Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Review

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Kitsui Review : Kekal Bertenaga Dan Kurus Dengan Coco XsLite

Kitsui Review : Kekal Bertenaga Dan Kurus Dengan Coco XsLite | Cik en sebenarnya dah lama nak menurunkan berat badan memandangkan usia semakin meningkat ini. Demi menjaga kesihatan dalaman dan luaran, cik en terpaksa mencari satu superfood yang mana mampu memberi tenaga dan dalam masa yang sama dapat membantu cik en mengawal berat badan. Lifestyle cik en yang sibuk di pejabat dan rumah buat cik en sentiasa penat dan akan bermula craving makanan dan minuman yang dapat mengurangkan stress. Aturan makan yang tidak teratur juga membuat berat badan cik en naik dan stamina mula mengurang. Sampailah cik en diperkenalkan dengan satu minuman campuran botani daripada Kitsui. Minuman campuran Coco, L-Carnitine dan Konjac ini adalah Coco XsLite Dari Kitsui | Kitsui untuk kurus | Kitsui Untuk Kurus Review

Kitsui Review
1

Upin Ipin | Keris Siamang Tunggal

Upin Ipin | Keris Siamang Tunggal | Semestinya sekarang, ramai adik adik dan juga peminat cerita animasi Malaysia menonton animasi Upin Ipin yang dikeluarkan di Astro First bermula 3 Disember 2020. Dengan bayaran RM 15.90 korang boleh menyaksikan animasi ini selama 2 hari. Filem ini berdurasi 1 jam setengah dan dikeluarkan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Lebam la tengok selama 2 hari. Cik en sendiri rasanya lebih 5 kali melayan filem ini. Hahhaha. Anyway jarang untuk cik en untuk review filem tapi disebabkan cik en antara peminat anime atau kartun ini, cik en terpanggil nak mengulas mengenai animasi keluaran Malaysia iaitu Upin Ipin dalam siri Keris Siamang Tunggal. 

2

Mister Coffee Halal Ke? Baca Review Ini

Mister Coffee Halal Ke? Baca Review Ini | Dulu cik en seorang peminat kopi dan selepas cik en ada masalah dengan waktu tidur cik en mula kurangkan mengambil kafein dan semestinya cik en pun kena melepaskan tittle peminat kopi. Sampai la cik en  mula semakin okey dan cik en boleh perlahan lahan mengambil kopi semula. Dalam mencari kopi yang terbaik, cik en perasan ada satu jenama kopi yang jarang cik en dengar tapi mempunyai variasi kopi yang banyak iaitu Mister Coffee. Satu sahaja di fikiran cik en, Halal ke tak Mister Coffee ini? Sebagai blogger, cik en akan research dahulu produk yang cik en nak cuba disebabkan kebanyakannya cik en akan kongsi dengan pembaca. | Mister Coffee Halal Ke? Baca Review Ini



5

Dua Gifts Collection Yang Patut Dikumpul Atau Dijadikan Hadiah Istimewa

Dua Gifts Collection Yang Patut Dikumpul Atau Dijadikan Hadiah Istimewa | Kadang kadang cik en suka collection seperti notebook, keychain dan lain lain tapi cik en lebih suka nampak unik. Koleksi seperti anime, abstrak selalunya nampak biasa bagi cik en. jadi cik en cuba mencari koleksi yang nampak simple tapi unik. Sehinggalah cik en tahu mengenai Dua Gifts. Uniknya koleksi dari Dua gifts ini adalah Dua Gifts menerapkan elemen islamik yang jarang cik en jumpa. Selain dijadikan koleksi, sangat sesuai kalau nak dibuat hadiah untuk yang tersayang. Disebakan boleh personalise, nama atau apa apa perkataan boleh dicetak di atas notebook.  Nampak eksklusif dan cantik kan? | Dua Gifts Collection Yang Patut Dikumpul Atau Dijadikan Hadiah Istimewa

0

Cara Pantas Hilangkan Gatal Dengan Daun Gelenggang

Cara Pantas Hilangkan Gatal Dengan Daun Gelenggang | Daun gelenggang digunakan oleh orang tua dulu dulu dalam menyelesaikan masalah kulit. Khasiat daun ini menghilangkan kegatalan akibat gigitan serangga atau jangkitan parasit. Ianya bertindak sebagai agen bakteria yang sangat baik dan memberi khasiat pada kulit. Ciri daun ini yang antiseptic digunakan untuk penghasilan sabun kerana ianya mampu mengeluarkan buih dan merawat kulit. Sabun daripada daun gelenggang ini akan melembutkan lapisan epidermis dan sekaligus dapat membunuh kuman yang terdapat pada kulit. Tapi dimana dan jenama apa yang dipercayai yang mengeluarkan set daun gelenggang ini untuk mengatasi masalah kulit? Semestinya Glow Gelenggang la | Cara Pantas Hilangkan Gatal Dengan Daun Gelenggang

5

Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En

Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En | Lama juga cik en peram review ini sebab kekangan cik en untuk selesaikan task yang lebih urgent. Yang mana mengikuti cik en di media sosial facebook, mungkin perasan yang cik en pernah mencuba cat litter jenis tofu. Ini disebabkan pengaruh rakan PR cik en Criz Lai semasa bercuti di Ipoh bulan lepas. Seminggu selepas itu, cik en order melalui platform Shoppe Premium Super Clumping Natural Cat Litter Tofu 6L dengan harga RM13.00. Cik en memilih flavour Lavender. So cik en nak bagi Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En


2

PG Mall | Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik

PG Mall | Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik | Korang kaki shopping? lagi lagi shopping online atau membelah beli atas talian. Mesti banyak apps yang korang dah download kan? Korang ada download apps PG Mall ? Tak ada? Rugilah, sebabnya dengar cerita dah ramai yang gunakan PG Mall untuk shopping online. Cik en pun pada awalnya tak tahu juga. Hahahah. Apabila semua cerita pasal PG Mall ini, cik en terus google dan rupanya PG Mall ini platform untuk kita shopping online. | PG Mall | Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik


3

The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan

The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan | Cik en seorang yang suka bercuti. Ada trip bercuti cik en yang memenatkan seperti explore satu satu kawasan. Kepuasan itu ada sebab cik en boleh melihat tempat orang tapi dalam masa yang sama, cik en perlukan percutian yang mendamai, releks dan tenang. That why, cik en mencari cari tempat percutian yang tidak terlalu jauh dan sangat releks selepas Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid19. Cik en survey dan cik en ada satu tempat yang tidak terlalu jauh dan persekitarannya sangat mendamaikan. Tempat tersebut adalah The Haven All Suite Resort, Ipoh Perak. Dengan konsep semulajadi atau nature menjadikan pecutian korang tenang bersama keluarga tersayang. | The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan


1

Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)

Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA) | Biasa dengar Hyaluronic Acid atau HA? Mesti korang biasa dengar jika korang pencinta kecantikan atau beauty lover. Ianya merupakan kandungan yang membantu melembabkan dan anti penuaan pada kulit wajah. Itu juga la fungsi Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini tapi Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini menggunakan 8 jenis HA dan ekstrak bahan aktif semulajadi bagi membantu kulit menyerap air dan menjadikan kulit lembab untuk jangka masa yang lama sehingga 72 jam dengan satu mask sahaja | Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)


0

Imbz Aquagenius Coldmed Mask Dari Air Mata?

Imbz Aquagenius Coldmed Mask Dari Air Mata? | Lain macam mask yang cik en nak review kali ini kan? Mask cik en ini kali ini guna air mata siapa pula. Macam cerita Puteri Gunung Ledang pula, air mata setempayan. Jenuh la nak mencari orang menangis. hahahaha. Tidak la sampai nak mencari air mata manusia. Dengan menggunakan teknologi terkini, Imbz Aquagenius Coldmed Mask merupakan mask pertama di dunia meniru kesan air mata untuk kebaikan kepada kulit muka. | Imbz Aquagenius Coldmed Mask Dari Air Mata?

1

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai | Makan dalam sungai? Atau makan atas sungai? Kalau dalam sungai, blup blup la kan? Hahahhahaha. Mesti korang pernah melihat di media sosial konsep makan dalam sungai menjadi trend terbaru di Malaysia. Dikatakan mengambil idea di Thailand. Di Malaysia ada hampir lebih 20 lokasi makan dalam sungai. Antara yang popular adalah BBQ Lamb KL Kemenseh, Castella Cafe Grik, Rimba Cafe Baling dan yang terbaru tular di media seluruh Perak La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak. Kesempatan cik en ke Ipoh minggu lepas, cik en dan bersama rakan rakan cik en, Criz Lai, Tan See Wah, Lia Hasty dan Nazrul mencuba La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai


2

Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini

Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini | Semenjak Covid19, cik en jarang sangat nak masuk mall besar sebab rasa renyah nak berdiri lelama. Lepas cik en support team RS Manjung derma darah di Aeon Seri Manjung dan nampak dah tak perlu beratur panjang, so cik en cuci mata sambil beli barang dapur di Aeon minggu lepas. Dah lama tak window shopping, cik en berjalan setiap baris rak dan sampai tempat wangi wangian. Hahahha. Cik en suka part ini dan terbeli satu benda ini sebab nak letak dalam kereta. Malam cik en letak dan esoknya cik en masuk kereta, baunya macam kereta baru weiii.. Semangat terus nak pergi kerja. Hahahah | Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini

3

Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim

Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim | Bahagian intim korang sangat unik dan memerlukan penjagaan yang khas. Bukannya korang boleh guna sebarang sabun untuk mencuci. Cik en sendiri akan gunakan pencuci intim yang serasi dan sesuai. Ada juga kata, kenapa perlu nak gunakan sedangkan di bahagian itu ada bakteria yang baik untuk melawan bakteria jahat. Korang kena faham juga, kadang kadang kita perlu menggunakan pencuci intim seperti yang mempunyai masalah period, yang selalu travel lama sehingga jarang bertukar seluar dalam, bersama dengan suami, masalah keputihan dan lain lain lagi. Jadi cik en akan memilih pencuci intim yang dipercayai dan kali ini cik en nak kongsi dengan korang cik en menggunakan pencuci intim Rahsia Puteri keluaran Pro Care. | Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim



0

Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG

Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG | Excitednya nak masuk rumah baru. Sementara nak siapkan apa yang patut, cik en dah mula survey barangan rumah. Ruang yang paling cik en suka adalah bilik tidur, diatas katil dan mempunyai bantal yang empuk untuk memastikan cik en dapatkan rehat yang berkualiti. Bantal adalah item rahsia bagi memastikan tidur yang berkualiti. Semua orang kena pastikan memiliki bantal yang sesuai sebabnya bantal yang terbaik sangat penting untuk memastikan keselesaan dan menyokong tidur malam yang lebih nyenyak. Selalunya bantal yang terbaik adalah bantal hotel, so cik en kenalah mencari bantal hotel kan? Sebab bantal hotel ini bila letak saja kepala terus lena dibuai mimpi. Kebetulan memang nak buat tema bilik hotel nanti untuk bilik tidur cik en. Survey punya survey cik en dapat tahu Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG. Banyak betul feedback positif. So cik en decide untuk mencuba jenama DAG ini.

Beli Bantal Hotel Online di DAS Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG


Apa yang cik en suka, cik en boleh beli secara online dan dalam laman web DAG - Bantal Hotel 7 Bintang  ini, mereka listkan detail lengkap setiap jenis bantal. Ada 8 jenis bantal tapi disebabkan cik en lebih sukakan bantal tak terlalu lembut dan tak terlalu keras, cik en memilih H-Class Classic yang mana memang top selling kat DAG ini. So lepas pilih cik en hanya letakkan detail untuk seller contact cik en



Anyway tak sampai 24 jam, akan dapat info dari HQ DAG yang mana akan detail kita akan diberi kepada seller yang berhampiran. Nak tunggu seller hubungi cik en tak lama, around 3 jam selepas itu. Memang tip tip la services DAG ini. So seller yang cik en dapat Kak Shida dari Taiping. Selesai urusan pembayaran dan beri detail penghantaran cik en menunggu dengan penuh sabar. Disebabkan cik en order hari minggu, cik en kena tunggu 2 hari dan bila sampai so excited sangat. Terus pakai malam itu. So cik en nak sharing la pe bestnya batal jenis H-Class Classic ini.



Walaupun H-Class Classic ini hanyalah koleksi bantal 4 bintang tapi nak dibandingkan dengan harga dan kualiti dia memang sangat berbaloi untuk dibeli. Cirinya 
  • Pejal 30%
  • Ketahanan 40%
  • Gebu 40%


Bantal H-Class Classic ini sangat sesuai untuk yang ada masalah asma sebab ianya tidak berdebu dan anti alergik. Kelembutan bantal H-Class Classic ini sehingga 40% dengan menggunakan bahan yang empuk. Ianya sangat sesuai untu tekstur kepala dan bahu. Selalunya cik en akan sakit bahu tapi lepas pakai bantal H-Class Classic ini, bangun pagi dah tak sengal macam selalu. Yang penting sangat selesa dan tak panas walaupun bilik cik en sekarang tak ada pengahwa dingin. 



Disebabkan masih baru, cik en belum lagi basuh tapi selalunya kalau bantal hotel ini mudah dicuci dan dijaga. That why kenapa cik en memilih bantal taraf hotel. Bantal hotel ini tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik. Dan paling best, ianya boleh dibasuh guna mesin basuh saja. Mudah sangat kan?

Berapa harga Bantal H-Class Classic? So far harga dia mampu milik sangat. Satu RM45.30. Tapi disebabkan masa cik en order ada promotion, cik en beli 2 biji bantal dengan harga RM90. Mulanya macam nak pergi ambil di Taiping tapi sebab agak sibuk, cik en minta untuk postage dengan tambahan RM10. Total RM100 untuk 2 biji bantal hotel. Jimat sangat dah cik en rasa, 


Kalau korang berminat nak dapatkan Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG ini boleh dapatkan info di 








2

Wedding Flower Arrangement: How to Find the Best One? – Little Flower Hut

Wedding Flower Arrangement: How to Find the Best One? – Little Flower Hut | Choosing a flower arrangement for your wedding can be very tough. Anyone surely wants the best for their wedding and make it perfect. This is one of the most memorable moments that deserve great attention no wonder why you have to do the preparation as early as possible. Looking for wedding flowers should not be that stressful knowing that you’ll have plenty of options to choose from. It is not about the cost that matters but on how you will blend the flowers in order to come up with a stunning arrangement. | Wedding Flower Arrangement: How to Find the Best One? – Little Flower Hut 

Wedding Flower Arrangement: How to Find the Best One? – Little Flower Hut
Wedding Flower Arrangement: How to Find the Best One? – Little Flower Hut 

Guide to Choosing A Wedding Flower Arrangement 


There are different types of bridal and wedding flowers that florists can offer. You have to spend time comparing your options if you want to be assured that you’ll have the best one for your wedding. Listed below are some tips that could help you make the right choice of wedding flower arrangement. 

  • It is just normal for you to be choosy however it doesn’t mean that you’ll have to go for expensive blooms. Try to mix and match different flowers for an elegant arrangement. 
  • With the fact that you are not aware of all the flowers that you can possibly use for your wedding, it can be a good idea if you will get help from your florist. 
  • Choose an affordable flower arrangement that already shows beauty and style. A professional florist can make a stunning arrangement even by using simple or common types of flowers. You can have seasonal flowers for the arrangement to save money. 
  • If you want to have an idea about the different flower arrangements for weddings, then you can look for pictures online for you to know what to expect. This will help you find an arrangement that suits your wedding.


It can be very exciting for soon-to-be-couple to choose for their bridal flowers. The internet makes it easier for them to find what they are looking for with the numerous numbers of florists online. No need to deal with the hassle of going to a flower shop to check the variety of flowers they offer because you can simply go online and visit the website of a florist. The availability of florists online doesn’t only offer you an easy way to order wedding flowers but this is also a way for you to save money by comparing the costs of flowers from different florists.
1

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane | Merasa juga la muka di make up bagaikan majlis perkahwinan. hahahahah. Anyway cik en jarang di make up oleh Make Up Artist (MUA). Rasanya seingat cik en baru 3 kali dan kali ini yang ke 4. Disebabkan cik en nak buat photoshoot so kena juga la make up sikit. So cik en pun Mencari MUA Manjung. Tapi biasalah cik en bukan tahu sangat sampailah Kak Julia Alisya suggestkan seorang MUA dan dalam masa yang sama cik en dan kak Julia photoshoot bersama. So Kak Julia suggestkan Janna Jane yang mana sebelum ini beliau pernah make up kan kak Julia. Simple make up tapi cik en sangat selesa dapat servis dari beliau. So kalau korang Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane ini. 

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane 


Janna Jane ini dulu MUA Terengganu. Dapat rezeki kembali ke negeri sendiri, so beliau dan suami kembali ke Manjung kalau tak silap cik en around 5 atau 6 bulan lepas. So selepas berehat lama, beliau nak kembali untuk aktif semula. So bila cik en tengok hasil make up dia. cik en rasa memang patut pun cik en review servis dia. Anyway Janna Jane ini sangat friendly. So rasa tak kekok bila bersembang. 

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane
Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane

Apa yang lagi cik en suka, beliau tanya dulu apa yang make up cik en. Disebabkan ini phooshoot pertama cik en, so cik en tak ada kenakan tema apa apa pun tapi biar nampak runcing muka dan sesuai dengan pakaian yang cik en pakai. Anyway cik en tak suka heavy make up tapi bila melibatkan photoshoot, kena lebih sedikit heavy sebab pencahayaan warna putih akan buat muka pucat kalau terlalu light make up tu. 

Mencari MUA Manjung
Mencari MUA Manjung

Dari hasil make up cik en suka cara beliau punya eyeshadow. Mungkin ramai suka jenis soket atau smokey tapi cik en kurang berminat kalau ianya bukan majlis yang glam. Ia cuma untuk phototshoot untuk profile cik en dan blog www.nurfuzie.com cukuplah ia simple eyeshadow. Begitu juga dengan bulu mata. Beliau gunakan gam warna hitam so nampak lebih natural tak la nampak line putih tu kan.

MUA Manjung

Selain cik en, Janna Jane make up Kak Julia juga, So beliau tak ambil masa yang lama sebab kami pun tak ada masalah muka yang memerlukan correction lebih. Huhuhuhu

MUA Manjung
MUA Manjung

Anyway Janna Jane ni pemalu sangat bila cik en nak snap gambar beliau. Dia asyik pakai mask beliau je macamni

MUA Janna Jane Manjung
MUA Janna Jane Manjung

So kalau korang nak nak tengok wajahnya dan mungkin nak bertanya pakej make up beliau bolehlah ke Instagram dan facebook beliau atau terus whatsapp


Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane
11

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources | Minggu lepas, cik en ada event dan dalam masa yang sama kad bisnes habis. Cik en ada masa seminggu untuk tempah sebabnya kalau tak ada bisnes kad, camne cik en nak perkenalkan diri kepada client. Kalau buat sebutan cik en akan ada repat ceyen, CN dan macam macam sebutan. Kalau ada bisnes kad ini, senang client nak pronounce nama cik en. Korang yang biasa baca perkataan cik en mungkin tak ada masalah tapi yang tak biasa dah macam berbelit lidah cik en tengok. Hahahha. So cik en memang mencari yang boleh buat Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti. Dok la cari ramai suggest Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources. Hurm, boleh ke disiapkan dalam masa kurang seminggu ini?

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources
Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources


Cik en tak ada idea nak design kad bisnes so cik en serahkan design pada BG Design Resources cuma cik en beritahu guide dan corak serta warna cik en nak. So far BG Design Resources sangat sabar melayan cik en yang cerewet dalam design ini sebab cik en memang suka design sendiri dan suka yang lain dari yang lain. Cuma kekangan masa buat cik en tak leh nak mencari idea bernas dan havoc untuk kad sendiri. Rasanya lebih 5 kali, BG Design Resources kena adjust ikut kehendak cik en. Nampak tak betapa cerewetnya cik en. Hahahha.. 


Design ambil masa 2 hari juga bermula ahad. So Isnin baru siap design dan BG Design Resources beritahu ambil masa 1 hingga 2 hari untuk proses. Postage ambil masa 1 hingga 2 hari juga. Cik en tunggu sampai hari Khamis, masih tak sampai. Cik en berharap Jumaat sampai la kad bisnes cik en itu. Sebab Sabtu dah nak ke Penang ada event. 


Sampai hari Jumaat, tadaaaaa... sampai dah kad bisnes cik en. Masa itu duk fikir kalau siap cepat cepat ini kualiti dia ok ke. Cik en memilih jenis glossy. Sampai saja terus cik en tengok material. Memang kualiti. Cantik dengan glossy dan pemilihan background hitam bercorak. 

Anyway cik en nak share dengan korang satu kisah. Tapi jangan cerita kat orang. Kalau tak tahan nak cerita suruh dia baca entri ini tau. Huhuhu. Cik en masukkan lebih kurang 15 keping kad bisnes dalam poket seluar masa event Expo Taiwan 2019 sebab senang nak bagi pada kawan kawan dan client baru. Habis event dan keesokkan harinya, cik en pergi mesin basuh layan diri (mesin basuh kat rumah dah rosak) dan terbasuh sekali dalam mesin basuh dan pengering. Masa itu dah risau, habislah kad bisnes aku ini. hahahah. Hancurlah kan, Tapii, bila tengok balik kad bisnes itu jadi camni



Hahhaha, nampak steady lagi kan? Tak kembang pun, tak rosak teruk cuma hujung itu je terkopek sikit. So terbuktilah yang Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources. Kalau korang nak tempah boleh la ke

Image may contain: text

Telefon / Whatsapp : 010-7950473

Selain daripada bisnes kad, banyak lagi BG Design Resources boleh buat seperti sampul duit raya, servis website, flyer, kalender, sticker dan lain lain lain lagi. Kalau nak tau lebih lanjut pergi je la facebook dan instagram dorang okey
10

Koleksi Gambar Menarik TeddyVille Museum Penang

Koleksi Gambar Menarik TeddyVille Museum Penang  | Siapa tahu yang di Malaysia ini ada Muzium Patung Beruang? Of course dalam itu banyak patung beruang atau sinonim dengan kita panggilan teddy bear yang mungkin akan buat korang teruja. Kat situ, ada teddy bear yang lebih tinggi dari cik en dan ada yang kecil dan comel. Ada yang berusia beratus tahun dan ada yang masih baru dibuat. Ini merupakan kunjungan kedua cik en ke TeddyVille Museum Penang selepas cik en pernah pergi pada September 2016 bersama team Blogger Utara. Cuma kunjungan kali ini cik en lebih berminat untuk ambil gambar yang super awesome untuk media sosial cik en. | Koleksi Gambar Menarik TeddyVille Museum Penang 

TeddyVille Museum Penang
TeddyVille Museum Penang

Kunjungan Kedua ke TeddyVille Museum Penang 


Seperti pernah kongsi di entri sebelum ini, TeddyVille Museum Penang mempunyai 2 seksyen atau 2 bahagian. Bahagian pertama iaitu laluan pertama semasa memasuki TeddyVille adalah Paw of Story atau sejarah patung beruang. Sekadar ringkasan, patung beruang pertama dibuat pada tahun 1902. Kisahnya bermula Presiden US yang bernama Theodore Roosevelt atau dipanggil Teddy pergi memburu beruang tapi tak berjaya. Beliau ditemani oleh Hunt Guide dan disebabkan asyik tak berjaya memburu, Hunt Guide menangkap seekor beruang tua dan diikat pada pokok untuk memudahkan Teddy menembak. Tapi Teddy tak sampai hati dan melepaskannya dan kisah itu disaksikan oleh wartawan dan kisah itu disebarkan di surat khabar seluruh US. Kisah itu menarik minat seorang penjual gula gula di Brooklyn. Morris Michtom untuk hasilkan patung beruang. Bersempena nama Teddy, anak patung pertama ini diberi nama Teddy. Untuk pengetahuan korang, masa Teddy Bear ini dicipta, rupanya sedih dan tak sama macam teddy bear yang ada kini. 

TeddyVille Museum Penang

Bila teddy bear baru ada muka senyum? Pada tahun 1925 barulah teddy bear pertama dengan muka senyum keluar dan teddy bear ini ada di TeddyVille Museum Penang ini untuk tontonan umum. Tapi tula, walaupun senyum tetap nampak menakutkan. Hahahah. Dan teddy bear yang bernama Gebruder Susseguth Peter Bear ini adalah teddy bear paling mahal di dunia iaitu RM21,500. Untuk kisah lain korang boleh baca di TeddyVille Perkenalkan Penang Melalui Patung Beruang

TeddyVille Museum Penang

Masuk ke bahagian kedua TeddyVille Museum Penang, korang akan belajar mengenai asal usul, masyarakat dan lain lain lagi di Penang. Jika sebelum ini, gambar entri cik en nampak bishe bishe. Kali ini cik en ak share gambar yang ditangkap melalui Iphone X yang ada mode potrait di kamera dia. 

TeddyVille Museum Penang



TeddyVille Museum Penang




TeddyVille Museum Penang


















Cantik kan? Anyway cik en nak ucapkan terima kasih pada staf TeddyVille Museum Penang. Lupa pula nak tanya nama.Tapi Indian Guys yang sangat suka sharing teknik ambil gambar sampaikan boleh dikira betapa sikitnya gambar cik en selfie atau muka cik en. Sebabnya teknik dia ajar itu buat cik en rasa gambar teddy bear comel ini jadi hidup dan cantik. So untuk entri ini, cik en kurangkan nak letak gambar selfie la ye. Hahaah.. Lagipun entri sebelum ini penuh gambar sendiri. 

Selain dari teddy bear yang comel ini, ada teddy bear yang boleh dipeluk dan dicium sebab besar. 








Kalau korang berminat nak ke TeddyVille Museum Penang, ini harga tiketnya dan detailnya.

Harga tiket TeddyVille Museum 
Dewasa RM36 (Tanpa MyKad) RM 27 (Dengan Mykad)
Pelajar RM29 (Tanpa MyKad) RM 22 (Dengan Mykad)
Kanak Kanak RM25 (Tanpa MyKid) RM 15 (Dengan Mykid)

Alamat TeddyVille Museum Penang
Ground Floor (Inside The Building)
DoubleTree Resort by Hilton Penang
56, Jalan Low Yat
Batu Feringgi
11100 Penang

Masa 
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Laman web

FB Page

Waze
TeddyVille Penang

Contact
beary@teddyvillemuseum.com

No telefon 
Tel: 016-550 5949
10