Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Raya 2018

Showing posts with label Raya 2018. Show all posts
Showing posts with label Raya 2018. Show all posts

Suasana Hari Raya 2018 Cik EN

Suasana Hari Raya 2018 Cik EN | Alhamdulillah, dah dekat seminggu kita meninggalkan bulan Ramadan yang penuh barakah. Belum sempat kita tangisi pemergian Ramadan, Syawal pun menjelma dengan penuh kegembiraan. Berbeza suasana raya sebelum ini, cik en memang tak ada hati nak sambut. Tapi tahun ini excited itu lain macam tau! Bukan sebab cik en ada buat majlis bertunang atau nikah tapi feel raya itu sampai ke hati cik en ini. 


Suasana Hari Raya 2018 Cik EN

Mungkin ada sedia maklum, cik en sebelum ini ada anxiety dan depression. Tapi siapa sangka, beberapa bulan sebelum datangnya Ramadan, cik en semakin baik dan sekarang ini boleh dikatakan cik en 70% sihat zahir dan batin. Malas la nak kenang kisah lama itu, cik en nak kongsi dengan korang moment terindah sambutan hari raya tahun ini. Disebabkan masih ada lemak lemang dan rendang cik en belanja korang gambar gambar aje na. 

Family Cik EN
3 ahli keluarga perempuan dari 4 orang. 


Only my adik

Sesekali gedik

Sesi mintak maaf

Abah, ampunkan along

Mak, maaf ada terkutuk mak. Hahhaha

Cer teka siapa bagi kat siapa?

"boyfriend" cik en ini adalah Pak Ndak cik en

Ini wife pak ndak. Mak Ndak tak sihat masa ini

Anak Pak Ndak ke 4. Acik

Jemputan makan makan pada malam hari raya pertama. Penuh barney sampai tersangkut la. Hahahha

Sesi tambah lemak

Selesai Hari Raya Pertama. Hari Raya ke 2 cik en buat rumah terbuka dan ada beberapa blogger yang datang memeriahkannya. Terima Kasih Semua!

Blogger Nia Mia dan Yeop Marz

Anak Pak ndak yang sulung dan kedua. Along Jannah dan Angah Hijanah

Blogger Penang dan PR. Thanks Criz dan team

Thankz Criz dengan buah tangan ini

Blogger paling sempoiiiii. Kak EL

Family havoc kak EL
Rumah Terbuka cik en sampai malam dan yang lain lain kawan kawan abah dan adik serta saudara mara terdekat.

Cik en betul betul lupa nak snap juadah raya cik en tahun ini. Tahun ini kami sekeluarga buat Sup Gear Box, Laksa, Lemang, Rendang, Nasi Impit, Kuah Kacang dan kuih muih yang lain. Yang bawah ini adik cik en yang buat. Sedap dan rasanya dah boleh open untuk jual ini. Bawah itu Laksa Kuala Kangsar Style. 




Untuk tahun ini, cik en berbahagi tugas dan budget. Cik en macam biasalah budget untuk ayam, daging, tulang dan barangan raya yang lain. Adik cik en part duit raya, kuih muih dan tudung. Mak dan abah cik en part memasak juadah raya. Alhamdulillah, bonus yang Kerajaan Negeri bagi kali ini cik en puas buat belanja raya kali ini. Bukan untuk diri cik en tapi keluarga. Alhamdulillah
8

Salam Aidilfitri Dari Nurfuzie.com

Salam Aidilfitri Dari Nurfuzie.com | Assalamualaikum semua. Di kesempatan ini cik en ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439 H / 2018 kepada semua pembaca blog nurfuzie.com dan di kesempatan ini, cik en mohon 10 jari maaf zahir dan batin. 


Alhamdulillah, tahun ini cik en dapat beraya dalam hati yang sangat gembira. Ingat lagi tahun sebelum ini, mesti ada masalah masalah yang timbul termasuk masalah depression cik en. Tahun ini cik en rasa Allah permudahkan semua dan menceriakan hati semua termasuk hati cik en. 

Itulah kata orang yang sayangkan cik en, "Maaf dan redho apa yang berlaku. Insyallah kita akan rasa ketenangan hati" 

Oleh kerana itu juga, depression cik en dah lebih baik. Pendek kata dah semakin sembuh.

Jadi tahun ini cik en rasakan raya yang sangat bermakna dan gembira. 

Oh ya, tahun ini cik en buat rumah terbuka ye, nanti kalau ada yang free atau yang datang ke Perak terutama Kuala Kangsar korang boleh la datang. Detail di Rumah Terbuka Eintan Nurfuzie 2018
2