucing di dalam rumah sendiri. Tapi jangan sesekali abaikan kebajikan kucing korang. Kalau tak korang boleh di dakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 atau rujuk sini --- > http://www.nurfuzie.com/2016/04/maksud-penganiayaan-haiwan-mengikut.html
Habis da... jumpa untuk entri seterusnya. Xoxo
http://cattime.com/cat-breeds/characteristics/cat-breeds-that-are-compatible-with-kids
4

Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite


Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite | "Doktor, saya mau cucuk anjing saya satu tahun satu kali punya cucuk " . " Doktor saya mau cucuk kucing saya vaksin" . Itu antara respon pertama dari pelanggan tak kira dari kaum melayu atau kaum lain lain. Selepas di vaksin sampai kepada pembayaran, akan ada respon " Apasal manyak mahal? Haritu cucuk baru RM15 kenapa hari ini sudah naik? " . Apabila ditanya, rupanya mereka hanya nak bagi suntikan Anti Parasite sahaja. Haiya... apa boleh buat? Kena bayar sajalah.

Ini antara reaksi dan perbualan yang kerap berlaku di klinik cik en. Kadang kadang komunikasi dengan kaum lain lain sangat terbatas sebabnya mereka tak memahami apa penerangan yang cik en dan kawan cik en terangkan. Diakui, inilah penyebab cik en dan sesiapa yang jaga klinik menjadi stress sehingga jadi moody sepanjang melayan pelanggan tersebut. Nak tak nak, cik en kena keluarkan bahasa pasar bagi memudahkan komunikasi. Kalau tak dah serupa itik bersembang dengan ayam.. Cluck cluck cluck sebelah quack quack quack. Hahaha. 

Disebabkan itu, cik en nak kongsi sikit apa Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite ini. 

Suntikan Vaksin : Vaksinasi adalah pemberian vaksin kepada kucing dengan tujuan mendapatkan kekebalan tubuh yang tinggi dan dilindungi dari pelbagai serangan penyakit. Selalunya kucing boleh divaksinasi pada umur sekitar 8-9 minggu. Kekebalan kucing yang diterima dari ibunya melalui susu akan mulai berkurang ketika berumur 8-9 minggu, sehingga kucing perlu divaksinasi
Entri yang korang boleh rujuk

  1. http://www.nurfuzie.com/2016/04/jenis-jenis-vaksin-untuk-kucing.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2016/06/boleh-ke-vaksin-kucing-semasa-musim.html
  3. http://www.nurfuzie.com/2016/02/betul-ke-vaksin-menyebabkan-kucing-mati.html
  4. http://www.nurfuzie.com/2015/06/kenapa-vaksin-perlu-diberi-3-kali.html
Suntikan Anti Parasite : Ubat Anti-Parasite adalah kelasan ubat untuk rawatan penyakit parasit seperti kulat, kurap, kutu, cacing, fungas atau pendek kata masalah kulit . Untuk maklumat lanjut boleh rujuk entri Penyakit Kulit Haiwan  . Selain itu, anti parasite juga untuk deworm atau kecacingan. Ada ubat Anti-Parasite ini 3 dalam 1 dan ada juga yang satu satu. Kalau 3 in 1 kalau bahasa pasar 3 serangkai bagi haiwan. Kutu, kurap dan cacing. Tapi yang asing asingkan tu seperti ubat cacing, ubat kurap, ubat mandi kutu,  dan sebagainya. Kira satu ubat untuk satu jenis parasit.

Jadi jangan pula tertukar pula apabila datang ke klinik veterinar mengenai Vaksin dan Anti Parasite ini. Sebab kedua dua ini mempunyai fungsi yang berbeza ye. Jadi minta mendapat vet sebelum korang buat keputusan. Tapi kedua dua suntikan ini perlulah dipastikan kucing atau anjing korang itu sihat walfiat ye. 
9

7 Fakta Mengenai Lidah Kucing


7 Fakta Mengenai Lidah Kucing | Kalau korang nak tahu, lidah kucing ini sangat sangat unik. Kalau kucing korang luka di tempat kucing boleh jilat, korang akan perhatikan luka di kawasan itu cepat baik. Jadi sekian lama cik en tidak mengeluarkan artikel berkaitan dengan kucing, hari ini cik en rajinkan diri untuk kongsi keunikan lidah kucing ini. 

  1. Lidah kucing tidak seperti lidah manusia. Lidah kucing sedikit kasar seperti duri duri halus yang dipanggil filiform papillae yang dibuat daripada keratin. Keratin ini sama seperti kuku kita. Dan duri halus inilah yang membantu kucing mengasingkan isi ikan dengan tulang ikan
  2. Alat grooming yang terbaik. Seperti cik en selalu beritahu pelanggan cik en, kucing yang menjilat bulu tandanya kucing korang sedang mandi. Tapi, jika bulu kucing korang semakin buruk atau tidak seperti biasa, kemungkinan kucing korang sakit. Selalunya kucing yang sakit ulser di dalam mulut, akan menyebabkan bulu kucing berwarna putih bersih menjadi kekuning-kuningan. Jadi bawak ke vet yang berdekatan untuk pemeriksaan. So, jika kucing selalu gromming, sedikit sebanyak bulu akan tercabut dan akan masuk ke dalam perut. Ini dinamakan hairball. Jadi penjagaan hairball sangat penting bagi mengelakkan masalah kesihatan kucing korang.
  3. Lidah kucing ini bukannya boleh sense of taste semuanya. Dan ada yang menyatakan lidah mereka tidak terlalu sentitif pada masin dan manis. Lidah mereka akan tertarik pada tekstur makanan bukannya pada rasanya.
  4. Lidah kucing ini juga berfungsi untuk check suhu makanan mereka ye.. Mereka tak seperti manusia yangmenggunakan tangan untuk check panas atau sejuk.
  5. Jika time panas melanda Malaysia, kita akan menggunakan kipas angin, mandi dan sebagainya untuk menyejukkan diri kita, tapi bagi kucing, air liur mereka itulah yang akan menyejukkan badan mereka. Ala ala beri losyen pada kita. Itulah kelebihan Allah beri kepada haiwan ini. Mereka menyesuaikan diri mereka dengan apa yang ada. 
  6. Dan semestinya, lidah kucing ini digunakan semasa mereka minum air. Kalau korang nak tahu, kucing boleh jilat air 4 kali dalam masa 1 saat. kalau korang rasa nak tengok sendiri. Apa kata korang rakam kucing korang minum dan play dalam masa perlahan. Korang boleh kira berapa kali. Seperti cik en katakan tadi, lidah kucing kasar dan ianya mampu menarik air yang mereka jilat ke dalam mulut.  
  7. Dan yang terakhir, fakta yang paling istimewa, dengan menjilat kucing lain, mereka menunjukkan kasih sayang mereka. Dan jika, kalau kucing korang suka menjilat korang, tandanya mereka sangat sangat sangat sayangkan korang tau!
Korang peminat kucing? Boleh la join group Facebook Tips dan Rawatan Kucing di SINI . 
6

Cara Install Whatsupp Version Baru Bagi Android


Cara Install Version Baru Untuk Whatsupp Bagi Android | Ramai yang sudah menetahui update terbaru dari whatsupp mengenai version terbaru yang membolehkan pengguna membuat Bold, Italic, strikethrough di chat. Dan dikatakan hanya Iphone sahaja yang telah menerima update terbaru.  Tapi ada geng Iphone yang sahaja memanaskan keadaan di group whatsupp kan? hahaha.. Jadi kalau sesiapa terbakar bolehlah gunakan step di bawah untuk seiring dengan geng Iphone tersebut. Jika sesiapa yang tidak kisah boleh menunggu sehingga pihak whatsupp beri official update


Hanya installed Update for Whastapp diatas di Google Play. Setelah install update dan pastikan off dulu segala security yang ada, Selepas itu ikut step yang diarahkan. Setelah selesai boleh test la ye.. 
update : dan juga segala function seperti archived dan kamera dan beberapa fungsi akan berubah juga mengikut version terbaru.. lagi coooolll
kredit to zumal
8

Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf)


Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf) | Niat Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf) dan panduan rakaat 



0

Rahsia Pergerakan Solat


Rahsia Pergerakan Solat | Rahsia setiap pergerakan semasa solat yang mungkin kita kurang tahu atau tidak tahu lansung. Betapa indahnya suruhan yang Allah turunkan kepada kita. Dari mengangkat takbir, rukuk, sujud dan duduk antara 2 sujud




2

Kategori Pendaftaran Produk Farmaseutikal


Kategori Pendaftaran Produk Farmaseutikal | Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan panduan kepada orang awam mengenai pengkelasan ubat ubat yang ada di Malaysia. 

Ubat Terkawal  
Ditanda huruf "A" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : Antibiotik
MAL 20022544A

Ubat Bukan Racun (OTC)
Ditanda huruf "X" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : Ubat Demam
MAL 20022544X

Ubat Tradisional 
Ditanda huruf "T" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : Jamu, Herba
MAL 20022544T

Suplemen Kesihatan 
Ditanda huruf "N" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : vitamin
MAL 20022544N

Atau boleh semak status pendaftaran produk di laman web www.pharmacy.gov.my sebelum membeli produk kesihatan
3

Kelebihan Tingkatan 6 (STPM)


Kelebihan Tingkatan 6 (STPM) | Jika disebut tingkatan 6, mesti ada yang kata "tak mau la, tak best!". Tapi tahukah korang yang STPM mempunyai kelebihan tersendiri. Tak percaya? boleh tengok kenyataan di atas.

  1. Tempoh pengajian yang singkat ( 2 tahun sahaja berbanding diploma 3 tahun)
  2. Tiada yuran pengajian yang membebankan
  3. Biasiswa ditawarkan berbanding diploma adalah pinjaman
  4. Boleh memilih sekolah 
  5. Guru lebih berpengalaman
  6. Jika tiada hala tuju lagi, tingkatan 6 sangat sesuai
  7. Taraf sama seperti diploma
  8. Boleh digunakan untuk memohon kerja di luar negara
  9. Diiktiraf seluruh universiti terkemuka di dunia.
Jadi jangan pandang rendah kepada Tingkatan 6!


8

Badan Ber"Elektrik"

Badan Ber"Elektrik"


Badan Ber"Elektrik" | Kisah ini bermula apabila kawan cik en , Puan Ila mengalami masalah apabila kawan kawan beliau mengadu yang disengat oleh arus elektrik apabila bergesel atau bersentuhan dengan beliau. Oleh kerana itu, cik en mendapat idea untuk mencari kenapa badan beliau mempunyai arus elektrik sehingakan orang sekeliling merasa arus tersebut.

Didalam badan manusia, semestinya kita mempunyai sistem elektrik yang sangat maju canggih dan kompleks berbanding apa yang ada di dunia ini. Hebat ciptaan Allah. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Tapi jika sampai memberi kesan kepada orang sekeliling, ianya mungkin anda berpenyakit! Penjelasan cik en di dalam entri ini merujuk entri dari Kosmo Online. Ada 2 penyebab iaitu suhu dan tabiat atau penyakit.

Suhu atau tabiat
Tabiat suka mengesel di tempat yang sama ada ketika berjalan atau duduk menghasilkan cas negatif. Suhu yang lembab dan sejuk pun boleh dijadikan faktor

“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” 

Penyakit

Terdapat beberapa penyakit
  1. sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.
  2. sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.
  3. Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.
Jadi diharap artikel ini dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah sebegini. Untuk penyakt bolehlah terus ke klinik atau hospital untuk dibuat pemeriksaan lanjut.
13

6 Fenomena paling misteri di lautan

Lautan penuh dengan misteri. Ada beberapa lokasi laut di dunia yang ditakuti. Di mana pesawat dan kapal menghilang tanpa jejak. Atau punya pusaran air raksasa, ombak dasyat, atau lingkaran cahaya misteri di dalam air. Ada sebuah tempat di mana semua fenomena terjadi sekaligus, iaitu Segitiga Bermuda.

Berikut fenomena misteri di lautan seperti dimuat dalam laman web berita Rusia, Pravda;

Segitiga Bermuda


Segitiga Bermuda
Meliputi wilayah yang luasnya jutaan kilometer persegi. Disebut segitiga kerana lokasinya yang berada di antara tiga wilayah, iaitu Kepulauan Bermuda, Puerto Rico di Mexico, dan Pantai Florida, AS.

Misteri Segitiga Bermuda dipicu peristiwa hilangnya skuadron yang terdiri dari lima pembom torpedo Angkatan Laut AS pada 5 Disember 1945. Jasad 14 kru Penerbangan 19 hingga saat ini tidak ditemui. Setidaknya ada 50 kapal dan pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah itu. Namun, Segitiga Bermuda kehilangan reputasi mistiknya, juga daya tariknya pertengahan tahun 1980-an.

Sejumlah teori berusaha menjelaskan fenomena aneh di Segitiga Bermuda - dari pseudosains, paranormal, sampai UFO. Namun, yang paling meyakinkan dikemukakan oleh Joseph Monaghan dari Monash University. Pada 2003, ilmuwan tersebut menulis artikel dalam American Journal of Physics. Judulnya, 'Bolehkah Gelembung Metana Menenggelamkan Kapal?'

Menurut Monaghan, gelembung besar boleh terbentuk dari deposit metana padat, yang dikenali dengan gas hidrat. Untuk diketahui gas metana boleh memadat di bawah tekanan besar di dalam laut. Deposit metana yang mirip ais boleh pecah, berubah jadi gas, dan menciptakan gelembung di permukaan air. Konsentrasi gas yang lepas boleh menyebabkan kerosakan alat elektronik pada pesawat juga kapal. Tak hanya itu, kapal boleh tenggelam di lokasi tersebut kerana pengurangan kepadatan (densiti) air secara mendadak.

Fenomena lain di Segitiga Bermuda disebut Flying Dutchman - lenyapnya kru kapal secara misteri. Teori ilmiah ditawarkan untuk menjelaskan dari hilangnya para pelaut itu. Yakni infrasonik. Beberapa saintis yakin, infrasonik itu menimbulkan gelembung gas metana ketika naik ke permukaan.

Getaran infrasonik memicu resonansi berbahaya di jantung dan pembuluh darah. Ketika itu, manusia yang terkena boleh diserang panik. Ini mungkin yang membuat para pelaut panik dan melompat ke luar kapal - untuk melepaskan diri dari perasaan aneh yang menimpanya.

Bagaimanapun, tak ada satu pun teori yang menjelaskan, mengapa pada pertengahan tahun 1980-an, Segitiga Bermuda berhenti melahap kapal dan pesawat. Mungkin kerana kemajuan teknologi pesawat dan kapal.

Laut Sargasso



Ramai orang menyamakan Laut Sargasso dengan Segitiga Bermuda. Padahal perairan ini terdapat di tenggara Segitiga Bermuda di Samudera Atlantik. Ada beberapa keunikan di wilayah ini. Samudera bergerak mengikut jarum jam, terdapat banyak alga Sargassum di dalamnya.

Laut ini memiliki pusaran raksasa yang memiliki aturannya sendiri. Suhu di luar pusaran jauh lebih tinggi dari bahagian luarnya. Sejumlah orang yang berlayar di sana mengaku melihat fatamorgana misalnya, matahari terbit di Timur dan Barat dalam waktu bersamaan.

Richard Sylvester dari University of Western Australia berpendapat, pusaran raksasa Sargasso bersifat sentrifugal - yang lantas menciptakan pusaran kecil yang mencapai wilayah segitiga bermuda. Pusaran kecil ini menimbulkan siklon mini di udara - cukup kuat untuk mencelakakan sebuah pesawat kecil.

 

Laut Syaitan (Devil's Sea)



Ini adalah wilayah di Pasifik, sekitar Pulau Miyake - 100 kilometer Selatan Tokyo. 'Saudara' Segitiga Bermuda ini tidak boleh ditemui di peta mana pun, namun para pelaut memilih untuk menghindarinya. Badai boleh muncul secara tiba-tiba dan menghilang sama mendadaknya. Paus, lumba-lumba, bahkan burung tak hidup di wilayah itu. Sembilan kapal menghilang dalam waktu lima tahun pada tahun 1950-an. Yang paling terkenal adalah menghilangnya Kaiyo Maru No.5, kapal penyelidikan Jepun.

Laut Syaitan berada di kawasan seismik yang sangat aktif. Lantai laut bergerak konstan. Pulau vulkanik muncul dan menghilang secara biasa. Wilayah ini juga diketahui sangat aktif aktiviti siklonnya.

Tanjung Harapan


Daerah ini juga dikenali sebagai Tanjung Badai. Kapal-kapal besar tenggelam dalam kurun waktu ratusan tahun. Sebahagian besar kapal hancur kerana cuaca buruk, khususnya ombak maut, atau 'cape roller'. Para saintis menyebutnya gelombang soliter - yang tingginya boleh mencapai 30 meter, sejatinya terdiri dari dua ombak yang bergabung menjadi satu.

Gelombang raksasa itu menciptakan rongga besar, yang tingginya hanya sedikit lebih rendah dari gelombang itu. Meskipun fenomena ombak ini boleh terjadi di laut lainnya, namun area di Tanjung Harapan yang paling bahaya.

Bahagian Timur Samudera Hindia dan Teluk Parsi


Daerah ini dikenali dengan fenomena yang sangat mengagumkan dan misteri, dengan lingkaran cahaya raksasa yang berputar-putar di permukaan air.

Ahli kelautan Jerman, Kurt Kahle percaya, fenomena itu adalah akibat dari gempa bawah laut, yang menimbulkan pendaran plankton. Lalu timbul gerakan seperti putaran roda. Namun, hipotesis ini menuai kritik akhir-akhir ini kerana belum mampu menjelaskan transformasi lingkaran cahaya secara logik. Sains moden juga belum mampu menjelaskan bentuk lingkaran sempurna objek tersebut. Kerananya, muncul teori baru iaitu UFO.

Pusaran air (maelstrom)

Pusaran air (maelstrom)
Meskipun tak terlalu mengagumkan seperti pusaran air di Laut Sargasso. Namun para pelaut tahu fenomena menakjubkan tentang pusaran jenis ini. Pusaran air ini terjadi dua kali sehari, di bahagian barat laut Laut Norwegia Kata 'maelstrom' dipopularkan oleh Edgar Alan Poe. Maelstrom adalah air yang berputar kuat dan besar. Permukaan air dari pusaran lebih rendah puluhan meter dari permukaan air laut. Kekuatannya puluhan kali lipat dari arus biasa.

Yang anehnya, pusaran berubah arah berlawanan setiap tiga sampai empat bulan. Boleh terjadi di mana pun, termasuk Segitiga Bermuda. Diyakini, pusaran berputar berlawanan arah jarum jam di belahan bumi utara dan mengikut jarum jam di bahagian bumi selatan.




2

Serenity By Syira Lokman


Serenity By Syira Lokman | Hye! Semua pengembara dunia. Jom berjalan mencari Tuhan. Buku yang mempunyai 41 tajuk kecil sangat memberi inspirasi kepada setiap pembacanya. Tajuk kecil ini mengambil elemen dunia semasa yang sentiasa menjadi masalah terpencil manusia kini. Penulis iaitu Syira Lokman berjaya menjadikannya teguran santai dan mengajak kita berfikir yang sebenarnya DUNIA INI INDAH. Tinggalkan sementara kisah manusia lain dan lihat sendiri DUNIA , Diri sendiri dan TUHAN kita semasa membaca buku ini. Andai kata kita sering menyalahkan tuhan yang tidak adil dalam memberi kenikmatan kehidupan kepada kita, buku ini akan mengubah persepsi kita 360 darjah bila kita membacanya. Baca dan jangan pertikaikan apa apa terlalu awal sebabnya di akhir tajuk, anda akan nampak mesej yang hendak di sampaikan.


Diatas, adalah ringkasan yang boleh cik en berikan terhadap buku SERENITY BY SYIRA LOKMAN ini, Garapan yang di buat oleh Syira Lokman memang cik en kagum. Satu tajuk yang buat cik en rasa sampai ke hati adalah " Menyakiti dan Disakiti". Jujur disaat cik en membaca buku ini, hati cik en disakiti oleh perbuatan dan kata kata seorang hamba Allah.

Mungkin orang lihat dia pendendam
tapi sakitnya hati dia yang faham

Yang menyakiti, jaga tingkahlaku
Yang disakiti, apa pun terjadi, sabar

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 37

Bagi gadis dan pemuda di luar sana atau sesiapa yang merasakan kehidupan orang lagi best dari kehidupan sendiri boleh baca tajuk "Kenapa Kita Rasa Hidup Orang Lain Best?"

Jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain, kerana setiap daripada kita memiliki kurian masing masing yang telah Allah berikan.
Aku Perlu Bersyukur

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 8

Untuk pengguna tegar Facebook, Twitter, Instagram malah blog sendiri, ayat yang korang selalu keluarkan "Twitter aku,suka hatilah aku nak tweet apa, Kalau tak suka jangan baca, Facebook dan Twitter ini aku punya, biarlah nak tulis apa pun, kau sibuk kenapa? Kalau tak suka , jangan baca". tapi sedar tak setiap yang dibaca oleh orang kalau ianya tidak benar menjadi fitnah dan akhirnya mendapat dosa? Inilah kata kata penulis dalam buku dia. 

Semua penulis akan mati
Hanya karyanya akan terus abadi
Maka tuliskanlah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu diakhirat nanti
Syadina Ali Bin Abi Talib

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 31

Dan banyak lagi tajuk tajuk yang menarik dalam buku ini. Cik en belanja tajuk buku ini ye.



Berminat hendak membaca lagi yang lain lain? boleh dapatkan di Kedai Buku berdekatan atau pesan melalui online di KOMRAD BUKU atau terus isi borang online di SINI. Jom kenali penulis Syira Lokman di blog beliau SYIRA LOKMAN. Komen pembaca lain boleh rujuk sini

3

Perak dan Kelantan Alami Musim Sejuk?


Perak dan Kelantan Alami Musim Sejuk? | Suasana musim sejuk dan nyaman seperti musin bunga di London akan menyerang negeri Perak dan Kelantan tidak lama lagi. Ianay dijangka turun sehingga 20 darjah celcius sepanjang bulan Februari 2016. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia , keadaan ini berlaku disebabkan peredaran suhu sejuk di Kutub Utara merebak ke kawasan selatan. Negeri Perak dan Kelantan menjadi laluan bagi peredaran suhu sejuk ini.  Kemungkinan akan melalui daerah Grik, Kuala Kangsar dan chemor.

Penafian :



7

Cara Sejukkan Diri Di Musim Panas


Cara Sejukkan Diri Di Musim Panas | Musim Panas di Malaysia dijangka akan berlanjutan sehingga Mac 2016. Jadi perbanyakkan minum air dan kurangkan aktiviti dibawah terik matahari. Yang ini salah satu untuk sejukkan diri di musim panas.

Apa apa keraplah minum air masak dan mandi ye kawan kawan.
7

DIY Rumah Kucing


DIY Rumah Kucing | Rumah kucing ini cik en buat semasa peah (kucing kesayangan cik en) hendak beranak. Menggunakan konsep "kenapa kucing obses dengan kotak", cik en menggunakan kreatif yang ada untuk jadikan rumah sementara untuk anak anak peah dan bagi keselasaan peah untuk brestfeeding. 

8

Jadual Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) 2016


Jadual Cabutan SSP 2016 | Sijil Simpanan Premium atau SSP Bank Simpanan Nasional boleh dimenang lebih kurang purata 26,000 pemenang setiap bulan. Untuk makluman semua, terdapat 143 kali cabutan setahun. Cabutan juga secara mingguan, bulanan dan tahunan serta cabutan tempatan di setiap negeri. 

Cabutan Bulanan Januari 2016
  1. Hadiah Pertama : BMW 520i  x 1
  2. Hadiah Ke-2  : SSP RM5,000 x 10
  3. Hadiah Ke-3 : SSP RM500 x 50
  4. Hadiah Ke-4 : SSP RM100 x 500
Cabutan Tempatan Januari 2016
  1. Hadiah Pertama : PERODUA AXIA (GIGZ Std) x 13
  2. Hadiah Ke-2  : SSP RM500 (20 x 13 Negeri) x 260
  3. Hadiah Ke-3 : SSP RM50 (500 x 13 Negeri) x 6,500
Dibawah adalah kalendar dan Jadual Cabutan SSP untuk tahun 2016



Klik Sini
1

Cara Mengetahui Beg Wanita Berjenama Original atau Palsu


Cara Bezakan Beg Wanita Original atau Palsu | Fake Or Real For Branded Product. Untuk pencinta atau pengemar mengumpul atau memiliki barangan berjenama seperi LV, Coach, dan sebagainya, korang wajib mengetahui ciri ciri asli yang dikeluarkan oleh barangan berjenama ini untuk mengelak dari ditipu. Bagi cik en ini, cik en sendiri bukannya kaki shopping jadi hanya boleh menambah pengetahuan sahaja. Tidak sangka, berapa lubang jahit pun boleh bezakan yang mana Original atau Palsu. 






















10