Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Review Product

Showing posts with label Review Product. Show all posts
Showing posts with label Review Product. Show all posts

Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En

Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En | Lama juga cik en peram review ini sebab kekangan cik en untuk selesaikan task yang lebih urgent. Yang mana mengikuti cik en di media sosial facebook, mungkin perasan yang cik en pernah mencuba cat litter jenis tofu. Ini disebabkan pengaruh rakan PR cik en Criz Lai semasa bercuti di Ipoh bulan lepas. Seminggu selepas itu, cik en order melalui platform Shoppe Premium Super Clumping Natural Cat Litter Tofu 6L dengan harga RM13.00. Cik en memilih flavour Lavender. So cik en nak bagi Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En


2

Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG

Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG | Excitednya nak masuk rumah baru. Sementara nak siapkan apa yang patut, cik en dah mula survey barangan rumah. Ruang yang paling cik en suka adalah bilik tidur, diatas katil dan mempunyai bantal yang empuk untuk memastikan cik en dapatkan rehat yang berkualiti. Bantal adalah item rahsia bagi memastikan tidur yang berkualiti. Semua orang kena pastikan memiliki bantal yang sesuai sebabnya bantal yang terbaik sangat penting untuk memastikan keselesaan dan menyokong tidur malam yang lebih nyenyak. Selalunya bantal yang terbaik adalah bantal hotel, so cik en kenalah mencari bantal hotel kan? Sebab bantal hotel ini bila letak saja kepala terus lena dibuai mimpi. Kebetulan memang nak buat tema bilik hotel nanti untuk bilik tidur cik en. Survey punya survey cik en dapat tahu Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG. Banyak betul feedback positif. So cik en decide untuk mencuba jenama DAG ini.

Beli Bantal Hotel Online di DAS Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG


Apa yang cik en suka, cik en boleh beli secara online dan dalam laman web DAG - Bantal Hotel 7 Bintang  ini, mereka listkan detail lengkap setiap jenis bantal. Ada 8 jenis bantal tapi disebabkan cik en lebih sukakan bantal tak terlalu lembut dan tak terlalu keras, cik en memilih H-Class Classic yang mana memang top selling kat DAG ini. So lepas pilih cik en hanya letakkan detail untuk seller contact cik en



Anyway tak sampai 24 jam, akan dapat info dari HQ DAG yang mana akan detail kita akan diberi kepada seller yang berhampiran. Nak tunggu seller hubungi cik en tak lama, around 3 jam selepas itu. Memang tip tip la services DAG ini. So seller yang cik en dapat Kak Shida dari Taiping. Selesai urusan pembayaran dan beri detail penghantaran cik en menunggu dengan penuh sabar. Disebabkan cik en order hari minggu, cik en kena tunggu 2 hari dan bila sampai so excited sangat. Terus pakai malam itu. So cik en nak sharing la pe bestnya batal jenis H-Class Classic ini.



Walaupun H-Class Classic ini hanyalah koleksi bantal 4 bintang tapi nak dibandingkan dengan harga dan kualiti dia memang sangat berbaloi untuk dibeli. Cirinya 
  • Pejal 30%
  • Ketahanan 40%
  • Gebu 40%


Bantal H-Class Classic ini sangat sesuai untuk yang ada masalah asma sebab ianya tidak berdebu dan anti alergik. Kelembutan bantal H-Class Classic ini sehingga 40% dengan menggunakan bahan yang empuk. Ianya sangat sesuai untu tekstur kepala dan bahu. Selalunya cik en akan sakit bahu tapi lepas pakai bantal H-Class Classic ini, bangun pagi dah tak sengal macam selalu. Yang penting sangat selesa dan tak panas walaupun bilik cik en sekarang tak ada pengahwa dingin. 



Disebabkan masih baru, cik en belum lagi basuh tapi selalunya kalau bantal hotel ini mudah dicuci dan dijaga. That why kenapa cik en memilih bantal taraf hotel. Bantal hotel ini tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik. Dan paling best, ianya boleh dibasuh guna mesin basuh saja. Mudah sangat kan?

Berapa harga Bantal H-Class Classic? So far harga dia mampu milik sangat. Satu RM45.30. Tapi disebabkan masa cik en order ada promotion, cik en beli 2 biji bantal dengan harga RM90. Mulanya macam nak pergi ambil di Taiping tapi sebab agak sibuk, cik en minta untuk postage dengan tambahan RM10. Total RM100 untuk 2 biji bantal hotel. Jimat sangat dah cik en rasa, 


Kalau korang berminat nak dapatkan Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG ini boleh dapatkan info di 








2

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources | Minggu lepas, cik en ada event dan dalam masa yang sama kad bisnes habis. Cik en ada masa seminggu untuk tempah sebabnya kalau tak ada bisnes kad, camne cik en nak perkenalkan diri kepada client. Kalau buat sebutan cik en akan ada repat ceyen, CN dan macam macam sebutan. Kalau ada bisnes kad ini, senang client nak pronounce nama cik en. Korang yang biasa baca perkataan cik en mungkin tak ada masalah tapi yang tak biasa dah macam berbelit lidah cik en tengok. Hahahha. So cik en memang mencari yang boleh buat Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti. Dok la cari ramai suggest Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources. Hurm, boleh ke disiapkan dalam masa kurang seminggu ini?

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources
Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources


Cik en tak ada idea nak design kad bisnes so cik en serahkan design pada BG Design Resources cuma cik en beritahu guide dan corak serta warna cik en nak. So far BG Design Resources sangat sabar melayan cik en yang cerewet dalam design ini sebab cik en memang suka design sendiri dan suka yang lain dari yang lain. Cuma kekangan masa buat cik en tak leh nak mencari idea bernas dan havoc untuk kad sendiri. Rasanya lebih 5 kali, BG Design Resources kena adjust ikut kehendak cik en. Nampak tak betapa cerewetnya cik en. Hahahha.. 


Design ambil masa 2 hari juga bermula ahad. So Isnin baru siap design dan BG Design Resources beritahu ambil masa 1 hingga 2 hari untuk proses. Postage ambil masa 1 hingga 2 hari juga. Cik en tunggu sampai hari Khamis, masih tak sampai. Cik en berharap Jumaat sampai la kad bisnes cik en itu. Sebab Sabtu dah nak ke Penang ada event. 


Sampai hari Jumaat, tadaaaaa... sampai dah kad bisnes cik en. Masa itu duk fikir kalau siap cepat cepat ini kualiti dia ok ke. Cik en memilih jenis glossy. Sampai saja terus cik en tengok material. Memang kualiti. Cantik dengan glossy dan pemilihan background hitam bercorak. 

Anyway cik en nak share dengan korang satu kisah. Tapi jangan cerita kat orang. Kalau tak tahan nak cerita suruh dia baca entri ini tau. Huhuhu. Cik en masukkan lebih kurang 15 keping kad bisnes dalam poket seluar masa event Expo Taiwan 2019 sebab senang nak bagi pada kawan kawan dan client baru. Habis event dan keesokkan harinya, cik en pergi mesin basuh layan diri (mesin basuh kat rumah dah rosak) dan terbasuh sekali dalam mesin basuh dan pengering. Masa itu dah risau, habislah kad bisnes aku ini. hahahah. Hancurlah kan, Tapii, bila tengok balik kad bisnes itu jadi camni



Hahhaha, nampak steady lagi kan? Tak kembang pun, tak rosak teruk cuma hujung itu je terkopek sikit. So terbuktilah yang Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources. Kalau korang nak tempah boleh la ke

Image may contain: text

Telefon / Whatsapp : 010-7950473

Selain daripada bisnes kad, banyak lagi BG Design Resources boleh buat seperti sampul duit raya, servis website, flyer, kalender, sticker dan lain lain lain lagi. Kalau nak tau lebih lanjut pergi je la facebook dan instagram dorang okey
10

Safi Micellar Natural Cleansing Water Menanggalkan Solekan Dengan Satu Sapuan

Safi Micellar Natural Cleansing Water Menanggalkan Solekan Dengan Satu Sapuan | Siapa tak kenal dengan produk Safi kan? Orang kata produk Safi ini legend. Dari zaman cik en sekolah rendah lagi dan permulaan nak memakai produk muka, Safi adalah pilihan utama kerana masa itu Safi satu satunya produk Malaysia yang senang didapati di pasaraya dan kedai. Maish cik en ingat pencuci muka Sari Mentimun menjadi pilihan awal cik en. Dan sekarang Safi dah mula banyak produk. Di atas permintaan ramai, Safi memperkenalkan Safi Micellar Natural Cleansing Water Menanggalkan Solekan Dengan Satu Sapuan

Safi Micellar Natural Cleansing Water
Safi Micellar Natural Cleansing Water


Safi Micellar Natural Cleansing Water Menanggalkan Solekan Dengan Satu Sapuan


Safi Micellar Water adalah Natural Cleansing Water untuk menanggalkan solekan dan kotaran di muka korang. Diformulasikan dengan 100% Bahan Aktif semulajadi menjadikan Safi Micellar Water pilihan cik en sekarang. Ada 3 jenis Safi Micellar Water iaitu Neem, Rose dan Cucumber. Setiap jenis ini adalah untuk jenis jenis kulit korang. Sebab ada yang berjerawat, ada yang berminyak kan so korang takleh gunakan sebarangan produk walaupun hanya menanggalkan solekan.

Jenis Jenis Safi Micellar Natural Cleansing Water

Safi Micellar Natural Cleansing Water Neem


Safi Micellar Natural Cleansing Water Neem sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Ianya mampu mengawal minyak da jerawat dengan agen anti bakterianya, Hasilnya kulit berseri tanpa cela. Bahannya adalah Water, Propanediol, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Betaine, Sodium PCA, Glycerin, Disodium EDTA, Sodium Citrate, Xanthan Gum, Sodium Hyaluronate, Melia Azadirachta (Neem) Leaf Extract, Citric Acid, Butylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Chlorphenesin.


Safi Micellar Natural Cleansing Water Rose



Safi Micellar Natural Cleansing Water Rose sesuai untuk kulit normal dan kombinasi. Ianya dapat mengecilkan liang pori dan mengurangkan wajah berkilat. Hasilnya kulit segar dan berseri. Bahannya Water, Propanediol, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Betaine, Sodium PCA, Glycerin, Disodium EDTA, Sodium Citrate, Xanthan Gum, Rosa Centifolia (Rose) Flower Water, Sodium Hyaluronate, Citric Acid, Fragrance, Phenoxyethanol, Chlorphenesin

Safi Micellar Natural Cleansing Water Cucumber



Safi Micellar Natural Cleansing Water Cucumber sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya dapat melembabkan, merevitalisasi juga menyihatkan kulit. Hasilnya kulit lembut dan bermaya. Bahannya Water, Propanediol, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Betaine, Sodium PCA, Glycerin, Disodium EDTA, Sodium Citrate, Xanthan Gum, Sodium Hyaluronate, Citric Acid, Cucumis Sativa (Cucumber) Fruit Extract, Fragrance, Phenoxyethanol, Chlorphenesin.

Cara Menggunakan Safi Micellar Natural Cleansing Water
  1. Tuangkan pada kapas
  2. Lap solekan hingga bersih
  3. Tidak perlu bilas
Kesemua produk Safi Micellar Natural Cleansing Water diuji secara Dermatologi dan tidak mengandungi SLES/SLS, Alkohol, Minyak Mineral, Paraben, Pewarna, Propylene Glycol. Korang boleh dapatkan Safi Micellar Natural Cleansing Water ini di mana mana drug store dan pasaraya berhampiran
14

Safi Balqis Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar dan Pelembab

Safi Balqis Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar dan Pelembab | Siapa pengguna Safi Balqis? Sila angkat tangan. hahahha. Cik en sendiri kena angkat tangan juga sebab cik en adalah pengguna tegar Safi Balqis. Bermula dengan 3 Step Safi Balqis, cik en nak share dengan korang satu lagi produk terbaru Safi Balqis iaitu Safi Balqis Whitening Hydration Lotion. Ianya adalah gabungan Penyegar dan Pelembab dalam satu produk. Rasa rasa adakah Safi Balqis Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar dan Pelembab ini akan jadi satu pilihan cik en?

Safi Balqis Whitening Hydration Lotion
Safi Balqis Whitening Hydration Lotion


Safi Balqis Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar dan Pelembab


Jika sebelum ini cik en pernah kongsi rahsia cik en kekal cerah berseri di Safi Balqis Oxywhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri . Kali ini cik en nk share pula adakah Safi Balqis Whitening Hydration Lotion ini akan jadi pilihan cik en. Anyway cik en memang suka yang jenis 2 in 1 ini. Bukan apa cik en suka travel dan susah nak bawa barang banyak banyak. Bila Safi keluarkan Safi Balqis Whitening Hydration Lotion cik en rasa macam Safi boleh baca susahnya kaki travel nak bawa skincare. Dengan gabungkan Penyegar dan Pelembab, cik en dapat kurangkan 1 barangan dalam luggage cik en. 


Safi Balqis Whitening Hydration Lotion ini gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.Selain itu meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid
  1. Macro Hyaluronic Acid
  2. Nano Hyaluronic Acid
  3. Bio-Hyaluronate
  4. Oligo-Hyaluronic Acid
  5. Super Nano Hyaluronic Acid
Safi Balqis Whitening Hydration Lotion mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Ianya juga mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung 

IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.



Cara Penggunaa Safi Balqis Whitening Hydration Lotion

  1. Bersihkan muka dengan Pembersih Muka Safi Balqis
  2. Ambil Safi Balqis Whitening Hydration Lotion dan sapukan kepada seluruh muka
  3. Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap
  4. Gunakan 2 kali sehari selepas mencuci muka

Korang boleh skip penggunaan Toner atau penyegar sebabnya Safi Balqis Whitening Hydration Lotion dah ada penyegar. 

So sekarang Safi Balqis Whitening Hydration Lotion memang menjadi pilihan cik en sebab sangat mudah la nak bersiap. Tak perlu nak tunggu lama untuk toner meresap. Lepas cuci muka terus apply. Korang boleh dapatkan Safi Balqis Whitening Hydration Lotion di mana mana drug store, supermarket dan hypermarket. 
7

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop | Teruja nampaknya semua bila cik en muat naik gambar sofa bed yang baru sampai di media sosial. Sesungguhnya  keterujaan korang itu tak seterujanya cik en yang dah lama menunggu dengan penuh kesabaran dan ketenangan tanpa war warkan kepada korang. Lepas banyak kes order lain dapat lain sebelum ini, cik en jadi takut nak kongsikan apa yang cik en beli sebelum barangnya sampai. Tapi kali ini puas hati la, barang dalam gambar dan depan mata sama. Warna dia pun sama dan kebesarannya pun sama. So berbaloi la penantian hampir sebulan lebih akhirnya barang yang sampai memuaskan hati cik en. So dengan itu cik en nak kongsi dengan korang Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop dari pengalaman sendiri. 


Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop

Anyway bila masuk SGShop memang cik en jadi macam rambang mata, mana satu nak pilih. Pilihannya sangat banyak dan harganya yang macam tak masuk akal. Murah sangat. Cuma bahagian shipping nanti korang kena alert berat. Lagi berat lagi mahal shipping dia tapi cik en akan bagai tips untuk dapatkan diskaun pada shipping nanti. So lets go kepada Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop hasil dari pengalaman sendiri cik en. 

Sebelum itu cik en nak share sikit apa yang korang kena tahu mengenai shopping online SGShop ini.

Apa Itu SGShop


SGShop adalah shopping online yang memberi perkhidmatan pembelian di shopping online China. SGShop juga adalah Taobao Agent dan di Malaysia, SGShop Malaysia sebagai Taobao Malaysia. Cuma kalau pembelian terus korang kena tahu bahasa cina baru korang boleh beli disebabkan semua laman web ini berbahasa cina. 

Sgshop ini ada buat beberapa perkhidmatan iaitu Buy For Me, Ship For Me dan SmartShop. Ketiga ini ada perbezaannya. Cuma cik en ada pengalaman pada Buy For Me. Maknanya SgShop akan uruskan pembelian dan penghantaran kepada kita. Kalau Ship For Me, kita akan uruskan pembelian bayaran dan menggunakan SGShop untuk penghantaran ke Malaysia.

SGShop juga baru menaik taraf laman web mereka dengan reka bentuk web yang responsif bagi memudahkan korang untuk cuci mata atau buat pembelian. Ada tambahan Bahasa Melayu bagi memudahkan korang yang mungkin tidak mahir dalam English. So tiada masalah salah info atau salah pembelian. Dan korang boleh cari barangan dengan upload gambar. So tak ada masalah la kalau tak tahu apa nama barangan itu. Dan yang last ada Shiok Shipping Program. Yang ini cik en akan terangkan dihujung entri sebab ianya antara tips cik en nak kongsi dengan korang. So harap korang faham la sikit mengenai SGShop ini atau senang cakap Borang China sebelum cik en teruskan Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop ini. 

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop


Langkah 1 : Masuk ke laman web SGShop. Selain itu boleh download Apps SGShop di Google Play atau Apple Store


Langkah 2 : Semestinya kena buat sign up atau mana ada akaun boleh log in sahaja dan wajib letak nombor telefon sebab nanti SgShop akan hantar code yang perlu korang masukkan semasa pendaftaran.




Langkah 3 : Cari produk atau barangan dengan gambar, keyword atau link dari Taobao.com url. Macam sofa bed cik rn tu korang boleh klik Sofa Bed



Langkah 4 : Sebelum add cart pastikan saiz dan warna pilihan korang dan double check untuk mengelak dari salah order. 



Langkah 5 : Dah confirm semuanya boleh add to chart dan boleh checkout. Penting sangat part ini. Pembayaran checkout ini adalah pembayaran pertama untuk Buy For Me. Pembayaran ini untuk pembelian dari China Seller. Sg Care tu terpulang korang nak klik atau tak. SG Care ini lebih kurang macam jaminan. Berlaku apa apa pada barangan SG Care akan bertanggungjawab. Disebabkan produk ini besar so cik en decide untuk guna SG Care. Ada pembayaran sikit la tak sampai RM5. 



Langkah 6 : Lepas settle pembayaran pertama ini selesai, korang akan di update pasal barangan korang. Bila dah sampai ke China Warehouse korang kena stanby pula untuk pembayaran ke 2. Ini tanda barangan korang dah sampai ke China Warehouse



Langkah 7 : Setelah semuanya selesai masuk ke China Warehouse, SGShop akan keluarkan invoice untuk shipping ke Malaysia pula dan korang perlu buat pembayaran ke 2 sebelum naik kapal ke Malaysia. Ada beberapa jenis Shipping Method dan korang boleh pilih mana yang sesuai. Paling murah Sea Shipping.


Disebabkan barangan cik en ini berat 70kg dengan volumetric weight 181x24x98 so jangan terkejut kalau shippingnya hampir RM400. Sedangkan harga sofa bed dia RM190 (paling besar 180 meter dengan 2 bantal). Tapi korang boleh gunakan tips cik en dengan Subscribe Syiok. Syiok ini adalah 30% diskaun untuk shipping. So dalam pembayaran ke 2, cik en jimat dalam RM120 camtu. Berbaloi sangat bagi cik en. Lagi lagi barangan ini antara barangan yang cik en dah masuk dalam wishlist untuk masuk rumah baru nanti.

p/s : Rasa nak buat giveaway untuk korang sebab cik en ada beli beberapa item dari SGShop yang nampaknya cik en takleh guna.  So korang kena rajin follow media sosial cik en nanti. 
14

Percubaan Pertama Menggunakan Air Fryer Riino Beli di CJ Wow Shop

Percubaan Pertama Menggunakan Air Fryer Riino Beli di CJ Wow Shop | Air Fryer Riino  Air Fryer Riino  Air Fryer Riino  Air Fryer Riino. Cik en beli  Air Fryer Riino ini pun disebabkan ter... Tertengok di CJ Wow Shop, tertarik.. tercari di google.. terinstall apps CJ Wow Shop.. tercari  Air Fryer Riino ini.. terorder.. dan barang pun sampai depan mata dan terpaksa bayar. Hahahha. Berapa banyak ter pun cik en tak pasti tapi lepas menggunakan kali pertama so far its okey for me. Memudahkan dan dapat hasilkan makanan yang tanpa minyak. 


CJ Wow Shop jual  Air Fryer Riino ini dengan harga RM 249. Dapat  Air Fryer Riino ,food container, pisau 3 jenis, pengupas kulit dan buku resepi serta beg CJ Wow Shop by Yana Samsudin. Cik en gunakan  Air Fryer Riino ini selepas seminggu sebab cik en kesibukan yang amat sangat. Ini pun asalnya nak masak sebab abah cik en nak mai rumah sewa. Alih alih tak jadi pula dia mai sebab tarikh medical checkup dia di Hospital Seri Manjung rupanya 21 haribulan Mei dan bukannya 2 haribulan Mei. Jadi cik en pun ber hu hu habiskan ayam panggang cik en ini. Hahahha







Atas ini kesemua barangan yang cik en dapat hasil pembelian melalui CJ Wow Shop. Kalau diikutkan harga  Air Fryer Riino ini RM 450 di pasaran tapi dengan CJ Wow Shop separuh daripada itu include dengan gift. 

Berbalik kepada menu cik en masak tadi. Cik en masak seekor ayam yang dah marinated. Dan nampaknya kesalahan cik en ada 3. Suhu yang rendah, timer yang salah dan cik en tak belahkan dua ayam itu. Jadi 2 kali la cik en masak. Huhuhu





Cik en tak gunakan setitis minyak pun dan nampak shinning itu adalah dari lemak ayam itu sendiri. So far masak kali kedua ini buat isi dalam lebih masak dari yang pertama. Lepas itu bunyi Air Fryer Riino ini tak terlalu kuat. Cuma ada bau hangit sikit. Mungkin masih baru kot. Lepas ini cik en akan share menu menu lain dari Air Fryer Riino di Instgram dan facebook cik en.

Air Fryer Riino ini boleh digunakan untuk memasak 
  1. Potatoes & Fries
  2. Ayam & Daging
  3. Snack macam nugget
  4. Baking macam kek atau muffins
Range suhu dari 80 hingga 200 darjah celcius dan timer dari 0 minit ke 30 minit. Kebesaran adalah 3.2 liter. 



Ini detail Air Fryer Riino dari CJ Wow Shop


Kalau korang berminat boleh la order di Air Fryer Riino CJ Wow Shop  . Dah nampak dah menu apa nak di masak waktu berbuka di bulan Ramadan nanti. Salah satunya Ayam Percik Bakar menggunakan Air Fryer Riino ini. Bagi cik en, berbaloi la beli di CJ Wow Shop ini. 
12