Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Tempat menarik di Sabah

Showing posts with label Tempat menarik di Sabah. Show all posts
Showing posts with label Tempat menarik di Sabah. Show all posts

Perbelanjaan dan Tips Penting Jika Melawat Sabah


Perbelanjaan dan Tips Penting Jika Melawat Sabah | Alhamdulillah, sampai juga ke entri terakhir travel ke sabah ini. So cik en nak buat rumusan balik la dari awal hingga akhir trip ini. Cik en pertama kali ke Sabah dan mencabar diri untuk pergi ke Sabah tanpa ada guide sepanjang percutian kali ini. 

Jadi cik en ambil masa beberapa bulan selepas membeli tiket untuk survey dan buat research mengenai Sabah terutama Tempat Menarik Di Sekitar Kota Kinabalu Sabah dan Tempat Menarik Di Sekitar Tamparulli, Pekan Nabalu, Kundasang dan Ranau . So selepas itu, cik en pun buatlah Persediaan Awal Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency .

So pada tarikh 20 September 2016, bermulalah perjalanan kami Sitiawan - KLIA - Kota Kinabalu . Fuh, first time naik flight buat kenangan manis buat cik en. Cik en dah boleh travel sendiri dah. Sampai di Airport Kota Kinabalu dalam tengah hari dan terus cik en dan adik Cuci Mata di Sekitar Kota Kinabalu sehingga malam. 

Untuk hari kedua, cik en terus ke Kundasang dan sepanjang perjalanan cik en melawat Rumah Terbalik Tamparulli , Kinabalu Park (Botanical Garden) dan Desa Cattle Dairy Farm Kundasang . Dan kami bermalam di J Residence Kundasang

Hari ketiga, kami ke Ladang Teh Sabah RanauFish Spa Sungai Moroli RanauHot Spring Poring Ranau dan Pekan Nabalu sebelum balik semula di Kota Kinabalu. Badan dah mula keletihan tapi cik en perlu gagahkan diri juga untuk habis satu hari lagi.

Masuk hari keempat dan terakhir bagi cik en dan adik cik di Sabah. Sempat juga kami melawat Pantai Tanjung Lipat Likas, Aquarium And Marine Museum UMS Dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi walaupun ada setengah hari sahaja sebelum flight dipercepatkan dari 3.30 petang ke 3.00 petang. 

Jumlah Perbelanjaan 

Mesti tertanya perbelanjaan dan tips tips yang cik en rasa perlu. So kita kira bajet dulu yek.. 

Transport (Bas, Flight, Kereta Sewa - termasuk minyak ) : RM 1179.80
Hotel : RM 256.30
Tiket - Tiket masuk ke setiap tempat : RM 84.90
Makan : RM 217.00
Cenderahati : RM 846.50 

Jumlah Keseluruhan : RM 2,584.50

Jumlah diatas adalah trip travel untuk 2 orang. So kalau di bahagi kedua pun RM 1,292.25 . Dan sebenarnya ianya lebih jimat kalau korang travel 3 atau 4 orang. Kalau di ikutkan kos transport dan shopping paling banyak. So untuk 1st travel ini, memang cik en spend lebih sedikit untuk shopping. Makan pun agak mewah sebab jenis melantak aje. Hahaaha. Memang pulun dan all out habis. 

Kedai Makanan di Kota Kinabalu

Untuk tips pula cik en nak kongsi tempat makanan yang dipercayai Halal. sebab menurut Kak Azizi, di Sabah, Hanya 40% beragama Islam so kena lebih berhati hati. Jadi kak azizi ada listkan kedai makanan yang ok di Kota Kinabalu

  1. Welcome Seafood Restaurant
  2. Todak Waterfront (cari gerai yang bersih)
  3. D'Lengkuas Restoren Selera Kampung (restoran semenanjung, recommended Sedap!
  4. Restoran Sri Melaka Sdn Bhd. Jalan Laiman Diki KK
  5. Pasar Filipin, KK
  6. Port View Seafood Village 
Panduan harga makanan kering di Pasar Kota Kinabalu. 

Harga minimum. Jika mahal jangan beli ye.

  1. Ikan bilis 1st class, jalur halus dan badan kuning cerah : RM22 perkg
  2. Udang kering sandakan:  RM33 perkg 
  3. Ikan kering keropok: RM per 38kg

Selain itu, kalau nak beli ikan kering yang dah berbalut tapi harga murah gila, kena check betul betul. takut bukan ikan yang di katakan oleh penjual. 

Hotel 

Kalau nak survey Hotel pula, korang boleh gunakan Traveloka, Booking.com atau Trivago. Survey kawasan yang berhampiran dengan bandar dan tempat makan. Lagi lagi di Kota Kinabalu. Parking susah kot. Banyak gila kereta ye. So jangan stress kan diri untuk cari parking. Cari hotel berdekatan dengan pusat. So keluar jalan kaki je nanti ye. 

Kenderaan

Untuk kenderaan sewa, cik en suggestkan Kak Azizi 012-7857221. Sebabnya kereta dia tip top dan baru. Kak Azizi ramah dan banyak kongsi tips kat cik en dan adik. Orang semenanjung tapi dah lama di KK.

Shopping Mutiara 

Ada 2 tempat yang cik en boleh suggest, Jamilah Jewellery dan Kampung Air. Pandai tawar menawar okey.

Benda Wajib kena ada dalam aplikasi Telefon

  1. Waze
  2. Google Map
  3. Aplikasi seperti Trivago, Traveloka atau booking.com
  4. Line Internet
  5. Kredit mencukupi 
Apa lagi ye cik en terlupa. Setakat itu saja kot sharing cik en mengenai Sabah. Lepas ini cik en akan buat trip ke Sabah dengan lebih terurus sebabnya dah ada pengalaman pertama di sana.  So, terima kasih sebab sudi baca semua cerita cik en di Sabah. Jika ada pertanyaan boleh email cik en atau pm cik en di facebook personal atau pages. 
13

Pantai Tanjung Lipat Likas, Aquarium And Marine Museum UMS Dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi


Pantai Tanjung Lipat Likas, Aquarium And Marine Museum UMS Dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Pergh panjangnya tajuk cik en untuk entri ini kan?Sampaikan cik en kena skip Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency di tajuk. Tapi tak apa, cik en nak gabungkan 3 tempat ini sebabnya tak banyak gambar yang cik en ambil untuk hari terakhir ini. 

Untuk 1st story ini, cik en nak cerita mengenai Pantai Tanjung Lipat Likas. Sebelum ke UMS cik en berhenti singgah di pantai ini sebab seperjalanan pun. Pantai ini bukan untuk mandi manda pun. Cuma ada trek untuk jogging dan lepak tepi pantai. Ada taman kanak kanak. Sesuai la untuk santai bawa keluarga. 





Tak ambil masa lama pun, terus cik en ke Aquarium And Marine Museum UMS. Masa masuk, cik en ambil pass di guard. So museum ini ambil masa 6 minit kalau drive dari pondok guard. Terus cari signboar Marine Research Institute atau guna waze sahaja. Sampai saja, korang akan nampak muzium ini berdepan dengan cafe. Harga tiket RM5.00 seorang. Tak besar mana so padanlah harga macamtu kan?








Selesai di muzium, kami sarapan pagi di cafe depan muzium. Terasa macam budak student balik je. So, next cik en terus ke Bandar Kota Kinabalu balik untuk shopping ikan kering. Ambil masa 1 jam dan jam menunjukkan pukul 10 pagi. 



Masih ada 2 jam setengah sebelum kena sampai di airport KK. Try waze ke Pusat Hidupan Liar Lok Kawi dan ambil masa lebih kurang 30 minit je. Sempat ini nak pergi. So kami terus ke Lok Kawi atau Pusat Hidupan Liar Lok Kawi. Harga tiket RM10.00 seorang ye dan ada perkhidmatan train tapi ada masa dan kena bayaran. RM2.00 seorang dan bertolak jam 10.00 pagi, 11.15 pagi, 2.00 petang dan 3.15 petang.










Hahaha. Jangan terkejut jika ada sighboard di atas ini. Mungkin ramai yang memburu pokemon di kawasan ini kot. Hahaha. 

Masa masuk tadi, ada satu keluarga semanjung beri cik en dan adik satu buah ini. Sedap dan manis. Namanya buah tarap. itu pun tanya kawan di media sosial. ahahha.


Jam menunjukkan 12.00 tengah hari. Kira hari ini rushing juga sebab tu tak banyak masa untuk selfie. Kami bergegas ke Airport KK. dan sampai lebih kurang 12.35 petang. Selsai berborak dengan kak azizi dan serahkan kunci kereta, kami terus check in barang. Kami fly balik ke semananjung pada pukul 3.00 petang menggunakan flight Malindo. Kami sampai di KLIA1 jam 5.00 petang dan bas kami ke Sitiawan jam 9.00 malam. so kami jalan jalan sampai bosan di KLIA. Hahahah

Perbelanjaan 

Tiket di UMS : RM 10.00
Makan di Cafe UMS : RM 10.00
Shopping di Kota Kinabalu : RM 65.00
Tiket Pusat Hidupan Liar Lok Kawi : RM10.00 (adik cik en free)
Cenderamata di Lok Kawi : RM 10.60
Makan di Airport KK MCD : RM32.00

So habis sudah cerita di Sabah. Untuk next entri cik en akan kongsi tips, perbelanjaan dan kesimpulan untuk semua entri cik en ini ye. 
2

Hot Spring Poring Ranau dan Pekan Nabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency


Hot Spring Poring Ranau dan Pekan Nabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Perjalanan dari Fish Spa Sg Moroli ke Poring Hot Spring lebih kurang 40 minit. Jalan ini cik en dah pergi semalam jadi cik en dah arif sikit simpang. Tempat ini ada beberapa tempat korang boleh lawat. Jadi setiap tempat korang akan bayar tiket yang berasingan


Untuk masuk pintu utama, korang perlu bayar RM 3.00 seorang. Yang ini untuk bayaran masuk saja tau.. Jangan anggap korang boleh masuk tempat lain juga. Dibawah ini ada senarai harga tiket dan tempat tempat yang ada di sekitar sini.


DI Hot Spring Poring ini ada beberapa tempat


  1. Kolam air panas
  2. Conopy Walk
  3. Air Terjun Kipungit
  4. Gua Kelawar
  5. Air Terjun Langanan
  6. Orchid Garden
  7. Tropical Garden
  8. Butterfly Garden

Yang bawah ini pintu masuk ke Kolam Air Panas, Conopy Walk, Air Terjun dan gua. So sini dorang akan check untuk tiket masuk kat Pintu Utama RM 3.00


Masuk sahaja, korang akan jumpa kawasan kolam renang air panas, restoran, bilik mandi tertutup. Part ini cik en tak pergi la, sebab nak mandi pula kan?



Selepas itu, korang akan jumpa butterfly garden. Yang ini cik en tak masuk sebabnya kejar masa.


Jalan kedepan sedikit jumpa Titian Konopi Poring atau Conopy Walk. Kat sini koang kena bayar harga tiket RM 3.00 seorang dan kamera atau kamera handpone kena bayar juga ye. 1 kamera RM 5.00. Jangan ngelat bayar sebab masa di dalam nanti diorang akan check sekali lagi.


Ini pintu masuk conopy walk. 


Untuk sampai ke atas, korang kena mendaki sedikit. Sebaiknya pakai kasut sarung, jangan bertumit tinggi pula ye. 




Sampai diatas, nampakya kena tunggu giliran. Punyalah ramai orang. Masa ini bukan cuti. Kalau hari cuti tak tahu la panjang mana kena berbaris



Sebelum sampai giliran cik en, cik en temu ramah juga pengawai yang menjaga jambatan gantung ini. Ada 3 pokok yang berhubungkan satu sama lain. Kira ada 4 jambatan semuanya. Cik en ada selitkan video dari ig cik en. so layan la ya..












Selesai berjalan di jambatan masa untuk turun. Jalan turun lebih baik sedikit dari naik. 


Selesai di kawasan air panas kami ke Tropical Garden, Orchid dan Bamboo Garden. Maaf la kata, yang ini, semuanya tak ok. Macam tak terjaga. Tak pastilah sebab apa. atau mungkin bukan musim orkid. So, cik en tak suggest untuk pergi ke 3 tempat ini. Tak percaya, korang tengok la gambar dibawah ini. Kosong!




So untuk Hot Spring ini cik en cuma suggestkan korang datang time bunga pakma atau Raflesia berkembang. Nak tahu bila, kena call Hot Spring Poring sendiri sebabnya bunga ini ambil masa 9 bulan untuk berkembang dan hanya bertahan lebih kurang seminggu je. Cik en cuba google bulan berapa dia berkembang, tapi tak jumpa. Mungkin tengok pada tempat sebab tiada spesifik masa. So habis round lebih kurang 2 jam setengah di Poring ini. Cik en perlu bergegas ke Kota Kinabalu sebelum gelap. Sambil itu akan shopping di Pekan Nabalu dulu. Disebabkan gambar di Pekan Nabalu tak banyak, jadi Cik en ringkaskan di dalam entri ini ye. 

Pekan Nabalu adalah tempat untuk orang ramai shopping. So cik en sempat rakan persekitaran tapi masa ini berkabus teruk. 


Kat sini cik en gila sikit shopping. Harga boleh  nego lagi tapi kena pandai la ye. Selesai shopping, masa untuk pulang ke Kota Kinabalu. Cik en nak kongsi pemanduan cik en semasa kabus terbal.


Mencabar la. Dengan kabus tebal dan jalan berlengkang lengkok. Sampai Kota Kinabalu cik en duduk di Hotel Stay-In dan kami shopping mutiara di Kampung Air serta makan malam di Pasar Filipino. Kali ini cik en makan mee seafood dan adik cik en nasi seafood sahaja.

Perbelanjaan di Hot Spring Poring ,Pekan Nabalu dan Kota Kinabalu

Harga Tiket Masuk : RM 6.00
Harga Tiket Conopy Walk : RM11.00
Harga Tiket Masuk Orchid Garden : RM 8.00
Cenderahati di Pekan Nabalu : RM598.00
Minyak Kereta : RM 36.00
Hotel Stay -In : RM 80.00
Cenderahati di Kota Kinabalu : RM 38.00
Makan Malam di Kota Kinabalu : RM 15.00

So untuk next, cik en akan cerita untuk hari ke 4 di Sabah. Hari last okeh! Stay Tuned
3