Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Trip Percutian Melaka

Showing posts with label Trip Percutian Melaka. Show all posts
Showing posts with label Trip Percutian Melaka. Show all posts

Travel Melaka 1.1 | Light Sensation Melaka, Menara Taming Sari dan Beca Banda Hilir


Travel Melaka 1.1 | Light Sensation Melaka, Menara Taming Sari dan Beca Banda Hilir | Lamanya cik en pending untuk sambung Travel Melaka ini. Jika sebelum ini cik en menceritakan mengenai Syaz Meredien Hotel, Melaka Duck Truck dan Uptown Pahlawan Walk Bandar Hilir. Ini cik en nak sambung aktiviti akvtivi yang lain seperti tengok Light Sensation Melaka, menaiki Menara Taming Sari dan meronda menaiki Beca Banda Hilir pada hari pertama di Melaka. 

Selesai cuci mata di Uptown, kami meneruskan misi kami mencari Light Sensation di Dataran Pahlawan. Masa kami datang, hujan dah mula turun renyai renyai. Ini pintu masuk Light Sensation 



Disebabkan renyai renyai, kami diberitahu, kalau hujan lebat, lampu lampu akan ditutup dan tiada pembayaran balik. Untuk harga tiket RM20 untuk seorang. 



Cantiknya apabila kami melihat Light Sensation ini. Light Sensation ini mempunyai 25,000 lampu yang yang dibuat menjadi bunga mawar. Ada 2 lampu iaitu lampu biasa/putih dan lampu warna warni. Jom kita cuci mata. 




Susah juga cik en nak capture gambar yang menarik. Tapi akhirnya cik en berjaya juga. Berlatar belakangkan Menara Taming Sari yang kebetulannya tengah ada di aats. Disebelah padang ini terdapat replika yang bertemakan Love. Banyak gambar menarik yang korang boleh ambil. Seperti dibawah ini.




Disini pula gambar lanskap dataran ini. 


Replika love ini tempat yang paling mendapat perhatian. Semestinya yang bercinta, takkan lepaskan peluang untuk bergambar dengan love gergasi ini. 



Ini pula gambar dekat lampu mawar ini. Malam baru nampak ianya macam mawar atau ros yang berlampu. 


Banyakkan wayar wayar dan kena hati hati sebabnya voltan disini tinggi jadi mereka letakkan pagar untuk elakkan kita sentuh ros tersebut.


Yang bawah ini untuk ros bewarna warni. Tak sebanyak ros putih. tapi ianya tetap cantik yang diletakkan dengan bentuk love.







Cantik cantik bukan. Awalnya cik en sendiri tak pandai nak ambil gambar, sebabnya rasa tak cantik. Bila malam, baru ianya nampak lebih jelas dan cantik.

Settle di Light Sensation, cik en dan ija nak menaiki Menara Taming Sari. Kat sini cik en nak share harga harga untuk naik Taming Sari ini.

Harga Tiket Menara Taming Sari 


Dewasa : RM23.00 / RM17.00
Kanak Kanak (2-12 tahun) : RM15.00 / RM11.00
Warga Emas (55 tahun ke atas) : RM18.00 / RM 9.00
Orang Kurang Upaya (OKU) : RM 8.00 / RM 8.00

* Warna merah untuk yang mempunyai kad pengenalan


Sementara tunggu giliran


Dibawa antara permandangan bandar melaka diwaktu malam. Sangat cantik. Boleh nampak tempat menarik dari atas ini.




Diakui, cik en seorang yang takut dengan ketinggian, so sepanjang beberapa minit di atas Taming Sari itu, cik en lebih banyak diamkan diri. Hahahah. Gayat wei.. 

Dari atas lagi, cik en dah nampak beca berlampu mengikut tema ini dan dah pasang niat untuk naik bila selamat turun ke bawah nanti. Sampai je bawah, kami terus mendapatkan beca dan beca pilihan kami adalah Minnie Mouse. Harga untuk 1 beca RM25.00 rasanya. Lupa pulak. 




Ini aktiviti terakhir kami malam pertama di Melaka. Semestinya kami kepenatan sangat sangat sebabnya kami berjalan kaki saja dari hotel. Lagipun dekat dekat saja tempat menarik di Melaka ini. Jadi tips yang korang kena ingat kalau ke Melaka, carilah hotel berdekatan dengan Banda Hilir. Sebabnya disini selalu kesesakan. Rugi kalau bawa kereta. Nak tahu hotel mana yang berdekatan, sesuai dengan budget korang dan yang penting komen jujur dari pelanggan, korang boleh compare all the travel top sites di HotelsCombined. HotelsCombined ini bukannya booking site tapi ianya untuk korang bandingkan hotel mana yang bersesuaian dengan korang. So tak perlulah korang nak banyak download apps dan buka satu persatu apps untuk compare. Just gunakan HotelsCombined saja. Mudah dan cepat.

Untuk next entri cik en nak story mengenai kuih keria gula melaka, coconut shake, pantai klebang dan tempat terbaik korang nak makan assam pedas legend di Melaka. Bye! XOXO.
1

Travel Melaka 1 | Syaz Meridien Hotel, Melaka Duck Tours dan Uptown Pahlawan Walk Banda Hilir


Percutian 3 Hari 2 Malam di Melaka | Cik en memilih negeri Melaka sebagai destinasi terakhir bagi tahun 2016. Bermula dengan perancangan 3 orang beberapa minggu sebelum pergi tapi yang pergi hanya berdua saja. Ada masalah yang tidak dapat dielakkan dalam masa 24 jam sebelum pergi. Jadi sebelum korang memilih kawan bercuti, travel atau apa apa perancangan, elakkan cari kawan yang pentingkan diri. Sebabnya sifat itu yang buat korang akan ada masalah nanti. Mungkin tidak sebelum pergi tapi masa travel nanti. Nak diceritakan nanti menyakitkan hati cik en so biarlah ianya menjadi pengajaran pada cik en. Jangan terlalu percayakan orang walaupun kawan rapat sendiri. Sedangkan adik beradik pun boleh jadi masalah apatah lagi orang luar kan? Sebelum deal, better mintak deposit awal awal. Hahahah.

Panjang pulak mukadimah cik en kali ini, lets go ke cerita percutian cik en kali ini. Cik en ke melaka pada 24 sehingga 26 Disember 2016. Percutian 3 hari 2 malam ini merangkumi aktiviti malam di Bandar Hilir, Coconut Shake Batu Berendam, Kuih Keria Batu Berendam, Pantai Klebang, Asam Pedas Pasar Borong dan shopping di area Muzium Samudera. Anyway cik en ada melawat sahabat lama cik en di Kerubong dan terus cari sekolah lama cik en disana. Tak apa, nanti cik en akan story nanti.

Perjalanan dari Manjung ke Melaka hampir 8 jam. Cik en bertolak jam 7.30 pagi dan mengikuti jalan Sitiawan - Air Tawar - Bota - Tanjung Tualang - Kampar - Tapah untuk mengambil kawan cik en , Ija. Dari Tapah, cik en singgah makan Mee Kari yang famous di Bidor sebelum menaiki Lebuhraya Utara Selatan. Perjalanan alhamdullilah sangat lancar tapi selepas Kuala Lumpur hingga ke Seremban ada sedikit lalu lintas. Kami masuk Tol Ayer Keroh lebih kurang jam 3 petang dan sampai di hotel pukul 3.45 petang. Kami memilih Syaz Meridien Hotel. 


Untuk hotel, jujurnya cik en tak suggestkan hotel ini untuk korang. Cik en bagi rate 2/5. Parking yang terhad, customer services yang cik en rasa tak profesional dan tak banyak membantu, bilik air yang berbau walaupun dibiarkan beberapa jam, tombol pintu boleh pulak tercabut dan telefon yang tak berfungsi dengan baik. Jenuh Ija ke reception untuk minta seterika. Itupun lambat dihantar. Ok, ini komen jujur cik en ye. Tak tahulah kalau korang ada menetap di sana dan servisnya ok. 

Selesai mandi dan rehat, kami mulakan aktiviti malam ke Bandar Hilir. Tempat pertama cik en dan ija terjah di Light Sensation di Dataran Pahlawan. Kami memilih untuk berjalan kaki sebabnya tak jauh pun kawasan kawasan menarik yang kami nak pergi malam itu. Meh cik en tunjukkan sikit gambaran tempat menarik di kawasan hotel cik en ini. So tips nak memilih hotel pun, pastikan ianya di tempat tumpuan dan kawasan menarik. Melaka sangat sesak dengan kereta so buat pilihan bijak dengan berjalan kaki. Kalau penat sangat boleh gunakan Uber atau Grab tapi masih kena bersesak dengan kereta lain juga.



 Sepanjang perjalanan cik en jumpa Amfibia ini. Melaka Duck Tours. 


Amfibia ini boleh jalan di atas jalan raya dan air. Korang boleh rujuk bawah ini untuk perjalanan Amfibia ini.



Harga tiket pula terbahagi kepada 2, pelancong asing dan warganegara. So stanbykan kad pengenalan korang ye. Di bawah adalah harga tiket bermula 1 Disember 2016

Tiket Warganegara Malaysia (Kad Pengenalan)
Dewasa (berumur 13 tahun ke atas) RM 42
Kanak-kanak (berumur 2 hingga 12 tahun) RM 25
Warga Emas (55 tahun dan ke atas) RM 30

Pelancong Asing
Dewasa (berumur 13 tahun ke atas) RM 48
Kanak-kanak (berumur 2 hingga 12 tahun) RM 30


Dimana korang boleh beli tiket? Tiket boleh didapati di kaunter tiket yang terletak di Menara Taming Sari di sebelah Melaka Menara Berputar (9 pagi hingga 6 petang) .Pra-Tempahan untuk kumpulan 10 orang atau lebih (campuran dewasa atau kanak-kanak yang berumur 2 tahun) korang boleh buat  tempahan di 06- 292 5595. Masa operasi bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan bergantung pada cuaca dan musim cuti. 

Back to our journey, kami melalui jalan shortcut dan kebetulan itu melalui Uptown Pahlawan Walk Banda Hilir dan cik en dan ija beli buah buahan. Agak mahal. 1 cawan RM3.00


Cik en beli buah jambu jeruk warna hijau tu dan ija jambu madu. Selesai berjalan area pasar malam, cik en ke pusat kraftangan disebelah untuk window shopping dahulu barangan. Iyelah, takkan nak beli awal awal, jenuh la nk bawa nanti.


Selesai cuci mata, kami teruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan, Sempat la juga masuk ke dalam Dataran Pahlawan untuk snap gambar dibawah ini



Besar kan? Sememangnya cik en teruja juga pada mula mula tengok.. Selesai bergambar, cik en terus ke Light Sensation yang tek berjauhan dari mall ini. Disebabkan line internet tak memuaskan. Cik en akan story Light Sensation di entry seterusnya.. Boleh? Hihi.
4