Haram Di Negeri Perak | Harammmmm... Mesti korang tertanya apa yang haram di negeri Perak kan? Sebenarnya, cik en saja belek belek on this day di facebook, cik en terbaca kisah ini yang cik en pernah share sebelum ini. Kalau korang anak jati perak, semestinya tajuk ini boleh buat korang agak kan?
HARAM DI PERAK . Kita orang Perak bab haram ni dah biasa sangat sangat . Kalau setakat haramkan vape memang tak terkejut pun. Kalau korang duk Perak mau terkejut dengar banyak lagi benda kena HARAM . - " Yob,udoh ke cuci longkang depan tu? Harammmmm! " " Yong,udoh masak ke ? Harammmmm! " "Kojer semalam yang awok suh buat tu udoh siap ke chor ? Harammmm! " Haa..hampir semua benda kena haram . Kekekekeke! P/S... Haram = Tak/Blom buat
Hahhaha, harammmm, harooommm bemaksud, tak dibuat atau belom di buat. Cuba korang bina ayat dari perkataan haram ini dan comment di entrry ini? Hahhaha.
Pesta Panjut Kuala Kangsar 2016 | Kuala Kangsar sebenarnya sudah lama tidak buat pertandingan panjut. Panjut atau pelita hiasan menjadi tradisi masyarakat Kuala Kangsar sejak dulu lagi selain acara meriam yang akan di jalankan setiap malam raya di Kampung Talang Kuala Kangsar. Cik en tidak dapat bercuti awal, jadi cik en hanya mampu melihat daripada rakan facebook cik en mengenai kemeriahan Pesta Panjut 2016 kali ini. Jadi dengan izin empunya gambar, cik en kongsi sedikit kemeriahan pesta panjut ini.
Hanya gambar ini nampak terang dan cantik, korang boleh klik SINI untuk gambar gambar yang lain dan kenyataan Astro Awani. Diharap cik en sempat untuk Acara Meriam Kuala Kangsar 2016 kali ini. Tahun lepas, hanya mampu dengar dentam dentum je.
Tempat Tempat Menarik Di Perak Utara | Ingin berkunjung ke Perak Darul Ridzuan? Tapi tempat apa yang menarik terutama di sebelah Perak Utara ( Kuala Kangsar, Taiping, Grik dan Kerian). Cik en war warkan di blog cik en ini sebabnya cik en sendiri masih belum lagi pergi ke tempat tempat menarik ini. Jom kita tengok apa yang best
Kuala Kangsar
Malay College Kuala Kangsar
Stesen Keretapi Kuala Kangsar
The Shop Hotel, Kuala Kangsar
Resort Safari Sungai Perak
Teratak Warisan Kampung Kuala Kangsar
Masjid Ubudiah
Masjid Ridzwaniah
Laksa Pokok Limau
Pasembor E Ketek
Kuala Kangsar Hospital
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
Galeri Sultan Azlan Shah
Dewan Jubli Perak
Kuala Gula Sanctuary Resort
Mee Ketam Parit 30
Klinik Desa Beluru
Sk Beluru
Syed Maruku
Buntar Barangan Kemboja
Non Pak Ali Station
Omaq Char Koey Teow
Bulatan Jam Besar Parit Buntar
Pasar Malam Taman Kerian Permai
Lata Damak
Lata Rambung
Lata Tebing Tinggi
Pasar Jumaat Sungai Bayor
Ban Pecah
Zoo Taiping & Night Safari
YONG TAU FOO BOMBA
ATV ADVENTURES PARK LARUT
MH Sentral Sg. Siput
Ladang Infoternak Sungai Siput (U
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Taiping Equine Park
Dimana terletaknya kesemua tempat diatas ini? Boleh rujuk peta yang telah disediakan oleh Page Menarik Di Perak Utara. Dan korang boleh lihat lagi banyak tempat makan, menarik di sekitar Perak Utara dengan like page tersebut. Bukan sahaja guide untuk penduduk luar perak malah penduduk perak yang masih belum sampai ke semua tempat best ini.
Kena jelajah semua tempat ini. yang di Kuala Kangsar pun, cik en belum jelajah habis lagi. Hahha
Nasi Lemak Kukus Pak Nan Terbaik Di Pusing Perak | Warung Pak Nan Nasi Lemak Kukus (Beraneka Lauk) adalah antara nasi lemak kukus berlauk paling sedap yang ada di Perak. Ditambah pula nasi lemak di yang berlemak (ada juga nasi lemak tapi rasa nasi putih biasa), lauk pauk yang lebih daripada 30 jenis menjadi tumpuan orang orang disekitar Pusing Perak dan berdekatan dengannya. Cik en kalau dari Manjung ke Ipoh untuk hadiri kursus atau mesyuarat semestinya Warung Pak Nan ini menjadi pilihan.
Kegemaran cik en semestinya ikan bilis petai, telur dadar dan rendang kerang. Selain itu terdapat ayam goreng, ayam masak merah, kacang bendi, kacang panjang, hati, telur mata kerbau dan sebagainya. Semestinya semua lauk pauk ini menjadi kegemaran pelanggan tetap warung ini. Dan warung ini rasanya sudah sampai ke generasi kedua atau ketiga. Jadi rakan sekerja cik en yang lama bekerja cerita, warung ini dibuka pada zaman 90 an lagi. Jadi kalau dah lama mereka boleh bertahan, maknanya memang nasi lemak kukus ini power!
Jika yang ada disekitar Pusing, Sri Iskandar, Batu gajah, Ipoh, Manjung, Tronoh atau dalam perjalanan highway Ipoh- Lumut waktu pagi, bolehlah merasa kesedapan nasi lemak kukus Pak Nan ini. Ini cik en beri direction ke Warung ini
Warung Pak Nan Nasi Lemak Kukus (Beraneka Lauk)
Jalan Besar, Pusing
Perak
Ini antara gamabr yang cik en screenshot di Foursquare
Sitiawan atau Setiawan? | Sitiawan atau Setiawan adalah sebuah mukim di dalam daerah Manjung Negeri Perak Darul Ridzuan. Kisah ini bermula cik en melihat kes pembunuhan di kawasan Sitiawan disiarkan di Buletin Utama TV3. Ditulis tempat tersebut Setiawan. Sedangkan cik en lebih familiar dengan nama Sitiawan, Setiawan seakan akan Setia Awan yang mana merupakan nama syarikat pemaju di kawasan Sitiawan. Jadi cik en up status di facebook untuk sesiapa memberi pencerahan tersebut. Seorang orang lama iaitu Paklong Chat, pengerusi Komuniti I Love Manjung (KiLM) menerangkan dahulu memang kawasan ini dipanggil Setiawan.
Nama Setiawan adalah dipercayai berasal dari 2 perkataan iaitu "setia" dan "kawan" yang disingkatkan menjadi Setiawan dan bertukar ke Sitiawan. Kisahnya awalnya daripada sekumpula ngajah. Seekor gajah betina telah hilang dan tersangkut di dalam sungai dinding (salah satu nama tempat di Manjung sehingga kini). Seekor gajah jantan cuba menyelamatkan tetapi mati kelemasan. Kemudian kawasan tersebut dipanggil Kampung Gajah Mati, kemudian bertukar ke Setiawan kerana setia kawan antara gajah gajah tersebut dan akhirnya Sitiawan.
Jadi tidak salah Setiawan atau Sitiawan cuma didalam urusa rasmi dan media, sebaiknya gunakan nama yang terkini. Sitiawan. Sitiawanlah tempat cik en bekerja. Walaupun tidak semaju Seri Manjung, tetapi pekan ini mempunyai sejarah dan bangunan lamanya yang tersendiri.
Bukit 300 Teluk Batik Perak | Teluk Batik terkenal dengan kunjungan pelancongan dalam dan luar negara untuk aktiviti pantai. Sebenarnya di berhampiran kawasan laut ini ada 3 bukit yang selalu dinaiki oleh orang tempatan dan pelancong untuk aktiviti hiking. Setelah menaiki 2 bukit iaitu Bukit Engku Busu dan Bukit Vale, kali ini cik en menaiki Bukit 300. Bukit ini dipanggil 300 mungkin kerana kami perlu mendaki sambil memusing bukit ini. Perjalanan dalam 1.5km - 2 km. Tempat ini sebenarnya lagi awesome dari 2 bukit yang lain. Sebabnya kena baca penuh entri ini ok?
Sepatutnya kami menaiki jam 8 pagi tapi terlewat kerana tidur lambat sebelum nya. Selesai sarapan kami menuju ke teluk batik dan bukit ini sebelah kiri dan berhadapan dengan pantai teluk batik. Kawasan parking kerata adalah tapak perkemahan Pengakap Peringkat Dunia yang pernah di rasmikan oleh Permaisuri Perak, Tuanku Zara dahulu
Perjalanan kami mendaki dan seakan akan melalui kawasan pembalakan sedikit. Ini kerana permulaan jalannya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda.
Disini ada checkpoint dan chekcpoint diatas ini kalau tidak silap checkpoint 3/9. Ada 9 Checkpoint yang kita boleh perhatikan sepanjang perjalanan.
Sebenarnya pendakian ini bukanlah seperti Engku Busu yang mendaki permulaan sehingga akhir. Bukit 300 ini lebih kepada mendaki - jalan mendatar - mendaki - menurun - jalan mendatar - mendaki dan seterusnya,
Tadi nampak mendatar kan, kali ini mendaki semula dan ada tali kapal yang akan membantu kita memaut jika perlu.
Berpeluh juga lah sebabnya sudah 2 minggu cik en berehat kerana tidak sihat. Tapi stamina masih ada dan masih boleh bertahan walaupun lambat
Suasana sepanjang perjalanan dibawah pokok ini memang menenangkan. Bersahabat dengan pokok dan haiwan seperti semut dan nyamuk . hihi
Sepanjang perjalanan ini, cik en sentiasa snap gambar sendiri yang tidak bermake up . Hendak lihat kesan penggunanan Ephyra Skin Nano Repair Serum yang cik en amalkan sebulan lepas. Lihat sahaja masih kekal berseri dan ada yang memuji tau! siapa? kena paksa baca entri ini sampai habis.
Inilah checkpoint yang cik en katakan.. sempat mengambil dari 3/9 kerana telepas yang no 1 dan 2. dan yang akhir sampai sudah 9/9. Diakui perjalanan naik 2 jam tersebut agak perlahan kerana ada Uncle Indian yang sama medaki pada awalnya dan apabila kami sampai 6/9, uncle tersebut sudah turun.. hahaha. nampak kan kami lambat
Ini laluan terakhir sebelum sampai Gerai ABC diatas. ABC? ada ke di atas bukit ada gerai ABC? Kita tengok sekejap lagi
Sebenarnya tiada gerai ABC cuma ada beberapa pondok untuk perkemahan. Ada bangku dan kerusi macam perkemahan pengakap itu. Ungkapan Gerai ABC dan Cendol adalah semangat bagi yang baru pertama kali naik bukit. Jadi saja dikatakan ada ABC supaya mereka tidak berhenti separuh jalan. Ini antara teknik psikologi yang baik kan?
A video posted by Eintan Nurfuzie (@eintan_nurfuzie) on
Terjumpa kawan badminton yang menaiki melalui laluan berbeza. Rasanya dekat bertahun tidak berjumpa di tanah besar. Jumpa di tanah bukit. hahaha.. Sebenarnya budak berbaju kucing itu memuji muka cik en makin berseri. Mungkin sebelum ini tidak berseri. Tapi nampakan kesan Ephyra Serum itu.
Ini antara memo dan info untuk bacaan semua yang mendaki. Jika perhatikan ada 3 laluan sebenarnya Peak 300 itu.
Ini lah keadaan sebenar diatas Bukit 300 Teluk Batik Perak. Boleh berkelah selepas penat mendaki.
Bukit ini bukan sahaja melayu, cina dan indian yang daki tetapi ramai pelancong yang membawa anak mereka mendaki. Dan rasa sedih sedikit, bangsa lain beramah mesra dengan kami. Tapi bangsa Melayu terutama gadis muda tidak langsung menegur atau senyum. Mungkin kerana sifat lazim gadis melayu yang pemalu kot. Hahaha.
Cik en boleh katakan Bukit 300 the best !!. Kenapa? Ianya kerana jika Engku Busu, lutut kena dalam keadaan yang sihat dan kuat kerana pendakian yang 80 darjah . Kalau Vale tempatnya masih baru dan boleh dinaiki bermula jam 9 pagi. Bukit 300 tidak la sunyi, santai dan tidak rasa push diri sehingga memberi kesan pada lutut dan badan.
Jika ada yang hendak mencuba boleh terus ke Teluk Batik Perak. Berhadapan dengan tempat rekeasi Teluk Batik.
Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh | Movie Animation Park Studios Meru, Ipoh Malaysia atau MAPS adalah yang pertama di Asia. Dijangka akan di buka pada bulan Julai 2016 ini telah melancarkan pelbagai promosi. Dan sekarang ini, anda boleh dapatkan harga promosi untuk mendapatkan tiket masuk ke Movie Animation Park Studios Meru Ipoh ini.
Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh yang dinyatakan ini adalah bermula 1 Mac 2016
Di beli di kaunter tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh
Pass Sehari (Daily Pass) Tanpa Mykad
Dewasa : RM 155
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 125
Pass Sehari (Daily Pass) Dengan Mykad
Dewasa : RM 133
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 103
Tempahan Atas Talian (On-Line)
Pass Sehari (Daily Pass)
Dewasa : RM 128
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 98
Pass Sehari (Daily Pass)
Tempahan untuk 10 orang keatas
Dewasa : RM 123
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 93
Pass Setahun (Annual Pass)
Dewasa : RM 280
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 250
Keistimewaan bagi Perakain dengan menggunakan kad pengenalan perak (limited edition)
Perak Pass
Warga Perak (IC Perak)
Di beli di kaunter tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh
Dewasa : RM 180
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 150
Resepi Nasi Lemuni Kuala Kangsar | Nasi Lemak Lemuni atau Nasi Lemuni amat popular di sebelah utara Malaysia. Makanan yang berkhasiat kerana mempunyai ulam Lemuni. Ulam ulaman merupakan awet muda bagi tubuh badan kita. Ini resepi nya
Bahan Bahan
Pucuk Lemuni
Beras yang telah dicuci
Santan (Pati + air)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Serai
Daun Pandan
Halba
Garam secukup rasa
Cara - Cara
Kisar Pucuk Lemuni dengan air. Toskan dan ambik air lemuni sahaja
Bawang Merah, Bawang putih, Halia dan halba dipotong halus atau kisarkan di masukkan kedalam periuk bersama beras
Masukkan air lemuni, Santan, Serai, dan daun pandan dan garam secukup rasa,
Tunggu sehingga nasi masak
Boleh hidangkan dengan ayam merah, atau seperti awas awas nasi lemak.
Kuantiti air bergantung kepada kebiasaan yang memasak. ada yang suka nasi lembik ada yang nasi sedang sedang lembikya
World Of Wonders (WOW) Tahun Melawat Perak 2017 | Tahun 2017 menyaksikan perak sebagai tuan rumah. Walaupun baru Januari 2016, pelbagai usaha dilakukan untuk mempromosikan Perak. WOW atau World Of Wonder menjadi tagline untuk Tahun Melawat Perak 2017.
Apakah yang dimaksudkan dengan WOW?
WOW adalah tema pelancongan yang bermaksud 'World of Wonders' dengan menyenaraikan 10 ikon pelancongan Perak dengan 6 kluster berbeza mengikut kekuatan, keunikan dan keistimewaan produk pelancongan tersebut di seluruh Negeri Perak.
10 ikon tersebut adalah :
Gua Tempurung
Ipoh
Pulau Pangkor
Kuala Kangsar
Royal Belum
Pulau Orang Utan, Taiping
Zoo Taiping & Night Safari
Matang Mangrove, Taiping
Felda Hotspring Sg Klah
Lenggong
Tourism Perak mewar warkan untuk bersama-sama meng'hastag' #wow #worldofwonders ke mana sahaja lokasi, aktiviti, tempat makan atau apa sahaja yang korang semua pergi di sekitar Perak. Gambar menarik akan dipilih menjadi latar belakang utama facebook Tourism Perak. Oleh itu, follow Tourism Perak di IG - tourismperak !
Jadi jika korang datang ke Perak, dan ada tangkap gambar kenangan yang cun atau makanan yang menjadi lambang Negeri Perak, jom sama sama hastag #wow #worldofwonders. Cik en nampaknya kena jalan jalan di kuala kangsar untuk dapatkan gambar yang cantik cantik untuk membantu mempromosikan Negeri Perak umumnya dan Kuala Kangsar khasnya. Anak Jati Kuala Kangsar la katakan.
Harga Tiket Lost World Of Tambun | Entri ini bukanlah entri review penuh tapi hanya ringkasan Harga Tiket Masuk Ke Lost World Of Tambun , pakej pakej yang ada dan masa operasi sahaja
Harga Untuk Dewasa / Adult
RM56 (exc GST) perperson / seorang
Harga Untuk Kanak Kanak / Child
RM49 (exc GST) perperson / seorang
Percuma untuk kanak kanak bawah 90cm
Lost World Hot Springs And Spa Of Night (6 pm - 11 pm)
RM24 (exc GST) perperson / seorang
Tapi ada juga diskaun kepada pengunjung yang terpilih
Kad Oku Dari JKM Diskaun : 30% dari harga tiket seorang
Kad Sunway Pals Card Diskaun : 15% dari harga tiket seorang
Pakej Theme Park merangkumi
Lost World Amusement Park
Lost World Water Park - Penyewaan pelambung adalah RM26 ( sewa RM 16 + deposit RM 10). Deposit akan dipulangkan apabila pelambung diserahkan semula sebelum jam 5.45 petang. Untuk permainan cliff racer dan Tube Raiders seperti dibawah, pihak pengurusan menyediakan pelampung khas. Jadi pelampung sewa hanya di gunakan di Adventure River ( 660 meter panjang) dan Jungle Wave Pool sahaja.
Lost World Tiger Valley ( Tiger Feeding Show 3.00 pm- 4.00 pm)
Lost World Petting Zoo - Terdapat pelbagai jenis ular, arnab, ayam, lizard, burung kakak tua dan sebagainya. Disember 2015 masih ada renovation di bahagian buaya
Lost World Tin Valley - Terdapat cafe comel yang menyediakan kopi, teh, roti bakar dan makanan ringan seperti kedai cina zaman bijih timah dahulu
Lost World Hot Springs & Spa - Disebabkan datang pada siang hari, kawasanini kurang tumpuan kerana airnya yang panas. Terdapat Foot Spa jugak tau
Lost World Lupe’s Adventure - Semasa cik en datang cik kawasan ini agak lenggang kerana di kawasan ini memerlukan aktviti berkumpulan seperti berkayak, mendaki dan sebagainya.
Masa Operasi LOST WORLD OF TAMBUN IPOH
THEME PARK
Mon-Fri: 11:00am - 6:00pm
Weekends, School and Public Holidays: 10:00am - 6:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.
LOST WORLD HOT SPRINGS & SPA BY NIGHT
Setiap Hari dibuka: 6:00pm - 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 12.00 noon - 11:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.