Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Veterinar Perak

Showing posts with label Veterinar Perak. Show all posts
Showing posts with label Veterinar Perak. Show all posts

Menjawab Aduan Klinik Veterinar Ipoh Buat Servis Macam Siput

Menjawab Aduan Klinik Veterinar Ipoh Buat Servis Macam Siput | "SNAIL SERVICE AT ANIMAL CLINIC " inilah tajuk yang cik en baca bila team Veterinar Perak share link di group whatsaap. Menderau darah cik en ini. Sebabnya cik en kenal dengan staf di Klinik Veterinar Ipoh  (HQ) yang struggle buat rawatan dan layan customer. Dan juga cik en sendiri bekerja di klinik veterinar daerah yang separuh kesibukan dari Klinik Veterinar Ipoh tu. Cik en tahu macamana suasana di klinik ini. 


Walaupun ini bukan jawapan official dari Veterinar Ipoh tapi sebagai seorang staf yang mempunyai blog, cik en terpanggil nak menjawab Menjawab Aduan Klinik Veterinar Ipoh Buat Dikatakan Servis Macam Siput. Sebelum itu cik en akan share dengan korang aduan yang dikeluarkan oleh Facebook Perak Echo 


Ipoh Echo
18 hrs ·
SNAIL SERVICE AT ANIMAL CLINIC
The Perak Veterinary Department, located at Jalan Sultan Azlan Shah Utara (opp JPJ) provides medical treatments for cats, dogs and pets, generally. However, Ipoh Echo has received countless complaints from Ipohites about its “snail” service.
We sent our team recently to investigate and much to our horror there was truth in what was reported. Our reporter had to wait over three hours to see the vet with her “sick” cat.
The animal clinic within the department has laid out rules regarding registration - visitors can only register between 8 am and 11 am for morning session (45 cases) and between 2 pm to 3.30 pm (25 cases) Monday till Thursday. On Friday it is between 8 am and 10.30 am (45 cases) and between 2.45 pm and 3.30 pm (25 cases). The clinic is closed on weekends and public holidays.
The Executive Councillor for Public Utilities, Plantation and Agriculture, Abdul Yunus Jamhari who is responsible for the department said he has not received any complaints thus far,
"I advise aggrieved parties to file a complaint with me or my office. I’ll act on their complaints upon receipt,” he told Ipoh Echo when contacted. “Forward your complaints to my office," he insisted.
The public have the option of choosing private animal clinics in town, government-run clinics, nonetheless, should not only be efficient but people-friendly too. It is the new era of openness and engagement. The “repressive” years of Umno/BN are gone following GE 14 on May 9.
Readers wishing to file complaints regarding services at the Perak Veterinary Clinic can send them to Abdul Yunus Jamhari, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Gantang Wahab, 30100, Ipoh Perak.

Untuk pengetahuan korang yang mungkin ada terbaca atau terpengaruh dengan cerita ini, meh sini cik en nak terangkan satu persatu.


  • Dah mention siap siap pada kad waktu operasi. Pagi mereka accept 45 kes rawatan saja dan petang 25 kes rawatan saja. Korang jadi pakar mengira jap ye. (celok sikit point dari fb bos Azrin)
1 rawatan (termasuk masa masuk kucing, keluarkan kucing dari sangkar. konsultan/nasihat dan rawatan) : 6 minit (anggaran) 
Pagi : 45 kes bersamaan 270 minit ( 4 jam 30 minit)
Petang 25 kes bersamaan 150 minit 2 jam 30 minit lebih kurang
Total jam : lebih kurang 7 jam dan memang itu waktu bekerja kan?
Itu kalau 6 minit kalau kes berat sampai ambik masa lebih dari masa itu?? Maybe 7 ke 15 minit macamana? tak ke kena stay back sampai habis kes?


  • Pelanggan Klink Veterinar Ipoh sangat ramai sampaikan ada staf yang terpaksa bekerja lebih masa jadi consider la kenapa mereka hadkan bilangan kes yang diterima
  • Buat rawatan ini bukannya macam korang beli makanan kat food court yang siap sedia. Atau boleh masak 3 atau 4 order sekali. Nama pun rawatan, korang mesti nak kucing atau pet korang itu diperiksa betul betul. So ambil masa untuk semua itu. Salah diagnosis. salah ubat kucing mati. Kami juga kena aduan lagi
  • Tak ada improvement. Untuk pengetahuan korang la, cik en ini dah 7 tahun lebih lebih sikit ini, cik en sendiri tengok perubahan di Klinik Veterinar Ipoh itu. Dari lepak luar panas lit lit dah ada aircorn. Dulu tak ada sistem nombor, sekarang dah ada. Dulu tak ada had rawatan dan ada tunggu lama dan kecewa sekarang dah mention berapa kes dorang ambik untuk satu satu masa. 
  • Pasal ada keluarkan fake story kata spay anjing di Klinik Veterinar Ipoh RM 300 seekor pun, cik en nak marah, bila masa harga tu wujud ah? Memandai pula kata Private Clinic RM300 untuk 2 ekor anjing. Nampak tak spesis batu api itu. Geram cik en baca. Setahu cik en, harga kami paling murah yang ada. Maksimun pun around RM100 ke RM150 je. 
  • Andai rasa mampu pergi ke private pilihlah private. Dan juga kes kes yang kronik better rujuk pada private yang mana ada perkhidmatan warded. Bukannya nak kata menghalau tapi consider la, nama pun klinik veterinar kerajaan dengan ramai pelanggan dan kelengkapan yang tak lengkap jadi untuk elakkan jadi kes mati sebelum rawatan di sebabkan tunggu lama better la ke klinik yang lebih lengkap peralatannya. (kalau nak suggest tambah peralatan atau staf better komplen terus ke bahagian atasan bukan viral macamni. Sebabnya kami orang bawahan yang baca rasa sakit hati. Orang atasan tak baca hal hal viral macamni)
  • Ada kata vet selalu tiada dan katanya ianya bad attitude staf. Korang ingat kami ini buat rawatan kucing dan anjing ke? Kami ada bahagian ruminan, bahagian perlesanan, bahagian kesihatan, bahagian komplen yang korang tengah buat tu dan banyak lagi bahagian termasuk kewangan. Jadi semua ada peranan dan ada tambahan tugas selain kerja hakiki yang ada
  • Ada juga kata datang petang dan dah closed. Off course la.... kalau klinik tutup pukul 4.30 korang mai kul 4.35 sememangnya kami kata closed ditambah memang dah ada barisan pelanggan yang menunggu lama dari pukul 2.30 petang lagi. 
  • Ada kata pilih staf lover animal, bukan staf lover money. Korang ingat duit korang bayar itu masuk poket staff ini ke? Semua masuk sistem dan korang sendiri dapat resit right?? Kalau private yes! kalau mereka cas tinggi pun masuk poket mereka. Kami ini hujung bulan dapat gaji dan bila ada bonus sikit dah ada kata macam macam.. haiiih
  • Non Friendly attitude.. Isk, bayangkan la korang layan macam macam kerenah. Bukan keranah pet tapi kerenah pelanggan sendiri. Korang nak mereka layan macam kawan sembang panjang panjang ke? Ramai lagi pelanggan kat luar sana menunggu. Standard la kalau penat, muka pun tarak senyum. Tapi staf Klinik Veterinar Ipoh masih ada rasa tanggungjawab habiskan  semua pelanggan yang sudah daftar walaupun mereka dah tahap stress dan penat yang maksima
  • Datang, tunggu lama dan tiada perkhidmatan xray. Hurm. Ini korang kena jadi bijak sikit. Apa kata call dulu dan tanya pasal perkhidmatan xray. Cik en sendiri dari daerah pun suggest untuk customer call dulu Klinik Veterinar Ipoh untuk appointment atau terus ke klinik veterinar swasta yang lain. (bukan apa sebab tak mahu membebankan staf Klinik Veterinar Ipoh dengan pelanggan dari daerah) Ini list Klinik Veterinar Swasta di Perak mengikut daerah kalau korang nak pergi
  • Dan untuk pengetahuan, hari tersebut (komplen dibuat), staf bertugas lebih awal dari biasa dan ada ini yang berlaku


  • Korang nampak tak macamana staff sana macamana? dalam 3 kes yang lama, staf masih fikirkan pelanggan tunggu lama dan curi curi masa buat rawatan yang lain. Sama dengan cik en, sementara tunggu kucing bius cik en masih sempat buat 2 3 kes dan ada sampai terlalu lama, kucing bius mula sedar. 
  • Dan jangan politikkan tugas kami. Kami staf kerajaan yang mengikut arahan dan tugasan yang telah ditetapkan. Sama aje perkhidmatan kami masa kerajaan lama dan baru. Jika pihak atasan yang bagi peruntukan kemudahan, kerja kami tetap sama yang dapat kelebihan pelanggan sendiri. 

Dah la kot cik en menjawab. Sebagai staf yang bertugas di klinik kerajaan dan sure di klinik swasta juga, hanya kami saja tau macamana sibuknya bahagian klinik ini. Dengan nak fikir kenapa kucing itu sakit, bagaimana nak rawat, ubatan apa yang perlu. buat kira kira untuk dosage ubat dan melayan setiap pertanyaan pelanggan dan ada juga kes pelanggan yang cerewet tak kena tempat dan last yang palingg stress bila kucing garang sampai tak leh di sentuh atau diperiksa. 
2

Pengalaman Merawat Kuda Di Waktu Malam


Pengalaman Merawat Kuda Di Waktu Malam | Kuda merupakan haiwan kedua yang terbijak di dunia ini. Kata orang, kalau kita nak naik kuda, kalau kuda saja bersedia tapi kita macam terpaksa nak naik, sememangnya kita tak dapat nak menunggang kuda yang baik. Bagi bidang veterinar macam cik en, semestinya tidak dapat lari dari buat rawatan kuda. Cuma di Perak terutama di kawasan cik en, orang yang membela kuda sangat terhad. Jadi sebelum ini, cik en tak pernah buat rawatan kuda. Kalau kucing, anjing, lembu dan kambing dah biasa dan boleh la dikatakan expert juga walaupun tidak bertauliah. 

Sebelum ini cik en ada story pasal kuda kemalangan tapi cik en tak buat detailnya, sebabnya cik en tak dapat nak ambil gambar selepas rawatan di buat. Kebetulan beberapa hari lepas cik en, En Rizal dan bos cik en Haji Azhar pergi ke stable kuda Hanna kerana, Ana ada beritahu, kuda yang cik en jahit dah terputus benangnya. Tapi sebelum itu cik en nak kongsi sedikit kronologi mengenai kuda kuda ini. 

3 Mac 2017 
2 ekor kuda dilanggar oleh sebuah kereta kancil jam 10.30 malam. Seekor diberi nama Kiswa (jantan) dan Lizaz ( betina dan bunting). Kiswa bibirnya dan hidungnya terkoyak, dadanya berlubang dalam dan badan sebelah kanan luka tersiat. Lizaz pula lututnya bengkak dan ada sedikit luka.

dada kiswa yang berlubang

badan kiswa luka 

kaki lizaz bengkak dan luka

4 Mac 2017 
Cik en datang selepas diberitahu Ana. Rawatan yang dibuat hanyalah dressing yang termampu dan diberi ubat antibiotik dan bengkak ( http://www.nurfuzie.com/2017/03/kisah-kuda-di-langgar-kereta.html )

5 Mac 2017 
Cik en perlu berikan ubat pelali untuk membuat dressing dan suturing terhadap Kiswa. Bibir dan hidung terkoyak. Dan juga dadanya berlubang. Bagi Lizaz hanya dressing sahaja jadi tak perli diberi pelali. Disebabkan tenaga kerja yang tak ada, kami memulakan dressing dan jahit pada pukul 11 malam dan berakhir 4 pagi. Kat sini cik en nak share sedikit gambar pada malam itu.



Cik en dibantu oleh Ana sendiri, Salman (pemilik kuda dari Terengganu) dan anak saudaranya. Cik en berikan pelali Xyzlizine sahaja. Satu benda baru kerana cik en selalunya menggunakan Xyzlizine dan Ketamine berpandu pada berat haiwan kesayangan. Untuk kuda, memang tak disyorkan menggunakan Ketamine. Cik en menggunakan Xyzlizine 100 dan untuk berat Kiswa diberi 1.5ml untuk 250kg. Pelali atau anesthesia ini diberi melalui Intravena (IV). Dalam masa kurang 1 minit, Kiswa dan mula khayal dan sebelum jahit dibuat, cik en perlu sekali lagi beri local anesthesia. Dalam stok ubat klinik cik en ada Xylocaine sahaja. Xylocaine diberi untuk kebaskan bahagian mulut dan hidung sebelum dijahit. Xylocaine diberi secara Subcutaneous ( subcut). Sub Cut adalah suntikan di bawah kulit sahaja. Mulut dan hidung perlu dikikis sehingga berdarah untuk membantu pertumbuhan daging dan untuk memudahkan pencantuman. Selesai dibahagian muka, kami beralih kepada dada yang berlubang. Salman masukkan jari dan didalam lubang ada serpihan kaca. Usaha membersihkan kaca agak susah sebabnya saluran yang sempit. Tapi kami berjaya juga untuk keluarkan kesemua kaca. Selesai, cik en jahit dibahagian dada Kiswa.

Selesai Kiswa, turn Lizaz pula. Disebabkan hanya dressing biasa, Salman dan anak saudaranya yang buat. Bulu perlu dicukur dan gunakan antiseptik seperti biasa. Kami gunakan Hydrogen Peroxide dan Iodin. Cik en berikan prednesolone dan antibiotik selepas selesai dressing. Kami selesai jam 4.00 pagi 

9 Mac 2017
Ana beritahu, jahitan Kiswa terputus. Kali ini, cik en pergi bertiga. Masih menggunakan pelali yang sama, cuma kali ini dibuat disiang hari. Lagi mudah dan dari kami menggunakan tali tangsi (tali pancing) dengan harapan tak terputus sebelum luka sembuh.



Dikesempatan itu, cik en sempat lah snap beberapa gambar dan compare sebelum dan selepas rawatan





Insyallah, kalau dijaga dengan baik dan dressing setiap hari, Kiswa dan Lizaz boleh sembuh dalam seminggu dua lagi. Insyallah, kalau cik en kesempatan cik en akan snap gambar yang lebih baik selepas ini. Cuma cik en takkan share di blog ini. Hanya di instagram personal cik en di www.instagram.com/eintan_nurfuzie . 


Salam sayang dari cik en dan lizaz. Jumpa next entry semua. 
0

Kucing Hidung Tinggi dan Besar


Kucing Hidung Tinggi dan Besar | Pertanyaan cik en di instagaram, page facebook nurfuzie.com dan facebook personal cik en nampaknya memberi banyak jawapan. Ada yang betul dan ada yang melawakkan. Hahaha Its ok, Didalam dunia kucing, jika ada kucing yang mempunyai hidung tinggi, bengkak dan keadaan kucing yang selsema adalah tanda tanda penyakit zoonotik. Penyakit ini digeruni oleh pemilik kucing kerana jika ianya kronik, doktor vet akan suggest Put To Sleep (PTS) atau matikan. Jika ada yang sanggup menjaganya, semestinya memerlukan dana yang banyak kerana harga ubatnya sangat mahal dan perlu diberi selama 3 bulan ke 6 bulan dan penjagaan yang sangat teliti.

Gambar diatas, adalah tanda tanda sporotrichosis atau dipanggil sporo. Menurut pemilik ini, kucing ini mempunyai sejarah sporo dan mengamalkan ubat sporo selama 6 bulan. Dan kucing ini sembuh sepenuhnya (fizikal) dalam 2 bulan dan baru baru ini, berlaku masalah hidung tinggi atau bengkak. Bengkak ini lembut dan terasa mengandungi cecair. Untuk memastikan ianya darah atau nanah, cik en cuba tarik melalui picagari berjarum dan yang keluar adalah darah. Untuk langkah pencegahan awal, cik en nasihatkan untuk berikan antibiotik (amoxycilin) dan ubat bengkak (prednesolone) selama seminggu. Jika masih tiada perubahan, diminta pemilik kucing untuk beri kembali ubat sporo seperti inox atau intrazone atau lain lain yang berkaitan atau buat blood test sekali lagi. Cik en minta pemilik untuk repeat datang ke klinik dalam masa seminggu. Diharap kucing tersebut hanya berlaku bisul atau bengkak biasa pada hidung itu.

Korang boleh rujuk entri Anda Terkena Sporo dan Cara Merawat Sporo.

7

Kisah Kuda Di Langgar Kereta


Kisah Kuda Di Langgar Kereta | Entri ini cik en hanya nak kongsikan pengalaman kerja cik en dalam merawat kuda. Kes kuda ini dilanggar kereta malam sebelum rawatan dibuat. Ada 2 ekor. Jantan dan betina. Menurut owner, ada yang buka tali stable kuda ini. Kejadian berlaku 10.30 malam. Dikatakan kereta yang langgar jenis kancil. Kancil langgar kuda, mestilah kancil kalah kan? Hahahaha. Tapi tiada sebarang report atau apa apa tuntutan dari kereta yang melanggar sehingga entri ini ditaip. 

Cik en datang ke stable kuda yang dijaga oleh Hanna atau nama panggilan Ana jam 1.00 petang. Mulanya nak jahit sebabnya ada luka berlubang. Tapi dah mula membengkak dan tak boleh nak dijahit. Kalau boleh pun kena biuskan. 


Dah dibahagian lain ada luka seperti tersiat. Bahagian hidung pun ada kesan luka dan bibir sedikit terkoyak. 


Dan lagi seekor bahagian kakinya sedikit bengkak tapi tak patah atau seliuh. Kemungkinan kesan hentaman yang kuat. 


Rawatan basic dressing saja cik en buat. Sebabnya tak ada tenaga lelaki, hanya cik en dan Ana saja yang ada. Jadi cik en buat dressing luka dan pemberian antibiotik dan vitamin untuk kedua dua ekor kuda. Yang kaki bengkak cik en tak boleh nak buat banyak hanya boleh wound spray saja sebabnya kuda tak beri kerjasama. Mungkin kerana sakit sangat. 


Tapi cik en kena repeat semula rawatan. Dan kuda ini perlu dibius untuk berikan rawatan lebih baik. Untuk itu, insyallah cik en akan story untuk next entri ye. 
3

Cara Rawatan Kucing Cirit Birit

Cara Rawatan Kucing Yang Cirit Birit

Cara Rawatan Kucing Cirit Birit | Dah sampai musim kucing cirit birit di klinik cik en. Cirit birit atau panggilan cik en cerry berry ini tak terhad pada kucing dewasa tapi juga pada anak kucing. Disebabkan setiap hari cik en menerangkan benda yang sama, cik en nak kongsi sedikit rawatan cirit birit pada kucing dewasa dan anak kucing. Sebelum itu, korang boleh rujuk Kenapa Kucing Cirit Birit. Yang penting korang kena tahu history kucing korang itu. Seperti jadual pemberian ubat cacing, pemakanan, aktiviti dan sebagainya. 

gambar kucing cirit

Korang juga boleh rujuk gambar diatas untuk ketahui tahap keadaan najis kucing korang. Selalunya Type 6 dan Type 7 ini akan buat kucing korang jadi lemah sebab kekurangan air dalam badan dan jika tak dirawat kucing boleh mati. Ini antara rawatan asas yang korang boleh buat mengikut punca punca cirit birit ini. 

  1. Cacing / Parasit ( bulu tak cantik, gugur, makan banyak tapi badan tak gemuk) - dapatkan ubat cacing di klinik veterinar atau kedai haiwan. Rujuk entri Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing
  2. Tukar Makanan Baru - Korang boleh rujuk Cara Memperkenalkan Makanan Baru Pada Kucing
  3. Susu ( selalunya terjadi pada anak kucing yang kehilangan ibu dan diberi susu lembu) - tukarkan kepada susu kucing yang boleh didapati di kedai haiwan atau klinik haiwan. Jika korang gunakan susu yang dibeli dari kedai haiwan, cuba cairkan kepekatan susu tersebut. 
  4. Keracunan - Boleh dapatkan rawatan awal dengan menggunakan air kelapa segar atau bawa ke klinik veterinar dalam keadaan segera
  5. Jangkitan (gangguan usus) dan Virus - Perlu rujuk klinik veterinar
Jika, korang tak pasti punca cirit birit, korang boleh gunakan kaedah di bawah ini.

  1. Puasakan kucing dari makan selama 12 hingga 24 jam. 
  2. Pastikan berikan banyak minum fresh water untuk elakkan dehydrated. 
  3. Jika kucing nampak lemah, boleh berikan air glukose, madu atau air gula. 
  4. Selepas 24 jam, korang boleh berikan ayam rebus atau ada juga vet yang suggest blend nasi putih bersama ayam rebus. 
  5. Kalau kucing korang dah tak cirit, selesai dah masalah itu
  6. Jika kucing masih cirit selepas di beri makanan boleh rujuk klinik veterinar berhampiran ye untuk dapatkan consultant.
Ini antara yang kerap cik en kongsikan bersama pelanggan dan pembaca cik en yang private massange cik en. Diharap ianya dapat membantu korang sementara ada masa untuk ke klinik. Tapi janganlah dah teruk baru bawa ke klinik, masa itu, cas rawatan yang murah akan jadi mahal sebabkan banyak komplikasi yang berlaku. Macam drip, admir ward dan sebagainya. 
16

Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan


Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan | Satu keadaan yang boleh merisaukan owner kucing ini apabila kucing korang tiada selera makan. Makanan yang korang letakkan dalam bekas makanan, tidak luak ataupun tidak habis seperti selalu. Selalunya kalau cik en bertugas di klinik, kebanyakkan owner kucing akan nyatakan tanda tanda kucing kurang selera makan. Selalunya satu bekas akan licin, tapi dalam beberapa hari ini, bekas makanan masih terisi dengan makanan mereka lagi. 

Disini cik en nak kongsikan sedikit Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan. Mungkin kerana makanan itu sendiri atau keadaan mereka yang kurang sihat.

Jika kucing korang masih aktif dan lincah, cuma makan makanan saja yang kurang, kemungkinan faktor pemakanan. 

  1. Makanan rosak atau masuk angin
  2. Ada serengga atau semut dalam makanan (hurung makanan mereka)
  3. Makanan yang baru
  4. Perisa atau bahan perasa yang tidak disukai
  5. Berkongsi bekas makanan ( selalunya apabila ada kucing baru )
  6. Bekas makanan bukan di tempat asalnya
  7. Kucing kenyang mungkin baru makan di rumah orang lain atau makan hasil buruannya
Kalau kesemua atas ini, korag check ok saja dan kucing korang pula TIDAK aktif dan lincah seperti sebelum ini, mungkin kucing korang 

  1. Selsema sehingga kucing tidak boleh menghidu
  2. Demam sehingga hilang selera makan
  3. Gigivitis yang teruk (masalah gusi atau ulser yang teruk)
  4. Muntah yang teruk
  5. Terlalu lemah untuk makan
  6. Tiada selera kerana serangan virus
Cara Memaksa Kucing Tidak Selera Makan

  1. Pilih makanan wet food atau makanan basah
  2. Panaskan menggunakan microwave
  3. Kalau kucing sakit dan terlelau lemah, pilihlah makanan anak kucing/ kitten wetfood
  4. Suapkan menggunakan picagari, sudu atau pun menggunakan tangan korang
  5. Air pula boleh beri air glukose, madu, air gula atau air kosong. Boleh gunakan picagari.
  6. Pujuklah dengan lembut kucing korang untuk makan dan minum ye..
  7. Kalau masih tidak berjaya, bawa ke Vet berhampiran ye..
Ini antara tips yang boleh cik en berikan. Korang boleh komen kalau korang ada cara yang lain.
10

Kambing Itu Bukan Bunting Tapi…


Kambing Itu Bukan Bunting Tapi… | Ingat tak gambar yang cik en keluarkan di instagram dan facebook personal cik en? Kalau sesiapa yang tak pernah tahu instgram dan facebook cik en bolehlah add cik en ye di Facebook Eintan Nurfuzie dan Instagram Eintan Nurfuzie. Gambar yang cik en maksudkan adalah gambar di atas itu. Nampak macam bunting kan? Tapi malangnya bukan. Ramai kawan kawan FB dan IG cik en menjawab dengan jawapan yang lawak lawak aje. Tergelak gelak cik en baca. Antara jawapanya adalah 


Tapi itu bukan jawapan yag tepat. Rasanya ada 3 4 orang jawab betul. Kambing itu sebenarnya KEMBUNG. Bagi ternakan kambing, masalah kembung sememangnya menjadi salah satu punca kematian yang tinggi. Sebenarnya ada 1 faktor yang utama kenapa kambing tersebut kembung. Faktornya adalah MAKANAN. Makanan yang terlebih protein menyebabkan perut ruminan akan kembung. 

Tanda fizikalnya, perut akan membesar sebelah. Selalunya sebelah kiri. Kalau korang ada di tempat kejadian, boleh tepuk tepuk perut yang membesar itu, korang akan rasa macam angin. Kes akan menjadi teruk apabila, kambing tak boleh bangun langsung. Kalau tak dirawat cepat, kemungkinan besar kambing akan mati kerana lemas. So jangan main main tau kalau kembung ini. Boleh buat kematian. Rugi saja nanti.

Nak tahu, apa cik en buat untuk kes sebegini? Ada beberapa step mengikut keadaan kembung. Cik en akan listkan ye sebagai info baru kepada semua

Cara Pertama

Untuk cara awal, kita boleh gunakan ubat jenis cecair untuk diminum. Antara yang boleh digunakan adalah

a. Air Halia
b. Lemuju
c. D-Bloat 
d. Asam Jawa
e. Minyak Kelapa
f. Eno Halia
g. Air Bergas

Cara kedua

Stomach Tube. Korang boleh gunakan getah paip air yang kecil yang telah ditebuk sedikit dibahagian pangkal getah paip air tersebut. Kemudian dimasukkan melalui mulut secara perlahan lahan. Korang akan dengar bunyi angin keluar. Cuba masuk dan keluarkan berulang kali sehingga kambing mula selesa. TAPI pastikan kalau kambing terbatuk, cepat cepat keluarkan getah paip tersebut. Kemungkinan, getah paip tu termasuk di saluran peparu kambing.

Cik en dan rakan sekerja cik en menggunakan cara ini untuk kambing tersebut



Cara Ketiga

yang ni korang kena guna Trocha and Canulla untuk menebuk dibahagian perut yang kembung untuk dikeluarkan angin. Tapi jangan buat sebarang, kena dapatkan khidmat daripada veterinary di daerah masing masing.

Cara Keempat dan terakhir

Pisaumycin. Hahahah.. maknanya disembelih.

So, harap bila korang baca entri ini, korang akan tahu apabila berhadapan dengan kes sebegini. Ada la sedikit ilmu kan?
6

Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite


Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite | "Doktor, saya mau cucuk anjing saya satu tahun satu kali punya cucuk " . " Doktor saya mau cucuk kucing saya vaksin" . Itu antara respon pertama dari pelanggan tak kira dari kaum melayu atau kaum lain lain. Selepas di vaksin sampai kepada pembayaran, akan ada respon " Apasal manyak mahal? Haritu cucuk baru RM15 kenapa hari ini sudah naik? " . Apabila ditanya, rupanya mereka hanya nak bagi suntikan Anti Parasite sahaja. Haiya... apa boleh buat? Kena bayar sajalah.

Ini antara reaksi dan perbualan yang kerap berlaku di klinik cik en. Kadang kadang komunikasi dengan kaum lain lain sangat terbatas sebabnya mereka tak memahami apa penerangan yang cik en dan kawan cik en terangkan. Diakui, inilah penyebab cik en dan sesiapa yang jaga klinik menjadi stress sehingga jadi moody sepanjang melayan pelanggan tersebut. Nak tak nak, cik en kena keluarkan bahasa pasar bagi memudahkan komunikasi. Kalau tak dah serupa itik bersembang dengan ayam.. Cluck cluck cluck sebelah quack quack quack. Hahaha. 

Disebabkan itu, cik en nak kongsi sikit apa Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite ini. 

Suntikan Vaksin : Vaksinasi adalah pemberian vaksin kepada kucing dengan tujuan mendapatkan kekebalan tubuh yang tinggi dan dilindungi dari pelbagai serangan penyakit. Selalunya kucing boleh divaksinasi pada umur sekitar 8-9 minggu. Kekebalan kucing yang diterima dari ibunya melalui susu akan mulai berkurang ketika berumur 8-9 minggu, sehingga kucing perlu divaksinasi
Entri yang korang boleh rujuk

  1. http://www.nurfuzie.com/2016/04/jenis-jenis-vaksin-untuk-kucing.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2016/06/boleh-ke-vaksin-kucing-semasa-musim.html
  3. http://www.nurfuzie.com/2016/02/betul-ke-vaksin-menyebabkan-kucing-mati.html
  4. http://www.nurfuzie.com/2015/06/kenapa-vaksin-perlu-diberi-3-kali.html
Suntikan Anti Parasite : Ubat Anti-Parasite adalah kelasan ubat untuk rawatan penyakit parasit seperti kulat, kurap, kutu, cacing, fungas atau pendek kata masalah kulit . Untuk maklumat lanjut boleh rujuk entri Penyakit Kulit Haiwan  . Selain itu, anti parasite juga untuk deworm atau kecacingan. Ada ubat Anti-Parasite ini 3 dalam 1 dan ada juga yang satu satu. Kalau 3 in 1 kalau bahasa pasar 3 serangkai bagi haiwan. Kutu, kurap dan cacing. Tapi yang asing asingkan tu seperti ubat cacing, ubat kurap, ubat mandi kutu,  dan sebagainya. Kira satu ubat untuk satu jenis parasit.

Jadi jangan pula tertukar pula apabila datang ke klinik veterinar mengenai Vaksin dan Anti Parasite ini. Sebab kedua dua ini mempunyai fungsi yang berbeza ye. Jadi minta mendapat vet sebelum korang buat keputusan. Tapi kedua dua suntikan ini perlulah dipastikan kucing atau anjing korang itu sihat walfiat ye. 
9

Veterinar Merupakan Pekerjaan Yang Membahayakan Kesihatan


Veterinar Merupakan Pekerjaan Yang Membahayakan Kesihatan | Berminat dengan haiwan? berminat untuk jadi seperti kami, pembantu veterinar, pengawai veterinar atau doktor veterinar atau senang di sebut Vet? Selepas baca tajuk di atas, masihkah korang berminat dalam kerjaya ini? 

Apa yang korang nampak di klinik haiwan sangat berbeza dengan dunia realiti kehidupan seorang Vet. Senario di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar merangkumi kesihatan dan kesejahteraan haiwan ternakan dan haiwan kesayangan. Bagi klinik veterinar swasta kebanyakan menumpukan rawatan pada small animal atau haiwan kecil seperti kucing, anjing, dan sebagainya. Dimana pun kami, kami mempunyai risiko yang tersendiri. Lagi lagi yang bekerja di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, tak kisahlah di negeri, makmal atau loji pemprosesan makanan.

Kami sebagai benteng utama apabila berlaku wabak. Contohnya wabak JE atau HPAI, bila outbreak atau kawasan confirm dijangkiti, pasukan yang pertama sampai adalah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Masa ini, akan wujud team taskforce dan pusat kawalan. Cuba bayangkan, wabak yang boleh meragut nyawa manusia dan kami sebagai team pertama yang hadapi untuk mengawal. 

Rutin tahunan kami di pejabat perkhidmatan veterinar daerah, melaksanakan program kesihatan ternakan yang mana perlu mengambil sampel darah (sampel serum) dan pemberian vaksin. Semasa Program Kesihatan Ternakan ini, terlalu banyak risiko kesihatan dan keselamatan. Korang boleh tonton video dari ig yang pernah cik en kongsikan 



Video dan cerita penuh di Apabila Kerbau Bergimnastik

Di bahagian makmal veterinar pula, semestinya lagi banyak risiko sebab disinilah tempat berkumpul semua sampel haiwan yang mati dan sakit. Walaupun ada skop kebersihan tapi ianya masih terdedah dengan risiko kesihatan. Walaupun nampak mereka smart berbaju kurung dan berkemaja, peranan mereka banyak membantu manusia sejagat dalam mencipta vaksin dan ujikaji penyakit. 


Di klinik veterinar pun ada juga. Cara handling (kekangan) haiwan bukan mudah okey... Tipulah kalau yang kerja di klinik veterinar, tak pernah dicakar atau digigit. Tahu tak korang, ada penyakit yang boleh merebak melalui cakaran dan gigitan. Penyakit zoonotik yang mana berjangkit dengan manusia. Contoh bagi kucing, penyakit sporo dan anjing penyakit rabies. Kucing dan anjing bila di rumah, mereka sangat-sangat manja dan baik, tapi.. bila di bawa ke klinik veterinar, semestinya perangai dorang akan berubah menjadi lebih agresif. Walaupun vet layan sebaik dan selembut yang boleh, tapi naluri haiwan ini kita tak boleh nak nafikan. 


Sebenarnya kalau nak disenaraikan tugas veterinar di dalam atau luar negara, memang banyak. Cukup cik en simpulkan, Veterinar , veterinary , veterinario , veeartsenykundige , hewan , veterinaire , vétérinaire dan banyak lagi nama di seluruh dunia yang membawa maksud sama merupakan satu team atau kumpulan yang bekerja untuk kedua dua spesis yang terbesar di dunia iaitu haiwan (kesihatan dan kebajikan) dan manusia ( sumber pemakanan seperti daging, susu, telur dan sebagainya) . 

So.. tak hairanlah, kerjaya veterinar ini mendapat tempat ke 4 dalam The 27 jobs that are most damaging to your health 2015 yang dikeluarkan oleh Occupational Information Network (O*NET) . So bila dah baca pengalaman cik en dan tugas tugas veterinar ini, korang masih berminat dengan kerjaya veterinar ini tak?? Tepuk dada tanyalah selera.  Mampu kah korang kotor, busuk, comot, masuk ladang babi, kena tanduk dengan kerbau, kena tendang dengan lembu, kena cakar dengan kucing, kena gigit dengan anjing, kena atasi aduan lalat yang mana tak habis habis walaupun dah pelbagai cara digunakan. hahahahaha.. Yang lalat itu hanya joke saja ye. hahaha.. 


p/s : Cik en selalu kongsikan rutin pekerjaan cik en sebagai pembantu veterinar di IG Personal cik en. Kalau nak tengok, bolehlah follow https://www.instagram.com/eintan_nurfuzie/ dan kalau macam dah banyak sangat gambar selfie cik en, hahaha, boleh terus ke hastag #eintannurfuzieisveterinarian
7

Post Mortem Kerbau Sapi


Post Mortem Kerbau Sapi | Post Mortem atau bedah siasat merupakan satu langkah siasatan yang dilakukan pada haiwan atau manusia untuk mengetahui punca-punca kematian. Tapi cik en tak la nak terangkan mengenai manusia sebab cik en pembantu veterinar, jadi cik en hanya PM untuk haiwan ternakan sahaja. PM not perdana menteri atau private massage tapi shortform bagi post mortem bagi team veterinar ye. Jangan salah pulak. 

Sebelum ini cik en ada terangkan mengenai PM di entri post mortem haiwan . PM ini boleh dilakukan di makmal veterinar atau lapangan (ladang ternakan). Bergantung kepada saiz ternakan. Kalau kerbau yang besar takkan nak diusung ke makmal veterinar kan? So tugas staf veterinar di daerah untuk buat PM di lapangan. Selalunya 5 organ akan diambil sebagai sampel iaitu Hati, Jantung, Peparu, Limpa dan Buah Pinggang.

Untuk kali ini, cik en menerima panggilan telefon daripada peternak mengenai kerbau berbaka sapi mati dalam keadaan tiba tiba. Kebetulan, cik en dan team perlu ke tempat peternak tersebut untuk buat program penvaksinan. Jadi sebelum program penvaksinan kerbau di jalankan, cik en buat dulu PM. Sebenarnya ini first time cik en buat untuk ternakan jenis ruminan besar. Selalu hanya buat untuk ruminan kecil seperti kambing sahaja. So dari segi saiz dan berat mungkin memerlukan tenaga yang lebih pada cik en. So far, apa salahnya kan? pengalaman untuk PM haiwan yang besar. 


Kerbau diatas sebenanya sihat petang sebelum itu. Peternak iaitu owner datang awal pagi tersebut dan tengok kerbau ini dah mati. Disebabkan kerbau ini mati di dalam kawasan kandang dan kebetulan betul betul di tepi pagar, jadi susah untuk kami memusing atau menterbalikkannya. Dengan posisi yang ada, agak sukar sebenarnya untuk kita ambil sampel sampel yang diperlukan. Sepatutnya posisi seperti dibawah ini :


Hahaha. Jangan gelak ye, cik en cuba nak bagi gambarangan kat korang dengan gambar yang mudah. Yang ada di google nampak complicated takut korang tak faham. Korang perlu baringkan haiwan yang mana kepala haiwan tersebut disebelah kanan korang. So untuk kes PM kerbau sapi ini, kepala di sebelah kiri dan susah sedikit untuk kita dapatkan 5 organ tersebut tapi still boleh buat PM. Senang cite bahagian kiri kerbau mesti dibawah. Ini kerana rumen terletak disebelah kiri ternakan yang mana boleh mengganggu penglihatan semasa pemeriksaaan dilakukan. Sebabkan tiada choice, kami terpaksa gunakan tali untuk ikat kaki kiri depan dan belakang. Ini untuk memudahkan PM. Kebetulan kerbau tersebut dan kembung jadi body agak keras. So jangan ada yang komen, position ini salah. Kami tiada choice untuk menterbalikkan dia. Selesai ikat, operasi pun bermula. Ini sebahagian gambar yang sempat dirakam ye. Ini untuk tatapan dan info baru bagi yang bukan dalam bidang veterinar atau medic



Disebabkan terbalik ini, cik en ambil buah pinggang dahulu sebabnya ianya senang diambil dahulu sebelum organ lain. 





Disebabkan dah berpeluh dan mula letih, terpaksa minta pertolongan staf lain juga. Bukan senang tau, Berat dan susah. Dalam masa yang sama geng senior membuli cik en. Hahaha. Dalam masa tersebut, gas  methane, carbon dioxide, dan sedikit gas hydrogen. yang ada dalam perut rumen kerbau dah mula keluar. Salahnya cik en gak, ter tebuk perut yang korang nampak besar macam bunting itu. Gas tersebut kalau ada api, mau meletup korang.. Hahaha. Sedikit gambaran mengenai perut kerbau.

Image result for gas monoxide rumen cow


Gas ini jangan main main, sebab itu ada yang katakan kentut lembu boleh menipiskan ozon. Yang itu cik en sendiri tak boleh nak buktikan tapi ada juga logik akal. 


Gambar diatas adalah keadaan bahagian dalam perut kerbau (rumen) tersebut. Bahagian kulit perut nampak kehitaman dan reput. Analisis awal mendapati, kemungkinan kerbau ini keracunan. Mungkin termakan baja atau rumput yang telah diracun. Kebetulan kerbau ini jenis integrasi iaitu lepas di bawah pokok kelapa sawit. Disebabkan itu, kami ambil untuk sampel keenam, lapisan dalam perut kerbau (rumen) tersebut.

Setiap sampel perlu di masukkan kedalam plastik baru. Satu sampel, satu plastik. Labelkan dan simpankan dalam satu plastik yang lebih besar serta labelkan no tag ternakan, jenis ternakan, nama peternak dan  alamat ladang serta tarikh PM dijalankan. Sampel PM boleh hantar terus tke makmal tapi kalau dah lewat petang, boleh simpan di dalam peti ais beku. Keesokkan harinya barulah dihantar. \ Settle dan tunggu laporan penuh daripada makmal. 

Saja nak sharing dengan korang, perut haiwan ruminan ini tak sama dengan perut kita. Ruminan bermaksud haiwan yang mempunyai 4 sistem perut.  Rumen, Reticulum, Omasum dan Abomasun. Dibawah ini sdikit info dan gambaran untuk korang :

Kalau korang perasaan, anak panah warna hijau itu adalah permulaan. Sebabnya lembu akan makan makan dan makan tapi di simpan di rumen dan seterusnya ke reticulum. Lepas itu bila balik ke kandang, korang akan perasaan, mulut haiwan ruminan ini masih mengunyap, itu tandanya, makanan tadi dikunyah semula dan barulah masuk ke omasum dan seterusnya ke abomasum dan akhirnya ke usus dan jadilah najis. Jadi untuk kes kerbau tadi, perut dia besar bukan kerana bunting tapi disiang hari, kerbau itu makan dan masa itulah semuanya yang dimakan disimpan. Kira masa Unta la.. Simpan air di bonggol. Bila diperlukan barulah digunakan. 1 ekor kerbau dalam berat 300kg memerlukan lebih kurang 20 kg rumput segar. 

Selesai juga entri ini. Sebelum ini cik en kongsi secara general. Disebabkan fikir pembaca cik en hanya dikalangan orang luar dalam bidang vet. Tapi ada juga vet yang menjadikan blog ini sebagai rujukan. Apa apa pun terima kasih dan cik en masih lagi dalam proses belajar. Insyallah, kalau ada kes kes lain, cik en akan kongsi. 
6

Mustakimah Kambing Berbaju dan Headband Pink


Mustakimah Kambing Berbaju dan Headband Pink | Haiwan kesayangan berbeza dengan haiwan ternakan. Haiwan kesayangan membawa maksud haiwan yang dipelihara di dalam rumah kediaman dengan penuh kasih sayang. Selalunya haiwan yang paling banyak menjadi haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing. Ada juga haiwan lain seperti arnab, hamster, sugar glider tapi selalunya jarang boleh dipeluk dan dicium ganas ganas. Hahaha. Haiwan ternakan pula adalah haiwan yang dipelihara untuk mendapatkan hasil seperti kambing, lembu, bebiri, kerbau, ayam, burung putuh dan haiwan lain lain yang mendatangkan hasil. 

Tapi kes cik en pagi tadi, haiwan ternakan dijadikan haiwan kesayangan. Dimandi, dipeluk, dicium, diajak tidur skali, dipakaibaju dan juga reben di kepala. Inilah dibuat oleh makcik Halijah. Menjadikan kambing sebagai haiwan kesayangan yang dijaga macam anak dia sendiri. Sempat la cik en berselfie dan rakam video tadi.  


Mustakimah ini memang tak duduk diam. Nak selfie je dia kelam kabut nak terkam telefon. Jadi banyak gambar bergoyang goyang





Cik en cuma berikan suntikan multivitamin saja untuk naikkan selera makan Mustakimah ini. Selesai suntikan dia marah sangat. Mengembek kuat. Dibawah ini muka merajuk dia. 


Tuan dia rajin  pulak memujuk. Hahaha.  


Hahaha. Ini antara ragam pelanggan yang datang ke klinik cik en. Memang senang terhibur kalau dapat pelanggan yang gila gila macam makcik ini. And last cik en nak kongsi sikit gelagat mustakimah .

12