Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Trip Pulau Perhentian

Showing posts with label Trip Pulau Perhentian. Show all posts
Showing posts with label Trip Pulau Perhentian. Show all posts

Kincir Angin Pulau Perhentian Yang Semakin Tak Terjaga

Kincir Angin Pulau Perhentian Yang Semakin Tak Terjaga | Entri ini adalah sambungan dari entri 5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu. Untuk pergi ke Kincir Angin Pulau Perhentian, kami perlu hiking untuk tengok permandangan cantik di. Kami perlu ke Long Beach Perhentian Besar untuk hiking. | Kincir Angin Pulau Perhentian Yang Semakin Tak Terjaga


Kincir Angin Pulau Perhentian Yang Semakin Tak Terjaga

Memang cik en semput sangat sebab dah lama tak hiking. Ambil masa 1 jam juga nak sampai keatas dan banyak kali berhenti berehat,.







Penat hiking ini hilang bila tengok permandangan yang indah ini


Anyway tempat ini macam tak terjaga. Dulu nak ke sini ada bot akan hantar sampai jeti tapi disebabkan tangga yang dah rosak ini, terpaksa la hiking dan melalui kawasan kincir angin yang tak di pakai dah. Dengar dari cerita guide boy, kat sini ada yang meninggal sebab jatuh, ada yang patah kaki tangan sebab tiba tiba tangga ini runtuh. Kincir angin ini dah stop penggunaannya oleh TNB dan diupgrade tenaga solar jadi tempat ini terbiar dan angin laut masin mereputkan besi tangga ini.






Puas bergambar kami turun dan balik ke Perhentian kecil dan menunggu untuk makan malam. Malam terakhir kami akan disajikan dengan BBQ. 


Untuk hari terakhir nanti kami buat keputusan ke Kelantan untuk jalan jalan sebelum balik ke Utara. So stay tuned next entri. 
0

5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu

5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu | Sambungan dari entri Itinery dan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu.  Alhamdulillah, bangun pagi bahu cik en dah okey sangat. So semangat la nak gi snorkeling. Sebelum pergi, kena makan dulu. Banyak aktiviti nanti nak buat so kena isi perut penuh penuh untuk tenaga. Selesai sarapan, kami kena stanby di jeti dan untuk snorkeling kami ada 5 point. | 5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu

5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu
5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu 

5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu

5 Point Snorkeling ini hanya 3 point saja yang best buat cik en. Point tersebut ialah Point pengenalan, Turtle Point, Shark Point, Nemo Point dan Lata Air Berani. Jom tengok apa yang menarik di setiap point ini.

Point Pengenalan



Kat sini lebih kepada pengenalan untuk semua point. Kat sini juga, mana yang tak pandai snorkling akan di ajar. Kira macam warming up gitew. Akan ada seorang yang beri penerangan dan ajar cara yang betul menggunakan google dan life jacket.


Turtle Point



Yang ini memang tak leh nak snap gambar. Memang point ini kena cepat. Bila dapat arahan terjun, sila la terjun dan carilah turtle di dasar laut. Hahahha. Anyway cik en nampak dan sangat beruntung sebab ada yang terjun dan cari tak jumpa turtle itu. 

Shark Point



Shark Point pun macam Turtle Point. Ikut luck kalau nak tengok. Kat sini cik en banyak luka kaki sebab batu karang dia sangat rapat. Tips di shark point ini, korang kena pergi dekat dengan daratan dan jauh dari crowded. Disini korang tak boleh snorkeling tengok bawah macam turtle point tapi kena tengok hadapan. So cik en jumpa 3 ekor shark berlainan saiz. 

Nemo Point



Yang ini normal la, macam cik en di Krabi dulu cuma nemo tak banyak mana. Coral dia pun ok la, tak secantik Lombok. Tapi boleh la, nampak la nemo banyak banyak. itu pun bila di umpan roti. Hahahhaha. 

Lata Air Berani



Ini check point naturalkan badan. 4 checkpoint masin dan lata ini check point air biasa. Kata mereka refresh balik badan 

Lebih kurang 1 tengah hari, kami sampai bilik dan stanby untuk makan tengah hari yang telah disediakan. Balik ke bilik dan siapkan diri utuk aktiviti seterusnya ke Kincir Angin. So stay tuned untuk next entri 
0

Itinery dan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu

Itinery dan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu | Snorkeling adalah salah satu aktiviti yang cik en suka walaupun selepas itu cik en akan menderita kulit terbakar. hahaahha. Anyway sebelum ini cik en snorkeling luar dari Malaysia. First snorkeling di Krabi dan kedua snorkeling di Gili Nanggu Lombok . Untuk snorkeling kali ketiga barulah cik en merasai snorkeling di negara sendiri iatu Pulau Perhentian Terengganu. Trip ini hanyalah trip budget yang rasanya semuanya mampu nak pergi. Trip ini 3 hari 2 Malam start 9 dan 11 Mac 2019 yang lepas. | Itinery dan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu


Itinery dan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu


Trip kali ini cik en pergi berempat bersama Lia Hasty, Lyana Ishak dan Fairuz. Cik en dari Manjung bergerak Jumaat malam dan sampai di Terengganu subuh. Sampai di perhentian Kuala Besut, cik en terpaksa naik teksi ke Jeti Kuala Besut. Mereka bertiga dari Penang dan rezeki mereka, bas yang bawa mereka masuk ke kawasan jeti. Perjalanan tak sampai 5 minit itu cik en kena bayar RM10 sebab 1 teksi kan. Kalau ramai kurang la bayar. Disebabkan masih gelap, cik en hanya fikir nak jumpa mereka yang lain dan keselamatan cik en bayar je walaupun ada kata boleh dapat murah lagi.

Trip dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian ada pukul 8 pagi, 10 pagi dan 12 tengah hari. Sebelum itu, cik en dan yang lain lain sarapan dulu di jeti memandangkan masing masing dah lapar. Tepat jam 8 pagi, kami dah mula naik bot dan perjalanan dari Jeti ke Pulau Perhentian dalam masa 30 - 45 minit. Cuma dari aspek keselamatan agak kurang. Kami tak diberi life jacket dan gelombang air laut pada masa itu kuat. Untuk trip kami ini, kami memilih pakej budget Perhentian MJ untuk 3 Hari 2Malam. Dan Perhentian MJ ini terletak di Perhentian Kecil. Di Perhentian Kecil lebih kepada  suasana kampung, makanan dan kedai budget lebih mudah dapat berbanding Perhentian Besar. 

Itinerary kami adalah 

Day 1

8.00 am / 10.00 am / 12.00 pm : Bot Transfer ke Pulau Perhentian
12.00 pm :Check In Bilik
12.30 pm : Makan Tengah hari
3.30 pm : Ke Marine Park (Mandi Pulau Besar)
8.00 pm : Makan Malam 
9.00 pm : Free & Easy

Day 2

7.30 am : Sarapan
9.30 am : Kumpul di Jeti
10.00 am : Snorkeling 5 point
1.30 pm : Makan Tengah hari
3.30 pm : Kumpul di Jeti
4.00 pm : Ke Long Beach (Kincir Angin)
8.00 pm : Makan Malam (BBQ)
9.00 pm : Free & Easy

Day 3

7.30 am : Sarapan 
10.00 am : Check out
11.30 am : Bot Transfer kr Jetty Besut

Permandangan dari bilik cik en

Sampai Perhentian Kecil, kami tunggu turn untuk masuk balik. Setiap bilik boleh masuk 2 orang dan bilik kami ditingkat 3 kalau tak silap. Megah juga cik en. hahahha. Selesai urusan bilik dan tukar baju, kami turun untuk makan tengah hari dan stanby ke Pusat Taman Laut untuk belajar berenang gitew. 





Basah basah dan mana yang tak pernah snorkeling boleh belajar snorkeling. Rasa dah puas berenang kami balik ke Perhentian Kecil. Sampai terus cik en cari keropok lekor dan berjalan di sekitar pulau sementara tunggu makan malam


Selesai makan malam kami request untuk ke Long Beach di Perhentian Besar. Katanya di sana meriah dengan aktiviti malam. So nak ke sana kena naik bot dan kalau tak silap dicas RM 20 - 25 seorang pergi balik. Sampai Perhentian Besar, kami berjalan kaki dari jeti ke persisiran pantai. Kat sini ada pertunjukan api, tempat melepak atas pasir dan minum minum sambil chill out.




Masa ini, bahu cik en jadi kebas sangat. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Mungkin tak warm up sebelum mandi laut petang tadi. Rasa macam sengal betul. Cik en rasa otot cik en terkejut dengan aktiviti swimming dan jadi regang. Memang sepanjang di Perhentian Besar dan tidur malam, cik en menahan sakit, Tuam dengan ais pun tak beri kesan apa apa. Hanya mampu makan pain killer. Berharap esok akan baik sebab esok adalah snorkeling time.

Nak tau ke cik en boleh snorkling atau tak esok? Kena tunggu next entri. 

Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu

So kalau korang nak dapatkan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu korang boleh tengok di Perhentian MJ Budget Package. Untuk pakej ini RM340 melalui orang tengah, kalau korang direct terus boleh murah lagi dan pakej ini merangkumi

  1. Bot Transfer
  2. Snorkeling 
  3. Penginapan 3 Hari 2 Malam
  4. Makan 6 kali
  5. Snorkeling Equipment 2nd Day
  6. Taxi Service ke Marine Park dan Kincir Angin

Tak Termasuk 

Tiket Marine Park - RM 5
Life Jacket dan Google untuk aktiviti Marine Park - RM 10 dewasa sahaja
3