Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Rawatan Tradisonal

Showing posts with label Rawatan Tradisonal. Show all posts
Showing posts with label Rawatan Tradisonal. Show all posts

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan | Anyway cik en sebenarnya dah keluarkan Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan ini tapi mungkin tak perasaan sebabnya tajuk yang panjang. So cik en nak taipkan sekali lagi dengan sedikit tambahan ilmu untuk korang. Sebabnya keracunan ini takkan sampai 24 jam kucing akan mati. Korang takkan sempat buat apa apa kalau korang tak tahu cara merawat keracunanan ini. So kali ini cik en nak share Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan dan pastikan korang simpan entri ini di mana mana untuk korang rujuk masa kecemasan. 

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan
Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan


Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan

Kenapa Kucing Keracunan

  1. Makan makanan yang tercemar
  2. Bermain dengan haiwan perosak seperti lipas atau tikus yang baru lepas disembur ridscet atau makan ubat racun
  3. Badan terkena rumput beracun dan kucing menjilat bulu untuk grooming
  4. Sengaja diracun
  5. Termakan ubat manusia
  6. Pokok yang beracun bagi kucing. Boleh baca Top Cat Poisons

Tanda Tanda Kucing Keracunan

  1. Air liur meleleh pekat dan taida ulser dalam mulut
  2. Pasif tiba tiba
  3. Lemah
  4. Mulut dan hidung berdarah
  5. Poo dan Pee berdarah

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan


Sebelum cik en nak teruskan Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan ini, cik en nak korang faham konsep rawatan ini. Bila keracunan, racun akan masuk ke bahagian perut. Racun ini akan membakar perut kucing secara perlahan lahan mengikut kuantiti racun yang termakan. Jadi untuk membantu mereka, korang kena pastikan dorang minum dan kencing. Sebabnya racun akan keluar melalui air kencing. Walaupun cara ini tidak dapat membantu kucing 100% tapi chance untuk kucing hidup masih ada.  Ok la jom kita tengok Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan

  1. Bagi air yang banyak untuk minum tapi jangan sampai kucing lemas pula
  2. Bagi air kelapa dan diikuti putih telur
  3. Air asam jawa 
  4. Minyak masak
  5. Charcoal Active ( kalau manusia, doktor bagi sebab cirit birit, kat farmasi ada jual)
  6. Bawa ke vet secepat mungkin
Ini antara Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan UNTUK RAWATAN AWAL tau! Kalau lewat semua ini tak banyak dapat membantu. Entri asal di Veterinar : Rawatan Haiwan Kesayangan Yang Termakan Racun
17

Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing

Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing | Ini antara rawatan yang selalu cik en buat di klinik veterinar cik en. Kebanyakan kucing yang datang ke klinik kerajaan ini kucing kampung atau mix breed. Ada juga yang berbaka tulen tapi bukan masalah kurap ini. Masalah kurap ini selalunya kucing yang bebas atau kucing yang ada kawan kawan berkurap juga. Selain itu berjangkit dari ibu ke anak anak yang masih menyusu. Untuk pengetahuan semua, cik en takkan injection anak anak kucing ini dengan ubat anti parasite. So cik en akan konsultan Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing pada owner. 

Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing
Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing


Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing


Kurap ini adalah salah satu penyakit kulit yang mana korang boleh baca di Penyakit Kulit Haiwan dan 4 Penyakit Yang Biasa Berlaku Pada Kucing . Sebelum cik en nak teruskan Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing ini, meh cik en nak kongsi faktor faktor kenapa kurap ada pada kucing

Kenapa Kucing Berkurap

  1. Persekitaran yang tidak bersih
  2. Berjangkit dengan kucing liar atau kawan kawan yang ada kurap
  3. Makan makanan bergoreng seperti ikan goreng
  4. Faktor cuaca

Cara Mudah Merawat Kurap Pada Kucing

  1. Gunakan minyak ikan goreng - Sapu setiap hari di tempat kurap
  2. Gunakan air gamat - sapu setiap hari di tempat kurap
  3. Gunakan garam kasar - Larutkan garam kasar dan air dan mandikan atau spray di kawasan kurap
  4. Cuka Epal - Banyak kegunaan Cuka Epal ini, korang boleh baca di Kebaikan Cuka Epal (Apple Cider) - Contoh apple cider - https://shp.ee/8spwzvk
  5. Air Laut - Ini cik en baru apply pada anjing yang memang kurap dan kutu yang teruk. 
Tapi apa pun cik en nak korang rujuk vet juga ye. Sebabnya kalau korang tak ada pengalaman atau tak boleh bezakan kurap dengan penyakit kulit lain rawatan rawatan ini akan memburukkan lagi keadaan kucing korang. Sebabnya ianya perlu diagnosis dulu sebelum decide apa penyakit kulit ini. Lagi satu kalau ada luka, cara diatas akan menyakitkan kucing korang. So apa apa refer vet na.

Cik en buka peluang kepada korang yang ada kucing yang lain dari yang lain nak dikongsi kepada pembaca blog ini. Korang boleh buat sedikit cerita yang akan cik en copy paste untuk masukkan dalam blog ini dengan menghantar email kepada eintannurfuzie@gmail.com. Permohoan yang cik en rasa lucu atau menarik cik en akan inform kepada owner yang email. 

8

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet | Ingat tak kisah Atan sikucing yang luka di bahagian muka dan yang paling parah dipenuhi dengan beratus ratus ulat dan nanah. Hanya orang ada pengalaman kendalikan haiwan kucing bernanah ini akan tahu "feel" wangian nanah dan ke"geraman" melihat ulat keluar masuk dalam luka. Hahaha. Kucing itu dah sembuh tau? Alhamdullilah.. Selain daripada rawatan biasa dibuat,ada cara mudah rawat luka berulat kucing dengan membekalkan satu spray ajaib untuk merawat kulit dan luka. Semestinya ianya lebih baik daripada manggot spray yang bertoksik ada di pasaran. Spray ini dibuat daripada bahan semulajadi dan bebas toksik. Nak tahu cik en berikan spray ajaib apa? Cik en berikan My Pet Vet keluaran Furley Bioextracts untuk kak Shimah owner si Atan ini. My Pet Vet 100% dari bahan semulajadi untuk merawat luka dan kulit. Bayangkan My Pet Vet ini mampu untuk merawat luka si Atan yang ada kata tak ada peluang untuk Atan sembuh. 

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing


Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet


Sebelum itu, sesiapa yang terlepas cerita Si Atan ini di Kisah Kucing Luka Berulat Di Muka  penghujung bulan Februari yang lepas, meh cik en story balik, Kucing tersebut nama Atan dan Atan ini tak balik balik rumah. Balik balik je, muka dah berulat dan separuh muka tak ada. Cik en buat treatment dan bekalkan My Pet Vet ini sebabnya luka di muka ini merangkumi mulut, hidung dan mata. Bukannya cik en tak boleh suggestkan wound spray seperti magtox, tapi memikirkan peluang matanya untuk sembuh tinggi, cik en memilih memberi My Pet Vet ini. Kenapa cik en memilih My Pet Vet? 


Sebabnya ianya Natural, No Chemicals. Painless dan Odorless. Selamat bukan untuk haiwan tapi manusia juga. Bahan asasnya adalah extract kulit manggis yang mana dapat mengurangkan sakit dan jangkitan. Sebabnya ianya dapat menghapuskan harmful bacteria dan kalau haiwan terutama kucing (yang suka menjilat) menjilat ianya tidak memberi keracunan pada kucing tersebut. 

Nak tengok muka Atan yang terbaru? 







Kiranya dalam 1 bulan, Atan dah jadi handsome semula. Hahaha. Abaikan gambar last, dia kenyitkan mata pulak. Dan yang best, matanya sihat dan normal semula. Yang tinggal hanya parut saja. Insyallah, lama lam bulu akan tumbuh sepenuhnya. 


My Pet Vet bukan saja effective pada luka berulat saja, ianya boleh untuk :
  • Fungas
  • Kulit mengelupas (Scaly skin)
  • Kutu (Mites)
  • Luka Pembedahan
  • Small Wound
My Pet Vet sangat sesuai untuk
  • Kucing
  • Anjing
  • Burung
  • Mamalia
  • Antiseptik barangan rumah 

Korang berminat untuk mendapatkannya? ini details nya. 

My Pet Vet
For Skin And Wounds
Natural botanical Remedy
Harga : RM 48.00
Boleh beli di Shopee - https://shp.ee/rd6kykv

Korang boleh rujuk entri Cara Merawat Kucing Luka


18

Cara Buang Gam Pelekat Lalat Atau Tikus Pada Bulu Kucing


Cara Buang Gam Pelekat Lalat Atau Tikus Pada Bulu Kucing | Memiliki kucing yang aktif dan sihat memang memerlukan tenaga yang banyak lebih lebih lagi kucing korang jenis suka sepahkan barang di rumah. Pernah tak, kucing korang buat hal seperti bergolek di pelekat lalat, pelekat tikus, tersimbah cat dan sebagainya? Apa cara terbaik korang yang boleh dibuat tanpa menyakitkan kucing? Cik en sendiri ada bertanya pendapat kawan kawan facebook cik en dan cik en akan kumpulkan untuk panduan korang. Cara Buang Gam Pelekat Lalat Atau Tikus Pada Bulu Kucing

  1. Tengok juga kucing korang jenis agresif atau manja. Kalau manja memudahkan korang nak jalankan step seterusnya. Kalau agresif, korang boleh gunakan tuala atau apa apa untuk balutkannya. Jika tidak berjaya, terpaksalah korang bawa ke klinik vet berhampiran untuk diberi pelali. Hahahaha
  2. Untuk awal, korang boleh gunting bulu kucing. Gunting untuk buangkan bulu yang terkena gam atau cat. 
  3. Jika tidak berjaya, korang boleh gunakan minyak masak, minyak zaitun atau minyak yang tidak bertoksik. Kalau bertoksik takut kucing keracunan pula.
  4. Kalau tidak berjaya juga, korang boleh botak, lion cut, cukur kan bulu. Yang ini lebih memudahkan dan bulu akan tumbuh dengan lebih cantik. Tapi ambil masa yang lama la ye. 
  5. Kalau susah susah sangat, bawa je ke klinik veterinar. Kalau ada luka, bolehlah vet bekalkan antibiotik atau krim luka. 
  6. Apa apa korang boleh rujuk vet berhampiran ye.. 
Ini antara jawapan yang cik en dapat dari Kucing korang kena pelekat lalat 1 badan. Apa tindakan terbaik korang? . Terima kasih semua yang komen. Kalau korang ada cara yang lebih baik, jangan segan segan left kan comment ye. 
7

Cara Rawatan Kucing Sembelit Di Rumah


Cara Rawatan Kucing Sembelit Di Rumah | Sembelit atau constipation ini kerap juga boleh berlaku pada kucing dan anjing dan bukan sahaja pada manusia. Ianya berlaku apabila berlaku pembentukan najis yang abnormal di dalam usus kucing. Apabila usus gagal menyerap air ianya akan menyebabkan najis menjadi keras dan kering. Masa inilah berlakunya sembelit. Seperti manusia juga, keadaan sembelit pada kucing lebih kurang sama. Dan kita boleh memeriksa secara fizikal untuk ketahui kucing kita sembelit atau tidak. Antara faktornya, kekurangan air dalam badan (dehydrate) kerana tidak sihat atau demam, diet yang tidak seimbang, bendasing (benda benda asing) , cancer (tumor), kecederaan pelvis, kecedaran saraf dan hairballs (kucing berbulu panjang)

Cik en nak kongsi cara bagaimana korang boleh memeriksa kucing korang sembelit atau tidak di rumah. Boleh rujuk gambar di bawah ini. 


Gambar di atas adalah cara bagaimana untuk memeriksa bahagian usus kucing. Cuba picit secara perlahan. Kalau sembelit, korang dapat rasakan ada ketul ketul panjang dan keras. Untuk korang gambarkan keadaan ketulan itu, korang rujuk gambar dibawah ini.


Anak panah itu menunjukkan najis atau ketulan yang mana ianya adalah tanda tanda sembelit. Nampak macam keras kan? sebabkan keras la najis tidak boleh dikeluarkan dan sampai satu tahap, kalau kucing paksa meneran, akan berlaku luka dan adakalanya akanjadi buasir. Jangan ingat buasir tak terjadi pada kucing tau? 

Oleh kerana, kebanyakan pembaca cik en sangat sibuk dengan kerja, budget kurang dans ebagainya, cik en nak kongsi sedikit cara rawatan tradisional atau rawatan yang boleh dilakukan kalau tidak sempat bawa kucing ke klinik veterinar. Dah tahu dah alasan alasan sebegitu. Hihihi. Ok, ada 8 cara yag korang boleh buat. Tapi kalau tak menjadi, better korang bawa ke klinik veterinar juga ye.. Bahan yang korang boleh gunakan adalah :

Labu / Pumpkin

Bila dah sembelit ini, korang kena berikan fiber untuk bagi cairkan najis itu. Salah satunya menggunakan labu. Just blendkan labu dan jadikan sebagai wet food (makanan basah seperti didalam tin atau paket) . Bagaimana nak buat wetfood? Boleh rujuk entri --> Cara Buat Wet Food Untuk Kucing

Air

Sembelit ini berlaku bila kekurangan air dalam badan dan ianya tak mampu untuk cairkan najis kucing korang. Jangan terkejut pula kalau kucing tidak minum air. Selalunya kes demam, pergi mengawan sampai lupa makan dan minum, kesakitan dan sebaginya. Jadi kalau korang berikan dry food atau ada yang panggil pallet atau biskut, semestinya kucing korang kena minum air yang banyak. Nama pun dry food jadi kuantiti air didalamnya sangat sedikit dan ada yang tiada langsung air. Kalau berikan wet food, so far ada la sedikit kuantiti air yang diminum. Selain itu, korang boleh sediakan fresh water atau air yang sentiasa ditukar setiap hari.


Petroleum Jelly


Selalunya kita ada letak Vaseline kan pada bibir kita. Sebenarnya ianya boleh membantu kucing yang sembelit. Selamat ke kucing makan vaseline. Vaseline bukan toksik dan ianya seperti pelincir. Jadi korang boleh berikan SIKIT dalam 1/2 sudu kecil pada kucing korang. Kalau terlebih, macam makan julap la. Hahahah. Cerry Berry pulak. Kalau dah Cerry Berry boleh rujuk entri ---> Cara Rawatan Kucing Cirit Birit

Oat Bran


Macam yang lain, cuma campurkan 1/2 sudu oat dalam wet food kucing korang. Kalau taka da cuba carikan apa jua yang berfiber tinggi. 

Potong Bulu / Trimmed


Ini kes kalau kucing jenis berbulu panjang. Korang kena la trimmed atau grooming ye. Janganlah dibiarkan bulu kucing panjang dah macam rambut puteri gunung ledang. Amalkan grooming kucing korang 4 atau 5 bulan sekali. Ini pun salah satu faktor sembelit. Hairballs. 

Selalu bersihkan tempat poo dan pee


Kalau kucing jenis cerewet, sememangnya mereka sanggup tak membuang kalau litter box mereka tidak dibersihkan, kotor, diletakkan di tempat lain atau berkongsi dengan kucing lain. Ini pun salah satu faktor sembelit, so better kemas litter box mereka sekerap yang mungkin ye..

Susu


Sebenarnya susu lembu yang ada laktosa ini akan mengakibatkan kucing cirit birit. So untuk kes sembelit ini, korang boleh cuba dengan berikan 1/8 gelas pada kucing korang. Buat 2 kali sehari sehingga seminggu. Kalau dah ok, berhenti la yerk. nanti cirit birit pulak. Dah naya pulak. Hahahaha

Sup


Ini cara terakhir, korang boleh berikan sup berasaskan daging dan boleh tambahkan 1/2 sudu oat atau petroleum jelly dan berikan kucing korang makan. 


Diharap rawatan diatas ini dapat membantu korang. Kalau rasa tak boleh juga atau makin lama makin teruk, better bawa ke klinik veterinar berhampiran ye. Cik en hanya kongsikan untuk sembelit yang ringan. Kalau ianya perlu dibuat melalui rectum/dubur, korang boleh gunakan KY Jelly atau beli ubat bayi sembelit di farmasi. Kalau di klinik cik en, kami menggunakan liquid paraffin. Susah nak cari semua itu, korang bawa saja ke klinik untuk dapatkan lebih maklumat dari doktor yang bertauliah. 

Sumber : https://homeremediesfor.com/cat-constipation/
24

Cara Rawatan Kucing Cirit Birit

Cara Rawatan Kucing Yang Cirit Birit

Cara Rawatan Kucing Cirit Birit | Dah sampai musim kucing cirit birit di klinik cik en. Cirit birit atau panggilan cik en cerry berry ini tak terhad pada kucing dewasa tapi juga pada anak kucing. Disebabkan setiap hari cik en menerangkan benda yang sama, cik en nak kongsi sedikit rawatan cirit birit pada kucing dewasa dan anak kucing. Sebelum itu, korang boleh rujuk Kenapa Kucing Cirit Birit. Yang penting korang kena tahu history kucing korang itu. Seperti jadual pemberian ubat cacing, pemakanan, aktiviti dan sebagainya. 

gambar kucing cirit

Korang juga boleh rujuk gambar diatas untuk ketahui tahap keadaan najis kucing korang. Selalunya Type 6 dan Type 7 ini akan buat kucing korang jadi lemah sebab kekurangan air dalam badan dan jika tak dirawat kucing boleh mati. Ini antara rawatan asas yang korang boleh buat mengikut punca punca cirit birit ini. 

  1. Cacing / Parasit ( bulu tak cantik, gugur, makan banyak tapi badan tak gemuk) - dapatkan ubat cacing di klinik veterinar atau kedai haiwan. Rujuk entri Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing
  2. Tukar Makanan Baru - Korang boleh rujuk Cara Memperkenalkan Makanan Baru Pada Kucing
  3. Susu ( selalunya terjadi pada anak kucing yang kehilangan ibu dan diberi susu lembu) - tukarkan kepada susu kucing yang boleh didapati di kedai haiwan atau klinik haiwan. Jika korang gunakan susu yang dibeli dari kedai haiwan, cuba cairkan kepekatan susu tersebut. 
  4. Keracunan - Boleh dapatkan rawatan awal dengan menggunakan air kelapa segar atau bawa ke klinik veterinar dalam keadaan segera
  5. Jangkitan (gangguan usus) dan Virus - Perlu rujuk klinik veterinar
Jika, korang tak pasti punca cirit birit, korang boleh gunakan kaedah di bawah ini.

  1. Puasakan kucing dari makan selama 12 hingga 24 jam. 
  2. Pastikan berikan banyak minum fresh water untuk elakkan dehydrated. 
  3. Jika kucing nampak lemah, boleh berikan air glukose, madu atau air gula. 
  4. Selepas 24 jam, korang boleh berikan ayam rebus atau ada juga vet yang suggest blend nasi putih bersama ayam rebus. 
  5. Kalau kucing korang dah tak cirit, selesai dah masalah itu
  6. Jika kucing masih cirit selepas di beri makanan boleh rujuk klinik veterinar berhampiran ye untuk dapatkan consultant.
Ini antara yang kerap cik en kongsikan bersama pelanggan dan pembaca cik en yang private massange cik en. Diharap ianya dapat membantu korang sementara ada masa untuk ke klinik. Tapi janganlah dah teruk baru bawa ke klinik, masa itu, cas rawatan yang murah akan jadi mahal sebabkan banyak komplikasi yang berlaku. Macam drip, admir ward dan sebagainya. 
16

Cara Mudah Merawat Selsema Kucing (Cat Flu)


Cara Mudah Merawat Selsema Kucing (Cat Flu) | Sampai saja musim hujan atau tengkujuh, semestinya klinik cik en akan dipenuhi dengan kes kucing selsema atau cat flu dan sakit mata. Dan selalunya kes ini lebih mudah dan banyak menyerang anak anak kucing (kitten) dan kucing remaja bawah umur 1 tahun. Kucing dewasa tak terkecuali cuma kucing dewasa ini antibodi mereka lebih kuat. Trend kes ini berlaku sebenarnya faktor cuaca yang sejuk dan kurang mendapat cahaya matahari yang membawa vitamin C . Macam kes manusia juga, kalau badan kita kekuranga vitamin C, kita akan mudah diserang selsema

Kes selsema pada kucing ini akan berkait rapat dengan sakit mata. Selalunya pakej la kes ini. Sebabnya hidung dan mata sangat dekat kan? Dan ianya mudah berjangkit dengan kucing kucing yang lain, lagi lagi anak kucing. Jadi sesiapa yang membela kucing didalam sangkar ini, kalau dah ada seekor yang sakit, better korang asingkan dan rawat. 

Cik en nak kongsi sikit beberapa cara mudah merawat Selsema Kucing (Cat Flu) ini yang korang boleh buat di rumah. Mungkin dapat membantu mengurangkan penggunaan ubatan (drug). Kalau cara cara di bawah ini tidak berkesan, korang WAJIB ke klinik veterinar berhampiran ye..

  • Supplement
Sediakan stok supplemen seperti Vitamin C atau Multivitamin. Caranya dengan berikan supplemen ini kepada kucing korang. Boleh hancurkan dengan air dan pam kan ke dalam mulutm atau terus masukkan ke dalam mulut kucing korang. Amalkan 2 kali sehari sehingga kucing korang sembuh. Sangat sesuai diberi apabila dah nampak tanda tanda selsema.

  • Sauna Untuk Kucing
Ingat kucing tak ada sauna ke? Ada okey? Hahaha. Dalam cuaca yang sejuk, sememangnya kucing korang akan "merindui" cahaya matahari yang akan memanaskan tubuh badan mereka. Jadi korang boleh buatkan sauna bagi kucing korang. Korang perlukan cage atau sangkar dan bilik air korang yang ada air panas. Kurung kucing korang di dalam cage dan letak dalam bilik air. Cuma buatkan wap panas dengan bukakan air panas korang atau panaskan air dan letak didalam baldi. Biarkan wap panas memenuhi ruang bilik air korang. Jangan lupa tutup pintu. Dan biarkan dalam 10 ke 20 minit mengikut kebesaran bilik air. Ulangi 2 atau 3 kali sehari sehingga kucing korang selesa dan sihat

  • Cuka Epal
Penggunaan cuka epal pada kucing ini banyak. Antaranya untuk alternatif lain untuk Virus FIP dan kurap yang tebal. Dan juga, ianya bagus untuk kucing yang selsema. Ianya membantu neutralkan balik PH. Caranya mudah, cuma masukkan sesudu dalam makanan dan minuman seperti wetfood dan air minuman harian kucing korang. 

  • Asid Amino (Lysine)
Asid Amino berfungsi membina protein yang mana mampu menjadi pertahanan dari virus membiak. So dengan masukkan sedikit asid amino dalam dos 200 mg ke 500 mg ke dalam wet food mampu membantu kucing mendapat sakit.

  • Panaskan kucing 
Panaskan kucing? Hahaha, jangan la korang rebuskan pulak kucing korang tapi korang boleh sediakan carikkan surat khabar (karbon tulisan dapat menghangatkan), letakkan selimut, botol air suam di dalam cage atau tempat tidur kucing korang dan memanaskan badan kucing. 

  • Jangan bagi kucing korang kehilangan air dalam badan
Dah menjadi kebiasan, bila sampai kes selsema, kucing akan kurang selera minum (cuaca sejuk kurang buat kucing dahaga) dan makan (tidak dapat menghidu makanan kerana selsema). Ini antara punca utama kebanyakan kucing mati. Jadi, korang kena make sure kucing korang makan dan minum. Dehydrate atau kekurangan air dalam badan kucing ini korang boleh check dengan memulas /mencubit sedikit kulit kucing dan lepaskan. Kalau kulit kembali ke bentuk asal, ianya cukup air dalam badan. Kalau perlahan lahan, nampaknya kucing korang dah dehydrate. Untuk ini, korang boleh berikan air glukose, air gula, madu, wet food, air rebusan atau jus ikan dan apa juga makanan kegemaran kucing korang. Kalau boleh wet food dipanaskan bagi memancing selera kucing korang.

  • Vick’s VapoRub
Jangan terkejut kalau ianya boleh merawat selsema kucing korang. Tapi janganlah disapu banyak banyak. Cuma letak sedikit di cotton bite dan calit di misai kucing korang. Menthol mampu clear kan hidung tersumbat kucing korang itu. Ianya sedikit dapat membantu.

  • Bawa ke Klinik Veterinar berdekatan
Kalau tak baik baik juga, better dapatkan khidmat doktor atau pengawai veterinar di klinik veterinar. Nak tak nak, kalau korang kekurangan budget atau sibuk bekerja terpaksa la korang korban sedikit masa dan pinjamlah pada kawan kawan dulu. Jangan dah sampai nazak baru nak bawa, memang vet tak mampu nak membantu dah.

Diharap ianya dapat membantu korang yang mempunyai kucing. Musim hujan ini, kucing memang mudah diserang penyakit. Jadi berikan lebih perhatian kepada kelakuan dan abnormal kucing korang ye.
24

Kambing Kena Puru Sehingga Luka Berulat


Kambing Kena Puru Sehingga Luka Berulat | Hari ini cik en nak kongsi satu lagi masalah yang selalu terjadi pada kambing. Baca entri ini dengan santai yerk. Janganlah serius macam nak ambil exam. Hahaha. Jika sebelum ini cik en kongsi masalah kembung pada kambing dan kongsi juga cara rawatannya. Kali ini, topik masalah puru atau Contagious ecthyma atau soremouth, pustular dermatitis, orf atau scabby mouth dan ianya kerap berlaku pada kambing. Ianya penyakit zoonotik (boleh berjangkit dengan manusia dan haiwan) yang mana ianya berpunca dari virus POX. Selalunya anak kambing yang kerap kena. 



Tanda tandanya dalam gambar ini tidak jelas sangat sebab kambing ini tak duduk diam. So cik en bagi gambaran sedikit. Tanda-tanda penyakit

  1. Terdapat gelembung yang mengandungi air pada bahagian mulut, gusi, bibir dan kulit kambing.
  2. Apabila gelembung ini pecah ianya akan menjadi keruping dan kadang kala merekah dan berdarah
  3. Selain itu terjadi juga di bahagian kaki terutama di celah-celah jari dan juga pada bahagian tetek ibu kambing



Ada 2 rawatan yang boleh dipraktikkan. Satu menggunakan ubatan veterinar dan satu lagi cara tradisional. Untuk menggunakan ubatan veterinar, sebaiknya panggillah pengawai veterinar daerah di tempat masing. Cuma cik en nak kongsi rawatan secara tradisional. Rawatannya seperti berikut :

  1. Asingkan kambing yang sihat dengan yang ada puru
  2. Puru perlu dipotong/dikikis sehingga tercabut. Kalau berdarah tiada masalah, lagi bagus.
  3. Boleh sapukan dengan iodin / kapur sireh /belerang / kabait atau minyak tanah. Untuk mulut disarankan letak iodin atau kapur sireh je tau. Kang letak belerang keracunan pula
  4. Buat sekerap yang boleh. 
  5. Kalau kering, boleh sapunya minyak masak tuk bagi pelembab gitu. 
  6. Kalau rasa tak baik baik, baiklah hubungi pengawai veterinar daerah berhampiran ye. 
Sebenarnya ada vaksin untuk puru ini. Namanya Vaksin CONTAGIOUS ECTHYMA . Cuma sepanjang cik en bekerja, cik en tak pernah jumpa atau gunakan lagi vaksin ini. Yang selalu guna pun ivermectin atau anthimoline. 



Untuk kes cik en yang ini, ada 2 kes sebenarnya. Satu masalah puru dan satu lagi luka berulat. Mungkin keadaan luka berdarah yang lama menarik minat lalat untuk menderma telur ulat. So untuk kes ini, cik en tengok, dibahagian tepi mulut kambing dipenuhi ulat dan daging mula membusuk. Mungkin faktor kebersihan juga menjadi punca luka berulat ini. 



So, apa lagi singsingkan lengan baju, ambil forsep terus cik en cabut satu persatu ulat. Bau? hurm.. cik en dah cukup lali. Ulatnya memang dah gemok gemok. So operasi dressing di jalankan. Selesai buang ulat, sapukan iodin dan ubat antibiotik. Pesan pada peternak, kena jaga luka kambing ini. Sambil itu, cik en ajar juga bagaimana nak rawat puru di peringkat awal dan langkah pertama kalau dah mula ada ulat. Jadi cik en minta peternak inform balik pada cik en dari masa ke semasa kalau keadaan semakin teruk. 

Berpeluh juga kes hari ini. Sebabnya buat di tengah panas dan biasalah kandang peternak. Kena lebih bersedia dalam apa jua keadaan kandang. Kalau nampak perlukan nasihat kebersihan, sememangnya cik en akan mula mengomel tanpa henti dengan peternak. Hahahah. Ok la. jumpa untuk next entry esok. 

p/s : entri ini untuk bacaan santai, kalau ada yang ingi bertanya lebih lanjut, bolehlah tanya cik en di facebook cik en ye. Insyallah cik en akan membantu
3

Kambing Itu Bukan Bunting Tapi…


Kambing Itu Bukan Bunting Tapi… | Ingat tak gambar yang cik en keluarkan di instagram dan facebook personal cik en? Kalau sesiapa yang tak pernah tahu instgram dan facebook cik en bolehlah add cik en ye di Facebook Eintan Nurfuzie dan Instagram Eintan Nurfuzie. Gambar yang cik en maksudkan adalah gambar di atas itu. Nampak macam bunting kan? Tapi malangnya bukan. Ramai kawan kawan FB dan IG cik en menjawab dengan jawapan yang lawak lawak aje. Tergelak gelak cik en baca. Antara jawapanya adalah 


Tapi itu bukan jawapan yag tepat. Rasanya ada 3 4 orang jawab betul. Kambing itu sebenarnya KEMBUNG. Bagi ternakan kambing, masalah kembung sememangnya menjadi salah satu punca kematian yang tinggi. Sebenarnya ada 1 faktor yang utama kenapa kambing tersebut kembung. Faktornya adalah MAKANAN. Makanan yang terlebih protein menyebabkan perut ruminan akan kembung. 

Tanda fizikalnya, perut akan membesar sebelah. Selalunya sebelah kiri. Kalau korang ada di tempat kejadian, boleh tepuk tepuk perut yang membesar itu, korang akan rasa macam angin. Kes akan menjadi teruk apabila, kambing tak boleh bangun langsung. Kalau tak dirawat cepat, kemungkinan besar kambing akan mati kerana lemas. So jangan main main tau kalau kembung ini. Boleh buat kematian. Rugi saja nanti.

Nak tahu, apa cik en buat untuk kes sebegini? Ada beberapa step mengikut keadaan kembung. Cik en akan listkan ye sebagai info baru kepada semua

Cara Pertama

Untuk cara awal, kita boleh gunakan ubat jenis cecair untuk diminum. Antara yang boleh digunakan adalah

a. Air Halia
b. Lemuju
c. D-Bloat 
d. Asam Jawa
e. Minyak Kelapa
f. Eno Halia
g. Air Bergas

Cara kedua

Stomach Tube. Korang boleh gunakan getah paip air yang kecil yang telah ditebuk sedikit dibahagian pangkal getah paip air tersebut. Kemudian dimasukkan melalui mulut secara perlahan lahan. Korang akan dengar bunyi angin keluar. Cuba masuk dan keluarkan berulang kali sehingga kambing mula selesa. TAPI pastikan kalau kambing terbatuk, cepat cepat keluarkan getah paip tersebut. Kemungkinan, getah paip tu termasuk di saluran peparu kambing.

Cik en dan rakan sekerja cik en menggunakan cara ini untuk kambing tersebut



Cara Ketiga

yang ni korang kena guna Trocha and Canulla untuk menebuk dibahagian perut yang kembung untuk dikeluarkan angin. Tapi jangan buat sebarang, kena dapatkan khidmat daripada veterinary di daerah masing masing.

Cara Keempat dan terakhir

Pisaumycin. Hahahah.. maknanya disembelih.

So, harap bila korang baca entri ini, korang akan tahu apabila berhadapan dengan kes sebegini. Ada la sedikit ilmu kan?
6

Carian Mudah Rawatan Penyakit Di Nurfuzie.Com


Carian Mudah Rawatan Penyakit Di Nurfuzie.Com | Hampir seminggu cik en tak sempat update entry baru di blog. Tapi masih ada carian mengenai rawatan dan penyakit kucing yang ada dalam blog ini. Dan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, semestinya carian penyakit kucing akan meningkat kerana kebanyakkan klinik veterinar akan tutup sempena raya. So, cik en nak kasi sedikit panduan kepada sesiapa silent reader yang sentiasa mencari sumber maklumat mengenai kucing di blog ini . Ada 2 cara yang selalu cik en gunakan jika ada bertanya mengenai rawatan dan cik en dah keluarkan entry tersebut. Selalunya yang bertanya semasa cik en tengah drive, sibuk buat rawatan di klinik, dating, dan masa masa yang kurang sesuai, jadi takkan cik en nak godek satu satu kan entry cik en. Jadi jom tengok 2 step cik en guna. 

  • Carian melalui blog
Carian ini memerlukan korang masuk ke laman blog cik en ini www.nurfuzie.com dan search di kotak search. Taip sahaja apa korang nak cari. Contoh : Muntah . Jadi kesemua artikel mengenai muntah yang ada dalam blog ini akan terpampang. Dimana search tu cik en? boleh tengok bawah ini untuk paparan web


Kalau melalui paparan telefon, korang scrool ke bawah sehingga jumpe widget search

  • Carian melalui google
Diakui, blog cik en ini tidaklah mempunyai SEO yang baik dan ada beberapa entri masih belum keluar di carian google. Jadi paling simple korang boleh taip : HAWAR KUCING NURFUZIE . Lepas itu akan terus blog cik en untuk keyword tersebut. 


Memudahkan bukan? Ini jika korang rasa pernah terbaca entri berkaitan so boleh gunakan 2 kaedah ini. Lebih memudahkan kerana entri yang dikeluarkan oleh cik en lebih kepada rawatan awal sementara menunggu klinik veterinar dibuka. Belum lagi mempromosi barangan atau kaedah rawatan yang mahal.
2

Cara Rawatan Kucing Muntah


Cara Rawatan Kucing Muntah | Sudah seminggu cik en tidak keluarkan entri mengenai rawatan kucing ini. Kebetulan ada yang bertanya, memberikan idea untuk cik en keluarkan entri ini. Cara rawatan kucing yang muntah. Seperti biasa, rawatan ini yang boleh didapati di sekeliling dan sedikit panduan dalam handling kucing yang muntah. 

Sebelum itu, kenali dulu muntah yang biasa dan muntah yang perlu dapatkan rawatan. 

  • Muntah yang biasa
    • Muntah sekali sahaja dan tidak berterusan
    • Kemungkinan untuk keluarkan hairball (gumpulan bulu)
    • Kemungkinan juga sistem pencernaan yang sentitif akibat pemakanan dan tidaklah muntah berterusan.
    • Jadi tidak perlu risau kerana ianya tidak memudaratkan 
  • Muntah yang perlu dapatkan rawatan
    • Muntah tanpa henti
    • Lemah
    • Darah berserta muntah dan cirit
    • Dan tanda yang abnormal

Punca muntah yang biasa berlaku

  1. Strok haba
  2. Masalah hati
  3. Gastroenteritis (gastrik)
  4. Pertukaran makanan (diet)
  5. Salah makan (makan makanan yang bukan untuk kucing)
  6. Makan atau minum gelojoh 
  7. Alahan makanan
  8. Kecacingan
  9. Kegagalan buah pinggang
  10. Jangkitan Virus
  11. Tumor
  12. Dan beberapa kes kritikal (rujuk klinik veterinar)

Cara yang boleh dilakukan di rumah

  1. Selalunya kucing pandai mencari rumput yang berseuaian untuk mengatasi masalah muntah. Dan dalam sehari dua, kucing akan sihat semula. 
  2. Jika masih tidak berkesan boleh cuba cara ini
    • Puasakan kucing dari makan dan minum untuk jangka masa 2 jam.
    • Selepas 2 jam, jika tidak muntah boleh berikan air sedikit-sedikit untuk jangka masa 1 jam
    • Boleh juga berikan air glukose, air kelapa, madu untuk menambah balik air di dalam badan yang terheydrate
    • Jika dalam masa 1 jam berikan air dan tiada muntah boleh berikan makanan yang lembut atau ayam rebus yang dicarik kecil secara perlahan lahan.
    • Jika tiada muntah, kemungkinan besar, kucing korang dah sembuh tapi boleh rujuk ke klinik veterinar untuk pengesahan lebih lanjut.
  3. Jika tidak berjaya, korang perlu dapatkan rawatan secepat mungkin di klinik veterinar berdekatan
Jadi nasihat cik en, jika bawa kucing yang sakit ke klinik veterinar, pastikan ceritakan history kepada vet bagi memudahkan rawatan selanjutnya. Dan janganlah jika ditanya, semuanya tak pasti dan tak tahu kerana kucing tersebut jenis bebas.
11

Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus)


Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus) | Cik en ditugaskan di klinik veterinar lebih kurang 3 atau 4 tahun. Dan sepanjang itu, satu keadaan atau musim yang cik en panggil musim hawar kucing. Ingat lagi tahun pertama cik en kendalikan musim hawar ini bermula bulan 8 sehingga 12 tahun tersebut. Tahun selepas itu musim hawar bermula awal bulan 7 hingga 11 dan tahun ini, musim ini bermula dari bulan 6 lagi. Ini dari pengalaman cik en tau. Tak ada tertulis di mana mana buku atau blog. Sesiapa yang pernah mengalami situasi kucing mati dalam kuantiti yang banyak dalam masa satu hingga tiga hari, itu tandanya kawasan korang memang dalam kawasan wabak tersebut. Dan ianya merebak dalam masa yang cepat. Sampaikan korang sendiri tak sempat nak bawa ke klinik veterinar. 

Tapi cik en nak kongsi serba sedikit daripada pengalaman dan pengetahuan mengenai virus ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pemilik kucing berhadapan dengan masalah ini.

Tanda Tanda Kucing Yang Berkemungkinan Terkena Hawar Kucing
  1. Muntah kekuningan atau putih (berbiuh)
  2. Cirit birit
  3. Mulut berbau busuk (selalunya sebab tak makan)
  4. Demam (Boleh pegang kulit dibahagian dalam telinga yang tidak berbulu. Jika panas kemungkinan demam, atau boleh gunakan termometer di letakkan di dalam rektum (dinding dalam punggung kucing) dan semak suhu normal di SINI
  5. Dehydarate (kekurangan air dalam badan) . Boleh cuba cubit atau pulas kulit di bahagian tengkuk atau badan. Kalau kulit tidak kembali ke keadaan asal selepas dilepaskan atau lambat kembali ke keadaan asal itu tanda kekurangan air)
  6. Lemah, murung, tidak aktif dan kurang selera makan
  7. Mati tiba tiba ( jika satu kandang, selalunya satu kandang akan mati)
Punca- Punca 
  1. Kucing yang bercampur dengan stray cat
  2. Manusia sebagai pembawa ( kasut, pakaian, sentuhan dll)
  3. Melalui parasite (kutu)
Rawatan awal yang boleh dibuat
  1. Apabila nampak tanda tanda di atas, perkara pertama adalah ASING kan. Kuarantinkan yang sakit. Jangan pula yang sakit dilepaskan dan yang sihat di kurung. Sebab ada kes camtu tau.
  2. Boleh dapatkan sebarang supplemen seperti multivitamin, "immume booster", pemberian glukose, pemberian air kelapa, madu, garam bukit, transfer factor (TF), telur mentah, susu kambing dan apa apa yang berkaitan dengan tenaga.
  3. Cuba beri makanan basah (wet food). Kalau boleh beli kitten wet food.
  4. Cuba dapatkan akar catnip atau akar pokok galak kucing. Basuh dan beri pada kucing.
  5. Rujuk entri ini Perkara LARANGAN Jika Kucing Anda Sakit
  6. Segala carrier, sangkar yang terkena muntah, najis dan air kencing kucing yang sakit, dicuci dengan bersih menggunakan dettol atau clorox (pastikan kering baru dimasukkan kucing)
  7. Sila bawa ke klinik veterinar dengan kadar segera
Rawatan selanjutnya
  1. Pemberian antibiotik
  2. Drip air
Dan perlu diingatkan TIADA UBAT sebenarnya untuk haiwan yang terkena virus. Rawatan yang diterangkan diatas adalah antara ikhtiar yang terbaik untuk mengelakkan ianya lebih serius dan merebak. Jadi dinasihatkan untuk memberi vaksin mengikut nasihat yang disarankn oleh vet. 

Boleh ke beri kucing kita vaksin sedangkan ada dalam gerompok yang sama disahkan terkena virus ini.?
Disarankan untuk menjalani ujian darah. Selalunya seekor kucing sakit, yang lain lain berpontensi untuk dijangkiti. Jika vaksin diberi, kemungkinan kucing korang boleh mati. Boleh rujuk entri Betul Ke Vaksin Boleh Menyebabkan Kucing Mati

Jadi satu benda yang wajib ada di rumah bagi pemilik kucing adalah First Kit Untuk Kucing. Dan sentiasa update ubatan dan supplemen. Diharap entri ini dapat membantu korang semua. 
32

Cara Merawat Kutu Telinga (Ear Mites)


Cara Merawat Kutu Telinga (Ear Mites) | Kutu Telinga atau dipanggil Ear Mites adalah satu parasit yang tidak disedari ada di dalam telinga kucing dan anjing kita. Jangan terkejut, cik en katakan sebabkan masalah kutu telinga ini, kucing atau anjing kesayangan boleh mati. Macamana nak tahu kucing kita ada kutu telinga atau tidak? Baca entri khas mengenai kutu telinga ini sampai habis. Dan cik en akan berikan rawatan yang bersesuaian dengan kes ini. 


Video ini cik en ambil dari youtube dan berlaku pada anjing. Keadaan sama juga berlaku pada kucing. Banyak berlemon lemon kan kutu ini. Dan namapun parasite jadi hidupnya makan makanan yang ada di dalam telinga .

Tanda tanda yang jelas dilihat pada kucing dan anjing adalah

  1. Scratching (mengaru menggunakan kuku didalam atau tepi telinga)
  2. Kepala bergoyang goyang seperti ada sesuatu yang kurang menyenangkan
  3. Bengkak di dalam atau sekeliling telinga
  4. Air meleleh keluar daripada telinga
  5. Nanah keluar daripada telinga
  6. Telinga berbau busuk
  7. Telinga penuh dengan taik telinga (benda melekat kehitam hitaman)
Cara merawat kutu telinga 
  1. Boleh gunakan cara tradisional dengan menggunakan minyak kelapa dara yang ditambah dengan herba anti inflammatory atau dapatkan ubat telinga di pet shop atau klinik vet ( klinik cik en gunakan neodeca ear and eye drop )
  2. Titiskan dalam 2-4 titik di dalam telinga dan urut perlahan lahan dalam seminit
  3. Ambil kapas telinga (yang korek telinga kita tula ) perlahan lahan dan bersihkan kotoran atau nanah yang ada dalam telinga 
  4. Sehari buat  dua atau tiga kali sehari. Buat setiap hari selama seminggu atau telinga kucing bersih sepenuhnya.
  5. Jangan risau kalau semakin lama semakin banyak yang keluar sebabnya dalam proses pembersihan
  6. Boleh rujuk Cara Bersihkan Telinga Kucing
  7. Jangan risau bersihkan. Ada yang takut terkena gegendang telinga kucing tau sebabnya gegendang telinga kucing tersorok sedikit. Boleh rujuk gambar rajah bawah ini. Tympanic membrane itu adalah gegendang telinga.

Janganlah sampai ada tanda diatas, baru nak rawat. Buatlah sebulan sekali membersihkan telinga kucing atau anjing. Lebih baik mencegah daripada merawat. Ataupun jangan abaikan rutin yang ditetapkan oleh vet. 

4

Keluarkan Uri Lembu Yang Mula Membusuk



Keluarkan Uri Lembu Yang Mula Membusuk | Retained Of Placenta (ROP) atau proses pengeluaran uri yang masih ada di dalam uterus. Sebenarnya banyak kali cik en keluarkan gambar yang kesnya sama, cuma tidaklah mendapat perhatian seperti gambar di atas di facebook peribadi cik en. Ada ramai yang bertanya dan cik en sendiri jenuh juga menerangkan. Sebabnya tidak ramai yang tahu proses ini sama seperti manusia. Cuma ianya terjadi terhadap haiwan. Sebelum cik en menceritakan lebih lanjut mengenai ROP ini, cik en akan kongsi gambar proses pengeluaran uri ini untuk memberi sedikit gambaran dan cik en selitkan video lengkap yang cik en ambil dari youtube. Gambar ini mulanya bukannya hendak menunjuk nunjuk tapi cukup untuk cik en kongsikan pengalaman menjadi seorang yang bekerjaya dalam veterinar. 



Kes seperti ini selalunya boleh diuruskan oleh peternak itu sendiri dan jika lembu beranak, uri akan keluar dalam masa beberapa hari. Tapi kes diatas, kes dah menjangkau 4 hari dan mula membusuk. Berlaku jangkitan dan memerlukan pembersihan uri tersebut. Ada sesetengah peternak akan sangkutkan sesuatu yang berat untuk keluarkan uri tersebut secara semulajadi. 

Dalam pukul 9 pagi,  penternak menelefon pejabat dan pada masa itu, cik en ingin keluar juga untuk selesaikan satu kes. Kebetulan keluar, cik en mengambil kes tersebut dan sebenarnya ada beberapa pengawai yang lain boleh buatkan rawatan cuma pada masa itu, peternak berharap datang lebih awal. Jadi cik en pun siapkan segala kelengkapan seperti glove panjang dan ubat ubatan yang perlu. Seperti biasa, lembu jenis integrasi ini dilepaskan di ladang kelapa sawit dan memerlukan masuk jauh ke dalam ladang. Dan juga semestinya tiada kandang atau celong (ramp)



Boleh tengok gambar tersebut, dibawah pokok kelapa sawit je lembu melepakkan diri mereka. Mereka akan bergerak secara berkumpulan dan nampaknya tiada cara lain, peternak hanya mengikat di batang pokok kelapa sawit sahaja. 


Lembu baru beranak dalam 4 hari dan anak sihat sepenuhnya cuma lembu ini mula demam kerana jangkitan kerana uri mula membusuk. Jadi keadaan nampak kurus. Leher di ikat longgar dan kaki diikat kedua duanya untuk mengelak dia bertindak agresif. 



Cik en mula memeriksa dan ada uri yang keluar dan cik cuba menarik kearah bawah. Percubaan beberapa kali, uri putus. Dan bila cik en cuba masukkan ke dalam vulva, lembu tidak boleh duduk diam. Dan akhirnya ia merebahkan diri dia 


Apabila masuk, didalam terasa hangat dan dari situ nampaknya sudah ada jangkitan. Peternak sendiri memaklumkan air kencing berdarah. Selesai membersihkan dan mengeluar lebihan uri yang ada, cik berikan 2 suntikan iaitu antibiotik dan ubat hormon untuk membersihkan jika ada lagi sisa sisa. 

Untuk memberi gambaran jelas, cik en berikan video yang diambil di youtube. Anggaplah ini ilmu baru bagi sesiapa yang baru tahu kes ini. 


Sebelum ini kebanyakan rakan rakan di facebook terdiri daripada orang jabatan dan yang berkait dengan veterinar. Jadi proses ini perkara biasa. Tapi semenjak cik en menyertai kelab blogger seperti KBBA9 dan Blogger Utara dan ramai yang berkawan di facebook peribadi itu yang buat gambar tersebut menjadi tumpuan. Ramai juga sebenarnya wanita di dalam kerjaya ini dan menjalankan rawatan seperti ini. Cik en ada seorang rakan facebook dan rakan sejabatan yang selalu turun padang dan klinik. Namanya kak Siti NurHidayah Kamalina. Dia pun selalu kongsi rutin harian dia. cuma rakan rakan dia kebanyakan orang jabatan jadi tidaklah seperti cik en. Cuma penglibatan wanita di lapangan kurang berbanding lelaki. Iyalah sebab keselamatan, kepanasan dan memerlukan lebih banyak tenaga. But i very enjoy my job. Cik en sangat mencintai bidang ini. Tidak kisahlah aneka haiwan (kucing, anjing arnab atau small animal), ruminan kecil, ruminan besar, babi, reptilia, esotik atau apa apa nama kumpulan haiwan, cik en akan terasa keseronokan bekerja. Tapi bila masuk pejabat menghadap laporan, cik en akan jadi malas pula.. hahaha.
16

Kes Busung Air Pada Kucing (FIP)


Kes Busung Air Pada Kucing (FIP) | Kes busung air terhadap kucing atau nama saintifiknya adalah Feline Infectious Peritonitis (FIP) bermula dengan dijangkiti coronavirus (tandanya kerap selsema). Tanda klinikalnya perut membuncit dan bila ditepuk seperti ada air di bahagian tersebut. Dalam kucing terjejas, virus ini merebak ke seluruh badan dan boleh menyebabkan pelbagai tanda-tanda yang berbeza (termasuk peritonitis dengan pengumpulan cecair di dalam abdomen, tetapi dalam kucing lain cecair boleh berkumpul di dalam rongga dada dan yang boleh menyebabkan keradangan yang menjejaskan otak, mata, hati, buah pinggang atau di tempat lain). 


Dibawah ini adalah rawatan yang telah dilakukan oleh cik en dan rawatan ini adalah salah satu alternatif dan tidaklah dijamin akan sembuh. Dibawah adalah rawatan yang dijalankan sendiri oleh cik en. Kes ini berlaku pada 8 Mei 2016


Dan kucing ini bertahan sehingga 8 April 2016 tetapi keadaan fizikal kucing ini semakin lemah dan tidak sihat



Bermula dengan Caronovirus tersebut dan akan menyebabkan mutasi spontan di dalam usus yang mana akan mengaktifkan virus yang lain terutama FIP ini. Tanda tandanya masih belum diketahui tetapi kucing yang menghidapi busung air ini akan bermula dengan demam dan kurang selera makan. 

FIP terbahagi kepada dua iaitu 'Dry' atau bukan effusive FIP dan 'Wet' atau effusive FIP

'Dry' atau bukan effusive FIP
Berlaku keradangan yang memberi kesan terhadap mana-mana tisu dalam badan termasuk hati, buah pinggang, paru-paru dan kulit. Oleh itu, pelbagai tanda-tanda boleh diperhatikan termasuk penyakit neurologi (contohnya, gaya berjalan goyah dan tidak mantap), pendarahan dalam mata dan tanda-tanda ketara yang lain penyakit yang mungkin berlaku dengan luka-luka di dalam hati atau organ-organ dalaman yang lain. Dan penyakit selalunya adalah Sakit Kuning atau Jaudice

'Wet' atau effusive FIP (Busung Air)
Seperti kes di atas, pengumpulan cecair dalam ruang abdomen. 

Jika di bawa ke klinik veterinar, vet akan menguji dengan mencucuk picagari berjarum dan cuba menarik keluar. Jika ada air, kemungkinan kucing tersebut busung air. Selain itu Kucing menunjukkan tanda-tanda klinikal yang serasi serasi dengan FIP atau Kucing adalah dalam kategori risiko yang lebih tinggi (contohnya, kucing muda, kucing tanah jajahan, dan lain-lain). Ujian darah sebenarnya susah dibuat pengesahan kecuali ada beberapa ujian seperti bilirubin yang tinggi (kuning)

Sebenarnya tiada rawatan dan ubat yang khusus, Iyalah, virus kan? hanya boleh mencegah tetapi boleh menggunaan ubat radangan, pemberian cuka epal dan air akar pokok mempelas (sumber group kucing). Dan seperti diatas, menarik air keluar semampu yang boleh. Jadi untuk memastikan kucing anda sihat, dinasihatkan untuk mengambil vaksin mengikut jadual yang ditetapkan.
sumber

Update : Full Video

13

Boleh ke Air Kelapa Diberi kepada Kucing ?

Boleh ke Air Kelapa Diberi kepada Kucing | Air kelapa adalah salah satu ubat tradisional yang akan diberikan kepada manusia jika demam dan lemah badan. Persoalan sekarang bolehkah air kelapa ini diberikan kepada kucing atau haiwan yang lain. Sebelum itu, cik en ingin beritahu ini adalah pengalaman cik en dan pendapat cik en mengenai pemberian air kelapa ini kepada kucing atau haiwan yang lain

Air Kelapa atau coconut water berbeza dengan santan atau coconut milk. Jika di luar negara ianya tidak dipanggil santan ye, coconut milk. Menurut blog di luar negara pun, air kelapa ini hanyalah air biasa tetapi ianya mempunyai kandungan pottasium yang baik jika manusia dan haiwan meminumnya. TAPI jika berlebihan akan membawa kesan kepada badan. Tapi jika Coconut Milk tidak boleh ye diberi kepada ternakan

Jadi jika kucing atau haiwan anda dehydrate atau kekurangan air, bolehlah diberi minum untuk menambah kembali tenaganya untuk melawan sakit pada masa itu. Dehydrate mampu menyebabkan kematian jika ianya berlarutan sehingga haiwan tersebut tiada lagi tenaga untuk survive. Kadang kala ianya baik untuk demam dan keracunan. Ianya boleh digunapakai jika berlaku masalah tersebut di malam hari sebelum mendapat rawatan di klinik veterinar berhampiran. Lagipun ianya lebih baik daripada bergantung kepada ubat ubatan.

Entri berkaitan dengan air kelapa yang pernah cik en keluarkan di dalam blog ini
  1. http://www.nurfuzie.com/2012/04/veterinar-rawatan-tradisonal-bagi_16.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2012/12/veterinar-rawatan-haiwan-kesayangan.html
  3. http://www.nurfuzie.com/2015/11/perkara-larangan-jika-kucing-anda-sakit.html
12

Cara Tradisional Mengubati Telinga Pekak Tiba Tiba


Cara Tradisional Mengubati Telinga Pekak Tiba Tiba | Tiba tiba telinga menjadi kurang pendengaran. Sedangkan tidak rasa sedikit pun sakit didalam telinga. Abah cik en mengalami masalah pendengaran. Ke klinik pun doktor katakan tiada masalah dalam gegendang telinga. Hampir 2 minggu dan kali ini abah cik en gunaka cara tradisional dengan menggunakan batang daun betik. Caranya seperti dibawah 


Ambil batang betik dan potongkan dalam sejengkal dan layorkan di atas api


Layorkan sekejap sekejap dalam 2 minit


Cuba tiubkan di atas tangan, panas atau tidak. Jika panas biarkan ia jadi suam


Tiup perlahan lahan di lubang telinga dan ulang beberapa kali kiri dan kanan


Pastikan di dalam lubang telinga betul betul ye.

Lakukan sekerap yang boleh dan lihat hasilnya. Jika tiada perubahan perlulah ke klinik dan buat rawatan rapi. 
7