Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Skin Care

Showing posts with label Skin Care. Show all posts
Showing posts with label Skin Care. Show all posts

Ada Aku Kisah Dengan Produk Deeja Cosmetic ini?


Ada Aku Kisah Dengan Produk Deeja Cosmetic ini?  | Orang bercerita pasal produk Deeja Cosmetic yang Sherry Ibrahim punya itu dah lama, tapi biasalah cik en, bukan kisah sangat pun produk kosmetik sebegini nak ditempek pada muka. Bagi cik en, produk yang ada dipasaran sekarang ini harapkan putihkan kulit muka saja tapi masih kusam tanpa seri wajah. Kusam saja walaupun muka cerah, buat apa kan? Cik en nak kulit itu berseri, ayu dan glowing walaupun apa jua jenis warna kulit. Berkulit cerah tak semestinya cantik dan berkulit gelap tak semestinya buruk. Jadi tak perlu nak ubah warna kulit kot untuk nampak lebih cantik cuma yang penting cari jalan macamana nak memperbaiki keadaan wajah yang bermasalah ini kepada lebih berseri dan ayu.


Tup tup, cik en diberi peluang untuk mencuba sendiri produk Deeja Cosmetic ini. Bertagline kan " Keayuan Semula Jadi " menarik minat cik en. Deeja Cosmetic banyak menumpukan kepada rawatan masalah kulit wajah dan memberi keserian wajah walaupun apa jua warna kulit. So cik en mencuba masa 4 minggu dan ada kalanya cik en termiss juga nak pakai. Lagi lagi balik kampung tertinggal set ini. Walaupun begitu, cik en nampak tau perubahan pada kulit wajah cik en ini. Kalau dulu, ala ala makcik umur 40 tahun tapi sekarang ada yang puji baru belasan tahun. Bukan sekali malah berkali kali juga. Ini pujian face to face ye.. kira berdepan secara live bukannya pujian di media sosial. Cik en tak perlu nak filter dan adjust bagai di kamera handphone cik en lagi sekarang ini. Kalau dulu, walaupun cik en pakai foundation, still nampak kekurangannya. Tapi sekarang jadi lebih perfect.

Dari segi kecerahan kulit pula, tak banyak beza sebabnya cik en sememangnya berkulit sawo matang cuma penggunaan krim siang yang mempunyai SPF 50 banyak bantu protect kulit wajah cik en. Ada satu yang cik en suka dengan Deeja Cosmetic ini, Krim Nano dia memang best. Dalam itu ada satu bahan yang baik dan semula jadi. Guess what? Kunyit salah satu bahannya. Of course, kita tahu kebaikan kunyit memang baik untuk kesihatan dan kulit. Salah satu fungsi kunyit ini adalah menaikkan aura seri wajah yang kusam dan gelap. Inilah dia yang buat cik en nak cuba Deeja Cosmetic awal awal dulu.

So sekarang cik en tertanya balik pada diri cik en "Ada Aku Kisah Dengan Produk Deeja Cosmetic ini? Jawapan cik en selepas 4 minggu penggunaan. Semestinya aku kisah sangat sebabnya Deeja Cosmetic ini lah yang buat kulit aku berseri -seri tanpa perlu aku gunakan kamera aplikasi 360 atau filter.  So kenapa perlu cik en nak sangkal produk ini kan? Nak bukti?

Sebelum penggunaan Deeja Cosmetic


Selepas menggunakan Deeja Cosmetic


Perbandingan sebelum dan selepas penggunaan Deeja Cosmetic


Puas hati tak kalau dapat muka berseri macam cik en ini? Ada tak rupa Sherry Ibrahim? Hahaha. Tak kisah lah, tak ada rupa Sherry Ibrahim pun cik en dah puas hati hasil dari menggunakan Deeja Cosmetic ini.


Deeja Cosmetic ini didatangkan dengan pakej yang di muat dalam 1 kotak bewarna oren. Dalam kotak ini ada 5 barangan yang terdiri daripada


SABUN PEMBERSIH MUKA DEEJA COSMETIC
Bahan - Bahan : Lobak, Susu dan Air Mawar


TONER NANO DEEJA COSMETIC
Bahan - Bahan : Air Mawar dan Aloe Vera


KRIM SIANG DEEJA COSMETIC (SPF 50) 
Bahan - Bahan : Biji Almond, Biji Tomato dan Aloe Vera


KRIM MALAM DEEJA COSMETIC
Bahan - Bahan : Alpha Hidroxy Acid (AHA) , Vitamin E, Retinoid Acid dan Gliserin


KRIM NANO DEEJA COSMETIC (Malam)
Bahan - Bahan : Kunyit dan Minyak Jojoba
Barangan ini dibahagikan kepada 2 situasi apabila korang nak pakai. Satu dipakai waktu siang dan satu lagi dipakai waktu malam. Meh cik en nak ajar sikit macamana nak pakai produk ini.

Pemakaian waktu siang/pagi

  1. Cuci muka menggunakan sabun pembersih muka
  2. Gunakan Toner Nano sedikit pun memandai
  3. Sapukan Krim Siang untuk melindungi kulit dari sinar UV
  4. Selepas itu boleh guna foundation, bedak compact dan sebagainya

Pemakaian waktu malam

  1. Cuci muka menggunakan sabun pembersih muka
  2. Gunakan Toner Nano sedikit pun memandai
  3. Sapukan krim malam (nipis pun memandai)
  4. Sapukan krim nano untuk lapisan kedua (nipis pun memandai)
Korang ada masalah kulit sentitif? Jangan pulak korang kata produk ini tak boleh guna. Ada aturan untuk kulit yang sentitif. Caranya 

  1. Diawal penggunaan, dinasihatkan memakai krim malam selang satu hari (untuk lihat raksi pada kulit)
  2. Jika tiada masalah, teruskan saja guna tetapi jika ada masalah, jarakkan penggunaan kepada selang 3 hari .
  3. Reaksi mungkin berbeza mengikut jenis kulit korang. 
Korang cuba pakai secara konsisten dalam masa seminggu dua. Korang akan mula rasa kesan penggunaannya. Yang cik en ni tak konsisten pun dah nampak kesannya apatah kalau yang konsisten. Mesti ada tanya, kenapa kecik sangat packing Deeja Cosmetic ini? Walaupun di packing kecil ye korang, korang tak perlu nak letak banyak banyak. Nipis saja dah mencukupi. Dah masuk sebulan cik en guna tapi stok masih lagi banyak. So berbaloi la kalau korang nak mencuba. Berkesan dan jimat. Nak cuba? Cik en tak jual ye tapi cik en akan bagi detail untuk korang order.

Harga Set Deeja Cosmetic ( 5 in 1)
RM 85.00 (SM) RM 90.00 (SS)

Jika selepas pakai nanti, ada produk yang habis, korang boleh beli secara berasingan. Harga seperti dibawah

Sabun Pembersih Muka : RM 12.00 (SM) RM 15.00 (SS)
Toner Nano : RM 22.00 (SM) RM 25.00 (SS)
Krim Siang : RM 28.00 (SM) RM 30.00 (SS)
Krim Malam : RM 28.00 (SM) RM 30.00 (SS)
Krim Nano : RM 28.00 (SM) RM30.00 (SS)

Kalau korang nak order bolehlah hubungi 
+60196945940
Instagram : @deeja_cosmetic_hq
8

3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs Buat Kulit Sihat Dan Berseri


3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs Buat Kulit Sihat Dan Berseri | Kulit sihat tapi kusam dan tak berseri selalu jadi masalah kepada wanita yang bekerjaya di luar pejabat. Sinaran UV yang berlebihan buat kulit jadi pudar. Dan itulah masalah cik en. Muka bebas jerawat, bersih tapi gelap, kusam dan tak bermaya. Sedangkan kulit asal cik en sawo matang. Kebetulan dah mula berganjak umur 30 an ini. Banyak sel sel sihat dah mula hilang. Kalau semata mata menggunakan krim siang, foundation atau mekap, semua itu tak mampu merawat. Jadi korang perlukan serum yang terbaik untuk merawat kulit korang dari dalam. 

Cik en nak kongsi sikit penggunaan satu serum ini. Hampir 2 minggu cik en gunakan. Rasa kulit muka glowing dan bersih. Muka pun nampak seri. Meh nak tunjuk bukti dulu. Kalau tak korang tak percaya kan? 


Perbezaan muka atas dan bawah nampak ketara kan. Atas nampak kusam walaupun menggunakan sedikit bedak compact kan? Bawah nampak lebih berseri dan cerah walaupun memakai sedikit bedak compact sama seperti diatas


Gambar kiri memang tak memakai sebarang make-up sebab sakit gigi. Jadi mood memang tak ada untuk bersiap. Sebelah kanan pula masa team building kursus baru baru ini. Memang tak memakai sebarang makeup juga sebabnya aktiviti kecergasan. Gambar itu juga diambil petang selepas selesai team building. Mungkin ada yang tak nampak jelas kan? Meh cik en belanja lagi gambar terbaru lagi


Nampaknya 3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs buat kulit cik en sihat dan berseri walaupun baru 2 minggu penggunaanya. Kalau cik en amalkan sentiasa dan lebih lama semestinya kulit cik en akan lebih berseri seri kan? 


Mesti korang nak tahu, apa yang ada dalam 3D Gold Stemcell Serum ini sampai boleh buat kulit wajah gebu, muda dan berseri seri serta akan membuat perubahan konsisten dari hari ke hari. 3D Gold Stemcell Serum menggunakan 4 bahan utama :

  1. Pure Argania Stemcell - Fungsinya mengekalkan dan melindungi "stem cell" kulit, mengurangkan sampai 50% kedutan muka, Menganjalkan dan meperbaiki kulit, memberi revijunasi kepada kulit secara mendalam
  2. Hydrolyzed Wheat Protein - Berfungsi memberi nutrisi yang baik sambil melicinkan kulit, mengelakkan kulit terlalu kering dan berminyak.
  3. Lepitiu, Sativum Sprout Extract - Yang ini best sikit dan sesuai untuk yang berkulit putih. Mengilangkan pigmentasi dan menghalangkan pembentukan jeragat
  4. Dermcom - Membantu hasilkan kolagen dan elastisiti yang hilang pada kulit, Meningkatkan pertumbuhan semulajadi sel kulit, Menghasilkan kulit yang segar, ceria dan anjal. Meningkatkan rejuvinasi tekstur kulit dan mengetatkan liang liang pori. 
  5. Selain itu diperkaya dengan Sodium Hyaluronic, Arginine, Squalane, Olea Europaea(Olive) Fruit Oil, Aloe Barbadensis Extract, Vitamin C dan E, Malus Extract, Solar Vitis dan Gold Dusk. 
Fuh banyak kan bahan bahan yang ada dalam 3D Gold Stemcell Serum ini. Kira lengkap semua. dari treatment dalaman dan luaran. Sesuai untuk semua kulit. Selain apa yang cik en nyatakan di atas, 3D Gold Stemcell Serum ini juga boleh

  • Cara hilangkan parut hitam
  • Cara nak hilangkan jeragat
  • Kecutkan jerawat
  • Nak kulit flawless
  • Dapatkan kulit tona sekata
  • Kecilkan liang pori
  • Petua kulit flawless
  • Cara melembapkan kulit muka
  • Anjalkan kulit muka
  • Kawal minyak muka
  • Cerahkan kulit wajah
  • Tegangkan kulit muka yang menggeleber
  • Hilangkan gelap bawah mata
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Cara hilangkan garis halus dan kedutan muka
Banyakkan kegunaannya. Tekstur dia pun lembut dan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Bila apply ianya meresap terus tanpa perlu nak tunggu lama. Aturan pemakaiannya selepas apply toner, bolehlah apply serum dan seterusnya korang boleh pakai foundation atau bedak. Mudah sangat kan? Cik en pakai waktu pagi untuk ke kerja dan malam sebelum apply krim malam. Berminat? Ini detailnya

Harga 
RM 150 (SM) | RM 159 (SS)
Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai RM 69.90

Untuk Pembelian boleh hubungi 
+6011 28090446
Facebook : My Beauty Herbs HQ
Instagram : My Beauty Herbs HQ

Korang boleh juga rujuk sini untuk penerangan lebih lanjut mengenai 3D Gold Stemcell Serum ini

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS



Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs :  Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




7

Ephyra Skin Care Rahsia Kecantikan Wajah

Ephyra skin bar ephyra skin nano serum ephyra skin snow ephyra skin care series

Ephyra Skin Care Rahsia Kecantikan Wajah | Sesiapa yang mengenali cik en, cik en seorang yang sangat ringkas. Tidak kira pergi bekerja, pergi shopping atau majlis rasmi. Cukup dengan berbedak dan secalit lipstick. Penjagaan wajah begitu juga, cukup dengan pencuci muka dan krim muka. Mungkin cik en bertuah kerana kulit cik en kurang bermasalah jadi cik en ambil lewa penjagaan kulit cik en masa muda dulu. "Perlu ke nak apply yang lain, kulit dah cantik". Tapi bila dah berganjak usia 30 series ini, nampaknya wajah cik en mula timbul masalah. Kulit kusam, tona tidak sekata, garis halus dah mula kelihatan eyebag dan menakutkan setiap hari ianya dah mula ketara. Mula la rajin mencari masker timun la, tomato la dan tidak kurang juga mula cari resepi untuk buat masker muka. Huh.. Tapi kesannya tidak banyak mana pun dan perlu ambil masa berbulan bulan untuk nampak sedikit perubahan itu. Mula la menyesal sebab tidak jaga dari awal lagi. Lagi lagi cik en banyak menghabiskan masa bekerja di lapangan yang panas, berhabuk dan berdebu.  Lagilah cepat masalah kulit itu berlaku. Hampir putus asa juga... tapi...

Satu hari cik en diberi info mengenai Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda Dengan EPHYRA dan cik en sendiri kongsikan di blog cik en, buat cik en berfikir cik en belum lagi terlambat untuk mengatasi masalah ini. Tapi kena pilih produk yang dipercayai dan diyakini. Dan rahsia cik en adalah Ephyra Skin Care Series yang mempunyai 3 produk utama iaitu Ephyra Skin Bar sebagai pencuci muka dan di gelar killer product sebelum ini, Ephyra Skin Nano Serum sebagai serum terbaik yang pernah ada dan new baby produk mereka iaitu Ephyra Skin Snow yang bertindak sebagai pelembab awesome! Produk ini penyelamat cik en sekarang ni. Nak tahu kesan penggunaan cik en untuk ketiga tiga produk ini? Jom baca selanjutnya.

Kalau sesiapa yang setia dengan blog cik en ini, mesti pernah terbaca review satu serum yang sangat awesome. Dan kalau korang perasaan, serum itu keluaran Ephyra. Ephyra Skin Nano Serum. Masa itu, cik en memang tak pernah sekalipun memakai serum ini walaupun dipasaran banyak dijual. Jadi kira muka cik en ini memang bebas dari sebarang serum yang lain. 2 minggu penggunaan, memang fuh.. terasa kelainan. Dan bekas kulit berparut du leher disebabkan luka memakai keronsang besi (cik en alergik dengan besi) tudung hilang juga. Bertahun dari zaman sekolah lagi, parut kehitaman itu ada. Dan dalam masa yang singkap zapp... hilang dan mulus. Kalau korang nak tahu testimoni serum itu boleh rujuk entri Ephyra Skin Nano Serum Yang Hebat.

Disebabkan kes pakai serum itu, cik en teringin pula pakai pencuci muka produk Ephyra, Skin Bar. Cik en dah bertanya pada kak juju dan set untuk order selepas ini. Dan tup tup terdengar Ephyra ada keluarkan satu baby lagi dan terus buat set? Wow! mesti best ini. Semestinya cik en nak mencuba. Tak boleh nak tunggu tunggu lagi sebabnya nak dekat raya ini. Baju dah tempah cantik, tapi kalau muka nampak kusam je, tak meriah pula raya cik en. Zapps.... sampai dah Ephyra Skin Care Series cik en.. oyehhh!


Akhirnya kau, kau dan kau menjadi milikku. Hahaha.. Apa lagi malam itu juga cik en cuba semuanya. Rajin pula petang itu mandi awal sebab nak mula pakai skin bar ini. Kalau tak, dekat dekat nak Maghrib baru capai tuala.


Ok, ini step pertama. Gunakan Ephyra Skin Bar sebagai pencuci muka yang diformulasidengan 100% bahan semulajadi dan tanpa bahan bahan kimia. Dalam skin bar ini ada Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolegen yang mana ianya juga asas untuk produk Ephyra ini. Bau dia cik en suka sangat. Buih dia tu halus dan bila apply di muka rasa nyaman dan terasa ringan muka ini dari minyak dan habuk habuk. Kelebihan- kelebihan Skin Bar ini adalah

  1. Menghilangkan kulit berjerawat
  2. Hilangkan parut jerawat dan jeragat
  3. Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
  4. Mencerahkan wajah secara semula jadi
  5. Menghilangkan bintik bintik hitam



Next, gunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum pula. Yang ini oh my god, cik en suka sangat, bau dia best sangat dan bila apply di muka serum ini cepat meresap sebabnya menggunakan nano technology. Udah, pe tu nano technology ini cik en? Ok, ini cik en ceritakan sikit ye yang mana cik en faham, nano teknologi ini menghasilkan serum ini mudah diserapkan kedalam kulit dengan mnejadikannya berpartikel yang bersaiz kecil (nano). Thats why ianya tidak melekit dan mudah dipakai. Manfaatnya adalah 

  1. Memulihkan : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman untuk jadikan kulit wajah lembut, cerah dah dihat berkilau (glow glow gitu)
  2. Memperbaharui : Bila dan memulih, kenalah memperbaharui sel sel baru, dan serum ini akan memperbaharui sel kepada tahap maksima agar kulit nampak bermaya, cantik dan sempurna
  3. Melindungi : Kalau tak dilindungi, tidak guna la kan memulihkan dna memperbaharui? Jadi manfaat terakhir adalah melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat faktor cuaca dan persekitaran. Dan juga turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Dan dalam masa yang sama mengembalikan Vitamin E kepada kulit



Ini part last dan paling cik en suka guna. Kadang kadang itu, saja calit lebih sikit kat muka. Gunakan Ephyra Skin Snow iaitu krim pelembab. Produk ini masih baru dan cik en bertuah sangat sebab cik en antara orang terawal menggunakannya. Bukan senang nak dapatkan produk yang orang lain tak guna lagi. Seperti Skin bar dan Skin Nano, Skin Snow ini pun cik en suka bau dan struktur krimnya. Sejuk dan ringan. Ephyra Snow ini pula menggunakan teknologi Geno-white. Apa pulak Geno-White ini cik en? Tadi Nano, ini Geno. hahaha. Okey meh cik en terangkan dengan ringkas

  • Teknologi SMART PEPTIDE yang mengawal pengeluaran melanin dalam kulit
  • Melanin ini semua orang ada cuma ada aktif dan terlebih aktik
  • Terlebih aktif akan menyebabkan jeragat, bintik hitam dan banyak lagi dan yang paling teruk adalak kanser
  • Faktor melanin yang terlalu aktif ini adalah umur, sinaran YV, Hormon tidak stabil dan ubat ubatan

Yang penting dalam Skin Snow ini :
  • TIADA paraben, 
  • TIADA hydroguinone 
  • TIADA merkuri.

Sangat cepat menyerap, tidak melekit dan tidak berminyak. Bahan bahannya daripada
  • Natural Arbutin dari berry
  • Vitamin C (buah buahan) - Melindungi kulit dari UV dan memperbaiki struktur kulit yang rosak
  • Vitamin E (buah buahan) - Melembabkan kulit, melambatkan penuaan dan memulihkan kulit dari sebarang parut
Kelebihannya pelembab ini adalah
  1. Melembab dan mengekalkan kelembapan
  2. Mencerahkan kulit seawal 9 - 14 hari
  3. Menggunakan teknologi Geno - White
  4. Menambah agen perlindungan matahari
  5. Mengawal minyak yang berlebihan
  6. Mengurangkan kesan penuaan (garis halus dan jeragat)
  7. Menambah keserian wajah (Glowing) untuk kekal muda dan remaja
Kalau dipakai satu set ini, cik en yakin sangat la, muka itu dari kusan tak bermaya jadi berseri seri di hari raya tahun ini. Macam cik en ini


Ha, tengok tengok. Nampak tak muka cik en dah berseri seri macam seri pengantin? Hahaha.. Penggunaan seminggu pun, cik en dah mula rasa muka cik en rasa segar dan cantik. Barulah confident nak berdepan dengan pelanggan dan anak anak bulus di klinik itu. Kucing pun suka pandang cik en (selalunya akan sorokkan muka sebab tau kena injection). Ada juga pelanggan yang tegur. Alhamdulillah, memang produk ini sangat berkesan pada cik en. 

Tapi.. jangan tertipu tau! Banyak sangat dah produk jadi fake product. Dan semestinya Ephyra ini pun ada juga yang cuba nak buat sebegitu, Tapi jangan risau, pihak Ephyra dah sediakan logo yang boleh disemak melalui aplikasi telefon untuk memastikan produk tersebut original atau tidak. 


Settle semuanya, mesti korang tertanya berapa la harga produk ini. Mesti mahal kan cik en? Semestinya produk cik en buat testimoni ini tidak semahal mana, cik en sendiri faham, semua wanita nak jadi cantik tapi jika perlu melabur mahal sedangkan belum tentu berkesan, rasa membazirkan kan? Produk dari Ephyra ini murah tau!. Memang jenis mampu milik. Nak buat ala ala trivago, kenapa perlu berbelanja lebih untuk dapatkan kesan yang sama. 

Harga Set Ephyra Skin Care Series
RM 140 (SM) dan RM150 (SS)
(Ephyra Skin Bar + Ephyra Skin Nano Serum + Ephyra Skin Snow)

Jika di beli berasingan 
Ephyra Skin Bar : RM 39 (SM) RM45 (SS)
Ephyra Skin Nano Serum : RM 68 (SM) RM72 (SS)
Ephyra Skin Snow : RM 48 (SM) RM52 (SS)

Disarankan ambil set, sebab lebih jimat. Dan produk ini boleh bertahan sehingga 1 hingga 2 bulan jika pandai berjimat. Maklumat lanjut, boleh hubungi 

Facebook : Oceanlife2u
Instagram : Ephyra Official HQ
Website : Sedang dikemaskini (nanti cik en akan update)

p/s : Sayang Ephyra sebab jadikan kulit wajah cik en cantik berseri di Hari Raya tahun ini. 
15

Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda Dengan EPHYRA


Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Aanda Dengan EPHYRA | Fakta yang perlu diketahui oleh semua wanita yang terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan sendiri, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra baru baru ini.


Antara masalah kulit yang biasa terjadi adalah termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Koprang nak tahu tak, seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah tau! Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius dan akan buat hari hari korang tidak happy


“Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.” Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda!” yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini.


Pengarah Urusan & Pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair & Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar

Serum yang berteknologi Nano & dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka dengan teknologo Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan.

Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan. 

Duta Ephyra, Memey Suhaiza dan Norman Hakim pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hampir 4 tahun. Malahan apa yang menarik Ephyra yang terkini telah menerima Anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra.


Semalam, cik en baru je terima parcel Ephyra Skin Care Series tau!. Tak sabar rasanya nak cuba dan merasia sendiri keberkesanan produk terbaik dari Ephyra ni. Tambahan pula nak Hari Raya kan, semua nak berseri-seri & nampak cantik. Tunggu review dari cik en ye! 

Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra hubungi – 

Hotline : 019-3999 238 / 03-4141 7889
10

Ephyra Skin Nano Serum Memang Hebat


Ephyra Skin Nano Serum Memang Hebat | Itu yang boleh keluar dari kata cik en selepas sebulan penggunaanya . Ephyra Skin Nano Serum memang menghasilkan kesan yang sangat awesome dan hebat! Bekalan serum hebat ini terputus disebabkan kesibukan bekerja buat setiap hari cik en jadi murung dan tidak bersemangat. Cik en siap terbalikkan botol Ephyra Skin Nano ini dan dapatkan titisan terakhir sebabnya sangat rugi untuk bazirkan. Dan hari ini cik en baru order serum hebat ini pada dealer Oceonlife dan rakan Kelab Blogger Ben Ashaari , Akak Julia Johari. Mesti muka cik en merindui serum ini. Iyalah, setiap hari bersama tiba tiba hilang pulak. Diibaratkan Ephyra Skin Nano serum ini sahabat baik dengan muka cik en. 

Ephyra Skin Nano Serum ini telah duji dan dibuktikan secara klinikal untuk Mencerahkan, Memutihkan dan Anti Penuaan. And guess what! Memang terbukti dan buktinya wajah muka cik en sendiri. Mungkin ada yang membaca review produk ini di entry Ephyra Skin Nano Advance Serum Terbaik Untuk Wajah kan? Itu penggunaan 5 hari dan kini dan masuk sebulan cik en menggunakan nya. Jom scrool kebawah ini untuk lihat apa yang terjadi. 


Cik en close up kan gambar lama ini. Muka yang hanya di calit BB Cream dan bedak murah. Nampak muka pun, yerk.. tidak berseri sangat dan macam sudah berumur 40 an sahaja. sedangkan baru masuk 30 an. Sebulan penggunaan Ephyra Skin Nano Serum ini menghasilkan wajah di bawah dengan menggunakan BB Cream dan bedak murah yang sama


Dan terbaru sekali kisah muka tanpa secalit BB Cream dan bedak murah tersebut. Cik en dipuji muka semakin berseri sedangkan masa tersebut tengah hiking di Bukit 300 Teluk Batik Perak. Biasalah kan bila berpeluh, muka akan jadi muka paling natural. Lagi pun rakan yang memuji cik en adalah rakan yang setahun lebih tidak jumpa. Persepsi pertama adalah berseri. Kali kedua, dia memuji di facebook personal cik en dan yang ini bolehlah cik en tunjukkan buktinya.


Sepanjang hiking cik en snap gambar untuk buktikan lagi yang muka cik en lebih baik dari sebelum ini. Abaikan muka yang penat dan fokuskan pada kulit muka cik en ye. 



Memang produk Ephyra kali ini best la. Cik en memang menantikan produk yang buat wajah kita sihat dan berseri walaupun tanpa perlu berbedak dan make up. Dan cik en confident yang sesiapa menggunakannya akan puas hati tahap berbintang bintang di langit dengan kesannya. Selepas ini cik en akan cuba produk Ephyra yang lain seperti SkinBar, Inteemor dan Produk Kesihatan Ephyra. 

Sebelum ini yang kata, kira pakai produk ini, bukan kecantikan asli la ye, sebab pakai produk serum ini. Meh sini cik en terangkan. Muka kita ini semasa remaja memang la tegang, tiada masalah dan berseri kerana masih banyak khasiat yang ada di muka ini, selepas kita mula bekerja, bekerja di bawah matahari yang sampai boleh merosakkan kulit, makan makanan yang kurang berkhasiat dan penggunaan penghawa dingin yang mengeringkan kulit, semestinya kesihatan kulit muka kita ini akan menurun. Jadi dengan Ephyra Skin Nano Serum ini ianya sebagai satu supplement tambahan bagi kulit untuk membantu kulit wajah kita kembali sihat. Cik en tidak suka amalkan sebarang foundation atau krim yang nampak glorry glorry ini, sebabnya ianya tidak asli. Hanya ditepek di luar sahaja sedangkan kulit di dalam tidak sihat. Jadi jangan risau dengan Ephyra Skin Nano Serum ini. 


Berminat dengan produk yang buat cik en ini rasa hebat? Baca dibawah ini

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
15ml

Harga: 
RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi : 
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui 
atau 
Whatsapp ke HOTLINE : 019 - 7373770 / 019 -3800779

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura serta terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu. 

Instagram : @ephyra2u 

p/s : Boleh juga pesan melalui kak Juju macam cik en di Facebook Julia Johari 
8

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Terbaik Untuk Wajah


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Terbaik Untuk Wajah | Jenama Ephyra mula mendapat tempat di hati pengguna melalui produk mereka seperti Ephyra Skin Bar, Inteemor dan Power 2 Perform. Dan Advanced Repair Serum merupakan serum pertama dibawah jenama Ephyra yang menggunakan Teknologi Nano dari Switzerland yang telah diuji secara klinikal untuk memulihkan kulit yang rosak kerana faktor cuaca dan persekitaran. 

Penggunaan kali pertama cik en sudah boleh nampak perubahan dan serum ini mudah meresap kedalam kulit dan tidak berminyak. Lagipun ianya bebas merkuri, kimia dan hydroquinone. Selain dapat menyelesaikan masalah kulit seperti dibawah ini, ianya mempunyai vitamin C dan Vitamin E bagi mencerahkan dan menaikkan seri muka tau! Bagus untuk bujang seperti cik en ini. hehehe


Untuk makluman semua, cik en mengalami beberapa masalah diatas ini. Antaranya kulit kusam, rona kulit tidak sekata, leban dibawah mata dan sunburn. ini sebabnya kerjaya veterinar yang memerlukan cik en berpanas, berhabuk dan berdebu di lapangan atau ladang. Dan cik en juga jenis yang sangat ringkas apabila bersiap. Jadi tidak ada masa hendak buat facial dan masker di spa atau dirumah sekalipun. Hendak bermekap? Jarang sangat la.. Apabila tahu, Oceanlife ada menawarkan produk ini, apa lagi, terus cik en grab peluang ini setelah melihat testimoni pengguna skinbar dulu. 5 hari cik en mencuba dengan menggunakan 2 kali sehari siang dan malam, dan hasilnya...


  • Sebelum penggunaan : Muka kusam, lebam bawah mata, muka bercapuk capuk (tona tidak sekata)
  • Penggunaan Kali Pertama : Nampak kan kemerahan muka cik en dan muka nampak segar
  • Penggunaan Kali Ke 4 : Muka nampak lebih berseri dan terasa segar
  • Penggunaan Kali Ke 5 : Walaupun gambar ini ditangkap beberapa jam selepas apply tapi kulit nampak masih tegang
  • Penggunaan Kali Ke 5 (pagi dan petang) - Mungkin pagi ada letak blusher sedikit tapi sebelah petang itu, mekap sudah cair  tapi muka nampak segar lagi 
  • Penggunaan Kali ke 9 - Yang ini semasa cik en hari pertama cik en bekerja selepas bercuti selama 3 hari. Nampak kan perbezaan sebelum penggunaan dan hari kelima itu. Muka nampak berseri semacam seri pengantin pula atau selepas buat facial muka
Jangan risau tau, produk ini bukan guna produk yang menghakiskan kulit atau produk merosakkan kulit, sebabnya serum ini guna teknologi Nano. Nama pun nano, jadi serum ini akan menjadi partikel kecil dan senang menyerap masuk ke dalam kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan melindungi kulit kita. Sebab itu, kesannya lebih cepat tapi sihat untuk kulit. 



EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
15ml

Harga: 
RM 88  (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi : 
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui 

atau 
Whatsapp ke HOTLINE : 019 - 7373770 / 019 -3800779

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura serta terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu. 

Instagram : @ephyra2u 
2

Malaika Oil - Produk Semulajadi Terbaik Untuk Kulit Anda

Assalamualaikum dan hai buat pembaca cik en
Kali ini cik en nak story sedikit satu produk bumiputera semestinya buatan Malaysia yang HALAL dan semulajadi untuk kulit asia seperti kita. Anda semua ada masalah JJP? Apa itu JJP? 1st J adalah jerawat, 2nd J adalah Jeragat dan P adalah Parut jerawat di pipi dan kawasan muka anda. Ada? Dah cuba pelbagai produk dan tiada kesannya? Atau kos yang sangat tinggi ? akan menjadi kulit mengelupas sedangkan nak pergi dating ni? atau pun tidak yakin terhadap kandungannya? Halal ke? Kandungan dia itu berchemical ke? Sesuai ke dengan kulit kita di Asia ini? So korang wajib baca entri ini sampai habis untuk membuka mata korang terhadap satu produk bumiputera, halal dan bersih serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom!

malaika oil, produk jerawat, hilangkan parut, kecantikan, rawatan muka, serum

6