Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Ramadan 2018

Showing posts with label Ramadan 2018. Show all posts
Showing posts with label Ramadan 2018. Show all posts

Baju Raya Cik EN Sekeluarga Di Pagi Syawal 2018

Baju Raya Cik EN Sekeluarga Di Pagi Syawal 2018 | Lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut Syawal bagi tahun 2018. Alhamdulillah jumpa juga cik en dengan Syawal tahun ini. Insyallah. Mana yang tak sempat menempah baju raya yang rata ratanya tailor dah stop ambil tempahan sebelum puasa lagi mesti dah mula survey cari baju di Bazar Aidilfitri atau mall kan? Macam itu juga keluarga cik en. Kami shopping minggu kedua puasa untuk elakkan sesak dan mungkin akan ada tambahan baju jika rajin keluar shopping malam raya


Sebelum itu cik en nak share la entri best yang cik en pernah buat mengenai Ramadan dan Syawal serta Ramadan 2018 ini.

  1. 3 Keistimewaan Di Kuala Kangsar Apabila Menyambut Puasa dan Raya
  2. Mecca Towers Tempat Berbuka Puasa Minggu Pertama Bersama Keluarga
  3. Cafe Lelac Bukit Merah Tempat Berbuka Puasa Minggu Kedua Bersama Keluarga
  4. Berbuka puasa Bersama Team Samudera Veterinary di Sofera Hotel

Baju Raya Cik EN Sekeluarga Di Pagi Syawal 2018

Jom tengok Baju Raya Cik EN Sekeluarga Di Pagi Syawal 2018


Tema tahun ini kelabu ungu. Baju ini cik en beli kat Kedai Lim Kuala Kangsar. Memang cik en dan mak request baju kurung biasa. Cik en tambah nak baju jenis tak terlalu tebal. Jadi jumpa la baju kurung kain vietnam yang sejuk ini. Walaupun fesyen lama tapi cik en suka beli baju sebegini yang boleh pakai bukan saja hari raya. Tunggu la nanti cik en sekeluarga akan pakai di pagi raya. 

Kalau korang yang ada di kuala kangsar boleh la shopping baju raya di Bazar Aidilfitri Stesen Bas Kuala Kangsar. Situ banyak pilihan baju raya dan kelengkapan yang lain. 
2

Berbuka Puasa Bersama Team Samudera Veterinary Di Sofera Hotel

Berbuka Puasa Bersama Team Samudera Veterinary Di Sofera Hotel | Alhamdulilah Ramadan yang ke 19 ini kami dapat berkumpul semua. Mesti ada yang bertanya siapa mereka pada cik en. Ewahhhh.. hahahha. Mereka ada team Samudera Veterinary And Surgery Clinic di Manjung ini. Samudera Veterinary And Surgery Clinic kepunyaan Doktor Nor Hidayah Binti Zailani. Sebenarnya banyak cik en belajar mengenai ilmu veterinar dari beliau. Boleh dikatakan doktor veterinar yang sempoi dan tak lokek dengan ilmu. Disebabkan tunjuk ajar beliau, cik en banyak perbetulkan kesalahan dan menambah skill dalam merawat haiwan kesayangan ini. 


Berbuka Puasa Bersama Team Samudera Veterinary Di Sofera Hotel

Nak dijadikan cerita cik en tertidur dan terlewat sampai untuk berbuka puasa bersama di Sofera Hotel Manjung. Jadi tak banyak gambar yang cik en boleh share dengan korang pasal buffet di sini. Cuma pendapat cik en Buffet di Sofera Hotel kurang berbaloi kalau korang nak pergi. Makanan tak top up dan masakan kampung dia kurang umppph pada cik en. Cuma cik en puji ketiauw goreng dia sedap, kambing bakar ok cuma blackpaper sos boleh habis pulak dan cik en tak nampak mereka top up. Cucur dorang best.. Sedap. Rojak habis awal tak sempat nak rasa. Lauk pauk pula nampak tak habis dan pendapat cik en tak berasa berselera nampak menu lauk pauk ala kampung. Mungkin juga sebab lambat sampai itu yang nampak semuanya dah habis. Tapii nama pun buffet kan? tak fair la kalau yang datang lambat tapi bayaran sama. 

Anak Doktor Hidayah no 2 . Macam Toretto dalam F2F kan? hahahahah

Ok la, tak mau la komen panjang panjang sebabnya dibelanja oleh bos kan. Hhihihi. Apa apun terima kasih bos Doktor Hidayah. Sebagai tanda terima kasih cik en nak promote sikit klinik doktor naaa. Hihihi

Kalau korang orang Manjung dan kawasan sekitarnya mencari klinik veterinar bumiputera sekitar Manjung bolehlah dapatkan perkhidmatan 

Samudera Veterinary & Surgery Clinic
2393 Jalan Lumut Taman Samudera
Seri Manjung 32040 Manjung
013-3365394

Selain itu korang boleh rujuk entri Klinik Veterinar Kerajaan dan Swasta di Perak untuk ketahui klinik veterinar yang lain. 
1