Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Travel ke Kelantan

Showing posts with label Travel ke Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Travel ke Kelantan. Show all posts

Dah Ke Terengganu, Nak Balik Singgah Pantai Cahaya Bulan

Dah Ke Terengganu, Nak Balik Singgah Pantai Cahaya Bulan | Esoknya kami bergerak keluar dari Pulau selepas sarapan pagi dan teruskan perjalanan ke Kelantan dengan menaiki teksi, Kenapa kami memilih ke Kelantan? Sebab ianya dah hampir dengan utara. Ada yang suggest kami ke Terengganu tapi macam perjalanan semakin jauh untuk balik. Perancangan kami beli keropok lekor, Pantai Cahaya Bulan, Pasar Siti Khadijah dan terus ke stesyen bas Kota Bharu. Tapi malangnya ada perubahan perancangan. Sebab apa? kena baca entri Dah Ke Terengganu, Nak Balik Singgah Pantai Cahaya Bulan ini sampai habis.


Dah Ke Terengganu, Nak Balik Singgah Pantai Cahaya Bulan



Tempat pertama kami tuju adalah kedai keropok lekor. Suggestion pakcik teksi satu kedai ini tapi cik en terlupa nama kedainya. Kat sini korang boleh food testing dulu sebelum beli secara percuma. Kalau order air baru bayar. Kat sini keropok lekor dibuat secara fresh. Masa nak beli baru direbus. Jadi ianya bertahan seminggu. Satar dia hanya bertahan 12 jam so cik en tak boleh nak beli. Cik en borong keropok lekor, keropok kering, sos dan budu. Selesai shopping kami terus ke Pantai Cahaya Bulan untuk makan tengah hari. Ini menu menu kami


Cik en pernah ke sini sebelum ini dan korang boleh baca di entri Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan. Seterusnya kami ke Kota Bharu untuk shopping di Pasar Siti Khadijah tapi malangnya kedai dah tutup masa kami sampai. Mungkin di sana pukul atau 5 dah dianggap lewat tak seperti di sini. Kemudian kami terus buat keputusan ke AEON Kota Bharu lepas blur tak tahu nak kemana. Kat sana kami makan lagi dalam Mall dan kali ini menu Ayam Penyet kalau tak silap nama kedai itu.


Dah sampai ke Kelantan wajib mengadap blogger Kelantan. hahahaha. Blogger Kelantan yang famous semestinya Cik Nor. Dan la bergosip gosip. Anyway cik en sempat snap gambar pun dalam kereta je. hahahha.


Bas cik en dan yang lain tak jauh beza cuma cik en naik dulu dan mereka tak lama lepas itu. Cik en akan jumpa Lia dan Lyana nanti lagi di Event Birthday Butterfly 
1

Kwaycap Rantau Panjang

Kwaycap Rantau Panjang | Kiranya entri ini entri throwback sebabnya nak story menu baru yang cik en cuba masa di Kelantan masa sukan veterinar 2018 bulan lepas. Korang pernah dengar tak Kwaycap? Mungkin ore kelate tau menu ni tapi cik en yang berasal dari Perak baru tau pasal menu ini. Menu ini cik en cuba masa shopping di Rantau Panjang. Itupun staf pejabat yang bawakkan. Bukan kedai tapi lorong lorong rumah kampung di Rantau Panjang. Korang nak tau tak rasa Kwaycap Rantau Panjang ini? 

Kwaycap Rantau Panjang
Kwaycap Rantau Panjang

Kwaycap Rantau Panjang



Kwaycap ini gabungan kuey teow buatan sendiri, kuah kicap, kaki ayam, telur dan sayur. Cik perasan juga, kalau sebelah Pantai Timur ke Thailand, mereka banyak gunakan kaki ayam untuk masakan dorang. Di sebelah Perak ini memang ada tapi tak banyak kedai makan tengah hari dijadikan kaki ayam sebagai salah satu menu utama. Rasanya tak terlalu masin walaupun kuahnya kicap, ala makan sup tapi ada rasa ummp tu. Kaki ayam tu lembut, tak liat, cik en makan sampai tulang tulang kecik pun cik en leh hancurkan. Telur pula adalah telur rebus. Dapat 1/2 lagi. Harga RM 3.50. Murah kan? So kalau korang yang tak pernah rasa boleh la try kalau mai ke Kelantan na?
4

Makanan Best Masa Cik En Ke Kelantan

Makanan Best Masa Cik En Ke Kelantan | Entri ini cik en nak kumpulkan kesemua makanan yang cik en makan masa di Kelantan ritu. Harap ada yang terliur tengok Makanan Best Masa Cik En Ke Kelantan ini. Dan mungkin ada lagi makanan makanan sedap di Kelantan cik en tak rasa lagi disebabkan kekangan masa. Insyallah cik en akan repeat balik ke Kelantan untuk explore semua tempat terutama tempat makan yang sedap.

Mee Kari Kelantan

Sup GearBox

Pulut Mangga

Jeput Malaih

Nasi Kerabu


Bingsu Tembikai

Perut Air Asam

Makanan Tradisi Kelantan

Kerabu Maggi
Terliur tak? Cik en tahu masih banyak lagi makanan sedap di Kelantan tak cik en cuba. Kalau korang orang Kelantan atau orang yang tahu makanan sedap di Kelantan. Apa kata listkan di komen. Boleh cik en buat checklist bila repeat ke Kelantan nanti. 
3

Shopping Di Pasar Besar Tanah Merah dan Rantau Panjang

Pasar Besar Tanah Merah dan Rantau Panjang | Hari ini hari last cik en di kelantan. So masa ini la cik en akan bershopping sakan untuk bawak balik ke Perak. Disebabkan pengalaman cik en beli kopok (keropok) lekor di Bukit Bunga asyik tak sedap dan mengadu pada Ehan, Ehan bawa cik en tempat dia selalu beli keropok lekir ini. Sambil itu cik en usha juga barang barang makan yang lain boleh bawak balik. Dan balik nanti, kami akan pusing ke Rantau Panjang untuk shopping lagi. Disebabkan tak banyak yang cik en nak story jadi cik en akan combinekan story Pasar Besar Tanah Merah dan Rantau Panjang dalam satu entri.

Pasar Besar Tanah Merah
Pasar Besar Tanah Merah

Gambar diatas ini cik en ambil masa di Pasar Besar Tanah Merah. Kat sini meriah dengan kuih kuih tradisi Kelantan. Dan boleh bertahan sampai ke malam. Maaf cik en tak tau nama kuih kuih cik en beli yang cik en kenal Akok je. hahhaha. Tanya kat Ehan pun, dia pun tak ingat ( ahahhhahah). Kat sini cik en borong keropok lekor, keropok goreng, buah buah yang tak dijual di Perak, my favourite, Petai dan ikan masin. Dan memang cik en tak snap semua gambar gambar tu, takut nanti orang tau cik en ini gila shopping. Hahahha. Tapi kan kedai yang jual keropok lekor ini, awek nya macam blogger Cik Sepet je


Tang taik lalat tu sama. Hahaha. Sempat la cik en berukar ID facebook dan bagi kad blogger cik en kat dia. Dan sapa sangka, adik nama Dekna ni junior lagi seorang blogger Zizie Zack . Hahaha, Tetiba jadi tempat jejak kasih pulak. hahahha. Anyway dapatlah sorang kenalan baru orang Kelate. Dan disebabkan banyak borong barang barang dah tak menang tangan pula nak bawak dan Dekna ini bantu la kitaorang. Sebelum bergerak balik Ehan sempat beli colek buah dan cik en pun merasalah colek buah versi Kelantan. Ala ala rojak tapi de letak serbuk asam dicampur cabai. 

Sampai di rumah Ehan, sementara tunggu ehan kemaskan barang barang dan anak anak, cik en sempat la ambil round di sekeliling rumah ehan. Antara yang menarik minat cik en adalah perigi. Dah lama cik en tak mandi perigi. Last pun masa kecik kecik dulu. Dah besar ini jadi jakun pulak. hahahha




Teringin pula nak mandi perigi ini tapi disebabkan tempatnya open, cik en mandi di bilik air. Dan disebabkan tekanan air kat sini rendah, so adalah pam air yang terus ke bilik air. 

Laman rumah
Sebelum bergerak balik, cik en terjumpa pokok Nam Nam dan sempatlah cik en petik 1 buah tapi hilang masa Rayyan main main dalam kereta. Sempat tangkap gambar je la. Hahhahaha

Pokok Nam Nam 
Buah Nam Nam fresh
Selesai bersalam dengan semua saudara mara Ehan, kami bergerak ke Rantau Panjang. Dan cik en ditemani oleh Mr Rayyan sepanjang perjalanan balik. 


Perjalanan dari Pasir Mas ke Rantau Panjang ambil masa dalam setengah jam ke sejam. Sampai Rantau Panjang, tak banyak perubahan cuma signboard This Is Rantau Panjang ini baru cik en rasa. Sempat la cik en selfie. Hahhaha

Pasar Besar Tanah Merah
Pasar Besar Tanah Merah

Kat sini cik en pun dah gila shopping juga. Nasiblah cik en tak keluarkan duit. Hahhaha. Jadi apa yang dalam wallet cik en tu cik en shopping. Kat sini cik en shopping 3 helai baju dan 1 seluar. Sebab cik en ini memang kekurangan baju ( walaupun tiap bulan shopping baju). Cik en survey beberapa kedai sebelum ini. Cik en perhatikan kedai di dalam kawasan parking lebih murah dari tepi jalan. So kalau korang nak shopping cari kedai didalam kedai bangunan parking kereta.

Selesai saja shopping, kami isi perut sebelum bergerak balik Perak. Cik en memilih kerabu maggi yang mana nanti cik en akan compilekan dalam 1 entry selepas entry ini. Sebelum balik, kami check juga waze jalan mana yang tidak sesak. Kalau ikut jalan Bukit Bunga, memang nampak merah je jalannya. Kebetulan Ipin dan Ehan pernah melalui jalan alternatif lain. Jalan itu melalui Legeh sebelum keluar di Ayer Lanas. Alhamdulillah kami tak alami kesesakan yang teruk. Cik en sampai Kuala Kangsar pukul 7.30 malam.

Settle entri #cikenkekelantan. Kalau korang terlepas entri sebelum ini korang boleh baca


  1. http://www.nurfuzie.com/2017/09/pengalaman-pertama-menderma-darah.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2017/09/pantai-cahaya-bulan-pcb-kelantan.html
Selepas ini cik en akan keluarkan entri makanan best di Kelantan sepanjang cik en berada di sana. Mungkin bukan semuanya tapi mungkin boleh buat korang terliur. hahaha. Ok la.. jumpa next entri di www.nurfuzie.com . XoXo


4

Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan

Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan | Kalau nak cerita bab pantai atau laut ini, cik en tak la teruja sangat sebabnya cik en sendiri tinggal di Manjung yang mana ada pantai seperti Teluk Batik, Teluk Senangin, Marina Island dan Pulau Pangkor. Tapi bila sampai di Kelantan tempat dalam list mesti nak pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan ini. Ianya berbeza la, sebabnya di Perak cik en merasa angin Selat Melaka. Di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan pula merasa angin Laut China Selatan. Berbeza okey angin angin ini. hahaha.. 

Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan
Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan 

Kami sampai dalam pukul 5.30 petang tapi matahari masih terpacak dan masih panas. Kesian pula pada Rayyan dan Soffea, so kami basahkan tekak dan bagi tips pada perut dengan minuman dan makanan yang ada sepanjang jalan berdepan dengan PCB ini. Cik en ternampak satu minuman bingsu so cik en pun teringin nak minum. Jadi kami masuk kedai berdepan dengan tandas awam di PCB ini. 

Bingsu Tembikai
Bingsu Tembikai ini cumalah buah yang berbentuk bulat dan diletak ais krim atas saja. Senak perut cik en makan sorang sorang. Kat sini juga popular makanan dibawah ini


Jam tunjuk 6.00 petang tapi keadaan masih panas lagi. Kami stay ditempat redup sambil tu, Rayyan dan Soffea main belon air. Tapi yang peliknya kenapa la cik en tak tangkap pic dorang eh? mungkin macam dah biasa jalan bujang bujang ini terlupa ada anak anak kecil. Hahaha. Bila tengok balik hanya ada 1 je pic selfie dengan dorang. Hahhaha


Meh cik en nak kongsi gambar gambar lain sekitar PCB ini.







Aksi last tu namanya style KelSir tau.. Gabungan Kelantan dan Mesir. Hahahha. Gambar ayu ayu ini orang tak layan sangat dah lagi lagi tak da rupa macam cik en ini. Kena buat aksi pelik pelik baru ramai like kat IG. hahahah. 

Kami gerak balik dalam pukul 7.30 camtu. Asalnya nak gi Wakaf Che Yeh tapi sebab bawa budak budak cik en pun kesian dorang dah penat, so cik en pun kata next time la pergi. Untuk entri next cik en nak story hari last di Kelantan sebelum balik ke Perak. Jumpa next entri di www.nurfuzie.com ye!
8

Pengalaman Pertama Menderma Darah

Pengalaman Pertama Menderma Darah | Lama juga cik en tak update blog kan? Cik en baru balik dari Kelantan. Negeri terakhir melengkapkan 6 negeri cik en travel untuk penuhi Azam Tahun Eintan Nurfuzie 2017. Cik en ikut kawan cik en yang bernama Ehan dan suaminya Ipin untuk jalan jalan di sana. Percutian 3 hari 2 malam itu cik en akan story beperingkat ye. Aktiviti pertama yang cik en buat bila sampai di Kelantan adalah menderma darah. Disebabkan ehan memahami cik en ini blogger, dia volunteer untuk snap gambar masa Pengalaman Pertama Menderma Darah di Aeon Kota Bharu tempoh hari.

Pengalaman Pertama Menderma Darah
Pengalaman Pertama Menderma Darah

Nampak sangat kan cik en sayang orang kelantan. Hahahha. Iyelah, punya la jauh cik en gi derma darah. Ceritanya bergini, dulu zaman cik en belajr di Politeknik Ungku Omar cik en pernah nak derma tapi masa itu berat cik en dalam 45 kg so memang tak memenuhi syarat syarat. So terkubur la.. Lepas cik en dah mencecah dalam 50 kg cik en cuba untuk menderma masa itu ada buat di karnival tapi bila check cik en kekurangan darah. Kiranya di Aeon Kota Bharu percubaan ke 3 dan cik en melepasi syarat syarat di tetapkan. So terjadilah Pengalaman Pertama Menderma Darah cik en disini. 


Pengalaman Pertama Menderma Darah


Masa itu, Ehan dan Ipin bersama anak anak dorang, Rayyan dan Soffea jalan jalan di Aeon memandangkan kedai nasi ulam yang famous di sana tutup. Kebetulan Ipin pun nak bayar bil telefon dan menunggu petang sikit untuk ke Pantai Cahaya Bulan. So kami masuk Aeon dulu. Dalam berjalan jalan kami terjumpa pihak USM buat program derma darah. Ipin yang dah 4 kali derma darah nak derma darah dan bila Ehan tanya cik en, cik en pun nak cuba sekali lagi untuk menderma. Step pertama semestinya isi borang. Udah macam jawab periksa pula. Hahaha. Selesai, cik en buat pemeriksaan kesihatan dengan ambil darah dan tekanan darah. Selesai cik en dapat sebungkus goodies yang ada biskut, air mineral dan air teh bunga. Selasai saja, cik en terus ke kerusi khas untuk menderma. Cuba buat caption sikit muka cik en dibawah ini. hahaha







Tak nampak takut kan? kan? kan? Muka cik en cooooll je kan? hahahah. Cik en boleh sembang sembang lagi, nurse pakai jarum berapa ini nurse? Garum 18G ke nurse? Dia kata tak la, jarum 16G. Oh my gosh. 18G pun cik en dah tau besar mana, inikan 16G. Cik en boleh tahu saiz ini sebab cik en ambik darah lembu guna jarum 18G. Besar tau! Lembu pun melompat lompat. Inikan cik en yang comel ini. hahahha. Tapi sebelum jarum ambik darah itu, cik en tengok, nurse bagi Local Anesthesia. Local Anesthesia ini adalah pelali setempat. Local Anesthesia ini akan dicucuk di bawah kulit untuk bius kawasan bakal dicucuk untuk ambil darah. Cik en gunakan juga local anesthesia ini untuk haiwan bila buat sebarang pembedahan atau jahit. So tak la cik en rasa sakit pun sepanjang proses itu.


Kalau tak silap cik en , dorang ambil 450ml darah cik en yang ambil masa kurang dari 20 minit. Cik en selesai barulah ipin pula menderma.


Selesai je cik en rasa happy bebeno kome. Akhirnya cik en berjaya juga menderma selepas kena reject beberapa kali sebelum ini. 

KRITERIA ASAS MENDERMA DARAH ( Sumber )
  1. Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)
  2. Berat badan melebihi 45 kg.
  3. Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.
  4. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.
  5. Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
  6. Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia) Berumur tidak melebihi 55 tahun
  7. Berat badan 55 kg dan ke atas.
  8. Telah menderma darah penuh sekurang-kurang 2 kali dan pendermaan terakhir tidak lebih daripada 6 bulan.
  9. Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar dan jelas)
Untuk next entri cik en akan story mengenai Pantai Cahaya Bulan (PCB) pula. So harap cik en akan bersemangat menulis untuk next entri. Jumpa lagi di www.nurfuzie.com .. XOXO
4