Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Review Spa

Showing posts with label Review Spa. Show all posts
Showing posts with label Review Spa. Show all posts

Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa

Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa | Dah masuk umur 30 an ini, memang akan ada masalah kulit muka dan ditambah dengan stress di tempat kerja, pemakanan dan kawasan persekitaran akan buat kulit muka sedikit banyak masalah. Selalunya cik en akan buat rawatan di spa biasa tapi kali ini cik en nak cuba buat di medispa yang diyakini orang ramai iaitu MBH Medispa. Disebabkan MBH Medispa mempunyai cawangan di Manjung yang pernah cik en story di artikel MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka, cik en pun buatlah appoitment di Manjung. Anyway kalau nak pergi kek spa atau medispa better book dulu. Untuk elakkan masalah masalah masa dan boleh delaykan rawatan korang. | Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa  


Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa  


Rawatan Glossy facial ini sebenarnya adalah hasil tebus voucher masa Grand Opening MBH Medispa. So sebagai seorang yang tak pernah buat treatment di medispa, ianya sebenarnya memberi kelebihan pada cik en untuk mencuba sesuatu yang lain yang pernha cik en buat. So hasil tebus voucher itu cik en boleh beri jawapan yang positif yang mana medispa ini adalah rawatan yang menggunakan teknologi terkini iatu banyak mesin mesin pelik bagi cik en dan selamat untuk dicuba. So korang nak tau Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa dan komen cik en dengan rawatan ini. 


Sebelum rawatan dijalankan, korang memang kena buat skin analisis dulu. Ini penting sangat sebab dari situ barulah korang tau, korang ada kulit jenis apa secara official. Selalunya pakai agak je kan? So cik en mempunyai masalah T Zone yang berminyak dan blackhead dan white head di hidung. Its normal kot untuk cik en yang bekerja teknikal ini. Huhuhu


Selesai analisis, cik en terus ke bilik rawatan dan cik en  diberi tahu glossy facial ini ambil mas alebih kurang sejam. Rawatan pertama adalah mencuci muka. selepas itu wap pada muka untuk buka liang pori dan seterusnya guna Diamond Microdermabrasion untuk menanggal sel kulit mati. Selesai, muka cik en diletak Dermaklair Hyaluronic Acid Mask dan menggunakan LED Photon Treatment yang mana ianya adalah teknologi baru yang menggunakan kekuatan foton untuk merawat kulit, memindahkan tenaga kepada sel dan mempercepat penjanaan protein kolagen di peringkat sel. Selesai rawatan ini, diletakkan sedikit sunblock sebelum cik en habiskan Glossy Facial ini. 

So inilah hasilnya selepas buat  Glossy Facial di MBH Medispa 


Kalau korang nak buat rawatan atau mencuba rawatan medispa korang boleh tengok detail di MBH Medispa
1

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan | Uiks, cepatnya cawangan baru MBH Medispa ini dibuka? Kalau sebelum ini, kira kira 3 minggu lepas, cik en hadiri grand opening MBH Medispa Manjung yang cik en story di MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka, kini MBH Medispa buka cawangan ke 21 di Taiping. Memilih Taiping sebagai lokasi terbaik, MBH Medispa Taping memberi peluang kepada penduduk Taiping yang mempunyai masalah kulit wajah berjerawat, berparut, kulit kusam dan jeragat untuk kembali cantik dan berseri. Tak perlu nak pergi jauh semata mata untuk dapatkan rawatan ini. | MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan

MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan


MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping

MBH Medispa Taiping ini merupakan cawangan ke 3 di Perak dan kerana permintaan yang tinggi sebelum ini dan rungutan pelanggan perlu travel jauh untuk rawatan kulit, Puan Yaya pengasas MBH Medispa telah memudahkan penduduk di Taiping dengan pembukaan cawangannya di sini. MBH Medispa Taiping dirasmikan oleh penyanyi Kanda Khairul yang pupular dengan lagu "Atikah Songket" yang merupakan salah seorang pelanggan setia MBH Medispa. Seperti yang cik en sharing sebelum ini, MBH Medispa telah melakarkan nama dalam bidang estetik selama 11 tahun sejak tahun 2008 dan setakat ini telah memenangi dua anugerah iaitu Top Brand Excellence Service Asia Pasific 2017-2019 serta Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018. Sebabkan award ini menjadikan MBH Medispa sebagai spa estetik paling dipercayai dalam kalangan pelanggan yang mempunyai masalah kulit muka. 

Rawatan yang paling mendapat sambutan adalah Skin Growth Factor (SGF) dan mempunyai beribu ribu testimoni. "Kalau nak cantik datang ke MBH" kata Puan Yaya memberi inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai keyakinan kurang dan malu kerana kesan daripada kulit wajah bermasalah. Beliau juga berkata " Taiping bukanlah cawangan terakhir MBH Medispa tetapi akan menyusul cawangan terbaru MBH di Kinrara, Punchong, Nilai dan juga Melaka menjelang Ogos dan September ini. Wow! Lagi kukuhlah MBH Medispa di Malaysia ini. 

Sedikit info untuk korang, MBH ini bukan sahaja untuk muka, tapi ada MBH Body Theory untuk rawatan perlangsingan badan yang baru mempunyai 2 cawangan di Johor Bharu dan Melaka. Cik en harap Puan Yaya akan buka satu MBH Body Therapy di sebelah Utara sebab cik en nak buat rawatan kuruskan badan yang semakin lama semakin membesar. Hahahhaha. 

Kalau korang ada masalah rambut, MBH juga ada cawangan MBH Haircare. MBH Haircare ini hanya tertumpu pada rawatan rambut dan estetik yang mempunyai rawatan berunsur moden dan tradisional. Produk digunakan adalah produk daripada kilang sendiri yang dijamin halal, selamat dan berkesan. Yang ini pun hanya ada di cawanagn Johor Bharu dan Kajang saja. Hope ada jugalah cawangan di sebelah Utara ini. Mesti ramai yang menunggu cawangan di sini. 

MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping


Selain daripada spa, rawatan badan dan rambut, MBH sebenarnya mempunyai produk penjagaan kulit sendiri yang berasaskan bahan bahan semulajadi yang dipanggil Dermaklair. Dermaklair adalah produk yang menjadi produk utama untuk rawatan kulit di semua MBH Medispa di Malaysia. Produk ini juga digunakan oleh spa spa bukan dibawah MBH kerana kesan produk ini sangat bagus untuk kulit. So far masa grand opening MBH Medispa Taiping tempoh hari, cik en tertarik dengan sunscreen mereka. So cik en terus grab sebabnya masa itu dapat diskaun. Yang itu nanti cik en story di entry yang lain okey? 

Kalau korang nak dapatkan rawatan MBH Medispa Taiping ini , korang boleh baca detail di bawah 

MBH MEDISPA TAIPING 
31, Jalan Ciku, 34000 Taiping, Negeri Perak
Instagram : MBH Medispa Taiping
1

MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka

MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka | Sabtu lepas cik en berkesempatan untuk menghadiri Grand Opening MBH Medispa Manjung di Seri Manjung Perak. Siapa sangka mereka memilih Manjung sebagai cawangan kedua di Perak. Ini disebabkan permintaan dan survey yang tinggi bagi peminat MBH Medispa di Manjung. MBH Medispa Manjung merupakan cawangan ke 20 yang mana sebelum ini kebanyakkannya berada di pantai barat dan selatan Malaysia. Untuk menguasai utara Malaysia, MBH Medispa telah pun membuka 3 MBH Medispa yang lain iaitu di Ipoh, Sungai Petani, Seberang Jaya dan seterusnya di Manjung. | MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka

MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka
MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka 

MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka


Pembukaan besar besaran ini merupakan majlis yang dinanti nantikan penduduk Manjung kerana ada promosi wajib iaitu diskaun sehingga 90% untuk semua rawatan termasuk parut berlekuk, jerawat, jeragat dan kulit kusam. Dalam anggaran 100 orang pelanggan yang hadir untuk mendapatkan percuma sampel produk penjagaan kulit dan juga rawatan percuma, mereka juga dihiburkan dengan aktiviti aktiviti menaruk dengan hadiah hadiah tajaan Dermaklair secara percuma. Majlis ini dirasmikan oleh Osama Yamani  anak kepada Jamal Abdillah yang mana beliau juga memilih MBH sebagai pusat penjagaan wajah beliau.


Dengan pengalaman hampir 10 tahun dalam industri spa dan estetik, MBH Medispa kini dikenali ramai sebagai salah satu daripada pusat kecantikan bumiputera yang terkemuka di Malaysia,. Mesti korang tertanya apa itu MBH Medispa? MBH adalah singkatan Maya Beauty House dan Medispa adalah gabungan perkatan medical dan spa. Ini kerana MBH Medispa berasaskan unsur moden dan tradisional dalam rawatan mereka. Menggunakan slogan Beauty In Loving Hands, Puan Yaya Mohammad  pengasas MBH Medispa meyediakan servis rawatan wajah, malah memberi rawatan insentif bagi sesiapa mempunyai masalah kulit yang lebih terperinci seperti jerawat, parut jerawat, jeragat dan sebagainya.



Sejak 2018, MBH Medispa telah dijenamakan dengan MBH Skin Expert dan mempunyai rangkain MBH Haircare dan MBH Body Theory. Kesemua produk mereka menggunakan produk sendiri yang dijamin halal, selamat dan berkesan yang mana mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Kesemua produk MBH dihasilkan sendiri di Kilang Moha Biotech Manufacturing yang bertapak di Kulai Johor. 

Antara produk MBH ialah MBH Dermacare Normal Skin Solution, Skin Repair Solution, Essence Series, Cream Series, Dark Spot Brightening dan terbaru EGF Serum.



Selain itu ada MBH Nutricare untuk makanan tambahan seperti Teatox dan Ceramida. Mesin rawatan di MBH diimport dari Jerman dan Korea bagi memastikan rawatan di MBH menggunakan teknologi yang terkini dan terbaik di pasaran.


Bukan sahaja ada MBH Medispa tapi MBH juga mempunyai rangkaian kosmetik sendiri iaitu MBH Minaeral Cosmetics dan pusat rawatan rambut. Para pekerja MBH Medispa terdiri dariapda jururawat terlatih dan graduan lulusan IPT yang diiktiraf.


Sebelum satu satu rawatan dijalankan, para pelanggan akan menjalani sesi perundingan bersama pakar di satu bilik khas dan privasi. Selepas itu akan ada sesi analisa kulit wajah menggunakan mesin khas, Ianya penting dalam mengenalpasti masalah kulit. Rawatan yang dicadangkan disesuaikan mengikut hasil analisis wajah. Antara masalah yang memerlukan rawatan pakar adalah


  1. Masalah kulit berminyak
  2. Masalah kulit kering
  3. Masalah parut jerawat dan berlubang
  4. Masalah kulit nipis dan sesntitif
  5. Masalah jerawat 
  6. Masalah Jeragat


Rawatan yang ditawarkan MBH adalah

Rawatan Wajah


  • MBH Signature Facial
  • MBH Cinderella Facial 
  • MBH Glossy Facial
  • Clinical Acne Treatment
  • Luminious Skin Treatment
  • Oleous Skin Treatment
  • Oxydermal Hydrating Treatment
  • Mudnetic Detox Facial
  • MBH Carbon Snow
  • Instant Crystal Glow
  • Royal Gold Reserve Age Treatment
  • MBH SGF Scar Solution
  • MBH Pigmentation Laser


Rawatan Estetik


  • MBH Electrocauter 
  • E-Light PL Treatment Hair Removal
  • Microdermabrasion
  • Mesotheraphy Non Needle
  • LED Photo Treatment
  • Payulift Breast Enhancing Treatment
  • RF V Shape Treatment
  • RF Double Chin Treatment
  • RF Facelift Treatment
  • RF Dark Circle Treatment
  • RG Eye Bag Treatment
Atau untuk lebih lanjut boleh ke https://www.mbhmedispa.com/katalog-produk/

Untuk sesiapa ada di Manjung atau travel ke Manjung dan ingin mendapatkan rawatan muka boleh la booking di 

MBH Medispa Manjung
46, Jalan PPMP 3/1, 
Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 
32040 Manjung Perak
No Telefon : 018-252 8438

p/s : anyway cik en belum lagi kesempatan nak mencuba MBH Medispa ini walaupun nampak ramai blogger beri feedback positif. So dah alang alang di Manjung ini, cik en kena cari masa untuk cik en mencuba dan semestinya nanti cik en akan sharing pengalaman itu di www.nurfuzie.com . So stay tuned!!!!
12

Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top!

Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top! | Dah lama cik en tak reward diri sendiri sebab asyik sibuk bekerja je. Dah lama sebenarnya cik en pasang niat nak manjakan diri cuma masih tercari cari tempat yang cik en rasa berbaloi dan puas hati. Sebelum ini cik en pernah dapatkan servis spa di Manjung tapi entahlah cik en rasa tak best. Bayar mahal tapi kurang memuaskan dan sampai sakit sakit badan dibuatnya. Sampailah satu hari, cik en ada tengok Dwafa di Instagram dan cik en pun berminat dan mula la tercari pakej pakej yang ditawarkan. Baru semalam cik en rasa nak cuba servis mereka. Pagi semalam cik en terus book dan pilih pakej yang ditawarkan. Hampir sejam memilih dan direcommended oleh Dwafa, cik en memilih Relaxing Package. Sesuai sangat la dengan cik en yang stress dan letih bekerja. Dan pengalaman pertama di Dwafa ini cik en boleh kata Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top!

Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top!
Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top!

Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top!


Relaxing Package ini ada 4 iaitu Bertangas, Urutan Badan Bali, Skrub Badan dan Relaxing Facial. Dah nampak dah de aura releks dalam pakej ini kan? Sambil itu cik en nak story pengalaman cik en buat kesemua servis ini dan komen jujur.

Bertangas

Cik en pernah story sebelum ini pasal bertangas di Bertangas Pada Wanita Bujang dan sejujur ini lah kali pertama cik en bertangas. Nak rasa juga bertangas tu macamana dan apa kesan pada badan. Sebelum itu cik en bagikan apa info yang diberi oleh Dwafa

Bertangas di Dwafacare Muslimah Spa Manjung

Kebetulan cik en belum datang bulan kira ok sangat la buat kan? Bertangas ini bukan saja bahagian rahim tapi boleh buat sauna sekali. Berpeluh peluh juga cik en cuma tak tahan sikit dengan haba panas la. First time la katakan. Dan bagusnya adik (lupa nak tanya nama) ada je kat tepi cik en. Kalau rasa panas kena kabo kan.. dia akan off sebab tak ada level level kepanasan dan akan on balik bila kita rasa dah mula kurang panas. Setia betul dia. Dia pun macam macam tahu je cik en panas ke tak. Hahhaha. Apa pun pengalaman pertama ini sangat berharga. Mungkin lepas ini, dah ada pengalaman mesti boleh tahan haba herba panas tu. 

Urutan Badan Bali

Urutan ini cik en pernah fobia tau. Cik en pernah dapatkan urutan ini salah satu spa dan cik en memang rasa sakit badan lepas buat. Walaupun ada kupon free masa itu, memang cik en tak mau pergi. Sebab tu dari awal, cik en ada tanya Dwafa, ok ke Urutan Badan Bali ini? Dia kata pelanggan Dwafa memang sukakan urutan ini dan dah direcomendedkan cik en pun setuju la. Dari awal hingga habis urutan ini, cik en rasa relax sangat. Tak sakit malah rasa "sedap" badan ini. Rasa lenguh lenguh hilang dan semestinya benda sedap ini cik en sampai terlelap. Memang seluruh badan adik ini urut. Kira puas hati la! Nampak je adik tu kecik dan kurus tapi lega sungguh badan akak yang sado ini. Kira kalau korang mai sini, cik en suggest korang ambik urutan ini.

Scrub Badan

Scrub badan ini cik en rajin gak buat kat rumah tapi sebelah belakang itu memang cik en tak sampai dan disebabkan ada dalam pakej cik en buat la. Katanya gunakan garam laut dan macam ada bau karemal sikit (maybe gula) dan rasa best pula ditonyoh tonyoh kawasan daki tu. Selesai scrub cik en mandi dan rasa la lembut kulit tu. Dan tak la rasa kering sangat. Lembab je. Selalu scrub ini akan keringkan kulit kan tapi yang ini tak. Sesuai la nampak dengan kulit cik en.

Relaxing Facial 

Facial ini tak sama macam facial kat luar sana. Bukan nak buang black head atau white head tapi lebih kepada untuk relaxkan muka. Muka akan di beri cuci terlebih dulu dan digunakan scrub untuk buang kekotoran dan baru diurut urut. Rasa macam badan diurut. Muka rasa macam segar luar dan dalam. Macam nak bagi seri wajah gitew. First time tapi yang ini cik en suka. Releks tanpa sakit. hahahah

Dan selesai semuanya rasa macam nak tidur je kat situ. hahahha. Pakej ini ambil masa 3 jam. Nampak lama tapi 3 jam itu boleh relekskan badan yang bekerja setiap hari ditambah stress dan sakit jiwa. ahhaha. Mesti korang tertanya tanya kan? Berapa pakej cik en ambik tu. Ini pakej cik en




Terletak di Pusat Perniagaan Manjung Point 3, Seri manjung sebelah dengan Kopee Paste Manjung. dan sebelah dengan Hospital Pantai Puteri Seri Manjung. So mana yang teringin nak cuba korang boleh mai sini. Ini adik yang buat servis dengan cik en. Maaf sangat sangat sebab lupa nak tanya nama masa tu. Adik ini ramah dan kebetulan masa tu kaki cik en memang dari kecik ada ezema dia takut nak scrub takut pedih katanya. Dia punya risau sampai lepas mandi pun duk tanya pasal kaki tu. Cik en kata ok je. Manatau dengan scrub ini akan kaki ini sembuh terus. Huhuh


Dan ini pula pakej pakej yang ada di D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak ini






Atau korang boleh dapatkan detail lain atau nak book temujanji di 

05-6870213
011-26516134 (Whatsapp)
6