Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: blogger

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Name Card Percuma dari Pixajoy


Name Card Percuma dari Pixajoy | Cantik kan design naif dari cik en di atas ini? Inilah name card atau kad nama kedua yang cik en buat untuk blog nurfuzie.com. Sebelum ini cik en tempah dengan blogger maisarah sebanyak 300 keping. Sebenarnya tak habis lagi cuma cik en buat yang baru khas untuk pelanggan yang ingin masuk ke blog dan laman sosial cik en. Nampakkan tiada no telefon?. Yang name card lama ada no telefon dan khas untuk job sahaja.

Sebenarnya cik en grab name card ni sebab FREE. Tengah ada offer di Pixajoy . Design terhad dan terhad untuk 100 keping sahaja. Satu email untuk satu free sahaja. Kalau berminat, boleh la ke www.pixajoy.com.my. Cepat cepat sebelum mereka tutup tawaran ini. 
5

Happy Apabila Blog Nurfuzie.Com Jadi Rujukan Ramai

Nurfuzie.com

Happy Apabila Blog Nurfuzie.Com Jadi Rujukan Ramai | Seorang blogger akan rasa puas dan bangga apabila blog kesayangan yang dibina bertahun tahun menjadi sumber rujukan orang ramai. Perasaan itu tak boleh digambarkan dan hanya blogger sahaja yang faham perasaan itu. Alhamdulillah, setiap hari ada saja pertanyaan di page nurfuzie.com. Ada juga yang sanggup cari personal facebook untuk bertanya. Selalunya berkaitan rawatan dan tips kucing dan anjing. Pelbagai kaum akan private massanger di page. Ada yang sempat cik en balas ada yang terlepas pandang. Ada juga yang email dan direct massanger di instgram personal cik en. 

Ini antara cik en sempat capture. Yang bawah ini mengenai tempat menarik di kundasang. Sedangkan masa ini, cik en belum habis lagi buat keseluruhan entri di Sabah. Terima kasih kakak yang sudi add friends di facebook.


Yang ini pula, dijadikan sumber rujukan pelanggan di klinik. Akak ini satu jabatan tapi lain lain negeri


Yang ini melalui email dan email ini cik en terlepas pandang untuk balas. Mungkin sibuk atau cik en ter"read" dan terus lupa. 


Dan banyak lagi sebenarnya. Tak boleh nak capture semuanya. Diharap cik en berusaha untuk membantu orang lain dan tak pernah mengharapkan balasan apa apa. Bantuan yang ikhlas untuk membantu orang lain. Terima kasih menyokong cik en dan blog nurfuzie.com! Insyallah cik en akan bagi idea idea dan info yang fresh pada semua orang. Terima kasih sekali lagi. 
4

Carian Mudah Rawatan Penyakit Di Nurfuzie.Com


Carian Mudah Rawatan Penyakit Di Nurfuzie.Com | Hampir seminggu cik en tak sempat update entry baru di blog. Tapi masih ada carian mengenai rawatan dan penyakit kucing yang ada dalam blog ini. Dan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, semestinya carian penyakit kucing akan meningkat kerana kebanyakkan klinik veterinar akan tutup sempena raya. So, cik en nak kasi sedikit panduan kepada sesiapa silent reader yang sentiasa mencari sumber maklumat mengenai kucing di blog ini . Ada 2 cara yang selalu cik en gunakan jika ada bertanya mengenai rawatan dan cik en dah keluarkan entry tersebut. Selalunya yang bertanya semasa cik en tengah drive, sibuk buat rawatan di klinik, dating, dan masa masa yang kurang sesuai, jadi takkan cik en nak godek satu satu kan entry cik en. Jadi jom tengok 2 step cik en guna. 

  • Carian melalui blog
Carian ini memerlukan korang masuk ke laman blog cik en ini www.nurfuzie.com dan search di kotak search. Taip sahaja apa korang nak cari. Contoh : Muntah . Jadi kesemua artikel mengenai muntah yang ada dalam blog ini akan terpampang. Dimana search tu cik en? boleh tengok bawah ini untuk paparan web


Kalau melalui paparan telefon, korang scrool ke bawah sehingga jumpe widget search

  • Carian melalui google
Diakui, blog cik en ini tidaklah mempunyai SEO yang baik dan ada beberapa entri masih belum keluar di carian google. Jadi paling simple korang boleh taip : HAWAR KUCING NURFUZIE . Lepas itu akan terus blog cik en untuk keyword tersebut. 


Memudahkan bukan? Ini jika korang rasa pernah terbaca entri berkaitan so boleh gunakan 2 kaedah ini. Lebih memudahkan kerana entri yang dikeluarkan oleh cik en lebih kepada rawatan awal sementara menunggu klinik veterinar dibuka. Belum lagi mempromosi barangan atau kaedah rawatan yang mahal.
2

Name Card Eintan Nurfuzie


Name Card Eintan Nurfuzie | Eintan Nurfuzie dah ada namecard. Sebelum ini hanya buat sendiri dan macam biasalah print sendiri kualiti pun kurang. Oleh sebab cik en susah nak bagi nama blog pada rakan rakan, cik en tempah name card istimewa ini. Kebetulan dapat income dari Nuffnang jadi gunakan duit hasil berblog untuk blog semula. Cik en tempah name card ini dari kak Maisarah Humairah. Cik en suka yang ringkas. Dan mesti ada yang bertanya kenapa tak letak gambar cik en, cik en sebenarnya pemalu. hahaha.. jadi biarlah wajah pemilik www.nurfuzie.com ini dilihat secara live gitu.. Berminat nak tempah name card macam cik en yang free design? Boleh hubungi kak mai di facebook Maisarah Humaira'
2

Pandangan Veterinar Dari Eintan Nurfuzie Di Sinar Harian


Pandangan Veterinar Dari Eintan Nurfuzie Di Sinar Harian | Pada 13 April 2016, cik en telah menerima email dari Puan Lala wartawan Sinar Harian untuk ditemuramah untuk sisipan WOW (Wanita Oh Wanita) yang akan dikeluarkan pada 17 April 2016. Puan lala mendapat maklumat email cik en dari blog nurfuzie.com ini. Kebetulan topik pada masa itu adalah Wanita dan Haiwan Belaan. 

Pandangan veterinar dari cik en ini berkisar haiwan kesayangan. Topik yang diberi adalah pengetahuan asas mengenai haiwan kesayangan, tempat tinggal dan persekitaraan yang sesuai, pemakanan dan rutin kesihatan. Kesemua yang ditemuramah ada di dalam blog nurfuzie,com ini. Disini cik en berkongsi beberapa artikel yang disiarkan dalam Sinar Harian tersebut.


Jika sebelum ini Blog Nurfuzie.Com masuk Utusan Malaysia pada 12 Disember 2015, pandangan ini lebih kepada persendirian iaitu pandangan veterinar dari seorang pembantu veterinar dan cik en ada selitkan blog nurfuzie,com bagi memudahkan pembaca tetap engaged dengan pandangan cik en yang ada di dalam blog ini. Terima kasih Sinar Harian! 
7

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Mac 2016)

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Mac 2016) | Bulan Mac nampaknya global rank dan rank in Malaysia menurun. Pageviews meningkat. Apa pun masih bersyukur masih ada rank di kedua dua. Mungkin 2 minggu terakhir, kesihatan cik en kurang baik menyebabkan cik en abaikan blog ini. 



Januari 2016 
Global Rank : 477,055
Rank In Malaysia :4,155

Februari 2016
Global Rank : 549,770
Rank In Malaysia :5,923

Mac2016
Global Rank : 605,415
Rank In Malaysia :11,980
1

Komen Cik EN Dipilih Menjadi Komen Pilihan Awani


Komen Cik EN Dipilih Menjadi Komen Pilihan Awani | Astro AWANI telah memilih eberapa komen di laman media sosial Facebook Astro AWANI yang telah memberikan komen membina untuk menambahbaik kualiti berita yang telah disiarkan. Siapa sangka, komen cik en telah terpilih daripada komen yang ada. Komen yang mana? komen di bawah ini 


Entri apa yang cik en selitkan di dalam komen itu adalah mengenai VHM. apa iti VHM boleh klik entry Daging Kita Makan Boleh Membunuh Kita. Dan disempatan ini, cik en ucapkan terima kasih kepada Blogger Ben Ashaari kerana dia telah komen entry tersebut dan cik en sendiri pernah keluarkan artikel mengenainya dalam entry Dikomen Pedas Oleh Ben Ashaari. Siapa sangka, teguran dia untuk cik en perbetulkan entri telah membuat entri tersebut lebih baik darri sudut tatabahasa dan penggunaan ayat yang baik. Walaupun tidaklah terbaik tapi ianya dapat memberi info kepada masyarakat dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
17

Dikomen Pedas Oleh Ben Ashaari


Dikomen Pedas Oleh Ben Ashaari  | Siapa yang tidak kenal dengan Ben Ashaari kan? House Husband blogger yang bertapak dalam dunia blog semenjak 2009 lagi dan mempunyai kelab sendiri yang digelar KBBA9 atau Kelab Blogger Ben Ashaari. 9 bermaksud tahun 2009. Tapi apa kena dengan blog nurfuzie.com dengan Ben Ashaari ini? Cik en ditegur mengenai beberapa perkara blog cik en. Ada entri yang cik en tidak menitik beratkan tips tip penting untuk menarik minat pembaca. Dan juga menegur beberapa perkara lagi mengenai blog dan penulisan. Apa yang dikomen? Hanya segelintir blogger sahaja yang tahu apa kelemahan blog cik en ini. Cukup lah ianya menjadi satu pelajaran yang berguna untuk seorang newbie dalam blogger ini. Apa pun terima kasih Abang Ben kerana mengomen pedas dan sejujurnya cik en ambik semua ini dalam fikiran positif. Teguran yang baik untuk dapatkan hasil yang baik. Sesiapa yang ada rasa kekurangan di blog cik en, boleh sahaja komen di bawah ini. Tanpa pengkritik kita tidak tahu apa kelemahan kita. 

Entry dikomen pedas di SINI tapi ianya telah diperbaiki semula

11

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Februari 2016)

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Februari 2016) | Nampaknya bagi Google Analytics blog nurfuzie.com menaik cuma di bahagian alexa ranking nampak menurun. Tapi masih mempunyai ranking itu pun sudah bersyukur,



November 2015
Global Rank : 703,349
Rank In Malaysia : 4,482


Disember 2015
Global Rank : 638,346
Rank In Malaysia : 5,771


Januari 2016 
Global Rank : 477,055
Rank In Malaysia :4,155

Februari 2016
Global Rank : 549,770
Rank In Malaysia :5,923
7

Serenity By Syira Lokman


Serenity By Syira Lokman | Hye! Semua pengembara dunia. Jom berjalan mencari Tuhan. Buku yang mempunyai 41 tajuk kecil sangat memberi inspirasi kepada setiap pembacanya. Tajuk kecil ini mengambil elemen dunia semasa yang sentiasa menjadi masalah terpencil manusia kini. Penulis iaitu Syira Lokman berjaya menjadikannya teguran santai dan mengajak kita berfikir yang sebenarnya DUNIA INI INDAH. Tinggalkan sementara kisah manusia lain dan lihat sendiri DUNIA , Diri sendiri dan TUHAN kita semasa membaca buku ini. Andai kata kita sering menyalahkan tuhan yang tidak adil dalam memberi kenikmatan kehidupan kepada kita, buku ini akan mengubah persepsi kita 360 darjah bila kita membacanya. Baca dan jangan pertikaikan apa apa terlalu awal sebabnya di akhir tajuk, anda akan nampak mesej yang hendak di sampaikan.


Diatas, adalah ringkasan yang boleh cik en berikan terhadap buku SERENITY BY SYIRA LOKMAN ini, Garapan yang di buat oleh Syira Lokman memang cik en kagum. Satu tajuk yang buat cik en rasa sampai ke hati adalah " Menyakiti dan Disakiti". Jujur disaat cik en membaca buku ini, hati cik en disakiti oleh perbuatan dan kata kata seorang hamba Allah.

Mungkin orang lihat dia pendendam
tapi sakitnya hati dia yang faham

Yang menyakiti, jaga tingkahlaku
Yang disakiti, apa pun terjadi, sabar

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 37

Bagi gadis dan pemuda di luar sana atau sesiapa yang merasakan kehidupan orang lagi best dari kehidupan sendiri boleh baca tajuk "Kenapa Kita Rasa Hidup Orang Lain Best?"

Jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain, kerana setiap daripada kita memiliki kurian masing masing yang telah Allah berikan.
Aku Perlu Bersyukur

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 8

Untuk pengguna tegar Facebook, Twitter, Instagram malah blog sendiri, ayat yang korang selalu keluarkan "Twitter aku,suka hatilah aku nak tweet apa, Kalau tak suka jangan baca, Facebook dan Twitter ini aku punya, biarlah nak tulis apa pun, kau sibuk kenapa? Kalau tak suka , jangan baca". tapi sedar tak setiap yang dibaca oleh orang kalau ianya tidak benar menjadi fitnah dan akhirnya mendapat dosa? Inilah kata kata penulis dalam buku dia. 

Semua penulis akan mati
Hanya karyanya akan terus abadi
Maka tuliskanlah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu diakhirat nanti
Syadina Ali Bin Abi Talib

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 31

Dan banyak lagi tajuk tajuk yang menarik dalam buku ini. Cik en belanja tajuk buku ini ye.



Berminat hendak membaca lagi yang lain lain? boleh dapatkan di Kedai Buku berdekatan atau pesan melalui online di KOMRAD BUKU atau terus isi borang online di SINI. Jom kenali penulis Syira Lokman di blog beliau SYIRA LOKMAN. Komen pembaca lain boleh rujuk sini

3

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Januari 2016)

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Januari 2016) | Untuk Januari 2016 ini, cik en keluarkan lebih awal sebelum 31 Januari. Apa pun cik en masih tidak boleh nak kekalkan graf yang baik seperti Disember 2015. Cuma Bagi Alexa Traffic Ranks ada peningkatan dari Global dan Malaysia.



November 2015
Global Rank : 703,349
Rank In Malaysia : 4,482

Disember 2015
Global Rank : 638,346
Rank In Malaysia : 5,771

Januari 2016 (28 Januari)
Global Rank : 477,055
Rank In Malaysia :4,155

Semangat 2016 ini ingin mengekalkan dan peningkatan prestasi blog membuahkan hasil dari segi ranking alexa.
0

Nuffnang Buat Hal


Nuffnang Buat Hal | Nuffnang buat hal selama 2 bulan. Penantian itu penyeksaan bagi cik en. Ini merupakan cashout pertama untuk cik en. Sebenarnya cik en suka suka keluarkan. Sebabnya tidak pernah dikeluarkan bertahun tahun semenjak meletakkan iklan Nuffnang di blog cik en. Cashout ini dikeluarkan pada 15 November 2015 dan cik en baru diterima 6 Januari 2016 yang lalu. Alhamdulillah, rezeki berblog untuk tahun 2015. Jadi untuk tahun 2016, cik en berazam untuk kekalkan pendapatan ini setiap bulan. Amin...
11

Blog Di Banned


Blog Di Banned | Ada antara pengomen di entri cik en yang cik en blogwalking balik tapi cik en tidak boleh hendak masuk ke blog pengomen tersebut. Yang keluar adalah

laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang undang negara.
Mula mula terfikir kenapa blog ini dibanned, setelah disiasat (macam perisik pula) rupanya blog ini di banned kerana menlanggar undang undang Malaysia di bawah AKTA JUALAN DADAH 1952 diatas kesalahan melanggar peruntukan peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Mungkin ini yang dibuat oleh pihak blogger dahulu dengan menukarkan blogspot.com kepada blogspot.my. Untuk memantau kegiatan kegiatan blogger. 
15

Hadiah Dari Blogger Anum


Hadiah Dari Blogger Anum | Entri yang sudah lama terperap. Giveaway anum ini dari penyertaan Giveaway Holiday @ Bandung Anum . Sourvenir dari Bandung. Terima Kasih Anum. Blog anum ini penuh dengan travel tau? Kalau rasa hendak survey tempat tempat menarik dan hendak masukkan dalam list travel tahun 2016 ini, boleh usya usya di Blog anum. http://anumkhairil.blogspot.my/

4

Berbaloi Ke Guna Widget Dari Google+ Di Blog Kita?



Berbaloi Ke Guna Widget Dari Google+ Di Blog Kita?  | Idea entri kali ini cik en dapat dari hasil Blogwalking kawan kawan cik en. Menjadi satu kewajipan kepada cik en untuk terjah semula dan mencari entri menarik untuk cik en komen apabila korang datang terjah blog cik en. Kadang kadang awaiting comment mencecah ratusan tapi cik en tetap tidak akan approved selagi cik en tidak terjah blog korang. Gagahkan diri untuk melawat walaupun sebagai silent reader. Jika blog korang menarik, cik en akan follow blog korang dengan tiada syarat untuk follow balik cik en atau tidak. Follower tidak menjaminkan yang mereka akan menjadi pembaca tetap blog kita tapi yang patut kita cari silent reader yang tidak jemu jemu membaca blog kita. 

Tapi ada beberapa masalah yang cik en hadapi terutama yang menggunakan Google Plus untuk
  1. Link Profile terus ke Google+ Profile
  2. Menggunakan Widget Komen Google+
Google+ Profile adalah satu tapak yang mempunyai SEO lengkap untuk menjadikan blog kita antara yang teratas dalam carian Google. Jadi gunakan medium itu, untuk korang naikkan pageviews blog korang. Jangan kejarkan income dari mana mana laman web syarikat pengiklanan sampai blog sendiri tidak ada pengunjung. Setiap kali cik en terjah dan cari blog korang di Google+, cik en terpaksa mencari yang mana satu blog korang. Kebanyakannya dari link sharestory atau komen korang di blog orang lain. Bukankah menjadi satu kerugian kepada korang? Blog orang lain pula mendapat pageview. Rugi dan sangat rugi! Taktik ini dibuat dalam korang tidak sedar. 

Widget Komen Google+ pula bagi cik en rugi juga untuk korang dapatkan return visit ke blog korang. Sebabnya bila korang membalas komen, komen korang terus dinotificationkan terus ke Google Plus. Jika korang memang pengguna Google Plus seprti Facebook, its fine, tapi jika tidak, korang susah untuk dapatkan balik return visit itu. Dan juga, loading untuk komen terlalu perlahan walaupun cik en menggunakan streamxy no limit. 

Jika ingin berblog, janganlah apabila tengok tutorial yang menarik korang terus follow, kaji dulu baik buruk gunakan widget atau apa apa tutorial itu. Kesan kepada pageviews dan loading blog itu penting. Sebab itu banyak blog ada content yang sangat menarik tapi kurang mendapat sambutan. Untuk mendapatkan carian google tertinggi mungkin kita tidak mampu, tapi dengan mengambil tahu hal hal seperti cik en nyatakan dalam entri ini, mampu membawa pembaca yang korang blogwalking kembali semula ke blog korang dan akhirnya menjadi follower korang seterusnya engaged dengan entri korang

p/s: Google Plus itu sangat berguna untuk blog kita tapi jangan sia siakannya. Bak kata cik en " Dapat basikal bermotor tapi masih menggunakan kayuhan normal. Merugikan!! "


7

Jika Tidak Capai Target, GA Akan Di Batalkan



Jika Tidak Capai Target, GA Akan Di Batalkan | Give Away , Segmen, Bloglist adalah satu acara atau program yang dijalankan di blog untuk mendapatkan keuntungan kedua dua pihak. Satu dari penganjur yang akan mendapat backlink, pageview, follower dan sebagainya. Manakala pihak peserta akan mendapat hadiah yang ditawarkan, blogwalking dan kenalan baru serta dapat menaikkan follower. Tapi ada yang menjalankan program sebegini tidak memikirkan kedua dua pihak ini. Ada yang memikirkan diri dan blog sendiri sahaja. Pernah tidak korang menyertai sebarang GA, akan ada syarat, jika penyertaan kurang dari XX orang, GA akan terbatal. Kalau cik en, cik en akan rasa was was untuk sertai sebabnya ianya bersikap tidak adil apabila hanya penganjur akan mendapat keuntungan jika penyertaan yang di target tidak mencukupi. Ini antara satu dari masalah yang cik en rasa tidak patut berlaku. Be honest dengan apa yang dibuat. Walaupun peserta 3 orang pun, segala hadiah yang dijanjikan patut diberi. 

Jom sertai Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink cik en, Cik en janji Give Away cik en ini tidak akan dibatalkan walaupun hanya seorang je peserta. 
4

Kisah Sebenar FizoMawar Vs Blogger Emas Putih


Kisah Sebenar FizoMawar Vs Blogger Emas Putih | Cik en antara blogger yang terawal yang mengetahui kisah FizoMawar dan Blogger Emas Putih. Bermula dengan entri Review FizoMawar. Komen cik en, review uzu tidaklah mengkritik sampai keluarkan ayat sinis dan bahasa kasar. Masa ini cik en abaikan sahaja sebab rasanya ini pendapat seorang pelanggan. Ini hak pelanggan. Tiba tiba uzu keluarkan entri permohonan maaf dari fizomawar . Dan apabila dibaca kenyataan maaf, nampak ada nada sinis dan permohonan maaf yang tidak ikhlas. Tapi cik en terima la dan bersangka baik. Tapi hari ini, cik en baca kenyataan fizo omar di MSTAR melalui artikel INI, sudah jadi lain.

Kesimpulannya Fizo Mawar tidak boleh dikritik dan apabila dikritik, dikatakan cuba hendak jatuhkan perniagaan orang Melayu. Susah jika orang menggunakan nama Melayu dan Islam untuk membetulkan apa yang tidak betul dan menyalahkan apa yang salah.
12

I was challenged to post a black and white picture for five days

klik
I was challenged to post a black and white picture for five days | Permainan tag ini sudah lama cik en perhatikan, tapi tiada sesiapa yang tag cik en. Tapi hujung minggu lepas cik en di tag oleh adik manis Husna untuk picture dia hari ke3. Demi memeriahkan dan merapatkan silaturrahim, cik en terima dan keluarkan 5 gambar untuk 5 hari berturut turut bersama caption

I was challenged by                             to post a black and white picture for five days..
.
Here is my day                    picture..
.
Each time I post black and white photo, I need to nominate someone to continue the challenge.
.
For day        the person I would like to nominate to continue this challenge is                    

klik

 klik sini
klik sini

 klik sini
klik sini

klik sini
Inilah 5 gambar tersebut.Selesai sudah. sekrang cabaran ini di teruskan oleh Anak Denasor pulak
0

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Disember 2015)



Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Disember 2015) | A;hamdulilah kesempatan cik en untuk membuat entri ke 2 Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com. Pertama kali cik en buat untuk Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (November 2015). Dan kali ini untuk bulan Disember 2015. Nampaknya agak menurun sedikit disebabkan di akhir bulan, cik en bercuti lama mengakibatkan cik en tidak menyediakan entri dan blogwalking kawan yang mengunjung. 


Alexa pun menurun. bagi rankin di Malaysia. Kalau bulan November tangga ke 4482, bulan Disember menjadi 5771. Global rank makin meningkat. Walaupun nampak goyah tapi masih ada dalam Alexa Traffic Ranks

Bermula tahun 2016, mungkin cik en akan menggunakan skil dan idea yang ada untuk sentiasa kemaskini blog bagi tatapan pembaca setia cik en.


2

Selamat Tinggal 2015 Selamat Datang 2016


Selamat Tinggal 2015 Selamat Datang 2016 | Tepat jam 12.00 tengah malam 31 Disember 2015 berakhirlah riwayat sang 2015. Digantikan dengan sang 2016 yang pastinya menjanjikan suka dan duka. Banyak kenangan cik en dan blog nurfuzie.com dalam mengharungi tahun 2015. Antara application yang boeh direwind adalah Instagram atau IG #2015bestnine.


Tahun ini nampaknya Facebook tidak mempunyai sebarang app untuk kita rewind semula Facebook dalam tahun 2015. Bagi blog nurfuzie.com pula menyaksikan pahit manis dalam mengharungi dunia blogger. Disini cik en kongsi cerita menarik blog cik en ini dalam masa setahun ini
  • Jumlah Entry : 407 Entry
  • Dibawah ini 3 bulan entry terakhir 2015.



  • Pada 12 Disember 2015, Blog nurfuzie.com berjaya dipilih untuk memasuki Blogger.COM di Utusan Malaysia
Utusan Malaysia (12/12/15)
klik untuk bacaan penuh
    • 3 entry popular yang terakhir di ambil pada 31 Disember 2015
    1. Bacaan Wanita Sahaja : Gatal Di celah peha
    2. Lagu Gegar Vaganza 2015 minggu ke 7
    3. Jadual Ikon di Rancangan Seiras Seirama Astro
    • Blog Nurfuzie.com berubah wajah - Klik Sini
    • Tidak lupa kepada kejayaan GA, Hadiah yang dimenangi yang rasanya banyak juga
    Cik en rasa cukup nampaknya rewind untuk blog nurfuzie.com. Jumpa Lagi tahun depan. Happy New Year! Selamat Tahun Baru Blogger, Malaysia, dan semua.





    3