Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: indonesia

Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Dont Worry Be Happy Lambang Borobudur | Trip Jogja Indonesia

Dont Worry Be Happy Lambang Borobudur  | Trip Jogja Indonesia | Ayat yang melekat di kepala cik en "Dont Worry Be Happy" dari awal lagi kami ambil travel guide. Travel guide yang cik en rasa yang banyak bagi info pasal Borobudur ini adalah Pak Agus. Travel guide yang bertauliah dan diberi pass dari UNESCO. Banyak travel guide di luar sana tapi disarankan ambil travel guide yang diiktiraf. Pak Agus juga bawa point penting Borobudur dan bawa kami melalui jalan yang tak crowded. Itu yang best. Tak perlu bersesak. So jom explore Borobudur Jawa Tengah Indonesia | Dont Worry Be Happy Lambang Borobudur  | Trip Jogja Indonesia


Dont Worry Be Happy Lambang Borobudur  | Trip Jogja Indonesia

Dari Gereja Ayam ke sini tak ambil masa yang lama pun. Dalam 15 minit camtu. Tak dan korang nak kering peluh. Borobudur ini besar tau dan banyak pintu keluar. So jangan sampai tersesat.


Sampai saja disini korang terus cari kaunter tiket dan bayaran seorang adalah Rp 350,000. Tuk travel guide bayar lain ye. Tapi cik en dah lupa berapa dan kami kongsi bayarnya.



Tempat pertama Pak Agus bawa adalah trademark Borobudur. So sini tak leh snap lama lama. Dapat 2 3 gamabr dah dengar bunyi wisel. So bagus juga la kan. Guide jangan bagi sesak disini.


Fuh, nak jalan dari pintu utama ke Borobudur punyalah jauh. Pak Agus bawa jalan yang senang tapi terkejar juga la. Badan dah naik ini, memang cik en slow sikit kalau berjalan kalau tak dulu habis kena tinggal. Hahahhaha







Inilah Pak Agus. Servis Tip Top dan ada special gift dia bagi pada kami. Hahahha. Nak tau apa nanti cik en story.

Simbol Dont worry Be Happy ada di patung patung ini. 


Gambar diatas ini bukan sebarang gambar. Ini position confident dan peace. Confident adalah cekak pinggang tu. Yang mana ianya juga diguna pakai dalam dunia modelling. Cik en memang suka position camni sebab nampak confident. Rupanya memang itu lambangnya. Tangan kanan itu pula lambang peace. Peace bermaksud kedamaian. So kedua dua position ini ada di patung batu yang ada di candi ini.


Mesti ada nak tau, apa gift yang Pak Agus bagi pada kami. Hahahha. Sebenarnya hanya tilikan tangan. Nak percaya sangat tak boleh tapi anggaplah itu adalah hiburan semata mata. So sebelum tangan ditilik, kena buat position dibawa ini selama 30 saat


Lepas itu Pak Agus akan tengok tapak tangan dan buat tafsiran mengenai diri cik en. Nak tau apa? Ni ha

  • 40% Romantik
  • 100% fokus
  • Not Friendly
  • Strong Person
  • Sesuai jadi Leader seperti supervisor


Betul ke? Hanya korang yang boleh nilai cik en. Tak romantik sebab tak kahwin lagi. Hahhaha. Fokus yes! Bab kerja cik en tak suka main main. Not friendly maybe sebab dulu asyik kena makan dengan kawan je. Strong person yes! sebab cik en banyak menempuh masalah kehidupan sendirian. Jadi leader maybe sebab anak sulung memang suka mengarah. Hahahahahha. 

Kenapa cik en buat tajuk entri ini Dont Worry Be Happy Lambang Borobudur? Sebab di sini, ianya sebenarnya banyak menceritakan kisah kisah. Ada kisah yang jahat dibalas jahat. baik di balas baik. macam karma. Jadi apa juga masalah jangan risau, sentiasa gembiran sebabnya bila stress, masalah tak selesai masalah lain yang dapat. So Dont Worry Be Happy dalam kehidupan. 

Lama juga kami di sini dan tak sangka kami dah melebihi limit. Bila keluar kami memempuh laluan kelaur yang sangat sukar dan panjang. Mereka kena buat kami melalui semua kedai jualan sebelum jumpa jalan keluar. Strategi pemasaran betul. Lepas itu penuh orang terkejar kejar suruh kita beli barang. Tolak secara baik okey kalau korang tak nak membeli. 


Selesai di sini, kami memang penat sangat dan kami terpaksa skip aktiviti malam di Hutan Pinus kerana hujan lebat dan keadaan kami yang down. So kemana pula aktiviti kami untuk hari ke 3 Trip Jogja Indonesia ini? Kena tunggu next entri. Info lain mengenai Borobudur boleh baca di Wikipedia Borobudur

Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

1

Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam | Trip Jogja Indonesia

Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam | Trip Jogja Indonesia | Ingat entri sebelum ini yang cik en tulis " Gereja Ayam sebenarnya bukanlah berbentuk ayam tapi terkenal dengan nama ayam". Itupun cik en dan yang lain dapat tau semasa diberi penerangan sebelum masuk ke gereja ini. Mungkin nama ayam diberi disebabkan rupanya seperti ayam di bahagian hadapan gereja. Tapi bila naik ke bahagian paling atas, korang akan nampak ianya seperti burung. Ianya adalah inspirasi design dari Burung Merpati sebenarnya. So jom tengok apa yang menarik di Gereja Ayam ini. | Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam | Trip Jogja Indonesia



Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam | Trip Jogja Indonesia

Perjalanan dari Gunung Merapi kesini tak ambil masa yang lama sikit. Dalam 1 jam lebih untuk sampai ke Gereja Ayam. Korang boleh tengok maps di bawah ini


Sejarah gereja ini asalnya adalah gereja ibadah bagi beragama kristian. Tapi kini ianya telah dibuka untuk ibadah semua agama termasuk agama Islam dan hindu selain gereja. Ada juga mendiam diri. Naik ke sini pun masih sama macam tempat yang lain, perlu naik jep. dan bayaran kalau tak silap Rp 15,000 seorang. 1 jep boleh naik 3 orang. Kami cuma ambil pakej naik saja dan turun kami buat keputusan untuk berjalan kaki. Tak jauh la tapi kalau nak mendaki berpeluh juga la. Hahhahaha. Harga tiket pula adalah Rp 30,000 (kalau tak silap sebab dah lama dan dah lupa). Akan dapat sesi penerangan dan voucher untuk tuntut kayu bakar goreng di cafe di dalam gereja ini. 

Gereja ini ada beberapa tingkat. Tingkat bawah adalah tingkat untuk pintu masuk yang ada bahagian penerangan mengenai gereja dan dalam itu ada beberapa bilik untuk ruangan beribadat. Macam cik en terangkan sebelum ini, gereja ini dibuka kepada semua peganut agama dan bebas melakukan ibadat di tingkat bawah ini.

Sesi Penerangan

ruangan beribadah. Tak kira apa jua agama disini

Tempat untuk pengunjung menulis doa atau wish dan di tampal di sini.


ini ruangan doa pribadi atau ruang berdiam diri. Disini nak buat ibadat pon boleh.

Selesai menjelajah setiap bilik di tingkat bawah yang kebanyakkan banyak ruangan peribadi, kami naik ke tingkat 1 dan disini macam hall dalam gereja. Cuma ianya diubah suai menjadi tempat istirehat seperti kerusi, info mengenai gereja dan bersantai. Kat sini korang akan kiri dan kanan ada tingkat 2 tingkat lagi. Ianya adalah dibahagian kepala dan ekor .


Atas itu bahagian ekor

Atas itu bahagian kepala
Cik en naik bahagian kepala gereja dulu. Sebelum naik ada ruangan untuk kesedaran penyakit mental, dadah dan lain lain. Tangga agak kecil so korang kena hati hati dan jangan berebut sebab tangga itu boleh muat seorang je. Ada lukisan menunjukkan pakaian perkahwinan setiap suku kaum di Indonesia. 




Sampai diatas, tempatnya agak kecil so boleh buat maksimun 5 orang je. So korang kena tunggu turn. Akan ada yang jaga di tangga naik ke bahagian atas.

Permandangan dari atas kepala gereja


belakang itu bahagian ekor gereja
Tak lama duduk atas ini sebab panas sangat so cik en naik ke sebelah ekor yang mana ada cafe comel di bahagian 2 dan korang boleh santai dibahagian 3.






Selesailah explore cik en dan yang lain lain di Gereja Ayam atau Gereja Burung Merpati ini. Dalam masa yang sama cik en boleh tahu info agama agama lain. Sejarah terjadinya gereja ini. Dan beberapa info sejarah mereka. So next adalah Borobodur. Tempat wajib kena kunjungi kalau ke Jogja. So tunggu next entri okey!

Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

0

Museum Omahku Memoriku | Trip Jogja Indonesia

Museum Omahku Memoriku | Trip Jogja Indonesia | Entri sebelum ini cik en beritahu adalah Sisa Hartaku Mini Mesuem kan? Bila cik en check semula ianya berbeza tempat. So nama sebenarnya adalah Museum Omahku Memoriku. Disini adalah sebuah rumah yang hampir 70% rosak disebabkan debu dari gunung merapi. Hanya debu tau! Bukan lava tapi kesemua barangan disini hampir rosak. Cuma malangnya cik en tak snap banyak barangan yang musnah itu. Rasa macam banyak tapi bila check balik satu je yang ada. Apa boleh buat, tak ada rezeki korang la nak tengok keseluruhannya. Jom kita tengok gambar selfie je la kat sini. hahahaha | Museum Omahku Memoriku


Museum Omahku Memoriku

So gambar yang ada dalam simpanan adalah ini sahaja


Sedangkan banyak kali macam kerusi, periuk nasi, tikar cuma cik en tak ingat di mana tah semua gambar itu. Jenuh mencari. So cik en screenshoot di google images


Selain itu layan je la gambar kami berenam. Hahahah



Selesai disni kami akan ke Gereja Ayam sebelum ke Borubudor. Gereja Ayam sebenarnya bukanlah berbentuk ayam tapi terkenal dengan nama ayam. Yang itu nanti cik en story di next entri okey?

Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

0

Kenapa di Sebut Tempat Ini Batu Alien? | Trip Jogja Indonesia

Kenapa di Sebut Tempat Ini Batu Alien? | Trip Jogja Indonesia | Tertanya tak korang sebelum ini cik en kata nak ke Batu Alien? Ha sudah, Jogja dah ada alien ke? Hahahha, so far cik en sendiri pun tak faham kenapa perlu dipanggil Batu Alien sebelum diterangkan. So tugas cik en nak terangkan kat hampa semua pula naaaa.. Tapi cik en tak pasti nak terangkan macamna sebab macam susah je nak terangkan. Harap kalau korang yang faham itu boleh la bantu yang tak faham itu yerk?. Hahaha. Jarak dari Bunker Kaliedem ke Batu Alien ini tak jauh mana. Masih menjadikan Gunung Merapi sebagai latar belakang. So jom tengok tang mana yang dikatakan Batu Alien dan Kenapa di Sebut Tempat Ini Batu Alien? 


Kenapa di Sebut Tempat Ini Batu Alien?

Kat sini tak banyak gambar batu alien ini di ambil sebab semua teruja untuk gambar berlatar belakangkan Gunung Merapi so cik en ada 2 3 keping gambar batu ini. Salah satunya di bawah ini


Nampak idok? Tak nampak? cik en pun tak nampak masa nak select gambar mana yang clear. So ada satu yang clear iaitu 



Kalau tak nampak juga itu tanda pendek umur la. Hahahha. Gurau je. Sebab batu ini la Kenapa di Sebut Tempat Ini Batu Alien. Dijumpai pada 2010. Menurut supir, kawasan ini dulu adalah berkampungan. Tapi debu dan lava menutupi sampai tertutup kawasan perkampungan ini. Batu alien tersebut adalah bongkahan batu yang dibawa dari Gunung Merapi. 

Next masa selfie time!!! 






Kalau korang nak lebih tau pasal Batu Alien ini korang boleh baca entri Batu Alien. So lepas Batu Alien kami menuju Mini Muzium Sisa Hartaku. Kat sana nanti, barulah cik en tahu debu gunung mampu buat rumah musnah

Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

0