Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: indonesia

Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi | Trip Jogja Indonesia

Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi | Trip Jogja Indonesia | Permandangan di kawasan Bunker Kaliadem sangat cantik. Dari jauh nampak Gunung Merapi mengeluarkan debu debunya. So mana yang tak tahu, masa kami ke sini, kami dilarang untuk dekat dengan kaki gunung merapi disebabkan gunung merapi memuntahkan asap asap yang menandakan bila bila masa larva boleh meletus. So kami cuma boleh bergambar di kawasan Bunker Kaliadem dan berjalan jalan di kedai kedai menjual cenderahati. Excited tak nak tahu apa Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi ? Kena la baca entri ini sampai habis okey?


Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi | Trip Joja Indonesia


Dari tapak sunrise ke Bunker Kaliadem ini tak jauh mana. so takyah kot cik en nak sediakan map. Tempat kami pergi ini keliling Gunung Merapi je. Tak jauh mana. Dari tempat letak jeep kami kena melalui kedai jualan cenderahati yang terhasil dari kesan larva.






Nampak tak bunga bewarna warni itu? Nama bunga itu bunga abadi atau dalam bahasa saintifiknya Anaphalis javanica yang tumbuh di kawasan pergunungan Indonesia seperti Gunung Rinjiani di Lombok, Gunung Merbabu, Gunung Semeru, Gunung Papandayan, dan sebagainya. Walaupun di luar negara ada bunga ini tapi tak sama yang ada di Indonesia. Digelar bunga abadi disebabkan bunga ini ada hormon yang mampu mencegah kelopak bunga gugur. Tapi populasinya semakin menurun dan mungkin akan pupus satu hari nanti. Jadi bunga ini menjadi bunga terancam dan pihak kerajaan Indonesia tidak membenarkan sesiapa untuk memetiknya. Info penuh di entri Bunga Abadi Indonesia


Berdepan dengan kedai ini, ada satu tangga naik keatas dan bila sampai ke atas korang akan nampak tulisan Bunker Kaliadem berlatar belakangkan Gunung Merapi


Di sini ada bunker atau bilik bawah tanah ini ada sejarahnya sendiri. Kalau sesiapa yang follow story awal di instagram cik en, cik en akan cerita mengenai kematian 2 orang penjaga Gunung Merapi pada tahun 2006 kerana terperangkap dalam bilik bawah tanah ini semasa larva sampai muka pintu bilik bawah tanah ini. Kematian kerana kepanasan sehingga mencecah 200 darjah celcius. Mangsa bernama Warjono dan Sudarwanto. Salah seorang ditemui mati di dalam bilik air. Mati dalam air mendidih. Lagi seorang pula di temui di luar dengan kesan terbakar pada kulit luar sahaja. Jadi pihak Indonesia hasil post mortem salah seorang mangsa mengeluarkan kenyataan mereka meninggal kerana suhu yang tinggi. info

Cik en dan yang lain berpeluang masuk tapi ianya agak menyeramkan dan supir pun menunjukkan tempat mangsa di temui mati. Naik juga bulu roma cik en tapi apa pun ianya itu bahagian mereka berdua. Mungkin ada yang tanya kenapa tak lari terus dan kenapa masuk dalam bunker ini. Dikatakan mereka tak sempat melarikan diri kerana kelajuan larva yang 100km perjam (kalau tak silap cik en dengar la). Bayangkan kalau kita di tempat mereka berdua. Tak boleh nak bayangkan keadaan mereka masa itu kan? 

Itulah Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi ini. Tapi dengan lava itulah buat tanah di sekitarnya jadi subur dan cantik. Ini antara gambar yang sempat cik en tangkap. 





Settle di kawasan Bunker Kaliadem ini, lepas ini kami menuju ke Batu Alien pula. Kenapa di sebut Batu Alien? Kena tunggu la next entri Trip Joja Indonesia ini. Jumpa nanti... daaaaaa...


Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

0

Menghayati Sunrise di Kaki Gunung Merapi | Trip Jogja Indonesia

Menghayati Sunrise di Kaki Gunung Merapi | Trip Jogja Indonesia | Dah masuk hari kedua di bumi Jogja. Mesti ramai tertunggu entri ini sebab view untuk Trip Jogja Indonesia sebelum ini dah mencecah 4 angka. Nampak sangat korang excited untuk tahu tempat menarik yang kami berenam untuk hari kedua. So untuk hari kedua ini, cik en pecahkan mnegikut tempat sebabnya di kawasan Gunung Merapi pun dah ada 4 wisata yang kami melawat. Ianya adakah pakej bila korang sewa jip. Disini kebanyakan kena sewa jip disebabkan wisata ini terletak di kawasan bergunung dan susah untuk kenderaan biasa masuk. 


Menghayati Sunrise di Kaki Gunung Merapi | Trip Jogja Indonesia


Untuk ini kami kena keluar dari hotel seawal 4.00 pagi dan pukul 4.30 pagi dan dah ada dalam jip untuk bergerak ke tempat terbaik untuk tengok sunrise. Untuk ini korang boleh tengok pakej di bawah ini 




Ada 4 jenis pakej. Dan kami ambil yang pakej Sunrise. Pakej lengkap korang boleh tengok di Pakej Wisata Jeep Merapi JWM. Untuk pakej ini korang akan melawat 

PAKET SUNRISE
-BASECAMP
-SUNRISE MERAPI (AREA BUNKER KALIADEM)
-MATERIAL PANAS MERAPI
-BATU ALIEN (BATU WAJAH)
-MINI MUSIUM SISA HARTAKU
-BASECAMP

Even Sunrise Merapi di kawasan Bunker Kaliadem tapi disebabkan cik en banyak sangat gambar nak kongsi cik en asingkan sebab di Bunker Kaliadem nanti akan ada cerita panjang lebar. Berbalik kepada trip sunrise tadi. Dalam pukul 5.30 pagi camtu kami dah stanby di kawasan yang sesuai untuk melihat sunrise dan permandangan Gunung Merapi yang cantik. Walaupun nanti akan nampak juga Gunung Merapi semasa Bunker Kaliadem. So korang layan gamabr saja la eh? Hahhahaha







Kejap je nak cerah. Tak sampai sejam kami kat sana terus cerah. Permandangan Gunung Merapi diwaktu pagi sangat cantik. Tak boleh nak story camne tapi apa yang terpacul dari mulut cik en Mashaalllah, indahnya ciptaan Allah pada bumi Jogja. Kalau dengar Gunung Merapi semua orang gerun sebab debu nya mampu mematikan lembu. Apatah lagi larvanya. Tapi hasil dari larva itu buat kawasan disekitarnya sangat subur dan cantik. 






Kebetulan jumpa beberapa group dari Malaysia so kami pun bergambar bersama


Settle disini kami menuju ke Bunker Kalaidem. Disana nanti cik en akan story kisah kematian penjaga gunung merapi dan barang dari larva gunung merapi. Mungkin ambil masa yang lama untuk cik en taip memandangkan cik en agak sibuk buat masa ini. So mana yang terlepas entri sebelum ini, korang boleh baca dulu. Link di penghujung entri ini. Mana yang dah selesai baca semua entri Trip Jogja Indonesia in, kena tunggu la ye. Cik en akan pulun cepat cepat keluarkan entri seterusnya. 

0

Pantai Timang - Gondola - Lobster | Trip Jogja Indonesia

Pantai Timang - Gondola  - Lobster | Trip Jogja Indonesia | Sampai saja ke Jogja, kami terus ke Pantai Timang untuk naik gondola dan makan malam lobster. So untuk 3 aktiviti ini disatu tempat yang sama. Untuk pengetahun korang, kalau korang travel ke Jogja, kebanyakan tempat perlu naik jip. Sebab jalannya yang adventure so kalau korang hanya ambil pakej supir, pastikan spare untuk harga jip. Kebanyakan jip boleh naik 4 orang termasuk pemandu. So dalam 3 orang la. | Pantai Timang - Gondola  - Lobster | Trip Jogja Indonesia


Pantai Timang - Gondola  - Lobster | Trip Jogja Indonesia

Perjalanan dari airport ke tempat Jip nak naik ke Pantai Timang dan Gondala ini ambil masa hampir 2 jam. Jalannya memang evil sikit. Macam jalan naik ke Cameron ikut Tapah tapi versi landai. Cik en dah mula nak muntah juga tapi masih still ok. Tapi ada geng lain yang dah mabuk. Terutama duduk di bahagian belakang sekali. Oh ya, kami naik Avanza yang mana muat muat untuk 6 orang. Dibawa ini maps dari airport ke Pantai Timang.


Sampai tempat jip, kami siap siap order makan malam iaitu Lobster itu. Kedai makan itu betul betul tempat jip kami. Ini kedai dia. Kedai Lobster Pak Sis Timang



So cik en sempat la snap gambar dengan lobster yang ada disni. Boleh pulak time nak snap gambar lobster tu mengelupur so ini la gambar cik en paling suka nak kongsi dengan korang.


Selesai tempah makanan kami terus ke tempat Jip. 1 jip Rp350,000 untuk 3 orang. So selesai bayar kami meneruskan perjalanan mencabar ke Pantai Timang. 



Perjalanan nak ke Pantai Timang sangat adventure. Terbalik balik kami dalam jip. So cik en tak galakkan la perempuan mengandung atau baby yang sangat kecil naik ke sini. Jalan dia berbatu besar dan memang tak banyak jalan yang rata



Hampir 15 minit tergolek golek dalam jip, kami sampai juga. Bila sampai Masallah. Memang cantik sangat tempatnya




Untuk kesana ada 2 cara, melalui gondola dan jambatan gantung. So tips yang gayat tu, better naik gondola dari jambatan sebab gondola duduk je dan ada yang tarik. Untuk gondola korang bayar Rp 150,000 pergi dan balik. Kalau jambatan Rp 100,000 pergi dan balik. Tak boleh nak rqust pergi naik jambatan balik naik gondola. Enggak bisa ye. So dibawah ini video cik en dan Lia Hastu naik gondola






Nampak gayat kan tapi sebenarnya tak gayat langsung. Sampai sebelah sana korang boleh snap gambar sekitar dan ada dibekalkan air mineral.


Kami ambil masa setengah jam di pulau ini dan hanya menikmati hempasan air laut pada batu. Rasa tenang lepak je. Air sangat deras kawasan ini. So bila sesekali ombak besar datang memang kuat bunyinya.

Selesai tangkap gambar di area sini, kami balik ke tanah besar dan sambung selfie lagi. hahahaha



Dalam sejam di sebelah kami pun turun sebab perut dah mula keroncong. So bila sampai bawah, kami menunggu la menu yang kami dah order sebelum kami naik. Ini menu menunya


Makanan ini cukup itu kami berenam. Kenyang sungguh la.. Sampai kena buka tali pinggang seluar. Hahahahha. Selesai makan sepatutnya kami ke Pinus Pingger Malam tapi bila sampai pertengahan jalan hujan sangat lebat dan masa mula lewat jadi kami skip tempat itu. Kami terus ke hotel.


Kami perlu tidur awal sebab esok untuk hari kedua kami kena keluar hotel seawal 4 pagi. So untuk story hari ke 2, cik en story next entri ok?

Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

2

Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia

Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia | Lamanya cik en ambil masa untuk update trip travel cik en kali ini. Biasalah kehidupan yang sibuk buat cik en sendiri tak sempat nak mengadap laptop untuk update. Kalau yang rajin terjah blog cik en ini, beberapa bulan ini cik en memang slow dalam update blog walaupun banyak cik en nak story dengan korang. Cik en sempat update di instastory je. Kalau sesiapa rajin nak tengok boleh la follow instgram cik en Eintan Nurfuzie. Okey back to my travel, cik en nak story Trip Jogja Indonesia pada 16 Februari hingga 19 Februari 2019 lepas. Untuk entri pertama mestilah entri pemanas episod Trip Jogja Indonesia ini kan? | Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia


Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia

Untuk kali ini, cik en memilih Air Asia dan kali ini cik en memberanikan diri untuk travel dengan orang cik en tak kenal. Kami kenal masa sampai di KLIA2. Kami seramai 6 orang yang mana cik en cuma kenal seorang dari 5 orang yang lain. Yang cik en kenali blogger juga iaitu Lia Hasty. Kami berdua pun lewat sikit beli tiket flight berbanding yang lain. 


Cik en perkenalkan kesemua team trip travel jogja indonesia. Kiri cik en Lia Hastu, Belakangnya yang comel je itu Kak Alyn, sebelahnya VJ, kemudiannya Murni dan sebelahnya dan juga belakang cik en Ina. Mereka yang lain semua dari Penang. Cik en seorang dari Perak. Mereka berlima naik flight dari Penang. Cik en macam biasalah la naik shuttle bus dari Sitiawan. 

Kami terbang dari KLIA2 lebih kurang 9.45 pagi dan perjalanan megambil masa lebih kurang 3 jam. Jika sebelum ini cik en tak ambil makanan di atas flight kali ini cik en bertekad untuk makan juga sebab cik en rasa terseksa hidu bau kesedapan makanan masa trip ke Lombok sebelum ini. So kali ini cik en order ini.....



Nasi Lemak Pak Nasser yang pernah viral sebelum ini. So far memang sedap dan cik en akui menu menu dalam flight ini memang sedap. Sebabnya cik en pernah tengok di discovery channel, menu untuk passanger flight bertaraf hotel 5 bintang. Selain daripada Nasi Lemak Pak Nasser, ada menu lain yang cik en dah story di Menu Air Aisa 2019

Lepas itu, macam biasa, kita isi declaration form dan pastikan korang siap siap bawa pen ok? 


Kali ini airport yang cik en sampai tak sama dengan airport sebelum ini. Flight dia berdepan dengan ruang ketibaan. Katanya ini airport sementara mereka. Mereka akan dapat airport yang lebih besar nanti. So korang boleh tengok gambar di bawah ini. 


Sesiapa nak bergambar depan flight pun boleh. Hahahahha. So sampai saja airport ini, kami buat urusan ketibaan dan menunggu supir yang dah ditempah. So stay tuned untuk next entri. 

Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

2