Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: gadjet

Showing posts with label gadjet. Show all posts
Showing posts with label gadjet. Show all posts

Kedai Repair Handphone di Ipoh

Kedai Repair Handphone Di Ipoh | Sebenarnya ianya dalah kebetulan cik en repair handphone kat situ. Asalnya cik en mencari kedai kamera untuk beli kamera yang cik en wishlist untuk tahun ini. Diakui susah nak cari kedai menjual kamera di Ipoh ini. Last cik en jumpa jumpa di area Meru Ipoh. Lepas tempah cik en perasan ada kedai repair handphone berdekatan kedai jual kamera tadi. Cik en masuk dan ter tukar cover belakang Samsung S7 Edge cik en ini. Kiranya ini Kedai repair Handphone di Ipoh pertama cik en masuk walaupun dulu pernah stay kat Ipoh masa bElajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh. | Kedai Repair Handphone Di Ipoh 

Kedai Repair Handphone Di Ipoh
Kedai Repair Handphone Di Ipoh

Kedai Repair Handphone Di Ipoh 

Kedai Repair Handphone Di Ipoh yang cik en maksudkan ialah FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist di Meru Ipoh. Kedai ini kedai Melayu dan mereka gunakan konsep Face To Face. Servis yang mereka sediakan hardware dan software. 

Cik en asalnya tak kisah pasal retak di belakang Samsung S7 Edge cik en ini. Sebabnya cik en pakai cover belakang untuk sembunyikan tapi dah alang alang dah masuk ialah FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist terus tanya berapa untuk tukar. Harga asal RM150 dan dia bagi diskaun RM130. Bagi cik en ok la kot sebab ada yang cik en tanya sampai RM 250 dan perlu tinggal. Yang ini murah sikit dan buat secara face to face. Tak sampai 10 minit settle tukar. 





Kalau korang tercari Kedai Repair Handphone Di Ipoh boleh la mencuba FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist ini. Ini detail social media mereka 

Alamat : 12, Jalan Meru Bestari A4, Medan Meru Bestari 
Ipoh, Perak 30020
Phone : 012-237 7355
2

Apa Yang Berubah Bila Upgrade Oreo Version Untuk Android

Apa Yang Berubah Bila Upgrade Oreo Version Untuk Android | Jarang cik en nak review pasal gadjet  sebabnya cik en sendiri bukanlah yang suka tukar gadjet tapi disebabkan ada kawan cik en masih belum ada update untuk Oreo Version so cik en rasa review Oreo version ini untuk panduan  serba sedikit pada kawan cik en itu. Android ini akan upgrade version setiap kali bil aada penambahbaikan terhadap sistem. Android menggunakan nama manisan untuk setiap version di keluarkan. Bermula dari A untuk Apple Pie sehingga la sekarang version o untuk Oreo. Penggunaan dari huruf A sampai la Z barangkali nanti. Cik en pernah kongsi dulu di Cara Semak "Version" Android . Mungkin Apa Yang Berubah Bila Upgrade Oreo Version Untuk Android ini tak lengkap sebabnya faktor jenis telefon dan yang cik en baru explore. Tapi cik en akan bagi link untuk full review di akhir entri Apa Yang Berubah Bila Upgrade Oreo Version Untuk Android ini nanti 


Apa Yang Berubah Bila Upgrade Oreo Version Untuk Android


Review ini pada handphone cik en iaitu Samsung S7 Edge. Walaupun tak sepenuhnya mungkin boleh jadi panduan untuk korang.
  1. Tiada shorcut video editor di Gallery. Kena buka manual dari home
  2. Pop up notification yang selalu keluar di bahagian atas jadi comel dan korang sendiri tak leh baca kecuali korang kena slide kebawah notofication
  3. Keyboard pun dah lain. Icon dan setting di bahagian atas bukan kat bawah
  4. Ada AR Emoji (cik en sendiri masih belum guna lagi)
  5. Dari Kamera pula, ada tambahan sticker dan setup new look
  6. Kamera pula boleh full view,  tak macam sebelum ini ada background hitam di bahagian button 
  7. Korang boleh adjust britgness dan suara kiri dan kanan slide atas dan bawah bila tengok video
  8. Walaupun korang nak buka apps lain seperti whatssap korang still boleh tengok video. Bila buka apps lain automatik video akan jadi kecil dan duduk di bahagian kanan 
  9. Selain itu banyak new lock la seperti new quick search, icon, setting dan lain lain lagi. 


kalau korang nak tahu lagi Apa Yang Berubah Bila Upgrade Oreo Version Untuk Android ini yang lengkap korang boleh baca review penuh di Android Oreo Preview atau korang pengguna Samsung Galaxy S7 boleh baca di Samsung Galaxy S7 Oreo Review

5

Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung S7 Edge? Ini Cara Betulkannya

Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung S7 Edge? Ini Cara Betulkannya | Tetiba cik en stress pulak bila Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung Model S7 Edge ini. Ini baby boo kesayangan cik en. Banyak jasa dia walaupun tak sampai 2 tahun cik en pakai. Dah lama cik en tak tukar ringtone call baby boo ini sebabnya ianya bukannya satu keperluan pun kan. Tapi dah bertahun dengar lagu "despicito" ini jemu pulak. Nak la up to date sikit kan? So cik en dok la belek setting nak tukar ringtone. Tetiba tak boleh?? Ini mendatangkan kemarahan sungguh. Hanya boleh select dari Google Drive je. Dah masukkan lagu ke Google Drive pun masih tak leh nak select. So cik en pun google la caranya. Sebab itu cik en nak kongsi dengan korang entri Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung Model S7 Edge? Ini Cara Betulkannya. 

Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung S7 Edge? Ini Cara Betulkannya
Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung S7 Edge? Ini Cara Betulkannya


Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung Model S7 Edge? Ini Cara Betulkannya


Untuk sesiapa yang mengalami masalah ini korang tak perlu nak pi hantar kedai ke atau center Samsung. Korang boleh buat sendiri. Tak sampai 5 minit selesai dah masalah korang itu. Ikut step di bawah ini satu persatu okey?

  1. Pilih Setting 
  2. Sounds and Vibration 
  3. Pilih Ringtone 
  4. Pilih bahagian Incoming Call (ringtone) 
  5. Scroll sampai bawah pilih add from phone 
  6. Kalau ada keluar 3 choice (Google Drive/One Drive dan Sound Picker , korang pilih sound picker 
  7. Pilih lagu dan save


Kalau pilih add from phone terus keluar email, korang kena follow step seterusnya ini
  1. Settings 
  2. Apps 
  3. All Apps 
  4. Klik 3 dots kat atas belah kanan 
  5. Reset Preferences Apps  
  6. Reset Apps
  7. Pilih Setting Balik
  8. Sounds and Vibration
  9. Pilih Ringtone
  10. Pilih bahagian Incoming Call (ringtone) 
  11. Scroll sampai bawah pilih add from phone
  12. Pastikan pilih SOUND PICKER 
  13. Pilih lagu dan save

So bila dah reset setting ada setting korang dah set sebelum ini kena betulkan semula. Ok la kan dari tak tau apa masalah. So kalau korang ada masalah di mana mana bahagian boleh reset dulu apps tu. Lepas tu try la. Kalau tak ok, korang boleh google kalau tak ada boleh ke kedai atau center. Info ini cik en nak creditkan eu.comunity.samsung . Bukan setakat samsung s7 je tau, mana mana model samsung pon boleh guna step step ini. 
5

10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone

10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone | Seperti dijanjikan di entry sebelum ini, cik en nak sambung beberapa tips dalam slot Cara Pengambilan Gambar Yang Berkesan dalam Kursus Pengawai Perlesenan yang cik en hadiri minggu lepas. Walaupun asalnya slot ini untuk kakitangan tapi cik en rasa ianya boleh di apply pada blogger yang selalu ambil gambar untuk blog dan simpan sebagai ilmu. Nak belajar ini mahal tau? So dengan perkongsian camni cik en dapat bantu kawan kawan mencari info. Jom kita tengok 10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone ini.



10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone


1.PEGANG TELEFON ANDA DENGAN KUKUH ATAUPUN GUNAKAN ALAT SOKONGAN 

Pastikan anda sentiasa memegang telefon pintar anda dengan kukuh dan jika boleh cuba elakkan melakukan pergerakan ketika mengambil gambar kerana pergerakan ini akan menghasilkan gambar yang kabur terutama sekali jika kamera anda tidak mempunyai optik pengstabilan imej. Selain itu, anda harus melakukan menekan butang ‘shutter’ dengan perlahan-lahan. 

2.ELAKKAN PENGGUNAAN ZOOM DIGITAL

Penggunaan Zoom digital harus dielakkan kerana pembesar imej digital ini akan mengurangkan kualiti gambar, lebih banyak zoom yang anda lakukan lebih teruk kualiti gambar yang terhasil. Jika anda mahu gambar yang baik anda boleh ‘crop’ gambar anda selepas mengambilnya memandangkan kesemua telefon pintar pasti hadir dengan beberapa kebolehan untuk mengedit gambar yang diambil. Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar dari jarak yang lebih dekat. 

3.GUNAKAN TETAPAN RESOLUSI DAN RATIO YANG TERBAIK

Pergi ke tetapan kamera telefon pintar anda dan pastikan anda menggunakan resolusi terbaik yang ditawarkan. Selain itu, elakkan penggunaan ‘aspect ratio 16:9’ untuk pengambilan gambar kecuali anda tahu kamera telefon pintar anda memiliki sensor imej 16:9 Walaubagaimanapun, disyorkan anda menggunakan ‘aspect ratio 4:3’. 

4. BERSIHKAN LENSA KAMERA ANDA

Lensa pada sesebuah telefon pintar mudah menjadi kotor dan berhabuk dan disebabkan ini adalah perlu meluangkan sedikit masa untuk membersihkanya dari semasa ke semasa. Bagi tujuan pembersihan lensa ini kami mencadangkan penggunaan kain yang lembut.

5. TETAPKAN FOCUS DAN ‘EXPOSURE’ YANG BETUL DENGAN SATU SENTUHAN 

Jika anda merasakan gambar anda tidak mempunyai pendedahan atau fokus yang baik, anda hanya perlu melakukan sentuhan sebelum mengambil gambar, perisian kamera pada kebanyakan telefon pintar ditetapkan untuk memberikan fokus dan pendedahan berdasarkan bahagian yang anda tekan. 

6. MENGIKUT PERATURAN ‘RULE OF THIRD’

Kaedah ‘rule of thirds’ ini adalah mudah dan senang digunakan ketika pengambilan gambar. Pastikan gambar sejajar pada satu garisan menegak atau pada titik pertemuan garisan melintang dan menegak. Selepas itu, pastikan bahagian atas gambar adalah terletak sepanjang garisan melintang paling atas. 

7. BELAJAR MENGGUNAKAN KESEMUA ‘MODE’ PADA KAMERA ANDA

Kebanyakan telefon pintar pada masa ini hadir dengan banyak aplikasi kamera yang kaya dengan pelagai fungsi menarik seperti model untuk mengambil objek bergerak dan pengambilan gambar pada waktu malam. Cuba kesemua ‘mode’ ini kerana jika anda sudah biasa dengan kesemua fungsi pada kamera ianya akan membantu anda ketika anda memerlukanya. 

9. AMBIL BEBERAPA GAMBAR YANG SAMA

Adalah sesuatu yang baik jika anda mengambil beberapa gambar yang sama kerana anda boleh memilih gambar yang terbaik daripada beberapa gambar yang diambil. 

10. EDIT GAMBAR ANDA TETAPI JANGAN KETERLALUAN

Anda boleh menukar gambar biasa kepada gambar yang cantik dengan mengedit gambar namun penggunaan yang keterlaluan tidak digalakkan. Kebanyakkan telefon pintar kini hadir dengan perisian kamera yang mempunyai sistem yang boleh membantu anda meningkatkan kecerahan gambar termasuk bingkai.

Antara tips ini cik en pernah share Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik sebelum ini. Dan cik en pun nk bagi kredit entri ini pada Encik Mohd Razif Bin Jamalludin sebagai penceramah slot ini. Jumpa di next entri na... Da... 
8

Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik

Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik | First entri selepas cik en sibuk seminggu ini adalah berkait rapat dengan slot ceramah semasa Kursus Pengawai Perlesenan minggu lepas. Ada 4 slot. Dan slot terakhir adalah Cara Pengambilan Gambar Yang Berkesan. Ianya untuk pengawai pengawai yang bertugas untuk check ladang dan perlu tangkap beberapa gambar untuk buat presentation dalam Mesyuararat Jawatankuasa Induk Perlesenan. Ada 2 topik yang cik en rasa ianya menarik di kongsi. Pertama Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik dan kedua 10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Telefon Pintar. Cuma untuk entri ini cik en akan share Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik dulu dan untuk next entri cik en akan kongsi 10 tips tu okey? 


Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik 


1. JENIS SENSOR

Sensor yang baik dan terkenal dihasilkan oleh Sony Exmor ataupun Samsung ISOCELL. Kebanyakan smartphone yang mempunyai kamera yang baik menggunakan sensor Sony ataupun Samsung. 

2. AUTO FOKUS

Dapatkan imej yang tajam dan tepat, kamera tersebut mestilah mempunyai sistem pemfokusan. Antara sistem pemfokusan yang digunakan dalam smartphone adalah PDAF (phase detection auto focus), laser auto focus, hybrid focus.

3. OIS

Fungsi OIS (optical image stabilizer) adalah untuk memastikan imej yang dihasilkan adalah pegun, tidak bergegar, dan stabil secara optikal. OIS antara elemen terpenting bagi sesebuah kamera. Tiadanya OIS, anda harus mengambil gambar dengan penuh berhati-hati supaya imej tidak bergegar.

Menurut Encik Mohd Razif, penceramah bagi slot ini, smartphone ini mahalnya kerana kameranya. Untuk dapatkan gambar berkualiti, korang disarankan memilih smartphone yang mempunyai lens kamera dari Sony atau Samsung. Antara smartphone yang mempunyai lens yag terbaik adalah Sony, Samsung, Huawei, Oppo, Lenovo dan Meizu. Korang boleh check masa belek belek smartphone dengan tangkap gambar dan cuba zoom kan. Kalau sikit pun korang zoom pecah kira mp dia rendah la. Lagi bagus lens tu lagi mahal smartphone tu. 

Kredit entri ini pada Encik Mohd Razif Bin Jamalludin sebagai penceramah slot ini.
4

Simpan Memori Indah Dengan ADATA Malaysia (ADATA MY)

Simpan Memori Indah Dengan ADATA Malaysia (ADATA MY) | Jika dulu, setiap memori indah di rakam menggunakan kamera dan negative film. Negative film perlu dicuci di kedai gambar yang korang kena ambil masa 2 atau 3 hari untuk korang boleh melihat gambar gambar yang dirakam. Kenangan indah itu menjadi sangat berharga dan jika hilang, sememangnya boleh buat korang moody dan frust. Seiring dengan dunia digital sekarang, kita tak perlu semua itu, cukup dengan ada smartphone atau kamera digital, korang boleh simpan memori korang bila bila masa dengan selamat. Tapi macam mana korang nak memilih memori yang baik dan mampu menjaga kenangan korang itu? Cik en nak recommended korang satu jenama yang dipercayai iaitu ADATA. So, lepas ini Simpan Memori Indah Dengan ADATA Malaysia (ADATA MY)

 ADATA Malaysia (ADATA MY)
 ADATA Malaysia (ADATA MY)

Yang mana tak familiar dengan produk dari ADATA ini, meh sini cik en nak story ringkas ringkas. Manatau ada yang tengah survey memory card ke, Hard Disk ke boleh la tengok kelebihan produk ini. ADATA ini ada keluarkan 9 jenis produk dorang iaitu 

  1. DRAM Modules
  2. Solid State Drives
  3. External Storage
  4. USB flash Drivers
  5. Memory Cards And Readers
  6. Power Banks
  7. Cable and Accesssories
  8. Apple Series
  9. Car Camera
So dalam banyak memory yang ada, cik en banyak gunakan Micro SDHC atau micro memory card dalam kegunaan harian. Cik en gunakan opkos pada 2 smartphone cik en dan untuk mp3 di kereta cik en. So yang paling utama adalah smartphone cik en tu la. Banyak gambar dan video kenangan travel, job, swapfoto dan lain lain. Kalau hilang sememangnya meroyan la cik en. Hahaha. So cik en sangat cerewet dalam memilih micro memory card ni. Macam macam jenama yang cik en cuba. Dan satu hari itu, cik en cuba untuk menggunakan micro memory card ADATA dan cik en sangat berpuas hati. Meh cik en nak story sikit mengenai ADATA Micro SDHC Class 10

image

ADATA Micro SDHC Class 10 ini ada dikeluarkan 4 kebesaran iaitu 8GB / 16GB / 32GB / 64GB. Kelebihan ADATA Micro SDHC Class 10 ini adalah


  • Water Proof
  • Shock Proof
  • Magnet Proof
  • X-Ray Proof
  • Extreme-temperature Proof 

Increased speed, no increase in cost

Premier microSDHC/SDXC UHS-I Class 10 U1memory cards have higher capacity, but without a higher price, and provide consumers with the faster read speeds of UHS-I specification at the price of a Class 10 card. Sequential reads are up to 50 MB/second, and write speeds reach the UHS-I speed class 1 specification. Random read and write IOPS are 1400 and 100 respectively. They are remarkably suitable for users who enjoy high definition photography and video recording. Running multiple applications simultaneously causes no loss in read/write speed. 



image

As the demand for digital storage devices continuously grows, ADATA is at the forefront with improved, top-notch memory solutions. Taking the microSD to the next level, ADATA is pleased to introduce the microSDHC (Secure Digital High Capacity), whose new interface enables faster transfer rates and expands upon the previous maximum capacity of 2GB. The ADATA microSDHC Class 4 provides cellular phones even more memory storage for multimedia, business and personal data. The microSDHC’s 4 MB/s transfer rate places it as the top choice for micro storage devices and a must-have for your mobile life.

More Secure, More Reliable, More Data

image

Featuring a maximum capacity of 32GB, the ADATA microSDHC Class 4 can store over 8,000 MP3 files, 9,600 high-resolution JPEG photos or other digital data1. It also supports Error Correcting Code (ECC), which automatically detects and corrects errors during data transfer, preventing corruption and loss of your important data. Additionally, the microSDHC’s In-System Programming (ISP) feature allows users to load the latest firmware and improve compatibility. The built-in write-protection switch keeps your data even safer, preventing accidental over-writing and file deletion.

Lifetime Warranty, Quality Guaranteed

image

ADATA is committed to quality and your peace of mind. Therefore, every ADATA microSDHC card is manufactured under stringent guidelines to ensure the highest quality, and is backed by a limited lifetime warranty.

Kalau korang berminat boleh lah klik di ADATA Malaysia untuk tengok microSDHC dan memory yang lain. Mungkin ada yang menarik minat korang.

sumber gambar : google
0

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8


8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8 | Fuh, Huawei baru keluarkan Honor 8 yang mempunyai 8 sebab untuk korang memilikinya. Sesiapa yang gilakan gadjet atau smartphone mesti baca entri ini sampai habis. Tengah baik hati nak story 8 ciri ciri smartphone super"wow" untuk keluaran terbaru Huawei kali ini. 

8 sebab best untuk dapatkan Honor 8 dan kenapa ianya menjadi bayangan gurauan pada cik en saat ini. 

1. Rekabentuk Eksklusif


 
Cik en ni jenis yang akan tengok dulu design smartphone sebelum decide untuk tengok ciri ciri yang lain. Sebabnya design yang smart dan cool menjadikan ianya mewah dan berstyle. Kemudian cik en akan tengok kualiti pada body smartphonenya. Dan Honor 8 ini mempunyai ciri mewah bagi cik en kerana ianya di perbuat daripada kaca. Bukan sebarangan kaca kerana ianya kekuatan 15 lapisan , kesan 3D yang canggih, dan rekabentuk bucu bulat yang menggunakan konsep Dual 2.5D.


2. Kamera - Hadapan 8 megapixel dan belakang 12 megapixel



Tengok body smarphone cantik dan cun, kedua cik en akan check kamera. Jenis cik en suka selfie dan gunakan smartphone untuk snap gambar untuk blog ini, camera merupakan ciri yang perlu dititikberatkan. 

Kamera belakang yang didatangkan dengan 12MP dan ianya mempunyai 2 lens. Gambar yang ditangkap akan mempunyai kecahayaan yang cerah untuk memberi kesan yang lebih detail. Contohnya seperti dibawah 


Nampak tak? Dah tak perlu kamera DSLR yang besar dan berat. Sebabnya lagi, kamera dari Honor 8 ini mempunyai Hybrid auto-fokus dan ada Profesional Mode. Memudahkan sangat kan? Tak perlu nak hadiri kursus fotografi yang mahal untuk jadi profesional dalam menangkap gambar untuk koleksi sendiri. Selain itu, camera Honor 8 mempunyai Wide Aperture Mode. Mode ini macam kita nak blur kan bahagian belakang dan fokus pada hadapan. 


Kamera hadapan pula di datangkan dengan 8MP yang mana boleh cerahkan pada persekitaraan yang malap. So untuk kamera depan, ada Perfect Selfie Mode. Sesuai sangat untuk kaki selfie di luar sana dan cik en juga. Hahaha.

3. Bateri Tahan Lama dan Fast Charging




Next, bateri kena tahan lama dan fast charging merupakan tempat ke 3 penting dalam pemilihan smartphone. Honor 8 ini mempunyai 3000mAh bateri disokong oleh Smart Power 4.0 yang mana boleh bertahan selama 1.77 atau lebih kurang 43 jam kalau pakai secara normal, kalau jenis smartphone tak pernah lepas dari tangan, boleh bertahan selama 1.22 atau 29 jam. Kalau jenis download movie dan layan movie lebih kurang 10 jam, bateri akan bertahan.  Dan yang best, charging untuk bateri just 30 minit saja sebabnya menggunakan teknologi cas 9V/2A.

4. Smartphone yang versital.


Yang ini menarik minat cik en juga, sebabnya menggunakan 3D fingerprint  dibahagian belakang smartphone dan hanya mengambil msa 0.4 saat untuk unlock smartphone Honor 8 ini. Wow! Pantasnya. Selain itu, Honor 8 ini mempunyai NFC, P2P Transfer, dan SIM/HCE

5. CPU Smartphone




Yang ini part yang akan ditengok dahulu, dan Honor 8 sememangnya mempunyai CPU yang berkualiti tinggi dan laju. Honor 8 ini didatangkan dengan 2.3 GHz dan mempunyai 4GB LPDDR4 RAM. Procoser pulak menggunakan 15 dan smart file processing system.

6. Paparan 




Paparan Honor 8 5.2 inci dan menggunakan FHD. Bukan HD tau. Tapi FHD Full High Definition ye. Dan juga mempunyai 96% NTSC. Kiranya kalau tengok movie kira perfect la dari segi kecerahan dan warna. Dan jangan risau, Honor 8 ini protect mata kita dengan menggunakan Eye-care Mode

7. Tarikan WIFI Terbaik




Dari dulu lagi, ramai yang kata kalau bab Wi-Fi, Huawei memang ranking pertama. Kalah dengan brand smartphone yang lain. So untuk Honor 8 ini mempunyai 2 antena untuk tarik lebih kuat Wi-fi dari kecepatan tertinggi 5 GHz dan signal 2.5GHz

8. Smart Control




Ha, yang ini memang memudahkan untuk yang selalu sangat hilangkan remote. Sebabnya Honor 8 ini didatangkan dengan Smart control yang boleh mengantikan remote control untuk televisyen atau penghawa dingin, Honor 8 ini boleh digunakan lebih daripada 5000 jenama antarabangsa dan dan 230000 model antarabangsa. Selain itu, Honor 8 ini mempunyai Voice+ teknologi yang mana boleh unless kan kebisingan semasa kita menjawab panggilan telefon dan juga mempunyai Integrated Speaker untuk hasilkan bunyi yang terbaik. 



Honor 8 ini didatangkan dengan 5 warna menarik iaitu Pearl White, Midnight Black, Sapphire Blue, Gold



klik sini


Ini kesimpulan yang cik en nak kongsi dan yang menarik perhatian cik en mengenai Honor 8 dari Huawei ini.
  • Design body yang terkini
  • Gengaman yang kemas kerana setiap penjuru bulat, menggunakan Dual 2.5D dan mempunyai 15 lapisan kaca. 
  • Dikuasakan oleh 2.3 GHz OCTA-Core CPU dan i5 Co-Processer
  • Android OS Marshmallow
  • Terdapat dalam 32GB dan 64GB
  • Menggunakan UHD
  • Camera hadapan 8MP dan belakang 12 MP (mempunyai profesional mode dan perfect selfie mood)
  • Fingerprint dan unlock dalam masa 0.4 saat
  • Bateri boleh tahan 1 hari setengah dan fast charging (30 minit)
  • Wifi mengguna dual antenna (tarikan lebih kuat berbanding smartphone yang lain)
Dan untuk pengetahuan semua, korang boleh membeli Honor 8 ini melalui Lazada Malaysia dengan tawaran istimewa lagi lagi tengah ada Lazada MYCyberSale. Lazada MYCyberSale ini merupakan jualan online yang terbesar dan menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti potongan harga sehingga 95%, penghantaran percuma dan tawaran antarabangsa yang tidak masuk akal. Untuk maklumat lanjung, korang klik saja di bawah ini. 

Lazada Malaysia
klik sini
Lazada MYCyberSale akan berlangsung selama 5 hari bermula 26 september sehingga 30 september 2016. Bukan sahaja merangkumi Honor 8 ini sahaja ok, tapi hampir kesemua produk Lazada seperti elektronik, peralatan rumah, produk kecantikan, produk kesihatan, barangan travel dan macam macam lagi. Oh ya, korang boleh download application di Apple Store dan Google Store untuk memudahkan shopping online korang..
3

Tips Buat Suara Best di SMULE


Tips Buat Suara Best di SMULE | Smule satu aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon canggih. Cik pernah keluarkan entri SMULE ini masa zaman Kucing Happy BSN lagi. Masa itu, aplikasi ini tidaklah sefamous kini. Sekarang ini Smule ini digunakan pakai oleh artis sendiri dan ramai yang mempamerkan kehebatan berkaraoke. Tapi ada yang cik en baca di facebook, suara yang dirakam jadi garau, sengau dan macam macam lagi la. Tak sama masa karaoke di pusat karaoke. Kali ini cik en nak kongsi tips buat suara jadi best dengan kajian selama sebulan (ewah..)

  1. Walaupun suara korang sedap didengar apabila karaoke di pusat karaoke tapi semestinya apabila guna SMULE segala cacat cela yang ada akan terkeluar. Sebabnya mikrofon earphone yang kita guna tak ada filter yang ada di dalam mikrofon di pusat karaoke. Suara yang akan dirakam adalah 100% original. 
  2. Jadi kalau rasa suara tidak perfect bolehlah adjust guna apa yang dibekalkan. Kalau nak ala ala studio, better ambik VIP. RM3.50 untuk sebulan.
  3. Sila kenali suara korang jenis lantang atau tidak. Kalau lantang sila jauhkan sikit mikrofon earphone korang semasa menyanyi. Kalau tidak, dekatkan dengan mulut kalau hal yang terlebih halus suara, korang boleh masukkan terus dalam mulut dan dekatkan dengan peti suara. Hahaha..
  4. Gunakan earphone dan mikrofon yang baik
  5. Kalau boleh, dengar lagu yang nak dinyanyikan berulang kali bagi korang masuk timing dengan betul. Walaupun ada lirik tapi tetap salah timing juga.
  6. Cari tempat yang sunyi macam kereta, bilik atau bilik air untuk dapatkan kualiti suara yang baik.
  7. Elakkan menyanyi depan kipas, sebab akan dapat backup suara yang tidak dikehendaki. hahaha
  8. Jika rasa suara masih tidak sedap, terimalah hakikat yang suara korang sebenarnya men"yumbang"kan turunnya hujan. Best juga sebab hujan sudi turun.. Hahaha
Bagi cik en, Smule ini bukanlah nak pamerkan kehebatan siapa suara paling sedap atau best, Tapi lebih kepada hiburan semata mata. Biarlah tak sedap mana pun, asal bila melalak hati kita gumbira. 

P/s: Ada yang create acc Smule hanya untuk dengar kawan kawan menyanyi je.. 
7

Cara Install Whatsupp Version Baru Bagi Android


Cara Install Version Baru Untuk Whatsupp Bagi Android | Ramai yang sudah menetahui update terbaru dari whatsupp mengenai version terbaru yang membolehkan pengguna membuat Bold, Italic, strikethrough di chat. Dan dikatakan hanya Iphone sahaja yang telah menerima update terbaru.  Tapi ada geng Iphone yang sahaja memanaskan keadaan di group whatsupp kan? hahaha.. Jadi kalau sesiapa terbakar bolehlah gunakan step di bawah untuk seiring dengan geng Iphone tersebut. Jika sesiapa yang tidak kisah boleh menunggu sehingga pihak whatsupp beri official update


Hanya installed Update for Whastapp diatas di Google Play. Setelah install update dan pastikan off dulu segala security yang ada, Selepas itu ikut step yang diarahkan. Setelah selesai boleh test la ye.. 
update : dan juga segala function seperti archived dan kamera dan beberapa fungsi akan berubah juga mengikut version terbaru.. lagi coooolll
kredit to zumal
8

Instagram Boleh Access 2 Account Dalam Satu Masa


Instagram Boleh Access 2 Account Dalam Satu Masa | Merujuk kepada berita di Astro Awani 7.45 telah menyatakan Applicaton Instagram kini boleh mengakses 2 account (akaun) dalam satu satu masa. Tetapi terhad kepada pengguna Android sahaja. Tetapi cik en masih menunggu update dari Google Play untuk application Instagram. Dikatakan akan ada button Add Account untuk memasukkan lebih dari 1 akaun instagram. Kalau begitu, ianya harus disambut baik oleh pengguna yang menjalankan akaun atas talian ( Perniagaan online)

10

Laman Sosial FRIENDSTER kini


Laman Sosial FRIENDSTER kini | FRIENDSTER adalah satu laman sosial yang sangat popular di tahun 2003 yang diasakan oleh Jonathan Abrams di California. Pada permulaan nya, pengguna Friendster mencecah 3 juta orang dalam jangak masa 3 bulan. Ia di lancarkan pada Mac 2003 dan hanya bertahan selama 2 tahun sebelum Myspace dan Facebook mengambil alih tempat kegemilangannya. Pada tahun 2008, Richard Kimber seorang bekas esekutif google telah diberi kepercayaan menerajui Friendster. Dan ada sumber dipercayai menyatakan pada tahun 2009, MOL sebuah syarikat Malaysia telah memberli Friendster.
12

MeterON | Aplikasi Wajib Pengguna Pengangkutan Awam


MeterON : Aplikasi Untuk Pengguna Teksi | Berita baik buat pengguna teksi dan bas. Dengan satu aplikasi yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar untuk memudahkan anda mengetahui Maklumat Pemandu, Menjejaki Perjalanan, Anggaran Tambang, Penilaian perkhimatan, Menghantar Isyarat Kecemasan (SOS) dan Membuat Maklum Balas sebelum memulakan perjalanan. Dengan hanya memasukkan No Pendaftaran teksi atau bas. dan anda boleh dapatkan semua maklumat lengkap seperti dinyatakan di atas. Aplikasi ini merangkumi data yang menyeluruh mengenai pemandu teksi/bas termasuk kereta sewa dan teksi lapangan terbang diseluruh Malaysia. Aplikasi ini dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
1

Harga Microsoft Surface Pro 4 Terbaik dari Lazada

Harga Microsoft Surface Pro 4 Terbaik

Microsoft Surface Pro 4 | Sebuah tablet yang boleh mengantikan laptop anda dan sesuai dan versital untuk golongan profesional dan kreatif. Gambaran keseluruhan Microsoft Surface Pro 4 yang sangat versital, Prestasi yang sangat luar biasa, penggunaan windows dan office yang sungguh optimum dan Teknologi Microsoft yang terkini. Hanya seberat 786g dan berpixel 12.3 inci mejadikan ianya lasak disamping mempunyai contrast yang tinggi dan tahap kesilauan yang rendah. Dihadirkan dengan multi-position Kickstand dan papan kekunci serta Surface pen.
2

SMULE - Aplikasi Karaoke di Mana Sahaja

Assalamualaikum semua 
Kali ini cik en nak share satu aplikasi yang baru cik en download dari PLAYSTORE Bermula dengan jemputan KUCING HAPPY di BSN untuk berduit bersama samanya di SMULE
Jadi cik en pun tercari cari di PLAYSTORE
akhirnya cik en berjaya menjumpai
2

Update Facebook Application

Assalamualaikum.
Kalau sebelum ini cik en buat entry

Update Instagram Application

kali ini cik en baru update untuk Facebook Application.
Nampaknya ada perubahan disini yang cik en boleh kesan
6

Update Instagram Application


Assalamualaikum
Kali ini cik en nak bercerita mengenai Instagram atau nama manjanya insta
Semalam cik en ada update instagram cik en. Hari ini upload gambar baru perasaan ada penambahan button share ke private massange (PM) insta
insta ada PM?
iya. rasanya cik en ada terbaca dari entry seorang blogger mengenai PM ini dan menunjukkan cara kita PM rakan insta kita.
Dan bulan ini insta mengemaskini dengan button share
Boleh rujuk gambar model cun di bawah. haahah
button anak panah tu
10

515 Days The Story of a Debris

Mungkin ada yang dah tengok.. 
ini ada di wechat application.. 

0

Play Store Movie


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Hari ini Cik EN nak share sedikit info kepada mereka yang belum tahu.
Cik EN pun baru tau mengenai ini.
Play Store dan boleh download movie??
Sebelum ini hanya ada application APPS, Games dan Books sahaja
Ini baru cik en nak update APPS cik en terpandang yang bewarna merah tu

3

No Whatsup Group Chat During 1st Day Raya




Assalamualaikum


Ini sebahagian group whatsup cik EN
SEBAHAGIAN okey..
Ada lagi tu kalau scroll ke bawah
Alhamdullilah sebab group whatsup ini merapatkan hubungan yang lama terpisah. Antara group yang akan ada di whatsup korang. 
6

Blogger Application di Android

Assalamualakum semua
mungkin ada yang tahu application blogger di goggleplay dan kerap menggunakannya..
tapi cik en baru sahaja mengetahuinya dan baru menggunakannya.. so xperlu tggu pc untuk berblog..
untuk sesiapa yang tak tahu boleh search "blogger" di googleplay android korang..

kelemahan yang cik en nampak
Cik en x dpt cari comment!!!
1