Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: hiburan

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Lirik Lagu Kemarin - Seventeen Band

Lirik Lagu Kemarin - Seventeen Band | Entah kenapa lagu Kemarin - Seventeen Band buat cik en rasa lagu yang menusuk ke kalbu. Mungkin kes Tsunami di Banten buat ianya terkenal lately ini. Apa apa pun takziah semua penduduk Banten dan Seventeen Band juga. | Lirik Lagu Kemarin - Seventeen Band


Lirik Lagu Kemarin - Seventeen Band


Kemarin engkau Masih ada disini
Bersamaku Menikmati rasa ini
Berharap semua Takkan pernah berakhir
Bersamamu Bersamamu

Kemarin Dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu Merasakan ini semua
Melewati hitam Putih hidup ini
Bersamamu Bersamamu

Kini Sendiri disini
Mencarimu Tak tahu dimana
Semoga tenang Kau disana
Selamanya

Aku Slalu mengingatmu
Doakan mu Setiap malamku
Semoga tenang Kau disana
Selamanya

*Music

Kini Sendiri disini
Mencarimu Tak tahu dimana
Semoga tenang Kau disana
Selamanya

Aku Slalu mengingatmu
Doakan mu Setiap malamku
Semoga tenang Kau disana
Selamanya


3

Lirik dan Video Lagu Sedalam Dalam Rindu – Tajul (Adik Arwah Achik Spin)


Lirik dan Video Lagu Sedalam Dalam Rindu – Tajul (Adik Arwah Achik Spin)

Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku

Biarpun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati



1

Lirik dan Video Lagu Dirgahayu (OST Lara Aishah) – Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir


Lirik dan Video Lagu Dirgahayu (OST Lara Aishah) – Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir | Lagu yang menjadi siulan sebelah petang setiap kali drama Lara Aishah di Astro Prima ditayangkan. 


Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Ouhhh huwooo
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Andai takdir kita bertemu lagi
(Ku berdoa selalu)
Masihkah akan kau kenang kembali
(Takkan pernahku lepas)
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Tidak pernahku bersoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Cinta dirgahayu
Dirgahayu
Cinta dirgahayu
0

Lirik Lagu Andai Aku Di Sisi Mu (OST Surah Buat Maisarah) - Hafiz Hamidun


Lirik Lagu Andai Aku Di Sisi Mu (OST Surah Buat Maisarah) - Hafiz Hamidun

Pada-Mu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu

Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..

c/o
Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu
Berhakkah ku ulang masa lalu

10

Pinggiran Syurga Nyanyian Wan Imir Buat Arwah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar


Lagu dan Lirik Pinggiran Syurga Nyanyian Wan Imir Buat Arwah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar | Masih terasa kehilangan arwah Dato Wan. Masih ramai yang terasa kehilangannya. Jika sebelum ini cik en pernah kongsi entri mengenai Kisah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar Diabadikan, kali ini cik en kongsikan lagu yang dinyanyikan oleh Wan Imir iaitu anak kedua arwah Dato Wan khas dibuat oleh Edry KRU untuk meluahkan perasaan keluarga arwah atas kehilangan arwah. Cik en yang memang dekat dengan arwah dan keluarganya terasa sebak dan dapat merasakan kesedihan keluarga Dato Wan. Lagu yang diberi tajuk Pinggiran Syurga ini adalah single pertama Wan Imir dan dibuat bersempena Hari Bapa. Jom kita dengar lagu ini


Ooo. Tuhan 
Berikan aku kekuatan
Mendengar rintihan ibuku berdoa
Sejahtera memanggil ayahku tuk pulang kembali
Berkecai hati ku menerima takdir

Aku rindu kan 
Setiap sentuhan
Setiap saat belaian kasihnya 
Tuhan janjikan kami ditemukan  
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga

Setiap tidur malamku takkan lena
Terkenang detik indah manja bersama
Namun aku redha 
Malah diapernah berkata
Sudah tertulis pasti ada hikmahnya

Aku rindu kan 
Setiap sentuhan
Setiap saat belaian kasihnya 
Tuhan janjikan kami ditemukan  
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga
Sudah tertulis pasti ada hikmah 

Aku rindu kan 
Setiap sentuhan
Setiap saat belaian kasihnya 
Tuhan janjikan kami ditemukan  
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga
Jumpa di pinggiran syurga
Jumpa di pinggiran syurga

Dan menurut Wan Imir, 2 bulan sebelum kejadian yang meragut nyawa arwah, arwah ada menelefon pihak KRU dan selepas kejadian tersebut, pihak KRU telah menghubungi Wan Imir dan mencipta lagu tersebut khas untuk arwah Dato Wan. Disini cik en kongsi juga disebalik tabir rakaman vokal lagu ini


Apa apa pun, cik en berharap keluarga arwah Dato Wan meredhai pemergian arwah. Apa yang terjadi sudah tertulis sebelum lahir lagi. Diharap keluarga arwah tabah dan sekali lagi cik en beritahui, kami sayang arwah bukan kerana politik dan pangkat tapi kerana sifat peribadi arwah. Al-Fatihah...

1

Lirik Lagu Tetap Dirimu - Selasa Band


Lirik Lagu Tetap Dirimu - Selasa Band yang dikeluarkan pada tahun 2015. Selasa Band dianggotai oleh enam jejaka yang bergabung menjadi sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Lombok, Indonesia. Selain vokalisnya, Dhena, band itu terdiri daripada Oboy (dram), Hendri (keyboard), Bayu (bass), Poci dan Ardi sebagai gitaris.

Disaat malam mulai turun
Perlahan lahan gelap
Menyelimuti bumi
Menyelubungi dunia
Meruntuhi angkasa

Terlihat dari kejauhan
Titik putih dilangit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Dihati ku tetap diri mu sayang

Terlihat dari kejauhan
Titik putih dilangit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Dihati ku tetap diri mu sayang

Tunggu ku terbang bersama angin
Masuki mimpi dalam tidur lelap ku
Aku tenggelam sulit terpejam
Membayangkan wajah mu

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu
hanya kamu
hanya kamu

1

Kerana Mira Filzah Aku Jadi Baran


Kerana Mira Filzah Aku Jadi Baran | Ketuk ketuk Ramadan 2016 dihoskan oleh sis Sheila Rusly telah menjelajah seluruh negara untuk dibuat rakaman. 24 April 2016, Ketuk Ketuk Ramadan 2016 di jadual kan beradan di Tesco Seri Manjung Perak. Dan semestinya cik en tidak kisah pun sebabnya cik en bukannya fanatik pada artis artis. Tapi kerana seorang sahabat aka rakan sekerja Anis, cik en turutkan kemahuan dia untuk meneman. Cik en ni kalau ramai sangat cik en tidak berapa suka. Lebih baik shopping di Tesco. Tapi dah dipujuk oleh anis, cik en pun tunggu dan tengoklah rakaman tersebut. 


So rakaman diatas adalah dicelah celah rak dan jadilah. Ingatkan sudah selesailah tetapi Anis masih tidak puas hati selagi tak ada gambar dengan Mira Filzah. Nasib la kawan, cik en ikutkan dan beratur, berhempit dan menolak nolak menunggu giliran. Ada yang cuba memboloskan diri tapi cik en memang cekap, memang cik en tak bagi can langsung. Sampai sebaris dua giliran kami, ada satu side yang menyerbu dan ada satu mamat asyik nak menangkap gambar. Sedangkan dari awal, dijanjikan hanya side yang kami berbaris yang akan dipanggil. Tapi cik en releks lagi. Sebab dah nunggu lama, cik en mula la panas satu badan. Aku memang baran orangnya! Dengan panas hati, memang boo dan sound dari jauh la. Kecoh kejap la Tapi cik en di sebalik orang lain jadi dorang tak dapat nak tengok cik en. Selepas itu, barulah kumpulan tersebut beransur ansur. Dan kami dengan cepat dipanggil untuk bergambar. 


Abaikan kegemukan cik en ye. So hasilnya diatas la. Snap sekeping dua. Hahaha.. So kesimpulan "Aku Baran Orangnya"

p/s : Mira Filzah memang sangat cantik dan lembut orangnya. Tapi Sheila Rusly cik en puji, sangat putih dan sangat cantik.

10

Apabila Pelakon Jadi Penyanyi - Gempak Superstar


Apabila Pelakon Jadi Penyanyi - Gempak Superstar | Nampaknya Astro telah mengeluarkan satu siri terbaru iaitu Gempak Superstar yang akan ditayangkan setiap ahad jam 9.00 malam bermula 10 April 2016 jam di Astro Ria (saluran 104 dan Ria HD ( Saluran 123) 

Terdapat 10 orang peserta yang terdiri daripa pelakon yang terkenal di Malaysia. 10 peserta terbahagi kepada 5 orang perempuan dan 5 orang wanita. 

10 peserta tersebut adalah
  1. Nazim Othman
  2. Sofi Jikan
  3. Ryzal Jaafar
  4. Dazrin Kamarudin 
  5. Arja Lee
  6. Tasha Shilla
  7. Raja Ilya
  8. Izreen Azminda
  9. Sherry Ibrahim
  10. Siti Elizad
4 Tenaga pengajar adalah
  1. Datuk Ramli MS selaku pengarah muzik dan vokal
  2. Datin Marlia Musa
  3. Pat Ibrahim (penasihat drama) 
  4. Hanafi Rosdi (penasihat koreografi)
Pengacara Gempak Superstar
  1. Scha Alyahya 
  2. Sharnaaz Ahmad
Sistem Pemarkahan terbahagi kepada 2 iaitu 50% juru tetap dan 50% undian sms (penonton). Jom kita tengok kehebatan pelakon pelakon ini menyanyikan mengikut tema setiap minggu. sumber
5

Senarai Peserta Akademi Silat Pendekar Muda Al-Hijrah


Senarai Peserta Akademi Silat Pendekar Muda Al-Hijrah | Akademi Silat Pendekar Muda adalah anjuran TV AL-Hijrah yang akan ditayangkan setiap hari Rabu Jam 9 Malam mulai 9 Mac 2016. Ianya untuk menarik minat orang muda dalam mempelajari seni silat yang berteraskan Islam di samping mengekalkan budaya warisan bangsa. Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama.

Pengetua Akademi Silat Pendekar Muda ini adalah seorang pelakon veteren yang cik en sangat kagumi iaitu dipanggil sebagai Master Ruzaidi


  • Nama: Ruzaidi Bin Hj Abdul Rahman
  • Profesion: Jurulatih Seni Bela diri, Pengamal Perubatan Tradisional, Pengiring VIP, Aktor.
  • Aliran Seni Bela diri: Silat Cemandi, Silat Seni Gayong, Silat Pendekar Bertuah,Silat Abjad,Muay Thai,Boxing,
  • Pencapaian :
    1. Pingat Emas Sea Games 1986
    2. Pingat Emas Kejuaraan Dunia 1990 Holland
    3. Pingat Emas Merdeka Games 1990 Brunei
    4. Pingat Emas Terbuka Antarabangsa 1990 Kl
    5. Pingat Emas Kejuaraan Silat Kebangsaan 3 Kali (1988,1989,1990)
    6. 2005- Mendapat Anugerah The Best Martial Arts Instructor Of The Year Dari World Head Of Family Sokeship Council Di Florida
    7. Pernah Menjadi Jurulatih Kepada Penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor
Pengacara Akademi Silat Pendekar Muda ini pula adalah Jimmly Shanley


Peserta yang berjaya adalah seramai 10 orang anak muda dari pelbagai perkejaan dan negeri


Nama : Ahmad Syahmi Bin Shaari
Umur : 24 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pekerjaan : Pereka Dalaman

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk membuktikan bahawa walaupun bekerjaya sebagai pereka dalaman, saya masih menyanjung silat sebagai warisan seni mempertahankan diri.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya menaruh harapan untuk menjadi juara dan semoga program Akademi Silat dapat menarik semula minat anak-anak muda kepada seni silat.


Nama : Mohamad Hafeez Nasri
Umur : 25 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Kerani

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengasah bakat saya supaya lebih mahir dalam seni silat dan dapat mengembangkan silat ke luar negara.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Untuk menjadi ikon silat dan contoh kepada anak-anak muda sekarang.


Nama : Mohammad Amirul Suffi Bin Abd. Rahim
Umur : 21 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Mekanik

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengembalikan semula kegemilangan ilmu persilatan Melayu di Malaysia

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Dapat lebih memahami dan memartabatkan semula seni silat Melayu di serata nusantara.



Nama : Mohammad Syahmi Azri Bin Zaini
Umur : 22 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Guru

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan seni warisan bangsa sendiri iaitu silat

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Berharap agar seni warisan bangsa ini akan terus berkembang di persada dunia.


Nama : Mohd. Syamil Bin Jamal
Umur : 23 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Bekerja sendiri

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengembangkan ilmu silat ke seluruh dunia

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Belajar silat bukan sekadar untuk dipamerkan dan pertahankan diri semata-mata, tetapi juga untuk mempertahankan bangsa dan negara.


Nama : Muhammad Adib Bin Jamaludin
Umur : 22 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Peniaga

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan semula budaya seni silat Melayu.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Semoga seni silat ini dapat dipopularkan semula dan diperluaskan hingga ke luar negara.


Nama : Muhammad Ridhuan Bin Jusof
Umur : 20 tahun
Asal : Pahang
Pekerjaan : Pelajar

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memperbaiki kekurangan, memperkemas serta meningkatkan teknik dan gerakan seni mempertahankan diri saya . Saya juga ingin menaikkan semula seni silat yang semakin pupus dan ditelan zaman.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya berharap agar dapat membantu anak-anak muda dalam menaikkan serta mempertahankan seni silat ini.


Nama : Muhammad Rusydi Bin Rodzaki
Umur : 24 tahun
Asal : Pulau Pinang
Pekerjaan : Peniaga

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memperjuangkan dan memartabatkan seni silat Melayu di Malaysia.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya berharap agar generasi muda dapat memupuk jati diri dalam diri dan mengenali asal usul mereka. Di samping itu, generasi ini juga perlu dipupuk untuk mempelajari seni silat sambil beriman kepada Allah SWT.


Nama : Muhammad Syahmi Bin Shamshuddin
Umur : 23 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Pelajar

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk meningkatkan mutu silat saya di samping memartabatkan seni warisan budaya Melayu ini.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Semoga program ini dapat melahirkan modal insan dan ikon kepada belia-belia dan generasi akan datang.


Nama : Nor Hisyam Bin Hassan
Umur : 20 tahun
Asal : Kedah

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan budaya seni silat melayu

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Berharap agar seni silat ini dapat diperkembangkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut bolehlah klik link di bawah ini

http://akademisilat.com/

https://www.facebook.com/akademisilat/


2

Leonardo DiCaprio Menang Pelakon Terbaik di Oscar 2016


Leonardo DiCaprio Menang Pelakon Terbaik di Oscar 2016 | Ini merupakan kemenangan pertama setelah tercalon sebanyak 6 kali di Oscar. Ianya menjadi viral di media sosial dan nampaknya usaha Leonardo DiCarpio berjaya walaupun ianya menjadi kejutan ramai. Ia menang dalam The Revenant dan sekaligus menghapuskan sumpahan terhadapnya.

3

Eina Azman Selamat Melahirkan Anak Kembar


Eina Azman Selamat Melahirkan Anak Kembar | Alhamdulillah, penantian Eina Azman dan suaminya Dato Paduka Kaiser berakhir apabila Eina Azman selamat melahirkan anak kembar  lebih kurang pukul 7 malam 19 Februari 2016. Eina Azman dan bayi bayinya selamat dan dalam keadaan sihat. Info daripada Instagram Dato Paduka Kaiser sendiri. Tahniah diucapkan



9

Sinopsis Seindah Takdir Cinta


Sinopsis Seindah Takdir Cinta | Karya KAMSIAH ABU bakal ditayangkan dan dilakonkan oleh Syarul Ridzwan dan Amyra Rosli

MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.
Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.
Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?
3

Sinopsis Akadku Yang Terakhir

Sinopsis Akadku Yang Terakhir

Sinopsis Akadku Yang Terakhir | Akadku Yang Terakhir adalah diadptasi dari novel karya Acik Lana dan bakal ditayangkan. Gandingan Amar Baharin dan Mia Ahmad akan dikatakan bakal menjadi pilihan penonton. Jom kita baca sinopsisnya :

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.
Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.
Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?
“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Irham Zahri punya trauma yg menyebabkan dia tidak dapat bertahan dalam alam perkahwinan. Berjumpa Rania Baheera , Pakar Psikoterapi atas desakan papanya kerana bimbang dengan masalah jiwa Irham yang berkahwin dan bercerai 3 kali dengan usia perkahwinan tak sampai setahun!
Rania dalam diam menyimpan perasaan sayang kepada abang angkatnya, Fazriq. Sedangkan Fazriq cintakan Zulin, kakak Rania. Irham pula punya kisah ‘pahit’ dari pengalaman pakciknya.
Dari situlah, bermulanya pertemuan Irham dengan Rania. Permulaannya Irham memang tidak dapat terima Rania sebagai doktor yang merawatnya. Lagi2 bila dia lihat Rania terlalu muda dan belum berkahwin. Disebabkan ego Irham sampai tidak mahu memberi kerjasama, Rania terpaksa berbohong bahawa dirinya telah berkahwin. Irham pula cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan, tapi Rania tidak makan rasuah. Irham yang geram dengan sikap Rania membuat rancangan untuk mengenakan Rania. Dalam masa yang sama Rania kecewa dengan Fazriq lalu Rania menerima tawaran Irham dan pergi ke Johor. Tapi lain pula yang jadi bila tiba - tiba hatinya berasa lain dan mereka semakin rapat.
Macam-macam cara Irham pikat Rania. Irham sampai sanggup melamar Rania jadi isterinya. Irham telah buat Rania melupakan Fazriq 100%. Rania yang pada mulanya menindakkan perasaannya terhadap Irham akhirnya kalah dengan perasaannya. Hatinya mula belajar merindu bila Irham jauh dimata. Tapi Rania masih serba salah untuk menerima Irham disebabkan sejarah perkahwinan Irham sebelum ini. Tapi bila hati dah sayang, Rania terima jugak lamaran Irham. Manakala keluarga Irham berasa ragu2 dgn keputusan Irham untuk berkahwin lagi kerana bimbang ‘jiwa’ Irham masih tidak sihat!
Awal perkahwinan mereka bahagia namun Irham mula berubah kerana rasa cemburu pada hubungan Rania dan Fazriq. Keadaan menjadi rumit bila Irham bertindak kasar kesan dari masalah jiwanya. Campur tangan keluarga membuatkan Irham terpaksa melepaskan Rania!
Sedih dan kecewanya Rania dgn keputusan Irham tapi akur demi masa depan mereka! Irham kemudiannya berkeputusan merawat ‘sakit’nya di luar negara. Manakala Rania kekal menunggu dan tetap setia kepada Irham. Dua tahun berpisah dan dipertemukan dalam situasi salah faham! Sakitnya Irham bila ‘tahu’ Rania bersama Dr Herdy. Terlukanya Rania bila ‘hadirnya’ Jannah antara dia dan Irham…
Sekali lagi keluarga campur tangan dan salah faham diperbetulkan…Hati keduanya yg masih dan punya cinta kembali terikat… dan kali ini ikatan mereka lebih indah dan manis dengan restu kedua2 belah keluarga dan tanpa ada rahsia! sumber
1

Jadual Ikon di Rancangan Seiras Seirama Astro


Jadual Ikon di Rancangan Seiras Seirama Astro | Nampaknya sambutan bagi rancangan terbaru Astro, Seiras Seirama mendapat sambutan yang memberansangkan. Bemula dengan Ikon Dato Jamal Abdillah, ramai yang menantikan dan tertanya minggu ikon ikon lain. Ikon ikon yang terlibat adalah Dato Jamal Abdillah, Hafiz Suib,  Ella, Misha Omar, Ziana Zain, Mas Idayu dan Faizal Tahir. Jadual mingguan untuk ikon adalah 

20 Disember 2015 
Dato Jamal Abdillah 

27 Disember 2015  
Hafiz Suip 

3 Januari 2016 
Ella 

10 Januari 2016  
Misha Omar 

17 Januari 2016 
Ziana Zain 

24 Januari 2016  
Mas Idayu 

31 Januari 2016 
Faizal Tahir 

7 Februari 2016
Final

Nantikan kemunculan Norazlina Aziz di bawah ikon Ziana Zain ye
4

Lirik dan Video lagu Satu Hari Nanti (OST Cik Cinderella dan Encik Tengku) – Najwa Latif


Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doaku untukku
Setiap doaku untukmu

Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa

Tadi pagi ku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa

Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya

Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Ada orang yang gilakan harta
Ada yang hidup mewah tanpanya
Jika tak guna apa yang disediakan
Seandainya gagal jangan beri alasan

Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa
Semua ku sayang ku bawa

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya

Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya

Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Siapa yang halau
Dan siapa yang menunggu
Aku tak perlu kau ikut
Hantar aku ke hujung

Lambai selagi ku wujud
Senyum selagi ku berdiri
Senyum selagi ku berjanji
Yeah yeah

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya

Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya

Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya
2

IP Man 3 bakal Di Tayang 24 Disember 2015

IP Man 3 bakal di tayang 24 Disember 2015

IP Man 3 bakal di tayang 24 Disember 2015 | Cik en diakui minat dengan cerita IP Man dan telah menonton IP Man seri pertama dan kedua. Jadi semestinya tidak akan ketinggalan untuk melihat IP MAN 3 pula. Kali ini Donnie Yen akan berlakon bersama Mike Tyson dan menelan kso RM132.26 juta

Kuala Lumpur: Bintang aksi Hong Kong, Donnie Yen, 52, mendedahkan dia nyaris terkena tumbukan peninju lagenda Mike Tyson beberapa kali ketika melakonkan babak pertarungan dalam filem Ip Man 3, beberapa bulan lalu.
Donnie berkata, babak itu antara cabaran dalam filem arahan Wilson Yip itu yang dihadapinya berikutan Tyson tidak biasa berlakon.
"Tyson peninju tersohor dunia dan pergerakan dia sangat rumit. Tambahan pula dia sukar mengingati pergerakan yang diajar, jadi kami terpaksa melakukan aksi pertarungan betul.
"Mujur saya dapat mengelak tumbukan Tyson beberapa kali," katanya yang memegang watak sebagai lagenda seni pertahanan diri WIng Chun, Yip Man.
Menurutnya, peluang berlakon dengan Tyson sememangnya pengalaman baik dan dia juga peminat peninju terbabit.
"Ketika bertemu dengan Tyson, dia turut memberitahu meminati filem IpMan selepas menonton siri pertama dan kedua," katanya ketika ditemui di sidang media filem berkenaan di sini, petang tadi.
Filem IP Man 3 yang menelan kos pembikinan mencecah RM132.26 juta itu bakal menemui penonton di negara ini pada 24 Disember ini.
Barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Lynn Xiong, Karena Ng dan Max Zhang.

7

Juara Gegar Vaganza 2 (2015)


Juara Gegar Vaganza 2 (2015) | Selama 9 minggu beraksi, 13 Disember 2015 merupakan hari penentuan bagi 6 peserta akhir Gegar Vaganza 2015 iaitu Siti Nordiana, Acong, Nassier Wahab, Farahdhiya, Haiza dan Ezad Lazim. Setiap peserta perlu membawa 2 lagu. Klik SINI

Pemenangnya ialah :


Tempat ke 6 
(RM 5,000 dan Trofi) 

Haiza 

Tempat ke 5 
( Pakej percutian, Rm 10,000 dan Trofi)

Acong

Tempat ke 4 
( Pakej percutian, Rm 15,000 dan Trofi) 

Nasier Wahab

Tempat ke 3
( Pakej percutian, Rm 30,000 dan Trofi) 

Ezad Lazim

Tempat ke 2 
( Pakej percutian, Rm 50,000 dan Trofi)

Faradhiya

JUARA GEGAR VAGANZA 2 ( 2015) 
( Pakej Percutian, RM 100,000, Trofi dan Lagu Baru) - 

Siti Nordiana

Persembahan Pilihan Penonton ( Rm5,000) - Siti Nordiana

Tahniah semua! Selepas ini, Gegar Vaganza akan di ganti dengan Seiras Seirama

4

Youtube Rewind - Video Terbaik Sepanjang 2015


Youtube Rewind - Video Terbaik Sepanjang 2015 | Youtube telah mengeluarkan Youtube Rewind yang mana memaparkan video yang popular dan Terhangat sepanjang tahun 2015. Terdapat 4 kategori iaitu Video Paling Popular 2015 ( Malaysia), Video Muzik Paling Hangat 2015 (Malaysia), Video Paling Popular 2015 ( Global), Video Muzik Paling Hangat 2015 (Global)

Video Paling Popular 2015 (Malaysia)
Tempat pertama jatuh kepada Upin Ipin sebanyak 9,929,305 views. Boleh tengok video paling popular yang lain di Video Paling Popular 2015 (Malaysia) 


Video Muzik Paling Hangat 2015 (Malaysia)
Tempat Pertama jatuh kepada Wiz Khalifa sebanyak 1,231,049,996 views. Boleh tengok video paling popular yang lain di Video Muzik Paling Hangat 2015 (Malaysia)


Video Paling Popular 2015 (Global)
Tempat pertama jatuh kepada Silento - Watch Me sebanyak 116,432,331 views. Boleh tengok video paling popular yang lain di Video Paling Popular 2015 (Global)


Video Muzik Paling Hangat 2015 (Global)
Tempat Pertama jatuh kepada Wiz Khalifa sebanyak 1,231,049,996 views. Boleh tengok video paling popular yang lain di Video Muzik Paling Hangat 2015 (Global)


Nampaknya lagu Wiz Khalifa sangat popular di global dan di Malaysia. Sungguh tidak disangka Cerita animasi kanak kanak Upin Ipin menjuarai carta dalam masa 9 bulan ditayangkan.
1

Siti Nurhaliza Keguguran?



8

Al - Fatihah | Yus Jambu Meninggal Dunia

Al - Fatihah | Yus Jambu Meninggal Dunia

Al - Fatihah | Yus Jambu Meninggal Dunia  | Melalui instagram Afdlin Shauki. Dikatakan sesak nafas. Al- Fatihah

Info Yus Jambu di wikipedia

Yus Raja Lawak atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam, Batu Pahat, KangarPerlis. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.
Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut. Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.
9