Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: cara mudah

Showing posts with label cara mudah. Show all posts
Showing posts with label cara mudah. Show all posts

Your Gmail is full? Ini Cara Untuk Kosongkan Storage Google Drive

Your Gmail is full? Ini Cara Untuk Kosongkan Storage Google Drive | Tiba tiba masuk email ini. Cik en macam biasa abaikan sahaja. Tapi tadi apabila cik en nak upload header youtube cik en tak boleh nak upload disebabkan full storage google drive. Disuruhnya cik en beli dengan harga RM8.49 sebulan. Icloud pun baru RM3 lebih je. Ini dah dekat RM10. Matilanak... jenuh la cik en nak membayar. Icloud lagi. Last last cik en google la macamana nak buat ini. Kalau upload header youtube tak lepas, macamana nanti cik en nak upload gambar dalam blog ini. | Your Gmail is full? Ini Cara Untuk Kosongkan Storage Google Drive


1

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan | Masuk hujung hujung tahun ini, mulalah sampai musim hujan. Bila musim hujan penyakit kucing yang selalu cik en terima adalah selsema dan demam. Kebanyakan pelanggan klinik cik en mempunyai kucing berpuluh puluh ekor. Dan semestinya kalau seekor selsema mesti semuanya berjangkit. Bila semua berjangkit, penuhlah klinik cik en dengan seorang tuan dengan berpuluh puluh kucing. Disebabkan masalah ini, cik en nak bagi satu Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan ini. 

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan
Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan



  • Sediakan Multivitamin dan berikan sekali sehari untuk kuatkan antibodi kucing.


Sebenarnya kucing yang ada di Malaysia seperti kucing kampung dan kucing kacuk ini suka berjemur dibawah cahaya matahari. Cahaya matahari ini macam recharge bagi dorang untuk sihat. Cahaya matahari pagi mempunyai banyak kebaikan pada tubuh badan manusia seperti menghasilkan Vitamin D yang baik untuk tubuh badan dan kesihatan. Begitu juga pada haiwan. Bila musim hujan, kucing akan mula kekurangan Vitamin D yang mana ketiadaan cahaya matahari yang mana mereka tak dapat memanaskan badan. Kucing bukan seperti manusia yang boleh pakai baju sejuk berlapis lapis dan mereka bergantung dengan bulu mereka untuk control kesejukan. Hahaha


  • Jangan mandikan kucing bila sampai musim hujan


Tak salah nak mandikan kucing tapi tengok juga waktu tu. Janganlah time hujan korang nak mandikan. Kalau busuk sangat atau perlu mandi ambil air suam dan lap di kawasan yang perlu. Lepas tu cepat cepat kering menggunakan hair dryer atau letak di kawasan yang ada haba macam lampu garam.


  • Berikan Makanan Suam atau Susu Suam
Ini antara tips mak cik en sendiri gunakan. Makanan yang hangat mampu memanaskan tubuh. Cuma jangan la bagi yang panas sangat. Cukup suam suam je. Mampu memanaskan tubuh badan kucing.

  • Sediakan tempat panas 
Kalau kucing korang banyak, ianya tak jadi masalah sangat sebabnya mereka akan berkumpul dan berpeluk sesama sendiri untuk dapatkan haba panas. Tapi kalau seekor, korang boleh cuba ajak tidur sekali dalam selimut atau korang rajin bermain dan memeluk mereka. Ataupun sediakan kotak yang disediakan carikan kertas surat khabar. Karbon tulisan pada surat khabar mampu memanaskan kucing. 

Ini tips sebelum kucing korang dapat selesema. Tapi kalau dah kena selsema, korang boleh rujuk entri Cara Mudah Merawat Selesema Kucing (Cat Flu)
2

Cara Buang Gam Pelekat Lalat Atau Tikus Pada Bulu Kucing


Cara Buang Gam Pelekat Lalat Atau Tikus Pada Bulu Kucing | Memiliki kucing yang aktif dan sihat memang memerlukan tenaga yang banyak lebih lebih lagi kucing korang jenis suka sepahkan barang di rumah. Pernah tak, kucing korang buat hal seperti bergolek di pelekat lalat, pelekat tikus, tersimbah cat dan sebagainya? Apa cara terbaik korang yang boleh dibuat tanpa menyakitkan kucing? Cik en sendiri ada bertanya pendapat kawan kawan facebook cik en dan cik en akan kumpulkan untuk panduan korang. Cara Buang Gam Pelekat Lalat Atau Tikus Pada Bulu Kucing

  1. Tengok juga kucing korang jenis agresif atau manja. Kalau manja memudahkan korang nak jalankan step seterusnya. Kalau agresif, korang boleh gunakan tuala atau apa apa untuk balutkannya. Jika tidak berjaya, terpaksalah korang bawa ke klinik vet berhampiran untuk diberi pelali. Hahahaha
  2. Untuk awal, korang boleh gunting bulu kucing. Gunting untuk buangkan bulu yang terkena gam atau cat. 
  3. Jika tidak berjaya, korang boleh gunakan minyak masak, minyak zaitun atau minyak yang tidak bertoksik. Kalau bertoksik takut kucing keracunan pula.
  4. Kalau tidak berjaya juga, korang boleh botak, lion cut, cukur kan bulu. Yang ini lebih memudahkan dan bulu akan tumbuh dengan lebih cantik. Tapi ambil masa yang lama la ye. 
  5. Kalau susah susah sangat, bawa je ke klinik veterinar. Kalau ada luka, bolehlah vet bekalkan antibiotik atau krim luka. 
  6. Apa apa korang boleh rujuk vet berhampiran ye.. 
Ini antara jawapan yang cik en dapat dari Kucing korang kena pelekat lalat 1 badan. Apa tindakan terbaik korang? . Terima kasih semua yang komen. Kalau korang ada cara yang lebih baik, jangan segan segan left kan comment ye. 
6

Cara Mudah Sukat Air Untuk Masak Nasi


Cara Mudah Sukat Air Untuk Masak Nasi | Masak nasi sememangya menu paling mudah dan kalau korang tak pandai masak nasi, sememangnya korang tak boleh kahwin lagi tau terutama untuk anak anak gadis. Setiap orang masak nasi mengikut apa yang mereka suka makan. Macam cik en, cik en suka tekstur nasi yang tidak terlalu lembik. Kira seketul ketul nasi itu selepas masak. Jadi cik en nak kongsi sikit cara cik en dalam menyukat air untuk masak nasi. Terlalu banyak air akan menyebabkan nasi korang lembik, kalau terlalu sedikit, nasi korang akan kurang masak.



Untuk dapatkan nasi yang sebutir sebutir, korang boleh sukat melalui ruas jari. Contoh seperti diatas.


  1. Sukat ketinggian beras dari periuk
  2. Lepas itu, guna ketinggian yang sama sukat air. Bermula dari atas beras tau!

Kalau korang suka nasi lembik, boleh lebihkan air. Memudah kan? Senang saja masak nasi ini. Cuma kalau buat nasi ayam atau nasi lemak, cik en selalu failed sikit. sebab warna air tak lutsinar. Hahahha. Selamay mencuba!
6

Cara Siang Dan Bersihkan Sotong Yang Betul


Cara Siang Dan Bersihkan Sotong Yang Betul | Siapa yang tak pandai siang atau bersihkan sotong? Mesti ada kan tapi malu nak ngaku, cik en sebenarnya tengah siang dan bersihkan sotong so terfikir untuk buat entri cara mudah siangkan dan bersihkan sotong cara yang betul. Sebenarny mudah sangat cuma kena tau apa yang wajib dibuang ye. 

Tak kisahlah korang pilih sotong kecil atau besar, caranya tetap sama ok? Untuk tutorial ini, cik en tunjukkan sedikit sotong yang menjadi model untuk entri ini. Maaf la kalau comot sebabnya sebelah tangan proses sotong sebelah lagi tangkap gambar. 


Pertama kali bila korang dapat sotong dan siangkan pastikan mata dibawah dibuang. Just picik dan buang mata tu saja ye. Jangan picit sampai hancur pulak. 


Kedua, korang boleh tarik kepala sotong atau belek belek kawasan tersebut untuk cari  yang macam dibawah ini. Inilah dakwat hitamnya. Buang ye. 


Yang terkahir, buang satu satunya tulang. Just tarik je. 



Ada sesetengah orang suka buang kulit sotong ini. ada yang tak kisah. So terpulang pada korang nak buang atau tidak ye. Kalau nak buang boleh tarik saja sebabnya ianya mudah ditarik. Mudah kan?

Selesai sahaja korang bersihkan sampai putih. Selepas itu, dah boleh reka menu sotong apa yang korang nak buat. Selamat mencuba
5