Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: hatyai

Showing posts with label hatyai. Show all posts
Showing posts with label hatyai. Show all posts

Trip Phuket Krabi | Elephant Tracking dan Hatyai Floating Market


Trip Phuket Krabi | Elephant Tracking dan Hatyai Floating Market | Sekejap saja dah sampai hari terakhir Trip Phuket Krabi yang cik en ambil dari Ayden Averroes Travel ini. Rasa macam baru bertolak dari Malaysia. Haha. Untuk aktiviti hari terakhir ini, kami akan pusing Krabi Town, Safari Elephant Trecking Krabi, makan aiskrim kelapa dan destinasi terakhir di Floating Market di Hatyai. Sebelum bergerak keluar dari Phu Panwa Resort, kami sempat tangkap gambar untuk dijadikan kenangan sebelum bergerak. 



Selesai saja, kami terus ke Safari Elephant Trecking Krabi. Perancangan awal untuk menaiki gajah, tapi sebab kami terlewat, trip gajah dah terlepas, jadi kami hanya sempat untuk berikan makanan pada gajah gajah ini.







Sebenarnya cik en tak lama disini. Entahlah, cik en rasa sayu tengok gajah diatas ini. Terus mengalirkan air mata. Walaupun di Thailand, gajah adalah kebanggaan mereka, tapi dari pandangan mata gajah ini seakan akan sayu dan mengalirkan air mata. 

Seterusnya awe pemandu trip kami bawa kami ke tempat aiskrim kelapa yang famous di area sana. First time cik en rasa aiskrim kelapa ini. Sedapnya tak boleh nak ceritakan. Sedap sangat.


Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Hatyai sebelum pulang ke tanah air. Tempat terakhir adalah Floating Market. Kat sini cik en nak belanja je suasana di Floating Market ini. Floating Market ini dibuka Jumaat hingga Ahad saja. Makanan disini kebanyakkan makanan halal so tak la risau macam di Krabi Night Market. Boleh makan apa saja yang ada.











Sedap betul tau bubur disini. Walaupun hanya bubur, tapi rasanya sampai terindu rindu walaupun dah sampai Malaysia. Simple tapi sedap sangat. Lebih kurang pukul 5 petang kami bergerak ke sempadan. Habis dah trip Phuket Krabi kami. Dibawah ini adalah gambar terakhir kami. Sedih wooo.. Apa apa pun, kami tetap enjoy percutian budget ini.


Terima kasih pada team yang lain. Happy betul walaupun baru pertama kali berjumpa. Team KBBA9 sememangnya sporting dan havoc. Kalau korang nak percutian terbaik tapi budget, korang boleh dapatkan perkhidmatan dari 



Facebook 

Instagram 

Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja

WHATSAPP 0149445981 ( EJA ) 
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )

Sesiapa yang terlepas entri sebelum ini, boleh terjah 

3

Percutian Bajet Ke Phuket Krabi Hatyai 4 Hari 3 Malam


Percutian Bajet Ke Phuket Krabi Hatyai 4 Hari 3 Malam | Masih terasa lagi kesedapan pancake pisang, masih terasa lagi kemeriahan malam di Bangla Road, masih terasa lagi kegilaan tengok baju Hard Rock Cafe Phuket original, masih lagi terasa bau air masin semasa snorkeling dan masih terasa lagi kesejukan aiskrim kelapa. Semua itu cik en dapat dari trip percutian Phuket - Krabi - Hatyai dalam masa 4 hari 3 malam je. Singkat je pun, tapi semua itu masih belum move on dari hati, fikiran dan diri cik en walaupun dah menjejaki Malaysia. Kalau boleh nak repeat semula perjalanan hari pertama balik. Argh... kenapa masa terus berjalan. Semestinya nak sehari itu de 48 jam supaya lebih banyak masa di sana terutama masa snorkeling itu. 

Cik en tahu, siapa yang rajin menjenguk jenguk instagram dan facebook cik en, korang mesti dah naik bosan tengok setiap beberapa jam update. Tapi ada juga ternanti nanti update dari cik en mengenai trip percutian cik en dan blogger - blogger havoc dari Kelab Blogger Ben Ashaari ke Phuket - Krabi - Hatyai ini. Trip ini merupakan percutian bajet untuk sesiapa yang ingin melancong dengan kos yang rendah dan berbaloi baloi. Dan juga sangat dipercayai tau. Sebabnya cik en tahu, sekarang ini ada je travel agency yang menipu, ada juga yang mempunyai cas cas tersembunyi. Tapi kalau dengan Ayden Averroes Travel , no more excuses to travel untuk korang. Pe apa pun cik en nak belanja sikit sikit aktiviti kami di sana. 

Hari Pertama kami. Perjalanan dari Sadao ke Phuket yang ambil masa 7 hingga 8 jam. Disebabkan entri ini intro saja, cik en belanja gambar gambar saja na.. 









Hari Kedua kami di dari Phuket - Island Hopping di Phang Nga - Krabi 






Hari Ketiga ke Island Hopping 4 Island serta snorkeling dan Night Market di Krabi









Hari Ke 4, kami bergerak ke Hatyai tapi singgah dulu di Elephant Tracking 








Kalau korang nak pergi ke tempat tempat di atas ini, korang tak perlu nak susah susah nak fikir  kos kos kenderaan dan penginapan serta kos kos lain lagi. Buat pening kepala je. Nanti dari nak enjoy terus jadi stress. Korang boleh ambil pakej 

PHUKET + KRABI + HATYAI
4 HARI 3 MALAM
RM549 PER DEWASA
RM449 PER 2-12TAHUN
DEPOSIT RM100/PAX
==============================

PAKEJ TERMASUK :
Van Commuter dari sempadan Bukit Kayu Hitam 
Hotel 2 malam di Aonang, Krabi
Hotel 1 Malam di Phuket

Island hopping di Krabi :
Poda Island
Tup Island
Chicken Island
Railay Beach
Snorkeling
Free lunch at the beach semasa Island Hopping
Krabi city tour :
Black Crab
Nok Awk
Krabi Night Market
Aonang Walking Street
Gastropod shell fossil

Aktiviti di Phuket :
Island hopping
James Bond island
koh panyee
Banglaa Road
Patong Beach
Phuket kilang bag

Perjalanan pulang singgah Di Hatyai :
Floating Market

TAK TERMASUK :
Makan minum selain dinyatakan di atas 

==============================

DATE TRIP 2017 
JAN : 5hb - 8hb 
FEB : Off
MAC : 30Mac - 2April
APRIL : 27hb - 30hb
MEI : Ramadhan Al Mubarak
JUN : Ramadhan Al Mubarak
JULAI : 27hb - 30hb
OGOS : Off
SEPT : 28Sept - 1Okt
OKT : 26hb - 29hb
NOV : 30Nov - 3Dec
DEC : Off

Tengok tarikh tu, mybe boleh selitkan untuk travel trip korang tahun 2017 pulak. Kalau dah set tarikh bolehlah korang hubungi detail di bawah ini

Ayden Averroes Travel

Facebook 

Instagram 

Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja

WHATSAPP 0149445981 ( EJA ) 
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )

Anyway, cik en dah mula berangan nak repeat balik untuk ke sana untuk tahun depan. Insyallah dan semestinya cik en akan memilih Ayden Averroes Travel sebagai pilihan pertama cik en. Kalau korang nak ke tempat tempat lain seperti Bali, Bandung, Sabah, Perth, Seoul atau mana mana tempat lain, boleh aja hubungi mereka. Yang pastinya pakej mereka jimat dan murah.

Full review tempat tempat menarik sepanjang cik en mengikuti initery Ayden averroes Travel

12