Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Raya2021

Showing posts with label Raya2021. Show all posts
Showing posts with label Raya2021. Show all posts

Pertama Kali Raya Tanpa Abah

Pertama Kali Raya Tanpa Abah | Tak sampai 3 bulan abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Tahun 2021 ini merupakan tahun yang paling sedih sepanjang hidup cik en. Bermula pemergian Tok Piah (ayah mak) pada 3 Januari, diikuti Makwe Wa (kakak sulung) di Perlis 16 Januari, kemudian abah 1 Mac dipangkuan cik en, 1 April, adik ipar kemalangan tapi selamat, 9 April, Tok Cik (bapa saudara abah) dan baru ini 1 Mei , Pak Ngah Mat (Abang abah) pergi meninggal kami. Setiap bulan akan dapat perkhabaran duka. Dengan isu Covid dan masalah masalah lain buat cik en hampir tersungkur awalnya. Berat bebanan yang cik en kena pikul. Nampak macam tenang dan tersenyum tapi beban yang ada di bahu dan hati ini Ya Allah.. rasa dah tak kuat.

2