Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: blogger

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur

AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur | Biasanya family day ini mestilah kita akan cari tempat di tepi laut, tepi sungai atau mana mana tempat yang jauh dari kesibukan hiruk pikuk kota tapi idea team AFB untuk buat AFB Fun Day di tengah Kuala Lumpur yang sibuk buat cik en rasa ganjil sikit. Tapi semuanya berubah bila cik en sampai di Taj Villa Kuala Lumpur. Cik en ingatkan Taj Mahal masa awalnya dan selalu tersasul menyebutnya. Hihihi. AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur ini kami buat pada 13 Jun hingga 15 Jun 2018. Dan ianya merupakan family day pertama cik en join semenjak masuk team AFB ini. Dan yang pasti seorang pun dari ahli join AFB Fun Day cik en tak pernah berjumpa tau! Dari malu malu biawak sampailah cik en jadi sekepoh kepoh kepah dalam masa yang sangkat singkat untuk 3 hari ini. | AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur

AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur
AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur

AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur

Untuk aktiviti jauh sebegini cik en akan ajak adik cik en (ayang) untuk teman cik en. Cik en memilih naik ETS Gold dari Ipoh ke KL Sentral sebab sejenis yang dah malas nak drive sendiri. Kami bergerak lepas habis kerja Jumaat itu. ETS pukul 6.30 petang dan sampai 9.30 malam di KL Sentral. Untuk ke Taj Villa kami perlu menaiki LRT ke Wangsa Maju/ Sri Rampai tapi disebabkan grab cik en minta turun di Setiawangsa, cik en pun menurutlah perintah. Rupanya lepas pickup cik en mereka nak cari belacan di ST Rosyam Mart. 


Belacan?? Aha... rupanya kes salah beli belacan sebelum itu untuk buat air asam untuk pencicah BBQ. Tau apa yag dibeli? Dibelinya papadom. Sebab rupanya yang seakan akan dan khabarnya ada bau belacan masa itu. Hahahha. Tapi merasa juga la cik en masuk kat ST Rosyam Mart ini. Orang kampung tak sampai lagi weiii. cik en sampai dulu.. ahhahahaha

Settle shopping belacan, kami terus la ke Taj Villa di Taman Zooview Kuala Lumpur. 


Sebuah Banglo 2 tingkat dengan kolam mandi dilengkapi dengan 3 bilik, 1 bilik belajar, 1 bilik pembantu rumah, 4 bilik air, 2 ruang tamu, CCTV dengan infra red light dan motion sensor, 6 airconds, 1 TV dengan siaran Astro, Fagor Induction Cooker, BBQ Grill, Solar Hot & Cool Water, Mesin basuh 13kg sekali dengan pengering, Dapur Basah dan Kering. 15 minit perjalanan dari Bandaraya Kuala Lumpur dan Easy access to Mont Kiara, Bangsar, dan PJ melalui Lebuhraya DUKE. Sewa untuk semalam ialah RM1600 dan boleh muat lebih dari 25 orang satu satu masa. 

Sampai saja, geng AFB dah siap buat BBQ dan cik en datang dengan malunya join makan tanpa kesempatan nak join sesi perap memerap. Sambil makan ada sesi Ice Breaking antara yang join. Yang join AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur ini adalah 

  1. www.irrayan.com (mommy irra)
  2. www.myafarisha.com (mya)
  3. www.myarosli.com
  4. www.sayidahnapisah.com (KC)
  5. www.annursyuhadah.com
  6. www.mawarsuffi.com 
  7. www.papaglamz.com
  8. www.shamieraosment.com
  9. www.izzatiisuhaide.com
  10. www.enyabdullah.com
  11. www.nurulshahira.com
  12. www.umifuzy.com
  13. www.lubukseni.com
  14. www.wayneharraz.com
  15. www.arzmoha.com (ini balik awal, cik en tak sempat nak jumpa)


Ada live dibuat sepanjang AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur ini. Korang boleh tengok di page afb.my  . Macam macam aksi tau! Cik en ada meng"sumbang"kan lagu. Nasib tak hujan je malam itu. Hahaha. 

Selesai itu, kami buat sesi pertukaran hadiah dan cik en dapat ini. Bila tanya tak siapa mengaku. Hahahhaha.


Sebabkan penat malam itu cik en memang slow sikit. Gambar pun cik en tak ambil banyak. 

Hari Kedua AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur


Pagi pagi lagi kami masing masing terjun pool. Cik en dengan basuh muka dan gosok gigi je terus gedebus mandi. Bestnyaaaa,, yang penting dalam. Selalunya cik en mandi di mana mana kolam mesti sampai bahu je. Ini kira dah tahap kelemasan terkapar kapar la. Hahhaha.


Naik kejap untuk makan. Cik en makan 2 bungkus nasi lemak dengan scramblee telur  dan sapu sambal ikan bilis kak eny bawa. 





Lepas makan sambung balik mandi sampai la pukul 12 tengah hari. Barulah masuk dan bersiap untuk masak bersama blogger masakan terkenal dan aktiviti aktiviti yang sangat fun. 




Selesai mandi, cik en dah make up lawa lawa dan turunlah ke dapur, membantu memasak makan tengah hari. Menu kami simple tapi licin terus. Nasi putih, Ayam Masak Kicap dan Sayur Campur. 



Tapi sebelum makan, kami buat photoshoot ala ala Majalah Mangga gitew di tepi kolam. Banyak sangat gambar cantik tapi cik en masukkan mana yang paling cun sekali yerk! Photoshoot ini by Mhotografi






Selesai photoshoot dan makan kami teruskan aktiviti game iaitu Pertandingan Baju Paling Unik dan Kreatif. Cik en bergandingan dengan KC dan Zatie dan memilih tema Gadis Melayu Terakhir. Berbaju kebaya labuh sopan dan santun. Pemenang dikira dari like terbanyak. Hahahha. 




Selesai dan penat perahkan idea untuk pertandungan baju itu, kami berehat sebelum menunggu aktiviti malam pula. Nampaknya mommy ada buat surprise buat kamiiii.. Sebelum menunggu malam, kami memang penuhkan masa dengan cit cat dan bertukar tukar pendapat mengenai blog. 

Dannnn.. tibalah waktu malam yang gelap dan sunyi dan mommy pun umumkan ada KENDURIAN malam ini!!! yey!! Pulut dah di masak, kuah santan dan ada 30 biji buah durian kampung dilambakkan. Hahahha





Selesai KENDURIAN kami teruskan dengan aktiviti Body Language. Game apa pulak ini? Kiranya kena gunakan badan untuk buat teka apa dia. Hahaha. Ini gelagat gelagat kami malam itu. Gelak sakan. Dengan photograper pun kena main juga.




Dan sambil itu kami buat ala ala bergambar malam berinai. Hahahha. ini semua hasil photografer Ahmad Chukee




Hari Terkahir AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur



Hari terakhir banyak aktiviti santai je. Bangun tidur pon dah lewat. Memang bangun dan bersiap untuk balik. Banyak kenangan cik en disini. rasa sedih pula tinggalkan kenangan dengan geng AFB ini. Sebelum keluar, cik en dapat goodies tau! Sponsar dari www.mawarssufi.com dan www.myagraphic.net . Thanks korang



Hope jumpa lagi next AFB Fun Day.. 


Mesti korang tertanya kan? Siapa Afb.my? AFB adalah Auto Feed Blog yang mana setiap blogger yang join akan dipasang feed dan akan rotate setiap hari secara automatik. Sebelum ini AFB dikenali EFG tapi dah telah dijenamakan baru seiring dengan permodenan. hahahahah.. Banyak sifu dalam group ini seperti sifu Adsense yang akan ajar korang dapatkan adsense dan boleh dijana, ilmu blogging yang boleh naikkan hasil Adsense korang itu. Ada juga sifu masakan, sifu beauty dan macam macam lagi. Kalau korang berminat nak join boleh la contact Mommy Irra
3

Tips Mudah Hasilkan Video Cantik

Tips Mudah Hasilkan Video Cantik | Nak katakan cik en ni pandai bab edit video tidak la juga tapi cik en mula edit video dari zaman belajar lagi iaitu 13 tahun yang lepas. Cik en dulu edit menggunakan gambar, effect, transalation dan lagu menggunakan application yang ada dalam laptop lagi iaitu movie maker. Selepas dari itu cik en jarang edit sebabnya sibuk bersuka ria. Cuma kebelakangan ini cik en aktif balik edit apabila cik en menawarkan perkhidmatan video dalam projek review cik en. Bezanya dulu dan sekarang, dulu kena ada laptop untuk edit tapi sekarang cik en boleh gunakan smartphone untuk edit video. Banyak Tips Mudah Hasilkan Video Cantik ini. Antara korang rajin mencuba atau tak. Hope entri Tips Mudah Hasilkan Video Cantik dapat bantu kawan kawan terutama kawan blogger cik en yang masih buntu nak Hasilkan Video Cantik.

Tips Mudah Hasilkan Video Cantik

Ramai yang tanya, "cik en pakai apps apa ye untuk video?" "cantik video cik en" . Cik en bukanlah tahap profesional tapi ada la beberapa ilmu dari hasil research, pengalaman dan pemerhatian cik en. Nak ikuti kelas video ini mahal dan perlu ada masa jadi untuk berjaya, kita kena rajin study sendiri. Ini antara Tips Mudah Hasilkan Video Cantik yang cik en gunakan untuk review cik en.

1. Edit Video Menggunakan Apps di Smartphone Untuk Hasilkan Video Cantik


Cik en pernah guna apps Viva Video tapi cik en jarang berpuas hati dengan hasilnya sebab ada watermark, gambar jadi tak sharp dan tak mesra pengguna. Lepas cik en pakai Samsung S7 Edge, cik en cuba gunakan apps yang sedia ada dalam smartphone ini. Dan cik en terjumpa edit video. Cik en cuba edit video dan hasilnya sangat cantik. Apps ini tak mengurangkan kualiti video, mesra pengguna, mudah dan yang penting tiada watermark. Apa guna korang gunakan smartphone canggih dan mahal tapi tak menggunakan apps original yang ada kan? So korang cuba guna apps yang ada dalam smartphone korang untuk edit. 

2. Rakam Video Menggunakan Mode Lanskap Untuk Hasilkan Video Cantik

Yang ini penting sekali dan ramai yang salah. Untuk hasilkan video cantik korang rajin rajinlah tukar habit menggunakan mode potrait ke lanskap. Ini tips dari blogger Bro Framestone masa cik en join Projek Bro 2017 dulu. Mulanya kekok juga tapi lama lama dah terbiasa. Begitu juga dengan gambar, Nak snap gambar pastikan ada versi lanskap. Nak masukkan dalam blog pun jadi cantik. Nak hasilkan video cantik pun boleh bila ada gambar yang berbentuk lanskap ni. 

3. Pencahayaan Untuk Hasilkan Video Cantik

Yang ini penting, cik en selalu menitik beratkan pencahayan. Cik en lebih suka menggunakan cahaya original dari matahari tapi ada juga menggunakan ring light atau lampu meja kalau buat kerja di waktu malam. Lagi cantik di studio la kan? Cuma pastikan pencahayaan itu cukup. Cahaya yang cukup dapat hasilkan Video Cantik dan terang. 

4. Backdrop Untuk Hasilkan Video Cantik


Yang ini pun penting, cik en selalu menggunakan backdrop dinding di rumah yang warna putih. Sebabnya ianya dapat membantu hasilkan video cantik dan baik. Bila backdrop puth, automatik, kita nampak menonjol dalam video tu. Produk yang kita review pun nampak cantik. Elakkan backdrop warna gelap sebab nanti akan nampak suram video korang itu.

5. Rakaman Suara Yang Jelas Untuk Hasilkan Video Cantik

Yang ini cik en masih belum berjaya buat. Sebabnya cik en tak boleh nak kawal volume suara cik en. Selalu suara cik en slow macam dalam selimut. Sebab itu kebanyakkan video cik en masih tiada suara dan diganti dengan lagu. Yang ini cik en cuba untuk dapatkan mic yang berseuaian. Kalau korang ada cadangan bolehlah komen di entri ini ye.

6. Pemilihan Lagu Yang Bersesuaian Untuk Hasilkan Video Cantik

Yang ini cik en belajar dari pengalaman. Cik en hasilkan video bersuara tapi cik en kuatkan lagu dala video itu sampai orang tak boleh nak dengar. Jadi adjust volume suara lagu tu. Pilih lagu yang bersesuaian dengan tema video. Korang boleh gunakan lagu no copyright yang ada di youtube. Caranya taip : no copyright  music. Lagi satu paling mudah gunakan lagu yang ada dalam page korang. Caranya menggunakan PC sahaja, pergi ke page sendiri, klik publishing tool dan klik sound. Ini tips dari blogger Zaza Iman

7. Font Yang Bersesuaian Untuk Hasilkan Video Cantik

Bab font ini cik en memang cerewet. Bukannya tak suka font jenis berkerawang atau fancy tapi kena tengok tema video kita. Kalau melibatkan video kanak kanak ok la gunakan font fancy atau kebudak budakan tapi kalau review barangan formal gunakan font yang jelas dan terang. Kalau jenis berkerawang jenuh pula penonton korang nak mengeja satu persatu. 

8. Elakkan Video Panjang Untuk Hasilkan Video Cantik

Cik en seeorang yang jenis banyak sangat. Pernah satu masa cik en hasilkan video lebih 10 minit. last last kena cut juga. Apa yang cik en nampak, ramai sukakan video yang ringkas, padat dan pendek. Sebab itu instagram bagi 1 minit untuk upload video. Cuba ambil isi penting saja. Yang lain korang boleh cerita di blog atau caption.

9. Beli Kamera Khas Untuk Video Untuk Hasilkan Video Cantik

Yang ini kalau ada budget lebih korang boleh dapatkan kamera yang boleh rakam video. Lagi berkualiti cuma korang perlu transfer ke laptop untuk edit. Macam cik en memang tak sempat nak buat tapi andai kata cik en dah dapat beli kamera nanti, rasanya cik en akan cuba juga. 

Selain dari ini korang boleh baca 10 tips lain di  entri 10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Smartphone untuk tambah Tips Mudah Hasilkan Video Cantik . Dan alang alang dah baca ini apa kata korang subscribe Youtube Eintan Nurfuzie
10

Nombor Pin Google AdSense Dari UK

Nombor Pin Google AdSense Dari UK | Alhamdulillah, penantian hampir 2 minggu berakhir dengan sampainya surat cinta dari Google Adsense ini. Google Adsense hantar pada 19 Julai 2017 yang lepas dan cik en terima 3 Ogos 2017. Cik en tak suka nak story dulu sebelum sampai depan mata so tak ada la cik en heboh heboh (dah macam jom heboh je) yang pihak Google Adsense dah hantar no pin. Bila dah official sampai kat tangan cik en, barulah cik en berani nak tunjukkan surat Nombor Pin Google AdSense Dari UK ini kat facebook peribadi cik en.


Awal awal cik en ingat, bila dah approved adsense ini dah boleh dapat no pin ini yang ditayang tayangkan oleh kawan kawan cik en itu, rupa- rupanya perlu ada sekurang kurangnya 10USD dalam akaun adsense barulah pihak Google Adsense akan hantar no pin ini. 

Apa Itu Nombor Pin Google AdSense  Dari UK ini?


Semestinya yang bukan blogger tertanya apa pentingnya no pin ini? bahagia sangat cik en cerita kat facebook itu. Ok la, meh cik en story apa itu Adsense dari awal sampai akhir. Kalau yang dah tahu boleh skip perenggan ini okey? Adsense ini adalah salah satu pengiklanan seperti nuffnang dan innity. Iklan ini akan dipasang di blog atau youtube untuk tujuan pengiklanan. Pihak pengiklan akan berikan satu koding untuk diletakkan di bahagian bahagian tertentu di blog atau youtube. Tapi untuk Adsense ini korang perlu apply macam apply minta kerja itu. Dan pihak Adsense akan skodeng blog dan youtube kita untuk memastikan pemohon mengikuti syarat syarat ditetapkan. Selalunya blog kena bebas dari unsur unsur negatif la. Bila dah lulus temuduga alam maya itu, pihak Adsense akan berikan email Lulus Adsense dan barulah iklan yang terpilih keluar menari menari di blog atau youtube korang. Cik en dibantu oleh Abe Wayne Harraz geng AFBdotmy dalam apply Adsense ini. Tapi bukannya macam yang lain lain,masalah cik en, cik en dah lama apply cuma iklan je tak keluar. Macamana Abe buat, cik en pun tak berapa pasti tapi akhirnya keluar juga iklan tersebut. Mekasih sifu!!


Apa Kegunaan Nombor Pin Google AdSense  Dari UK ini?


Kalau tak silap iklan Adsense cik en keluar bermula 30 Jun 2017 dan dalam masa 19 hari cik en capai lebih dari 10USD sebelum diberi No Pin Google Adsense. No Pin ini dibagi untuk kita verify blog kita. Bila dapat je korang perlu masukkan no pin tersebut dengan langkah langkah yang ada dalam surat itu. So  lepas ini korang dah boleh untuk add payment method dan tunggulah dah ada 100USD mereka akan bayar pada korang. Tengok currency la, kalau tengah tinggi banyak itu dapat. Insyallah bila dah sampai 100USD cik en story macamana pula. Tak ada pengalaman lagi ini nk dapat payment dari Adsense ini. 

Sebelum ini cik en hanya setia pada Iklan dari Nuffnang je, tapi tengok lately ini, iklan dari Nuffnang nampak suram saja. Tapi cik en masih lagi tak removekan iklan Nuffnang dari blog. Selagi mampu setia, cik en setia.. cenggitewww.. hahahaha. Ok la, jumpa untuk next entry ye. Pada yang belum lulus Adsense jangan give up tau! Insyallah, ada rezeki korang itu. Cik en sendiri bertahun tahun tak pernah keluar iklan tapi tak pernah giveup (cuma jadi malas je) ahahahha
9

Artikel Blog Di Copy Paste

Artikel Blog Di Copy Paste | Sedikit kecewa apabila blog di copy paste oleh orang tak bertanggungjawab. Hasil penulisan kita di copy paste sewenang wenangnya. Demi untuk mengaut keuntungan penjualan produk review mereka. Lagi kecewa bila blog mereka berada di ranking pertama google. Dengan copy paste itu mereka buat duit. Mungkin ramai lagi blogger di luar sana ada masalah Artikel Blog Di Copy Paste. 


Rasa sedih sangat walaupun ada yang kreditkan ke blog cik en dan ada juga copy paste bulat bulat tanpa kredit. Dengan itu cik en buat keputusan untuk disablekan right click dan copy paste di blog cik en. Tapi kalau dah kaki penyamun hak orang mereka akan gunakan apa juga cara untuk copy paste. Apa apa pun, hasil copy paste tanpa izin itu cik en harap ianya menjadi hasil rezeki yang "halal" buat pengopy ye. Setakat gambar itu cik en boleh la maafkan tapi kalau sebiji biji ayat dan typo macamana ye? 

Cik en rasa dah give up nak berblog kalau macamni. Sampai hati korang copy paste. :(
10

Selesai Register Domain Untuk Marshaliza.com

SPORTING MUMMY

Selesai Register Domain Untuk Marshaliza.com | Alhamdulillah, dalam dunia blogging ini, korang tak boleh berada di satu takuk saja. Sampai masa perlu berubah dalam membina identiti sendiri. Kebanyaakan newbie dalam blogger akan gunakan domain free seperti blogspot.com atau wordpress.com ( hosting yang selalu jadi pilihan). Tapi bila korang dah mula bertapak dan belajar banyak benda baru, korang akan ambil step untuk domainkan blog sendiri. 

Apakah itu domain? Hosting? yang tu korang kena baca entri Jom Bertukar Kepada Domain . Tapi harga dalam itu harga tahun 2012 lagi. Harga terkini korang kena klik Harga Domain dan Hosting NetKL. Cik en memilih NetKL sebab murah dan perkhidmatan mereka sangat mesra dan cepat. Walaupun tengah malam, mereka tetap membalas email cik en. So that why kenapa cik en suggestkan pada kawan kawan menggunakan NetKL. 

Malam ini cik en bantu kawan blogger dari team BLOGGER UTARA kak marsha untuk domain kan blog dia. Nama domain yang lama tersangat la panjang www.marsha-marshashahirnnia.blogspot.my . Panjang kan? lagipun nama url yang panjang tidak bagus untuk blog kita. Jadi cik en suggest beberapa nama pendek dan ringkas. Dalam 3 4 nama, hanya www.marshaliza.com saja yang masih kosong. So cik en pun registerkan dan buat transfer dari domain lama ke domain terbaru. Tak sampai 30 minit selesai. Tahniah kak marsha. 

Selain kak marsha, cik en ada buat untuk blogshop www.kawaidesuconcept.com dan adik manis BLOGGER UTARA www.lyanaishak.com . Alhamdullilah, semuanya ok sampai hari ini. Kalau korang nak berdomain juga boleh la PM cik en di www.facebook.com/nurfuzie ye. Da.. jumpe untuk next entry...
5

Eintan Nurfuzie Tengah Gila Ber "Smule"


Eintan Nurfuzie Tengah Gila Ber "Smule" | Sembang sahaja mengenai SMULE, rasanya dah ramai yang tahu dan mempunyai akaun Smule sendiri. Ada beberapa entri mengenai Smule cik en pernah publish. Dan akaun Smule cik en agak lama. Masa itu cik en join Smule bersama Kucing Happy BSN lagi. Dalam setahun lepas itu, barulah aplikasi ini menjadi Viral. 

Ada 2 pilihan bila kita guna aplikasi Smule ini. Suara atau video. Selama ini cik en banyak keluarkan duet suara sahaja, cuma lately ini cik en ada keluarkan video dan geng cik en iaitu Lyana Ishak dan Timbill join video berkenaan. Korang nak tengok ke video kitaorang? Jom... Apabila Blogger Bersmule




Ini antara yang join cik en. Tak sangka semuanya kawan blogger cik en sporting.. Video lagi itu. Berminat nak join cik en? Tapi korang kena ada akaun Smule yang korang download di Play Store korang. Lepas itu follow la cik en disini --- > https://www.smule.com/EintanNurfuzie atau cari saja nama EintanNurfuzie di search Smule korang erk.. Da.. nak sambung smule balik ini. 
3

Hoodie dan Baju Kbba9 Gold Dalam Genggaman


Hoodie dan Baju Kbba9 Gold Dalam Genggaman | Siapa yang tak kenal Kelab Blogger Ben Ashaari atau dipanggil KBBA9 kan? Siapa KBBA9 ? KBBA9 adalah kelab blogger yang diasaskan oleh Ben Ashaari yang ditubuhkan pada tahun 2009. Matlamanya untuk membantu sesama blogger. dan juga tagline kami " Bukan Sekadar Blogger" So cik en diberi rezeki untuk dapat hoodie dan baju KBBA9 gold edisi terhad ini. 





Smart kan? Terima kasih KBBA9 dan cik en hargai sangat sangat.. Lepas ini boleh la melaram pakai baju dan hoodie ini. Untuk korang kenali Siapa KBBA9 boleh klik sini ---> https://kbba9.com/
2

Nak Jadi Blogger? Sanggup Ke Korang....


Nak Jadi Blogger? Sanggup Ke Korang... | Entri kali ini entri santai sebabnya cik en masih dalam minggu kursus. Untuk minggu ini cik en ke Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Kualiti Pengawai Pemeriksaan Pensikilan myGAP Jabatan Perkhidmatan Veterinar kali ke 2 untuk tahun 2016. So bila dah kursus ini, agak terhad untuk cik en ber"karya" dalam blog. 

Tapi cik en bukannya nak bercerita mengenai kursus ini tapi dalam berkursus dapatlah beberapa orang private massanger cik en untuk jadi blogger. Mungkin nampak cik en asyik promosi produk dan ada la sesekali dapat undangan event dan review, so menarik minat mereka untuk jadi sebahagian daripada blogger. So nak cerita la sikit. Nak jadi blogger sangat senang. Korang create blog dan korang boleh gelar diri blogger tapi untuk jadi blogger yang berpengaruh susah sangat sebabnya korang perlu korbankan separuh daripada kehidupan korang yang sekarang ini dan ada yang 90 peratus untuk menjenamakan diri korang sendiri. Nak cerita wang ringgit memang banyak la seperti internet, domain, bil elektrik dan sebagainya, masa korang lagi lagi yang sebagai part time blogger, korang kena settlekan task walaupun masa itu masa korang rehat, korang kena rajin tonjolkan diri di media sosial lebih lebih lagi untuk tarik perhatian PR, korang kerna korbankan masa bercuti korang (kena update blog). 

So janganlah korang anggap apa yang kami ini dapat sekarang ini, hasil sebulan dua. Ada yang berblog dari 2009 lagi dan cik en sendiri bermula 2010. Itu pun selama 4 tahun, blog bersawang tanpa pembaca. Cuma setahun dua ini, dengan usaha melobi diri sendiri dapatlah masuk "paper" , dapat job berbayar, dapat produk percuma dan sebagainya. 

Jadi nasihat cik en, kalau nak jadi blogger, tak salah.. tapi betulkan niat balik. Jangan jadi blogger sebab nak dapatkan income semata mata. Yang jenis macamtu la yang merosakkan nama baik blogger. Sebab apa? sebab dorang buat entri fitnah dan panas untuk dapatkan trafik. Salah tu ye.... 

4