Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Ramadhan 2016

Showing posts with label Ramadhan 2016. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2016. Show all posts

3 Keistimewaan Di Kuala Kangsar Apabila Menyambut Puasa dan Raya


3 Keistimewaan Di Kuala Kangsar Apabila Menyambut Puasa dan Raya  | Kuala Kangsar adalah salah sbeuah daerah di Negeri Perak Darul Ridzuan. Banyak cik en kongsi keindahan dan cerita di Kuala Kangsar di blog ini. Jadi kali ini cik en nak kongsi 3 keistimewaan yang berlaku sepanjang puasa dan raya di Kuala Kangsar. Dan cik en sendiri berbangga menjadi rakyat Negeri Perak terutama menjadi anak jati Kuala Kangsar kerana banyak sejarah dan keistimewaannya semenjak dari dulu lagi. Lagi lagi memiliki Sultan yang kacak, Permaisuri yang bijak, Putera dan Puteri yang comel yang akhirnya mengalir ke rakyat jelata menjadi lawa, hensem dan pandai. 

Jadi sepanjang bulan puasa dan raya di Kuala Kangsar ada 3 acara yang istimewa yang mana mungkin tiada di tempat lain. Jika ada pun mungkin hanya 1 atau 2 acara tapi di Kuala Kangsar ada ketiga tiga keistimewaan ini.

1. Bunyi Siren Waktu Berbuka Puasa di Kuala Kangsar


Siren yang dibunyikan daripada Balai Polis Daerah Kuala Kangsar akan dipasang setiap kali masuk waktu berbuka sepanjang bulan Ramadan. Siren ini boleh didengari diseluruh pekan Kuala Kangsar. Dan siren ini dibuat setiap tahun. Mungkin yang baru datang ke Kuala Kangsar pada bulan puasa akan merasa sedikit terkejut tapi inilah rutin tahunan warga polis di Balai Kuala Kangsar. Korang boleh tonton dokumentari dibawah ini.


2. Pesta Panjut Kuala Kangsar


Yang ini sebenarnya, dari kecil lagi cik en akan menyaksikan pesta ini. Alhamdullilah tahun ini, Kuala Kangsar ada menganjurkan pertandingan panjut yang mana cik en rasa bertahun tak dijalankan. Selalunya pesta ini di buat di Sayong Lembah cuma tahun ini dibuat di kawasan Padang Rengas. Cik en tak sempat untuk melihat kerana bekerja di luar daerah. Jadi cik en hanya kumpul gambar dari rakan rakan facebook. Boleh rujuk entri Pesta Panjut Kuala Kngsar 2016

3. Meriam Kampung Talang Kuala Kangsar


Meriam Kampung Talang akan diadakan setiap tahun menjelang malam raya di Kuala Kangsar. Dan tahun ini cik en berkesempatan untuk pergi sendiri. Dan semestinya ramai sangat orang yang tengok. Malam raya selesai sahaja siapkan juadah beraya cik en dan keluarga menaiki motosikal sahaja ke tapak meriam. Mulanya jalan utama sesak tapi biasalah orang kuala kangsar ini kalau tak arif jalan belakang bukan Kuala Kangsarian yang sejati la kan.. (sebenarnya abah cik en yang bawa, cik en pun baru tahu. hahahah). Selalunya acara ini akan bermula jam 12 tengah malam raya dan akan berakhir 3 pagi. Cik en tak pergi dekat sebab adik cik en takut bunyi yang kuat. Jadi hanya berdiri di benteng bendang sahaja. Tembakan meriam diselang seli dengan mercun dan bunga api. Dan acara ini satu satunya acara meriam yang mendapat kebenaran polis atau senang cerita permit bermain meriam. Cik en nak kongsi rakaman yang cik en rakam tapi tidaklah clear sangat sebab jauh kan?. Dan banyak lagi rakaman yang korang boleh search di youtube.


Inilah keistimewaan kuala kangsar untuk rakyat kuala kangsar dan boleh dikongsi dengan semua yang datang ke kuala. Ater.. orang kuale memang ramoh. Laksa kuale dan cendoi memang makanan tarikan pelancong setiap masa. Insyallah, kalau ada kesempatan, cik en akan kongsi lagi keistimewaan Kuala Kangsar. Bangga weh jadi anak jati kuale ini. 
3

Koleksi Kad Raya 2016 Untuk Eintan Nurfuzie


Koleksi Kad Raya 2016 Untuk Eintan Nurfuzie  | Berakhirnya Ramadan dan cik en mula rindukan Ramadan walaupun baru 6 hari di bulan Syawal. Mood berblog pun masih ke "laut". Jadi warming up dengan koleksi kad raya untuk tahun 2016. Alhamdullilah, cik en sendiri dah pos hampir 30 keping kad raya kepada rakan blogger, rakan facebook dan saudara mara cik en. Sebenarnya ini tahun ke 4 cik en bagi kad raya. Setiap tahun cik en akan beri kad raya untuk sesiapa yang sudi menerima. Dan tahun ini ada yang tidak dapat sebabnya komputer di hantar ke wad untuk dibaiki.

Terima kasih yang sudi memberi kad raya pada cik en dan cik en akan buat koleksi peribadi nanti. Nak beli buku album dan buat sebagai kenangan. Dah siap cik en akan share album itu ye. Dibawah ini semua koleksi cik en dan boleh klik kad untuk terjah blog/instagram 







Terima kasih daun keladi pada semua. Tahun depan bagi lagi ye.. Cukup untuk entri kali ini. Harap cik en dah mula semangat untuk menaip entri entri selepas ini. 
6

Pesta Panjut Kuala Kangsar 2016


Pesta Panjut Kuala Kangsar 2016  | Kuala Kangsar sebenarnya sudah lama tidak buat pertandingan panjut. Panjut atau pelita hiasan menjadi tradisi masyarakat Kuala Kangsar sejak dulu lagi selain acara meriam yang akan di jalankan setiap malam raya di Kampung Talang Kuala Kangsar. Cik en tidak dapat bercuti awal, jadi cik en hanya mampu melihat daripada rakan facebook cik en mengenai kemeriahan Pesta Panjut 2016 kali ini. Jadi dengan izin empunya gambar, cik en kongsi sedikit kemeriahan pesta panjut ini. 








Hanya gambar ini nampak terang dan cantik, korang boleh klik SINI untuk gambar gambar yang lain dan kenyataan Astro Awani. Diharap cik en sempat untuk Acara Meriam Kuala Kangsar 2016 kali ini. Tahun lepas, hanya mampu dengar dentam dentum je.
1

Solat Terawih Di Perak 20 Rakaat


Solat Terawih Di Perak 20 Rakaat | Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menitahkan kesemua masjid yang berada di dalam negeri Perak Darul Ridzuan perlu mengadakan Solat Terawih sebanyak 20 rakaat tetapi jika makmum yang mempunyai urusan atau masalah kesihatan bolehlah membuat solat Terawih kurang daripada itu. Dan juga program Tazkirah di larang diantara solat terawih ini. Sultan Nazrin turut menitahkan supaya solat Tarawih diutamakan dan dilaksanakan selepas solat sunat Rawatib, iaitu solat sunat yang mengiringi solat Isyak.

Bagi cik en, menyelaraskan adalah lebih baik daripada ada yang membuat lebih banyak rakaat sehingga menyebabkan ada keletihan sehinggakan balik dari terawih terus tidur. Sampaikan kemesraan antara keluarga pun terganggu seperti rungutan rungutan yang pernah cik en dnegar sebelum ini. 


4

Salam Ramadan 2016 Dari Nurfuzie.Com


Salam Ramadan 2016 Dari Nurfuzie.Com | Assalamualikum, Alhamdulillah, berjumpa lagi kita menempuhi Ramadan tahun ini. Disini cik en ingin mnegambil kesempatan untuk memohon maaf atas kesilapan dan kesalahan yang telah cik en buat tidak kiralah dari segi percakapan, penulisan dan perbuatan. Penuhilah dengan amalan amalan mulia di bulan istimewa ini. Diharap segala amalan kita di terima hendaknya. Amin..
4

Jadual Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Negeri Perak 2016 / 1437H


Jadual Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Negeri Perak 2016 / 1437H | Alhamdullilah, sampai jua Ramadan 2016 / 1437H. Disebabkan cik en tinggal di perak, cik en hendak tumpukan pada Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi seluruh Negeri Perak. Negeri Perak terbahagi kepada 7 zon. 

ZON 1 : TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM


ZON 2 : IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT, KUALA KANGSAR



ZON 3 : PENGKALAN HULU, GERIK, LENGGONG



ZON 4 : TEMENGOR DAN BELUM



ZON 5 : TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SERI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR



ZON 6 : SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR



ZON 7 : BUKIT LARUT




Jadi apa lagi, download dan print terus lekat di pintu peti ais untuk rujukan.
sumber
1

Doa Niat Berpuasa Di Bulan Ramadhan


Doa Niat Berpuasa Di Bulan Ramadhan | Bulan Ramadan tidak lama lagi, mungkin ada yang lupa niat berpuasa sebabnya setahun meninggalkannya. Jadi mari kita memperbetulkan dan mengingati semula doa niat berpuasa di bulan ramadan

sumber dari mysumber.my
Alhamdulillah, diharap memberi manfaat kepada semua. Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2016 dari cik en dan blog nurfuzie.com
2

Tempahan Baju Raya Tutup!


Tempahan Baju Raya Tutup!  | Lebih kurang 3 minggu lagi, umat Islam menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan sebulan lepas itu, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kain diatas adalah kain yang cik en beli dari tahun lepas lagi tapi disebabkan tempahan baju raya ini memang jadi tumpuan setiap kali perayaan, buatkan cik en batalkan hasrat untuk buat baju tahun lepas kerana tempahan ditutup sebelum puasa lagi. 

Itu kisah tahun lepas, tahun ini cik en hampir hampir tak boleh pakai baju raya ini juga. 3 kedai cik en round di Manjung ini, Kebanyakkannya CLOSED! Bukan kedai yang tutup, tapi dah tutup tempahan buat baju raya sebab dah penuh. Nasiblah ada satu kedai akak kedai jahit Fesyen "N" masih menerima tempahan tapi dengan sayarat Baju Kurung Biasa atau Baju Kurung Moden sahaja. No fesyen fesyen! Alhamdullilah sangat sangat. Dan bila difikirkan balik, bagus untuk suri rumah tangga yang ada masa lapang untuk belajar menjahit. Boleh buat side income untuk dapatkan duit lebih masa Hari Raya nanti. Tak payah belajar buat baju fesyen fesyen ini, buat baju kurung biasa dan baju kurung moden pun dah memadai. Memang masyuk .. Dan apa cik en nampak, baju kurung ini adalah satu satu baju yang tidak lapuk ditelan zaman. Setiap tahun, baju kurung adalah pilihan orang ramai. Sebabnya ianya mudah dan boleh dipakai selain daripada hari raya. 

Kalau ada masa nanti, cik en nak belajar menjahit lah. Hanya nak belajar menjahit baju kurung sahaja. Kalau rasa dah mahir, boleh belajar jahit manik dan tambah di atas baju kurung itu. Kos baru RM20 boleh jual sampai RM100. hahaha.. banyak untung tu... tapi persoalannya, bila la cik en nak belajar kan.. krik krik krik..

4