Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: anjing

Showing posts with label anjing. Show all posts
Showing posts with label anjing. Show all posts

Cik En Tak Takut Anjing Eh?

Cik En Tak Takut Anjing Eh? | Seringkali cik en akan diaju soalan ini bila upload gambar bersama dengan anjing. Cik En Tak Takut Anjing Eh? Beraninya cik en? dan macam macam lagi tapi cik en faham kita dah difahamkan anjing memang garang suka mengigit. Lagipun mentaliti kita rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu yang anjing ini bukan haiwan yang penyayang seperti kucing. Sebab itu cik en pernah keluarkan artikel Ubah Persepsi Anda Terhadap Anjing pada 2016. Sesiapa yang belum membaca cik en harap korang boleh baca artikel itu untuk korang boleh kenal haiwan bernama anjing ini. 


Cik En Tak Takut Anjing Eh?


Berbalik kepada Cik En Tak Takut Anjing Eh? cik en pun macam korang semua juga. Ada juga perasaan takut dan was was. Lagi lagi cik en berdepan dengan mereka dalam pelbagai keadaan seperti sakit, marah dan agresif. Walau haiwan apa pun even kucing, korang bukannya boleh main terkam je. Jumpa kucing comel terus kejar. Confirm kucing pun akan lari atau bertindak agresif. 

Tips yang cik en akan amalkan bila berhadapan dengan mana mana haiwan yang datang ke klinik atau dimana mana tempat adalah 

  1. Perhatikan matanya, mata takkan menipu. Saiz mata hitam membawa maksud yang tertentu. Jika mata hitam besar maknanya mereka takut. Kalau ditambah dengan kemerahan (bukan masalah sakit mata) kemungkinan mereka tengah marah
  2. Perhatikan gerak badan mereka. Mereka menyinga atau menikus
  3. Jangan terus terkam, peluk, sentuh atau apa apa pun. Mulakan dengan sentuh bahagian yang dia nampak seperti dahi atau kepala. Jika tak ada tindakan agresif, baru perlahan lahan gosok bahagian batang hidung. Pastikan alert bahagian mana yang sakit dan sentuh perlahan lahan di kawasan itu. 
  4. Kalau dah nampak agresif, better jauhkan diri dulu dan mula pujuk guna mulut. 
  5. Kalau kucing cik en akan guna tuala dan tutup mata dulu dan mula perlahan lahan sentuh bahagian badan. 



Untuk kes Fillo dan kawan kawan dia yang mana tinggal di sebelah rumah cik en ini. Cik en ambil masa hampir setengah tahun untuk berkawan dengan mereka. Fillo jenis baka Great Dane. Anjing paling besar. Nampak menakutkan sebab tinggi dia separuh badan cik en tapi paling manja sebenarnya. Anyway anjing yang kecil ini yang paling berbahaya. Sebab mereka suka mengigit bila rasa terancam.

Cik en pernah kena gigit dengan anjing?


Image result for shih tzu

Of Course. Anjing jenis Shi Tzu. Anjing kecil nampak comel sangat tapi kalau terancam atau marah suka mengigit. Anyway tak teruk tapi sakit juga la. Tapi tak terlawan kesan gigit dan luka dari kucing. Sampai 2 3 kali tersembur darah dari kesan gigitan kucing. Hahahhaha

2

Dog Park Ipoh Tempat Anjing Exercise Dan Cari Jodoh

Dog Park Ipoh Tempat Anjing Exercise Dan Cari Jodoh | Wa, tajuk gempak. Orang Malaysia especially Melayu kalau sebut benda benda haram ini mesti akan ada suara suara halus tapi dah niche cik en mengenai kucing anjing dan haiwan yang lain, rasanya tak salah cik en nak war war kan tempat ini pada pemilik haiwan terutama pemilik anjing dan yang tinggal di Ipoh. Bagi cik en siapa yang create dan bagi idea Dog Park ini cik en salute sebabnya dapat wujudkan tempat khas untuk anjing spend time dengan owner, spend time dengan spesisnya, mencari jodoh (ahhahaha) dan exercise tanpa ada isu isu sentitif. Well done. Clap! Clap! | Dog Park Ipoh Tempat Anjing Exercise Dan Cari Jodoh 


Dog Park Ipoh Tempat Anjing Exercise Dan Cari Jodoh 


Mungkin ada yang yang tak tahu, haiwan terutama anjing indoor perlu buat exercise untuk mantainkan berat badan, kekal aktif dan baik untuk kesihatan mereka. Tak seperti kucing, anjing memerlukan ruang yang lebih luas untuk mereka exercise. Di luar negara, aktiviti mereka exercise bersama anjing adalah rutin harian dan hujung minggu. Di Malaysia memang tak ada tempat khusus untuk haiwan ini dan disebabkan itu wujudlah kes viral student Veterinar UPM berjalan bersama anjing di tepi jalan

Ok la back balik pada tajuk tadi, cik en nak kongsi detail mengenai Dog Park Ipoh ini

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)
Alamat 
Bandar Seri Botani's Dog Park, Ipoh, Perak, Malaysia. 
GPS 4.530758, 101.099596 or look for Eco Park 1. 

Kesemua info dan gambar 100% dari Joel Ong. Thanks juga kepada Tany Harris. Kalau dia tak share cik en pun tak tahu pun pasal Dog Park Ipoh ini. 

7

Baka Anjing Basenji Tak Boleh Menyalak

Baka Anjing Basenji Tak Boleh Menyalak  | Korang mesti tahu, kalau dah namanya anjing, mesti la menyalak. Lagi lagi kalau ada yang mencurigakan. Tapi untuk anjing baka Basenji ini, ianya tidak boleh menyalak atau membuat bising macam spesis yang lain. Tapi istimewanya untuk meniru bunyi seperti bunyi salakan anjing lain, bunyi kucing dan suara tuannya sendiri. Cuma ianya mengambil masa lama untuk Anjing Basenji ini mahir meniru bunyi bunyi lain. Baka Anjing Basenji Tak Boleh Menyalak 


Baka Anjing Basenji Tak Boleh Menyalak 


Anjing Basenji ini sangat popular dan banyak digunakan dalam aktiviti memburu kerana ianya cekap dalam kendlaikan haiwan buruan, senyap menghampiri mangsa, patuh arahan tuannya dan paling pantas berlari.

Tapi ianya ada kekurangan iaitu bersifat hiperaktif. Sebagai contoh suka melompat lompat, memanjat pagar, melepaskan diri, buat nakal dan lain lain lagi. Hihihi. Macam anak kucing yang seronok sangat bermain.



Anjing Basenji ini mempunyai sejarah penting dalam ketamadunan Mesir purba. Anjing Basenji ini dianggap haiwan suci dan dihormti oleh masyarakat masa itu. Kepercayan mereka kononya Anjing Basenji ini mampu mengusir roh roh jahat dan menghalang penularan wabak penyakit. Jadi ianya anjing berkelas tinggi yang mana hanya golongan atasan saja boleh membelanya.


Berat Anjing Basenji ini mampu mencapai 11 kg, ketinggian 43 cm, dan jangka hayat 14 tahun. Anjing Basenji jenis berbulu pendek dan halus. Sepanjang cik en bekerja di klinik veterinar, cik en masih belum jumpa pure breed ini. Tapi cik en pernah story breed yang lain iaitu Fila Brasileiro
1

Vaksin Rabies Untuk Anjing Dan Kucing

Vaksin Rabies Untuk Anjing Dan Kucing | Di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak mewajibkan pada anjing atau kucing mendapatkan suntikan Rabies. Lain la di negara yang pernah darurat untuk kes rabies seperti di India. Jika korang ke India dan membela kucing atau anjing, korang perlu mendapatkan pelbagai jenis vaksin termasuklah vaksin Rabies. Vaksin Rabies ini berbentuk tunggal. Maksudnya 1 botol vaksin hanya ada vaksin Rabies, Berbanding dengan vaksin yang lain yang boleh combine 4, 6 atau 9 vaksin dalam 1 suntikan. Jujur cik en cakap, cik en tak buat suntikan vaksin rabies di klinik tapi dari pengalaman customer yang pernah vaksin rabies di luar negara atau klinik swasta buat cik en ada research sedikit info pasal vaksin ini. 



Pemberian vaksin rabies berbeza dari satu negara dengan negara yang lain. Ada yang vaksin diberi pada anjing berumur seawal 12 minggu hingga 20 minggu . Dan booster (ulangan) setahun setahun atau 3 tahun sekali mengikut undang undang negara masing masing. Tapi di Malaysia, penyakit rabies tidaklah banyak dan terpencil so anjing akan mula vaksin kali pertama pada umur 3 bulan dan 4 bulan dengan vaksin Canine Distmper-Adenovirus Type 2-Paraininfluenza-Parvovirus Vaccine. Bulan ke 5 barulah vaksin Rabies disuntik. 


Jika anjing atau kucing korang yang nak bawa masuk ke Malaysia dari negara yang tidak bebas Rabies lain pula, ada prosedur yang ditetapkan oleh DVS termasuklah jadual pemberian vaksin Rabies. Prosedurnya seperti di bawah ini

  1. Tiada tanda klinikal rabies dalam masa 48 jam sebelum penghantaran; DAN 
  2. Mempunyai tanda pengenalan yang kekal seperti mikrocip dan nombornya mesti lah tecatat dan sama seperti di dalam Sijil Kesihatan Veterinarnya; 
  3. Telah diberikan suntikan vaksin rabies: 
    • Suntikan pertama vaksin rabies telah diberikan ketika kucing atau anjing itu berusia sekurang-kurangnya 3 bulan, 
    • (Suntikan pertama) Vaksinasi dilakukan tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh penghantaran; 
    • (Suntikan Booster) Vaksinasi telah dilakukan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh penghantaran;
  4. Telah dilakukan ujian antibodi dengan keputusan positif (paras Equivalent tidak kurang 0.5IU/ml), keputusan ini diterima pakai tidak kurang 3 bulan dan tidak lebih 1 tahun dari tarikh penghantaran; ATAU 
  5. Sekiranya syarat-syarat b, c dan d tidak dipatuhi maka kucing dan anjing yang ingin dibawa masuk perlu dikuarantinkan selama 6 bulan.

Sama juga Vaksin Rabies Pada Kucing. Pemberian yang sama seperti anjing juga cuma tidak semua klinik veterinar mempunyai stok vaksin rabies untuk kucing. Kalau di Perak, klinik yang pernah di cik en tanya adalah Klinik Veterinar di Ipoh, berhampiran dengan Hospital Fatimah. Cik en lupa nama klinik itu. Untuk kes di Kuala Sepetang, kesemua kucing dan anjing bertuan sahaja di sekitar 10km radius dari kawasan wabak akan diberi vaksin oleh DVS.

So kalau korang nak tahu tanda tanda fizikal bagi anjing yang positif rabies bolehlah baca entri cik en sebelum ini atau klik Tanda - Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies Yang Korang Perlu Tahu. Sekali lagi cik en kongsi apa itu rabies dengan gambarajah dari Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah


Sumber info dan gambar dari 
APTVM Penyakit Rabies DVS Malaysia
Kementerian Kesihatan
Google
3

Tanda - Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies Yang Korang Perlu Tahu

Tanda - Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies Yang Korang Perlu Tahu | Entri ini cik en taip kerana salah satu daerah negeri cik en di Perak dah diistiharkan kawasan outbrick sebagai kawasan Rabies. Kawasan Kuala Sepetang dibawah kuasa daerah Larut Matang Taiping dan Selama (LMS) diistiharkan selepas seekor anjing yang mengigit 2 kanak kanak iaitu anak saudara dan anak tuan punya anjing mati selepas beberapa mengigit mangsa. Oleh kerana itu, pihak veterinar telah menghantar kepala anjing ke Makmal Veterinar Ipoh dan disahkan positif pada 15 Julai 2017. Mengikut kenyatan media Jabatan veterinar anjing tersebut kemungkinan mendapat rabies daripada 'rabid dog' yang dibawa di dalam bot oleh warga asing dari negara negara jiran.


Tanda - Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies Yang Korang Perlu Tahu


Untuk Kes Rabies ini ada 2 fasa untuk kita nilaikan tahap rabies pada anjing. Dan juga ada juga rabies pada kucing juga. Cuma di Malaysia kes kes terpencil adalah pada anjing saja. Sebelum itu kita kenali apa itu Rabies di entri ini Rabies, Penyakit Anjing Gila


Tanda Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies di Fasa Pertama

  1. Fever
  2. Shyness
  3. Irritability
  4. Restlessness
  5. Apprehension
  6. Aggression
  7. Licking, biting or chewing at the area of ​​the infectious bite
  8. Unusually docile behavior in an active animal
  9. Biting or snapping

Tanda Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies di Fasa Kedua

  1. Heightened sensitivity to light, touch or sound
  2. Jaw hangs open
  3. Loss of control over the throat
  4. Foaming at the mouth
  5. Disorientation or lack of coordination
  6. Loss of appetite
  7. Weakness
  8. Fear of water
  9. Trembling
  10. Dilated pupils
  11. Seizures
  12. Difficulty swallowing
  13. Heavy breathing
  14. Choking sounds or motions
  15. Eating unusual items
  16. Hiding in dark places
  17. Paralysis of the hind legs or staggering

Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menetapkan garis panduan kepada rakyat Malaysia terutama kepada sesiapa yang pernah di gigit anjing secara tiba tiba. Korang boleh rujuk entri Apa Perlu Dibuat Apabila Digigit Oleh Anjing . Insyallah next entri nanti, cik en cuba untuk beri sedikit penerangan mengenai vaksin rabies ini. Dibawah adalah kenyataan media Kejadian Rabies di Daerah Taiping Perak pada 16 Julai 2017 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar 









Sumber gambar dan info dari Google, Page Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Petful
3

Panduan Selepas Pembedahan Untuk Kucing Atau Anjing

Panduan Selepas Pembedahan Untuk Kucing Atau Anjing | Ingat cik en membebel tadi pasal penjagaan selepas pembedahan kucing atau anjing? Cik en suka bab bab jahit menjahit ini. Mencabar bila ada potong kaki ke, potong tangan ke atau potong apa apa la. Masa ini kita kena guna otak kita sepenuhnya untuk berfikir. Dimana patut dipotong, dimana patut jahit, yang mana boleh dibuang, yang mana tidak. Sebelum potong, make sure salur darah kena jaga, kalau tak terpancut darah merata rata atau bleeding yang sangat teruk. Sama juga dengan pembedahan manusia. Banyak yang perlu dijaga. Dan bila semuanya dah selesai, dan cik en serahkan pada owner dalam keadaan yang baik, tiba tiba 3 hari selepas itu datang semula dengan luka terbuka sebab benang terputus. Haiyaaaaa... stress gila rasa. Bayangkan lah, korang dah kerah otak 3 hari lepas dan datang semula dengan luka yang baru. Rasa lemah je nak ambil kes itu balik. Tapi kena buat juga la. sebab itu cik en buat juga entri Panduan Selepas Pembedahan Untuk Kucing Atau Anjing ini

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Untuk kes di atas ini, masa potong kaki, bukan cik en yang buat sebabnya cik en kena cover rawatan biasa jadi senior cik en, En Amir yang buat. Anjing dalam keadaan yang baik dengan jahitan kemas dan bersih sebelum diserahkan pada owner. Dan sebab itu, cik en tak story kisah awal. Sebelum owner ambil, cik en dah pesan, beli kolar di petshop. Cari yang sesuai tapi owner cari yang terlalu besar dan anjing ini boleh jilat dan gigit benang jahitan itu. Sebab itu datang balik. Kali ini, cik en yang jahit. 


Tapi ada satu masalahnya, ada tempat luka tak boleh terjahit. Kenapa? sebab kulitnya terbuka luas, tak boleh nak tarik antara kulit ke kulit. Jadi yang itu, terpaksalah cik en dressing (cuci luka) biasa. Cik en try adjust kira kanan untuk jahit, tapi tak boleh. Takkan nak jahit kulit ke daging pulak. Tak boleh ye. Kulit perlu dijahit pada kulit. Daging kepada daging. Kalau jahit juga, akan banyak berlaku masalah nanti. Ada luka di sebelah bawah berhampiran punggung. gambar di bawah ini


Yang ini cik en boleh jahit. Itu pun jenuh adjust kiri kanan. Itu je yang mampu. Yang terbuka luas itu, cik en dressing guna Iodin dan letakkan krim luka, acrifulvine cream. 


1 lagi benda yang mencabar dalam pembedahan haiwan ini adalah bulu. Bulu dia tu kena cukur dulu. Lepas itu, akan melekat lekat. Bulu ini kalau tak dibuang akan berlaku jangkitan di kemudian hari. Bahagian bawah kulit kena betul betul kering, nanah perlu dibuang. 

Ok, kita tengok pulak part kaki yang dipotong sebelum ini. 


Tengoklah, masih ada benang dan ianya terputus. Mesti digigit sampai putus, Yang ini anjing dah mula sedar tau, terpaksa topup pelali tapi anjing masih terasa sakit, cik en guna xylocine (local bius) disekitar tempat nak jahit. Untuk mengurangkan kesakitan. Yang ini pun mencabar, ada luka baru sebab tertarik oleh benang itu tapi cik en berjaya juga jahit walaupun perlu berhati hati. Tarik kuat sangat, terkoyak pulak kulitnya. Ini gambar selepas jahit. Bulu dia memang tak leh nak cukur dah sebab kejar masa sebelum anjing ini sedar. Dah sedar, kena ngap pula tangan cik en. 


Disebabkan ada sejarah, benang digigit, kali ini cik en jahit satu persatu. Tak ada double double. Kalau satu ikat putus, masih ada benang yang lain. Kalau double double ini, satu putus, semua benang akan terputus juga. Benang juga cik en guna saiz 1.0. Dalam bacaan benang ini. Lagi sikit lagi besar dan kuat. Kalau nak jahit lembu atau kambing, kami lebih gunakan tali tangsi (tali pancing) Tapi pemilihannya kena betul, tebal sangat nanti, kulit akan terkoyak. 

Selesai semua itu, cik en letak krim luka sebanyak yang mungkin, time mamai (dibius) ini, masa yang sangat tepat letak krim semua ini. Anjing takkan menjilat. Dah sedar, licin krim tu dia jilat. So kat sini nak kongsi sikit panduan untuk korang. Tak kira la luka pemandulan atau luka sebegini.

  1. Kucing atau anjing akan mamai dalam beberapa jam sebelum betul betul ok. Jadi masa ini, jangan diganggu, biarkan ia rehat sepenuhnya.
  2. Apabila sedar, berikan air dulu, sebabnya sebelum biuskan, haiwan kena puasa 12 jam sekurang kurangnya
  3. Dan siap sedia dengan kolar yang sesuai. Pakaikan. Pemilihan kolar perlu lah betul. Cari corong kolar yang tinggi untuk elakkan dia boleh menjilat atau gigit benang jahit.
  4. Kurung kan dalam sangkar atau ikat dengan tali yang sederhana pendek. Jangan pendek sangat nanti tergantung. Jangan panjang sangat takut dia bergerak kesana sini. 
  5. Kalau dapat kurangkan makanan yang boleh akibatkan gatal seperti ayam. 
  6. Cuci luka ikut nasihat veterinar.
  7. Ubat juga jangan lupa bagi makan. Ini untuk kebaikan haiwan kesayangan korang juga. 
  8. Rujuk ke vet berhampiran untuk dapatkan nasihat lebih lanjut. 

Cik en suka kongsikan semua ini untuk panduan korang. Jaga haiwan sakit ini sebenarnya mudah bila korang ikut nasihat vet. Ianya tidak membebankan jika korang jaga dengan betul-betul. Korang nak ke jaga berbulan bulan disebabkan sikap acuh tak acuh korang jaga pada mulanya atau jaga betul betul dan penat dalam masa seminggu saja? Fikirlah.. cik en dah penat mengomel dah ini. 
3

Apa Yang Perlu Dibuat Bila Di Gigit Anjing


Prosedur Apabila Berlaku Gigitan Anjing | Pernah digigit anjing? Atau pernah berada situasi keluarga atau kawan kawan yang digigit anjing? Cik en nak kongsi apa yang korang perlu buat apabila digigit anjing. Tidak kiralah anjing liar atau anjing bertuan. Boleh follow flowchart di bawah ini. 

PBT adalah Pihak Berkuasa Tempatan. (Majlis perbandaraan atau majlis daerah) manakala JPV adalah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Diharap ianya dapat menjadi panduan untuk korang ye. 
2

Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite


Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite | "Doktor, saya mau cucuk anjing saya satu tahun satu kali punya cucuk " . " Doktor saya mau cucuk kucing saya vaksin" . Itu antara respon pertama dari pelanggan tak kira dari kaum melayu atau kaum lain lain. Selepas di vaksin sampai kepada pembayaran, akan ada respon " Apasal manyak mahal? Haritu cucuk baru RM15 kenapa hari ini sudah naik? " . Apabila ditanya, rupanya mereka hanya nak bagi suntikan Anti Parasite sahaja. Haiya... apa boleh buat? Kena bayar sajalah.

Ini antara reaksi dan perbualan yang kerap berlaku di klinik cik en. Kadang kadang komunikasi dengan kaum lain lain sangat terbatas sebabnya mereka tak memahami apa penerangan yang cik en dan kawan cik en terangkan. Diakui, inilah penyebab cik en dan sesiapa yang jaga klinik menjadi stress sehingga jadi moody sepanjang melayan pelanggan tersebut. Nak tak nak, cik en kena keluarkan bahasa pasar bagi memudahkan komunikasi. Kalau tak dah serupa itik bersembang dengan ayam.. Cluck cluck cluck sebelah quack quack quack. Hahaha. 

Disebabkan itu, cik en nak kongsi sikit apa Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite ini. 

Suntikan Vaksin : Vaksinasi adalah pemberian vaksin kepada kucing dengan tujuan mendapatkan kekebalan tubuh yang tinggi dan dilindungi dari pelbagai serangan penyakit. Selalunya kucing boleh divaksinasi pada umur sekitar 8-9 minggu. Kekebalan kucing yang diterima dari ibunya melalui susu akan mulai berkurang ketika berumur 8-9 minggu, sehingga kucing perlu divaksinasi
Entri yang korang boleh rujuk

  1. http://www.nurfuzie.com/2016/04/jenis-jenis-vaksin-untuk-kucing.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2016/06/boleh-ke-vaksin-kucing-semasa-musim.html
  3. http://www.nurfuzie.com/2016/02/betul-ke-vaksin-menyebabkan-kucing-mati.html
  4. http://www.nurfuzie.com/2015/06/kenapa-vaksin-perlu-diberi-3-kali.html
Suntikan Anti Parasite : Ubat Anti-Parasite adalah kelasan ubat untuk rawatan penyakit parasit seperti kulat, kurap, kutu, cacing, fungas atau pendek kata masalah kulit . Untuk maklumat lanjut boleh rujuk entri Penyakit Kulit Haiwan  . Selain itu, anti parasite juga untuk deworm atau kecacingan. Ada ubat Anti-Parasite ini 3 dalam 1 dan ada juga yang satu satu. Kalau 3 in 1 kalau bahasa pasar 3 serangkai bagi haiwan. Kutu, kurap dan cacing. Tapi yang asing asingkan tu seperti ubat cacing, ubat kurap, ubat mandi kutu,  dan sebagainya. Kira satu ubat untuk satu jenis parasit.

Jadi jangan pula tertukar pula apabila datang ke klinik veterinar mengenai Vaksin dan Anti Parasite ini. Sebab kedua dua ini mempunyai fungsi yang berbeza ye. Jadi minta mendapat vet sebelum korang buat keputusan. Tapi kedua dua suntikan ini perlulah dipastikan kucing atau anjing korang itu sihat walfiat ye. 
9

Panadol Toxicity Pada Kucing Dan Anjing Serta Cara Rawatan


Panadol Toxicity Pada Kucing Dan Anjing Serta Cara Rawatan | Pernah dengar kes kematian kepada haiwan terutama kucing dan anjing seleps diberi panadol atau paracetamol atau acetaminophen . Ataupun korang sendiri ada pengalaman sebegini. Ha.. kalau korang sendiri pernah alami atau sesiapa yang ingin tahu kenapa Panadol ini boleh sampai membunuh kucing, cik en akan sharing sedikit sebanyak untuk pengetahuan masing masing

Bagaimana Panadol ini memberi toksik pada kucing? 

Panadol ini adalah ubatan manusia dan berfungsi sebagai ubat tahan sakit dan ubat sakit kepala. Dan bagi kucing, hati mereka tidak mempunyai enzim (glucoronly transferase) untuk mencernakan paracetamol ini. Jadi ianya menjadi toksik pada hati kucing. Dos toksik pada kucing adalah 25-30mg/perkg manakala anjing 200mg/perkg. 

Macamana nak tahu kucing atau anjing Panadol Toxicity?

  1. Membran mulkosa (gusi dll) biru dan pucat
  2. Muntah
  3. Mulut berbuih
  4. Kejang
  5. Bengkak pada muka dan kaki
Rawatan awal yang boelh dilakukan di rumah

  1. Jika tidak muntah, cuba cari Actived Charcoal dan berikan 
  2. Air kelapa
  3. Berikan air yang banyak tapi hati hati jangan sampai tersedak
  4. Drip
  5. Atau bawa terus ke klinik veterinar berdekatan.
Jadi, cik en nak pesan, NO PANADOL FOR ANIMAL atau PANADOL BOLEH MEMBUNUH KUCING DAN ANJING. 


5

Kenapa Owner Sendiri Perlu Bawa Kucing Ke Klinik Veterinar?


Kenapa Owner Sendiri Perlu Bawa Kucing Ke Klinik Veterinar? | Kerap kali juga cik en menerima pelanggan yang bawa kucing yang BUKAN kucing mereka. Kucing jiran la.. kucing adik la.. kucing anak la.. Tahu tak yang korang sebenarnya akan buat doktor veterinar atau pengawai yang membuat rawatan tidak boleh diagnosis dengan lebih tepat kerana tiada history

Untuk pengetahuan semua pemilik haiwan kesayangan atau ternakan, korang perlu tahu keadaan haiwan sebelum datang ke klinik. Iyela.. kalau kucing atau haiwan lain boleh bercakap, mungkin senang nak bertanya kan? ahhaha. Jadi, vet akan bertanya banyak soalan kepada owner mengenai keadaan kucing seperti keadaan najis, aktif atau tidak, muntah dan sebagainya. Kalau yang bawa bukan owner atau yang tidak tahu langsung apa apa keadaan kucing tersebut, susah untuk kami diagnosis penyakit kucing dengan tepat walaupun kami boleh memeriksa secara fizikal seperti suhu badan, keadaan kucing, bulu, mulut dan sebagainya. 

Jadi nasihat cik en, kalau kucing korang tak sihat, kalau boleh, pastikan korang sendiri yang bawa ke klinik veterinar. Memudahkan vet untuk diagnosis dengan lebih tepat penyakit kucing korang. Jangan anggap, semua ini hal remeh kerana ianya berkait rapat dengan kesihatan kucing korang sendiri. 
8

Beratus Ulat Keluar Daripada Mata


Beratus Ulat Keluar Daripada Mata | Ulat atau dipanggil maggot adalah sejenis parasit yang memerlukan sumber makanan yang terdapat pada perumahnya. Maggot yang terjadi pada haiwan atau manusia akan menggunakan daging segar untuk terus hidup. Dan jangan terkejut, dalam masa 24 jam sahaja, maggot ini akan membesar 2 kali ganda. Sebabnya ada kes cik en handle , hari ini maggot dia kecil saja tapi esoknya ulatnya dan jadi besar dan boleh menyebabkan daging segar ini mati (rupanya kehitaman). 

Sesiapa yang mengikuti IG cik en, mesti ada melihat gambar dan video mengenai kes yang cik en hendak kongsi dalam entry kali ini. 



Anjing diatas adalah jenis Shih Zhu, dan kes seumpama ini biasa terjadi. Sebabnya bulunya yang panjang dan ada yang tidak menjaga kebersihan, menyebabkan kawasan mata akan luka. Bila luka, bau darah akan dapat dihidu oleh lalat yang membawa telur lalat. Luka anjing ini dibahagian kelopak mata dam alis mata. Nampak membengkak dan wound size dalam 1 cm lebih kurang. Jadi operasinya yang pertama, bulu bulu dipotong dan dicukur seterusnya ulat gemuk yang enak diulit daging segar akan ditarik keluar satu persatu








Yang mana Beratus Ulat Keluar Daripada Mata? Sebenarnya tidaklah di daripada mata betul betul tapi dalam kelopak mata dan kiralah sendiri kalau nak tahu berapa ekor di bawah ini. Ini hanyalah sebahagian sahaja, sebabnya semalam cik en dan menarik beberapa ekor ulat. Cuma apabila melibatkan mata, banyak ubatan dressing yang tidak dapat digunakan jadi hanya menggunakan normal saline sahaja untuk mencuci.



Kalau hendak ceritakan mengenai bau, memang tidak boleh diceritakan. Tapi tadi cik en berjaya juga selesaikan kes ini. Diharap pemilik anjing ini akan jaga lebih baik untuk mengelakkan kes ini berulang. Penat oooo.. 
7

Sabun Taharah Untuk Samak Najis Berat


Sabun Taharah Untuk Samak Najis Berat | Sabun Taharah yang mempunyai 90% tanah liat merupakan satu satunya cara moden yang memudahkan menyamak untuk najis berat (mughallazah). Dengan menggunakan kaedah samak yang biasa, 1 kali air tanah dan 6 kali air biasa. 1 kali menggunakan sabun taharah dan dibilas air biasa sebanyak 6 kali. 

Kenapa cik en keluarkan entri sabun Taharah ini kerana sabun ini wajib dimiliki oleh kesemua veterinar atau pekerja melibatkan bidang veterinar tidak kira dari seorang pekerja bawahan sehingga peringkat doktor veterinar. Veterinar bidang mengenai haiwan termasukklah haiwan yang haram disentuh seperti babi dan anjing. Tiada berkecuali. 

Seperti sedia maklum, cik en seorang pembantu veterinar dan setiap hari akan berhadapan dengan anjing di klinik. Ada anjing yang tidak banyak kerenah tetapi jika yang datang anjing yang bermsalah seperti cirit, air kencing, air liur, pembedahan dan lain lain, memakai sarung tangan kadang kadang tidak dapat mengelak di sentuh oleh bulu, air liur, darah atau sebagainya. Selalunya keadaan anjing yang sakit ini bulunya basah, air liur yang sememangnya basah. 


Program Ladang Khinzir 




Video dibawah adalah dari Ustaz Don mengenai hukum penggunaan Sabun Taharah



Selain itu terdapat banyak lagi kelebihan sabun ini

  1. Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi. 
  2. Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering 
  3. Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit. 
  4. Memperbaiki sel-sel kulit yang mati 
  5. Menghilangkan bau badan 
  6. Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan. 
  7. Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki. 
  8. Untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah (kaedah samak seperti biasa 1 kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.) 
  9. Sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga. 
  10. Sebagai basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain. 
  11. Menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.  
Sabun Taharah ini juga disahkan dan disokong oleh
  1. Majlis Fatwa Kedah
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia 
  3. Pejabat Mufti Negeri Sembilan 
  4. Pejabat Mufti Terengganu 
  5. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 
Harga sabun ini antara RM8.00 sehingga RM10.00. Jadi sesiapa yang masih kurang yakin kerana tersentuh anjing yang berlainan keadaan (basah kering) boleh menyamak menggunakan sabun Taharah atau mencari tanah yang bersih dan suci. 

Sumber 

update : 28/7/2017 : Sesiapa yang nak mencari sabun taharah dalam bentuk cecair boleh hubungi talian ini melalui whatsap atau call 016-3549384 .


10