Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Review

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

DASHING Deo + Perfume Body Spray Pertama Untuk Lelaki

DASHING Deo + Perfume Body Spray Pertama Untuk Lelaki | Lelaki sukakan yang ringkas, mudah dan cepat. Lagi lagi lelaki yang sibuk dengan tugasan harian tapi nak sentiasa segar dan nyah dari bau badan. Bau yang harum dapat membantu jejaka tampil berkenyakinan semasa bekerja dan temujanji dengan kekasih hati. Disebabkan memahami keadaan ini, DASHING telah memperkenalkan semburan deodoran dan wangian badan untuk lelaki dalam satu yang pertama. So tak perlu nak beli dua jenis ini dan hanya cari DASHING Deo + Perfume Body Spray dapat deodaran dan wangian dalam satu semburan. 



DASHING Deo + Perfume Body Spray Pertama Untuk Lelaki


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka. 

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! 

Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja. 

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. 

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki. 

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari. 

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! 

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. 

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. 

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! 

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN! 

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi 

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai: 



HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber. 



ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky. 



SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky. 



HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif. 


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/

p/s : DASHING DEO + BODY SPRAY ini Boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang 
1

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop | Teruja nampaknya semua bila cik en muat naik gambar sofa bed yang baru sampai di media sosial. Sesungguhnya  keterujaan korang itu tak seterujanya cik en yang dah lama menunggu dengan penuh kesabaran dan ketenangan tanpa war warkan kepada korang. Lepas banyak kes order lain dapat lain sebelum ini, cik en jadi takut nak kongsikan apa yang cik en beli sebelum barangnya sampai. Tapi kali ini puas hati la, barang dalam gambar dan depan mata sama. Warna dia pun sama dan kebesarannya pun sama. So berbaloi la penantian hampir sebulan lebih akhirnya barang yang sampai memuaskan hati cik en. So dengan itu cik en nak kongsi dengan korang Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop dari pengalaman sendiri. 


Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop

Anyway bila masuk SGShop memang cik en jadi macam rambang mata, mana satu nak pilih. Pilihannya sangat banyak dan harganya yang macam tak masuk akal. Murah sangat. Cuma bahagian shipping nanti korang kena alert berat. Lagi berat lagi mahal shipping dia tapi cik en akan bagai tips untuk dapatkan diskaun pada shipping nanti. So lets go kepada Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop hasil dari pengalaman sendiri cik en. 

Sebelum itu cik en nak share sikit apa yang korang kena tahu mengenai shopping online SGShop ini.

Apa Itu SGShop


SGShop adalah shopping online yang memberi perkhidmatan pembelian di shopping online China. SGShop juga adalah Taobao Agent dan di Malaysia, SGShop Malaysia sebagai Taobao Malaysia. Cuma kalau pembelian terus korang kena tahu bahasa cina baru korang boleh beli disebabkan semua laman web ini berbahasa cina. 

Sgshop ini ada buat beberapa perkhidmatan iaitu Buy For Me, Ship For Me dan SmartShop. Ketiga ini ada perbezaannya. Cuma cik en ada pengalaman pada Buy For Me. Maknanya SgShop akan uruskan pembelian dan penghantaran kepada kita. Kalau Ship For Me, kita akan uruskan pembelian bayaran dan menggunakan SGShop untuk penghantaran ke Malaysia.

SGShop juga baru menaik taraf laman web mereka dengan reka bentuk web yang responsif bagi memudahkan korang untuk cuci mata atau buat pembelian. Ada tambahan Bahasa Melayu bagi memudahkan korang yang mungkin tidak mahir dalam English. So tiada masalah salah info atau salah pembelian. Dan korang boleh cari barangan dengan upload gambar. So tak ada masalah la kalau tak tahu apa nama barangan itu. Dan yang last ada Shiok Shipping Program. Yang ini cik en akan terangkan dihujung entri sebab ianya antara tips cik en nak kongsi dengan korang. So harap korang faham la sikit mengenai SGShop ini atau senang cakap Borang China sebelum cik en teruskan Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop ini. 

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop


Langkah 1 : Masuk ke laman web SGShop. Selain itu boleh download Apps SGShop di Google Play atau Apple Store


Langkah 2 : Semestinya kena buat sign up atau mana ada akaun boleh log in sahaja dan wajib letak nombor telefon sebab nanti SgShop akan hantar code yang perlu korang masukkan semasa pendaftaran.




Langkah 3 : Cari produk atau barangan dengan gambar, keyword atau link dari Taobao.com url. Macam sofa bed cik rn tu korang boleh klik Sofa Bed



Langkah 4 : Sebelum add cart pastikan saiz dan warna pilihan korang dan double check untuk mengelak dari salah order. 



Langkah 5 : Dah confirm semuanya boleh add to chart dan boleh checkout. Penting sangat part ini. Pembayaran checkout ini adalah pembayaran pertama untuk Buy For Me. Pembayaran ini untuk pembelian dari China Seller. Sg Care tu terpulang korang nak klik atau tak. SG Care ini lebih kurang macam jaminan. Berlaku apa apa pada barangan SG Care akan bertanggungjawab. Disebabkan produk ini besar so cik en decide untuk guna SG Care. Ada pembayaran sikit la tak sampai RM5. 



Langkah 6 : Lepas settle pembayaran pertama ini selesai, korang akan di update pasal barangan korang. Bila dah sampai ke China Warehouse korang kena stanby pula untuk pembayaran ke 2. Ini tanda barangan korang dah sampai ke China Warehouse



Langkah 7 : Setelah semuanya selesai masuk ke China Warehouse, SGShop akan keluarkan invoice untuk shipping ke Malaysia pula dan korang perlu buat pembayaran ke 2 sebelum naik kapal ke Malaysia. Ada beberapa jenis Shipping Method dan korang boleh pilih mana yang sesuai. Paling murah Sea Shipping.


Disebabkan barangan cik en ini berat 70kg dengan volumetric weight 181x24x98 so jangan terkejut kalau shippingnya hampir RM400. Sedangkan harga sofa bed dia RM190 (paling besar 180 meter dengan 2 bantal). Tapi korang boleh gunakan tips cik en dengan Subscribe Syiok. Syiok ini adalah 30% diskaun untuk shipping. So dalam pembayaran ke 2, cik en jimat dalam RM120 camtu. Berbaloi sangat bagi cik en. Lagi lagi barangan ini antara barangan yang cik en dah masuk dalam wishlist untuk masuk rumah baru nanti.

p/s : Rasa nak buat giveaway untuk korang sebab cik en ada beli beberapa item dari SGShop yang nampaknya cik en takleh guna.  So korang kena rajin follow media sosial cik en nanti. 
14

BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank

BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank | Pernah tengok Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank yang real depan mata? Kalau tak pernah, korang jangan lupa datang ke BookXcess Kong Heng Ipoh sambil melayan buku dan menikmati keunikan dekorasi kedai buku bercirikan bank. Terletak dikawasan strategik, menjadikan BookXcess Kong Heng Ipoh bakal menjadi tumpuan pengunjung ke lokasi bersejarah Kong Heng Square atau disebut Plan B mesti orang Ipoh tahu punya. | BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank


BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank


BookXcess Kini Berada di Kong Heng Square, Lokasi Ikonik dan Bersejarah di Ipoh
Pencinta buku di Ipoh kini boleh mendapatkan buku dengan potongan harga antara 50% hingga 80% sambil menyingkap sejarah lokasi berkenaan



IPOH, 11 APRIL 2019 – Bagi mengukuhkan lagi komitmen terhadap menawarkan buku pada harga mampu milik, BookXcess terus memupuk semangat suka membaca kepada lebih ramai rakyat Malaysia dengan pembukaan kedai bukunya yang terbaru di Ipoh, Perak. BookXcess Kong Heng beroperasi di lokasi bersejarah di Kong Heng Square, yang pernah menjadi salah sebuah bank yang termasyhur di Ipoh. Premis dua tingkat ini kini telah diberi nafas baharu bagi menempatkan kedai buku yang pastinya akan menjadi destinasi pujaan para pencinta buku serta peminat foto di Perak.


Kedai buku ini menjadi pelengkap kepada kawasan sekitar Concubine Lane dengan pemasangan papan tanda neon yang dilengkapi dengan sedikit sentuhan moden di samping mengekalkan seni bina asal bangunan berkenaan. Para pencinta buku boleh menemui beribu-ribu judul buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti novel, sains fiksyen, thriller, sastera, novel remaja, buku perniagaan, resipi masakan, kesenian dan reka bentuk serta banyak lagi.


Reka bentuk serta suasana bank lama masih dikekalkan bagi mencipta satu pengalaman unik untuk para pengunjung; di mana di tingkat bawah, para pelanggan BookXcess Kong Heng boleh memilih buku yang diletakkan di dalam kotak deposit keselamatan bank dan bilik kebal bank yang telah diubah menjadi rak-rak buku.



Para ibu bapa yang mengunjung pasti gembira kerana BookXcess menawarkan beraneka pilihan buku kanak-kanak seperti buku aktiviti, buku cerita, buku bunyi dan banyak lagi. Ibu bapa kepada anak-anak kecil juga boleh mendapatkan tiga belas judul buku Augmented Reality (AR) yang dijual secara eksklusif di kedai buku BookXcess. Anak-anak boleh membaca, bermain dan belajar dengan buku AR berkenaan yang menggunakan teknologi AR tercanggih bagi merevolusikan kaedah pembacaan untuk generasi akan datang.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada kekayaan sejarah serta  seni bina indah bandaraya Ipoh. Dengan pembukaan BookXcess Kong Heng, kami berharap agar dapat memenuhi permintaan warga Perak yang mahukan buku pada harga mampu milik. Berdasarkan pengalaman kami semasa penganjuran Jualan Buku Big Bad Wolf di Ipoh, ramai pelanggan  membuat permintaan agar kami membuka sebuah kedai buku tetap dan hari ini, kami telah memenuhi permintaan mereka itu,” kata Pengasas BookXcess dan Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap.



Selain daripada buku-buku dan karya pop yang unik, tingkat bawah tanah kedai buku berkenaan turut menempatkan newseum kecil ‘Yasmin at Kong Heng' (bagi mengabadikan nama beliau sebagai inspirasi kepada generasi baru). Galeri berkenaan dibuka kepada orang ramai yang berkunjung ke BookXcess Kong Heng. Di sini para pengunjung boleh ketawa, menangis, memahami erti cinta dan kemaafan apabila menonton iklan televisyen perayaan Petronas dan filem-filem terbaik arahan Yasmin. Mereka juga boleh menjenguk ke dalam minda beliau dengan meneliti kandungan komputer Mac asli yang beliau gunakan untuk menaip semua ideanya. Anda juga boleh membaca skrip asal "Sepet" dan "Wasurenegusa" yang disimpan di sini.


“Ianya merupakan satu penghormatan bagi kami untuk galeri ‘Yasmin at Kong Heng’ ditempatkan di BookXcess. Galeri tersebut membolehkan kami meneruskan legasi Yasmin dan menyampaikan cerita beliau kepada seluruh dunia agar karyanya yang disukai ramai akan terus dihargai dan diingati,” tambah Yap.


Sempena pelancaran ini, para pelanggan BookXcess Kong Heng akan menikmati diskaun tambahan 20% ke atas semua buku serta barangan bukan buku mulai 11 hingga 14 April 2019. Para pelanggan digalakkan mengikuti BookXcess di laman-laman media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran serta buku-buku terbaru di BookXcess.

BookXcess Kong Heng, Ipoh dibuka pada setiap hari dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam dan terletak di No. 91, Jalan Sultan Yussuf (Belfield Street), 30000 Ipoh, Perak.

Facebook              : https://www.facebook.com/BookXcess/
Instagram             : @bookxcess
Laman sesawang : https://www.bookxcess.com/

0

100Mbps hanya RM99? Rasanya Dah Boleh Bertukar kepada TIME Internet

100Mbps hanya RM99? Rasanya Dah Boleh Bertukar kepada TIME Internet | Sebagai seorang blogger, pemain game online tegar dan kaki online yang extreme, semestinya korang mencari dan terus mencari pelan jalurlebar yang murah tapi mampu memberi kelajuan maksimun dalam melayari kegilaan korang bila berada dalam talian dan dapat mengatasi masalah gangguan semasa melayari seperti cuaca, bangunan dan lain lain lagi termasuklah cik en. Banyak pelan yang ditawarkan tapi cik en tak nampak pakej yang berbaloi dari segi kelajuan, harga dan kepuasan. Sampai la cik en diperkenakan dengan TIME. Dan cik en sangat tertarik dengan Internet Time yang telah melancarkan langganan dalam talian TIME untuk pelan jalurlebar eksklusif 100Mbps dengan hanya RM99 sahaja.


100Mbps hanya RM99? Rasanya Dah Boeh Bertukar kepada TIME Internet 

Dalam perlancaran itu juga, TIME juga melancarkan pelan jalur lebar rumah terpantas di Malaysia iaitu 1Gbps. Gigabit tau bukan lagi Megabit. Dengan 1Gbps atau 1000 Mbps ini, korang memang akan puas melayari internet seperti tanpa ada halangan halangan yang boleh buat mood korang menjad Hulk. Hahahha. Dengan 1Gbps korang boleh muat turun video, stream movie dan muat naik gambar tanpa perlu menunggu atau buffering langsung. Berdesup sekelip mata dah tersave. Tak sempat korang nak ke tandas dah boleh layan movie. Selain itu untuk kaki games online pula, korang akan merasai kelajuan permainan tanpa "hang" walaupun dalam masa yang sama korang tengah layan internet yang lain seperti youtube dan sosial media yang lain. Kalau yang buat bisnes online pula, korang boleh jawab pertanyaan pelanggan tanpa sempat pelanggan nak bertanya. Hahahhaha. Just joke okey!

Tapi cik en selalu ada masalah bila cuaca tak menentu seperti hujan dan ribut. Baru nak layan streaming Gegarvaganza di youtube, mai hujan, tersekat sekat pula. Hilang mood tau. Sebab nak selesaikan masalah itu cik en memang nak memilih Fibre Broadband dari mobile broadband. TIME menggunakan Fibre Broadband yang mana ianya sambungan jalur lebar yang lebih cepat, dipercayai, selamat, muat turun dan muat turun yang lebih tinggi dan dapat nilai harga yang lebih murah. Pendek kata harga yang dibayar berbaloi dengan perkhidmatan yang di tawarkan. 


Tapi the best deal dari TIME adalah 100Mbps dengan harga hanya RM99 berbanding dengan pelan internet yang lain yang kebiasaan harga RM129++. Lagi best dengan TIME ini, kelajuan muat turun dan muat naik sama iaitu 100Mbps berbanding pelan yang lain. Barulah betul kan bila korang memilih pelan jalurlebar kelajuan 100Mbps. 


Berbanding dengan pelan internet yang terkenal di Malaysia, pakej mereka tawarkan adalah 100Mbps tapi korang takkan dapat kelajuan yang sama untuk muat turun dan muat naik. Contoh ambil pakej 100Mbps tapi kelajuan untuk muat turun adalah 100Mbps dan hanya 50Mbps kelajuan untuk muat naik. Sebab itu pengguna pelan internet yang lain termasuk sekarang cik en gunakan Pelan U dapat rasakan perbezaan tersebut.

Untuk pelan Time 100Mbps hanya RM99 dan pelan TIME yang lain, korang tak perlu nak bersiap berjam jam make up dan keluar untuk mendaftar, sebabnya pendaftaran pelan TIME hanya terdapat dalam online sahaja dan siap mendaftar dalam beberapa minit saja tau! Kalau korang nak tahu juga masa untuk mendaftar adalah sangat sangat terhad. So korang kena cepat cepat melanggan sebelum tamat tempoh tawaran dan jadilah orang pertama menggunakannya. Baru la boleh berlagak (ahahhaha).

And last, TIME menawarkan off RM100 dalam bil kalau korang mendaftar sekarang. Untuk mendaftar dan maklumat lanjut korang boleh ke https://bit.ly/2PeKS0g

9

2 Cara Cik En Kekal Sihat Adalah Dengan Fernleaf 100% Mmmmm

2 Cara Cik En Kekal Sihat Adalah Dengan Fernleaf 100% Mmmmm | Pengambilan susu dalam kalangan rakyat Malaysia bakal ditingkatkan 50 liter berkapita menjelang 2050 sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melihat generasi akan datang sihat dengan pengambilan susu. Begitu juga dengan cik en yang sentiasa akaan memastikan fizikal dan mental cik en kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Ramai yang bertanya dan akhirnya cik en akan kongsi juga dengan korang 2 Cara Cik En Kekal Sihat Adalah Dengan Fernleaf 100% Mmmmm

2 Cara Cik En Kekal Sihat Adalah Dengan Fernleaf 100% Mmmmm


2 Cara Cik En Kekal Sihat Adalah Dengan Fernleaf 100% Mmmmm tidaklah susah. Yang penting memastikan stok Susu UHT Fernleaf sentiasa ada di dalam peti ais cik en. Kalau dah berkurang, cik en akan cepat cepat restock. Even cik en akan gunakan juga susu fernleaf dalam masakan so buat stok banyak banyak pun tak merugikan cik en. 


Cara pertama Cik En Kekal Sihat Adalah Dengan Fernleaf 100% Mmmmm adalah mengambil Susu UHT Fernleaf dengan bijiran waktu sarapan. Untuk ini, cik en akan memilih Susu UHT Fernleaf Full Cream untuk memastikan cik en sentiasa bertenaga, sihat dan aktif sehingga waktu makan tengah hari. Sangat sangat penting disebabkan cik en bekerja di "site" dan memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding bekerja di dalam pejabat. 


Cara kedua Cik En Kekal Sihat Adalah Dengan Fernleaf 100% Mmmmm pula, cik en akan sentiasa simpankan stok Susu UHT Fernleaf berperisa coklat di peti ais. Sebabnya cik en sejenis suka makan malam dan dengan pengambilan susu mampu mengelakkan cik en makan makanan yang berat di malam hari selain dapat membantu cik en mudah tidur. Ini juga yang cik en amalkan apabila mengalami insomnia beberapa tahun lepas. Walaupun cik en dah bebas dari insomnia tapi cik en dah menjadi habit mengamalkan minum susu sebelum tidur. 

Bercerita mengenai produk Fernleaf cik en nak kongsi dengan korang kenapa cik en memilih produk Fernleaf berbanding jenama susu yang lain. 

Lembu Bebas Meragut Punca Susu Fernleaf 100% Mmmmm




Di Malaysia, lembu tenusu kebanyakan di ternak secara fidlot (makan tanggung) kerana kawasan meragut sangat terhad. Ladang yang cik en tahu lembunya meragut secara semulajadi hanya di Kundasang tapi masih tak mencapai piawaian yang sebenar. Menjadi angan angan satu hari nanti, cik en untuk ke New Zealand untuk melihat sendiri ladang ternakan lembu tenusu yang dikatakan antara negara pengeluar susu terbaik di dunia. Cik en sangat berminat untuk mengetahui teknik dan penjagaan lembu tenusu di sana untuk membuat perbandingan antara lembu di sana dan disini secara "real"

Kenapa cik en memilih nak kek New Zealand? Ini kerana disanalah ada FernleafFernleaf 100% Mmmmm adalah satu jenama susu yang sangat dipercayai di Malaysia. Mereka mengusahakan ladang secara semulajadi iaitu memberi kebebasan kepada lembu tenusu ini untuk meragut di padang rumput yang subur. Tanah di New Zealand sangat subur dengan kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang mencukupi. 

Apabila cukup semuanya, rumput yang tumbuh secara semulajadi dan berkualiti tinggi ,seperti kita tahu, makanan yang baik akan menghasilkan susu yang terbaik. Lembu yang dibiarkan meragut secara bebas sebenarnya membantu lembu tenusu ini dari tidak stress. Untuk pengetahuan korang, lembu tenusu mudah stress dan ianya akan mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu tersebut.

Dengan lebih 140 tahun pengalaman dalam perladangan lembu tenusu ini dan digelar Pakar Tenusu,  penternak akan memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula perkara asas seperti air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk dikeluarkan kepada pengguna.



Susu UHT Fernleaf dikeluarkan dengan 3 perisa yang sedap dan 100% Mmmmm iaitu Full Cream, Low Fat dan Chocolate. Sebenarnya kita mampu kekal sihat, aktif dan bertenaga sepanjang hari jika kita boleh memilih susu yang mempunyai protein, vitamin A dan Vitamin D berkualiti tinggi. Dimana nak dapatkannya? semestinya dengan FERNLEAF
5

Servis Penghantaran Bunga Di Perak Mudah Dengan Flower Chimp

Servis Penghantaran Bunga Di Perak Mudah Dengan Flower Chimp | " Susahnya nak mencari Servis Penghantaran Bunga Di Perak ini ! Aku pernah cuba satu servis ini tapi bunganya sampai layu, kena caj pula penghantaran pastu bunga tak banyak pilihan". "Aku pula, lepas settle banking duit, hilang ntah kemana. Memang la tak banyak nilainya tapi dah serik la nak cari Servis Penghantaran Bunga Di Perak ini". Cik en! Oh Cik en! mana nak cari Servis Penghantaran Bunga Di Perak yang dipercayai, banyak pilihan, bunga sampai segar dan percuma penghantaran eh? Itu antara keluhan kawan kawan group whatsapp cik en. Cik en yang duduk di Perak ini selalu jadi bahan rujukan dan kebetulan cik en tahu satu Servis Penghantaran Bunga Di Perak yang boleh dipercayai dan memenuhi kehendak cerewet kawan kawan cik en itu. Servis Penghantaran Bunga Di Perak cik en recommended semestinya Flower Chimp.


Servis Penghantaran Bunga Di Perak

Flower Chimp ini merupakan Kedai Bunga Atas Talian (Online Florist) di Malaysia yang menyediakan Servis Penghantaran Bunga. Cik en pernah story sebelum ini kat entri Servis Penghantaran Bunga di Seluruh Malaysia . Mereka akan menghantar bunga segar di seluruh Malaysia semestinya di Perak juga secara percuma dan andai kata korang urgent sangat nak buat penghantaran bunga contohnya terlupa hari ini hari aniversary, Flower Chimp boleh uruskan servis penghantaran bunga yang dipilih tapi perlu buat tempahan sebelum 1 tengah hari. Mereka juga sangat komited dengan " Jaminan Flower Chimp " yang memastikan bunga di hantar dalam keadaan segar dan berkualiti tinggi tapi dengan harga yang berpatutan. Flower Chimp juga adalah satu jenama yang sangat dipercayai dan kerana itu setiap pengusaha yang bekerjasama dengan mereka mempunyai sikap yang sangat berdidikasi dan mesra. Selain di Malaysia, mereka boleh juga buat servis penghantaran bunga di Indonesia dan Filipina. Akan datang akan buat di Singapura pula. Singapura dah launch baru baru ini.



Apa yang cik en suka dengan Flower Chimp ini, mereka banyak bagi idea dan tips tips berguna selain Servis Penghantaran Bunga. Andai la kata korang yang dah lupa hari ini anniversary dan nak kejarkan tempahan sebelum pukul 1 Petang mesti blur nak pilih bunga mana yang sesuai kan. Tapi dengan Flower Chimp ini, mereka dah siap siap listkan mengikut kategori seperti Anniversary. Kalau jenis nak beli ikut budget pun ada. Korang boleh pilih Budget Bawah RM100


Selain dari itu, andai kata korang dah kering idea nak bagi kata ucapan yang sesuai, korang boleh cuba pilih ayat sesuai di Idea Kata Kata Ucapan. Kalau pasangan korang kata "Sayang pula bunga ini dibiarkan layu "korang boleh baca tips penjagaan bunga di Tips Penjagaan dan kongsi dengan pasangan korang. Masa itu mesti pasangan korang rasa bangga dengan kepintaran korang ( walaupun korang cedok tips dari Flower Chimp. ahahahhah Kalau korang nak tahu lagi yang lain lain korang go thru sendiri website Flower Chimp . 

Disebabkan korang sentiasa setia membaca blog www.nurfuzie.com ini, cik en nak bagi reward untuk korang yang nak cuba atau repeat menggunakan Servis Penghantaran Bunga di Flower Chimp ini. Korang boleh dapatkan diskaun 15% tanpa minimun pembelian dengan menggunakan code

Eintan15 

semasa pembelian. Bayangkan kalau bunga bernilai RM100, korang dapat diskaun RM15 dan hanya bayar RM85 sahaja. Boleh add on lain tu. Hahhahah. 

Kalau sesiapa tak tahu menggunakan diskaun code tu boleh baca di SINI dan syarat syarat penggunaannya seperti di bawah 
  1. Potongan harga sebanyak 15% di seluruh platform di https://www.flowerchimp.com/ perbelanjaan minima 
  2. Baucar hanya boleh digunakan sekali bagi setiap pesanan. 
  3. Baucar adalah terhad kepada sekali penebusan bagi seorang pengguna. 
  4. Kod baucar tidak boleh digabungkan dengan promosi lain. 
  5. Tiada pemulangan atau ganti rugi berbentuk tunai bagi potongan harga yang diberi. 
  6. Kod baucar sah dalam tempoh 3 bulan selepas ulasan diterbitkan
Flower Chimp 

Website : www.flowechimp.com
Facebook : https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram : https://www.instagram.com/flowerchimp
2

Kedai Repair Handphone di Ipoh

Kedai Repair Handphone Di Ipoh | Sebenarnya ianya dalah kebetulan cik en repair handphone kat situ. Asalnya cik en mencari kedai kamera untuk beli kamera yang cik en wishlist untuk tahun ini. Diakui susah nak cari kedai menjual kamera di Ipoh ini. Last cik en jumpa jumpa di area Meru Ipoh. Lepas tempah cik en perasan ada kedai repair handphone berdekatan kedai jual kamera tadi. Cik en masuk dan ter tukar cover belakang Samsung S7 Edge cik en ini. Kiranya ini Kedai repair Handphone di Ipoh pertama cik en masuk walaupun dulu pernah stay kat Ipoh masa bElajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh. | Kedai Repair Handphone Di Ipoh 

Kedai Repair Handphone Di Ipoh
Kedai Repair Handphone Di Ipoh

Kedai Repair Handphone Di Ipoh 

Kedai Repair Handphone Di Ipoh yang cik en maksudkan ialah FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist di Meru Ipoh. Kedai ini kedai Melayu dan mereka gunakan konsep Face To Face. Servis yang mereka sediakan hardware dan software. 

Cik en asalnya tak kisah pasal retak di belakang Samsung S7 Edge cik en ini. Sebabnya cik en pakai cover belakang untuk sembunyikan tapi dah alang alang dah masuk ialah FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist terus tanya berapa untuk tukar. Harga asal RM150 dan dia bagi diskaun RM130. Bagi cik en ok la kot sebab ada yang cik en tanya sampai RM 250 dan perlu tinggal. Yang ini murah sikit dan buat secara face to face. Tak sampai 10 minit settle tukar. 





Kalau korang tercari Kedai Repair Handphone Di Ipoh boleh la mencuba FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist ini. Ini detail social media mereka 

Alamat : 12, Jalan Meru Bestari A4, Medan Meru Bestari 
Ipoh, Perak 30020
Phone : 012-237 7355
2

Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut

Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut  | Sakit lutut ni bukan saja pada orang tua saja tapi pada orang muda macam cik en juga. Mana yang tak kenali cik en, cik en seorang pembantu veterinar yang bertugas di bahagian teknikal seperti rawatan haiwan ternakan di luar dan haiwan kesayangan di klinik. Kalau di luar tak kira staf lelaki atau perempuan kerja kami jadi setara. Kalau kandang yang jauh ke dalam ladang atau berbukit bukit sehingga tak boleh bawa pajero, kami terpaksa berjalan kaki sambil bawa barangan rawatan . Andai kata kerja di bahagian klinik haiwan kesayangan pula, bila sampai waktu sibuk, mesti terkejar kejar sehingga tak sempat nak duduk sehingga waktu rehat. Masa ini la cik en akan mula rasa sakit lutut. Masa itu cik en cuba cari Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut di google. Semua nampaknya tak berkesan sampailah cik en jumpa Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut dengan Biobax Cool Therapy

Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut
Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut 

Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut 


Banyak yang suggest cik en makan supplemen tapi biasalah cik en ini, selalu lupa dan bila sampai sakit lutut menyerang, cik en akan stop pekerjaan cik en tapi customer tetap ada menunggu cik en. Semakin lama semakin ramai dan rawatan terpantas 5 minit boleh cik en buat adalah spray Biobax disekeliling lutut dan urut perlahan lahan.


Mulanya cik en nak guna semasa sakit saja tapi bila ianya mudah dengan spray, cik en mula konsisten spray 3 kali sehari sehingga beberapa minggu. Lani ini dah tak kerap sakit lutut macam dulu. Selain itu kalau tengah sengal sengal belakang, cik en try spray gak. Lega terus. Bagus pula Biobax ini rupanya. Bukan lutut je, tapi sengal sengal pinggang dan leher ni pun boleh rupanya. Bila cik en baca balik rupanya memang banyak kegunaan Biobax ini selain sakit lutut. 

Lagipun cik en suka pakai Biobax sebabkan bau dia tak seperti spray lutut macam bersukan tu yang panas. Biobax ini cool therapy jadi sejuk je bila pakai. Bau dia pula wangi dan segar. Customer tak perasan pun yang cik en pakai dan ada yang berhidung kembang (hahahha) tegur wanginya bau. 

Cik en spray dan kejap saja meresap tau dalam kulit. Ianya disebabkan Biobax menggunakan Nano Technology yang mudah meresap kedalam kulit untuk memberi kesan segera. Tak juga berminyak dan melekit pada tangan selepas urut disekeliling lutut.


Lagi satu yang cik en suka, ianya kecil dan senang masuk dalam handbag cik en. Kalau bawa mak abah cik en jalan jalan di Mall, selalunya mereka akan berhenti sebab sakit lutut. Terus saja cik en bagi mereka satu das spray Biobax. Tak sampai 5 minit terus shopping balik mereka. Hahahaha


So cik en recommended sangat untuk korang yang masih tercari cari Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut  ini. Korang amalkan gunakan Biobax 3 kali sehari selama 2 minggu. Insyallah masalah sakit lutut itu akan beransur pulih. 


Biobax ini ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor KKM NOT170503687K dan halal kerana menggunakan bahan utama Habbatussauda, Minyak Zaitun dan Minyak Kayu Putih.

Biobax Sesuai sangat la untuk golongan orang tua, golongan obesiti, aktif bersukan, selalu angkat barangan berat, ibu ibu hamil, golongan pekerja yang selalu sakit belakang sebab duduk terlalu lama dan mengalami lemah otot peha. 

Korang yang berminat dapatkan Biobax boleh dapatkan di www.biobax.my/product/biobax dan sekarang ini, korang boleh dapat diskaun RM20 untuk pembelian 2 botol dengan masukkan kod kupon "RM20" di ruangan disediakan bila dah pilih untuk beli 2 unit Biobax.
5

Foundation Terbaik Dari ALARA Beauty Buat Cik En Cantik Macam Ayu Raudhah

Foundation Terbaik ALARA Beauty Buat Cik En Cantik Macam Ayu Raudhah | Tiberrrrr.. Asal jadi macam Ayu Raudhah ini? Hahahahha. Sebabnya ada kata cik en macam Ayu Raudhah bila mekap menggunakan Foundation Alara Beauty. Iye ke? Hahahhaha. Nak nampak cantik ini, korang kena tahu ilmu mekap seperti kenali masalah kulit, jenis kulit, pemilihan foundation terbaik macam Foundation ALARA  Beauty yang sesuai dengan warna kulit wanita dan gadis Melayu dan lain lain lagi. Bila dah ada semua itu barulah korang boleh jadi Ayu Raudhah ke, Che Ta ke, Misha Omar ke atau ikon paling meletop Sajat ke. Hahahaha. 

Foundation Terbaik Dari ALARA Beauty Buat Cik En Cantik Macam Ayu Raudhah

Disebabkan itu la, cik en ambil tips dari Mua Perak Arina Afiqah dan pemilik D'wafa Care Spa Ida Ruhaida minggu lepas. Masalah cik en satu saja bila memilih foundation ini. Warna yang tepat dengan warna kulit cik en ini. Tapi bila ditanya dengan sifu berdua ini, mereka suggestkan foundation terbaik adalah Foundation ALARA  Beauty ini. 

Foundation Terbaik Dari ALARA Beauty
Foundation Terbaik Dari ALARA Beauty 

Masa itu caya tak caya juga la, nama tak pernah dengar pon Foundation ALARA  Beauty ini. Tahu Si Lara anak si Scha Al Yahya dan Awal je. Betul ke Foundation Alara Beauty ini ngam dengan warna kulit cik en ini da foundation terbaik . Dah la ada satu je cod iaitu medium . Kang salah kang muka macam pelakon Opera Cina pula. 

Foundation Terbaik Dari ALARA Beauty



Jadi eksperimen pun bermula dengan foundation terbaik dari Foundation ALARA  Beauty dan Ida ada buat live di Page ALARA Beauty . Dan hasilnya 


Ada nampak macam Ayu Raudhah tak? Jangan nak nampak macam Sajat pulak ye. Cubit nanti. Hahahaha. Dengan menggunakan foundation terbaik dari Foundation ALARA  Beauty mampu jadikan cik en dari pandangan orang sebagai Ayu Raudhah

Sedikit info mengenai ALARA Beauty ini. ALARA Beauty ini keluarkan Exclusive Set yang mana ada foundation terbaik Foundation Alara (NOT180204677K) dan Cleanser + Makeup Remover (NOT180204676K) dalam satu kotak. Selalunya jual Foundation atau bedak asas je kan? Keluar duit lagi nak beli Cleanser atau Makeup Remover. Dengan pembelian Exclusive Set ALARA Beauty ini, korang dapat kedua dua dengan harga jimat. 


Foundation terbaik ALARA Beauty ini adalah foundation terbaik untuk full coverage yang menjadikan kulit korang licin dan berseri seri macam retis. Hahahha. Membasmi kulit berminyak dan menjadikan kulit wajah segar sepanjang hari. Selain itu foundation Mesra Wudhuk


Keistimewaanya Foundation ALARA Beauty 
  1. Pengganti Bedak Compact
  2. Solekan tahan lebih lama
  3. Kulit jadi cerah dan gebu 
  4. Mesra Wudhuk / solat
  5. Hanya ada 1 kod warna yang sesuai dengan tona kulit wajah wanita dan gadis Melayu

Pembersih muka + Makeup Remover ALARA Beauty
  1. Menanggalkan kotoran dan seimbangkan minyak, memulihkan kulit dari jerawat dan jeragat
  2. Mampu menegangkan, mencerahkan dan membantu memulihkan sel sel dan aktifkan pertumbuhan kolagen pada kulit

Untuk dapatkan produk ini, korang tak yah nak email ke, pm ke, komen kat sini, korang boleh dapatkan di 

ALARA Beauty
No 15,1st floor , Jalan PPMP 3/1 , Pusat Perniagaan Manjung Point 3
Seri Manjung 32040
No Telefon : 0164276939 / 01126516134 / 0174460449

Harga : RM 129.00 (SM) / RM 139.00 (SS)
Tapi sekarang ini ada harga pedih ulu hati RM 78.00 termasuk postage. Cepat grab sebelum harganya kembali kepada asal.

Kesan penggunaan bergantung kepada kulit masing masing. Jika berlaku alahan, radangan dak ketidakselasaan, sila berhenti serta merta. 
13